Friday, November 14, 2014

Jangan Baca Entry Ni

 Aku ni mmg peminat novel.. kowang pun tau kan.
satu rak besar semua penuh ngan novel kat umah tu... Itu novel yg dikumpul dalam tempoh masa 10 tahun lepas.... Lebih 10 tahun lepas semua dimakan anai2 kat umah mak dah..

Nak dijadikan cerita, semenjak dua menjak ni beli novel tapi tak baca. Puncanya bila aku baca 3 muka surat pertama, aku kecewa dengan tulisannya. Satu perkara ttg aku ni, kalau aku rasa aku boleh tulis novel lebih baik dari penulis novel tu sendiri, aku akan rasa novel tu hampeh... dan ia akan memadamkan keinginan aku untuk meneruskan pembacaan sesuatu novel tu. Maka terjadilah banyak kes... (i mean berpuluh2 novel) yg aku beli aku hanya baca 3-4 muka surat pertama sahaja.... dan paling jauh pun sampai bab kedua.

Satu hari tgh aku pusing2 kat kedai buku untuk memilih novel terbaru dari penulis yang aku suka (lately, aku hanya baca novel dari penulis yang aku confident menghasilkan novel yang berkualiti dan menepati citarasa aku aje cth: Acik Lana, Evelyn Rose dan beberapa penulis lain ). Setelah belek2 punya belek... nyata.. my favourite authors belum mengeluarkan novel terbaru. Maka aku pun google la dengan keyword "Novel Terbaik 2014" Tup!!!! Keluar gambar novel bawah ni...
Aku pun terus cari novel ni kat rak. Ambik, terus bayar kat kaunter..... Tiba2 teringat... "Dik.. dalam blog kata buku ni ada sambungan ye? Cover dia hitam semua," tanya aku pada budak cashier tu.
"Haah, ada, tinggal sebiji je.. nanti saya ambilkan." Habis bayar kedua2 novel aku pun balik ke rumah dengan girangnya untuk mengestart baca.... dan...

Serius... mmg novel ni antara yang terbaik yg aku pernah baca. Buku ni membawa emosi yang berbeza. Bukan perasaan biasa bila kita baca novel cintan cintun, abg sado, kahwin kontrak dan sebagainya...
Novel ni telah memanipulasi perasaan aku dengan sangat2 different sehingga aku tak sabar2 nak menghabiskan bacaan dalam setiap lembaran kertasnya.

Habis je baca novel kedua yang aku fikir banyak mengungkap semuanya.... rupanya ada novel ketiga. Yang Akhir. Tapi seingat aku kedai buku POPULAR yang aku pi tu tak ada novel akhir ni. Dah habis rasanya. Nak cari kat kedai lain pun, payah, sebab bila ko nak beli buku ni ko nak sebut tajuk pun tatau... cakap kat budak kat kedai buku... Novel yg ada tiga garisan merah tu... Haishh... payah.... payah...

Lama2 aku beli kat mphonline sudah... mmg best la trilogi ni. Jangan la pk pasal logik bila baca buku ni sebab nama pun novel misteri. Lagipun sebagai Muslim kita pun perlu akur pada perkara yang tidak nyata (ghaib). Tapi novel ni mmg akan membawa kau ke satu jenis pembacaan yang berbeza... cuma satu je....
JANGAN TERBAWA-BAWA NOVEL NI DALAM KEHIDUPAN KORANG, OTHERWISE KORANG AKAN MENERIMA NASIB YANG SAMA DENGAN WATAK NOVEL.




Ismi Fa Ismail..... anda telah berada dalam carta hatiku. Antara Author yang pasti aku akan beli novelnya...
Baru beli 2 lagi novel dari Ismi.... nanti kalau berkesempatan, habis baca aku kongsi preview nyer yer...



Friday, November 07, 2014

Berjoli Pada Diwali di Bali


Pemalas. Ya memang aku pemalas nak tulis sebarang travelog mahu pun berblog. So let's photos tell you the whole story...

Day 1:
Perjalanan pergi - menangis! Tak tahu kenapa rasa terlampau gerun naik kapal terbang kali ni. Sebab kapal terbang tu quite small dan asyik shaking je.. Pilot plak kerap picit butang fastern seatbelt... serius seriau!!

 Tiba di Ngurah Rai airport - disambut dengan bunga kalungan kemboja kuning yg ohsommm baunya!

 Yes... ini tourist guide kami. Wayan namanya. Ramah sungguh... dan kelakar orangnya.

