Tuesday, July 13, 2010

I share bcos I care...

Hari ni agak sibuk bilamana terkejar2 ke banyak tempat. Tengahari pula ada meeting dengan MEF (Malaysian Employers Federation) di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz. Aku suka sangat attend MEF punya meeting bcos here is the time that we gathered many HR practitioners from various MNC (Multi-National Companies), GLC (Government-Link Companies) and SMI (Small Medium Industries) seluruh Selangor especially those MEF members companies.

Di sinilah medannya HR practioners saling bertukar pendapat dan pandangan, mendapatkan penjelasan dan bercerita masalah yang dihadapi di dalam syarikat untuk sama-sama dibantu oleh HR2 lain yang lebih arif, dengan penceramah jemputan- Director General dan juga org kuat MEF sendiri.

Aku juga noticed some of them very talendted outspoken and knowledgable HR practioners dari beberapa MNC companies. Sangat adore dengan mereka sehingga aku berharap satu hari nanti I can stand among themselves, maybe...... (when I reached their age). Walaubagaimanapun aku syukur sangat at least hari ni aku boleh duduk berbincang dan bertukar pendapat dengan mereka sedangkan pengalaman dan pengetahuan aku dalam HR amatlah kerdil. I'm blessed.

Something to share... mengenai kesilapan2 yang kerap dilakukan oleh pihak majikan khasnya kompeni SMI.

1- tak distribute payslip kepada pekerja. Sesetengah kompeni SMI mereka tidak mengeluarkan payslip kepada pekerja walaupun sudah membayar gaji samaada melalui cash atau bank-in. Sesetengah memberi alasan payslip dipegang oleh HQ (yg berada kat tmpt lain), manakala ada yang hanya mengeluarkan payslip bila diminta oleh pekerja. Ini merupakan satu jerangkap samar buat majikan bila mereka terpaksa berhadapan dengan dengan kes yg melibatkan gaji. Tak menyerahkan payslip kepada pekerja setiap bulan merupakan satu kesalahan. Ingat tu!

2- Offer letter yang tidak jelas. Biasanya dalam offer letter kita telah masukkan perkara2 yang TERPENTING dari segi pembayaran gaji, pembayaran OT, public holiday, waktu kerja, duty, do and don't dan macam2 lagi. Sebab tu kita selalu perasan MNC company offer letternya panjang2 sehingga 4-6 muka surat. Offer letter yang tidak lengkap dan tidak jelas maksudnya dan perundangannya akhirnya akan memakan diri syarikat tu sendiri.

3- Separate entity company iaitu kompeni yang ada perkataan Sdn. Bhd. bagi sebarang tindakan yang salah ke atas pekerjanya dan telah diputuskan oleh mahkamah, maka board of directors perlu bertanggungjawab dan memikul kesalahan tersebut. Mereka boleh dipenjarakan atau dikenakan kompaun. Jadi kadang2 for SMI kompeni, ada yang bergelar director walaupun kompeni tu bukan mereka yang punya. Ha.... jangan ingat gelaran director tu boleh buat anda sangat bangga dan mendabik dada.... gelaran director tu juga melayakkan anda disumbatkan ke penjara bagi maklumat palsu dan ketidakadilan yang dilakukan terhadap pekerja.

4- Jangan sesekali memecat pekerja wanita ketika mereka sedang dalam maternity leave...... bapak besar punya kesalahan...

5- Jangan lewat bayar gaji - jangan melebihi hari ke-7 bagi setiap bulan. Satu lagi setiap pemotongan gaji mesti dengan persetujuan (yg telah ditandatangani) oleh pekerja tersebut melainkan pemotongan gaji tersebut disebabkan:-
i- EPF, SOCSO dan Income Tax atau arahan dari kerajaan Malaysia.
ii-Kesilapan terlebih bayar bulan sblmnya (x melebihi 3 bulan ke belakang)
iii-indemnity (kurang notis)
iv-advance.
Selain daripada keempat-empat di atas, employee mesti memberi kebenaran bertulis untuk pemotongan gaji mereka.
Dan sesetengah pembayaran melalui pemotongan gaji tetap seperti insuran, sport club, kos sewa rumah, loan bank dan sebagainya memerlukan persetujuan bertulis pekerja dan kelulusan dari Director General. So... ingat ye majikan... jangan suka2 hati potong gaji pekerja. Ingat ye pekerja... kalau gaji kena potong tanpa kebenaran anda selain dari yg 4 tu... anda boleh komplen tau.

