Wednesday, February 29, 2012

Dia akan jadi ayah, tapi dia bukan my hubby.

Tajuk tak hengat~!

Update terkini:-

Sedang menjalani part time class khas untuk Human Resource Pratitioners, Mastering Competency in Human Resource. Keseluruhan course berharga RM8000.00. Alhamdulillah, permohonan untuk mendapatkan kelulusan 100% dibiayai kerajaan telah diluluskan. Maka aku tak perlu mengeluarkan sesen pun. Kelas diadakan beberapa kali dari bulan Februari dan berakhir penghujung bulan Mei 2012. InsyaAllah, sebaik berjaya menamatkan pengajian ni, boleh le aku mengupgrade diri aku menjadi HR yang berilmu, pakar dalam segala aspek, dari Recruitment & Selection, Training & Development, Industrial Relation, Compensation & Benefit dan Performance Management System. InsyaAllah.

Chenta di peringkat awal kehamilan waktu ini, perutnya masih kecil lagi, namun agak kelihatan bulatnya. Doktor menasihatkan agar kami memastikan dia mendapatkan makanan dengan protein yang tinggi, berikan dia vitamin B kompleks untuk meningkatkan selera makannya dan juga memastikan dia tidak stress untuk mengelakkan keguguran. So selain dari makanan yang biasa, aku berikan juga Science Plan for Kitten yang mana kandungan proteinnya sangat tinggi. Yang merisaukan skang ni, Shaby memang dah tak kacau Chenta untuk ehem ehem lagi… tp mereka ni gurau kasar sikit. Sampai tercabut2 bulu. Kadang2 aku pukul juga bontot Shaby tu, risau kalau Chenta diperlakukan terlalu kasar nanti efek anak dalam perut dia plak. So far doctor kata kesihatan mereka berdua di tahap yang memuaskan, kebersihan tip top, tiada tanda2 fungus atau kulat di badan mereka… and the best part is Vet kata even though Chenta is more Persian compare to Shaby, tapi bulu Shaby lebih cantik, halus dan lembut berbanding Chenta…. Dan semenjak badannya semakin gebu dan montel ni kami baru perasan yang Shaby mempunyai rangka yang besar, macam baka Maine Coon plak. Ntah2 memang iya kot. Hehehhehe… Even though he gonna be a father soon, tapi dia masih Shaby yang dulu, manja, suka dibelai, suka bergurau dan kerap duduk di atas badanku minta dipeluk seperti selalu.

I got job offer from a KING in consumer food manufacturing company. Peneraju jenama makanan terhebat bukan sahaja di Malaysia tetapi di dunia. Malah offer ini telah disambut baik oleh semua pihak yang memberikan sokongan untuk aku menerimanya tanpa perlu fikir panjang. Namun kesannya, aku harus meninggalkan hubby di Semenyih dan balik ke Shah Alam. Not again. Aku suka rumah kami yang sekarang, walaupun jauh dari tempat kerja aku di Bangi, tapi ia benar2 selesa, damai dan tenang. Mengingatkan balik rumah yg aku tinggal kat Shah Alam dulu…. Alahaiii…. Tak sanggup rasanya nak tinggal mcm dulu. Rumah kami di sek 15 tu lagi la… tanah pun takde… kalau tertinggal kunci kereta ke, telefon ke… mau tercabut kaki naik tangga. Kat sini aku boleh bela burung, Shaby dan Chenta bleh main kat taman, boleh tanam bunga raya, bunga kertas, pokok manga, pokok pisang, serai, pandan dan macam2 lg. Even dalam rumah ada akuarium 5 kaki pun masih rasa luas lagi. Lalu dengan berat hati aku memutuskan tidak. Mungkin lepas bulan 5 nanti, aku leh demand sket, dapat kerja kat area Bangi, Kajang atau Semenyih. Mana tau kan?? Hehehe… InsyaAllah rezeki ada di mana2. Lagipun bos dah janji, untuk high performers tahun ni ada penajaan trip bernilai RM2000 setiap seorang di resort mewah. Huwaaaaaa… motivasi ni. Harap2nya aku terpilih le gamaknya. Hehehehehe..

