Monday, March 29, 2010

Saya Nak Jadi Ahli Politik, Cikgu~!

(Entry ini sebenarnya ditaip pada hari Sabtu 27/3/2010, pukul 9 malam tapi memandangkan agak susah mendapat wi-fi di tempat yang aku kurang biasa, maka lambat dipostkan)

Ingat lagi masa zaman persekolahan dulu, kalau cikgu tanya cita-cita aku, dengan lantang aku menjawab, "Saya nak jadi ahli politik, Cikgu." "Kenapa kamu nak jadi Ahli Politik?" "Saya nak jadi macam Rafidah Aziz, wanita bersuara paling lantang di Parlimen." Aku bukan macam sesetengah pelajar lain yang 10 kali ditanya 10 kali cita-cita dia bertukar. Tidak... aku memang mahu menjadi wanita bersuara paling lantang dalam parlimen.

Sehingga sekolah menengah, cita-citaku tak berubah juga. (Cuma kadang-kala aku pernah juga menjawab nak tubuhkan satu kumpulan macam Spice Girls dan aku mahu jadi Victoria Beckham.) Jadi sebaik saja dapat result SPM, aku mencari kursus yang boleh menjadi batu loncatan untuk aku jadi ahli politik. Maka pilihan pertama ialah Kursus Pentadbiran Awam dari Uitm dan pilihan pertama dalam borang UPU itulah menjadi destinasiku untuk 3 tahun seterusnya.

Kata orang tak kenal maka tak cinta. Tapi bila aku kenal erti politik di Malaysia berbanding teori yang aku fahami, ia merencatkan sedikit hala tujuku. Tapi masih bermimpi untuk mentadbir, tangga seterusnya masih kursus pentadbiran - pentadbiran korporat (read: bukan keparat). Hakikatnya mengetahui teori "Doktrin Pengasingan Kuasa" yang paling asas sekali pun kita tidak berjaya mengaplikasikannya di Malaysia, jadi apa gunanya teori lain yang berjela. Ia rupanya hanya satu guideline atas buku sahaja. Hakikatnya sebaik negara di bawah tangan kita, lupakan "do's and don't". Akhirnya aku memutuskan, politik bukan jiwa aku. Tertutuplah cita-cita aku. Jangan sebut soal politik, parti mana... pada aku, sesiapa pun yang memerintah, yang kaya bukan aku - tapi mereka.

Mukadimah panjang sikit kali ni. Pokoknya ialah, aku sepatutnya berada di Melaka ketika ini - bercuti, tetapi tempahan hotelku dibatalkan hanya tinggal kurang dari 18 jam untuk bertolak. Beg baju telah dikemas. Alasan - hotel di Melaka terpaksa ditutup gara-gara empangan pecah. Catuan air telah berlaku dan hotel-hotel terpaksa ditutup mungkin dalam seminggu. Maka aku duduk mengadap tv buletin utama malam itu. Tunggu punya tunggu. Tiada sebarang berita mengenai empangan pecah di Melaka. Maka aku membuat kesimpulan - kerana ia negeri yang ditadbir kerajaan, maka itu tiada atau lambat berita disebarkan. Lucu. Teringat masa kes banjir kalau tak silap di negeri bawah tadbir Pembangkang. Ia menjadi antara berita utama. Malah ada seorang lelaki dengan lantang bersuara, "Kalau rasa tak boleh tadbir negeri, bagi aje BN memerintah." Perghhh... keras betul kata-kata tu. Kalau perkataan tu ditujukan untuk kerajaan, mesti pakcik tu dah ada dalam ISA.

Malah ketika DSAI diminta mengulas tentang tempoh yang diberikan oleh speaker Dewan untuknya memohon maaf, rencana dipotong masa DSAI sedang bercakap. Sangat obvious tergantungnya. Begitu juga seorang lagi ahli parlimen pembangkang. Aku kira shot diambil hanya 3 saat dan makna percakapan pun tak sempat dipertontonkan. Sebaliknya kalau menteri mana-mana yang berucap topiknya sudah lari pun masih disiarkan sampai habis ayatnya. Jangan kata aku pro pembangkang. Tidak. Seperti yang aku kata, walau siapa pun yang memerintah Malaysia, yang kaya bukan aku - tapi mereka. Jadi permainan mereka yang sekali-sekala menyakitkan jiwa, tidak diminati oleh jiwa aku. Tapi sebagai civillian (orang awam yg berdiri di atas pagar) aku jatuh kasihan dengan pihak yang nampak seperti teraniaya. Jadi aku yakin, aku bukanlah satu2nya orang yang merasa begitu. Mungkin beribu rakyat Malaysia yang merasa begitu - dan inilah mungkin faktornya beberapa negeri yang sebelum ini kubu kuat kerajaan jatuh ke tangan pembangkang. Apa yang aku boleh katakan, jangan gunakan cara politik yang sama untuk zaman yang berbeza. Ia sudah obsolete! Akhirnya ia akan memakan diri.

