Monday, December 26, 2011

Yang Baru Di Tahun Baru

Lagi beberapa hari 2011 bakal menutup tirai, tertutuplah diari 2011, menyimpan segala duka dan duka, sejarah dan kenangan. Yang tak habis diteroka bakal dibawa ke 2012, yang telah selesai akan disimpan kemas. Menjadi kenangan dan mungkin pengajaran.

2012 bakal menjelang membawa seribu satu misteri. Ibarat kanvas putih, mungkin ada palitan kesan tindihan kanvas 2011, namun kitalah yang mencorakkannya kembali. Sama ada membiarkan palitan itu mendominasi terus kanvas 2012 atau kita warnakan ia mengikut kehendak hati dan lontaran jiwa sendiri. Hidup terlalu singkat untuk dibazirkan dengan sia-sia. Ia terlalu berharga untuk dibazirkan dengan hanya kesal tanpa tindakan pembetulan.

Ibarat membuka pintu pada 2012, Selamat datang 2012. Dekorasi cantik dari Mid Valley bagi sambutan Krismas dan Tahun Baru. Dalam mencari uniform baru untuk tahun 2012 di Padini Mid Valley, sempat lagi bergambar kenangan bersama teman sekerja yang turut serta.

Weekend yang baru ni, aku ngan asben telah bershopping sakan untuk tahun baru. Kononnya tahun ni kedua2nya nak tukar selera, nak tukar perfume yang baru. Maka aku memilih jenama di bawah bagi menggantikan Ferragamo, Incanto Bloom aku.

DKNY Golden delicious gift pack Krismas, siap dengan gold purse. Ada juga dinner purse ekslusif DKNY untuk aku. Terlupa nak ambik gambar....

Asben memilih Ralph Lauren Polo No.3 di bawah.
Tak lupa handbag Guess. Koleksi handbag GUESS ke-2 selepas berpuas hati dengan kualiti yang pertama.

And last but not least..................................

Jeng

Jeng

Jeng



Diari 2012. Tak lupa stapler dan puncher dari kaler yang sama. Welcome to my desk. Tolong simpan kenangan saya sepanjang 2012... kalau boleh biar yang manis2 aje. ;)

Sunday, December 18, 2011

Aku Tidak Dirindui Lagi

Hmm... kalau mula menaip je mesti nak start dengan hmmm.. cliche! Abih tu, nak wat lagu mana.. bila aku nak mula menaip memang hati aku akan menyebut.. hmmmm.

What's up?
1- Shabby skang dah macam kambing biri2.... kadang2 aku purposely ckp.. "Oh My Sheep.."..

2-Dah 2 kali pergi interview.... skali bila org tu call balik, aku tak angkat plak. Kenapa?? Ntah... I just got an instinct yg kalau aku terima offer tu, ia mcm keluar mulut buaya, masuk mulut naga. Tapi aku bukan dalam mulut buaya skang.. huh... I prefer Japanese company, not European plsssss...

Arkib: Saat paling bahagia bersama-sama rakan sekerja di Pulau Pangkor.

3- I miss my family so much. Especially my sweetheart Aliyah Umairah. Dah almost 1 and half month tak balik... janji.. kalau balik nak treat special lunch at special place to my family. Harap ayah ada, walaupun ayah mcm dah tak rindu kat along lagi... ;( I know I lose... but I don't mind bcos I'm not losing him to 'you'... it's only your money.

Arkib: Gambar beberapa tahun yang lepas ketika melepaskan kura-kura kesayangan kami ke tasik Shah Alam.

4- Hate my last last weekend di kampung husband. Kalau benci balik kampung, orang kata berlagak, sombong and whatsoever..... tp mulut orang kampung betul2 buat aku tak tahan... Iyyyerrrrrrr!!!!!!!!
Gambar yang sempat tersnap masa kenduri di kampung asben 2 weeks ago.

5- A colleague of mine had asked me a question. "Akak kahwin kerana apa? Cinta ke, pilihan keluarga?"
Aku: Cinta kot... kenapa tanya?
Dia: Kenapa ada perkataan kot kat belakang?
Aku: Hahaha... ye la... cinta.. tp apesal tanya soalan mcm ni?
Dia: Sebab saya kagum dengan akak.... 7 tahun kahwin tak ada anak.... tp akak dengan suami nampak bahagia sangat.
Aku: Mana ko tau... ko bukan tinggal serumah dengan akak.
Dia: Ye la... tengok cara akak dengan husband... loving je... Walaupun anak takde.
Aku: (Anak lagi!!) Habis kalau takde anak tak boleh bahagia ke?
Dia: Ye la... kadang2 kalau lama2 kahwin takde anak, suami buat hal.
Malas nak ckp apa2, but please stop spekulasikan benda2 mcm ni. Jangan nak buat mulut pant*t ayam mcm org kampung tu. Sumpah, tidak ada di antara aku atau suami yang tidak mampu memberikan zuriat dalam rumahtangga kami. Kedua2 sihat walafiat. Tapi apa perlunya aku 'datangkan' seorang bayi dalam rahim aku ni hanya untuk buktikan pada semua orang yang kami mampu???? Apa yang kowang terlalu kisah tentang 'kekurangan' rumahtangga aku yang pada kami ianya satu kelebihan??? Kenapa???????????????????? Mulut mcm !@#$%^&&

Agaknya kalau ditakdirkan berlaku perceraian di antara kami, pasti ada bunyi... "Bercerai pasal bini dia tak mampu beranak." Bullshit! Seriously letih ngan semua ni. Bila anak dara tak kahwin, mengata mcm2.... bila dah kahwin tp tak beranak... mengata lagi... Bosan!! Marah betul malam ni... harap next entry aku cool down sket.

Wednesday, December 07, 2011

Kerana Fahrin Ahmad pun aku boleh gaduh. I'm so insane.



Terlajak perahu boleh diundur...
maaf le En. Makshood, timing tak betul la... kebetulan tgh sengugut plak..
mendapat le kamu.

Thursday, November 10, 2011

Ku Ukir Indah Namamu

Lately sedang menguruskan hal2 renovation di kilang, recruitment bagi persiapan peak season menjelang Disember 2011 ini dan juga appraisal for bonus. Bila bonus? Ha... ada plak Jenab Tonggek Atryz yang baca blog aku ni kang pukul canang satu kilang.... habis semua tau tarikh bonus..

Paling kesian kalau depa asyik dok depan tok rimau kuning (maybank) tercucuk-cucuk ATM kad pada tarikh yang konon2nya keluar bonus, padahal aku dah extend tarikh pasal kena cirit-birit aritu. Ha... kan naya... so.. keputusannya, aku maleh nak umumkan tarikh bonus.


Oh... berkenaan dengan tajuk entry di atas, actually saya baru fall in love dengan this song.... dari 7 Pelangi... aku kongsi linknya di sini. Senang nanti kowang nak menghayati ke'besh'an lagu ni.

http://youtu.be/vRet2f6YEQM


Aku tak sabar nak tunggu bulan 12 ni... jauh perjalanan nak melangkah. Ha... nak melangkah ke mana? Ha yang itu kita tak tahu. Eekeke... tapi langkah aku ni beragak sket la.. ada logik sket... bukan mcm ada orang tu, pengalaman kerja takat 3-4 tahun jadi macai, diploma pun dari kolej yang dah tutup, pastu ngaku kata gaji RM7K sebulan. Baru kerja sebulan dah canang satu Malaysia kata nak pakai Audi... eii dasar melayu kurap. Pelik betul ayah aku caya plak cakap ko tu. Walhal dah 18 kali kena tipu idup2 ngan family ko, pun dia percaya lagi. Apa la yg mak mertua ko kasi ayah aku makan pun tatau la. Tu la dia.. kalau dah mak mertua start menipu, dari anak, menantu sampai ke cucu pun kuat kelentong. Ko nak keletong bapak aku bleh ar... kelentong aku mmg silap besar la... aku siasat sampai akar umbi. Nak compete ngan aku ke? Nak raih perhatian ayah ye? He is my father... ingat tu... dia bapak aku kandung aku... and nothing can't deny that fact!! Oh.... teremosi plak.