InsyaAllah.... akan dikongsikan lagi beberapa perkara nanti.

62 comments:

Anonymous said...

sy diberhentikan keje ari tu tanpa notis..sepatutnya dpt sebulan gaji tp HR manager suka2 hati tolak tanpa persetujuan sy..sy dh pegi jabatan buruh dan diorng suh wat surat..so nk tanya surat mcm mana?? diorng suh wat surat berdaftar tp x fhm apa tu surat berdaftar..thanks sbb tolong..
-Aqila-

V.I.C @ D.I.A.N.A said...
This comment has been removed by the author.
V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Aqila...

1st of all, rujuk balik offer letter kamu. Kamu adalah pekerja tetap, di dalam probation atau kontrak?

Sekiranya kontrak biasanya mmg kompeni berhak memberhentikan kamu atau kamu berhenti kerja dengan notis 24 jam. Namun sekiranya kamu pekerja tetap rujuk balik surat offer letter (surat tawaran kerja) berapa lama notis yang perlu diberikan oleh kedua2 pihak? Kebiasaanya memang sebulan (minimum).

Kamu tinggal di negeri mana? Pergi ke JPP berdekatan (sila cek alamat di sini --->> http://jpp.mohr.gov.my/images/stories/jppm/alamat_pejabat_jppm.pdf dan failkan kes ke atas majikan.
Taip surat rasmi mengenai aduan anda. Pihak JPP akan membukakan fail dan memanggil majikan anda untuk rundingan. Selepas mendengar kes dari kedua2 pihak, sekiranya majikan bersalah JPP akan meminta pihak majikan membayar notis sebulan dan gantirugi beserta pampasan (sekiranya ada) kepada anda. Namun, sekiranya majikan enggan, JPP akan membantu anda mendapatkannya melalui Mahkamah Perusahaan.

Majikan sepatutnya wajib membayar gaji sehingga tarikh akhir anda bekerja berserta notis sebulan gaji. Semuanya MESTI DIBAYAR pada hari terakhir anda bekerja.

Sekiranya diberhentikan tanpa sebab pula, sila failkan untuk tuntutan pampasan juga ye.

Kakcik Seroja said...

Ramai pekerja yang tak tahu hak mereka dan sewenang2nya menjadi 'makanan' majikan..

FTN said...

Hoho..perkataan HR ini sedang hangat diperkataan di tempat kerja saya..

hehehe

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Cik - betul tu kak Cik. Lebih2 lagi kebanyakan syarikat di Malaysia skang ni khasnya yg dimonopoli ca ya nun alif selalu mengamalkan pentadbiran kuku besi.
Mangsanya kebanyakan org kita.

Faizal - wah... apa isu paling hangat tu Faizal? Marilah kongsi sama..

azmiroy said...

vic sebut MEF ni teringat saya pernah kursus TNA di MEF Damansara. Memang bile berkursus dengan mereka kita dapat bertemu HR manager barbagai kompeni, jepun le, korea le Amerika le.. bertukar-tukar pendapat saya pulak jadi kecik walaupun badan besar he...he...
Best le blog ni... dah jadi tempat selesaikan masaalah perhubungan perusehaan chaiyok!!!! Vic

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Azmi - MEF memang selalu adakan training. Vic pun pernah pergi kursus IR Act di Damansara anjuran MEF. Vic pun ada perasaan yang sama tau bila trainer tu nak bagi contoh kes di mahkamah perusahaan - HR Manager MNC companies cepat2 sebut contoh2 kes yg pernah dibicarakan... berebut dan boleh pulak mempertikaikan keputusan hakim. Punya la hebatnya mereka study satu2 kes.

Kita ni plak tak pandai... tercengang2 je..

Sebenarnya MEF selalu adakan meeting (bukan training) percuma untuk members khas untuk HR practioners berjumpa dan berbincang bersama2. Dua tempat, satu di Kelab Golf Kinrara dan satu lagi di kelab Golf Shah Alam. Sebulan sekali. Jadi kalau tak berkesempatan untuk pergi yg shah alam pada bulan tu, boleh ke Puchong. Cuma kalau di tempat lain mungkin kita tak jumpa kawan2 seangkatan yang selalu kita jumpa sama2 tiap2 bulan.

