Wednesday, December 24, 2008

My Cousin Wedding Part 2

Me, Aliyah and wife of Menteri Besar Perak.
Aku tak perlukan senarai ciri-ciri lelaki pilihanku..
Kerana kualiti seorang lelaki..
Bukan dinilai dari mata kasarku..
Tapi dinilai dari hati nurani..
Dengan memandang dan mengenalinya..
Aku tahu dialah lelaki itu..

My Mak Usu & Pak Usu with their sons

Aku mahu dia mencintaiku..
Tanpa syarat… Tanpa sebab..
Bila ditanya kenapa dia memilihku..
Untuk menjadi yang istimewa dalam hatinya..
Untuk menemaninya sepanjang usia..
Dia tidak ada jawapan untuk itu..
Kerana dia tidak pernah meletakkan..
Sebarang kualiti yang perlu ku penuhi..
Dia cuma mahu aku..
Menemaninya tanpa sebab..
Dan tanpa syarat..
Justeru aku terasa begitu lega..
Melalui hari bersama..
Kerana aku tahu..
Dia cuma mahu aku..
Aku yang dia kenali..



The one who shake hand with MB is my dad. Together with few ADUNs.

Aku mengibaratkan kehidupanku
umpama taman indah yang berpagar
Cantik dan nyaman di tengahnya…
Dihiasi air pancut di tengah tasik..
Kicau burung dan bunga yang mekar..
Malangnya aku hanya berjalan di tepi pagar taman..
Menyusuri sepanjang jalan
Tidak menikmati, hanya memerhati pemandangan..
Kerana aku tidak mahu berjauhan darimu…
Yang berada di sebelah tembok berpagar itu.


Friendly hand wave from the beloved Perak's MB.

Sunday, December 21, 2008

My Cousin Wedding - Taiping

Hari ni wedding cousin aku kat Taiping. Kiranya mak dia ngan mak aku adik beradik ar..
Actually, I never wrote anything about my cousins' wedding before but this time it different.
Kenapa aku kata berbeza, kerana adanya seseorang yang aku kira berkelas "A" hadir ke majlis yang gilang gemilang ni.

Some more apa yg lebih menarik inilah wedding cousin yang paling tak penat langsung cos doesn't need to help anything. Everything was did by other people/ contractor / catering / workers. Wedding held at the Dewan Changkat Jering, Taiping. Sabtu malam ahad tu - a night before wedding siap boleh pergi pasar Changkat Jering, pekena murtabak Midin yg sgt sedap, Kuew teow RM1 yang dibungkus dengan daun palas sate dan kuih paling popular di Taiping - kuih peneram. Some people called it as telinga keling. Yucks~!

Hotel kami berhampiran dengan TESCO Taiping dan Taiping Sentral... and I was shocked when I saw Starbucks cafe, Secret Recipe and Old Town Cafe there. Gempak giler Taiping ada starbucks - Tg Malim yang fohfuler kunun2 tu pun takde. Oh... I luv Taiping..

OK... Let's have a look to the photos taken by me below. Photo dari jurugambar pro (:P) akan diemelkan kepada kami soon...

Is this the bride? No, it isnt! This is the bride-to-be in 20 years time. My Aliyah Umairah.

Here coming he is. Menteri Besar Perak. Dato Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin. Dewan yang dilengkapi 14 biji aircond dan puluhan kipas menjadi panas dan hangat dengan kedatangan "orang besar" ini diiringi paluan kompang. He is so kind - tak lokek senyuman dan tangan bersalaman dengan semua tetamu yang excited berjumpa dengannya.


Selain dari MB Perak dan isterinya, turut hadir ialah Ahli Parlimen Taiping yang duduk bersebelahan dengan beliau (gambar aku tak ambik). Turut hadir beberapa ADUN kawasan perak yang turut memeriahkan majlis bersejarah sepupu aku ni. Rabbany bin Ismail.

Tadi aku ada cakap pasal jurugambar 'pro' kan? hahaha... This is the man behind the camera. My hubby. Dalam kamera tu ada shot2 menarik dan besh termasuklah gambar aku dan Aliyah bersama wife MB Perak. Nanti bila gambar2 dah diemelkan... aku upload yerk. By the way, to my cousin and his wife. Congratulation on your wedding and wish Allah's blessed will always with you sehingga ke anak cucu.

Wednesday, December 17, 2008

Seminar Seranta SOCSO 16 Disember 2008


16 Disember 2008, dari 8.30pagi sehingga 5 petang- aku menghadiri Seminar Seranta SOCSO yang dianjurkan oleh PERKESO sendiri. Seminar diadakan di The Legend Hotel, KL khas buat majikan yang berada di zon tengah iaitu (Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan dsb). Seminar yang disertai tidak kurang dari 600 wakil majikan di seluruh zon tengah Semenanjung Malaysia ini sikit sebanyak memberi pengetahuan tambahan mengenai faedah2 yang 'tersembunyi' yang disediakan oleh SOCSO yang rata2nya rakyat Malaysia tak ketahui.

