Friday, December 14, 2012

Syukur, Syukron, Arigato Gozaimas, Xie-Xie, Terima kasih & Thank You.

Oh ye, Lusa aku bakal menduduki satu peperiksaan, Radiation Protection Officer, sekiranya aku lulus, aku akan dilantik menjadi RPO syarikat. Besar maknanya "kelulusan" ini kepada aku. Tapi hakikatnya.. terlalu jauh dan terlalu tinggi untuk digapai. Setiap manusia ada limitation. Dan aku kira.... peperiksaan ini terlalu tinggi dan melepasi had limit aku. Inilah matapelajaran paling susah yang pernah aku temui di sepanjang hidup aku. Jauh lebih tinggi dari matapelajaran fizik dan matematik tambahan yang pernah aku ambil dulu. Aku cuma mengharapkan keajaiban... mudah2an apa yg aku baca dan aku faham sahaja yang keluar periksa. Boleh mcm tu? Tapi aku terima segala ketentuan Allah... Kalau lulus tentu ada sebabnya... dan kalau gagal pun tentu ada kebaikannya.

That was my last post dalam entry sebelumnya... and yes.. I admit that again and again doa seorang ibu memang punyai "khasiat" yang tersendiri. Ingat lagi kata2nya... "Tak ada seorang pun anak emak yang terlepas dari doa mak. Setiap hari mak doa moga Allah bagi yang terbaik untuk anak-anak mak. Mak doa semoga Along berjaya, terang hati dan dipermudahkan untuk ambil periksa kali ni." And yes... the result came out yesterday after more than a month...

 Syukur Alhamdulillah, terima kasih mak dan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang mendoakan aku...

Pagi ni ada yg belanja makan nasi lemak atas kejayaan aku. Thanks Kak Bedah. Azman pula janji nak bawak souvenir dari Jepun hadiah lulus peksa (hari ni dia berangkat ke Jepun- seminggu)... My GM & MD menghantar sms dan emel dari Jepun mengucapkan "Many many many Congratulation for your hard work!"

Am I happy?? Yes I am. Walaupun ada banyak kerja yang menantiku selaku RPO syarikat nanti, I will take it as one of my new challenge. Moga ia akan meningkatkan lagi pengetahuan dan jati diri dalam diri aku. InsyaAllah.

Friday, November 16, 2012

A friendly guide to Cameron Highland

Perkhemehan ke Raub (Lata Lembek) dibatalkan sehari sebelum pemergian kami. A bit dissapointed actually. Mula2 ada intention nak merajuk juga dengan office mates tapi bila difikirkan balik, it's not their fault... diorang pun kecewa juga, bukan aku je. Mak Azman dimasukkan hospital akibat jangkitan paru2, pada post ini ditulis ibunya masih lagi belum keluar dari hospital. Abg Jamal plak tatau kenapa demam dan muntah2 yang teruk... 5 days non stop..  bermula dari khamis minggu sebelumnya dia dah MC... tak sangka plak melaratnya weekend pun tak baik2...
Kata abg Jamal... "Banyak sangat dugaan, mungkin ada petanda Allah tak nak bagi pergi."

Dan kerana kekecewaan itu aku ambil cuti hari Jumaat atas alasan nak bereheat sepuas2nya di rumah. Approved by GM!

Adalah agak mustahil aku boleh duduk berdiam diri sepanjang cuti ini, maka aku memutuskan untuk ke Cameron Highland... ntah utk kali ke berapa?? Tatau.... banyak kali dah... tapi aku ingin sekali berkongsi sedikit maklumat mengenai Cameron Highland... perkara yang akan aku buat sepanjang berada di Cameron.

Hotel:-
Ada banyak hotel kat CH, dari budget hotel sehinggalah luxury type. Let me share about few hotels which I used to stayed.

Heritage Hotel- berada di Tanah Rata.. rupa kawasan hotel dan bangunannya lebih kurang je macam Strawberry Park Resort. Aku suka hotel ni sbb dekat je kalau nak ke Starbucks. WIFI free (signal internet utk celcom dan maxis sgt buruk di CH) and Caramel Machiato di tengah malam yg sejuk... TERBAIK!

Equatorial Hotel - terletak di Brinchang... the best part is jalan kaki je kalau nak ke KEA market iaitu pasar pagi paling popular dengan harga terbaik di CH.

