Tuesday, September 29, 2009

Mana datangnya gagak??


Isnin 28/9/2009 - Hari pertama bekerja selepas cuti lebih dari seminggu bukanlah perkara yang menarik. Penangan penat open house mak semalam pun tak habis lagi. Ingat lagi masa mak propose nak buat open house, menjerit aku ngan Ija. Keadaan aku yang kurang sihat dan adanya dua cucu yang buas membuatkan kedua2 anak perempuan yang boleh diharap handicapped (Anak lelaki mak ikut mood, kejap bleh harap, kejap malas sgt). Akhirnya dalam tak setuju2 kitorg mak buat jugak open house. Dalam keadaan tak rela terpaksa juga la tolong2 apa yang patut... takkan la kejam sangat nak buat bodoh je. Tapi siap la aku ngan ija membeli pinggan, mangkuk dan cawan kertas banyak2 supaya tak pening kepala nak membasuh. heheheh... Gunakanlah kemudahan yang telah diciptakan.

Sebulan lebih aku tak minum kat ofis (almaklumlah bulan Ramadhan, kalau tak puasa pun takkan nak buat air), masuk je pantry nk buat air smlm aku dh lupa mana nak letaknya nescafe dan gula. Dahsyat. Lepas tu tertuang air panas lebih plak... jenuh aku nak menunggu air aku jadi suam2 baru leh minum. Bengang sungguh. Tengah sibuk meng"update" attendance untuk payroll preparation tiba-tiba aku diserang sakit kepala. Diikuti pandangan mata yang mula kabur. Teringat pesan seorang kawan yang prihatin. "Kalau Siti kena serang mcm tu lagi, duduk tegak2, renggangkan semua badan, relax... biar darah dan oksigen mengalir ke kepala. Biasanya benda ni jadi disebabkan kepala kekurangan oksigen."
Aku tanya, "Kenapa kepala Siti boleh kurang oksigen plak? Dulu tak pernah mcm ni."
Dia jawab, "Itulah sakit Siti, Doktor boleh tolong jawab soalan tu."

"Terlalu Stress atau penggunaan komputer yang terlalu kerap" hanya aku yang boleh mengesahkan yang mana satu puncanya. Kini aku sedang menjalani terapi bagi mengurangkan tekanan perasaan. Contohnya mendengar lagu Mozart, membaca buku "Problem Solving and Managing Stress", Yoga kecil-kecilan di rumah dan attend free talk seperti "Women, Stress and Cancer" yang dibuat oleh hospital-hospital bertauliah.

Apa kena mengena perkara ni dengan tajuk di atas? Oh ye, semalam ketika sedang menulis agenda di atas planner tiba2 aku terdengar bunyi burung gagak yang sangattt banyak... kuat dan nyaring. Kalau kowang pernah masuk bandar klang waktu senja, buka tingkap kereta sure dapat dengar bunyi burung gagak yang banyaaaaaaaakkkk tgh sibuk nak balik rumah. Itulah yang aku dengar. Terkejut beruk makyeh aku. Pastu aku pandang siling ofis, tgk bawah meja, tgk luar tingkap... confirm takde burung gagak. Kawan-kawan yang pelik dgn tindakan aku bertanya, "Kenapa Siti?"
"Mencari mana datangnya bunyi ni?"
"Bunyi apa?"
"Bunyi ni... burung gagak ni."
"Mana ada bunyi apa-apa, ti."