Unknown said...

sy baru diberhentikan kerja walaupun dalam probation 6 bulan.

bolehkan sy membuat tuntutan pampasan?

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam saudara Razib,

Sekiranya tak keberatan boleh saya tahu diberhentikan kerana apa? Kebiasaanya pekerja yang berada di dalam tempoh probation diberhentikan atas 2 alasan, attandance yang tidak memuaskan, atau tidak perform. Sekiranya majikan boleh membuktikan kesalahan anda, maka tindakan majikan membuang anda adalah betul. Jarang sangat pekerja memenangi kes sekiranya berada di dalam probation period. Namun diakui ada segelintir yang menang kes sebagai contoh, walaupun dibuang atas alasan pekerja tak perform majikan juga perlu buktikan bahawa latihan (training) pernah diberi kepada pekerja tersebut.

Unknown said...

sya diberhentikan kerja majikan kata kerja saya tak memuaskan.,tapi saya tak pernah diberikan surat tunjuk sebab...
saya rasa terdapat unsur penganiayaan...

razibi2@gmail.com

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kalau dalam probation period, untuk kesalahan tak perform kerja tak perlu surat tunjuk sebab. Asalkan majikan memberikan latihan, memberi masa yang 'reasonable' untuk anda memperbaiki diri dan selepas itu mereka masih melihat prestasi kerja anda tidak mencapai tahap yang dikehendaki maka mereka boleh terminate.

Unknown said...

sALAM,

Bolehkah majikan menahan gaji terakhir saya selepas memberi notis penamatan kerja (sebulan notis) disebabkan terdapat kedatangan saya tidak penuh pada buln tersebut?

TQ

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Menahan gaji selama berapa lama? Pekerja perlu dibayar gaji selewat2nya 7hb pada setiap bulan. Kalau gaji anda ditahan, ia perlu dibayar sebelum 7hb.

Namun pastikan anda memenuhi syarat untuk bekerja dalam tempoh notis (kebiasaanya notis berhenti kerja ialah sebulan). Sekiranya anda bekerja kurang dari jumlah tersebut atau gagal hadirkan diri, majikan berhak untuk memotong gaji anda atau meminta anda membayar gantirugi bagi jumlah ketidakhadiran anda.

Anonymous said...

boleh ke bekas majikan menyaman kita sebab kita berhenti mendadak dan bekerja di tempat lain dan juga telah pun sign kontrak dengan syarikat tersebut.. boleh ke???? sekadar ingin bertanya..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Ya boleh, mereka akan melaporkan kepada JTK berhampiran dengan mendakwa anda sebagai pekerja telah melanggar kontrak pekerjaan.

Unknown said...

Saya memulakan kerja pada 22/10/12. Offer letter dikeluarkan pada 1/11/12. Tempoh probation adalah 3bulan dan sekiranya saya ingin resign dalam tempoh tu kena hantar 1weeks notis letter. Tetapi sehingga 1/5/13 saya tak terima sebarang confirmation letter drpd pihak majikan. Kemudian saya hantar 2weeks resign letter pada tarikh 14/5/13,bermaksud tarikh akhir saya bekerja adalah 31/5/13. Sehingga harini majikan masih tak membayar gaji terakhir saya(mei). Saya dah buat aduan pada JTK Melaka, tp pada tarikh bicara buruh tu, majikan tak hadirkan diri. Pegawai bagi alasan mungkin surat tak sampai, so kes di refer pada JTN KL. Soalan saya, jika majikan masih tak hadirkan diri,bagaimana? Dan adakah saya berhak mendapatkan tuntutan gaji terakhir saya? Tlg bantu saya. along_eiya2427@yahoo.com

elysanizal said...

Salam,
Saya nak tanya, saya telah meletakkan resign pada 1/1/14. Sy sepatutnya tamat perkhidmatan pada 28/2/14, tetapi saya telah awalkan pemberhentian saya pada 10/2/14 dengan memberitahu secara lisan, akan tetapi saya tidak dibayar gaji pada tarikh sepatutnya.. Apa komen saudari?

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Wasalam,

Apabila notis sebulan bermakna anda perlu berkhidmat selama sebulan lagi sebelum boleh berhenti. Jadi apabila anda ingin berhenti awal seharusnya perlu dengan kebenaran syarikat.

Sebab itulah pentingnya written application, bukan cakap mulut saja. Mana2 pun tak laku kalau cakap mulut sbb takde bukti.