Ok... tune kan balik perasaan kepada neutral... ok... baru sedar dah malam belum makan... lapar lak.. soru dulu la... cont kendian... till next post.

Monday, October 24, 2011

Bundle of Stories...

Pheww.... lama kan tak update. Tak nak bagi alasan cliche such as tak ada masa, sibuk walaupun ia mmg antara sebabnya. I am purposely.... so for that silent reader who only has this medium to peep on me, akan tertanya2 dan merindui saya. :) Hope so.

Ha... let me introduce you to Shabby... my kitten yang extraordinary manja melampau. Macam mana aku leh dapat dia... ha... ini kisahnya. Ekslusif ni, 1st time citer kat public. One day my best friend tumpang rumah aku. Masa tu dia dilanda masalah rumahtangga yang agak dahsyat juga, lebih kurang macam konflik dalam Tahajjud Cinta tu. While the temporary stay tu dia bawak 2 ekor anak kesayangannya. Mengingatkan aku pada Mika. And her cats sangat le manja membuatkan aku rasa tak sabar2 nak balik rumah dari kerja, nak belai dia. Macam perasaan masa Mika ada dulu. Bila dia balik ke rumah dia semula membawa bersama kucing2 dia.... aku jadi rindu. Tapi aku tak berani, aku takut kecewa dan patah hati lagi. Takut keadaan hati waktu itu belum mampu menerima impak kehilangan.

Alkisahnya apabila mendapat perkahabaran gembira bahawa hati aku telah pulih seperti sediakala, maka aku khabarkan keinginan hati untuk mendapatkan pengganti Mika. Hubby setuju, tanpa bantahan. Lalu weekend tu kami ke PAWS di Subang. Hajatnya nak adopt seekor kucing. Ketika hendak masuk je ke dalam pintu, ada sebuah kereta berhenti di belakang aku. Dia mengeluarkan kotak dari tempat duduk belakang. "Nak ambik kucing ke?" tanyanya. Aku angguk. "Saya ada kucing, kamu nak?" Lalu aku bertanya "Boleh saya tengok kucingnya?" "Boleh, tapi kita masuk dalam dulu la. Saya takut dia lompat keluar. Bahaya ni, belakang jalan besar." Aku setuju. Lalu aku menolak pintu pagar PAWS bagi membolehkan dia masuk.

Dia meletakkan kotak di atas meja. Tokey PAWS laju je keluar nak mendapatkan customernya. "Ada 3 ekor je yang sempat saya tangkap. Yang lain dah lari ke mana ntah. Sekor mak, anak dia 2 ekor, sekor jantan, sekor betina." En. Asben lalu memasukkan tangannya ke dalam kotak besar tersebut. Tokey PAWS berbuat begitu juga. Kemudian en. asben mengeluarkan seekor anak kucing bewarna putih dari kotak tersebut manakala Tokey PAWS mengeluarkan seekor kitten bewarna kelabu. Bulat mata aku apabila melihat matanya merenung tepat ke arahku. Aku melihat bulunya yang lebat especially tang ekornya yang bengkok. Lalu aku mendukungnya. Sedikit pun dia tak meronta, malah menyandarkan kepalanya ke dadaku. "Saya nak yang ini." "Ha, amoi... itu kucing u boleh ambik, yang lain saya punya. Saya anggap itu kucing owner kasi hadiah sama u" Aku ternganga. "Tak payah bayar ke?" "Itu you deal dengan owner la." Lalu aku menoleh ke arah abang tu. "Boleh ke saya ambil dia?" "Ambik la... tak payah bayar apa2." Aku mengucapkan terima kasih berkali2 sebelum meninggalkan PAWS.

Dalam kereta ketika memeluk dia, airmata aku jatuh mencurah2. Seperti hilang segala rindu aku kepada MIKA. Aku membelek bulu2nya yang lebat. Kutu dan telur kutu merata. Baunya juga agak hamis. Lalu aku mengajak husband ke vet di Kota Kemuning. Di sana aku menerangkan status kitten tersebut dan aku mahukan treatment terbaik bagi menyahkan terus flea di badannya. Aku turut membeli beberapa peralatan penting untuk kitten tersebut sementelah aku telah buang semua kepunyaan MIKA kerana kerap menangis apabila terpandangnya. Dan ketika dia bertanya nama kitten tersebut, pantas mulutku menjawab "Shabby" "Shabby?" vet bertanya seperti mendengar bunyi yang pelik. "Ha'ah, Shabby." Shabby tu maksudnya selekeh. Ekekeke... takpe la... down to earth, dengar je selekeh tp sebenarnya comel. ekekekekek.

Dan keeseokan harinya ketika mengambil semula Shabby dari Vet, Shabby benar2 bersih. Pemeriksaan ke atas bulunya aku dapati tiada langsung kutu mahupun telur kutu yang dijumpai lagi. Kini hampir 3 minggu Shabby bersama kami. 2 kali telah dihantar grooming bagi memastikan kebersihan dirinya di tahap tip top memandangkan dia tidur di atas katil. Segala keperluannya juga telah lengkap. Sepatutnya hari ini aku kena menghantarnya untuk vaccination kali pertama bagi mengelakkan penyakit. Cadangnya 3 bulan lagi aku akan menghantarnya untuk neutering, mungkin aku akan bagi dia kahwin sekali dulu baru neutering. Ok... kat bawah ni gambar2 dia, yang baru diambil tadi ketika sedang menaip blog.




Habis kisah Shabby yang skang ni tgh sibuk keluar masuk travelling cage dia.

Kisah seterusnya ialah megenai kursus 4 hari NIOSH yang telah aku hadiri. Lucu nih~! Actually pihak syarikat ada intention untuk melantik aku menjadi Safety Officer di syarikatku bagi menggantikan safety officer yang sedia ada. Kenapa nak digantikan, ha tu maleh le eden nak kabo. Maka syarat utama untuk menjadi safety officer ialah aku mestilah seorang yang kompeten untuk menyandang jawatan tersebut. Mcm mana nak tahu orang tu kompeten atau tak mudah aje, balik ke definisi competent itu sendiri. Competent person adalah orang yang diiktirafkan layak oleh pihak syarikat atau organisasi yang dilantik dari segi skill, knowledge, training dan qualification. Maka atas alasan itu pihak syarikat menyuruh aku mendapatkan training yang sepatutnya di NIOSH. Bila ditelek2... lalu aku memilih satu training yg berlangsung selama 4 hari di Niosh... dan tau apa kesannya?? Kesannya.....

1- Akulah satu2nya perempuan yang attend training tu.
2- Akulah satu2nya participant yang bukan "Safety Officer" dalam syarikat yang attend training tu.
3- Dan akulah satu2nya participant yang bukan Safety & Health Officer yang telah didaftarkan di dalam NIOSH.
4- Kursus yang daftarkan adalah kursus untuk Safety & Health Officer yang ingin mengupgrade diri mereka untuk menjadi Lead auditor bagi MS1722 dan OSHA 18001.
Dan bagaimana aku boleh terdaftar dalam kursus tu tanpa ditolak pemohonan kerana tak cukup syarat, itu aku tak tau... dan masih menjadi tanda tanya aku, trainer dan juga participants lain kat situ.

Jadi kehadiran aku dalam kursus tu tak ubah mcm seorang yang disuruh audit untung rugi sebuah syarikat, sedangkan aku ni balance sheet, debit, kredit pun tatau nak buat. Ha.... gitulah kisahnya. Kesannya?? Kesannya... di saat dowang ni bleh kursus sambil bercuti aku plak kursus bagai nak mati bila terpaksa membuka balik buku Akta OSHA, mengfal rules & regulation dsb sehingga hari peperiksaan pada hari yang ke-4 akulah manusia yang keluar paling last dari dewan periksa..... Uwaaaaaaaaaa........... Itupun berebut dengan tukang jaga periksa yang seboleh nak ambik kertas peksa aku yang belum habis isi tu.

Kesimpulannya.... kesimpulannya tunggu la 6 minggu lagi result aku keluar. Kalau lulus sekali lagi aku ucap terima kasih kat mak sebab sebelum masuk dewan peksa aku suh dia doakan aku lulus, tenang dan permudahkan aku menjawab peksa. Macam2 ayat yg disuruhnya aku baca. Kire kalau lulus tu, wajib terlopong mulut trainer aku tu. ekekekekkeek


Sunday, October 02, 2011

Hebatnya Doa Seorang IBU.

