Monday, December 28, 2009

Bloggers Gathering Bersama Mazidul: Tak Mahu Kalah!

Tak kisah le walaupun menjadi orang yang terakhir update pasal gath. Inilah masalahnya kalau semua kabel dan card reader nak ditinggalkan kat ofis. Nak update gambar pun kena tunggu hari kerja.

Perjalanan ke FRIM mengambil masa sejam setengah juga. Sebab terkial2 tengok map, tengok sign board... Dah masuk dalam FRIM pun tanya org, "Cik, air terjun kat mana?" Aliyah plak landing kat kerusi belakang sambil kaki sangkut kat cermin tingkap sambil jerit "nak mandi cungai! Nak mandi cungai!" Tensen tul... mommy ngan atok susah payah cari jalan... dia dok berleter.

Bila sampai je, lebih kurang 11.10 minit. Dah lewat! Ayah suh aku survey dulu mana dowang dok kumpul sblm angkut barang. Masuk je kawasan datar bawah pokok rimbun dah nampak bro mazidul cekak pinggang sambil bercerita. Aku patah balik kat keta panggil mak ayah.

Selepas bro Mazidul, orang yang kedua jelas kelihatan ialah Kak Azie. Siap dengan name tag AZIEAZAH. Kedua kerana suara dia yang paling meriah kat situ. Teruk Mazidul kena tembakan mesingun berdas2... bro mazidul pakai pistol biasa tembak dia sket2 je.
Mazidul Akmal Sidek yang aku kenali dalam blog dan tv seorang yang serius tapi bila jumpa in person dia seorang yang sangat humor, friendly dan tak banyak protokol... bak kata orang... pakai redah je. Dan memang benar dia memang suka bercerita. Memang layak dia jadi pengacara. Bloggers lain plak sangatlah sporting dan friendly. Tak kekok langsung walaupun pertama kali berjumpa. Hakikatnya gath tu memang besh.... tengok gambar je kowang mesti dah tau betapa beshnya. So, when is the 2nd?

Makanan memang banyak dan bertimbun2, sedap dan bloggers siap boleh tapau balik rumah lagi.

Kak Azie yang havoc habis dan Kak Cik Seroja "sponsor" roti gardenia pisang yang bertimbun2. Aku siap tapau 7 bungkus. Melampau sungguh!

Ha.... ape la yang kak Azie dok tembak Mazidul sampai senget2 mulutnya dia menggayakan aksi tu.

Makan Time~!!! Bro Mazidul sponsor 30 bungkus nasi lemak.

Ayah dengan Bro Mazidul. Happy tul~!

Gambar cilok dari blog kak azie, tp rasanya kak azie pun cilok dari blog org.
Terpesona aku dengar bro Mazidul bercerita sampai kerut2 kening. Ngapa la bro Mazidul muka macam sedih beno masa ni, tengah meluahkan perasaan hiba kot. ekekekek
Lagi gambar2 menarik bloggers' gathering boleh dilihat di blog ini:-
dan banyak lagi... carik sendiri!


Friday, December 25, 2009

Best Of 2009

2009 secara keseluruhannya adalah tahun yang menarik dan meninggalkan memori yang tersendiri. I highlighted a few events and moments that I think precious and memorable that were happen in every each months in 2009.

January 2009
New Year 2009 kami berdua buat food marathon. Memang besh. Pagi2 makan nasi lemak paling sedap dekat Gembira Seksyen 3. Lepas tu tenghari makan kat TGI Friday. Minum petang di Kebab King and dinner dekat Secret Recipe - my fav. Noodle in Tom Yum Kung.

Cuti2 Terengganu - Bercuti di Kerteh dengan mak mertua dan ipar. Melawat msjid Kristal. Main layang2 tepi pantai. Melihat proses mencanting batik. Seronok betul.

February 2009
Hari Mengingati Kekasih - Hubby belikan bantal besar kaler pink "The Sweetie" yang kemudian aku letakkan kat dalam kereta. Sampai kaler pink pekat dah jadi pink putih kelam2... hahahaha..
We also celebrated with our best friends pada masa tu. My bestfriend and Hubby's bestfriend. Tengok wayang cerita upin & ipin dan makan di Muara Ikan Bakar, Port Klang.

March 2009

My Birthday - celebrated 3 times. 1st with Anne, Bakh and Andy. Bila balik rumah mak, family aku plak celebrated dengan kek yg ada gambar Mickey Mouse written, "Happy Birthday Mommy." Esoknya kami naik ke Cameron Highland. Memandangkan it was shocking last minute vacation, tiada sebarang reservation hotel dibuat. Walaupun terpaksa membayar harga hotel yang agak mahal tapi sangat puas hati dengan biliknya yang besar, cantik dan mewah. Malamnya celebrated lagi di Starbucks Cameron Highland.

April 2009
My 4th Anniversary -Van Blooming Florist masuk ke dalam ofis. Guard informed there's special delivery for me. Despatch tu membawa jambangan bunga ros pink 12 kuntum yang sangat besar. There was a message that touched my heart. So shuwett! Malamnya celebrated dekat Grand Bluewave Hotel. Hubby got his dream gift on that night... and I got my dream food. hehehehe...

Cuti2 Langkawi - Reservation dibuat purposely for honeymoon ke berapa ntah sempena 4th Anniversary juga. Pengalaman yang paling tak boleh dilupakan ialah ketika mendaki bukit dan turun bukit di Tasik Dayang Bunting. Penat tapi berbaloi kerana kemudian kakiku diurut oleh ratusan ikan. Turut menarik bila terpaksa menggigilkan diri menaiki kereta kabel dan berjalan di atas jambatan gantung gunung Mat Cincang. Scary~!!!

May 2009
Mother's Day - Mak sbnrnya pi berjalan ke Taiping waktu ni. Jadi memberikan kami kesempatan untuk membuat persiapan surprise party untuk mak. Masalah dengan surprise party bila org yg diraikan balik ikut suka2 hati dia je. Makanan yang diorder dah sejuk lesu baru dia sampai rumah. But still was a great memory especially bila mak tgk sijil yang "ditandatangani" oleh anak2, menantu2 dan cucu2nya.

June 2009
Family Trip to Phuket - Such an amazing trip especially because went with my family. Oh... mana mungkin aku lupa urutan arometerapi itu. Mana mungkin aku lupa Thai's Girl Show, Kumpulan Gay yang ber"underwear" membawa balak dan seafood yang besar2 dan menyelerakan. Oh.... bestnya.

July 2009
Bon Odori - an annual event yg compulsary utk aku attend semenjak menjadi warga kerja Jepun. Tak pernah rasa terbeban bila kena pergi Bon Odori. Rasa seronok sangat dan excited. I just love this event.