Bila anda letak surat resign, anda boleh memohon untuk berhenti awal dan pihak syarikat biasanya akan mengeluarkan satu surat ACCEPTANCE OF RESIGNATION letter yang mana tertulis tarikh akhir kerja, pemulangan harta benda syarikat dsb.

Dalam kes anda, tindakan majikan tidak salah memandangkan anda sendiri tidak serve the notice period dan berhenti awal tanpa kebenaran.

rita said...

slm.

sy dah resign dan majikan lama membuat counter offer dan meminta keseluruhan offer letter kerja baru sy utk kegunaan HR bg tujuan counter offer. blh ke sy bg offer letter tu dkt majikan sy?

sy tau its p&c. tp boss kate sebab HR perlukan whole offer letter document untuk counter offer. sebelum ni sy jz bg screenshot first page and padamkan nama company sbb nak tunjuk part gaji yg company baru bg je.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

salam Rita,

Sebab tu kebanyakan kompeni mereka tak benarkan pekerja bawa balik offer letter tanpa ditandatangani terlebih dahulu. Sebab banyak kes pekerja menggunakan offer letter untuk mendapatkan counter offer dari current employer.

Sebenarnya kalau dari segi adab, ia mmg tak patut dilakukan oleh seorang pekerja. Malah seharusnya kita menghormati maklumat dan data kompeni orang lain dari pesaing atau syarikat lain.

rita said...

thanks utk jawapan. :D

sekarang ni setiap hari sy mengelak dari soalan bos pasal mana offer letter sy. sebab kalau blh mmg sy taknak disclose nak pindah mana.

lagi satu soalan, sy da reply email acceptance of offer dkt company baru. boleh ke kalau sy tiba2 berubah fikiran and accept the counter offer dari company sekarang?

Unknown said...

Salam,
Boleh tolong sya?nak sample letter untuk buat proposal kpd boss sbb nak beli lori baru.Fyi,syarikat kami ada beberapa biji lori tetapi 2 biji selalu sgt rosak

Anonymous said...

As salam,

Saya ada pertanyaan, bolehkah syarikat terminate contract staff atas alasan poor performance? Dan dlm surat tawaran mmg ada menyatakan "the company reserves its right to terminate this agreement forthwith without notice or payment in lieu of notice in cases of poor perfomance... ".

Kes anak buah saya kerja contract 1 tahun.. baru kerja 1 bulan lebih tp sbb majikan tak puas hati dgn prestasi kerja dia, suruh dia resign dgn alasan nnt reputasi dia buruk sbb kena terminate. Luckily, dia ty pendapat sy dan sy kata jgn beri surat dulu.. namun bila sy baca offer letter dia mmg ada clause yg sy nyatakan di atas.

Saya percaya mst ada prosedur yg perlu syarikat jalankan sbg bukti yg dia tak perform, betul tak?

Terima kasih banyak2..
- Zie -

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam Diana

saya ingin bertanya, apakah majikan layak menyuruh pekerja membuat kerja diluar bidang kuasanya.

kedua majikan layak menurunkan pangkat tanpa sebab.
tqvm

Unknown said...

Salam Diana

saya ingin bertanya, apakah majikan layak menyuruh pekerja membuat kerja diluar bidang kuasanya.

kedua majikan layak menurunkan pangkat tanpa sebab.
tqvm

Gianluca Buffon said...

Salam, ingin berhenti kerja pada 1 November 2014 dan perlu notis dua bulan.Mempunyai baki cuti tahunan sebanyak 22 hari.Notis telah diberikan pada 20hb September 2014.
Adakah cuti tersebut akan dibayar sebagai gaji bulan November atau gantian notis?

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Anda sepatutnya bekerja sehingga 19 November 2014. Tetapi sekiranya anda ingin early release, anda boleh mengisi borang cuti dengan menggunakan baki 22 hari annual leave.

Illy rawr said...

Salam Diana,

Issue ini amat privacy, bleh ke Diana memberi email address kepada saya. Email is norlid01@hotmail.com

Amat penting & urgent

Tq.

Unknown said...

Slm diana..
Mcm mn jika melakukan kesalahan tidak menghantar hasil kutipan wang syarikat pada hari yang sama selama seminggu sedangkn stiap hari bkerja dan dikehendaki mnjawab surat tunjuk sebab atas alasan tersebut.sekarang digantung kerje dan jika tidak mnjwap surat trsebut akn dberhentikan kerje.. Miss.diana blh bantu. Urgent
Eizniey1107@gmail.com

Anonymous said...