Casa De La Rosa - terletak di tengah2 dari Tanah Rata ke Brinchang, a luxury place to stay... Tamannya cantik, biliknya luas, mewah dan besar.... Bilik airnya saja dah sebesar master bedroom rumah biasa. Tapi kekurangannya tiada pasar, restoran mahupun kemudahan seperti kedai runcit di kawasan sekitarnya. U have to get a ride to go anywhere.

Strawberry:-
Tak logik kalau ke CH tak merasa buah Stoberi. Aku kalau ke sini nak cari Strawberry wajib ke Raju Strawberry Farm. Terletak betul2 bertentangan dengan hotel Equatorial, I think this is the best Strawberry Farm in CH kerana:-
1- selain drpd strawberry anda boleh dapatkan apa saja yg berasaskan Strawberry disini. Aiskrim, Kek, Air, Ice blended, coklat, candy atau apa saja yg berasaskan Strawberry.... semuanya ada sini.
2- Mostly kebanyakan strawberry farm di CH kepunyaan cina, but this owner is Indian Man dan dia sangat peramah, baik dan tak berkira. Any explanation about strawberry u need to know, he can guide u.
3- Dia tak kedekut, harga boleh negotiate. Sometimes dia akan bagi free gift to u.
4- Strawberrynya segar. Gemuk... gebu... manis... uhhhhhhh.... terbaik!

Tea Farm
Ada 2 ladang teh terkenal di CH. Satu kepunyaan Bharat Tea dan satu lagi Boh. Ramai org prefer singgah di Bharat Tea Cafe sebab convenient, tepi jalan je. Mudah... sementara Boh Tea kena masuk jalan berbukit bukau di lereng2 ladang teh, agak sempit dan sangat tak convenient untuk mereka yg tak cekap memandu. Boh Tea Centre pun ada 2 tau... Tapi aku paling suka Boh Tea Centre di Sungai Palas kerana pemandangannya paling cantik!!! Kalau pernah tengok cerita Ombak Rindu yang Aaron Aziz dan Lisa Surihani tu... tu ar tempatnya.

Souvenirs.
Dulu harga terbaik ialah di Pasar Malam Brinchang tapi skang ni di KEA market pun boleh dapat souvenir dengan harga yang lebih baik. Keychain, sweater, fridge magnet, bunga, potpouri, buah2an, jagung, sayur semuanya boleh didapati di sini.

Cactus.
Ikut survey... harga pasar malam paling murah sebab boleh tawar menawar tapi di Cactus Point cactusnya more varieties, pasu dan stand untuk pasu cactus pun banyak pilihan!

Jam strawberry
I can say that dalam banyak2 jem strawberry dekat CH yg paling aku suka ialah milik KHM Strawberry Farm. Orang melayu. Jem homemade dia sangat sangat sangat sedap. Boleh dibeli di kebunnya, di pasar Malam Brinchang ataupun di kilangnya terus dengan harga yg lebih murah.



Sunday, November 04, 2012

Perginya Chenta (cinta) memberi laluan kepada Qaseh (kasih).

Tajuknya penuh makna, simbolik realiti dari kehidupanku sendiri. Chenta dah takde. Tarikh 24 Oktober menyaksikan Chenta pergi buat selama-lamanya. Takde angin, takde ribut, Chenta keras saja pagi tu. Tidak seperti rutin mengejarku tiap kali aku menyediakan makan pagi untuk mereka. Husband kata "Chenta tidur dalam bilik." Hati aku tambah tak sedap. Aku minta husband kejutkan Chenta walau hati aku dah terdetik sesuatu yang tidak baik. Dan semasa husband aku menyebut, "Chenta dah tak ada, yang. Dia dah mati." Airmata aku mengalir laju, jantung dipam terasa sakit denyutannya sehingga aku terpaksa menekan dada aku yang umpama hendak pecah. Tentu korang pernah rasa situasi mcm ni kan?