Aku tergamam... aku pandang muka office mates yang lain.... semuanya menunjukkan muka pelik memandang aku. Arghhhh...... kenapa aku sorang je yg dengar? Kemudian bunyi tu berhenti. Selang 5 min dia bunyi lagi. Kuat dan nyaring mcm tadi. Aku pandang kawan-kawan, masing2 khusyuk membuat kerja.... tak terganggu dengan bunyi gagak2 ni. Pasti.... memang aku sorang je yang dengar. Aku dah mula rasa nak nangis. Kali ketiga diserang bunyi yang serupa aku terus call Andy lepas tu mak. Mak ckp... "mungkin Along ada terlukakan telinga masa korek telinga". Tidak! Aku boleh mendengar walaupun dowang tgh berbisik.... dan kalau telinga aku terluka masa digging tentu aku sedar. Last sekali mak suh jaga diri baik, jaga kesihatan, kalau tak larat balik umah mak...duduk dengan mak... arhhh sedihnya... terus aku nangis. Tp mak tak tahu. Mak tak nampak airmata aku. Aku letak telefon.... dan berdoa... pergilah gagak-gagak semua.... jangan datang lagi.

Tuesday, September 22, 2009

Cuit-cuit Aidilfitri 2009




Minta maaf cara apa la ni??









video

Adakah ini Syawal Terakhir?

Jumaat tengahari dah tiba di Tg Malim. Tak jadi menggunakan komuter memandangkan barang terlampau banyak- agak sukar bertukar train. Kami yang pertama sampai. Semuanya sangat menggembirakan sehingga malam tu ketika menonton tv, tiba2 pandanganku kabur. Aku tak mampu melihat wajah hubby, nieces, mak, Abang Man even my own face walaupun jarak aku dengan cermin cuma sejengkal aje.

Maka aku dibawa ke klinik Shifa di Tg Malim. Doktor kata, "ini kes serius," (kalau baca ayat ni spt lagu wonderpet, ia akan kedengaran kurang serius). Salah satu saraf yang mengconnectkan otak dan mata aku mengalami renjatan, jadi impuls yang dihantar ke otak tidak dapat ditafsirkan dengan baik. Akibatnya otak bekerja lebih keras dari biasa dan akhrirnya menyebabkan sakit kepala yang tak terhingga seperti yg aku alami bermula dari dalam kereta nak ke klinik. (Aku langsung tidak sakit kepala ketika mula2 hilang penglihatan). Doktor kata lagi... walaupun awak boleh melihat dgn baik semula pun lepas ni, isyarat telah dihantar bahawa saraf awak telah mula corrupt. Disyaki akibat tekanan emosi yang melampau ataupun kekerapan menggunakan komputer. Arahan paling mudah bagi seorang doktor klinik dikeluarkan iaitu, "Pergi ke Hospital Pakar Malam ni juga!"

Mana aku nak cari hospital swasta dekat Tg Malim? Aku cek list Private Hospital terdekat, Ipoh! Andy kata dari pergi Ipoh lebih baik balik ke KL. Aku berpk dan berpk... akhirnya aku memutuskan untuk ke hospital kerajaan di Slim. Malam tu terlalu banyak mayat dan manusia yang cedera parah diusung keluar masuk dari wad kecemasan... aku menunggu giliran dengan ketakutan, bingung, kepala yang sakit, penglihatan yang kabur dan seratus rasa lagi yang libang libu dalam hati. Giliran aku, aku dilayan dingin oleh doktor yang menganggap aku muda, tidak cedera parah, tidak kritikal dan sebenarnya tidak patut dirawat malam itu. Pendek kata dia membuat conclusion sebelum aku sempat menyudahkan cerita. Biasala... doktor kerajaan memang mcm ni. Aku balik dengan pil ponstant - tertulis di situ jenis penyakit "migrain". Mudahnya jadi doktor. Aku pun layak jadi doktor kerajaan mcm ni.

Teringat kata2 Dr. Phang (Pantai Medical Centre), "You tak boleh ambil lagi Ibuprofin, Panadol, Ponstant or any type of pain killer anymore. Otherwise when you go for 2nd operation, u'll awake in the middle of operation because u r started to immune with drugs." Scary!! Aku tak sanggup terjaga dan ternampak perut aku sedang dibedah dan mati terkejut. Oh No! Maka aku buang ponstant yang diberi. Andy bercadang kami balik semula ke KL dan aku akan dihantar ke hospital pakar di Klang atau Shah Alam. Aku pula memutuskan... sudahkan raya pertama di Tg Malim dulu, nanti balik baru ke hospital. Keputusan muktamad aku diterima walaupun berat. Kalau ini syawal terakhir... biar aku raikan dengan tenang dulu di sini.