Hi miss..

sy bekerja dgn slah sebuah syarikat perkapalan dan mereka tidak membayar gaji sy mengikut kontrak. apa kah tindakan yg boleh di ambil terhadap bekas majikan sya itu?..mereka menyatakan bahawa kontrak yg sy sign sebelum join kpl itu adalah invalid sedangkan ianya telah di sign oleh salah seorang executive crewing sykt trbabit. mereka menyatakan bahawa sykt telah revised gaji & ammend kontrak,(makin kurang gajinya) walhal sy sdri tidak di maklumkn tentang perkara tersebut..mohon sis clarify ok..tq.. fadzlan

Anonymous said...

di harap sis dpt merungkai segala persoalan sy,...thanks... fadzlan
fadzlanzameri@gmail.com

Vee Aini said...

Saya nak tanya... bolehkan majikan saya memotong gaji basic saya dengan alasan syarikat mengalami masalah kewangan. Dan ada akta ke untuk pemotongan gaji seperti ini?

laila said...

salam diana...sy masih dlm tempoh probation (7bulan)..3minggu lg sy akan mengambil maternity leave...adakah majikan berhak utk tidak membayar cuti bersalin sy? tq

Unknown said...

Assalam. Sy ade persoalan. Saya sekarang sudah bekerja sebulan setengah. Jadi atas tidak tahan kerana majikan yg terlampau bossy dan sanggup mengganggu pekerja luar dr waktu kerja hanya kerana mengejar tender projek jadi sy ingin meletak notis semggu. Adakah boleh ? Kerana dalam ofer letter tersebut tidak menyebut apa apa tentang tempoh notis berhenti dan hanya mengatakan sy masih dlm tempoh percubaan dlm enam bulan. Adakah sy bole meletak notis 24 jam atau selewatnya 2 mggu ?

Anonymous said...

salam diana

sy ada beberapa soalan nak ditanya. boleh dapatkan email saudari... ini email sy.. gahmakmur@yahoo.com

tq

Anonymous said...

Hi Diana...saya perlukan pencerahan and advise way foward to my husbd punyer issue..husbd saya baru berkerja 2 bulan dgn one of foreign company dan masih dlm probation period 3 month(offered as permanent staff).on 30.10.2015 hubds saya di beri surat Termination letter tampa berpincangan & sebab dari managment dan diberi tempoh bekerja seminggu sahaja lagi . ..even husbd saya wsap pun tiada reply from them..dan call mereka cuma cakap akan berbincang tentang issue ni pada minggu depannye...perbincangan hendak di buat selepas Termination letter issued to my husbd...tolong Diana advise saya agar dapat saya bantu suami saya..apperciated your advise and respon..tqvm..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Anon 31 Oct,

Berhentikan probationer sama prosedurnya dengan berhentikan confirmed staff.
Jadi tindakan majikan suami adalah salah.
Sekiranya suami diberhentikan, suami boleh melaporkan kes unfair dismissal kepada JPP. Kebiasaannya bagi kes seperti ini mereka akan dapat reinstatement (diberikan semula jawatan) dan syarikat perlu membayar gaji kepada suami sepanjang pemberhentian tersebut instead of pampasan. Lagipun suami bekerja sangat baru dengan syarikat.

Unknown said...

Assalammualaikum. Akak nk Tanya..bolehkah akak perkerja semula si syarikat yg pernah akak perkerja..setelah akak memberhentikan diri sendiri(tanpa notis) atas sebab pribadi..tpi syarikat yg hendak akak kerja semula ini bukan lgi syarikat yg lama maksud akak syarikat ini telah ditukar nama lain(dijual pada syarikat baru)Adakah syarikat yg bakal akak minta ini boleh menerima akak berkerja?Sekian terima kasih..

penanya said...

Assalamualaikum cik diana, ada cr lain tak utk sy refer ngn cik diana? email ke? Sbb sy ade nak tnye someting n tkot utk d post di sini

Anonymous said...

Hi VIC

Nak tanya sikit ... Jika saya sebagai seseoarang penjawat awam (kakitangabn kerajaan) melalakukam kesalahan membuat pernyataan awam di Facebook dan didapati menghina Pemimpin. Apakah hukuman paling setimpal yang boleh dikenakan berdasarkan kesalahan Akta 605 (Peraturan 18).

