Thursday, March 25, 2010

Kalaulah Semua Orang Tahu Membuat CPR dengan betul..

Kalaulah Semua Orang Tahu Membuat CPR & 1st Aid tentu banyak kematian mengejut yang terjadi dapat dielakkan. Memang ajal dan maut di tangan tuhan tapi sekurang-kurang mangsa yang mati akibat serangan jantung, renjatan elektrik, lemas (air atau asap) atau terkena bisa patukan ular dapat diselamatkan, diberi waktu yang lebih lama sedikit sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Itulah yang dikatakan oleh Trainer yang sangat mahir memberikan ceramah sehingga training 18 jam (2 hari) terasa amat suntuk kerana terlalu banyak perkara baru, menarik dan penting yang ingin diketahui oleh kami semua.

Kata Trainer lagi, Allahyarham Hani Mohsin yang meninggal akibat serangan jantung di tengah public malah di kawasan LCCT yg mana pekerja di situ telah diberi latihan kecemasan, malangnya, tiada seorang pun yg tampil memberi bantuan kecemasan (CPR) kepadanya waktu itu.

Membuat CPR dengan betul. Hembus mulut 2 kali, tekan dada 30 kali diulang-ulang. Kedudukan tangan mestilah tegak. Cara membuat anduh segitiga dengan betul. Bahagian yang berdarah perlu diletakkan di tempat tinggi untuk mengurangkan pengaliran darah keluar.


Mengangkat atau memindahkan mangsa yang mengalami patah tulang belakang perlu diikat terlebih dahulu. Sekiranya berlaku pergerakan pada saraf tunjang, boleh menyebabkan lumpuh atau kematian.


Begini caranya memindahkan dan mengangkat mangsa melalui tangga yang sempit. Turut diajar bagaimana memasukkan mangsa ke dalam lif yang sempit.


Kemudian, 4 orang dari kami dipilih untuk berlakon menjadi mangsa. Kami di makeup kan dengan darah tiruan dan luka2 yang mengerikan. Pasukan penyelamat ditubuhkan. Marshall dilantik bagi menilai kerjasama, kepantasan dan tertib pasukan penyelamat.


Inilah dia pasukan penyelamat yang telah ditubuhkan dalam masa 5 minit.


Mangsa Pertama : Patah tulang terkeluar. Tulang yang terkeluar tidak boleh dimasukkan ke dalam badan semula. Tulang mesti dibalut dengan balutan cincin dan kemudian dibalut bahagian luar bagi menghentikan pendarahan.


Mangsa Kedua: Tangan terhempap benda berat menyebabkan patah kuku. Tangan yang sebelah mengalami patah dalam sehingga menyebabkan pendarahan dalaman.


Mangsa ketiga: Tidak sedarkan diri. Mengalami patah tengkuk dan kecedaraan dalaman yang tak dapat dipastikan.


Mangsa keempat: Pitam dan tidak sedarkan diri. Tiada sebarang kecedaraan.


Setelah lulus ujian praktikal dan ujian teori, akhirnya kami ditauliahkan pasukan First Aider.


Tips Penting: Selagi anda tidak ditauliahkan sebagai doktor perubatan adalah salah bagi anda memberikan ubat kepada orang lain. Anda boleh dipenjarakan sekiranya pesakit mendapat alahan atau mudarat disebabkan ubat yang diserahkan kepada mereka dari tangan anda. AWAS~!


11 comments:

From The News said...

menarik juga kursus camni. dulu pernah belajar, tapi mungkin dah lupa sikit.

mana lah tau, satu hari kita boleh membantu orang ye tak?

kakcikseroja said...

Kadang-kadang kita rasa mudah je nak buat CPR tu kan? Tapi bila terjadi depan mata, kaku tak terkata. Bagus kursus yang Vic sertai tu...

azieazah said...

Ya.. nampak semua peserta bersedia, sebab itu semua pakai slack/jeans...

Bagus sekali kursus begini di syarikat kita bekerja, leh plak kita praktikkan pula di rumah atau di mana saja.

Dulu2 belajar masa jadi ahli Sabit Merah jer. Banyak dah lupa..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

From The News - banyak yang berubah. Jadi kalau dulu pernah belajar, mungkin perlu ada refreshment class. Dulu dettol, ubat antiseptic, ubat krim luka, panadol masih boleh diletakkan dalam 1st Aid. Skarang meletakkan ubat2 ni dalam peti 1st Aid syarikat boleh didakwa.

Kak Cik - memang nampak senang, tapi payah juga. Seksa nak mengepam jantung tu, memerlukan tenaga yang kuat... silap tekan... badan mengsa boleh terangkat2.

Kak Azie - Skang ni setiap syarikat wajib ada ERT (Emergency Respond Team). Kursus macam ni wajib dihadiri oleh pasukan ERT untuk 2 tahun sekali seperti yang termaktub dalam OSHA. Sekiranya pihak syarikat gagal berbuat demikian, makan akan berhadapan masalah dengan NIOSH.

Tapi bagi Vic sendiri, inilah pertama kali datang kursus macam ni (Anggota baru dalam ERT). Tapi setelah vic attend kursus ni vic rasa alangkah bagusnya kalau kursus ni dihadiri semua org. Banyak betul perkara penting yg perlu orang awam tahu dalam memberikan pertolongan cemas sebenarnya.

Gaban said...

menarik kursus ni.. tau basic pon takpa..

zeqzeq said...

syarikat kecil kedukut nak buat kursus..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Gaban - betul tu Gaban, vic rasa kalau kita semua dibekalkan dengan pengetahuan basic pun takpe.. At least better than nothing.

Zeq - Biasanya syarikat kecil memang terkeluar dari penguatkuasaan. Orang2 (penguatkuasa) ni lebih berminat memantau syarikat besar2 aje, lebih2 lagi yang telah diiktiraf ISOnya... Pelik. Mungkin syarikat besar boleh "makan besar" agaknya.

Bro Framestone said...

menarik huhuhu....

bro berlajar pasl nie mase bro umur 6tahun...

sebab family bro xmampu.. so mmg tiada bahan bacaan selain buku teks sekolah je...

tetapi terdapat byk buku2 yang pakcik bro tinggalkan sebelum g berlajar ke jepun...

dari situ bro dah berlajar banyak ilmu... dan kesannya bro malas nk berlajar di sekolah coz anggap ianya membosankan... tp tetap dapat result yg terbaik..

dalam banyak2 buku tue.. bro minat buku pasal st john & buku sejarah he,..23x

sampai la nie... bro sume minat bnde yang xde kne mengena dgn bidang

vic.. maybe bulan 5 nie bro duk kelana jaya... dapat jawatan programmer even bro hanya budak HR he..23x (nie betul2 larik bidang)

BroFramestone Blog

siti murni ishak said...

Nasib baik first aider..bukan first aid kit...hehe ;p

New experience + knowledge..ok tu..dapat cert lagi. Mudah-mudahan lepas ni dapat berbakti utk orang yg dlm 'kesusahan'...;)

Meowwwww said...

Meowwwww

iDAN said...

Emmm! entah berapa kali ikut kursus kecemasan ini masa berkerja dulu tapi sampai kini tak pernah ada pengalaman nak buar CPR itu pada orang pada patung tu adalah.

Jika benar ada orang dalam kecemasan & perlu CPR memang saya rasa tak sanggup!.

Adoi! memang takut dengan kecemasan ini. Samalah belum pernah mandikan atau kebumikan mayat orang!.