I make a lot friends there. I was happy with all foods there. Actually 1 of the main reason I'd been there. :P Oh just a friendly reminder to all of employees who paid SOCSO all over the Malaysia... once u die make sure that your relatives will claim for your faedah Penakat and Khairat Kematian cost RM1500. This amount is pay to your relative once they claim w/o concern how u die even by suicide. Please Malaysian - SOCSO said that many of Malaysians employess never ever claim this benefit and they wont remind or help u to claim - u have to know it and claim it yourselves - even employer won't help u to claim this benefit . Please... don't let your ignorance make you lose and blamed. Inform your relatives and friends.

However don't misjudge me. I'm not asking you to die or injured yourselves to claim SOCSO. Whatever it is... please make sure safety n health is your priority in life and works. These two things if abused, there's nothing to compensate it even money from SOCSO. It wouldn't be the same.

I would like to share a nice quote that i learned from that seminar:-
It takes a minute to write a safety rule
It takes an hour to hold a safety meeting
It takes a week to plan a safety program
It takes a month to put it into operation
It takes a year to win a safety award
It takes a lifetime to make a safe worker
It takes ONE SECOND to destroy it all with one accident.

Friday, December 05, 2008

Kegawatan Ekonomi Global Lebih Dahsyat Dari Yang Anda Jangka

Meeting tergempar hari ni telah membuka minda dan mata kami seluas-luasnya mengenai Global Economic Recession yang melanda dunia ketika ini. Kalau dulu pada tahun 1997 dan 1998 economic crisis hanya dialami oleh negara2 Asia, disebabkan itu ia hanya mengambil masa kurang dari 4 tahun untuk kembali normal, tetapi kali ini krisis ekonomi yang melanda melibatkan dunia. Kalau sebelum ini peramal ekonomi, profesor2, cendekiawan ekonomi berpendangan optimis dalam meramal ekonomi akan datang NAMUN sehingga Oktober 2008 kesemuanya telah berubah fikiran secara drastik.

Panasanic, Sony, Samsung sebut sahaja kilang elektronik terkenal mahupun yang pernah anda dengar – kesemuanya telah mengurangkan pekerja sebanyak 30%. Baru semalam ketika Director aku melakukan lawatan ke salah satu kilang customer kami, kilang yang dulunya mempunyai 900 orang pekerja kini hanya tinggal 6 orang sahaja dan menunggu masa untuk ditutup. Tahun depan ucapkan selamat tinggal kepada jenama SANYO. Kilang-kilang berhampiran syarikat aku akan mengucapkan bye2 kepada beratus2 pekerja – dan syarikat berhampiran telah dimaklumkan – bersedia untuk sebarang tunjuk perasaan atau piket. Ribuan pendatang asing bakal dan telah kehilangan pekerjaan dan jenayah dijangka bakal meningkat. Di Selangor puluhan kes telah dilaporkan di mana ramai orang telah dirompak selepas mengeluarkan duit dari mesin ATM. Modus operandinya, pendatang asing ini akan berkumpul dalam jumlah yang ramai, berdiri dari jauh memerhatikan mangsa yang baru mengeluarkan duit dari mesin ATM, mendekati mangsa secara beramai-ramai dan… pap… merampas duit mangsa. Melawan beerti mati atau cedera.

Penjualan kereta2 telah menurun sehingga mencecah 50%. Merecedes, Toyota, Ford, ISUZU, Nissan, Honda. Berjuta rakyat dunia yang kini telah dibuang kerja. Kalau dulu penjualan finger cots sekian-sekian, kini bakal kurang lebih dari separuh disebabkan telah kurangnya pekerja2 di sektor2 tertentu. Malah kalau dulu mereka menggunakan sarung jari yang mahal dan berkualiti – kini mereka mencari sarung jari yang nipis dengan harga yang jauh lebih murah. Cut Cost! Pada Julai 2008 harga getah di tahap RM7.20 tapi hari ini harganya kurang lebih dari separuh iaitu RM3.50 dan kini belum berhenti jatuh – berada di bawah paras untung. Kalau ini terus berlaku berpuluh2 estet bakal tutup bukan sahaja di Malaysia malah dunia.
Buat masa ini kami belum ke tahap retrenchment, tapi dalam keadaan genting dan terdesak begini, kami tidak boleh hanya duduk dan memerhati. Kerana pilihan kini cuma ada dua. HIDUP atau MATI. Kalau kami sakit, competitor juga begitu. Dalam keadaan terdesak begini tak mungkin lebih dari 1 kompeni seperti kami boleh hidup di bumi Malaysia. Salah satu perlu dinyahkan dan kami memilih untuk lawan. TEAMWORK adalah senjatanya.