Esoknya sehari sebelum raya, aku diserang lagi sakit kepala. Tapi kali ni penglihatan aku bukan kabur mcm semalam sebaliknya ada black shadow yang tebal di kiri kanan penglihatan menjadikan aku nampak benda yang limited to things that exactly infront of me.. 180 degree. 90 degree confirm tak nampak. Ketika kejadian aku sedang berjalan ngan mertua kat pasar Tanjung Malim yang sesak. Tak ke cuak??

Malamnya sekali lagi aku diserang sakit kepala yang amat sangat sehingga setiap kali aku tunduk aku merasakan otak aku bergolek2 jatuh ke kepala. Akhirnya aku duduk di beranda luar memandang langit yang penuh dengan bunga api dengan background music takbir raya (sentimental sungguh, tak caya cuba kowang try) dan aku mula berdoa... "Ya Allah... andai ini petanda Syawal terakhir untuk aku, permudahkanlah segalanya untuk aku. Apa pun takdirmu aku redha, moga dbekalkan kekuatan yang luar biasa untuk aku."

Pagi Raya kedua aku pulang ke Klang. Perjalanan balik ke klang aku diserang sakit kepala seperti dicucuk jarum di belakang tengkuk sehingga menyebabkan aku muntah2 di pertengahan jalan (perut tidak kosong kerana sebelum bertolak sudah sarapan dulu di Tg Malim).... dan ketika aku menaip ni di pagi raya ketiga... aku masih belum ke hospital lagi kerana terlalu takut dengan keputusan yang aku mungkin tak mahu dengar. Teringat kejadian2 aneh sblm raya dulu. Andy diserang rasa tak sedap hati seminggu sebelum raya. Kerap termenung dan asyik bercakap "sy rasa tak sedap hati". Bila balik ke Tg Malim mak mertua plak asyik termenung, dia kata... "mak rasa tak sedap hati la raya kali ni. Mcm seolah2 raya tahun depan kita akan kekurangan seorang lagi ahli keluarga." Dan... setelah difikirkan aku mula bertanya, adakah aku pilihanMU kali ni Ya Allah? Adakah ini syawal terakhir untuk aku?......

Wednesday, September 16, 2009

Beza Raya Sebelum & Selepas Kahwin..

Bahang lebaran makin terasa. Aku dah mula merasakan kehangatannya sehingga aku menjadi panas punggung duduk atas kerusi ofis. Aku tak sabar nak cuti raya. Nak balik kampung. Nak menyambut raya dengan keluarga aku dan keluarga mertua. Raya kali ni Andy kata, akan menjadi raya yang paling menarik dan dikenang oleh kami. InsyaAllah...

Esok (Khamis) hari terakhir bekerja sebelum bercuti raya. Isnin 28/9 baru start balik kerja. Jumaat pagi dah balik ke Tg Malim. Cadangnya tahun ni kami nak pecah tradisi, nak balik Tg Malim dengan komuter. Jimat satu hal, yang paling penting nak get rid dari traffic congestion yang tahap melampau tiap kali musim perayaan.