Aku menaip entry kali ni melalui galaxy tab. Sangat leceh tp kerana eagerly to share a story yang aku tahan dari malam tadi.. aku x sabar nk tunggu smpi rumah. I know I will crying while typing thiz, krn itu aku elakkan taip ni ketika di rumah mak.

BAgi mereka yg dh tau mengenai hasil ujian kesihatan aku RAbu lepas, pastinya telah maklum mengenai keajaiban yang berlaku kepadaku. Ujian menunjukkan hati aku telah kembali ke paras bacaan normal dan hati telah bertindak blas dengan baik, tanpa sebarang masalah. Malah doktor sendiri sukar menghuraikan kejadian ini. Terlalu banyak ramalan yang diketengahkan. Katanya mungkin faktor aku kerap bersenam. Mungkin juga faktor aku menjauhi asap rokok - ternyata ini tidak benar kerna encik asben tak pernah berhenti dari hisap rokok atau menjauhi aku ketika menghisap rokok, termasuk le kawannya. Sangat kejam kan. Katanya juga mungkin faktor aku berhenti mengambil ubat kurus. Walaupin agak sukar dijelaskan, kern keseluruhan bacaan yg melibatkan liver berada di paras normal. MAlah kata my sis, kejaiban seperti ini jarang berlaku, seolah2 sebelum ini aku telah diberikan keputusan ujian org lain. Lalu aku mula percaya pada semua dakwaan dan telahan tersebut. Hakikatnya aku terlupa ttg sesuatu...

Aku terlupa ttg airmata seorang ibu yg menitis di atas tikar sembahyang menyeru2 nama anaknya, memohon kepada Allah agar hati anaknya pulih seperti sediakala. Aku terlupa keajaiban doa seorang ibu yg bangun tiap malam bertahajjud selama berbulan semnjak mengetahui penderitaan anaknya. Aku terlupa mentafsir nada suaranya memanjat kesyukuran berkali-kali dengan suara yang syahdu dan hiba saat aku memberitahu keputusan ujian tersebut. Betapa teruknya seorang aku, tidak langsung terfikir bahawa segalanya ini adalah dari doa seorang ibu yg melahirkan dan membesarkan aku. teruknya aku.

DAn tatkala aku mendengar tangisannya di pagi sunyi, bertahajjud mengucapkan syukur kerana doanya diperkenan, aku menangis kerana kealpaanku. YA ALLAH. Betapa kudusnya dia, di saat kaki masih retak, cuma bersembahyang duduk kerana tak mampu untuk duduk bersimpuh mahupun duduk diantara 2 sujud, dia masih bangun setiap malam hanya untuk mendoakan kesejahteraan anaknya. Aku kalah. Aku mmg takkan mampu menjadi seorang ibu sehebat ibuku. Aku tidak ralat andai tidak berpeluang langsung bergelar seorang ibu kerana dalam hidup ini aku telah dianugerahkan hadiah yang tidak ternilai olehMu. IBuku. IBuku yang paling aku sayangi.

GLaxy tab telah basah dgn airmata saat ini. Mak, along minta maaf sbb tk mampu nak katakan ni di depan mak tadi. Along takut along nangis, tp mak, sbnrnya along nak ucap terima kasih yang tak terhingga pada mak kerana pengorbanan mak yang tak pernah berhenti, walaupun along kini bukan lagi di bawah tanggunjawab mak. Along sayangkan mak. sangat-sangat. Along tau mak tentu merasakannya masa along cium mak tadi. Cuma along tk mampu nak luahkannya tadi. Along harap mak faham.

Tuesday, September 13, 2011

September Oh September

Lamanya tak menulis. Hehe.. hari ni pun tak nak tulis panjang. Just to update certain thing to remember in future. This month is the busiest month for me namun aku tak membenci ke’buzy’an itu. 2 trip to organize this month. Satu untuk management level ke Pangkor Laut Resort pada 16-18 September 2011. Tak sangka aku berpeluang untuk bermalam di resort yang berharga RM 1200 / Sebilik / semalam itu. Trip yang satu lagi di Bagan Lalang yang melibatkan semua pekerja pada 24 Sept 2011 ini. As I am the organizer and full in-charge for these both trips aku tak dapat escape lagi. Jadi aku mohon maaf banyak2 kiranya aku tidak dapat menghadiri open house korang. And for Yabeet… I’m so sorry dear can’t make it for your big day. Tapi aku akan hantar Andy mewakili aku.

Another date that I’m waiting for also 22hb yang mana doctor pakar akan datang untuk membuat full body checkup for me, and two other bosses from Pantai Medical Centre. The rest of the employee will be exam by Pathlab. Hmmm… what else?

With all of these pampering treats am I happy? Of course I am (this is the safest answer if my boss read my blog). Yang sebenarnya biar Allah sahaja yang mengetahui apa yang ada dalam hati aku saat ni.

There will be another big party to organize also this 20th. Pasty harijadi untuk staff yang lahir bulan Ogos dan September. Sepatutnya ia diadakan setiap bulan sekali tapi memandangkan bulan lepas puasa so di postponed ke bulan ni. Maka bulan ni sambutan agak besar2an sikit dan meriah.

Guess… that’s all the important event held or will be held this September selain dari SIRIM audit pada penghujung bulan Sept ini. One of my best friend ada bersuara, “Now you started to be a very workaholic woman.” Aku jawab… “Really?? Then I must be too busy to realize that. Hahahahahhaha” Dalam hati I said, “God, actually I have no choice.”


Sunday, August 14, 2011

"Jangan Putus Asa, Siti"

Kematian Mika adalah update yang terakhir? Aku sendiri tak sedar betapa lama aku meninggalkan blog tanpa titipan terbaru. Mungkin betul, separuh jiwaku telah pergi sehingga aku kurang lagi memikirkan ttg diri sendiri.

Semalam setelah puas berlari, menyorok dan enggan mengambil tahu ttg kenyataan akhirnya aku kalah dengan pujukan seorang ibu yang berada dalam pantang, My Sis. Kebetulan, doktor yang merawatnya, membedahnya dan menyambut kelahiran anak ketiganya baru-baru ini adalah doktor yang sama yang melakukan pembedahan ke atas aku 3 tahun yang lepas. Dan aku tahu kejadian terakhir ketika aku pengsan kerana terlalu menahan sakit senggugut minggu lalu membawa petanda yang tidak baik. Pastinya!

Maka pada pagi Sabtu itu aku tercatuk di hadapan bilik Pakar Ginekologi, Dr. Bala yang masih belum tiba. Hampir satu setengah sejam menunggu akhirnya dia tiba. Setelah membuka jahit pada My Sis, dia membuka fail rekod perubatan aku - kisah 3 tahun yang lalu. Seketika aku terdengar dia membebel mengenai aku yang lari dari mengambil 2 suntikan terakhir yang sepatutnya aku ambil. "You tak sabar nak mengandung ke? Sebab tu tak nak ambik injection." Berdesing telinga aku medengarnya.

Sumpah, bukan tu sebabnya. Sejujurnya sehingga hari ini, saat in, aku langsung tak punya perasaan untuk ada anak sendiri. Lalu saat ujian ultrasound dilakukan ke atas aku maka terpaparlah di skrin imej yang menakutkan 3 tahun yang lalu. "Dia dah kembali, 4.5cm. You have to go for operation again. No choice." Nyata... ia bukan hanya fibroid. Double attack yang membuatkan aku pengsan.

Sekilas dia memandang wajah aku. "Bincang dengan husband, bila tarikhnya you nak operate," katanya sambil tangannya ligat menulis sesuatu dalam fail aku. Aku tahu dia mungkin masih marah gara2 aku yang tidak menyempurnakan rawatan terakhir dengannya dulu. "Doktor... boleh tak doktor buang terus rahim saya?" Ternyata permintaan aku sesuatu yang terlalu mengejutkan buat dia. Dia tenung wajah aku dalam. "Kenapa?? You baru 29 tahun?? Jangan putus asa, Siti. Saya tak akan buat you macam tu. Kita akan berusaha. You jangan cakap mcm tu lagi." Kiranya dia merasakan aku telah berputus asa untuk mencuba lagi. Ya Allah..... memang susah untuk aku mengertikan semua orang. Kalau aku tak punya kekuatan, keinginan dan kemampuan dari segi emosi dan mental untuk mempunyai anak kandung sendiri, salahkah aku? Tak normalkah aku?