Kepada kompeni2 seangkatan, nasihat percuma dari aku. Dalam beratus2 orang yang singgah di post guard anda bertanyakan kerja kosong, bukanlah kesemuanya berniat begitu. Ada diantara mereka yang mengintip tahap sekuriti di premis anda untuk dilaksanakan misi jahat bila bulan menjelma. Jadi PASTIKAN pihak keselamatan anda berkawal lebih ketat dari sebelumnya. Jangan tidur. Untuk yang lain – Jangan Tidur, kegawatan ekonomi akan membunuh anda yang TIDUR!!!!!

My New Baby Was Born Last Night

Last night at 9.30 pm my new baby was born......
Walaupun ekonomi dunia tgh gawat including my own economy... heheheh..
tp aku tetap mendapat koleksi peribadi ke3 bag ELLE ni.






Wednesday, December 03, 2008

Tentang senyuman bulan dan susuk


Sebenarnya aku rasa bersalah bila tak update apa2 info terbaru dlm blog ni Tapi sebenarnya aku dah mati kutu.. aku tak mahu plak kowang rasa aku melambakkan sampah sarap ataupun junk article dalam blog aku ni.


Isnin 01/12/2008 malam – bulan pun tersenyum. Selasa pagi boleh dikatakan semua akhbar bercerita ttg bulan yang tersenyum. Kalau paper cina tu… punya la banyak cerita pasal bulan yang tersenyum. Sebenarnya apa definisi kita pada bulan yang tersenyum. Aku ada terbaca artikel apabila ribut melanda padang Arafah, mereka kata Allah sedang murka. Tapi gambar bulan yang tersenyum menandakan mesej yang Allah sedang blessing kita? Kejadian alam yang pelik dan unik selalu kita samakan dengan mesej yang disampaikan Allah pada umat manusia, tapi mungkin ia satu fenomena alam yang biasa. Bulan sabit yang kelihatan seperti tersenyum bermatakan planet Musytari dan Zuhrah. Kadang2 kita mungkin boleh mensalah tafsirkan maknanya. Sejujurnya aku tak rasa ianya satu blessing untuk umat manusia di bumi ini – yang hakikatnya telah jauh menyimpang dari landasan yang benar. Peringatan untuk aku juga sebenarnya.

Semalam aku melawat seorang pekerja aku yang dimasukkan ke SJMC kerana darah beku kat jantung. Dalam tempoh sehari je darah beku tu boleh beralih ke otaknya yang menyebabkan retina mata kanan seakan tertutup. As a result, mata kanannya gagal berfungsi. Suami isteri merupakan pekerja kompeni aku. Aku pandang isterinya, aku pandang suaminya yang terbaring tidak sedarkan diri. Kedua-duanya masih muda dan beberapa hari lepas, kedua-duanya aku lihat cukup sihat dan bertenaga di pejabat. Sebenarnya siapa tahu takdir yang menunggu kita. Kadang-kadang kita rancangkan satu perkara yang panjang dan tersusun untuk kita melangkah hari-hari depan, tapi siapalah tahu… esok atau lusa kita akan dijemputNya. Hidup kita umpama catur, sungguhpun diapit ribuan askar dan permaisuri yg jelita – tapi bila Allah kata “checkmate” (sebenarnya kun fayakun) maka – jadilah ia – gugurnya sebuah kerajaan. Tamatlah perjalanan hidup kita. Mudah-mudahan aku dan kamu… sempat memperbaiki kekhilafan kita dan memohon keampunannya apabila tiba hari kita nanti.

Tgh makan di cafĂ© pagi tadi berlaku beberapa peristiwa yang agak menyentak sanubari aku. Tapi rasanya biarlah aku simpan untuk diriku sendiri. Tapi ada satu cerita menarik yang hendak aku kongsi. Kata seorang kawan.. dia telah dioffer oleh seorang dukun untuk memasang susuk di mukanya. Asal tujuan kedatangannya ke rumah dukun untuk ditelekkan ttg motosikalnya yang hilang. Kawan tadi pun cakap… “Isk tak mau la tok dukun. Nanti…” tiba2 dia berhenti. Takut dituduh bermulut cabul. Tok dukun cakap “Takut mati susah ke? Jangan risau, susuk ni ada susuk kafir, susuk Islam… bla bla bla… Kalau susuk Islam, kalau kita mati accident, nanti susuknya akan balik kepada dukun tu dan bagitau, tuannya dah meninggal.” Kawan tadi terdiam. Mujurlah imannya masih ada – laju mulutnya menolak pelawaan dukun. Tapi aku mula berfikir… sebenarnya bebarapa ramai je umat Islam kat muka bumi mempunyai kekuatan menolak perkara seperti itu? Ada jugak umat manusia yang memang cetek akal fikirnya mudah aje menerima semua perkara itu sebagai halal. Nama pun susuk Islam. Nauzubillah.. memang aku akui… iman aku senipis kulit bawang tapi untuk pergi sejauh itu…. InsyaAllah… tidak akan! Moga kita semua diberi kekuatan yang sama untuk menolak perkara2 yang dikategorikan sebagai syirik ni. InsyaAllah.