Daripada sibuk membuka aib sesama sendiri, mengutuk dan menghina sesama sendiri (lebih menyedihkan ia berlaku di kalangan orang2 Melayu kita) adalah lebih baik orang2 di atas itu memikirkan tentang rakyat. Soal halal haram yg tidak dipantau - dijamu kepada umat Islam. Kang korang jugak yang nak menjawab kat akhirat nanti. Premis2 haram, kemiskinan tegar, pelacuran dan macam2 perkara lagi yang perlu dikupas mengenai betapa lemahnya jabatan-jabatan perkhidmatan awam ni membuat kerja. Sebenarnya itu lebih mengembirakan kami daripada dok menonton propaganda politik. Sudah letih dan lemas~!

Kisahnya....(ok.. penat berleter, sebenarnya nak cerita ni je) gara-gara Hotel di Melaka dibatalkan... maka aku tercampak di Port Dickson sekali lagi. Melarikan diri dari tekanan kerja dan tekanan melihat senario politik di Malaysia. Mujur aku sudah tidak bercita-cita seperti zaman sekolah dulu lagi.




Thursday, March 25, 2010

Kalaulah Semua Orang Tahu Membuat CPR dengan betul..

Kalaulah Semua Orang Tahu Membuat CPR & 1st Aid tentu banyak kematian mengejut yang terjadi dapat dielakkan. Memang ajal dan maut di tangan tuhan tapi sekurang-kurang mangsa yang mati akibat serangan jantung, renjatan elektrik, lemas (air atau asap) atau terkena bisa patukan ular dapat diselamatkan, diberi waktu yang lebih lama sedikit sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Itulah yang dikatakan oleh Trainer yang sangat mahir memberikan ceramah sehingga training 18 jam (2 hari) terasa amat suntuk kerana terlalu banyak perkara baru, menarik dan penting yang ingin diketahui oleh kami semua.

Kata Trainer lagi, Allahyarham Hani Mohsin yang meninggal akibat serangan jantung di tengah public malah di kawasan LCCT yg mana pekerja di situ telah diberi latihan kecemasan, malangnya, tiada seorang pun yg tampil memberi bantuan kecemasan (CPR) kepadanya waktu itu.

Membuat CPR dengan betul. Hembus mulut 2 kali, tekan dada 30 kali diulang-ulang. Kedudukan tangan mestilah tegak. Cara membuat anduh segitiga dengan betul. Bahagian yang berdarah perlu diletakkan di tempat tinggi untuk mengurangkan pengaliran darah keluar.


Mengangkat atau memindahkan mangsa yang mengalami patah tulang belakang perlu diikat terlebih dahulu. Sekiranya berlaku pergerakan pada saraf tunjang, boleh menyebabkan lumpuh atau kematian.


Begini caranya memindahkan dan mengangkat mangsa melalui tangga yang sempit. Turut diajar bagaimana memasukkan mangsa ke dalam lif yang sempit.


Kemudian, 4 orang dari kami dipilih untuk berlakon menjadi mangsa. Kami di makeup kan dengan darah tiruan dan luka2 yang mengerikan. Pasukan penyelamat ditubuhkan. Marshall dilantik bagi menilai kerjasama, kepantasan dan tertib pasukan penyelamat.


Inilah dia pasukan penyelamat yang telah ditubuhkan dalam masa 5 minit.


Mangsa Pertama : Patah tulang terkeluar. Tulang yang terkeluar tidak boleh dimasukkan ke dalam badan semula. Tulang mesti dibalut dengan balutan cincin dan kemudian dibalut bahagian luar bagi menghentikan pendarahan.


Mangsa Kedua: Tangan terhempap benda berat menyebabkan patah kuku. Tangan yang sebelah mengalami patah dalam sehingga menyebabkan pendarahan dalaman.


Mangsa ketiga: Tidak sedarkan diri. Mengalami patah tengkuk dan kecedaraan dalaman yang tak dapat dipastikan.


Mangsa keempat: Pitam dan tidak sedarkan diri. Tiada sebarang kecedaraan.