Di beri amaran, surcaj atau dibuang kerja.

Diharap dapat membantu.
Ahmad Bakri

Unknown said...

SALAM DIANA V.I.C,

Saya Zaidi,,,Company telah memberikan 2 warning letter diatas kesalahan yang sama kerana masuk lewat ke pejabat,lewat pun tak lebih 10 mint pun,seminit dua pun dikira lewat...layakkah saya terima warning letter tu dan boleh kah 2 warning letter dikeluarkan di atas 1 kesalahan yang sama?

TERIMA KASIH.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Boleh dapat warning letter untuk kesalahan lambat walaupun sekadar 10 minit tanpa alasan munasabah.

Tak boleh 2 warning letter untuk satu kesalahan yang sama. Tapi boleh dapat 2 warning letter atas kesalahan yg sama tapi 2 kejadian berbeza.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Boleh dapat warning letter untuk kesalahan lambat walaupun sekadar 10 minit tanpa alasan munasabah.

Tak boleh 2 warning letter untuk satu kesalahan yang sama. Tapi boleh dapat 2 warning letter atas kesalahan yg sama tapi 2 kejadian berbeza.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam diana
Hopefully u can help me with this
First of all,saya akui pa yg saya cuba tanyakan ni mmg da kesalahan saya iaitu sering dtg lmbat dlm bulan 7 lalu..ok..itu saya akui cuma prob nya sekarang,company saya nak memotong gaji saya sebanyak rm 591 ats total 2jam masa saya lambat selama sebulan sedang gaji saya hanya 1150..jadi potongan nya jd lebih dr setengah gaji saya..not to mention potong epf lagi..so boleh kah majikan saya buat mcm tu sdgkan dlm agreement letter saya da nyatakan kesalahan lewat dtg kerja adalah warning letter..hopefully u can reply me on this..anyway im already work for that company for 5 year..

Unknown said...

Salam diana
Hopefully u can help me with this
First of all,saya akui pa yg saya cuba tanyakan ni mmg da kesalahan saya iaitu sering dtg lmbat dlm bulan 7 lalu..ok..itu saya akui cuma prob nya sekarang,company saya nak memotong gaji saya sebanyak rm 591 ats total 2jam masa saya lambat selama sebulan sedang gaji saya hanya 1150..jadi potongan nya jd lebih dr setengah gaji saya..not to mention potong epf lagi..so boleh kah majikan saya buat mcm tu sdgkan dlm agreement letter saya da nyatakan kesalahan lewat dtg kerja adalah warning letter..hopefully u can reply me on this..anyway im already work for that company for 5 year..

Anonymous said...

Salam Diana

Mohon sedikit pencerahan untuk isu2 seperti di bawah;

i. Seorang kakitangan bahawan yang asalnya dilantikan untuk satu jawatan telah diarahkan untuk bertukar jabatan (atas alasan majikan yang tidak dimaklumkan) tanpa diberi skop kerja baru. kakitangan tersebut terpaksa menerima kerana takut dibuang kerja. Setelah berpindah ke jabatan baru, kakitangan tersebut dikatakan gagal menjalankan tugasannya.

Persoalan saya;

i. Adakah perlu @ wajib majikan bagi skop kerja baru kepada kakitangan utk sebarang pertukaran atau pertambahan kerja.
ii. Adakah pekerja dikatakan telah menerima pertukaran / skop kerja baru walaupun sebenarnya beliau tidak bersetuju (paksa rela)
iii. Sekiranya kakitangan tersbut dikenakan tindakan adakah sah tindakan tersebut kerana beliau sebenarnya tidak diberi peluang untuk memilih atau dimaklumkan skop kerja sebenar.

Terima kasih.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam... saye nak tanye beberape soalan. 1.majikan saya ade potong gaji saya sebanyak rm400.dan dipotong rm50 sebulan, selame 8bulan la... alasan pemotongan 2 die cakap cagaran taku pekerja ade curi brg dan lari.. dan sekarang saye dah berhenti.dan saye berhenti tak bagi notis. cume saya sms die bgi tau saye kene berhenti notis 24 jam. dan sekarang die tak bayar gaji saya dan dengan duit yg die potong tu... saya nak tau boleh ke saya dapatkan gaji dan duit yg die potong tu dan macam mana cara die.. boleh tolong bagi pendapat....