"Panggil husband you datang, saya akan periksa dia." Ok... this is too much! Cukup2lah aku dilemparkan dengan tuduhan kononnya aku mandul, aku boleh terima lagi. Lagipun hari ini aku yang minta dimandulkan. What so big deal??? Tapi don't say it is because of my husband. No he is not!! Dia tak seharusnya dipersalahkan bila aku yang enggan.

Maaf semua orang. Along susahkan hati seluruh keluarga along. Maaf ye mak sebab tak boleh nak ikut cadangan mak... Along tak tahu along boleh jadi emak yang baik macam emak atau tak. Along takut anak along ulang kesilapan2 along. Along takut along tak mampu berikan yang terbaik untuk dia sehingga membuatkan dia terfikir kenapa dia tak boleh dapat macam orang lain dapat. Along takut along tak cukup sabar untuk jadi seorang ibu. Along takut along akan jadi lebih bengis dari diri along skang ni. Along takut langkah along jadi singkat, keputusan along terikat kerana memikirkan nasib anak along lebih dari diri along sendiri... Along memang selfish kan mak? Sebab tu along rasa.... along memang tak layak...

Hati, cyst, fibroid... apa lagi lepas ni.... apa perlunya menduga orang yang sudah kalah seperti aku???


Friday, July 29, 2011

Separuh Jiwaku Pergi....

Apa hak mereka nak pertikaikan kesedihan aku?? Walaupun Mika hanya seekor kucing tapi dia adalah satu2nya anak perempuan aku. Aku yang membesarkan dari badannya hanya sebesar tapak tangan. Setelah 3 tahun aku membesarkannya... memeliharanya dengan penuh kasih sayang yang melimpah ruah.. apa hak mereka untuk memperkecilkan kesedihan aku dan rasa kehilangan ini.

Ya... mereka tak tahu perasaan keibuan untuk seorang wanita yang tak punya cahaya mata walaupun setelah 7 tahun berkahwin dan hanya seekor kucing peneman hidupnya selama 3 tahun ini. Apa bezanya perasaan aku berbanding perasaan seorang ibu yang kehilangan anak berusia 3 tahun?? Apa bezanya aku??

She is the only one I had... kami tidur bersama tiap2 malam.. biasanya dia tidur berbantalkan peha atau kaki aku. Bila aku kata, "Mika.. jangan!" dia akan berhenti... "Mika, mari sini sayang," dia akan datang. "Mika.. cicak!!!" dia akan memandang ke siling dan merenung cicak tu sehingga terjatuh... kemudian kerjakan cicak tu sampai mati, kerana dia tau... aku gelikan cicak.

Malam itu macam malam2 yang biasa.... dia tidur beralaskan peha aku. Entah kenapa pukul 2.30 pagi dia bangun, menyondol2 wajahnya ke pipi asben minta dibukakan pintu yang ditutup rapat. Kerana menyangkakan dia hendak 'mengais' di pasir, asben bukakan pintu untuknya sebelum menyambung tidur kembali...

Tepat pukul 4 pagi, hp asben berbunyi. Jiran sebelah yang menelefon. Entah kenapa jantung aku dipam macam nak pecah waktu itu, menjangkakan sesuatu yang buruk. Aku mencari kelibat Mika dalam bilik... tiada! Asben yang menjawab telefon kedengaran tegang bunyinya. Kemudian dia melompat turun dari katil menyalakan lampu. "Mika kena serang dengan anjing kat belakang. Abang sebelah kata dah lembik!" Terasa lemah seluruh sendi aku mendengarnya. Aku membontoti asben keluar rumah. Aku lihat asben berlari membuka pagar luar dapur, ke belakang rumah jiran kemudian balik bersama Mika yang terkulai lemah di tangannya. Airmata aku bagaikan hujan waktu tu.... dan mulut tak henti2 bertanya "Mika.... Kenapa jadi macam ni sayang?? Ya Allah tolong selamatkan Mika".... ayat itu aku ulang2 tak berhenti... tak tahun untuk berapa puluh kali.

Nafasnya kedengaran keras sekali... namun tak mampu mengiau... matanya memandang tepat ke wajahku. Bahagian punggung berdarah, mengalir tak henti, makin lama makin banyak. Kata jiran, anjing sial tu menggigit punggung dia dan menyeret tubuhnya hidup2 dengan kepala terseret di jalanraya. Ya Allah... badannya penuh dengan kesan luka dan darah. Terkulai lemah. Bangun pun tak berdaya, yang kedengaran hanyalah nafas kerasnya dan suara tangisan aku. Lalu pagi tu aku menadah tangan dan memohon, "Ya Allah, aku tahu aku tak layak meminta apa2 pun dariMu... tapi tolonglah jangan uji aku begini Ya Allah, tolonglah.... aku merayu..."
Saat nazak...

Kemudian aku dengar Mika batuk keras disertai nafas sayu nyaring dan panjang... ku lihat keluar cecair putih dari mulutnya, najis cair di punggungnya... lalu aku meraung, Aku tahu dah tiba masanya dia meninggalkan aku. Lalu aku usap pipinya... kedengaran halus suaranya mengiau memandang wajahku. Lalu aku bisikkan padanya.... "Pergilah Mika... mommy izinkan... pergilah sayang..." dan kemudian aku berlari menyembamkan wajah ke katil... menangis semahu2nya.

"Sayang... jangan putus asa..." kita hantar dia pergi klinik. InsyaAllah dia boleh hidup. Aku memandang wajah asben yang basah dengan airmata. Lalu aku hubungi semua klinik haiwan di Kajang dan Semenyih, tak satu pun talian bersambut. Aku hubungi klinik haiwan kerajaan di Shah Alam. Panggilan bersambut. Katanya kilinik hanya dibuka pukul 8 pagi. Aku katakan padanya... aku tak punya masa 3jam untuk menunggu. Kucingku nazak. Lalu dia berkata cuba ke Klinik di Kajang, kadang2 mereka boleh tolong untuk kes kecemasan. Maka Mika kami masukkan ke dalam kereta. Hubby memandu manakala Mika di belakang berbunyi sekala-sekala. Aku katakan pada Mika, "Mika tunggu ye. Kita nak pergi hospital... Mika tidur dulu ye sayang". Mungkin waktu inilah dia benar2 tidur.... sebaik tiba di hadapan kuarters pembantu perubatan haiwan, asben melangkah keluar untuk mendapatkan Mika. Aku?? Aku hanya berdiri di tepi pintu sambil mulut tak henti berdoa.. aku ketakutan sebenarnya. Dan saat asben berkata "Sayang... Mika dah tak ada. Dia baru pergi." Aku mendekati tubuh Mika yang kaku. Asben memegang tanganku, diletakkan di atas perut Mika yang masih panas namun kaku itu. Lalu aku meraung.... menangis semahu2nya... di depan kuarters pembantu perubatan di belakang hospital... kedengaran sangat nyaring. Terjelupuk.. pantas Asben memapah aku..."Sayang... kita balik sekarang ye... dah tak ada gunanya... kita balik.. kita kebumikan dia.." Aku menangis semahu2nya... tak berhenti... seperti batu besar menghempap seluruh tubuhku.

Dan tika jasadnya ditanam di pagi hening jam 5.30pagi itu, aku masih mengusap jasadnya mengharapkan dia kembali bangun, menemani aku untuk hari esok... dan hari2 mendatang. "Tunggu mommy ye sayang..."

....dan aku kini.... tak ubah seperti si gila yang mengusap bantal sambil membayangkan Mika di sisi, menemani aku menonton tv seperti selalu... dan airmata tak pernah berhenti... tak tahu sampai bila.

Beberapa saat sebelum dikebumikan...

Saturday, July 23, 2011

Happily Ever After (Busted!)