Setelah lulus ujian praktikal dan ujian teori, akhirnya kami ditauliahkan pasukan First Aider.


Tips Penting: Selagi anda tidak ditauliahkan sebagai doktor perubatan adalah salah bagi anda memberikan ubat kepada orang lain. Anda boleh dipenjarakan sekiranya pesakit mendapat alahan atau mudarat disebabkan ubat yang diserahkan kepada mereka dari tangan anda. AWAS~!


Monday, March 22, 2010

Terima Kasih Kawan-Kawan

Jutaan terima kasih untuk semua kawan-kawan yang menghantar sms, blog komen, email, facebook mahupun lisan mengucapkan Selamat Hari Jadi dan mendoakan yang baik-baik sempena hari Lahir Vic yang ke-28. Bagi ucapan yang tak sempat dibalas, diharap tulisan di blog dapat menzahirkan penghargaan yang tak terhingga untuk kowang. Doa dari kalian amatlah bermakna buat Vic. Terima kasih banyak2....

Bawah diselitkan gambar-gambar majlis makan-makan bersama pekerja dibahagian ofis yang diadakan pada 22 Mac 2010 pada pukul 1 tengahari tadi sempena menyambut hari jadi Vic. 2 kek you.... makin montel la I jawabnya..

Cheese Cake with Chocolate Layer.... Nyum


Sunday, March 21, 2010

Menginjak Usia 28 Tahun.

Hari ni genap usia aku 28 tahun. Memandangkan aku tak punya sebarang permintaan besar seperti mahu dapat jodoh segera maka aku cuma mengharapkan tahun ni aku akan menjadi kaya raya. Bukan kaya yang disapu atas roti. Mcm mana nak jadi kaya? biar aku umpamakan ia ibarat bulan jatuh ke riba.....
Kek Baskin Robbins yang tertulis perkataan Mummy ni adalah hadiah dari emak.
Hamper Famous Amos from My sister... amboi... main balas2 nampak?
Flowers and Chocolates bouquet from my best friend, Anne. Thanks laling.

Oh ye. Sabtu aku telah ke Pekan, Pahang menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku. Paling tidak disangka-sangka majlisnya itu telah dihadiri oleh orang besar yang tidak disangka-sangka iaitu Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Difahamkan majlis ini juga sepatutnya dihadiri oleh Dato' Seri Najib Tun Razak, namun beliau terpaksa membatalkannya berikutan perlu menghadiri satu majlis penting.

Baginda kelihatan tersenyum ketika membaca sms di telefon bimbitnya.
Agaknya apalah yang dibisikkan oleh pengiring baginda ye?
Lelaki itu ialah anak sepupu aku. Hebat sungguh bila majlis perkahwinan kita dihadiri orang besar2 ye?

Tengku Mahkota bersedia untuk menepung tawar sebagai memberi restu kepada kedua mempelai.

p/s: Tengku Mahkota ini kacak juga ye bila terjumpa secara live begini. Malangnya ketika dia menjeling ke arahku, aku sedang mendukung Aliyah. Terus jatuh merundum sahamku. hahahahaha

Friday, March 19, 2010

Pagiku Yang Penuh Dengan Ciuman...

Tajuk tak hengat. Mesti kowang dok fikir lain tadi ye? Sebenarnya begini. Pagi2 arini sebenarnya tak ada mood langsung nak datang kerja. Perut sakit memulas2... tapi bukan kerana nak melabur di mana2 amanah saham. Tapi memikirkan hari ni aku la bos (memandangkan bos2 lain cuti) maka dengan rasa tanggungjawab dan semangat waja yang tak berapa nak waja sangat aku pun datanglah ke ofis juga.

Tapi berbaloi2.... datang2 je tgk ada hadiah atas meja. Padahal birthday aku hari ahad ni. Ni mesti kes berebut nak jadi orang pertama yang bagi hadiah ni. Ni yg buat aku tambah sayang nak tinggalkan kompeni ni.
Comel kan cawan dari memory lane yang bertarikh birthday aku ni? This is from Haida, my bestfriend. Mana satu Haida? Scroll bawah lagi...

Jeng Jeng Jeng... ini dari En. Salleh... yang mana satu En Salleh? Scroll di bawah..
Ok. Perempuan yang duduk pakai tudung kaler pink ialah Haida, yg berdiri Suria, sebelahnya Izhar, sebelah lagi En Salleh dan paling kanan En. Hussain (HR Advisor).

Ok... nak tau hadiah apa yang En Salleh kasi? Ini dia...!!!!!!