Tidak seperti Mika, selepas menanam jasadnya yang kaku, aku masih mampu pergi bekerja seperti biasa. Ahh... hidup ini terlalu banyak kejutan. Samaada aku bersedia dengan kejutan itu atau aku mungkin telah menjangkanya dari awal. Kalaulah nasib yang sama menimpa Shaby.. mungkin skang aku sedang gila menangis tanpa henti. Qaseh, mana mungkin Qaseh mampu menggantikan Chenta. Katalah apa saja pun, baka lebih baik, lebih cantik, lebih gebu... Chenta lebih dekat dengan hati. Kerana itu tatkala abg iparku menyuarakan hasrat untuk mengambil Qaseh, aku sikit tidak ralit untuk menyerahkan Qaseh pada abg iparku. Kini Qaseh bahagia duduk di rumah besar di Terengganu, mungkin sedang belajar loghat Tganu.

Beberapa hari lepas kejadian Chenta pergi, Oyen menunjukkan sipmtom yang serupa, kelihatan lemah, kurang selera makan, tak nak bergurau. Kalut kami dibuatnya. Lalu pagi tu husband menghantar Oyen dan Tompok (yang baru mula menunjukkan simptom malas) ke veterinar... Penangannya.. dua2 disuntik dengan antibiotik. Walaupun sebenarnya Tompok tak sakit... pun selamat disuntik dan diberikan ubat kapur. Marahnya dia... "Tak pasal2 aku pun kena!!" Seluruh bilik dan permainan dibersihkan dengan dettol dan clorox bagi membunuh kuman dan virus. Raya Haji aritu terpaksa la bawa Oyen ke Tg Malim skali kerana perlu diberikan ubat dan air 2 jam sekali. Shaby ikut sekali... kesian dia. Dek kerana ramai yang terkejut dan terkujat dek kegemukan melampau dia, habis kena gomol satu rumah... takde rehat. Tu yg bila balik ke Semenyih, terus tidur terkangkang berjam2. Letih benar kononnya.

Banyaknya peristiwa yang terlepas gara-gara sikap malas aku yang tak mahu nak update blog. Penyudahnya, bila nak update terlalu banyak nak dicerita, terlalu banyak juga yang terlupa.

1 dan 2 November lalu kami baru sahaja selesai SIRIM audit. Berbanding audit yang lalu dan dengan syarikat2 terdahulu, aku kira ini merupakan audit terbaik dalam sejarah hidup. Dari segi persediaan dokumen, fizikal dan mental. Kami tak tergopoh, tidak sibuk, dan tidak risau menunggu hari audit, seolah-olah tiada apa yang akan berlaku esoknya... hanya hari2 yang biasa. Mungkin kami mengamalkan cara dokumentasi yang lebih sistematik, kami juga menggunakan kaedah benchmark, jadikan yg terbaik itu satu ikutan. Hasilnya... buat pertama kali dalam sejarah ATRYZ, Zero NCR, Zero Observation. Pujian melangit diberikan oleh GM kepada ISO committee. Tapi kami selalu beringat, kami tidak hidup dipuji, tidak mati dikeji. Mungkin ambiance workplace telah meng"setup" minda kami sebegitu. Disini, yang di atas tak selamanya di atas... kalau lupa diri, boleh jatuh terduduk dan dipijak2. Hakikatnya itulah yang berlaku.

Oh ye, Lusa aku bakal menduduki satu peperiksaan, Radiation Protection Officer, sekiranya aku lulus, aku akan dilantik menjadi RPO syarikat. Besar maknanya "kelulusan" ini kepada aku. Tapi hakikatnya.. terlalu jauh dan terlalu tinggi untuk digapai. Setiap manusia ada limitation. Dan aku kira.... peperiksaan ini terlalu tinggi dan melepasi had limit aku. Inilah matapelajaran paling susah yang pernah aku temui di sepanjang hidup aku. Jauh lebih tinggi dari matapelajaran fizik dan matematik tambahan yang pernah aku ambil dulu. Aku cuma mengharapkan keajaiban... mudah2an apa yg aku baca dan aku faham sahaja yang keluar periksa. Boleh mcm tu? Tapi aku terima segala ketentuan Allah... Kalau lulus tentu ada sebabnya... dan kalau gagal pun tentu ada kebaikannya.