Anonymous said...

Salam... saye nak tanye beberape soalan. 1.majikan saya ade potong gaji saya sebanyak rm400.dan dipotong rm50 sebulan, selame 8bulan la... alasan pemotongan 2 die cakap cagaran taku pekerja ade curi brg dan lari.. dan sekarang saye dah berhenti.dan saye berhenti tak bagi notis. cume saya sms die bgi tau saye kene berhenti notis 24 jam. dan sekarang die tak bayar gaji saya dan dengan duit yg die potong tu... saya nak tau boleh ke saya dapatkan gaji dan duit yg die potong tu dan macam mana cara die.. boleh tolong bagi pendapat....

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam Sofiyan,

1- Majikan tiada hak potong gaji pekerja atas alasan cagaran.
2- Anda salah berhenti kerja tanpa notis yang mana sekiranya notis anda sebulan ini bermakna anda berhutang 1 bulan gaji dengan majikan.

Anonymous said...

salam...

1. Saya menerima tawaran kerja dari syarikat lain jd saya telah menghantar notis 2 bulan seperti yg ttulis dlm offer letter. Kemudian, dalam tempoh 2 bulan notis itu saya telah ambil cuti tahunan sbyk 10hari memandangkan balance annual leave sy adalah 18hari. FYI,cuti 10hari itu telah diluluskan namun majikan lama saya telah memotong gaji saya sbyk 600++ atas alasan overtaking leave utk gaji bulan terakhir sy bekerja. Sedangkan alasan overtaking leave ini tidak pernah wujud sebelum ini dan saya tidak diberitahu ttg hal ini.Balance annual leave 8hari yg tidak terpakai pun syarikat enggan mmbayar atas alasan cuti itu tidak dikira. Mohon diana mberi penjelasan..TQVM

Unknown said...

Assalamualaikum,

1. saya telah diberhentikan kerja 24 jam tanpa sebab, tanpa sebarang notis dan tanpa 6 bulan gaji (seperti yang dimaklumkan dalam offer letter) oleh majikan saya.

2. baki claim saya yang bertangguh selama lebih 6 bulan masih belum dilangsaikan oleh pihak majikan.

3. Saya dimaklumkan bahawa jumlah claim saya akan dipotong atas alasan sebuah ipad syarikat hilang walaupun saya tiada di tempat kejadian semasa kecurian berlaku.

4. Caruman EPF masih belum dijelaskan sebanyak 5 bulan walaupun majikan membuat potongan dari gaji saya setiap bulan.

5. majikan reject elaun kerja lebih masa saya tanpa sebab. saya masih mempunyai bukti saya kerja lebih masa.

Apa tindakan yang boleh saya ambil untuk menuntut hak saya?

Unknown said...

hai, saya ingin bertanya sekiranya majikan berhasrat untuk menarik balik seterusnya meminda surat tawaran bekerja " appointment letter" yang telah ditandatangai dan perkidhmatan sudah bermula beberapa tahun, kerana majikan ingin meminda waktu bekerja dan memasukkan hari sabtu sebagai hari bekerja (mengelakkan membayar o.t) adakah majikan mempunyai hak? dan sekiranya pekerja tidak bersetuju, apakah tindakan bagi pihak pekerja yg boleh diambil

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam Wiraco,

Mana boleh pinda semula offer letter yang telah ditandatangani, inikan plak yang sudah makan masa bertahun.
Penggubalan baru yang bercanggah dengan offer letter perlu mendapat persetujuan kedua2 pihak - majikan dan pekerja. Majikan boleh mengeluarkan memo atau meminda buku panduan pekerja dan kemudian mendapatkan persetujuan semua pekerja melalui tandatangan Baca, memahami dan bersetuju perubahan peraturan dan undang-undang baru syarikat.

Sekiranya pekerja tidak bersetuju, maka undang2 baru tidak boleh digubal. Di sinilah majikan memainkan peranan dalam memberikan situasi win-win kepada pekerja. Aku ambik A, tapi aku beri B. Sama2 untung. Sama2 setuju.

Unknown said...