Terkejut tak? Aku pun terkejut gila. Set makeup dari Maybelline dan penjagaan muka dari Loreal. Terima kasih banyak2 untuk semua kawan-kawan.
Yang lain2 semuanya bagi ciuman yang bertalu2 di kedua2 belah pipi aku sambil mengucapkan selamat hari jadi dan panjang umur. Tapi perempuan je la (walaupun aku tau yg lelaki pun terkinja2 nak bagi ciuman juga :P). Sebenarnya Isnin ni aku dah tau kowang nak buat surprise birthday party. Aku dah tercurik2 dengar... ekeke... Tapi aku buat2 macam tatau la... nanti tak besh plak. Ok.. ok... aku buat tatau... syhhhh..

Ok.. actually hubby pun bagi juga... dia bagi handbag Carlo Rino. (Kang dia majuk plak hadiah yg dia bagi tak masuk blog). Cantik hadiahnya... aku suka.. begnya lembut dan flexible... I like (pandai tak aku ambik hati dia?) Eheh... betul yang... mmg sy suka beg awak kasi ni. Awak pun tau kan? ekekeke...

Thursday, March 18, 2010

Matahari Dari Jarak Dekat (5000km)

Imej matahari yang paling jelas diperolehi oleh Royal Swedish Academy Of Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescope. Mungkin ramai yang pernah menerima emel mengenai imej matahari ni, tapi vic ingin berkongsi dengan mereka yang belum pernah melihatnya. Sungguh kagum dengan rupa sebenar matahari. Dari gambar sudah terasa bahangnya walaupun jaraknya ketika ini ialah 5000km.


Cerita sekadar renungan kita bersama (dan kepada vic juga). Saling ingat-mengingati itu satu ibadah juga.

Diriwayatkan bahawa Rasululallah SAW pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini.
Setelah nabi Adam dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Nabi Adam A.S. Maka Jibril pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
Jibril: wahai Zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam A.S.
Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril: sebesar kurma...
Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya.
Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...
Zabaniah: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti.
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril A.S. pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka Jibril A.S. pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. Selepas itu Jibril A.S. pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakkan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.
PENGAJARAN: Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA .

Wednesday, March 17, 2010

Dah Terhantuk, Benjol dan Pengsan Baru Nak Terngadah

Puas hati bila dapat baca artikel akhbar Kosmo hari ni:-


KUALA LUMPUR - Sebanyak sembilan premis seks di sini, Subang Jaya dan Johor Bahru diserbu semalam atas dakwaan menjual gajet-gajet seks. Operasi itu berakhir dengan tiga buah kedai diarah tutup serta-merta.
Hasil rampasan daripada ketiga-tiga premis itu melebihi RM120,000.
Tindakan itu membuktikan anggapan sesetengah pegawai kerajaan khususnya daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kononnya mereka tidak dapat bertindak atas alasan pengusaha premis terbabit tidak melakukan kesalahan kerana menjual cenderamata, adalah salah.



Pertama sekali membincangkan hal ni (sebelum disiarkan dalam Kosmo lagi) di dalam blog abg sham @ ondscene Kemudian bila keluar front page Kosmo, kami bincang lagi hal ni dalam blog Bro Mazidul di sini, kemudian di sini dan seterusnya di sini pula. Pertikaiannya masih berpaksi kepada "Bagaimana Premis Seperti Ini Boleh Hidup bertahun-tahun lamanya, Beranak Pinak sehingga berjaya membuka cawangan merata-rata tanpa sebarang tindakan daripada pihak penguatkuasa tempatan. Namun tiada juga sebarang jawapan mahupun tindakan yang dibuat oleh DBKL.





Akhirnya hari ni semua orang mula bersuara:-

SPRM hairan DBKL lambat bertindak
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hairan dengan kelewatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan susulan terhadap pendedahan Kosmo! mengenai kewujudan premis menjual gajet seks secara terbuka di ibu negara.


Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull berkata, tindakan DBKL menyerbu beberapa premis jualan gajet seks secara senyap-senyap selepas mendiamkan diri selama seminggu memang meragukan.

Beliau juga berjanji akan melihat terlebih dahulu prosedur SPRM dan akan mengambil langkah yang perlu untuk membolehkan siasatan dilakukan terhadap DBKL.
"Tindakan DBKL melakukan serbuan secara senyap-senyap boleh menimbulkan persoalan dan keraguan sedangkan isu tersebut perlu diberi perhatian sewajarnya,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Kosmo! semalam melaporkan sikap para pegawai kerajaan yang mengecewakan sehingga tiada satu pun penguat kuasa daripada jabatan kerajaan mahu bertindak terhadap premis-premis seks terbabit.