August 2009
SPM99 Gathering - Just imagine anda berjumpa semula kawan2 MIRC yang anda kenal semasa tahun 1999. Masa 1st time jumpa - masing2 berhingus lagi. Badan kecik2 almaklumlah tingkatan 5, skali jumpa balik dah jadi mak ngan bapak org. Sungguh lucu.

September 2009
MATTA FAir - bukan kerana pesta MATTA tapi kerana kami stay kat 1 hotel at Bintang Walk masa ni.... dan stay a night di tengah2 nadi Kuala Lumpur ni menjadikan kami jauh langkahnya. I got Louis Vuitton. That's the main point! Hahaha... sangat menarik!

RAYA - Walaupun terjadi insiden aku buta sekejap - tak menjejaskan kemeriahan raya tahun ni. Masih di Tg Malim tahun ni dan masih diselangselikan insiden ketawa dan pecah perut macam selalu.

October 2009
Family Trip to Sabah - Again a family trip. It's a tradition in our family pergi bercuti bersama2. Satu lagi tempat yang kaya dengan seafood (seafood lagi~!). Mutiara dan batu permata amatlah popular kat sini. Memandangkan hotel aku sebelah dengan shopping complex dan bazaar maka aku turun 5 kali sehari untuk shopping.

November 2009
My Sis n Hubby Birthday - Nothing much to say - nothing much happen. Another family occasion which held as usual every year is birthday. Tak pernah ada ahli keluarga kami yang hari jadinya tak bersambut. Never.

December 2009
Genting Highland - 2009 aje, 3 kali kot dah pi Genting cuma bezanya kali ni pergi dapat teddy bear besar gilerk!

Bloggers Gathering with MAZIDUL - walaupun pada mulanya memang terkial2 mencari FRIM berdasarkan dari map yang di google tapi pertemuan bersama bloggers pada hari Sabtu 26 Disember merupakan satu events yang sukar dilupakan. Selain dari makanan yang bertimbun-timbun, adegan sindir menyindir, tembak menembak, gelak ketawa dan aksi2 lucu membuatkan pertemuan tu berlangsung dengan penuh suasana ceria. Mazidul Akmal Sidek sangat ramah dan low profile orangnya... and yes... I was really glad to met Kak Azie, Kak Cik Seroja, Azrul dan Ayu, Shahrol, DJ Epol dan yang lain2 (terlalu ramai, tak ingat nama tapi boleh ingat rupa). Thanks to ayah ngan mak and aliyah baby for accompanied me.


Thursday, December 24, 2009

Kakak Jaga Adik

Dia dengan adik dia memang langsung tak ngam. Walaupun jarak umur cuma setahun lebih je. Dia 2 tahun 4 bulan dan adik dia 10 bulan. Adik dia di"haram"kan menyentuh mainan dia. Kalau sentuh juga, dia akan tolak adik yang berusia 10 bulan tu. Lantak la tergolek ke, terhentak ke. Dah le budak tu berdiri pun macam bendera yang ditiup angin. Tatih pun baru 2 langkah dah terduduk. Kadang2 geram sangat dengan dia. Kadang2 pukul tangan dia yang menolak adik. Kami tahu sangat dia tak suka dengan adik dia. Dia rasa insecure. Kasih sayang yang sepatutnya hak milik dia seorang dirampas adik. Dia cemburu.

Semalam adik dia masuk hospital. Penyakit yang belum dikenalpasti. Dia tahu hospital untuk orang sakit. Sebab dia pernah masuk hospital. Kena cucuk, kena masuk air, sakit! Dia pernah masuk hospital masa umur setahun. Sebab tu dia trauma kalau masuk hospital. Tapi semalam dia tau dia masuk hospital sebab nak tgk adik dia. Bila dia nampak adik dia atas katil. Dia peluk adik dia. Dia cakap, "ajim cakit? cayang ajim." Dia peluk adik dia, dia cium adik dia. Semua orang sebak.

Masa aku call, aku nak cakap ngan dia. "Ajim sakit ke kakak?"
"Ha,ah.... ajim cakit. Sian ajim. Ajim cakit"
"Kakak sayang Ajim? Kalau kakak sayang ajim, pergi peluk Ajim, sayang dia."
(Kemudian aku terdengar kucupan dia bertalu-talu. Terdengar juga suara garau adik dia yang mungkin "terlemas" dek kucupan bertalu2.)
Kemudian dia bercerita panjang lebar dalam bahasa yang tidak aku fahami disebabkan terlampau pelat. Aku pura-pura faham.
"Kakak jangan gaduh dengan Ajim lagi ye. Kakak tolong mama jaga ajim ye?"
"Ok... jaga Ajim," jawabnya. Aku jadi sebak.

Tak pernah dia bersetuju untuk buat sebarang kerja amal untuk adik dia sebelum ni. Bayangkanlah... kanak-kanak berusia 2 tahun yang belum cukup akal fikir, tak matang dan belum pandai bercakap pun tahu nilai kasih sayang. Mengenepikan ego dan kepentingan diri bila tiba masanya. Inikan pula kita yang dewasa. Renung2kan... selamat beramal.

Kakak = Aliyah Umairah. Sewaktu kelahiran adiknya Februari 2009.

Tuesday, December 22, 2009

Aku Mula Percaya....

Pemergian seorang demi seorang ahli lembaga pengarah (BOD) syarikat bukanlah sesuatu yang membanggakan pada aku. Mereka kecewa. Kecewa dengan banyak perkara. Kekecewaan mereka telah membawa kepada kekecewaan aku dan sekalian pekerja.

Setelah beberapa bulan di sini aku yakin waktu itu, ini merupakan perhentian terakhir aku. Segalanya ada di sini. Termasuk perempuan tua nyanyuk yang menyakitkan hati. Tapi itu soal picing. Aku tak tergugat dengan dia, sekadar terganggu sekali sekala cuma. Namun sifat aku yang kaki melawan lebih2 lagi tahu bos berada di pihak aku menyebabkan dia makan hati berulam jantung. Padan muka. Kau salah cari partner sumo la nyonya!

Semenjak kerja di sini, aktiviti rutin aku satu masa dulu iaitu membuka laman web jobstreet untuk tujuan peribadi tidak digunapakai lagi. Aku hanya buka jobstreet untuk post vacancies kompeni aku je. Kemudian ketika terdengar gosip2 mengatakan bonus mungkin tidak ada aku click juga 2 post HR Exec dari 2 syarikat gergasi. Mana ku sangka perbuatan tersebut menyebabkan panggilan temuduga secara paksa sehingga menyebabkan mereka memarahi aku "Kalau You tak mahu cari kerja lain, kenapa you apply kami punya post?" Aduh.... itu kali terakhir... tobat tak buat lagi. Aku tau perasaannya bila kita rasa kita telah berjumpa candidate yg paling suit suddenly orang tu sbnrnya apply saja2 aje. "Apa... ingat kompeni aku cap ayam ke?" (Sebab pernah rasa dibuat gitu.)