Ingat lagi pada tahun pertama aku beraya rumah mertua. Aku tak pernah rebus ketupat sebelum kahwin. Kalau masukkan beras dalam ketupat memang selalu buat, tapi lepas tu mak yang rebus. Tp nk dijadikan cerita emak mertua aku menyuruh aku tengokkan samaada ketupat dah empuk ke belum, aku plak ambik kain terus je bukak penutup. Rupanya nak bukak penutup periuk ketupat ada skill. Akibatnya... melecur ibu cari aku sampai bengkak2 malam tu dipenuhi gelembung air. Malam tu pulak, bila bergema je takbir, aku terus lari masuk ke bilik. Aku menangis sungguh2 - sebab aku tak pernah berjauhan dengan family aku pada raya pertama. Biasanya pada malam raya mcm tu, aku tgh sibuk menolong emak menggoreng kuih, buat air sebab kejap lagi ayah ngan orang surau akan 'takbir' kat umah. Jadi bila takbir memang terasa menusuk ke jantung sbb... teringat malam raya bersama mak ngan ayah. Kesan dari menangis teresak2 tu, family aku telah datang ke Tg Malim pada hari raya pertama pagi esoknya. Hahahaha... lucu! Tapi itu kisah 4 tahun dulu.. Skang dah tak nangis lagi.

Aku bertuah dikurniakan keluarga mertua yang sangat sporting, baik hati dan menyayangi aku sehingga aku tidak pernah merasa kekok berada di antara mereka. Tapi... ada satu peristiwa yang amat pelik dalam family mertua yang tak pernah terjadi di dalam family aku setiap kali raya. Peristiwanya ialah, selepas habis sembahyang raya, mak dan abah akan duduk atas kerusi... kami akan beratur panjang2 untuk bersalam dengan mak abah. Anak dan menantu sulung akan mengetuai barisan diikuti seterusnya. Kemudian cucu di belakang sekali. Proses salam menyalam di rumah aku biasanya dengan linangan airmata, kata2 sedih, peluk cium... sebaliknya rumah mertua aku -penuh dengan aksi lucu.. contohnya... ipar aku akan merangkak dari jauh untuk datang bersalam. Konon sebab banyak dosa. Sorang lagi akan berguling2 datang (mcm citer hindustan)... sorang lagi akan paut kaki mak abah.. cium2 kaki mak abah mcm dalam citer hindu. Akhirnya ia akan jadi acara yang penuh dengan gelak ketawa tapi masih mengekalkan motif utama - Kemaafan yang dipinta. Ayat ini tetap ada "Minta ampun mak/ abah" "Yelah, mak/abah ampunkan". Pada aku aksi2 itu hanya untuk menutup rasa sebak di hati masing2.

Satu lagi beza beraya rumah mertua dgn rumah sendiri. Dari kecik sampai besar (sblm kahwin) raya pertama biasanya kalau tak balik Johor, kami takkan duduk melanguk kat umah, kami akan tawaf semua rumah sedara mara seluruh lembah Klang. Pendek kata lepas makan ketupat sendiri, kita makan ketupat ngan juadah raya org. Tp rumah mertua aku mmg takde can la. Elok je habis bersalam, tak henti2 orang datang rumah. Kadang2 sampai penuh sesak mcm tin sardin rumah mertua aku. Jag air lepas basuh tak sempat tos dah kena buat air lagi. Kadang2 sampai rasa mcm nak letak surat resign dari jadi tukang bancuh air. Hehehehe... tp bukan aku sorang je jadi cinderella. Ipar2 ngan biras pun kena gak mencedok lauk pauk, kerat2 ketupat... equal la kerja masing2. Smpi kadang2 kitorg siap doa... harap2 lepas ni takde la orang datang... nak rehat setengah jam pun jd la... sbnrnya mmg jarang ada can rehat. Biasanya petang2 aku la akan ngelat ajak andy mandi sungai pasal badan aku dah lencun ngan peluh ngan air basuh pinggan. hahahahhaha....