Aduh letih sebenarnya. Aku dahagakan vacation yang benar boleh release segalanya. Kepenatan dan rasa tidak puas hati. Ada sesetengah orang menjadikan rumah dan weekend sebagai tempat melepas kepenatan selepas seharian/ seminggu bekerja. Tapi beza skali dengan aku. Aku akui, aku punya 2 karakter. Di rumah personaliti aku tidak sama seperti di pejabat. Aku menjadikan pejabat tempat "All Out" untuk apa saja perkara yang aku marah, tak puas hati dan kepayahan yang berlaku di dalam kehidupan aku. Mungkin kerana itu aku dilihat boleh jadi sangat garang dan sangat fun di tempat kerja. Berbeza ketika di rumah, aku sukar mengekpresikan diri aku. Jadi untuk kesakitan di tempat kerja, aku tidak punya tempat untuk membuangnya.... alangkah bagusnya kalau boleh bercuti dengan tenang. Harapnya camping bersama teman2 sepejabat di Lata Lembik, Raub, Deepavali ini akan memberi motivasi yang tersendiri.

Kalau dalam entry sebelum ini aku ada ceritakan tentang tetamu Sabah, terima kasih kepada semua kawan2 dan ahli keluarga yang banyak membantu aku. Akhirnya tetamu telah berjaya dipulangkan ke tempat asalnya. Cuma ada satu kemusykilan... pernah sekali tetamu Sabah memberitahu aku supaya membuang ikan puyu dalam akuarium di rumah aku. Aku katakan "Tak boleh... itu suami saya punya." Lalu dia kata, "kalau mcm ni... susahla..." Tiba2 semalam ikan puyu tu hilang tanpa dikesan selepas hampir sebulan tetamu Sabah tidak lagi datang. Pelik betul... ikan puyu tu lagi pelik... Kedatangannya dulu secara tiba-tiba dekat parit betul2 depan pintu masuk rumah. Lalu aku angkat dia dari parit kering masukkan dalam akuarium bila dia melompat saat aku kuis badannya. La ni... tiba2 hilang tak pasal2.... Memang kompius. Seram tak?

Saturday, September 22, 2012

Gaya Island - We had fun tapi......

Hari pertama 15/9/2012 - Berkumpul di ATRYZ jam 7.00 pagi. Bertolak ke LCCT jam yang sama dengan menaiki van syarikat. 8 orang semuanya - 4 lelaki, 4 perempuan. Selected leaders from various dept - based on 2012 performance. Tiba di LCCT, melepaskan luggage ke dalam kemudian having breakfast di restoran dlm LCCT. Jam 10.20 - berlepas ke KK, tiba jam 1 tengahari. Sebaik keluar dari pintu airport seseorang memegang tanda nama "Gaya Island Resort - Ms Siti Nordiana". Kami menghampirinya. 2 biji Alphard hitam berkilat sedang menunggu, terus dibawanya kami ke Sutera Harbour Marina. Setibanya di ofis tempat menunggu bot, kami disajikan dengan aiskrim homemadeCalamnansi yg sgt refreshing. Jam 2 petang kami terus dibawa ke Gaya Island Resort dengan speedboat.

Sesampainya di sana, kami terus ke restoran Feast Village untuk makan. Aku pilih Island burger... mak bapak besarnya. Homemade daging dengan wedges... tak terhabis. Nasib baik member tolong perabihkan. Habis makan kami mengambil gambar di persekitaran resort yang mewah tersebut suddenly ditarik seseorang untuk menari tarian tradisional kadazan. Layan je la...

Sebaik check-in. Masing2 kepenatan... Aku sebilik dengan Faridah, kami panggil Kak Bedah. Dia terus tertidur. Aku plak sebaik mandi dan berkemas terus turun untuk mengambil angin petang dan meninjau resort  ni. Kebetulan sedang merancang dengan Farid, Abg Jamal dan Azman.... GM dan Chong pun nak turut serta. Lalu habis kami jelajah sampai lewat senja... belum kes disergah beruk. Nak menangis aku di belakang Farid dibuatnya. Malamnya sebaik makan malam, kami berkumpul. Membuat satu game. Truth and Lies. Dan +ve and -ve thing about me. Ketawa mcm nak rak. Sampai tergolek2, keras2 perut masa ni. Semua kaki temberang... tapi end up kalah juga. Bab negative thing ttg aku.... perghhh.... 6 daripada 7 menyenaraikan..bahawa aku akan berubah menjadi Hulk apabila time payroll dan waktu period... itu yg buat semua org takut. Hahahahahahahha..... My GM plak list out yg aku selalu tak bagitau dia kalau sesuatu kerja itu telah diselesaikan atau disiapkan. Alih2 tengok2 dah siap je benda tu. Dia terpaksa figure out sendiri. Sorry GM. Saya akan cuba perbaiki di masa akan datang.