Memang, aku tak pernah bersedia untuk meninggalkan kompeni ni kerana aku yakin aku telah sampai ke destinasi yang ingin ku tuju. Kerana itu walaupun menerima beberapa offer daripada beberapa individu untuk bekerja di syarikat gergasi mereka aku sekadar memandang sepi offer2 tersebut. Berat benar hendak pergi kerana aku punya sejarah hitam melompat2 kompeni sehingga termasuk ke dalam lubang neraka. Serik betul kerja dengan satu kompeni cina tu. Sampai skang aku tak boleh lupa. Nightmare!!!!

Malah ketika dioffer kerja oleh kompeni sekarang, aku 2 kali gagal menghadiri sesi temuduga (kerana aku dimomokkan, kompeni Jepun sangat particular, susah kerja ngan Jepun). Akhirnya aku menjadi individu terakhir yang ditemuduga daripada 12 candidates (itu pun lepas dipujuk agensi pekerjaan tersebut yang mengatakan MD Jepun terlalu sukakan resume aku). Maka di situlah bermula segalanya, aku mendapat tawaran tersebut ketika sedang berjalan menuju ke tempat parking kereta sebaik saja keluar dari bangunan temuduga. Dari situlah perjalanan aku bermula dan aku amat bersyukur, aku tidak salah membuat pilihan.

Tapi aku mula percaya kini.... mungkin sudah tiba masanya aku mengorak langkah baru. Maka itu, malam tadi setelah berbincang dengan hubby secara telus, aku diberi perangsang untuk beralih arah. Maka dihadapan dia semalam, aku click juga butang apply dalam jobstreet untuk satu nama dan satu angka impian.... dan akhirnya ia membawa kepada satu panggilan telefon hari ini. Ya Allah, aku mula percaya yang aku perlu melangkah lagi kali ini. Moga kali ini pilihan aku tidak silap seperti Kau merestui aku 2 tahun yang lepas.


Thursday, December 17, 2009

Kisah Airmata

(Kisah ini bukan berkenaan dengan entry yang sebelum ni. Dia tidak ada kena mengena dengan pekerja yang terbabit dalam MC palsu seperti dalam entry lepas.)

Ketika diminta membuat surat untuk notis 24 jam terhadap dia, aku menyoal pantas, "Kenapa?"
"Dia tak perform lagipun dia dalam probation period," jawapan ringkas dan muktamad dari pihak atasannya.
Teringat kali pertama dia hadir untuk interview, aku yang menguruskannya untuk saringan pertama sebelum dihantar ke pihak atasan. Orangnya cuma tua setahun dari aku. Muda, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Baik dan bersopan orangnya. Bukan seperti sesetengah lelaki muda, miang!
Dia : Saya minta tempoh sampai awal bulan depan ye puan, saya kena letak notis berhenti dengan syarikat sekarang dulu.
Itulah jawapan dia bila aku bertanya "Bila awak boleh mulakan tugas di sini?"

Setelah surat pemberhentian kerja ditandatangani pihak atasan, aku meminta supervisor membawa pekerja tersebut naik. Aku menunggu dalam bilik rundingan dengan fail peribadinya. Aku fikir, mungkin tidak ada masalah melakukan tugas ini. Aku sudah biasa. Rupanya tak mudah....

Dia ketuk pintu, aku persilakan dia duduk. Dia akur, menarik kerusi di hadapanku. Dia baca bismillah... amat perlahan tapi jelas kedengaran di cuping telingaku. Mukanya jelas penuh tanda tanya. "Ada apa-apa puan?"
Aku jadi gugup tiba-tiba. Aku hulurkan surat berhenti kerja kepadanya dengan menyeret surat tersebut di atas meja. Mungkin terbaca tajuk yang dihitam pekatkan... tangannya menggigil. Dia ambil surat tu dan baca.
Aku: Kamu ada apa-apa nak tanya?
Dia : Tak tahu nak tanya apa puan. (suaranya sebak sungguh). Saya sebenarnya masih belajar. Tapi mungkin saya belajar agak lambat. Tapi saya takkan berhenti belajar.
Aku palingkan muka dari dia.
Aku: Saya harap awak faham. Ini bukan keputusan saya... Ini keputusan dari pihak atasan awak. Dia kata dalam tempoh sebulan lebih awak tak banyak improvement.
Dia: Saya paham puan. Tak apa. Saya terima apa pun keputusan pihak syarikat. Nampaknya saya kena cari kerja lain ni puan. Entah boleh dapat ke tak agaknya.

Aku angguk. Dia berlalu setelah 2 kali mengucapkan terima kasih kepada aku. Hakikatnya aku tahu bukan kerana kualiti kerja dia diberhentikan. Tatkala pintu ditutup kembali airmata aku mengalir tak berhenti-henti. Tiba-tiba aku merasakan, aku bencikan kerjaya seorang HR ni.

Wednesday, December 16, 2009

MC Palsu Semakin Serius

Dulu aku memang pakar identified MC palsu kerajaan ni. Tengok je kertas coklat tu, telek belakang, telek cop, telek tulisan aku dah dapat instinct MC tu palsu atau tak. Kemudian aku akan membuat pengesahan di hospital berkenaan untuk MC yang aku curiga. Jarang sekali naluri aku tersasar. Mungkin sebab dah terlalu kerap membelek MC kerajaan, maka aku sudah rasi.

Dulu aku kerja kompeni cina taik idung masin. Executives je yg layak untuk unlimited medical claim. Pekerja bawahan hanya layak untuk kos perubatan sehingga RM15 je. Itu pun pekerja kena bayar dulu. Kedekut nak mampos. Sebab tu mereka sanggup ke hospital kerajaan. Peliknya pemerintahan kuku besi mcm tu takde Union plak... Bagus gak takde Union, jadi HR pun senang.

Tapi semenjak kerja kat sini, dari mula aku masuk beberapa tahun lepas jarang sekali aku terima MC kerajaan. Sebabnya kompeni skang ni kompeni Jepun. Welfare pekerja memang priority kami. Nak pi klinik, pi je klinik panel. Tak payah keluar duit, bawa je kad bagi kat klinik tu. Kalau kena admitt hospital untuk sakit serius pun, tak perlu ke hospital kerajaan, pilih je mana-mana hospital swasta, semuanya ditanggung insuran syarikat. Punya la murah hatinya kompeni ni - TAPI - ada UNION. Pelik tul!