Tapi sebenarnya setelah 4 tahun aku sudah lali dengan rutin raya ni. Takde beza pun beraya di rumah sendiri atau di rumah mertua. Yang nyatanya pada raya pertama aku tetap akan jumpa kedua2 keluarga. Tapi untuk mereka yang baru mendirikan rumahtangga, aku bukanlah menantu terbaik untuk dijadikan contoh.... but Andy... yes... He is. Dia menantu contoh. Kalau kowang pernah tgk Andy ngan mak ayah aku.. kowang tak rasa pun mereka mertua dan menantu sebaliknya seperti anak beranak kandung. Takde kekok langsung. Petua yang aku korek dari mak senang aje... "Andy tak pernah layan mak seperti mertua sebaliknya dia anggap mak mcm emak sendiri, jadi mak pun dah terbiasa melayan dia seperti anak mak sendiri"

Jadi... mungkin petua ni sesuai untuk mereka yang baru berkahwin. Selamat menyambut Aidil Fitri daripada aku dan juga Andy. Kami berdua memohon maaf untuk segala kesilapan kami, terkasar bahasa, terlepas pandang, terguris hati samaada disengajakan ataupun tidak... Semoga lebaran kali ini memberi seribu erti dan rahmat buat kita semua. Assalamualaikum...


Sunday, September 13, 2009

Mungkin kamu boleh guna taktik yang sama juga..

Kali terakhir aku posting entry dlm blog ni pada hari Selasa lepas, masa kat ofis. Langsung takde mood nak kerja... kerana.. Pak Usu yang baru meninggal dan aku belum bersedia unyuk bekerja semula. Lebih menyakitkan hati, PC aku buat hal seperti biasa iaitu monitornya bertukar blank secara tiba2 dan banyak kali. Bila bukak Excel, facebook, ym dan blog secara serentak boleh menyebabkan pc tu menjadi sawan kejung (hang). Jadi pada hari tu aku telah mengamuk sakan. Aku tampo sekali monitor aku (aww... sakit tangan aku) lepas tu berckp dgn suara yang kuat. "PC pun dah tua nak mampos, nak tukar baru pun susah. Aku benti kerja senang, cari kompeni kaya sket, bagi pc baru." Jahatnya aku. Padahal pc aku tu tak le tua sangat. Monitor aku pun skrin nipis, bukannya berbontot besar mcm setengah2 kompeni tu, letak monitor je penuh meja. Tidak! Monitor aku nipis je. CPU aku pun solid... nipis.. dua-dua keluaran DELL. Selamba kodok je aku kata pc tu tua nak mampos. Tapi apa nak buat, pagi tu mmg mood tak baik. Nasib ko la kena. Lgpun dah banyak kali ko buat mcm tu, naik menyampah!!

Hari Rabu masih takde mood nak kerja.. tak banyak ckp. Pekerja datang mengadu pun aku sekadar catit, angguk2, paling tinggi pun aku ckp, "Ok... saya akan cek untuk awak, apa2 hal saya akan inform kemudian." Perubahan tu telah menyebabkan aku diasak pertanyaan2 pening oleh office mates. "Siti, kenapa minggu ni ko mcm lain je?" ye ker? agaknya aku PMS kot (sbnrnya tidak) "Siti, betul ke aku dengar ko nak berhenti kerja?" ko dengar mcm tu ke? betul la kot. "Ti, nape sy tgk 2-3 hari mcm takde mood je?" Ntah agaknya dah takde hati kat sini kot. Oh tidak. Benarkah aku akan melakukan perbuatan bodoh tu lagi dan lagi... - Berhenti kerja atas alasan - tiada alasan, saje je rasa nak berhenti!

Hari Khamis muka still kelat. Masih mengerah otak mencari alasan nak MC. Kebetulan hari khamis ada rasa kurang sihat mcm nak pitam dan pengsan. Tidak tahu kenapa. Tiba-tiba tenghari tu 3 biji CPU dan monitor baru sampai. Hati aku jadi kembang mekar. "Adakah salah satu pc tu untuk aku??" Tgh aku belek-belek kotak tu, tiba2 purchasing aku bersuara. "3-3 pc tu untuk manager." Salah satu tu pula ialah untuk pmpn chiok. (aku malas mau sebut nama dia, suwey blog aku nanti). Chiok komplen PC dia dah outdated... kurang sesuai lagi untuk system canggih yang digunakan skang. Jadi ada pergaduhan sikit yg berlaku sehingga endingnya aku ckp, "Eh... I tak kisah langsung U all nak tukar baru ke tak nak PC I ni.. I pun bukannya nak kerja lama sgt kat sini." Lepas tu aku pi klinik ambik MC half day, balik rumah - membuta sampai petang.