Sehubungan itu, Mohd. Shukri meminta orang awam tampil membuat aduan jika terdapat sebarang unsur perlakuan rasuah berhubung perniagaan gajet seks yang tumbuh bagai cendawan di ibu negara.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut kesal dengan sikap DBKL yang bertindak dalam senyap terhadap premis berkenaan kerana ia sememangnya menimbulkan keraguan dari segi penguatkuasaan.

Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Ma'amor Osman berkata, adalah wajar SPRM melakukan siasatan segera berhubung perkara itu dan mengambil tindakan susulan.
Katanya, campur tangan SPRM dapat menjawab segala desas-desus serta punca para pegawai kerajaan dan pihak berwajib menuding jari antara satu sama lain.
"Dalam seminggu ini isu penjualan gajet seks secara terbuka hangat dibincangkan orang awam selepas dibongkar dalam Kosmo! tetapi DBKL serta beberapa agensi kerajaan tidak menunjukkan sebarang reaksi,'' katanya.


Kata Menteri-menteri pula:-

Hishammuddin, Shahrizat terkejut
KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bukan sahaja terkejut malah mengaku langsung tidak mengetahui kewujudan kedai menjual gajet seks secara terbuka di negara ini.
Berikutan itu, kedua-dua menteri itu berjanji akan menyiasat pendedahan Kosmo! mengenai isu tersebut sebelum mengambil tindakan yang lebih tegas.


Apa pun Vic nak ucapkan tahniah kepada WARTAWAN (you know who you are) yang berjaya membangkitkan isu ini dan seterusnya membuka mata semua orang khasnya "ikan-ikan besar yang selama ini tidur" mengenai hal yang telah lama cuba diketengahkan oleh rakyat Malaysia. Tahniah! Ini baru betul WARTAWAN, bukannya dok cari gosip murahan je~!!

p/s: kepada pihak berkuasa tempatan, ini bukan dah terhantuk baru nak terngadah ni. Ini dah pengsan dan benjol baru nak sedar. Nasib baik tak mati.

p/s: kepada pak menteri, bershoppinglah di mana rakyat Malaysia yang lain bershopping (mcm moto pasaraya Giant je), maka anda boleh melihat apa yang rakyat Malaysia lihat. Selain dari tu no komen. Saya tak nak kena saman.

Minggu-minggu Tanpa Dia Di Sisi...

Sejak hubby ter"eksiden"kan dia sabtu lepas, aku dapat merasakan hidupku akan sunyi beberapa hari tanpa dia. Tapi sungguh tak ku sangka... ia bukan sekadar beberapa hari, tapi beberapa minggu... (almaklumlah, repair pakai insuran).

Lebih menambahkan teruk keadaan, orang yang hubby langgar itu merupakan jiran satu taman perumahan. Ketika kemalangan berlaku, jiran terbabit baru pulang dari hospital selepas menjaga anaknya. Memandangkan keadaan kesihatan anaknya yang semakin kritikal, beliau memerlukan sangat sangat kereta untuk berulang alik dari hospital ke rumah. Kerana rasa bersalah, hubby telah meminjamkan keretanya kepada jiran untuk kegunaannya sepanjang keretanya berada di workshop. Maka jadilah kami pembonceng motosikal kapcai hubby yg semput dan kerap2 asyik terberhenti di tengah jalan.

Sejujurnya aku dah beberapa tahun tak naik motor. Bila hubby menghantar aku ke tempat kerja dengan motor semalam, terasa sayu pula (rasa segan lebih lagi). Senyuman kerang busuk yang dilemparkan oleh guard sejurus aku membuka helmet, menambahkan sakit hati. Ketika aku terjengket2 membawa helmet untuk diletakkan bawah tangga (tak sanggup nak bawa naik ofis) terserempak dengan beberapa pekerja.
"Siti, apa dah jadi dengan kau? Apsal naik motor?" tegur seorang kenalan
"Kereta aku eksiden."
"Kot iya pun takkan la sampai naik motor kot?"
"Suami aku pinjamkan kereta dia kat org tu, pasal anak dia kat wad, dia nak pakai keta sangat. "
"Alahai... suami ko lagi kesian kat org tu dari bini dia sendiri ke?"
Aku terdiam. Adakah keadaan aku sungguh nampak teruk dan perlu dikasihani kerana menaiki motor dan memegang helmet cap apollo ni?