Inilah tunggangan kami ber-sebelas ya pak!
 Lokasi Pertama, Hari Pertama - Garuda Wisnu Kencana Park.... Posing kalah patung belakang.

Lokasi Kedua - Uluwatu - tebing tinggi dengan pemadangan yang memukau....

 Ha... kat sini la spek mata aku kena rampas, dikokak, digigit, dipakai, dibaling dan dipulangkan kembali oleh seekor monyet - sadis!




Time Makan Malam.... waduh... lazat sehh.. Lepas makan barulah kami dihantar untuk check-in di resort kami.



 Ok... hari kedua... pagi2 dah kena turun brekfast. Lupa plak - kami stay di AYODYA resort (formerly known as Hilton) - terletak di kawasan resort mewah di Nusa Dua dengan sistem keselamatan yang agak melemaskan pada aku... sbb payah driver teksi yang nak menghantar kami, habis satu teksi kena periksa dulu baru leh lepas masuk. Dah ar agak jauh ngan pekan Kuta... Setiap kali nak pi pekan IDR180,000 - lebih kurang RM50 - untuk sekali perjalanan bukan return... pergi balik dah bape... ha! cuba pk! Nak resort mewah punya pasal. Nyesal mak nok!


 Lokasi pertama hari kedua, kilang batik. Batik Craft Centre.
Apa la bebudak ni buat depan kilang batik ni. Dah le tak beli hapa sbb mahal nak mampuih leh plak buat aksi pelik2.
Lokasi Kedua hari kedua. Kita tengok Barong Dance bebeh!

Kemudian kami ke Ubud.Yang terkenal di ubud ni ialah kawasan padi bukit yang sangat cantik. Sila abaikan si tua yang naik syeh di gambar atas ni ye...
 Kemudian kami bergerak ke Kintamani, iaitu tempat tanah tinggi yang mana terletaknya gunung berapi. Kawasan agak dingin (namun tak sesejuk Genting or Cameron). Kami menjamu selera di sebuah restoran halal berlatarbelakangkan pemandangan gunung berapi...

 Sambil sambil mencicip kopi...

 Ni lah restorannya....
 Kemudian kami ke sebuah tempat menjual kopi... Kopi yang paling terkenal dan termahal di sini ialah kopi luwak.
 Inilah dia binatang yang bernama luwak tu. Comel je...
 Kemudian kami ke sebuah kampung orang asli yang diberi nama Penglipuran. Kat sini ada lebih kurang 44 keluarga orang asli.... rumahnya dibina sama saiz dan sama rupa bentuknya...

Jom Jalan-jalan...
 Malam tu kami siap ber"candlelight dinner" di tepi laut lagi... Lokasi - Jimbaran.
 Bergambar dengan penari pada malam tu...

Day 3: Hari terakhir di Bali. Sebelum check out pagi tu kami breakfast dulu...

 Kemudian kami jalan2 di seluruh resort dan 'private beach'nya... ha... ni lah gambar2 pemandangan resort kami...







Kemudian kami bergerak ke lokasi pertama pada hari ke-3 iaitu Tanjung Benoa Watersport Centre...
Kat sini kami diberi pilihan untuk memilih sendiri watersport aktiviti kami. Aku dan Azman memilih Scuba Diving manakala yang lain2 pilih naik bot pi Turtle Island.









Kemudian kami dihantar ke sebuah pusat urut dan Spa. Disebabkan aku sudah berurut malam sebelumnya... maka aku memilih untuk membuat manicure dan pedicure....

Kemudian... kemi pi lunch. Hari ini kami akan makan salah satu hidangan tradisional Bali (bali ada 3 makanan tradisional) iaitu ayam betutu. Tp kami pi ayam betutu yang dah certified halal la. Then kami dihantar untuk last minute shopping di Krisna. Krisna ni lebih kurang ala2 Mydin Mall. Barang2nya dijual secara pukal, agak murah namun kurang kualiti, kurang pilihan. Untuk orang yang cerewet mcm aku ni agak frust jugak la sebab aku tak dapat nak shopping habis2an gara2 produknya tak menepatinya citarasa aku.

Akhirnya untuk fridge magnet, banyak dihabiskan dengan membeli di airport je... ish... membazir tul. Kalau tau aku beli kat Ubud!! Nasib baik dapat gak beli t-shirt dan souvenir untuk bos di Hard Rock Bali.. 2 malam berturut2 kami pi Hard Rock Bali. Oh... jgn tatau Bali ada 2 Rock Shop Tau.... Kalau korang mmg pengumpul barang2 HR - dont miss the opportunity to visit both Rock Shop.