Macam Myth Buster dah aku ni... Dulu masa kecik2, mak besarkan aku dengan cerita Cinderella, Snow White and Seven Dwarf, Sleeping Beauty... zaman tu dvd player takde lagi.. tgk pakai tape.. mak beli semua tape tu kat Pertama Kompleks, dekat dengan tempat kerja mak masa tu.

Sepanjang sekolah rendah... aku tak jemu tengok Pocahontas, Little Mermaid, Mulan, Swan Princess dan macam2 lagi.... sehingga aku hafal sebahagian dialog dari filem tersebut. Tiba2 aku teringat Aliyah, sebab dia pun mcm tu. Mak kata dia fotostat aku bezanya dia suka Starbucks Vanilla Frappucino tapi aku suka Chocolate Frappucino. itu. :)
Dan satu perkara yang paling penting bagi setiap cerita2 tersebut adalah ia akan berakhir dengan "....and they lived happily ever after."
Maka aku fikir hidup juga semudah itu, bila kita dah kahwin kita akan hidup bahagia untuk selama2nya... noktah. Pappp~!! Don't day dream.... dalam kehidupan manusia no such thing as lived happily ever after..!!

Bukanlah mudah membesarkan seorang aku. Mak berhenti kerja, hantar dan ambik aku dari sekolah setiap hari just to make sure semasa perjalanan pergi dan balik aku tidak diheret masuk ke dalam semak yang merimbun di beberapa batang jalan ke sekolah. Mak tak tidur sampai lewat pagi menunggu aku pulang ke rumah. Sebaik aku masuk ke rumah.... ayah tunggu dengan tali pinggang, disesahnya aku dengan tali pinggang bila jawapan yang keluar dari mulut kedengaran sumbang di cuping telinganya. Aku mogok tak tegur sapa dengan mak ayah... berhari2... grounded.... dilarang keluar rumah malam untuk beberapa hari sehingga kawan2 baikku terpaksa masuk rumah minta kebenaran nak bawa aku keluar minum. Lucu~! Miss you bug n baby..

Lelaki? Hidup aku diceriakan dengan dunia MIRC. Aku pengguna MIRC tegar... maka itu aku kenal ramai lagi dari pelbagai pelosok Malaysia... jumpa, tak kenan, tinggal, jumpa tak kenan lagi, tinggal...merayu, menangis pun aku tak peduli... kemudian aku pula kena tipu hidup2 pun ada... dan kena tinggal sampai nangis tergolek2 separuh gila pun ada... Bertunang... putus tunang... peliknya putus tunang setitis airmata pun tak keluar.. Mak selalu pesan... "Jaga maruah! Jaga maruah! Bila nak buat benda tak betul... ingat mak... kesian kat mak.." dan kerana selalu ingatkan wajah mak setiap kali syaitan menggoda, aku masih lagi anak dara dalam erti kata yang sebenar saat suami melafazkan ijab kabul ke atasku. Terima kasih mak, bekalan mak bagi... besar maknanya pada Along...

Hakikatnya hidup tak selalunya indah (ok... now tears come), ujian datang tak jemu2 dan adakalanya aku gagal dalam menempuhi cabaran. Adakalanya kita amat berharap agar dapat diundurkan kembali masa. Mana mungkin... Aku harus terima hakikat... Happily Ever After memang tak wujud.. Aku telah diduga dari rahimku dikeluarkan dari tempatnya...dicuci dan dimasukkan kembali... berguling2 di lantai stor pejabat tiap kali 'datang bulan'.. hilang penglihatan dalam masa hampir setengah jam entah apa sebabnya dan kini gagal 2 kali dalam ujian hati yang aku lalui... separuh daripada hatiku disyaki telah rosak. Lalu aku mula bertanya.... "Inikah yang aku harus bayar untuk setiap kesilapan yang aku lakukan, Ya Allah?"

Dalam hati waktu ini... cuma ada satu sahaja tindakan paling drastik yang ingin sekali buat... cuma kekuatan itu yang belum ada.. Entahlah... adakah masa akan mengubah keputusan aku atau pun masa hanya memamah lagi hati aku yang sudah sedia 'sakit'.

Saturday, July 16, 2011

Lepas Satu.. Satu.. Aku Semakin Dalam Dilema.

Selesai Dinner Anniversary 2011,aku dihadapkan dengan 2 lagi projek. Hari Pekerja ATRYZ yg bakal diadakan 3 minggu selepas raya di Bagan Lalang dan Hari Executive ATRYZ yang bakal diadakan di satu Resort yang pernah memenangi resort paling cantik dan ekslusif di Malaysia - 2 minggu lepas raya.

Aku semakin dalam dilema.... setelah tawaran lumayan ditolak mentah2, aku terkedu bila mak menyuarakan hasratnya mahu aku pulang kembali ke Klang. Merayu minta aku meninggalkan Bangi, kembali ke Shah Alam ataupun Klang agar mudah dia datang menjenguk dan mudah juga aku pulang setiap minggu.

Lalu pada emak aku berjanji, tunggu hingga bonus 2011 ini. Aku akan kembali ke Shah Alam. Mak lega, gembira. Hubby restu saja. Pada pembantu aku beri 'hint' bahawa tahun ini adalah tahun terakhirku. Nyata dia takdapat terima. Katanya "Bila semua orang dah mula menghormati dan sayangkan HR dept, kenapa kau nak pergi?"

Pada aku rezeki ada di mana2,paling penting adakah kita selesa dan gembira di tempat rezeki kita yang mengalir setiap bulan tu. Aku baru 29 tahun, belum jumpa X faktor yang aku cari dari setiap syarikat yang aku jejaki. Jadi aku tahu, aku harus terus mencari dan dalam masa yang sama.... biarlah medan rezekiku kali ini... dekat di hati emak.

Saturday, July 02, 2011

Review filem Sekali Lagi dan Transformers 3

Hari ni (Sabtu 2 Julai), aku ngan En. Asben bantai tgk wayang...
Mula2 filem Sekali Lagi...
Kesian gak panggung lengang... tak ramai orang... mungkin promosi kurang atau Malaysian tak minat cerita bergenre mcm ni... ntah le..
Tp from my point of view, cerita ni tak cliche mcm cerita melayu yang lain. Kita akan tertanya2 sepanjang cerita, siapa dia ni.. kenapa dia benci sgt org ni... dan hasilnya....kita akan fikir..."owhh... mcm tu rupanya"... then... sedih... nangiss.. sampai lebam mata.

Lebih kurang gini la ceritanya... Lisa Surihani ni adalah ibu tunggal setelah diceraikan suami. Bront Palare plak adalah seorang peniaga yang banyak bantu Lisa dalam menjaga anak tunggalnya Mia Sara ketika Lisa bekerja. Hinggalah satu hari Lisa dapat tahu anaknya selalu berjumpa dengan seorang kawan (Shaheizy Sam) yang mempunyai penyakit autisme (perangai mcm budak2 walaupun dah tua). Apabila Lisa terserempak dengan Sam pada satu hari, maka terbongkarlah rahsia siapa Sam dalam hidup Lisa selama ni. Apa puncanya Sam tinggalkan Lisa, bagaimana caranya Lisa cuba mengembalikan kenangan mereka adalah part yang paling sdih pada aku.... sampai bengkak2 mata aku dibuatnya. Rasa segan jugak ngan org belakang bila time mengelap airmata tu.
Mula2 Sekali Lagi, Lepas tu Transformers 3

Seterusnya tamat cerita tu... kami pi lunch then masuk balik panggung bagi Filem Transformers. Honestly aku tak letak high expectation untuk filem ni kerana ada teman yang mengatakan filem ni kurang memberangsangkan berbanding Transformers 1 & 2. Dan.... selepas menonton filem ni maka aku berpendapat, orang yang kata Tranformers 3 ni tak besh mungkin bukan peminat sejati Transformers ataupun sebenarnya dia tak pandai Bahasa Inggeris jadi bila dia tak sempat habis baca sarikata yang terpampang dengan laju tu... so dia kata la tak besh..