Esoknya Jumaat aku pi kerja dengan impian.. mau update jobstreet - mau apply semua post HR yang ada di seluruh lembah Klang.... dan... dan... surprise!!!!!!! PC baru... Monitor LCD... diulang.. bukan sekadar nipis sahaja... kali ini ia adalah LCD. Bila dikorek2 lagi...Acer - Duo Core. Yang paling besh dekat keyboard ada speaker. Solid gilerk arh! Maka aku mengetest kepantasannya. Pergh.. laju seh.. Bukak segala applications.. wah tidak ada sawan kejung... dan muka aku atak senyum itu hali... aiyaa Mr Ricky.. rupanya yang kamu kata kamu punya pc tu, rupanya adalah diorder untuk aku... dan aku tgk muka Mr Ricky pun atak senyum jugak tgk muka aku atak senyum kembali. I lebiu la Mr Ricky....!!! Tak jadi bukak jobstreet. 3 hari saja diperlukan untuk mendapatkan pc secanggih ni ye kawan2. Mungkin kowang juga boleh menggunakan taktik ini untuk mendapatkan pc baru. Jumaat itu aku telah kembali kepada Siti yang selalu....

p/s: sekadar selingan... jumaat malam ada majlis berbuka puasa dengan ex-school mates SMKTG di Prescott Hotel. Seronok dapat bertemu kamu semua kembali. One of the photo on that nite is attached. The rest check out in my facebook. Adios....


Tuesday, September 08, 2009

Moga kau tenang di sana, Pak Usu..

Hari ni sebenarnya memang takde hati langsung nak pergi kerja....
langsung takda hati..... langsung~!!!

Semalam ada berlaku cerita yang agak sedih. Betul la... bila kita terlalu gembira dan excited... kita akan dapat satu berita yang sedih. Same goes to me. Sebaik je habis menaip entry semalam.. aku masuk bilik.. panjat katil.. tepuk2 bantal... jeling andy yg tengah lena habis... baru nak letak kepala.. telefon aku bunyi. Nama tertera di skrin 'emak abang'.

Aku: Hello Mak.. Assalamualaikum...
Ibu mertuaku: Waalaikumsalam... Ana, mak nak bagitau ni.. Pak Usu Yem tenat skang, kat hospital Selayang. Kata PakAh, semalam dia meracau2 berak berdarah.
Aku: Iya ke? Takpe la mak.. nanti diana ngan andy pergi sana. Diana cuti hari ni.
Ibu mertuaku : Ha... nanti kamu pi tgk dia ye. Mak telefon Andy dari semalam tak dapat. Dia off hp ke?
Aku: Oh ye ker? agaknya bateri hp dia habis kot. Kejap yer mak... (aku kejut Andy, letak telefon kat telinga dia - kemudian masuk bilik air, cuci muka)

Tak sampai lima minit kemudian mak telefon semula... informed that Pak Usu Yem telah kembali ke rahmatullah. Untuk 2 minit aku dan Andy mcm tergamam. Speechless...

Memandangkan pergi dengan satu kereta hari tu (my sis MPV) , Andy perlu mengambil kereta aku kat Klang dulu. Jadi aku menemankannya ke monorail yang terletak depan Lot 10. Ketika itu jam menunjukkan pukul 7.15 pagi. Andy hanya tiba kembali ke KL pada pukul 11.30 disebabkan perlu menukar tayar kembara yang pancit tiba-tiba. Dugaan... dugaan...

Tiba di tanah perkuburan lebih kurang 12.30... bacaan talkin sedang dijalankan. Kecewanya... tak dapat menatap muka Pak Usu Yem buat kali terakhir. .. dan ketika semua orang mula beredar, aku ngan Andy mendekati pusara Pak Usu... aku nampak Andy duduk memegang nisan Pak Usu.. menadah tangan dan berdoa... kemudian aku nampak dia menangis..

