Kalaulah Semua Orang Tahu Membuat CPR & 1st Aid tentu banyak kematian mengejut yang terjadi dapat dielakkan. Memang ajal dan maut di tangan tuhan tapi sekurang-kurang mangsa yang mati akibat serangan jantung, renjatan elektrik, lemas (air atau asap) atau terkena bisa patukan ular dapat diselamatkan, diberi waktu yang lebih lama sedikit sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Itulah yang dikatakan oleh Trainer yang sangat mahir memberikan ceramah sehingga training 18 jam (2 hari) terasa amat suntuk kerana terlalu banyak perkara baru, menarik dan penting yang ingin diketahui oleh kami semua.
Kata Trainer lagi, Allahyarham Hani Mohsin yang meninggal akibat serangan jantung di tengah public malah di kawasan LCCT yg mana pekerja di situ telah diberi latihan kecemasan, malangnya, tiada seorang pun yg tampil memberi bantuan kecemasan (CPR) kepadanya waktu itu.
Kemudian, 4 orang dari kami dipilih untuk berlakon menjadi mangsa. Kami di makeup kan dengan darah tiruan dan luka2 yang mengerikan. Pasukan penyelamat ditubuhkan. Marshall dilantik bagi menilai kerjasama, kepantasan dan tertib pasukan penyelamat.
Inilah dia pasukan penyelamat yang telah ditubuhkan dalam masa 5 minit.
Tips Penting: Selagi anda tidak ditauliahkan sebagai doktor perubatan adalah salah bagi anda memberikan ubat kepada orang lain. Anda boleh dipenjarakan sekiranya pesakit mendapat alahan atau mudarat disebabkan ubat yang diserahkan kepada mereka dari tangan anda. AWAS~!