Wednesday, December 16, 2009

MC Palsu Semakin Serius

Dulu aku memang pakar identified MC palsu kerajaan ni. Tengok je kertas coklat tu, telek belakang, telek cop, telek tulisan aku dah dapat instinct MC tu palsu atau tak. Kemudian aku akan membuat pengesahan di hospital berkenaan untuk MC yang aku curiga. Jarang sekali naluri aku tersasar. Mungkin sebab dah terlalu kerap membelek MC kerajaan, maka aku sudah rasi.

Dulu aku kerja kompeni cina taik idung masin. Executives je yg layak untuk unlimited medical claim. Pekerja bawahan hanya layak untuk kos perubatan sehingga RM15 je. Itu pun pekerja kena bayar dulu. Kedekut nak mampos. Sebab tu mereka sanggup ke hospital kerajaan. Peliknya pemerintahan kuku besi mcm tu takde Union plak... Bagus gak takde Union, jadi HR pun senang.

Tapi semenjak kerja kat sini, dari mula aku masuk beberapa tahun lepas jarang sekali aku terima MC kerajaan. Sebabnya kompeni skang ni kompeni Jepun. Welfare pekerja memang priority kami. Nak pi klinik, pi je klinik panel. Tak payah keluar duit, bawa je kad bagi kat klinik tu. Kalau kena admitt hospital untuk sakit serius pun, tak perlu ke hospital kerajaan, pilih je mana-mana hospital swasta, semuanya ditanggung insuran syarikat. Punya la murah hatinya kompeni ni - TAPI - ada UNION. Pelik tul!

Tapi baru2 ni aku terima satu MC kerajaan yang memerlukan aku mempraktikkan kembali skill meng'identify' MC palsu ni. Ntah kenapa aku rasa curiga betul bila tengok nama Doktor yang merawat. Doktor Tarmizi namanya. Kebetulan baru2 ni, Menteri Kesihatan ada mengulas mengenai MC palsu yang semakin menular. Aku membuat panggilan kepada pegawai di klinik kerajaan terbabit. Secara lisan aku difaham, Doktor tersebut tidak wujud di klinik terbabit. Aku juga difahamkan klinik terbabit sedang berhadapan dengan masalah MC mereka yang dipalsukan oleh satu sindiket secara meluas.

Perbualan itu membawa kepada pertemuan 4 mata dengan pegawai terbabit petangnya. Aku diminta membuat laporan polis kerana kes ini dianggap serius oleh mereka dan sebagai syarat untuk mereka melepaskan surat pengesahan rasmi kepada aku. Maka petang tu juga aku ke balai polis berdekatan.

MC palsu merupakan satu major misconduct dan kesalahan yang dianggap sangat serius. Kalau di syarikat swasta hukumannya dibuang kerja. Persoalannya kenapa pekerja memilih jalan yang susah untuk dibuang kerja? Susah untuk mereka, susah untuk aku juga. Aku kena berulang alik hospital ke balai polis. Balik pejabat kena draft surat itu ini... suspend.. Domestic Inquiry... haihhh... kan susah tu processnya. End up tetap kena buang kerja. Pekerja susah aku pun susah... baik je la kowang hantar notis berhenti 24 jam ke.. absent selama 2 hari ke... senang je kan nak kena buang? Pelik tul la manusia ni.

Ha... aku kena buat laporan polis, tapi polis pun pakai MC palsu... apo nak dikato??


Kesalahan ini dianggap serius dan dendanya juga amat berat.
Moral of the Story : Jangan pilih jalan susah untuk berhenti kerja.

10 comments:

azieazah said...

Betul... nak dapat keje dulu sikit punya susah... ni nak berenti pun nak ikut jalan susah?

Berenti elok elok.. tak baik bohong sakit, nanti betul betul sakit, tak baik2, baru padan...

ardz amy said...

salam vic, betul mc palsu ni makin berlualasa, shaz ingt dulu waktu keje kat klinik kan, hari isnin n jumaat la paling ramai org dtg terutamanya yg berkerja, sbbnya nak amik MC, so nak cuti panjang la. pendapat shaz kan, kalau rasa dah x nak keje, baik x yah keje, bila jadi mcm ni akan menyusah kan org ramai, so baik berhenti je kalau x nak keje.

rosnanie said...

salam
Biasa yg ambik mc tipu ni kt klinik swasta, student pn ramai yg buat keje mcm tu, sy pn dah biasa sgt dgn mc2 tipu ni. Memang sajer cari penyakit la

Dulu masa thn pertama kerje dpt trace student guna kc hospital krjn tp tipu, akhirnya terkeluar cite, makcik keje kt hospital tu, so dia yg tlg copkan kt mc tu,

tu la vic, biasa kalau tipu mesti kita ada rasa semacam curiga

p/s, nasib baik skrg dh gubal undang2 baru, mc tak mc, kehadiran kurang 80% tak ley masuk exam

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kak Azie - tu la... dowang lupa skang ni berapa ramai graduan menganggur, nak dapat gaji minimum pun susah... yang ada kerja tak reti bersyukur plak. Boleh plak menipu kompeni yang banyak berbudi. Tak patut.