Till meet again. Bye.


Tuesday, February 07, 2012

Hadirnya Chenta membawa cinta.




Entry ringkas kerana menaip dari Tab. Just to share that I had adopted a female mix persian cat. We named her Chenta, hubby yg pilih nama tu. He also the one yg jumpa advertisement tu di mudah.my and asked me to deal with the owner. After had a conversation via phone, aku telah ke Ampang menemui owner sekaligus mengambil Chenta yg pada waktu itu namanya Kak Chik kalau x silap.

1st time jumpa she was not friendly at all. Dia cakar aku ketika pertama kali aku cuba mendukungnya. Tatau apa yg buat aku made decision to choose her instead of others. Sepanjang perjalanan aku mula berfikir mcm mana keadaannya bila dia tiba di rumah, adakah dia akan bertindak seperti kucing yg kena histeria? Aku mulakan perbualan ringkas dengannya di dalam kereta. ketika itu dia memandang dengan penuh ketakutan kepada aku sambil duduk terperosok di dashboard belakang kereta.

Dia seperti mengerti apa yg aku sampaikan kepadanya. Aku juga memanggilnya dengan nama Chenta berkali2 sepanjang perjalanan dari Ampang ke Semenyih yg kurasakan terlalu jauh dan lama. Sesampai di rumah, Shaby yg kelaparan sudah menunggu di pintu. Aku mengurung Shaby di dalam sangkar sementara menunggu Chenta membuat rondaan pertama di seluruh rumah. Shaby penasaran teramat ketika berada di dalam sangkar, mcm org gila. Almaklumlah, anak dara sunti dalam rumahnya.

Kesannya Shaby tak makan dan tak tidur sepanjang malam pertama tu gara2 tergila meroyan pada Chenta. Paling mengejutkan Chenta tidur di sebelahku sambil sebelah kaki depannya memeluk kakiku. Terharu. Tak sangka dia sudah dapat menerima aku hanya dalam beberapa jam pertemuan kami. Touching. Dia juga memberi respon kepada nama Chenta seperti dia tahu itulah namanya.

Esoknya hubby sibuk mengemas bilik store di belakang. Katanya bilik tu untuk Shaby, Chenta dan bakal anak2 mereka kelak. So sweet. Kini bilik store yg dulunya penuh dengan barang2 lusuh telah bersih dan cantik. Budak 2 ekor tu pun mmg excited betul sebab sebaik je bilik tu siap dihias sepenuhnya, kedua2nya tertidur dalam bilik tu. Senang hati aku. Walaupun sehingga ketika ini Shaby masih belum berjaya uhum uhum dengan Chenta, tp mereka dah boleh tidur berdekatan, saling berkongsi makanan dan berciuman berbanding pertemuan pertama yg mana memanjang Shaby makan penampar Chenta, dan menengking sesama sendiri.

Hikmah disebalik kehadiran Chenta di rumah kami, Shaby semakin berselera makan, lebih senang menyuruh dia makan vitamin berbanding dulu kerap dia meludah semula. Makanan2 yg nyaris2 ku buang gara2 Shaby menolak dulu, berjaya dilicinkan oleh kedua2nya. Bagaimana Chenta boleh mengubah Shaby? Hehehe, penangan cinta Chenta.
Shaby tidak lagi kesunyian kini, tidak lagi termenung depan pintu, cuba menyelinap keluar sebaik pagar dibuka. Kini rumah lebih menyenangkan berbanding di luar.