Tiba-tiba aku teringat sabtu lepas, semasa melawat dia di hospital Selayang. Dia nampak sihat walaupun wajahnya bengkak. Dia buat lawak.. dia ketawa... dia ckp "Besok lusa insyaAllah aku boleh keluar." Dia juga ada cakap pada mak aku, "Hari tu... aku nampak ayah ngan mak kita datang melawat aku. Ros (adik bongsu mereka yang meninggal tahun lepas) pun datang melawat aku gak." Mak aku tak suka dengar, dia ckp... "Jangan cakap mcm tu Yem, ko baru jatuh tangga sikit.. dah fikir bukan2. Takde apa la..." Hari tu kami mengambil gambarnya. Cukup gembira dia posing. Senyum sampai telinga walaupun mulutnya ditutup dengan serkup oksigen. Kami sempat mengusiknya... dia ketawa sungguh2 sampai sesak nafas. Ketika kami bersalam nak balik.. tiba2 mesin pengesan jantung berbunyi kuat. Kami ketakutan. Tapi dia masih tersenyum atas katil. Dia kata "tak ada apa la tu... tadi tergerakkan sikit... tu yg bacaan dia lari." Kami tunggu kejap... pandang mesin tu lagi... kemudian bacaan kembali normal.. baru rasa tenang mahu tinggalkan dia sendiri.

Dan ketika aku kembali ke alam nyata... rupanya airmata telah melencunkan wajah aku. Satu2nya adik mak yang tinggal setelah dia kehilangan adik perempuannya tahun lepas. Nyata emak terasa amat perit menerima kehilangan ini. Tapi takdir Allah... tiada siapa dapat menghalang. Tinggallah Mak usu seorang suri rumah dengan anak yang masih belajar di sekolah rendah keseorangan. Pak Usu... moga kau tenang di sana ye......

P/s: hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan dengan sia-sia....

Monday, September 07, 2009

Night at Bintang Walk - 2nd Day.

At first everything followed as what planned accordingly. Went to Lot 10, ada chocolate fair.. wow.. (today plan to go again cos yesterday missed out a few items). Lepas Lot 10, directly went to MATTA fair at PWTC. Crowded, they did provide masks to all visitors but wear or not. none of their business. Seems like the offer is not as good as what they offered last time... but don't worry bcos we plan to catch March 2010 MATTA. But yet, still have fun there - even unable to fulfill our main target.
Me and Snow Man and Ninja... hahahaha... that Ninja is my sis.. she had eye irritation (conjunctivitis) and follow the rule - wear mask in crowded area.

Dari PWTC directly went to Jalan TAR However............ the traffic congestion was damn bad. Jalan depan Pertama Complex (dunno what the jalan's name) was closed. Car was not moving. I was so damn moody.... and yet we decided to just went back to hotel. Shopping di Pavilion je sudah...

Penat tul tawaf Pavilion. Cukup 7 round.. complete tawaf perabih duit. From Pavilion to Starhill Gallery.... but actually the main thing nak cari Secret Recipe.. nak beli kek untuk Hafiz. Cos his bday is today (6th Sept). Pusing2 pun tak jumpa secret recipe. Plan to buy Ipanema Cake at Starbuck malangnya tak ada whole cake. Went to Baskin Robbin, our favourite walnut ice-cream cake out of order. Then went to Coffee Bean... also takde whole cake. Lastly we decided to buy slices cakes di Coffee Bean... (cheese cake, royal chocolate, chocolate fudge and tiramisu). Luckily we not buy the whole cake... sbb yg ada pun dipandang sebelah mata je.

Siapa punya birthday sebenarnya ni? Pak ucu ke aliyah?

I think this young man yang paling kenyang, tgk cara dia bersandar sambil korek gigi lepas minum susu..