Tapi baru2 ni aku terima satu MC kerajaan yang memerlukan aku mempraktikkan kembali skill meng'identify' MC palsu ni. Ntah kenapa aku rasa curiga betul bila tengok nama Doktor yang merawat. Doktor Tarmizi namanya. Kebetulan baru2 ni, Menteri Kesihatan ada mengulas mengenai MC palsu yang semakin menular. Aku membuat panggilan kepada pegawai di klinik kerajaan terbabit. Secara lisan aku difaham, Doktor tersebut tidak wujud di klinik terbabit. Aku juga difahamkan klinik terbabit sedang berhadapan dengan masalah MC mereka yang dipalsukan oleh satu sindiket secara meluas.

Perbualan itu membawa kepada pertemuan 4 mata dengan pegawai terbabit petangnya. Aku diminta membuat laporan polis kerana kes ini dianggap serius oleh mereka dan sebagai syarat untuk mereka melepaskan surat pengesahan rasmi kepada aku. Maka petang tu juga aku ke balai polis berdekatan.

MC palsu merupakan satu major misconduct dan kesalahan yang dianggap sangat serius. Kalau di syarikat swasta hukumannya dibuang kerja. Persoalannya kenapa pekerja memilih jalan yang susah untuk dibuang kerja? Susah untuk mereka, susah untuk aku juga. Aku kena berulang alik hospital ke balai polis. Balik pejabat kena draft surat itu ini... suspend.. Domestic Inquiry... haihhh... kan susah tu processnya. End up tetap kena buang kerja. Pekerja susah aku pun susah... baik je la kowang hantar notis berhenti 24 jam ke.. absent selama 2 hari ke... senang je kan nak kena buang? Pelik tul la manusia ni.

Ha... aku kena buat laporan polis, tapi polis pun pakai MC palsu... apo nak dikato??


Kesalahan ini dianggap serius dan dendanya juga amat berat.
Moral of the Story : Jangan pilih jalan susah untuk berhenti kerja.

Sunday, December 13, 2009

Cameraman : Jangan Rosakkan Majlis Orang!!

Hari ni ayah ajak aku ngan mak ikut dia ke majlis perkahwinan anak kawannya. Kawannya ini seorang yang berpangkat Dato'. Majlis perkahwinan ini diadakan di sebuah dewan. Ketika kami tiba, kami menghadapi kesulitan mendapatkan parking namun sebaik saja Dato' tersebut ternampak ayah, dia meminta kami parking di kawasan reserved. Nasib baik....

Masuk ke dalam dewan, aku terpegun dengan segala hiasan pink dalam dewan. (Kerana aku seorang yang obses dengan kaler pink). Meja makan pengantin dia sangat cantik sehingga setiap tetamu yang datang dengan kamera pasti akan menembak gambar meja makan tu. Memang kellas dengan rona pink. Baru 2 minit selesai makan, rombongan pengantin pun tiba. Diarak dengan paluan kompang mempelai nampak sungguh cantik dengan rona pink muda. Beratus lampu flash kamera menyinari kedua mempelai dan serta merta aku teringatkan hubby yang tentunya kini sedang sibuk menembak gambar pasangan pengantin di Linggi, Negeri Sembilan. Pastinya hubby pun kini sedang bz jugak.

Pasangan naik ke pelamin. Kameraman tempelan sekadar mengambil gambar dari bawah pentas. Tapi kameraman utama naik ke pentas untuk mendapatkan shot lebih jelas dan menarik dan ketika itu aku mula menyedari sesuatu:-
Si kameraman utama itu berambut panjang serabai yang diikat dengan getah tempe, berbaju lusuh t-shirt warna hijau berseluar beggie coklat dan berselipar jepun. Sakitnya mata dan hati aku melihat pemandangan yang sungguh2 kurang enak ni.
Di bawah pentas kameraman tempelan tak berhenti2 mengambil gambar dan di atas berdiri di tengah2 setentang dengan pelamin ialah punggung kameraman serabai tu. Agak2 korang ada tak kelibat si serabai ter'snap' oleh kameraman lain? Tentu ada... betul tak? Dan betapa cacatnya sekeping gambar yg sangat cantik tp menjadi jelik hanya kerana kelibat si serabai tu? Di bawah pentas tak kurang 500 tetamu sedang memandang ke atas pentas yang turut disertai pemandangan jelik hasil nukilan kameraman tadi.

Tolonglah.... sesiapa yang bercita2 nak jadi kameraman sila simpan nota ini sebagai perkara yang paling penting dalam minda anda. SILA HORMAT MAJLIS ORANG! Walaupun anda cuma kameraman, bukan jemputan atau tetamu anda adalah orang yang menonjol dalam majlis tu, janganlah mencacatkan majlis orang dengan berpakaian selekeh. Lebih2 lagi majlis orang kenamaan... mana la pergi etika seorang jurugambar?? Bukan aku je yang sakit mata, aku yakin ramai lagi yang sakit mata.

Sama juga dengan wartawan, bila mereka dijemput atau membuat liputan ke satu2 acara atau majlis, mereka akan berpakaian sama mengikut tema majlis tersebut walaupun mereka bukannya artis. Sebabnya... kalau disuluh dek kamera lain tidak la nampak cacat majlis tu. Kedua kerana menghormati tema majlis tu sendiri. Sekurang2nya dengan berpakaian formal dan kemas. Takkan nak pakai t-shirt dengan jeans pi majlis orang kan? Begitu jugak la halnya dengan jurugambar. Sila la jaga etika berpakaian anda. Itulah perkara yang selalu aku pesan dengan hubby.

Tuan rumah takkan nak menegur anda. Dia takkan mendowngrade muka anda yang tak seberapa tu, tapi takkan anda sebagai seorang yang dewasa dan berotak tak boleh berfikir secara logik. Atau sekurang2nya dengan bersivik?? Sumpah aku lemas tgk mamat tu. Sampai balik kami pun dok bercerita ttg kameraman serabai yang merosakkan majlis. Nanti aku akan upload gambar tanpa mukanya....

Saturday, December 12, 2009

Storm Warrior II

Bila hubby ajak tgk wayang, dalam kotak fikiran aku ni dah berkira2 nak tengok My Spy (ada la tu yang komen... elleh... citer melayu :P, dulik la), tak pun dapat tgk citer The Princess & The Frog pun ok gak (ha... ada la yg ketawakan aku tu nak tgk citer kartun lak.) Mungkin juga leh tgk The Avatar, hakikatnya aku terlupa, yg mengajak tgk wayang itu ialah hubby, dah tentu dia ada pilihan ceritanya sendiri dan pilihannya ialah Storm Warrior II.