Saturday, January 28, 2012

Habis Semua Askar Aku Peluk...- XOXO-

Betapa lembapnya aku kerana baru tersedar yang blogger dah ada icon Stats kat atas nun bagi memudahkan blog owner mengetahui berapa ramai yang telah masuk pada setiap hari dan entry mana yang kerap dikunjungi.... dan I just realize that I have a lots of silent readers yang membuka blog aku setiap hari walaupun aku adalah diantara blogger yg pemalas nak update blog. Walaupun tak sampai jumlah ribuan pengunjung setiap hari tapi 3 angka setiap hari bagi aku dah cukup banyak.... terima kasih kepada my silent readers, tak kira walau apa tujuan pun anda ada di sini sekurang2nya anda telah terbaca, membaca dan cuba mengenali a piece of me... TQ



Ekceli banyak yang berlaku. For those yg ada my fb mesti tau aku picnic di air terjun Serendah. Cantiknya... lagi cantik dari congkak tau. Gambar? leh tak tgk kat fb... maleh nak cari la... aku save kat mana pun aku tatau. Tu pun banyak lagi gambar aku tatau letak mana termasuk le gambar i-city yang dah mcm Genting Highland skang ni... dahsatt woooo.... tayah pi susah2 panjat gunung... sini je dah taman tema... snowwalk dia pun lagi besar dari snow world genting.



Ok. ok... apa citer peluk2 askar ni. Ahaaaa.... aku pi Karnival Karangkraf 2012 tadi... almaklumlah.. kompeni tutup seminggu, jadi lipas merayap le aku... Habis aku kelek ayah ke hulu ke hilir temankan aku pi sana sini... ekekek untung ada ayah yang dah pencen duk umah je.. heheheh



Ok.. kat bawah ni antara gambar yang sempat tersnap dek kamera cabuk aku.




Bersama novelis pujaanku Damya Hanna


OK, sessi peluk memeluk dengan askar2 Malaysia. Umur 18 tahun ke bawah sila dapatkan kebenaran ibu-bapa nak tengok ye.









Patung je? buat saspen betul la....

Tuesday, January 10, 2012

Hatyai & Songkhla (MooD Tak Enak)

Tak ada mood nak cerita banyak tentang tajuk ini.
Tak ada gambar aku nak diupload sebab aku benci sangat sangat sangat sangat kepada semua gambar yang ada muka dan 'badan' aku. Sumpah!!
Let's the pictures tell you the story.... sementara aku mendengar lagu Ombak Rindu sambil feeling2....










To my friend Anne, we will pray for Bakhtiar. Don't cry too much, be strong for your son. InsyaAllah, everything will be fine. For those yang mengenali bBakhtiar... minta doakan beliau segera sembuh yang kini masih dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam Unit Rawatan Rapi kerana denggi berdarah.

Tuesday, January 03, 2012

Entry Pertama 2012

Saat orang lain berpusu2 mengupdate blog untuk New Year, aku pula agak kelewatan. Jadual cuti tahun baru agak padat nampaknya. Diisikan dengan sebaik mungkin bersama kawan2 dan keluarga tersayang. Apa pun salam 2012 untuk semua, moga yang indah2 menanti kita di tahun 2012 ini.

Apa aktiviti yang menarik sgt tu? Hehehe.. yeah.. saya berbasikal di Wetland bersama kawan2 yang tersayang. Bagus kan? Bukan ke azam tahun 2012 ini antaranya ialah nak turunkan berat badan, maka inilah langkah pertamanya. Ok tak?


Oh sebelum terlupa... aku dah tunaikan janji, dapat bonus nak belanja family. So aku belanja di Shogun Japanese Buffet di Sunway Pyramid. Amboi... mentang2 la kije kilang Jepun. Takde la.. I gave the honour to my sis untuk pilih tempatnya... and that was her choice. Nama je Japanese... bukanlah semuanya Sushi, Tako, Ramen... No No... Ada juga makanan melayu, ketam, udang, oyster, siakap kukus, pendek kata kalau nak disenaraikan semua mmg tak cukup le blog aku ni... Buktinya... dek kerana makanan yang terlampau banyak giler tu, aku telah terlupa diri seketika sehingga terlupa takde sekeping pun gambar yang aku snap masa makan2 tu. Ampunkan kami Penunggu Gua...