Cerita ni lebih besh dari Transformers 1 dan 2, kenapa aku ckp mcm tu?? Kerana:-
1- Tranformers 3 jalan ceritanya lebih jelas dan nyata. Setiap situasi berlaku kita tahu hujung pangkal sbb jalan cerita disusun dengan kemas dan mudah difahami.
2- Aku tak suka heroin lama, sbb gedik, tak cun dan terlalu menempel dengan hero sedangkan heroin baru digambarkan sebagai wanita Gred A yang mempunyai pakej lengkap, beauty, brain and career. Malah heroin filem ke3 jauh lebih cun dan diberikan dialog yang lebih bijak. That's y i like...
3- Aksi bertarung jelas dan nyata berbanding yg pertama dan kedua... aksi bertarung terlalu pantas sehingga seperti tidak kelihatan pertarungannya, alih2 sekor robot dan pecah dan mati.
4- Bumblebee (my favourite) selalu datang tepat pada waktunya... so cute~!
5- Bagi peminat hardcore Transformers, tentu sahaja Transformers 3 membuatkan anda teringat kembali peranan satu2 watak dalam filem sebelumnya apabila karakter muncul dalam Transformers 3.
Iskk... kalau disenaraikan... mmg tak cukup kertas kajang.... sampai situ dulu la ye... nak tahu lagi lanjut... pi tengok sendiri.

En. Asben dengan combo Transformersnya....

Wednesday, June 22, 2011

Puisi: Bukan Hal Buatmu

Memang mudah datang dan pergi..

Tak semudah menampal kembali hati..

Yang telah pecah beribu kali…

Setelah kau takluk hati yang satu,

Aku bukan lagi aku yang dulu,

Dihantui dosa penuh sendu,

Tapi ketakutanku…. Bukan hal buatmu..

Kau lambakkan kisah bahagia..

Aku cemburu menyimpan rasa,

Dihatimu kucari destinasi cinta,,

Tapi perasaanku…. Bukan hal buatmu.

Aku serahkan jiwa dan hati,

Aku memegang janji kau beri,

Biarpun cinta itu datang dan pergi..

Dihati cinta itu tetap bersemi..

Tapi kerinduanku… Bukan hal buatmu..

Mengenang kembali detik pahit itu,

Di kala hidup dan mati jadi penentu..

Aku berharap kau berada di sisiku..

Memberi kekuatan seperti selalu…

Sayangnya… kau menyambut kelahiran orang baru..

Dan aku memberi laluan untuk dia dan kamu..

Tapi pengorbananku… Bukan hal buatmu…

Kalau ditanya tentang manusia paling bodoh..

Akulah orang itu..

Saturday, June 18, 2011

Kerana Cintaku Terlalu Gila..

Akan ku biarkan dirimu
Merasuki hidupku
Akan ku biarkan cintamu
Meracuni hatiku

Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu yang ku cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu

Jangan pernah tinggalkan diriku
Jangan lepaskan aku
Walau setengah detik hidupku

Suka lagu ni... suka sehingga dengar berulang2....
Mungkin kerana aku punya cinta yang gila juga..

Ok... persiapan Annual Dinner tinggal minggu terakhir.
Dari kad jemputan, tempahan hotel, menu hidangan, persembahan jemputan, persembahan pekerja, persiapan menyambut ketibaan VVIP dari parent kompeni di Jepun, Tempahan bas persiaran bagi pengangkutan pekerja dari pejabat di Bangi ke Grand Millennium KL, Hadiah2 cabutan bertuah dan hadiah2 lain2, door gift dan bermacam2 lagi telah diuruskan sebaik mungkin. Hanya menunggu ketibaan 24hb di mana syarikat akan ditutup setengah hari pada hari tersebut. Aku sendiri telah menempah hotel bertentangan dengan Grand Millennium supaya aku boleh bermalam di sana sebaik selesai majlis. Balik ke Bangi setelah menjadi orang terakhir yang meninggalkan ruang Grand Ballroom tentu sahaja, tidak mungkin!

Minggu lepas syarikat menghantar aku kursus kastam di FMM institute. HR buat kastam? Yer... percayalah.... di sini HR buat kastam. Lucu kan? Macam HR takde kerja lain. Malah penceramah dan peserta kursus pelik bila aku maklumkan bahawa aku adalah HR personnel. Apa kejadahnya HR buat prosedur import eksport kastam. Benci... tak suka kastam.... Sumpah.. sebenarnya dealing dengan kastam adalah tersangat MENJENGKELKAN!!! Bila mereka tak tahu mereka takkan mengaku mereka tak tahu, hanya akan cakap "Telefon balik lain kali". Bila salah taip borang, tak pernah mengaku kesilapan mahupun minta maaf, hanya cakap "Hantar balik borang tu." Dan hakikatnya...kebanyakan masa panggilan dijawab dengan jawapan, "keluar rehat", "pergi pejabat pos", " keluar makan", "kursus 2 hari", "telefon balik lepas sejam". Walau macam mana marah dan sakit hati pun dengan mereka, kita tak boleh marah kerana impaknya mereka akan membuat semborono pada permohonan kita. Dan andai ditakdirkan aku berhenti kerja dari syarikat ini, hanya kerana aku dah tak larat nak buat kastam application. Itu sahaja.

Btw aritu aku janji nak upload tarian kami kan?? Hahaha... lenkali ye... pasalnya ending video tu aku sedang ketawa berdekah2 sampai terduduk kerana tak tahan tgk seorang teman yang menari macam Mahmud Jun.. hahahahaha (sungguh kurang sopan). Btw.... ada perubahan besar dalam tarian kami sebab step kami telah dicuri 80% oleh grup production yang pada mulanya nak buat tarian poco2.... lepas tu tukar lagu Lady Gaga... 80% gerak tari kami diadaptasi dalam lagu tu... sgt menyakitkan hati... lalu kami buat major transformation. Mcm yg aku kata.... nanti aku upload... tungguuuu...

Sunday, June 12, 2011

Oh kekanda Jangan Iri Hati.....

Lama tak update blog kan? Tak de masa itu yang sebenarnya...
Minggu ni everyday balik malam... walaupun encik asben tak ada dari hari Rabu sampai hari Sabtu kerana tugasnya mengambil gambar wedding sambil mencandat sotong di Terengganu. Selain dari sibuk merayau shopping complex membeli hadiah2 annual dinner, aku sibuk dengan latihan persembahan sempena Annual Dinner nanti.... dari lagu mula2 yang jadi pilihan Nobody, tak jadi... tukar lagu Cari Jodoh - Wali Band.. Tak jadi... tukar lagi lagu Sha Na Na Amy mastura tak jadi.... endingnya kami pilih lagu Bole Chuliya.. dari filem Khabi Kushi Khabi Gham. Masa rehearsal pertama minggu lepas kami dapat pujian dari penilai persembahan.... katanya... kalau improve sikit beberapa part, confirm persembahan terbaik malam tu milik kami. hehehehee... InsyaAllah... aku akan cuba upload video persembahan kami nanti.

Btw... ingin ucapkan Selamat Pengantin Baru untuk adik Berry (Zulbairi dan Husna) yang selamat diijabkabulkan pada 9hb Jun 2011. Atas permintaannya dia mahukan aku highlight benda ni dalam blog. Ok adik berry? Puas hati?

Alhamdulillah... berita baik lain adalah aku telah mendapat kenaikan gaji yang bukan sedikit sebaik sahaja tamat tempoh probation 6 bulan minggu lalu. Tiba2 terdengar lagu "Oh kekanda jangan iri hati dinda naik gaji lagi..." hahahahaha..

Actually I got an offer from a huge company in Petaling Jaya. HR Director itu aku kenali ketika menghadiri satu meeting khas HR practitioners. Kami menghabiskan lebih kurang 2 jam berkongsi maklumat HR dan pada penghujung pertemuan dia bersuara, "Actually, I'm looking for HR Senior Exec and I think you suit for the post. I offer you RM **** per month, is it ok for you?" Aku ternganga.... lama terdiam. Then dia keluarkan name cardnya dan menyerahkan ke tanganku. "If you made your decision, call me." Sehingga ke hari ini aku masih menyimpan kadnya dan tak pernah menelefonnya. Walaupun gaji yang ditawarkan agak lumayan namun Petaling Jaya adalah satu jarak yang tak mampu aku tempuhi setiap hari. Itu sahaja alasannya.