Menurut hubby citer ini adalah sambungan bagi The Storm Rider yang ditayangkan 10 tahun lepas (oh ye ke?). Ia juga merupakan adaptasi dari komik Pedang Setiawan (sumpah tak pernah baca) dan realitinya apabila anda diminta untuk melihat satu cerita yang anda langsung tak tahu hujung pangkalnya atau sejarah kisahnya maka implikasinya setiap kali muncul satu2 watak, soalan yang wajib aku tanya ialah, "Dia ni baik ke jahat?" Aku rasa hubby aku pun dah bengang nak jawab soalan aku. Hilang kosentrasi dia.

Pada pendapatan aku yang tak seberapa... opss pendapat aku walaupun inilah kali pertama aku mengenali Pahlawan Awan, Pahlawan Badai, Pahlawan Tanpa Nama dan Raja Iblis, tapi cerita ni telah berjaya membuatkan kepala aku terlurut ke bawah separas kerusi panggung tu. Malah aku umpama turut sama mengeluarkan kuasa apabila kening aku berkerut, tangan aku bergerak dan kepalaku terangguk2. Iskk... memang feeling habis la tu. (Patutnya aku jadi heroin)

Tapi yang den tak puas hati giler punya... aku suka kat hero yang hensem tu. Tapi apa la malang sangat nasib dia dalam filem ni dari mula sampai habis...
1- Mula2 skali dapat awek tak cantik.
2- Tak layak diberi kuasa jahat sebab panas baran.
3- Awek dah le tak cantik, mati plak tu.
4- Last2 dia pun mati, mana la aku tak hangin...
Yer yang aku suka tu sedang berdiri penuh bergaya sambil tersenyum sikit ke arah aku, yer yang belah kanan tu la.. baju merah tu... alaaa yg belah sini --->> laaa.
Adik dia tu dah le kurang hensem...tapi dapat awek comel & kiut. Pastu sebab dia penyabar dia dapat belajar kuasa jahat kemudian TERjadi jahat sekejap plak tu, dibelasahnya hero aku bermati2an... lepas tu hidup plak selepas diselamatkan oleh abang dia (hero aku yang hensem tu). Keseluruhan cerita... memang tak puas hati giler...SEBABNYA hero yang aku minat semua dapat yg teruk2... yg aku tak minat dapat yg baik2 jer... benci betul. I don't like... Next time let me be the director ok! Cut!!!

Thursday, December 10, 2009

December09 @ Genting

Seperti yang dijanjikan - gambar baby kesayangan di post lagi. Presenting Aliyah Umairah~!Hubby dan Teddy Bear besar yang dimenangi oleh ayah dan dihadiahkan kepadaku.

Huh... hampir sama besar dengan aku yang sememangnya besar. By the way, sbnrnya ayah ada menang seeokor gajah warna merah dengan topi biru yang sederhana besar, tapi tak sempat nak ambik gambar. Semuanya dihadiahkan kepada aku. Penuh katil aku.

Beriya2 je pompuan tu bawak kereta. Macam betul2 dia drive. Padahal kaki aku yg dok tekan pedal minyak. hehehehhehehe

Camno nak kurus? Pantang nengok kek, puding, tart.... mesti nak beli.... abis tu camno?


Saturday, December 05, 2009

Ku Jawab Soalanmu.

Suspender je tajuk. Sebenarnya telah di tag oleh Yabeet untuk menjawab soalan2 berikut:-

1. Adakah anda rasa anda Hot ?
Hot Temper iya la kot. hahahahahhaha..

2.Upload gambar kegemaran anda....3. Story behind the picture....
Mungkin bukan sebab gambar, tapi kerana orang dalam gambar ni. She's my niece. Her name is Aliyah Umairah. Anak sulung adik aku. Baru berusia 2 tahun 3 bulan. Dia adalah matlamat hidupku buat masa ni. Segala yang aku ada, segalanya untuk dia. Dialah penawar di kala sedih dan derita. Aku minta maaf kepada kawan2 yang tertipu bila aku mengaku dia adalah anak aku. Tapi she is more than anything to me. She's the reason I live.

4. Bila kali terakhir makan Pizza ??
Bila? Bulan lepas kot dengan officemate. Tu pun lepas kesian tengok muka officemate mcm org mengidam. Terkebil-kebil ajak makan pizza. Aku ni tak berapa suka pizza. Pasal orang melayu habih. Kalau nasi lemak atau beriyani gam Johor.... memang aku suka!

5. Lagu terakhir yang anda dengar ?
Dalam perjalanan ke sini tadi, lagunya ntah hapa2. Tak dengar. Dengar lepus lepus je. Arial radio hubby patah langgar dahan pokok. ekekkekekeekeke. Yang peliknya, dia tak tutup radio plak tu walaupun lagunya tak dengar hapa pun. Agaknya dia menghayati bunyi tu ibarat bunyi macam bunyi ombak tepi pantai kot.

6.Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini???
Aku skang ni kat dalam discussion room 2 yang sungguh nyaman, wangi dan tenang di Jimah Energy Venture, Lukut, Negeri 9, sambil menunggu hubby meng"setelkan" kerja2 mengupgrade server. Aku pun tatau camna aku boleh berada di sini. Sebenarnya dipaksa hubby sebab aku asyik merungut , sabtu ahad pun kena tinggal sorang kat rumah! Hakikatnya tempat ni pun dah macam rumah sebab aku tengah peluk bantal sambil bersila atas sofa sorang2... !@#@#$%$%^&$#!!!

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa ??

-Vic - aku dipanggil vic sejak dari tingkatan 4 sebab terlampau obses dengan Victoria Beckham. Meja tulis aku (masa tu duduk meja makmal - jadi mejanya sangat besar dan panjang) penuh aku tampal dengan muka Victoria Beckham. Sejak dari itu kekallah mereka memanggil aku VIC sehingga nama tu dibawa ke kampus dan dunia maya juga.

-Along -
emak, ayah dan adik2 memang panggil aku nama ni, sebabnya kamu tentu tahu. Takkan la kerana aku pemberi pinjaman wang plak kan?

-Siti - hanya yang duduk se"office" dengan aku je yang panggil aku dengan nama ni. Puncanya semasa sesi memperkenalkan diri, bos memperkenalkan aku sebagai Siti sedangkan aku mahu dikenali sebagai Diana. Ntah kenapa bos tak setuju nama Diana, dia mahu aku menggunakan nama Siti juga. (Dah le aku tak suka Siti Nurhaliza). Agaknya nama Diana tu nama bekas makwe dia masa belajar kot. Tu yg trauma nak panggil aku Diana. Geram sungguh. Maka melekatla nama ni di ofis dan adakalanya di tambah puan di belakang. Puan Siti.

8. Tag lagi 6 orang
Zeq, Combi, ieja (mak kecik), iDAN, Azieazah, iCE

9. Siapakan orang no. 1 pada anda?
Seorang kawan di alam maya yang tak pernah jumpa langsung tapi bila bersembang mcm dah kenal bertahun.