Kemudian 2 kali kami ke Monterez Golf Club bermain bowling bersama Family tersayang. Paling menarik kami main di VIP lane yang mana dalam bilik khas tu hanya terdapat 6 lane, sofa set dan penghawa dingin yang nyaman sekali. Kesimpulannya.... tempat tu dah diconquer oleh kami sekeluarga... wahahahahahahahahahhahahaahha ((gelak ganaz)). Tak ketinggalan si kenit Aliyah dan Ajiem pun ada satu lane khas untuk dowang... bukan main excited lagi.
Sila lihat di lane paling tepi, si kenit sedang membaling bola boling dibantu mamanya.

Ada gak le pi Warehouse Sale yang tak berapa nak menarik tu. Kemudian makan lempeng di Geylang Station Kopitiam yang super duper sedap. My bos balik dari vacation from Australia and she bought me a perfume. Bau dia agak flowery, even though aku baru beli perfume but I really appreciate it. Thanks boss.
Ok... another plan for a vacation this week. Have to pack off, kali ni not with my family... (we have another special plan for vacation with them)... kali ni aku pi ngan hubby and our beloved friends yg berbasikal bersama2 kami di atas nun.... heehehe... Kami akan ke.... jeng jeng jeng.... Sawadikappp.... Kap Kun Krappp..... hahahahhahaha~!! (bye Hazrey, kali ni aku ikut!!)
Ok, cuba teka, antara 2 passport ni yg mana satu aku punya, yang mana satu hubby punya. Kalau salah teka sila ketuk kepala sendiri dengan senduk kayu.

Ok gambar2 kat bawah ni sekadar iklan sahaja. Kat kepala budak kiut ni adalah hasil kerja tangan mommy dia a.k.a aku. Diperbuat daripada bahan yang bermutu tinggi iaitu reben lebihan orang buat ikat kotak kek.... Inilah jadinya bila mommy dia takde kije sebuk cari kije.... anak sedara jadi mangsa, seb baik dia rela.



Monday, December 26, 2011

Yang Baru Di Tahun Baru

Lagi beberapa hari 2011 bakal menutup tirai, tertutuplah diari 2011, menyimpan segala duka dan duka, sejarah dan kenangan. Yang tak habis diteroka bakal dibawa ke 2012, yang telah selesai akan disimpan kemas. Menjadi kenangan dan mungkin pengajaran.

2012 bakal menjelang membawa seribu satu misteri. Ibarat kanvas putih, mungkin ada palitan kesan tindihan kanvas 2011, namun kitalah yang mencorakkannya kembali. Sama ada membiarkan palitan itu mendominasi terus kanvas 2012 atau kita warnakan ia mengikut kehendak hati dan lontaran jiwa sendiri. Hidup terlalu singkat untuk dibazirkan dengan sia-sia. Ia terlalu berharga untuk dibazirkan dengan hanya kesal tanpa tindakan pembetulan.

Ibarat membuka pintu pada 2012, Selamat datang 2012. Dekorasi cantik dari Mid Valley bagi sambutan Krismas dan Tahun Baru. Dalam mencari uniform baru untuk tahun 2012 di Padini Mid Valley, sempat lagi bergambar kenangan bersama teman sekerja yang turut serta.

Weekend yang baru ni, aku ngan asben telah bershopping sakan untuk tahun baru. Kononnya tahun ni kedua2nya nak tukar selera, nak tukar perfume yang baru. Maka aku memilih jenama di bawah bagi menggantikan Ferragamo, Incanto Bloom aku.

DKNY Golden delicious gift pack Krismas, siap dengan gold purse. Ada juga dinner purse ekslusif DKNY untuk aku. Terlupa nak ambik gambar....

Asben memilih Ralph Lauren Polo No.3 di bawah.
Tak lupa handbag Guess. Koleksi handbag GUESS ke-2 selepas berpuas hati dengan kualiti yang pertama.