2nd day - 16/9/12
Jam 5 pagi hp aku berbunyi. Tertera nama Azman. "Jom kita tengok matahari terbit". "Tak nak. Aku nak tidur. Bye." Letak telefon. Kurang seminit bunyi lagi... "Jom la...." "Tak nak.. ajakla org lain". "Diorang semua tidur". "Aku pun...!!" Letak telefon lagi. Kurang seminit dia bunyi lagi. "Ko telefon aku balik ke?" Aku terus bangun. "Man, ko ngada ye. Aku kata tak nak ikut. Pagi2 dah buat aku marah. Camna aku nak tido balik?" "Eh, sumpah aku dpt missed call dari ko. Dah, alang2 dh marah, cepat siap aku tunggu luar." Hmm... bila masa aku missed call Azman? Dalam fikir tu aku bangun juga, berus gigi, basuh muka, sembur perfume walaupun tak mandi  terus keluar. Azman dah elok menunggu di hujung tangga. "Kita 2 je ke?" "GM dgn Chong tunggu kat Jetty". Dalam gelap tu kami berjalan slow2 ke arah jetty tetamu yang agak jauh sambil bersembang2... Setelah hampir 15min berjalan kami tiba di Jetty. Kosong. Tiada siapa. "Mana dowang?" Azman lalu mengambil iPhone nya terus menghubungi GM. "Kami di Jetty". Kata GM. Sedangkan kami mmg berada berhampiran Jetty ketika itu. "Agaknya jetty yang satu lagi kot, yg dekat jetty pekerja yang kita pergi semalam." Mak aii... jauh jeti tu. Dah le gelap. Keliling hutan belantara. Nak kena patah balik. Nak tak nak.. kami patah balik ke jetty pekerja. Lebih kurang 25min jalan kaki. Sedang kami bersembang2 menghilangkan kesunyian lalu di bawah jambatan yang sunyi tiba2 Azman mengagah aku, "Diana, bayangkan kalau kau keluar dari bawah jambatan ni, ada sekor berok tunggu ko atas tembok. Apa ko akan buat?" Walaupun soalan tu didengar biasa je... ia membuat semua bulu roma aku meremang apabila membayangkan mmg ada beruk atas tembok yang dimaksudkan. Lalu aku berjalan pantas meninggalkan tembok tu tanpa menyedari ketinggian itu membuatkan aku terjatuh, kaki aku terpelecok dan tak mampu bergerak. Azman panik. Dia cuba memapah aku tapi kaki terlalu sakit. Aku minta dia menjauhi aku. "Man, aku tak boleh gerak. Rasanya kaki aku terseliuh." Azman mengelap peluh. Cuba mendail nombor GM. Tiba2 aku rasa bayu pagi menghembus ke wajahku. Lalu ke kaki aku. Aku cuba menggerakkan semula kaki. Boleh. Aku cuba bangun. Sangat mudah. Azman ternganga... "Takpe Carmen, I rasa Diana dah ok..." itu je perbualan dia dengan GM yg sempat aku dengar. Azman bertanya kembali samaada aku benar2 ok. Aku cuba bergerak, berjalan, langsung tak sakit. "Eh... aku ok la... padahal tadi mmg kaki aku tak boleh gerak." "Tu la... aku pun nampak kaki ko terkepak tadi. Aku dah susah hati gila. Silap2 kita balik KK arini, cari tukang urut." Aku mengajak Azman menyambung perjalanan ke jeti pekerja yang hanya beberapa meter dihadapan. Azman bersuara "Carmen kata, dia kat jeti visitor, bukan jeti ni". Ternganga aku dibuatnya. Nak kena patah balik lagi. Padahal tadi kami mmg dah berada di sana... tapi kelibat GM dan Chong pun kami tak nampak. Nak tak nak... patah balik semula ke Jeti Visitor. Tiba di sana, hari dah cerah pun. Sunrise plak terlindung di balik pulau. Langsung tak kelihatan. GM membelek juga kaki dan lutut aku yang terluka sedikit. Aku katakan padanya.. aku ok dan tak sakit.