Tapi kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Tuhan telah tetapkan di mana rezekiku, aku akur walau di mana pun.... Walaupun aku belum menemui kepuasan sebenar dalam kerjayaku namun aku bersyukur dengan laluan ini.

Sunday, May 29, 2011

Tak Mau Buat Lagi Dah...

Seorang rakan sekerja tertangkap gara2 mengupdate blog dan ber'fb' ketika kerja. Ketika menerima aduan ttg perkara berikut, aku seperti tertelan pasir.. peritnya!! Mcm mana aku diajak bergosip ttg perkara yang aku pun buat. Oh Tidak. Ok.. itu last... takkan berfb dan update blog ketika di ofis lagi. Lepas office hour je lepas ni. Pomis pomis pomis...

Poket masih perit... temujanji doktor pun asyik bertangguh. Mau jumpa doktor kena bawak fulus beb... walaupun ada insuran tp yg tak admitted tu kena bayar dulu... Jadi Guano?? Perit2 pun kat Tg Malim tadi shopping tak hengat dunia juga. Itulah masalah aku paling besor.. tk mampu mengawal nafsu shopping yang menggebu2... nafsu lain den relax je..
Aktiviti paling sesuai ketika poket perit ialah menunggang basikal bersama hubby berbanding berpusing2 mengelilingi shopping complex.

Sempat bergambar di Secret Recipe Tg Malim ketika en asben menunggu seorang customernya sampai.
Cak!!!

Bulan 6 adalah bulan yg menakutkan sket... sbbnya ada dinner dan sebagai chairman untuk dinner committee aku rasa satu tanggungjawab yg sgt berat bagi memastikan dinner kali ni menjadi 'the best dinner event' bagi kompeni aku... oh tensen... lebih tensen lagi memikirkan ttg persembahan yang aku 'dipaksa' persembahkan pada malam tu.

oH... bulan ni mungkin paling banyak turun panggung. Last week kami tgk Nur Kasih The Movie, lencun tisu I dibuatnya. Tersedu2... sedih punya hal. Sebagai balasan meneman aku tgk NKTM, hubby memaksa aku tgk Pirates Of Carribean. Oh.. takde masalah... sbb lepas tu aku akan ajak dia teman pi tgk "SEKALI LAGI" dan "KARAK". hehehe.... nonton movie sahajalah...

Saturday, May 21, 2011

10 Perkara Yg Aku Baru Tahu Ttg Phnom Penh.


Do u like my new hairstyle? Made in Phnom Penh. hehehe

10 Perkara Yang Aku Baru Tahu Tentang Phnom Penh:-

1- Walaupun kadar jenayah ragut tinggi di Phnom Penh, amat jarang sekali melibatkan pelancong. Warga Khmer sangat menghormati pelancong walaupun ketika mabuk.

2- Terdapat banyak PUB dan Disko dalam pekan

Phnom Penh yang kecil namun yang terbaik dan happening ialah Platinum Club (ala2 Zouk kalau di KL). Walaubagaimanapun European ada kelab mereka tersendiri yang tak kurang hebat, mereka tak lepak di kelab yang penuh Cambodian. Sangat diskriminasi.

3- Kalau anda baca di internet, Russian Market adalah bazaar termurah dan terbaik di Phnom Penh hakikatnya ia PALSU! Sebenarnya Central Market adalah pasar terbaik dan termurah, kerana percayakan internet aku kerugian berpuluh2 USD.

4- Selain terkenal dengan sutera dan kraftangan, Phnom Penh juga terkenal dengan batu permata dan perak (silver).

5- Seperti Indonesia, bunyikan hon banyak kali merupakan lumrah di kalangan pemandu kenderaan di Phnom Penh. Kalau pemandu ni buat perkara yang sama di KL, confirm pecah kereta/ muka kena libas.

6- Massage parlor bagaikan cendawan tumbuh di sini. Anda boleh dapatkan urutan hebat semurah USD3-USD12, bergantung kepada rupa kedai. Aku telah mendapatkan Aromaterapi massage dua malam berturut2. Harum bermandikan minyak Ylang2 dan Citrus. Hehehe

7- TukTuk adalah pengangkutan awam paling popular di sini. Kenderaan seperti motor dengan kabin kecil di belakang. Tapi hati2 kebanyakan pemandu TukTuk sangat suka ambil kesempatan dengan ketidakpandaian kita mengenai pekan mereka dengan berpusing2 di kawasan yang sama dan mengenakan cas yang tinggi.

8-Farmasi sangat banyak, klinik gigi lagi banyak, tapi klinik biasa sangat susah didapati. Perubatan di Phnom Penh terlalu mahal. Kalau di Malaysia anda dikenakan RM100, di sini USD100. Jadi bayangkanlah…

9- Ada beberapa golongan khasnya di kedai Makanan Islam dan Central Market yang pandai berbahasa Melayu di sini.

10- Ada restoran bernama restoran Malaysia di sini. Malaysia juga terkenal sebagai salah sebuah Negara yang paling banyak membantu ekonomi Cambodia selain Jepun, China dan Korea.

Pengalaman paling pahit di Phnom Penh.

Hari ke-3 di Phnom Penh aku diserang sakit senggugut yang maha teruk. Dari pagi sampai ke malam hanya terlantar di bilik hotel. Ubat dibeli di farmasi dah 6 biji masuk ke perut, sikit pun tak mendatangkan kesan. Tak ada makanan yang masuk ke perut kerana rasa mual yang melampau. Sehingga jam 10malam keadaan seperti mayat hidup, lembik dan langsung tak bermaya. Akhirnya aku dikejarkan ke hospital Naga Medical Centre. Diberikan 2 das injection di punggung dan berkali2 di tangan (kerana urat tak dijumpai- memanjang tersalah cucuk). Ajaibnya selepas 15 minit diberikan suntikan aku sihat seperti sediakala. Hasilnya beratus USD terbang. Terkedu. Bankruptcy aku dibuatnya. Siap kena tipu dengan driver tuktuk yang hantar bila diketuknya duit tuk2. Aku apalagi mengamuk sakan kat driver tu… (sebab dah sihat, larat la nak marah dia. Walaupun dah marah2 aku bayar juga tambang tu.)

P/S: Kalau ditanya aku mahu kembali ke Phnom Penh? Jawapannya TIDAK!

Gambar2 penuh, sila ke my facebook. Jangan malu2.

Tuesday, May 17, 2011

Teka Betul, Aku Bagi Hadiah.

Tak habis lagi mengemas beg. Aku sampai terpaksa duduk atas beg, baru beg boleh zip. Punya la padat maksimum mcm iklan MILO tu.

Kejap lagi nak hantar Mika pi Cat's Boarding. Tapi dia dah muka kesian plak...
Nak pi mana aku ni? Ha.... itulah teka teki untuk hari ni. Siapa yang dapat jawab nanti aku poskan souvenir.
Pembayang bagi teka-teki teka tekok kali ni ialah:-
1- Negara yang tidak kaya.
2- Menggunakan matawang US Dollar dalam urusniaga harian (walaupun mempunyai matawang sendiri).
3- Sebahagian rakyatnya adalah pendatang di negara kita.

Dapat tak jawapannya?? Ok... sesiapa yang tahu jawapannya, sila bagi aku nama Ibu Negara bagi negara tersebut. Sesiapa yang pertama memberikan jawapan betul sebelum aku reveal answer tu, maka dia akan menerima cenderahati dari negara tersebut. Hehehe... nak hadiah, sila cuba.

Thursday, May 12, 2011

Domestic Inquiry Procedures / Proses Siasatan Dalaman.

Ramai yang bertanya kepada aku mengenai prosedur Domestic Inquiry (Siasatan Dalaman) yg akan disebut DI aje lepas ni, dari side pekerja mahupun HR practitioner sendiri. Aku akan cuba berkongsi apa yang termampu menerusi mengendalikan DI sebelum ni. Harap dapat membantu.