Salam saya ingin bertanya,saya telah diberi surat warning letter atas alasan dtg lewat ke pejabat. Kemudian ada lagi surat di panggil surat pembelaan diri yg harus dijawab tetapi saya tidak menjawab so automatik saya dikatakan bersalah.. So mulai bulan berikutnya kenaikan tahunan gaji saya telah dipotong. Betulkah tindakan majikan saya or saya boleh mengambil tindakan.. Utk pengetahuan saya berjawatan tetap.. Mohon pencerahan.. Tq

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam Matt Azlanz,

Ya, surat tunjuk sebab memang perlu di jawab. Kegagalan pekerja menjawab surat tunjuk sebab bermakna pekerja mengaku bersalah atas semua pertuduhan dan tiada ada sebarang pembelaan diri. Majikan memotong kenaikan disebabkan ini juga adalah sah, kerana tindakan disiplin sememangnya akan menjejaskan bonus / increment.

Unknown said...

As Salaam.
Syarikat tempat saya ditempatkan bertugas mengarahkan kami mengetip keluar kad perakam waktu bila bertukar ke kilang sebelah sewaktu bertugas walaupun kami masih bertugas dan seterusnya kekilang sebelah lagi dan mengetip masuk kad perakam waktu selepas 6 jam di kilang2 berselahan kepunyaan syarikat sama. Kami di tekankan agar berbuat demikian walaupun kami masih waktu bekerja dan perbuatan tersebut melanggar amalan kebiasaan berkenaan pengurusan kad oerakam waktu. Alasan majikan adalah untuk menjejaki pergerakan pekerja kontrator dari satu kilang ke satu kilang, malangnya peraturan ini tidak dikenakan keatas kontraktor kontraktor lain. Seperkara lagi, kami ada menyediakan satu Rekod Bertugas dimana tercatat siapa bertugas dimana pada sesekian waktu. Harap mendapat reaksi dengan undang undang yang berkaitan bagi mengatasi masaalah ini.

Sekian, terima kasih.

tasha nisron said...

Assalam
Masalah saya ialah saya sebelum ni adalah recep kemudian saya dinaikkan pangkat sbb saya sda kelulusan jd ke .. tp saya masih lg tidak dapat offer letter pentukaran jawatan tu sudah 8 bulan berkerja .. malah gaji masih gaji recep .. so macam mana ye?? Apa perlu saya buat? Saya sudah byk kali tanya HR depart tp dia kata masih tggu HOD tp 8 bulan sudah ... apa peelu saya buat?

Unknown said...

Salam,saya ada kes lain pula.Saya sudah bekerja pada syarikat ini sudah 5 tahun.Syarikat saya ni adalah Bancuhan konkrit(ready mix)dan saya adalah pemandu lori.Sekian lama saya kerja dulu langsung tak ada offer letter.Ada trip adalah gaji.Tapi baru baru ni belum sampai setahun syarikat sudah bagi satu surat pada saya dan semua driver.iaitu surat offer letter kontrak untuk kerja .6 bulan sekali kena sain.Dan dlm offer letter tu mcm biasalah mcm mcm yg dia tulis.kemuskilan saya kenapa baru sekarang offer letter baru keluar.Pada hal kami dah kerja selama 5 tahun.
Lagi satu kes...
Saya telah excident bawa lori syarikat tapi bukan saya sengaja kan.ini disebabkan kesalahan teknikal lori.Dan saya tak ada dlm lori sewaktu kejadian.Lori saya parking di atas jalan yg sedikit curam diikuti lori kawan saya di belakang.kami menunggu turn utk nak turun kan konkrit.tiba tiba angin dlm lori saya bocor dan lori berjalan undur kebelakang dan merempuh lori kawan saya di belakang.tapi kami tak ada apa apa sebab time tu kitaorg tenggah bersembang di luar lori.Disebabkan itu bos sudah marah dan menyalahkan saya.Saya sudah bercakap dgn bos ini bukan salah saya ini masalah pada lori semua langkah langkah keselamatan dah saya buat saya tarik handbreak dan letak batu di tayar.Tapi disebabkan bebanan lori berat batu itupun tak mampu menahan berat lori tersebut.Bos sudah memarahi saya dan mengatakan saya lalai.dia cakap mahu potong gaji saya.Saya cakap kenapa tak clim insuran saja.dia cakap lori insuran tird party,tak boleh clim.Bos suruh saya ganti rugi sebanyak 11 ribu dgn meyuruh saya sain surat tapi saya tak setuju.
Apa pendapat saudara tentang hal ini..saya betul betul pening sebab ini bukan salah saya..tapi saya kena tanggungbeban