Shazriena - Kalo dah malas memang macam2 dalih dan auta nyer shaz. Tapi ini bukan kes pi klinik minta mc.. ini kes beli mc kerajaan palsu dari sindiket. Kes ni skarang sedang di bawah siasatan polis dan kementerian kesihatan. Dengar cerita MC tiruan ni boleh dibeli dengan harga RM30 sekeping dari penjual burger.

rosnanie - Bukan pekerja je beli MC ni kan, kalau dah dari masa bergelar student pun dah pandai menipu, dah masuk era kerjaya lagi la.
Kami tak terima MC klinik (bukan hospital) swasta. Kerana kami tahu MC klinik kecil2an ni memang boleh dibeli dan didapati dengan mudah. Kami telah melantik klinik panel yang mempunyai cawangan meluas untuk memudahkan pekerja2. Tapi sebagai majikan, kami wajib mengiktiraf MC yang dikeluarkan oleh mana-mana hospital atau klinik kerajaan.

Masalahnya bukan kerana kecuaian atau ketidakamanah pekerja hospital kerajaan, sebaliknya didalangi satu sindiket lain yang mana MC yang dijual kosong. Cuma bercop dan bertandatangan ntah dari penyangak mana. Kemudian si pembeli akan mengisi sendiri ruangan yang kosong tu dengan nama mereka dan berapa lama mereka mahu membuatkan cuti tu. Jual MC lebih laku dari jual burger, burger tu sekadar cover line je.

Cetusan said...

harga semasa berapa RM sehelai sehari? dulu 2000 harga untuk dijual kepada cikgi berharga RM15 sehari., itu pun pakai agen macam MLM pulak..kalau cuti begitu untuk kakitangan gomen parah laa

iCe said...

sape laaa yang pandai sangat wat macam tu... takat nak mc tu senang je dapat... pi klinik panel & cakap je sakit pinggang... kompom dapat mc punya siap kena injection lagi... hak3 yang ni spesel tips untuk kawan2 dari Dr. iCE

iDAN said...

Mereka yang melakukan penipuan MC ini sebenarnya tidak berfikir panjang. Mungkin juga tak jangka pun akan dibuang kerja.

Pulak tu kalau terima gaji penuh dengan penipuan ini dijadikan pula darah daging maka bertambah liat & malaslah manusia seperti ini.

Jika kerja di bengkel mudah amat nak dapat MC ini, main sahaja mesin kimpalan tanpa pakai kaca mata hitam tu! pasti merah biji mata & dapat MC pasti lebih dari sehari!.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Zeq - harga MC sindiket tak pakai hari... pakai keping. Sekeping kertas coklat harganya RM30. Nak taruk berapa hari pun, suka mu la.. kalo kantoi.. mu tanggung sendiri.

iCE - baru habis proses akhir dengan poliklinik kerajaan terbabit. Sekarang masuk stage pertama dengan pekerja terbabit. Kalau saya di tempat dia skang ni, saya pilih berhenti (resign 24 jam) daripada diberhentikan. Tapi kalau saya jadi dia, saya memang takkan palsukan MC.

iDAN - Oh, manusia memang sukar diramal. Saya pernah deal dengan seorang "Pak Lebai", janggut separas dada, tapi sepanjang menjawab soalan dia asyik menipu dan siap bersumpah walhal setiap perbuatannya dirakamkan oleh kamera cctv dan terdapat 3 saksi.

Saya memikirkan orang2 mcm ni lebih mengutamakan keberkatan gaji rupanya saya silap.

Kebetulan pula iDAN, sebab MC selama 2 hari disebabkan sakit mata (kononnya).

Unknown said...

bleyh taw kesan kepada pekerja yang di berhentikan kerja dengan notis 24jam akibat tipu mc x??

Unknown said...

bleyh taw kesan kepada pekerja yang di berhentikan kerja dengan notis 24jam akibat tipu mc x??