DI mmg leceh, mmg ramai HR yang tak menyukai DI. Tak tahu plak kalau ada yang suka pada DI. Biasanya DI dibuat bagi major misconduct atau kesalahan yang boleh mendatangkan penalty yang besar. Contohnya dibuang kerja (termination), diturunkan pangkat (demotion), digantung kerja (suspension), dsb. However DI adalah sesuatu yang PERLU sebelum sesuatu tindakan disiplin serius dibuat, menandakan majikan telah mengikut prosedur yg betul sebelum mengambil tindakan. Ini kerana sebaik sahaja kes dibicarakan di mahkamah perusahaan soalan wajib yang ditanya oleh juri, “Ada buat siasatan dalaman?” “Boleh saya tengok rekod siasatan dalaman?”

Step yang perlu diikuti sebelum DI dilaksanakan:-

1st skali…. Majikan perlu mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab (Showcause Letter).

2nd- Selepas dapat reply letter daripada pekerja, analisa jawapan yang diberi. Sekiranya tidak memuaskan hati dan banyak keraguan keluarkan satu surat Panggilan Untuk DI. Dalam surat tersebut mesti tertulis dengan jelas Tuduhan (charge) ke atas tertuduh, tarikh, masa dan tempat DI akan dijalankan. Maklumkan juga yg tertuduh boleh membawa saksi yang menyokong keterangan dia pada hari kejadian. Kegagalan dia menghadirkan diri, DI akan diteruskan secara ex-parte, dan keputusan akan dibuat oleh juri walaupun tanpa kehadiran tertuduh dan ianya muktamad.

Nota: Gantung kerja yg dibenarkan adalah 2 minggu dengan separuh gaji, baki separuh gaji perlu dipulangkan sekiranya selepas DI tertuduh didapati tidak bersalah. Sekiranya 2 minggu tidak mencukupi untuk pihak syarikat menghabiskan siasatan dan membuat persiapan DI, gantung kerja boleh dilanjutkan (dengan mengeluarkan surat lain Lanjutan Penggantungan Kerja) dengan bayaran gaji penuh kepada pekerja.

3rd – Tak perlu gantung pekerja sekiranya kehadiran beliau ke syarikat tidak memberi sebarang masalah atau kesukaran sehingga hari DI.

4th – Pegawai penyiasat boleh memulakan siasatan dengan mengumpul seberapa banyak bukti dan keterangan saksi secara bertulis sebelum hari DI. Kemudian serahkan hasil siasatan dan bukti kepada pegawai pendakwa dalam DI. Pegawai pendakwa akan menyediakan soalan dan melampirkan semua bukti-bukti yang dikumpul untuk diserahkan pada juri pada waktu DI.

5TH – Lantik 3 orang non-bias juri. Yang bermaksud juri mestilah bukan pegawai atasan atau rakan sekerja yang satu bahagian kepada tertuduh. Juri perlulah dari level eksekutif dan ke atas. Dari tiga juri tersebut, seorang darinya adalah ketua juri merangkap pengerusi (chairman) untuk DI tersebut. Kemudian lantik seorang pekerja untuk menjadi setiausaha bagi mencatit minit DI.

PROSES DI

1st - Apabila semua telah berkumpul di dalam bilik DI, pengerusi akan memulakan dengan tujuan DI diadakan, kemudian memperkenalkan diri dan panel juri. Kemudian tanyakan pada tertuduh adakah sebarang bantahan untuk masa dan tempat DI ini atau bantahan terhadap mana2 perlantikan juri?

2nd- Pengerusi bacakan dengan jelas tuduhan yang dikenakan kepada tertuduh, kemudian bertanya, adakah tertuduh mengaku bersalah? Sekiranya jawapannya “Ya,” maka juri perlu mengulang bagi jawapan tersebut dan bertanya adakah tertuduh faham tentang pengakuan tersebut yang boleh menyebabkan pihak syarikat mengambil tindakan disiplin ke atas tertuduh termasuk pembuang kerja? Tertuduh angguk atau “Ya”, maka tanyakan pada tertuduh ada apa2 yang ingin disampaikan sebelum DI ditutup? Tiada.. maka tamat DI.

3rd- Tapi sekiranya jawapannya tak mengaku bersalah, pengerusi perlu menjemput Pegawai pendakwa untuk membentangkan kes. Pendakwa boleh menjemput saksi atau mengemukakan bukti (sekiranya tiada saksi), sepanjang tempoh pendakwa bersuara saksi tidak sepatutnya mencelah, juri boleh menyoal pendakwa sehingga selesai, kemudian juri akan berkata, “Sekarang saya jemput tertuduh untuk menyoal balas saksi/ pegawai pendakwa.” Saksi boleh bertanya pada waktu sehingga puas. Jangan berhenti sehingga anda telah bertanya semua soalan, kerana selepas ni tertuduh dah tak berpeluang bertanya lagi kepada saksi pertama/ pegawai pendakwa.

4th Sekiranya ada ramai saksi, proses di atas akan diulang bermula dengan pendakwa bertanya habis, kemudian tertuduh bertanya habis, kemudian pendakwa akan bertanya kali terakhir untuk mematahkan kembali hujan tertuduh atau mengembalikan semula keyakinan saksi. Kemudian habis. Ikut giliran masing2, pendakwa dan tertuduh tak boleh menyampuk apabila giliran pihak lawan. Pengerusi berhak memberi amaran atau mengarahkan mana2 pihak yg tidak berkenaan supaya diam.

5TH- Sehingga semua saksi dipanggil, akhirnya tertuduh pula akan diminta untuk memberikan keterangan tentang kes tersebut. Pendakwa boleh terus membuat pertanyaan sehingga berpuas hati, kemudian juri pula membuat pertanyaan. Sehingga selesai kesemuanya, pengerusi akan menjemput tertuduh untuk membuat pembelaan. Tertuduh boleh membuat pembelaan diri ketika ini.

6th – Akhir sekali pendakwa perlu membuat penggulungan kes, Inilah waktu terpenting untuk pendakwa mematahkan semua hujah2 tertuduh, tetapkan pendirian anda dan katakan apa yang membuatkan anda percaya bahawa tertuduh sememangnya bersalah, impaknya kepada majikan, kenapa tindakan disiplin perlu ke atas tertuduh?

7th – Pengerusi akan menamatkan DI dan memberitahu bahawa tertuduh akan diberitahu mengenai keputusan rasmi mengenai kes beliau dalam tempoh beberapa hari.

NOTA: Sepanjang DI berlangsung bermula dengan pembukaan oleh pengerusi sehingga ke bersurai, setiap patah perkataan perlu ditulis di dalam minit DI dalam bentuk dialog oleh setiausaha. Adakalanya ia bukan berbentuk kata2, tetapi ia boleh jadi (tertuduh mengangguk kepala berkali2) (tertuduh menggelengkan kepala) (tertuduh menghentak meja) (tertuduh menunjukkan bagaimana dia duduk ketika kejadian tersebut dengan menyilangkan kaki dan bersandar) dan macam2 lagi. Minit ini sangat penting kerana ia perlu dibaca dan ditandatangani oleh 3 juri, pendakwa dan tertuduh (di setiap muka surat) bagi mengakui segala butiran percakapan yang ditulis adalah benar. (sebaik2nya dalam 2-3 hari sebaik habis DI, minit perlu disiapkan dan ditandatangani oleh setiap orang yg disebutkan di atas). Jadi bayangkan betapa tebalnya minit DI sekiranya DI berlangsung selama 4 jam atau lebih.. yang menaip lagi semput.

SELEPAS DI

1- Dalam tempoh seminggu pihak juri perlu membuat keputusan bersama dan menulis surat kepada CEO/ MD/ PENGERUSI mengenai keputusan mereka, kenapa dan saranan hukuman. CEO/ MD/ PENGERUSI syarikat akan membuat keputusan hukuman yang patut dijatuhkan (mengambil kira pendapat HR advisor/ practitioner) dan menandatangani persetujuan tersebut.

2- Surat akan diserahkan kepada pihak HR. HR akan menyediakan surat kepada tertuduh bagi memaklumkan mengenai keputusan dan hukuman yang dijatuhkan kepada tertuduh dan bila ia akan berkuatkuasa. HR akan menyerahkan surat kepada tertuduh dan tertuduh perlu menandatangani penerimaan surat tersebut.

Jadi bayangkanlah berapa banyak dokumen yang ada untuk DI ni? Banyakkan? Setiap dokumen perlu disimpan dengan baik untuk persediaan sekiranya tertuduh mengfailkan kes ke JPP.