Tuesday, July 06, 2010

Catatan Dari Mahkamah

Betapa jauhnya bidang kerja aku telah membawa aku. Bukan membawa aku Gaza atau South Africa menyaksikan FIFA. Bukan itu maksud aku. Tapi "jauh" yang ku maksudkan, ia telah membawa aku ke hospital - bahagian rekod rawatan pesakit, ke rumah mayat, ke bilik sister-sister (ketua jururawat) hospital2 kerajaan seluruh Selangor.

Pernah juga bidang kerja aku mencampakkan aku ke bilik tribunal, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perusahaan, Jabatan Tenaga Kerja dan bilik-bilik pegawai polis (Inspektor, Sarjan, ASP).

Dan.... hari ini.... aku tercampak kat sini kerana kerja juga. Mahkamah Majistret 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Perbicaraan yang perlu ku dengari dan rekodkan ini melibatkan pekerja senior syarikat. Perbicaraan yang sepatutnya berlangsung pada pukul 9 pagi tertunda ke pukul 10 pagi gara-gara saksi belum hadir, OKS belum sampai, lawyer belum masuk. Aku tertanya-tanya, apa dalam bidang perundangan dan kehakiman pun sektor kerajaan belum mampu menepati masa?? Menyedihkan.

Ketika pekerja aku masuk ke dalam dewan mahkamah, nyata dia terkejut melihat kelibat aku. Profesionalisma yang perlu aku pegang menjadikan aku kekok untuk berbual dengannya seperti dulu. Ketika kami sama-sama makan di kantin sambil ketawa-ketawa. Ketika dia memberikan aku belerang kuning untuk ditabur keliling rumah kerana rumahku dimasuki ular. Mana mungkin aku lupa kebaikan dia sebagai sahabat. Aku minta maaf kerana terpaksa berada di sini mungkin untuk memerhati dan mungkin untuk menentang kamu di satu hari. Aku minta maaf... aku harap kamu faham.

Seketika masuk seorang pegawai polis membawa bahan-bahan bukti yang telah dilabel sebagai afidavit. Jelas juga barang bukti yang dilabel atas nama pekerjaku. Itulah barang yang menjadikan dia berada di sini dan berada di lokap.
Loceng bingit berbunyi tanda majistret masuk. Semua dalam dewan berdiri. Habis kes pertama, kes kedua pula menyusul. Nama pekerjaku disebut lantang.

Pertuduhan dibacakan. Jelas dan menusuk. Tangan aku terus menconteng di atas buku catatan. "Anda mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan?"
"Tidak, Saya mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan," jawab pekerjaku.
"Yang Arif, tertuduh mengaku tidak mengaku bersalah. Dengan itu perbicaraan ditangguhkan pada .........."
Majistret mengangguk dan terus mencatat sesuatu. Itu saja....
Dan itu bermakna... mahkamah ini akan menjadi destinasi kerapku selepas ini.


6 comments:

qisya's mada said...

best gak keje gini.. belajar perkara2 baru..dari duduk kasi osi nih.. hari2 hadap mender yg sama..buring

Kakcik Seroja said...

Undang2 gtak mengenal siapa, kan? Mudah2an penghakiman yang dijalankan benar2 telus dan adil.

azmiroy said...

saya menunggu perbicaraan seterusnya....... jangan jemu menulis :-)

Darling Pya said...

kawan bisa aja menjadi lawan suatu ari nanti...semoga hubungan persahabatan VIC dgn 'dia' tidak akan terputus disebabkan perkara ni

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

yan - diakui belajar banyak perkara baru - itu memang kebaikan. Tapi bila banyak sgt perkara baru sedangkan yang lama tetap perlu dibuat juga... itu maknanya bebanan.

kak cik - nampaknya amat susah untuk telus dan adil apabila tertuduh umpama memabaca skrip.

Azmi - InsyaAllah.... hanya ini medium meluah rasa...

Acu - InsyaAllah.... lagipun bumi Allah luas dengan rezeki. Malah vic pun belum tentu kekal terus di syarikat ni.

ardz amy said...

sis apa kes yg dia buat sbnrnya? ehm ....