Semalam semasa hubby ambil aku dengan motor kapchainya, ketika itu semua pekerja sedang berpusu2 balik. Aku pula menunggu line clear terjengket2 masuk ke bawah tangga mengambil helmet. Kebetulan ketika membuat finger print di pintu keluar, terserempak dengan beberapa pekerja yang asyik merenung helmet aku. Dan ketika aku memanjat motor di belakang hubby, beberapa pekerja memandangku tanpa kelip2. Apa salah ke aku naik motor?!!!

Dan ketika di atas motor menuju ke kedai makan yang aku rasa "sangat jauh" tu hubby pun bersuara, "Dah lama kita tak naik motor mcm ni kan? Rasa macam romantik plak... macam zaman2 bercinta dulu". Uwaaaaaaaaaaaa aku rasa nak nangis... nasib baik angin yang merempuh2 muka aku (disebabkan helmer aku takde wizer) telah menyekat pernafasan dan airmata aku dari mengalir. Sungguh aku rindukan Kembaraku. Walaupun dia bukanlah kereta idamanku, bukan Nissan Fairlady, bukan Sorento mahupun Peugeot 407 tapi dialah harta aku yang sah dan aku rasa terseksa tanpanya di sisi...

Dan pagi ni di pejabat, berita aku naik motor lebih sensasi dari berita muka depan harian Metro. Setiap seorang yang terserempak dengan aku akan bertanya tentang kebenaran kisah yang mereka "dengar2". Aku dah letih nak menerangkan keadaan sebenar yang akhirnya membuatkan aku mengeluarkan statement, "Apa? Salah ke kalau saya naik motor?"

Sunday, March 14, 2010

Vic & Andy VS BroFramestone & Khaizarien

Terpanggil untuk menyertai pertandingan Sweet Couple yg dianjurkan Bro Framestone. Mana tau kot2 leh dapat pakej honeymoon ke Paris ke. Ekekeke...
Langkah2 "memenangi" pertandingan:-

