Tuesday, May 25, 2010

Letak Gelas Tu Di Bawah~!!

Masalah tu adalah teman sejati kepada kehidupan. Yang membezakan cuma sejauh mana seriusnya masalah tersebut. Hari ni kalau kita mengeluh atau merungut tentang masalah yang kita hadapi dan tanggung, mari renungkan sejenak kisah ini. Harap dapat mengurangkan sedikit beban di bahu kita.

Seorang pensyarah memegang sebuah gelas besar yang berisi air. Kemudia dia bertanya kepada pelajarnya.
Prof : Agaknya berapa berat air dalam gelas yang saya pegang ni?
Pelajar pertama : 500 liter
Pelajar kedua : 1000 liter
Pelajar ketiga : Mungkin 700 liter...
Prof : Tak kira berapa berat pun gelas ni, soalan saya apa akan jadi sekiranya saya memegang gelas ni begini dalam masa 1 minit?
Pelajar: Tak ada apa-apa yang akan berlaku.
Prof : Bagaimana kalau saya pegang gelas ini dalam tempoh sejam?
Pelajar: Tangan prof akan jadi lenguh dan sakit.

Pensyarah tersebut mengangguk dan kemudian tersenyum.

Prof: Baiklah, bagaimana kalau saya pegang gelas ini begini dalam masa sehari?
Pelajar: Prof akan kena kekejangan otot, boleh menyebabkan kesakitan yang serius dan mungkin juga boleh menyebabkan lumpuh.
Prof : Hmmm... jadi apa yang perlu saya buat sekarang ye untuk mengelakkan perkara tu berlaku?
Pelajar: Apa susah prof, letakkan je gelas tu kat bawah.
Prof : Bagus. Itulah yang saya nak dengar. Begitu juga dengan masalah kita. Kita boleh memikirkan masalah tu untuk beberapa ketika dan cuba menyelesaikannya dalam masa terdekat sekiranya mampu.
Namun sekiranya kita tak mampu menyelesaikannya dalam masa terdekat, kita jangan membebani otak kita dengan masalah tersebut. Otak kita umpama tangan yang memegang gelas juga. Sekiranya kita menyeksa dia memikirkan perkara yang rumit dan menggangu fikiran dalam tempoh yang lama, ia boleh menjejaskan kesihatan kita dan kehidupan kita keseluruhannya.
Jadi kenapa kita perlu menyeksa diri begitu? Letakkan masalah ke bawah buat seketika dan bersantai / bergembira / makan dan tidurlah seperti tiada apa yang mengganggu fikiran kita agar esoknya kita berada dalam keadaan yang cukup segar dan bertenaga bagi menyelesaikan masalah itu dan seterusnya.

So guys.... sebelum balik rumah untuk berjumpa keluarga kita / anak-anak / suami atau isteri letakkan ke bawah masalah tersebut dan lupakannya seketika agar masalah tersebut tidak membelenggu dan menjejaskan hidup kita keseluruhannya. Pastikan sebelum tidur kita lapangkan fikiran dan sambutlah hari esok dengan lebih bersemangat dan azam untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. InsyaAllah.