10. Kata sesuatu mengenai orang no. 5
Kak Azie sangat caring orangnya, penuh dengan sifat keibuan.

11.Bagaimana pula orang no. 4
Penyair yang menjadi sumber inspirasi menaikkan kembali semangat aku dalam bidang penulisan.

12. Pesanan kepada orang no. 6
Kutunggu bonusmu di bulan Februari. hahahahahahahah

-TAMAT-

Friday, December 04, 2009

Jatuh Cinta Lagi~!!!


Aku tau siapalah aku ni kalau nak berpasangan dengan kamu. Kita umpama langit dan bumi. Tapi bukankah langit dan bumi itu saling memerlukan. Jadi aku ingin kamu. Sangat-sangat! Aku tak mampu tidur lena sejak terpandang kamu hari itu. Makan tak lalu. Mandi tak basah.

Aku tau. Aku sudah ada dia yang setaraf denganku. Aku tau dia dah banyak berjasa sekian tahun, bersamaku mengharungi susah senang. Bukan aku tak menghargai dia. Aku kenang semua jasa dan pengorbanannya kepadaku. Tapi naluri wanitaku tak mampu membendung perasaan yang membuak-buak ini. Aku sudah jatuh cinta pada kamu dari saat pertama kita bertemu. Kau impianku!

Aku tahu kau mengetahui perasaanku. Kau tentu nampak sinaran mataku dan senyuman paling manis yang aku hadiahkan padamu hari tu. Walaupun ketika melihatmu kali pertama, dia ada berdampingan denganku. Aku tak peduli. Aku sudah terpesona denganmu. Aku tahu dia kecil hati. Selepas sentuhan pertama kita, aku tahu, bukan mudah untuk memiliki kamu. Kau terlalu hebat dan aku harus bekerja keras!

Kepada si dia, maafkan aku. Sungguh, bukan niatku melupakanmu terus mahupun menduakanmu. Tiada niat mencurangimu. Aku akan kenang segala memori manis bersama kamu. Aku masih ingat hari pertama kita bersama. Semuanya indah. Kemana-mana saja kita berdua. Cuma waktu telah berlalu, keinginanku juga sudah berubah. Aku takkan buangmu terus dari hidupku. Percayalah. Aku akan letakkan kamu sebaris dengan mereka-mereka yang pernah bertakhta dihatiku dulu.

Kekasihku, impianku , tunggulah kedatanganku. Aku akan kembali semula ke sana, dengan duit bonus / kad kredit / duit pinjam dari hubby. Aku akan takluk kamu - handbag PRADA. Walaupun mereka semua kata kita tak sepadan. Aku tak peduli. Aku cuma mahu kamu. Dan kepada si dia handbag “Elle” aku akan gantung kamu di tempat biasa, dimana Carlo Rino, Sembonia, Hush Puppies dan Elle yang lain2 diletakkan. Because PRADA will take your place soon. Oh My Prada. I’m dying for you!!!

P/S: *DEVIL WEARS PRADA!*

Monday, November 30, 2009

Stressssssssssssss


Free Talk yang pernah aku pergi di salah satu private hospital bertajuk "Women and Cancer" mengatakan punca utama perempuan mengidap kanser adalah kerana stress. Tak kira sama ada dari tempat kerja atau di rumah. Sekiranya anda merasa stress setiap kali hendak pergi kerja, itu bermakna kita mendedahkan diri kita kepada kanser. Jadi langkah yang perlu diambil sekiranya anda tidak mampu menyukai kerja anda (walaupun dah buat macam2 cara), anda perlu quit from the job and find new job.

Tapi seandainya rumah sendiri pun mendatangkan stress kepada kita? What should we do? Quit from "wife" or "mom" post? Mustahil kan?


Aku stress betul kalau ditanya soalan mengenai topik yang satu. Memang stress sangat. Kadang2 boleh meleret2 topik tu sampai sehari, bergaduh, bertekak, berbahas.... Oh My Coach. Kadang2 sebagai suami isteri topik tu tak pernah pun menjadi masalah kepada kami tapi bila ia melibatkan campurtangan orang2 lain (khasnya tetamu yang narrow-minded) ia akan menyebabkan aku berkecil hati, merajuk dan akhirnya bergaduh (sebab kecewa). So please la strangers, jangan buat conclusion on our marriage. Jangan susah2kan hati anda berfikir dan bertanya perkara yang tak pernah kami susah hati. Tolonglah...

Dulu hubby gila pancing. Most of the time dia memancing aku akan ada sebelah dia. Masa menunggu ikan kami akan berborak macam2 perkara, ketawa, bergurau dan kadang2 aku buat macam satu piknik, bentang tikar dan makan bekalan bersama2. Memang seronok. Kalau hubby dapat ikan aku yang paling happy sekali. Excited! Kalau aku plak yang dapat ikan dulu, hubby tak senang duduk sebab dia nak dapatkan ikan yang lebih besar dari aku. Tapi semenjak hubby ada hobi baru iaitu photography, dah lama joran2nya kat rumah berhabuk. Semalam masa teman hubby dan ipar pergi kedai pancing dan ketika dia membelek sebatang joran Abu Garcia aku mula bersuara, "Sebelum ni masa hobi awak memancing, walaupun hobi tu tak mendatangkan duit, tapi kita sangat gembira kan? Tapi skarang...." Aku kira hubby sudah tau sambungan kata-kata seterusnya. Dia diam lama.. sebelum bersuara "betul kata awak."

Ok... balik kepada topik asal. Stress. Please women... make sure hidup anda tidak diselubungi misteri. Opss... bukan misteri... stress. Jangan dedahkan diri kita kepada kanser. Hiasi diri kita dengan kegembiraan dan keceriaan. Hasil dari pemerhatian telah membuktikan, seseorang pesakit kanser yang menghabiskan sisa hidupnya dengan menangis, berkurung dan mengeluh mengenai nasibnya biasanya mempunyai jangka hayat yang lebih pendek berbanding pesakit kanser kritikal yang menghabiskan hayatnya dengan melakukan kerja-kerja amal di luar, dikelilingi keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa mengambil berat dan menghabiskan masa melakukan aktiviti yang mengembirakan hatinya. (read: mengembirakan hati yang tidak memudaratkan diri ye). Then...tunggu apa? U know what to do if you're stress now rite? Selamat bergembira.

Wednesday, November 25, 2009

PUISI : Wanita Biasa

Aku bukan srikandi berjasa..
Berpencak keris pertahan negara..
Aku bukan Cleopatra jelita..
Menawan dua pemimpin negara berkuasa..
Aku juga bukan dewa cinta Laila..
Yang sanggup mati demi Majnun dan cintanya..
Aku hanya wanita biasa..
Senjataku sekadar airmata dan pena..