1-Wat entry bertajuk [Nama anda] & [Nama pasangan] VS BroFramestone & Khaizarien

Done


2-
Jadi follower di blog bro & Link kan blog bro dalam blog anda
Done

3-Dalam entry blog, sila sertakan maklumat ini
  • Nama pasangan
  • Vic & Andy
  • Detik mula berkenalan [dimana, macam mana, bila]
  • Pertama kali ku melihat wajah si dia (ewah.. nyanyi seperti M. Daud Kilau), ok.. serius.. ekslusif ni.. mcm dalam rancangan TERJAH. 1st time kenal dalam dunia MIRC channel (#spm99) - khas untuk yg mengambil SPM tahun 99 - bermakna aku ngan hubby adalah sebaya sebab dua2 bukan repeaters. Masing2 berusia 18 tahun, bermakna 10 years ago. Chatting takde feeling2 pun pasal hubby seorang yg brutal waktu itu. Nick dia masa tu pun LanunPerak.
  • 1st time jumpa dia kat cyber cafe. Rambut dia panjang sampai tutup mata, pakai seluar koyak kat lutut. Memang sebijik mcm Lanun. Tak sio teman. Balik rumah aku online mirc, aku kutuk dia kaw2 sat punya dalam chatting. Dia plak kata muka aku mcm orang tua. Kurang ajar tul!
  • Tapi lepas tu kami jadi "teman tapi brutal". Pernah sampai dia marah kat aku pasal balik gathering awal, dia mengamuk dan "tercampak" (aku rasa dia sengaja campak) helmet dia terus melayanggg... sipi lagi sipi lagi terkena kepala aku. Nasib baik aku sempat tunduk ala2 MATRIX masa tu. Kalau tak mungkin aku dah kena radang otak.
  • Aku yang punya terkejut melihat helmet terbang yang nyaris meragut urat sendi otak aku terus menangis teresak2. "Gila nak mampos agaknya budak Lanun ni," aku hanya berkata dalam hati je. Pastu aku menangis balik rumah melalak2 lebih dahsyat dari budak 3 tahun tak dapat beli lolipop.
  • Malamnya hubby aku call minta maaf. Dia kata, "sumpah aku tak sengaja buat gitu. Helmet tu sebenarnya terlepas dari tangan aku. Asalnya aku cuma nak gertak je." Dia pun cuak juga sebenarnya masa tu. Pastu dia tanya "ko marah aku lagi ke?" Itulah suara dia yang paling lembut yang pernah aku dengar selama jadi member dia. Tapi... aku fikir semula... dengan budak lanun ni? OH TIDAK!
  • Detik dilamar [jadi kekasih or jadi pasangan hidup]
  • Ketika aku berada dalam kesusahan dan kesedihan yang amat sangat, dia yang ada sebelah aku waktu tu. Memberi semangat dan support sehingga aku rasa sangat kuat superti wonder woman (eh tu jenama baju dalam ye?).... ermm.. seperti superwoman. Kemudian dia tanya "Aku ni pakwe ko ke?" Soalan tu buat aku tercengang 2 minit lepas tu aku ketawa terbahak2 mcm kak Azie selalu ketawa tu. Jadi dari situ kira CONFIRM je la.
  • 5 perkara yang pasangan anda ada dan orang lain tiada [pastikan pekara itu yang menyebabkan anda terima si dia]
  • 1- Dia sanggup jual motor rempit dia yang berbunyi mengalahkan pakai ekzos buluh kerana aku memberi syarat, kalau mahu pinang aku, jual motor rempit tu pastu beli kereta. Sanggup tukar imej lanun yang dulu kepada yg lebih sedap mata aku memandang.
  • 2- Dia sanggup berhenti merokok sebab dia tau aku amat alah dengan asap rokok. Walaupun tahun lepas dia dah kembali hisap rokok tapi aku tak pernah dapat tengok dia hisap rokok. Maknanya sedaya upaya dia akan pastikan asap rokok dia takkan terkena batang hidung aku.
  • 3- Dia seorang yang sangatttt romantik dan full of surprises. Dia selalu buat kejutan dengan bagi bunga la, hadiah la, bawa makan tempat special dan sebagainya. Dan walaupun lagi beberapa hari genap 6 tahun anniversary kami, dia tetap romantik mcm sblm kahwin dulu.
  • 4-Orang kata orang lelaki susah untuk puji pasangannya. Tapi aku memang kenyang makan pujian (sebab tu makin montel) dan walaupun aku makin montel dia tetap nampak aku kurus dan slim macam Jennifer Lopez. Jadi camno aku nak motivate diri untuk kurus?
  • 5- Dan last but not least.... walaupun dulu aku banyakkkkkkkk sangat pakwe tapi aku tak pernah rasa ada orang lain yang boleh menyayangi aku seperti dia menyayangi dan menjaga aku. He is the gift that God sent to me. Syukur Alhamdulillah...
  • Tempek sekali banner contest berserta link ke entry ini pada blog anda [kira promote la contest ini]
  • Orait! Done.
  • Last sekali... lengkapkan slogan di bawah...
  • BroFramestone & Khaizarien merupakan pasangan yang secocok ibarat buah manggis yang dibelah dua, isinya sedap putih dan gebu, bila makan terasa nak lagi sekilo... tapi mana leh lawan lawan kitorang yang lebih sensasi, gemilang terbilang ibarat buah durian D24 kucing tidur... Dan Mereka tidak boleh mengalahkan pasangan Vic & Andy. Dengan ini Kami ingin mengistiharkan perang ke atas pasangan BroFramestone & Khaizarien. Undilah kami pada 24-26 March 2010.

Thursday, March 11, 2010

Ada Apa Dengan Hazrey??

Hehe... gempak tak pakai nama dia kat title? Saje je suh korang curious. Ada apa ngan mamat senget ni ye?
1- Dia telah men"tag" aku (sebenarnya bagus juga dia tag sebab aku dah tatau nak post apa kat blog).

2- Kerana mamat ni adalah punca utama aku tukar profile picture. Ade ke patut dia perli aku pasal letak gambar kawen (masa tu memang la gambo aku tgh lawa, kurus, comei2). Skang dah comel lebih lagi, tu pasal tak sama ngan gambo... mcm tipu ar konon...
(dan dia kata itulah reason rumah aku masuk perompak kali ke-2 sebab nak make sure gambo kawen tu ngan aku adalah orang yang sama. Kurang assam)

3- Dia la orang pertama yang kata aku sezaman dengan Tom Jones. Biasanya orang kata aku zaman2 Spice Girls pasal tu orang panggil aku Vic (Victoria Beckham). Walaupun kini saiz tubuhku sudah jauh beza dengan bini Beckham tu, tapi comei2nya masih ada. Tul tak kak Azie? ekekek..

