Thursday, January 31, 2013

Na Na Na... Tengganu Kiterrr~!

Lamanya tak pi bercuti... (berdua). Biasa pi bercuti ngan whole family. Ntah tebiat apa kali ni hubby ckp "Jom pi Ganu?". Aku ngan eksennya jawab "Watpe?"
Asben: Bercuti la apa lagi??
Aku: Awak sponsor ke?
Asben: Ye la... sy yang ajak, sy sponsor la...

Hoyeahh!!! Setuju! Setuju! Setuju!
Pastu Asben pun menyerahkan beberapa keping duit. Ini budget untuk hotel. Cari hotel yg baik. Kalau dapat murah bleh tido lebih dari 1 malam.
Haishh... bab mencari hotel baik dan murah, I am the best laa....
Sampai asben pun tkojut, "awak tambah duit awak ke?"
"Tak ar... saya guna ngam2 duit yg awak kasi untuk hotel"
"Hurmm.... hebat!" - Yes. I am. Thank U.

Apa yang menarik kat Ganu? (Kuala Terangganu)
Kami jarang tinggal kat Ganu cos kami dua ni Gila Pulau~!
So kalau sebut Terengganu biasa kami konfem nyasar ke Redang, Kapas, Perhentian dsb..
Tp kali ni kami tak pulau2 tersebut cos pulau2 yg mengadap laut China Selatan ni biasanya ditutup dari bulan 11 sampai bulan 4 setiap tahun disebabkan tengkujuh dan tiupan angin monsun yang tidak sesuai untuk sebarang aktiviti pantai/ laut.

So, kali ni kami ke Pasar Payang, Makan Satar, Kopok Leko, Ikan Bakar Pok Rashid yang sedap, dan sempat juga le shopping sket kat Noor Arfa Craft Centre.
Kemudian kami ke Kerteh, tido umah my Abg Ipar. Wooohhhh... manyak syok. Kami makan ketam ketam ketam dan udang. Puasnya!! Tidak terkira kepuasannya. Manissss~!!!

Sebelum pulang ke Semenyih, kami bermalam lagi semalam di Cherating. Beshnya. Kebetulan hotel yang kami duduk tepi laut dan banyak sangat aktiviti. Rasa mcm 1 malam tak cukup je. Later la... kita sambung cuti lagi.









Lastly, TQ to asben yang sudi bawak saya bercuti...
Dia kata: U r most welcome. Doakan saya rezeki bertambah murah, nanti saya bawak awak melancong oversea plak.
Aku: InsyaAllah... yang... saya nak pi negara yang ada salji... sy nak main salji.
Andy: Oh... ok.. nanti saya bawak awak pi I-City kat shah alam...
Aku: Sabo je la!!

Tuesday, January 01, 2013

What U give, U get Back~!

Majlis Tahun Baru 2013 dan Xmas Party berjalan lancar. Sekali lagi aku diapit committee yang mantap, sentiasa ada bila diperlukan dan cekap menjalankan tugas masing-masing. Terima kasih kepada committee tersayang yang selalu menjadikan majlis-majlis sentuhanku sepanjang 2012 berakhir dengan kenangan yang indah, pujian dan penghargaan. Syukur Alhamdulillah.
Another Day to be remembered in 2012. Arabian House, B.B. Bangi - 27th December 2012 - 6.00pm -8.00 pm.
Keesokannya harinya pagi2 lagi aku menerima emel daripada puan GM mengatakan MD ingin belanja 6 orang HODs di Tuscany Restaurant (Italian Food) di Marriot, Putrajaya selepas waktu kerja. Maka itu, sebaik tamat waktu kerja, kami terus berkonvoi ke sana. Sebaik tiba kami ditempatkan di meja betul2 di tepi tingkap dengan pemandangan senja yang hebat.
Aku pesan Jumbo Prawn - udang besar yang grilled dengan sos yang marbeles~!! MD kami juga telah memesan seekor Lobster yang besar (kalau sebut harga-mau telan liur). Pendek kata aku betul2 bloated malam tu, even tho Italian food is not really me.

Rupanya ada pengumuman yang ingin dibuat malam itu, bahawa pada bulan 6 2013 merupakan bulan terakhirnya di ATRYZ (Malaysia) sebelum dinaikkan pangkat menjadi director di HQ. Katanya, kamilah punca kenaikan pangkatnya dan makan malam itu adalah tanda terima kasihnya kepada kami.
Our current GM will be promoted as MD soon. Hope year 2013 will bring more prosperous and success for ATRYZ (Malaysia). Kebetulan malam tu ada live band, tiba2 mereka datang kepada kami dan bertanya samaada kami berminat untuk request any song for that special night? We requested Last Christmas, 1 lagu Jepun yang sangat sedih, Can't Take My Eyes of U and another song (tak hengat).... but all those songs akhirnya membawa kepada genangan airmata pada MD kami dan kami sendiri. Oh sedihnya.

Suddenly~!! Jeng Jeng Jeng... MD menyebut namaku. Katanya aku ni orang yang sangat lucu. Ada 2 karakter. Kadang2 terlalu serius dan kadang2 sangat kelakar. Dia paling suka kalau aku ucap "Ohaiyo Gozaimas" padanya setiap pagi, sangat energetic berbanding org lain. Hahaha... aku pun tak pasan. Dan dia buat satu permintaan kepadaku.. "For the year 2013, I want the best dinner ever for my last day in ATRYZ Malaysia, could u do that for me?" Aku termenung sekejap... kemudian mengangkat simbol OK pada jari. "No problem, Sacho. I promise I will make u cry on that night.".... dan dia senyum.


 Dan yang paling mengharukan pada malam itu adalah apabila dia berkata. "I will leave ATRYZ Malaysia to all of you to handle it. Maybe one day I'll be back to see all of u again. But I believe with this leadership team   which is the best ATRYZ Malaysia ever had, you'll be more successful." Tapi aku percaya pada satu pepatah yang aku pegang, kalau kita ikhlas melakukan sesuatu itu, pasti ada balasan yang menanti kemudian. Klau bukan di dunia, di akhirat nanti. What u give, u get back.