Jangan ditanya kenapa aku menangis..
Dugaan bertimpa kesabaranku terhakis..
Jangan ditanya mana datangnya amarah..
Kerana luka hati tak terzahir darah..
Jangan ditanya mana hilangnya setia..
Aku bukan Sita Dewi..
Tali setiaku hangus dibakar Ramayana..

Walau berbatu jauh aku berlari..
Mana mungkin mampu aku bersembunyi..
Dari bebayang ketakutan aku sendiri..
Aku lelah dengan segala tohmah..
Aku rebah dibelasah musibah...
Aku damba dariMU hidayah..
Pelangi kemilau AidilAdha..

P/S: Ini mungkin nukilan terakhir sebelum AidilAdha, jadi aku mengambil kesempatan mengucapkan Salam Aidiladha buat semua kawan-kawan, followers, bloggers, kenalan, saudara mara yang berkunjung ke blog ni. Terima kasih dan aku memohon Maaf Zahir dan Batin atas segala silap dan salah samaada dari perbuatan, kata-kata atau tulisan... Yang baik datang dari Allah... yang buruk datang dari aku sendiri...
Assalamualaikum..


Tuesday, November 24, 2009

Aku Ini Wanita Biasa

Tajuk di atas tidak ada kena mengena dengan kisah perceraian KrisDayanti dan Anang. Tidak juga ada kena mengena dengan Keris Dan Yanti atau Keris Taming Sari.

Aku kira semalam merupakan hari yang malang untuk aku. Bermula dengan kehilangan harta (walaupun tak mahal, tp nilai sentimental sangat tinggi) yang paling aku sayang. Sejak aku memiliki harta tu, aku tak pernah tanggalkannya, dah jadi sebahagian dari diri aku.... dan bila aku kehilangannya... bukanlah sesuatu yang mudah untuk aku terima... dan bermulalah segala yang malang dalam hidupku...

Malam setiap sejam terjaga sehinggalah kali terakhir aku terjaga jam menunjukkan 4.30 pagi. Punca terjaga kerana mengigau melampau. Menangis kerana teringatkan hartaku yang hilang. Basah lencun bantal dek airmata.

Bangun pagi, terlalu mengantuk. Mata bengkak sebab asyik menangis sepanjang malam. Keluar dari rumah, terlanggar ayam jiran. Mati penyek! Aku toleh kiri kanan, tak ada orang. Aku drive je, jauh sikit call hubby bagitau dah terlenyekkan ayam jiran. Lepas tu sampai ofis, parking kereta, sambung nangis. Sebab kurang tidur, sebab banyak sangat nangis aku dah terlanggar ayam jiran sampai mati. Kesian ayam tu. Aku nangis sebab kesiankan ayam plak kali ni. Tu la ko ayam... sapa suh melintas macam ayam. Nasib baik aku langgar ayam. Kalau aku langgar kucing, mau skang ni aku tengah meraung sebelah bangkai kucing tu. Aku kebumikan dia ikut adat resam sepatutnya pastu bayar gantirugi secara installment kat tuan punya kucing.

Sampai kat ofis, ada dua pekerja baru sedang menunggu untuk induction training. Aku siapkan segala dokumen, panggil dua2 masuk bilik induction. Entah apa yang aku merepek kat dowang aku tak sedar tapi aku tersedar bila 2-2 asyik tersengih2 memandang aku. Bila aku tanya, "kenapa kamu senyum?" diorang jawab, "Tadi akak dah terangkan pasal benda ni... dah 3 kali". Ha!!! Sumpah tak sedar aku dah merepek benda yang sama 3 kali. Nasib baik aku tak merepek benda2 lain contohnya tentang salasilah keturunan atuk aku.

Tengah aku menaip surat tawaran kerja tiba2 datang plak seorang supervisor production mengulas tentang tindakan aku melepaskan surat yang pada perkiraanya P&C kepada pihak bawahan dan bukan melalui tanganku sendiri. Lalu aku mempertahankan diri dengan mengatakan tindakan aku relevan kerana tiada apa yang P&C dalam isi kandungan surat tersebut dan ia perlu dilakukan begitu kerana aku tak berpeluang berjumpa dengan pekerja sepanjang minggu lepas memandangkan dia bekerja syif malam. Lalu terjadilah perdebatan sehingga memaksa aku mendail bahagian production dan meminta pekerja tersebut naik ke atas. Lepas lepuk lepak bertekak, berbahas dan berdebat tentang isi kandungan surat, masuk pula bos aku yang kononnya ibarat ultraman yang datang last minute menyelamatkan bumi. Elok je terpandang muka bos aku, terus pekerja tu sign surat tanpa banyak soal. Dahsyat tul ultraman ni, belum lagi kuarkan power laser, raksasa dah lari. Bila raksasa lari, ultraman pun menasihatkan aku supaya jangan bertekak dengan orang bawahan. Suh je supervisor dia yang bertekak dengan dia. Aku jangan masuk campur. Camna ni Ultraman, dah double instruction, sorang kata aku lepas tangan, sorang kata aku campur tangan.

Last2 aku menangis la depan pc... nangis nangis nangis... sampai bos naik cuak. Dia ingat dia yang telah menyebabkan aku nangis. Sebenarnya aku nangis sebab teringat harta aku yang hilang. Bila aku bengang aku selalu pegang dan gigit harta aku, tapi tadi bila aku dok meraba nak cari harta tu baru aku perasan... "alamak... benda tu dah hilang," so mengembalikan ingatan aku terhadap harta aku.

Masa lunch... aku tengok bos aku rehat sorang2 dekat kantin. Jarang bos aku makan kat kantin. Dia suka makan restoran sedap2, mahal2 kat luar.... tapi agaknya sebab bestfriend dia AL hari ni, dia makan kantin je. Kebetulan bestfriend aku pun AL juga. Dia jeling aku ngan ekor mata dia bila nampak kelibat aku masuk ke kantin. Eceh eceh.... macam la aku tak perasan. Dia duduk sorang2 je kat satu meja. Ye la. Mana ada pekerja berani nak lepak semeja dengan HR & Admin Manager. Lepas aku ambik makanan aku tarik kerusi betul2 di hadapan dia. Dia angkat kepala pandang aku. Aku senyum. Dia pun senyum. Kira dia tau la aku bukan kecik ati ngan dia tadi. Soalan pertama yang aku tanya dia, "Bila you nak minta leave record for Bonus calculation dari I?" Dia berhenti makan kejap, "Siapa cakap kita ada bonus?" Aku buat2 muka terkejut. Padahal aku dah agak dia mesti cakap mcm tu, dah kenal sangat perangai bos aku ni. "U jangan cakap mcm tu, nanti semua pekerja dengar mesti diorang nangis." Dia sengih je. "Padan muka dia orang. Ini Union punya hal la." Aku rasa macam nak cubit2 je bos aku ni. Nasib baik bos aku... kalau adik aku... dah lama aku piat telinga dia. Perbualan terhenti bila ada pekerja yang menarik kerusi di sebelah kami, bertanya soal pentadbiran syarikat. Patutla bos aku tak suka makan kat kantin, tgh makan pun orang boleh tanya pasal kerja.