OK... 'Game'nya gini le bunyinya:-

1. Go to your photo files… select the 8th photo folder
Susunan Folder aku dalam My Picture: -
1.Personal Photo 2. Photo Gallery 3. Video Clip 4. Aliyah 5. Paip Ofis 6. Vic Lagi 7.Staff Photos 8. Pecah Masuk 10-06-09 (Mcm ni nyer detail jgn kata aku ngelat ye)

2. Select the 8th photo in that folder
Erm... ngapa la tragedi pecah masuk ofis ni yg kena no. 8. Nanti dowang kata vic takde kije lain... rumah kena pecah masuk... opis pun kena pecah masuk... (percaya la.. bukan pintaku semua ini berlaku)

3. Post that photo along with the story behind it
Al-kisahnya kejadian berlaku tanggal 10 Jun 2009 (ala.. skemanya ayat). Toot Toot... guard call.. "Pn. dah dapat report kami tak pasal kejadian pecah masuk dekat warehouse pagi tadi?" "Dah... nanti saya turun". (Padahal aku baru sampai, letak beg pun belum... inikan plak nak baca report. Kena tunjuk efisien :P)
Inilah hasil tembakan kamera olympus pink (kini sudah tinggal sejarah) pagi tu. Gambo ke-8 ni menunjukkan pagar yang telah ditebuk dek tupai a.k.a pencuri - (dari kamera cctv nampak 2 orang lelaki kurus tak berbaju sebab baju dia dah ikat kat muka, konon cover muka la). Barang yg hilang sekadar 8 biji tong kosong yang harganya jauh lebih murah dari harga nak repair pagar ni. Aku pun tatau la kenapa guard aku nak enterframe dalam gambar ni, takpe la... kasi can..!

4. Then challenge 8 blogging friends to do the same.
1- Acu Sayang
2- Kak Azie
3- Yabeet
4-Mak Kecik a.k.a Ieja
5- ZeqZeq
6- Kak Cik Seroja (kalau kak cik dah sihat, buat ye, dari bosan2 duk umah tu)
7- Azrul....
8- Siti Murni

Ok... dipersilakan...

Saturday, March 06, 2010

Biggest Bloggers Gathering - 6 Mac 2010

Hasil penganjuran 7 bloggers popular Mazidul Akmal Sidek, sham ondscene, Hazrey, Lord Zara dan beberapa bloggers akhirnya misi mengumpulkan bloggers dan followers berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.

Turut menjadi penaja memeriahkan bloggers gathering ialah suratkhabar Sinar Harian, Majalah Wawancara, Majalah Cermin, Pihak Pengurusan Komanwel Forest Park dan air minuman tongkat ali berkarbonat X10.Bloggers yang sampai paling awal. Excited nak ambik door gift punya pasal. hahahaha
Sambil2 bersembang pasal 360, 999 dan MHI yg suram tanpa Mazidul Akmal Sidek, sambil2 berposing.
Kak Liza, tokey kurma. Belakangnya yg kepala senget itu Hazrey. Orangnya memang senget pun. Bloggers tak kering gusi ketawa bila dia jadi MC majlis masalahnya yang dijadikan bahan ketawa itu 80% adalah team kami (kak azie, aku, acu sayang, azizah dan kak chik seroja). Jaga ko Hazrey, next gath aku pastikan ko dicampak ke dalam sungai. Sila bawa baju lebih.
Ramainya bloggers, ada yang datang dari selatan dan utara pun.... supportive sungguh~!
Pembukaan game: 10 perempuan dipaksa ke depan untuk membuat satu permainan... suspender tul masa ni.
Oh... rupanya suruh pegang ular je. Ingatkan apa tadi. Favorite aku ngan kak azie ni!
Sebagai hadiah kerana telah mengerjakan ular tu, setiap daripada kami diberikan 1 carton air tongkat ali X10... hmmm bertongkat la kami gamaknya balik ni.
Walaupun dah pukul 6 petang dan hujan turun dengan lebat, kebanyakan bloggers masih belum berganjak kerana masih excited bergambar dan bertukar cerita sesama masing2.
Aku terpaksa mengcrop gambar ni supaya aku tidak kelihatan lebih besar dari Bro Mazidul. Hehehe..

By the way, dalam cabutan bertuah aku telah berjaya memenangi satu carton lagi tongkat ali X10 (Total dah 2 carton). Hubby plak berjaya memenangi Grand Prize penginapan 3 hari 2 malam di Komanwel Forest Park. (Read: aku akan ikut nasihatmu Hazrey, minum 1 carton ketika bermalam di sini). ekekeke...

p/s: jangan ditanya kenapa muka aku je dalam tiap2 gambar yg di post, ini kerana kowang sedang buka blog aku, maka muka aku le yg banyak.