Lepas berbuka.. masing2 tersandar kekenyangan. Plan want to go to Jalan TAR again cos Andy belum ada baju raya. 9.30pm baru bertolak ke jalan TAR... and yes, it's Andy's night bcos he's the only one shopping and the rest just 'cuci mata'. But for me.... I feel like my raya preparation is really complete. That's why I don't care about baju raya, kasut raya... ahh... forget about all that stuffs because I just get my biggest dream item. Wont care about others anymore... I just feel like wanna smile and smile... heart is just so flowery... BECAUSE................ BECAUSE.... I bought an LV handbag. Thank you so muchhhhhhhhh to my dad because being a major sponsorship (it's mean I do spent also, ok.. but only minor %) for that LV. Hari Raya gift he said since his business is doing well... (nk tgk ke handbag nyer? tunggu gambar hari raya okey!)


p/s: I'm typing this at 6.00 am after having sahur. Nasi kandar yang di tapau di Jalan Doraisamy... sedapnya... tapi kempunan sikit sebab when we reach at Insaf Restaurant that night it already closed... but who cares??? .. I got my LV. Today will check-out at 12 but still planning with my sis to last minute shopping at Lot 10.


Sunday, September 06, 2009

Night at Bintang Walk

It's like a family tradition each time during MATTA Fair, my family compulsory activity is to attend this event... and of course we won't miss it this time. We are staying at one of the hotel nearby Bukit Bintang. Actually I booked for my parents in law and suddenly due to certain circumstances, they unable to join. Quite frust because we promised to jalan2 shopping together at Jalan TAR... but what to do... this is what we called... takde rezeki... kan mak?

She was posing when I was check-in... sempat lagi tu.
Don't worry, I'm not swimming during fasting day... just keep an eye to her.

Like kill two birds with one stone.. since quite a long time we never spend a nite at Bintang Walk.. we won't miss the chance to enjoy the night. Spent the night at Pavillion and Starhill Gallery is such a fantastic memory.... and that nite I just realize something. I think the Starhill Gallery (esp the lowest level) has the most luxury and unique washroom (toilet) in Malaysia (I think so... based on my personal experience). Tak percaya? Go and face it yourselves. The wash basin is like and old spinning wheel and there's a cleaner will help you to spin the wheel... and the water will flow down by something like buloh to your hand... and they dont use tissue... they use towel... which is folded and arranged in pyramid shape - ready for u to take one.

Swimming pool at night

Brought Ayah to Theobroma Chocolate at Pavilion. Asyik2 Starbucks aje. He tried Fairlady Hot Chocolate Mug and Warmer.. perghhh terangkat!!!

COACH - I Loveeeeeeeee this brand.....

But I love this brand the most. hahahahahaha....

Ok.. today woke up I planned to go to Lot 10, Matta Fair at PWTC, Jalan TAR - shopping and if able I would like to buka puasa at Insaf Restaurant Pekena Briyani... sedapnya... Tomorrow (Monday) will check-out. Wait my next entry..... asta lavista..

Wednesday, September 02, 2009

A reward for myself?

If u read my facebook status this evening maybe u had expected this. But honestly... I expected lesser than this.... hehehehe... dunno why suddenly hubby became so generous and kind hearted. Sblm ni dah 2-3 hari aku dok kata "teringinnn nak makan homemade chocolate" tapi dia buat derkkk aje..

Actually I hope dapat makan seketul homemade chocolate pun jadi la... buat lepas kempunan... tapi... dapat banyak plak.. heheheh.... by the way... thanks hubby. For whatever reason pun yg kamu bagi... terima kasih kerana menunaikan impianku ini....


Mini cupcakes Oreo and Chocolate Coffee
Red Box - the my dream homemade chocolate with cadbury dark chocolate and chocolate candy.
How do they look like? Is it look so tempted? Believe me... the taste is awesome... even tastier than what it looks like.

p/s: I think i know the reason la hubby even u didn't tell me directly..... uwaaaaaaaaaa......