Tuesday, January 18, 2011

Nota Untuk Pembayar Cukai Pendapatan.

Seperti yang aku janjikan, aku kongsikan beberapa info untuk taxpayers sekalian:-

1- Anda boleh mendaftar buat pertama kali (membuka fail dan mendapatkan nombor cukai pendapatan) di laman web rasmi LHDN (website: hasil.gov.my) klik e-daftar dan daftarkan butiran peribadi anda. Kemudian sebelum tarikh yang ditetapkan sila fakskan ic dan dokumen anda kepada LHDN. Sebaik sahaja mendapat nombor Income Tax, serahkan kepada pegawai HR anda nombor tersebut untuk diupdate di dalam sistem gaji mereka.

Nota kepada HR:- Sekiranya pekerja tersebut tidak pernah membuka fail LHDN tetapi gajinya melebihi RM2500 sebulan , anda perlu membuka fail dan mendapatkan no cukai pendapatan untuk mereka. Ingat tu!

2- Pekerja perlu menghantar borang E kepada LHDN selewat2nya 31 Mac setiap tahun.

Nota Kepada HR:- Anda perlu mengagihkan borang EA kepada pekerja selewat2nya pada 28 Feb setiap tahun. Kelewatan boleh menyebabkan syarikat anda di kompaun.

3- Sekiranya anda akan meninggalkan Malaysia melebihi 3 bulan, anda wajib memaklumkan LHDN tentang pemergian anda.

Nota Kepada HR:- Sekiranya anda tahu pekerja anda bakal migrate ke luar negara, anda wajib memberitahu LHDN berkenaan perkara ini, sekiranya tidak anda perlu menyediakan bukti nyata bahawa anda tidak diberitahu hal ini walaupun siasatan dan kaji selidik terhadap pekerja tersebut telah dilakukan sebelum beliau meninggalkan syarikat.

4- Sekiranya anda menerima lebih dari 2 pencen, hanya pencen yang pertama lebih rendah sahaja yang dikecualikan daripada cukai, selebihnya perlu membayar cukai tertakluk kepada ITA (Income Tax Act).

Nota Kepada HR:- Potongan Income Tax setiap bulan pekerja2 perlu dibayar / diterima oleh LHDN selewat2nya 10hb setiap bulan.

5- Pelepasan Anak (Child Relief) hanya boleh dipohon oleh salah seorang sahaja samaada suami atau isteri dan syarat2 anak yang mendapat pelepasan mestilah:-
i- belum berkahwin
ii- belum mempunyai pendapatan sendiri
iii- berumur 18 tahun ke bawah namun sekiranya lebih 18 tahun mestilah masih belajar di intitusi pengajian tinggi, belum berkahwin dan belum bekerja.

Nota Kepada HR:- Dokumen2 pekerja dan pembayaran gaji perlu disimpan sehingga 7 tahun, namun ada juga terjadi majikan disaman disebabkan dokumen penting yang melebihi 7 tahun telah dilupuskan. Jadi langkah selamat, soal gaji - simpanlah seberapa lama yang boleh.

Ok... itu yang basic... actually banyak lagi perkara yang hendak aku kongsi, yang tersurat dan tersirat mengenai LHDN atau IRB ni... tp.... khuatir blog ni disaman plak atas fakta2 yang pedih untuk didengar dan diketahui umum. Oleh yang demikian, aku berkongsi apa yang diluluskan sahaja ye. Sebarang pertanyaan, boleh ditanya di ruangan komen.... mana le tau eden bleh bantu sket2.

Sesekali bayu menerpa menyisir rambutku..
menerpa wajah dan memalu lembut pipiku..
Seakan desah nafasmu bersama bayu itu..
Membawa perkhabaran rindu...