Balik semula ke bilik, mandi dan bersedia untuk keluar sarapan dan snorkelling, aku merasakan sesuatu mengikut aku di belakang. Tapi aku cuba berfikir positif, barangkali perasaan aku sahaja. Aku mengejutkan Kak Bedah supaya bersiap. Memakai baju renang di dalam dan t-shirt di luar. Sebaik bersarapan pagi kami terus ke jeti visitor untuk snorkelling dibantu oleh Marine Biologist dari Europe. Handsome! Daripada 8 orang, hanya 5 yang betul2 enjoy snorkelling. Lagi 3 panik bila terjun ke dalam air laut yg dalam. Terus terbantut, hanya duduk di jeti, termasuklah Kak Bedah. Lagi 2 Chong dan Jaafar. Coralnya mmg cantik. Cuma untuk orang yang gila snorkelling mcm aku, aku rasa Redang dan Tioman coral dan ikannya jauh lebih cantik. Habis snorkelling, balik ke bilik. Siap untuk makan tenghari dan Tribal Game (Pertandingan Permainan Tradisional Sabah). Selepas makan malam, kami berkumpul sekali lagi untuk Profiling Test, ujian personaliti. Malam itu tidur ku didatangi sesuatu. Yang mengurut lembut bahu aku, kaki aku, seluruh badanku dan wajahku..... membuatkan aku tidur nyenyak dan selesa sekali (walaupun sepatutnya aku berasa sgt takut).

Esoknya sedang aku bersantai di beranda sambil menghirup air kopi, aku bercerita ttg kedatangan sesuatu di bilikku semalam kepada Azman. Azman yang ketika itu berada di beranda di bawah nyata kurang selesa dengan cerita aku. Katanya, "Lain kali jangan benarkan, nanti dia ingat ko suka. Ini tempat baru. Kita tak kenal tempat ni. Sabah plak tu." Aku diam aje. Pagi itu kami bersiap untuk pulang. Flight kami pukul 3 petang, tapi kami plan nak ke KK dulu membeli belah. Sebaik aje bersarapan kami menaiki Bot mewah pulang ke Marina Sutera Harbour. Di sana kami meninggalkan luggage di ofis haritu dan mengambil teksi ke KK. Shopping tak ingat dunia. Masing2 membeli buah tangan untuk anak buah di pejabat, isteri dan anak menantu. Aku pula memborong 1 kilo udang harimau dan 1 kilo udang laut sebesar tapak tangan selain mutiara untuk anak2 buahku di pejabat.

Untuk Family aku? Tak beli apa2 pun. Diorang pun tak heran dengan Sabah agaknya. Hari tu punya mutiara pun dowang simpan dalam muzium aje. Tak dipakai pun. Hampir pukul 2 petang baru tiba semula ke Sutera Harbour. 2 biji Alphard sudah menunggu untuk membawa kami pulang ke airport. Jam 7.30 malam baru kami tiba di ATRYZ. Andy telah sedia menunggu. Seperti datang aritu, Azman menumpang kami pulang ke rumahnya. Dan malam itu... sesuatu itu datang kembali padaku dan berkomunikasi denganku... dengan pelat Sabah dia memperkenalkan diri dan minta ingin menjadi teman... Ok ow....

Saturday, September 01, 2012

Penangan Lebaran

Selamat Hari Raya, walaupun sebenarnya agak terlewat ucapan ini. A lot of things to say tapi I dont think blog is the best place to say it out. Aku sebenarnya kehilangan teman bicara yang boleh aku percayai. I had one tp skang aku dh takde "bestest friend" dalam erti kata sebenar. I really miss her, eventho we forgave each other tapi benarlah kata pepatah ibarat cermin yang dh pecah berderai.. kalau dicantum2 semula, belahan retak tu pasti tak mampu disembunyikan. Sekarang aku cuma ada best friends... Tp bukan semua perkara kita boleh cerita. Bukan tak percaya mereka tapi bukan semua org boleh terima cerita mcm tu.

Menghitung hari untuk satu "teambuilding" bagi HODs. Later saya kongsikan gambar2nya.

Malam tadi aku mimpi gigi bahagian depan aku patah 3 batang. Dua gigi kacip besar bahagian depan atas, manakala satu yang kecil disebelah gigi taring. Mimpi gigi patah ni bawa petanda tak elok kan? Nauzubillah... minta dijauhkan segala musibah.