Elok je habis jawab soalan pekerja lebih kurang, dia pun angkat punggung. Sebenarnya dia mungkin nak lari dari menjawab soalan aku yang seterusnya sebab dia sempat meninggalkan sengih2nya sebelum pergi. Kesimpulannya, aku memerlukan wang bonus untuk membeli semula harta aku yang hilang. Memandangkan tidak ada bonus tahun ni dan bagi mengelakkan diri aku dirundung malapetaka bertimpa2 dengan ini aku melancarkan... Tabung Dana Harta Vic Yang Hilang. Derma boleh dibuat melalui maybank2u atau cek berpalang ke atas nama aku. Setiap sumbangan anda amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

Thursday, November 19, 2009

Crocs Untuk Hubby

Sudah letih berfikir tentang hadiah untuk hubby. Hajat sehingga lewat semalam aku masih ingin membeli perfume Paco Rabanne untuknya. Tapi masih menimbang2 kerana perfume botol runcing DKNY miliknya masih berbaki setengah botol. Hadiah tahun lepas.

Hubby kata, "belikan sehelai baju sudah. Yang murah-murah," ala.... berbasa-basi pulak. Sudah hampir 5 tahun hidup bersama. Aku kenal sangat definisi murah pada dia. Hakikatnya baju yang "murah" itu semuanya dah dihantar ke almari di rumah mak. Buat baju basahan! Yang disimpan di dalam almari rumah kami... cuma yang "tidak murah" sahaja. Kerana itu bila perutnya naik seperti perempuan mengandung 3 bulan, dia bermatian2 diet. Katanya... "sayang... baju banyak.... tak boleh pakai". Sayang baju atau sayang duit beli baju2 tu... ntahla..

Asalnya hubby tak suka Crocs. Macam2 yang dia kutuk tentang Crocs. Pernah aku ulas tentangnya di sini dan di sini. Tapi satu hari ketika hendak keluar menjalankan part-time job dia sebagai photographer, hujan turun renyai-renyai. Sayang kalau kasutnya kena hujan, dia menyarung Crocs emak. (Tak sarung Crocs aku sebab katanya terlalu 'perempuan', siap ada nama pulak tu). Bila balik dia bercerita tentang Crocs emak. Redah hujan, lecak, berlari mengejar "moment terindah pengantin" segalanya berjalan amat mudah. Kena lumpur atau lecak, cuma basuh saja. Kaki kurang lenguh, kurang penat. Tak bermasalah ke sana sini walaupun penuh lumpur lecak. Terlupa barangkali, kasut yang dipujinya itu adalah CROCS, jenama yang paling dia benci satu masa dulu. Itulah yang dikatakan "Tak kenal maka tak cinta."

Lalu ia memberikan aku idea. Hubby pernah kata:-
"Moment terindah setiap Raja Sehari hanya berlaku sekali dan amat pantas. Hanya mereka (photographer) yang pantas sahaja yang akan berjaya merakamkan moment itu dari sudut yang paling cantik."
Maka aku memutuskan.... membelikannya CROCS bagi membantunya mendapatkan moment tersebut. Semoga hadiah ini memberi perangsang kepada hubby untuk menjadi photographer yang lebih baik. Dan.... aku lega melihat senyumannya sewaktu dia memegang Crocs tersebut malam tadi...

Selamat Hari Jadi hubby~!!

Tuesday, November 17, 2009

Perempuan Dan Diari

Diari sangat sinonim dengan perempuan. Perempuan dikatakan kaum yang amat gemar menulis diari. Walaupun bukan semua tapi majoriti daripada mereka mempunyai diari sendiri. Diari tak semestinya mengandungi segala rahsia hati kita, tapi mungkin juga perancangan kita sepanjang tahun dan perkara yang berlaku yang kita fikir harus diingati.

Aku tak tahu reason orang lain, tapi aku ada sebab tesendiri kenapa aku menulis diari dan tak pernah gagal menulisnya sejak usia aku 8 tahun lagi. Antara sebab2nya ialah:-

1- Masa aku berusia 8 tahun ayah belikan sebuah diari yang ada mangga berbentuk hati siap dengan kunci. Aku pula memang gemar membaca novel remaja keluaran buku Kenari dan kisah 5 Penyiasat terjemahan dari karya Anid Blyton. Maka pada waktu tu aku sangat faham fungsi diari berdasarkan kisah2 yang dibaca dalam novel. Itulah kali pertama aku memiliki diari sendiri.

2- Kerana aku terlalu banyak perkara yang ditempuhi sejak kecil dan bila aku menulis, aku akan menangis (sebab tu diari aku dulu2 tulisannya kembang2 sebab kena airmata) dan lepas aku tulis aku rasa aku dah berkongsi beban tu dengan seseorang. Rasa sangat lega.

3- Kerana bukan semua kisah kita boleh berkongsi dengan orang lain. Lebih2 lagi aku punya pengalaman dikhianati orang yang paling aku percaya. Jadi aku yakin, diari takkan mengkhianati aku.

4- Sebab aku pelupa. Diari membuatkan aku tahu apa yang aku rancang sebelum ni, apa tarikh yang penting dan apa yang telah berlaku beberapa hari / bulan/ tahun yang lalu.

5- Kerana aku memang suka menulis. Kalau korang tengok blog aku pun, korang akan tau betapa aku suka menulis. Kalau dulu masa penggunaan komputer belum dikomersialkan sepenuhnya, aku ada beberapa buku log yang besar mengandungi cerpen dari tulisan tangan aku sendiri. Bila dah dewasa, aku baca balik.... rasa lucu plak.

6- Aku selalu berharap satu hari nanti akan ada keturunan aku yang buka balik semua diari ini, membaca segalanya tentang aku, yang paling jujur, dan memahami betapa aku melalui hidup ini dengan seribu satu cerita dan rahsia. (Sayangnya sesetengah diari telah selamat dijilat api)

Tapi siapa kata diari tak pernah mengkhianati kita? Kalau kita cuai meletakkannya dan ia dibaca oleh orang yang tak sepatutnya membaca..... hmmmm....

Ok.... inilah diari aku tahun 2010. Dah 3 tahun pakai diari starbucks. Tahun depan masih lagi diari starbucks..


Aku berdoa... catatan 2010 hanya yang indah2, penuh dengan cerita kejayaan dan gembira kerana aku dah penat menulis dengan airmata.... Ya Allah... makbulkan doaku...