And last but not least..................................

Jeng

Jeng

Jeng



Diari 2012. Tak lupa stapler dan puncher dari kaler yang sama. Welcome to my desk. Tolong simpan kenangan saya sepanjang 2012... kalau boleh biar yang manis2 aje. ;)

Sunday, December 18, 2011

Aku Tidak Dirindui Lagi

Hmm... kalau mula menaip je mesti nak start dengan hmmm.. cliche! Abih tu, nak wat lagu mana.. bila aku nak mula menaip memang hati aku akan menyebut.. hmmmm.

What's up?
1- Shabby skang dah macam kambing biri2.... kadang2 aku purposely ckp.. "Oh My Sheep.."..

2-Dah 2 kali pergi interview.... skali bila org tu call balik, aku tak angkat plak. Kenapa?? Ntah... I just got an instinct yg kalau aku terima offer tu, ia mcm keluar mulut buaya, masuk mulut naga. Tapi aku bukan dalam mulut buaya skang.. huh... I prefer Japanese company, not European plsssss...

Arkib: Saat paling bahagia bersama-sama rakan sekerja di Pulau Pangkor.

3- I miss my family so much. Especially my sweetheart Aliyah Umairah. Dah almost 1 and half month tak balik... janji.. kalau balik nak treat special lunch at special place to my family. Harap ayah ada, walaupun ayah mcm dah tak rindu kat along lagi... ;( I know I lose... but I don't mind bcos I'm not losing him to 'you'... it's only your money.

Arkib: Gambar beberapa tahun yang lepas ketika melepaskan kura-kura kesayangan kami ke tasik Shah Alam.

4- Hate my last last weekend di kampung husband. Kalau benci balik kampung, orang kata berlagak, sombong and whatsoever..... tp mulut orang kampung betul2 buat aku tak tahan... Iyyyerrrrrrr!!!!!!!!
Gambar yang sempat tersnap masa kenduri di kampung asben 2 weeks ago.

5- A colleague of mine had asked me a question. "Akak kahwin kerana apa? Cinta ke, pilihan keluarga?"
Aku: Cinta kot... kenapa tanya?
Dia: Kenapa ada perkataan kot kat belakang?
Aku: Hahaha... ye la... cinta.. tp apesal tanya soalan mcm ni?
Dia: Sebab saya kagum dengan akak.... 7 tahun kahwin tak ada anak.... tp akak dengan suami nampak bahagia sangat.
Aku: Mana ko tau... ko bukan tinggal serumah dengan akak.
Dia: Ye la... tengok cara akak dengan husband... loving je... Walaupun anak takde.
Aku: (Anak lagi!!) Habis kalau takde anak tak boleh bahagia ke?
Dia: Ye la... kadang2 kalau lama2 kahwin takde anak, suami buat hal.
Malas nak ckp apa2, but please stop spekulasikan benda2 mcm ni. Jangan nak buat mulut pant*t ayam mcm org kampung tu. Sumpah, tidak ada di antara aku atau suami yang tidak mampu memberikan zuriat dalam rumahtangga kami. Kedua2 sihat walafiat. Tapi apa perlunya aku 'datangkan' seorang bayi dalam rahim aku ni hanya untuk buktikan pada semua orang yang kami mampu???? Apa yang kowang terlalu kisah tentang 'kekurangan' rumahtangga aku yang pada kami ianya satu kelebihan??? Kenapa???????????????????? Mulut mcm !@#$%^&&

Agaknya kalau ditakdirkan berlaku perceraian di antara kami, pasti ada bunyi... "Bercerai pasal bini dia tak mampu beranak." Bullshit! Seriously letih ngan semua ni. Bila anak dara tak kahwin, mengata mcm2.... bila dah kahwin tp tak beranak... mengata lagi... Bosan!! Marah betul malam ni... harap next entry aku cool down sket.