Jumaat (semalam) hari Merdeka aku buat majlis makan-makan kat umah di Semenyih. Maklumlah, kawan2 sekerja dah bising2, katanya dah 2  kali raya aku tak invite dowang datang rumah. Memang, takde sorang pun kawan ofis yang pernah datang rumah aku. Seingat aku Azman sorang je yg pernah datang, itupun tak sempat masuk... cuma menghantar joran yang aku tertinggal masa memancing di Sg Tekala. Tak sangka plak... kawan-kawan beriya2 benar nak datang... akhirnya terpaksa la aku merajinkan diri membuat makan-makan Jumaat lepas. Selain dari kuih frozen Kuih Bakar Pandan dan Pau Tg Malim, aku masak mee bandung dan mihun goreng. Ok la tu... tgk dowang pun makan smpi licin pinggan.

Esoknya Sabtu (hari ni la maksudnya), giliran mak pula buat Open House kat Klang. Adoii penat kat Semenyih pun tak habis lagi dah membawa ke Klang. Selain dari acar nenas aku buat dadih Strawberry + Vanilla... wah... laris betul... licin terus 40 mangkuk. Siap tanya "Siapa buat ni Fiza? Sedapnya" Bila diberitahu kakaknya yg buat, masing2 minta resipi. Malu I...

Majlis arini langsung takde kawan aku pun. Awalnya aku takut nak jemput kawan sekolah menengah, takut dowang dh lupa kat aku. Aku cuma jemput kawan terapat je, tp masing2 ada hal plak. Nak jemput kawan2 di Bangi, iskk menyusahkan dowang je, nak datang dari Bangi ke Klang, pe jadahnya. Maka hari ni aku melayan kawan2 adik aku dan ipar aku je la... selain dari saudara mara. Ramai juga yang datang. Memang overwhelming, tak sangka juga. Jiran2 sebelah dan selang beberapa rumah pun datang. Penat memang penat tapi kalau tak buat mcm ni bila lagi nak dekatkan yg jauh, nak mesrakan silaturahim. Paling terharu waktu tenghari rumah aku dipenuhi dengan nurse dengan uniform masing2. Ramai... dari dalam sampai ke luar. Tak ketinggalan doktor pun sudi datang. Ada nurse yang pernah merawat aku pun masa aku dibedah dulu. Pesakit2 adik aku ada yang datang dengan berkerusi roda... terharunya. Dan salah seorang pesakit dialisis adalah kawan sekolah aku. What a small world.

Minggu ni pastiya hari yang sgt bz di pejabat. Selain perlu menghadiri beberapa seminar di luar, aku perlu siapkan tugasan rutin dan mengendalikan beberapa acara penting untuk bulan September. Agak sibuk kerana untuk bulan 9 sahaja aku ada 3 seminar yang perlu dihadiri, 1 teambuilding, organize 1 Family day, 1 5S Audit and 1 Mock Drill. Pihak syarikat juga akan melaksanakan Minimum Wages Order dalam bulan 10 maka top management meminta aku untuk come out dengan satu proposal skala gaji baru based on best practice and most practices. Wow... headache.

Will update again for any news... till meet again...


Ada sesetengah luka boleh dirawat dengan masa... tapi ada sesetengah luka ia makin parah dengan masa... Jangan ucap "Selamat Tinggal" kerana ia umpama pertemuan terakhir. Ucaplah "Jumpa Lagi" sebab siapa tahu Allah ada rencanakan sesuatu untuk kita di kemudian hari....

Tuesday, July 31, 2012

Iftar Sana Sini


"Jadual berbuka puasa saya agak padat pada minggu ini, maaf kepada sesiapa yang tidak dapat mem'booking' saya pada minggu ini, bleh cuba lagi minggu depan...." Cheewaahh... PM pun takde jawab mcm aku tau. Hebat sungguh.

Yes, schedule IFTAR mmg penuh minggu ni. Rezeki Murah. Jumaat lepas dapat berbuka puasa with my colleagues. Ada bawak anak bini.... berkenal2an. Foods so so je... tapi berbuka puasa bersama-sama itu yg mahalnya. Then mak call, Ring Ring (zaman skang ada lagi manusia pakai ringtone classic mcm ni yerk?)... "Jom buka puasa kat hotel sama2." Haishh... mmg tiap2 tahun ayat ni confirm dengar punya. Masalahnya Jom tu bukan maksud 'Mak belanja'. Tapi, that is my mom... when she say A... the answer will be A. Kalau jawapan dia B, ko buat le mcm mana pun supaya benda tu jadi A juga. Itu resipi dia... membesarkan anak-anak dan membentuk satu family yang pada aku... "Family Terbaik". Kalau pergi hari keluarga mana2 dulu... Anugerah Family terbaik mmg confirm family aku. Jadinya last Sunday mmg had our Iftar kat Puteri Garden Hotel. Food.... so so jugak....(I'm supposed to be Masterchef Jury next season).

Yesterday... hubby bawak la aku berbuka puasa di DRB Hicom one of his client. Jamuan berbuka puasa, terawih bersama2 Tahfiz dan anak-anak yatim. Oh... ntah kenapa semenjak 2-3 hari ni aku kemaruk nak makan Pavlova. Mungkin sbb tengok orang gila2 update gambar pavlova kat fesbuk membuatkan aku tertelan airliur 18 kali bagi sekeping gambar.
(Nasib baik Ust Azhar Idrus kata, telan air liur banyak2 tak batal puasa TETAPI..... kalau telan air liur yang dah dikumpul banyak2 dalam2 satu cawan... minum... baru batal puasa.)
Makanya... aku pun cariklah dalam internet kot2 ada supplier pavlova berdekatan... tadok.... Luckily my cousin yg mmg gila buat kuih sanggup membuatkan pavlova untuk aku. Marvellous!!! Mmg sedap... rasa dia lebih kurang macam Meringue dan macaroon cumanya... dia kurang manis sket... ada cream dan fresh fruit atasnya. Sedap. Nyum Nyum. Kalau rasa nak tempah bleh pi blog dia di sweets-sensation.blogspot.com





Puasa ni badan ada turun sket. Almaklumlah... makan sekali je sehari - masa berbuka sahaja. Pastu takde sahur. Aku tau sahur tu sunat, tapi kesan dari aku bangun sahur tu impaknya aku jadi bengap sket bila kat tempat kerja. Sesedap rasa aku tidur walaupun tengah meeting atau menaip. Hebat yerk? Sebelum aku kena tulis warning letter untuk diri sendiri, maka aku memutuskan tak payah bangun sahur la... Tp asben selamba je bangun sahur... Mcm2 dia masak. Paling penting dia nak mengepam (rokok). Tu pasal dia sanggup bangun. Lagipun, hubby punya nature of work bukan sama mcm aku. Dia pi kerja taip2, jawab call, send email... pastu tidurrrrrrrrrrrrr..... (So damn Jealous.)

Besok, lusa dan tulat ada buka puasa lagi dibelanja oleh supplier2...  Nasib baik makan sehari sekali je... kalau tak bulan puasa pasti menambahkan lagi "kebulatan"aku. Bagus juga dapat loss weight sket, pasal lepas ni nak pi vacation. Oh ho... aku dah announce pasal vacation to the selected HODs yang terpilih mengikuti luxury vacation by the company  and they feel sooooooooooooooooo happy, mcm tak percaya n excited about that. Now we are counting for the day. Horrayy~!! Apa?? nak clue?? Heheheh... ok this is the clue..
Gambar ni adalah gambar pemandangan dari balkoni hotel kami..... Soalannya.. hotel manakah ini?? Hahahahah

 I guess that's all... Will update here for any news. Till meet again.


Wednesday, July 18, 2012

Saya bau ikan (I smell something fishy)

Pelik bin ajaib sungguh. Aku rasa mcm bos aku baca je blog aku ni. Dalam entry lepas aku ada ckp pasal minat aku pada talent management, tiba2 2 hari lepas ketika management meeting, bos aku telah menghighlight satu perkara. "Diana for 2nd half year, I want you to focus on Talent Management. Try to delegates your tasks to your subordinates especially which is not so critical. Talent management is your new project now." Terkedu aku dibuatnya.... mcm mana bos leh tau apa yg aku nak ni??

Scary beb... hehehe... bos kalau betul u baca, i just want to say "hello, welcome to my blog... hehehhe"

Actually wanna share something. Saya baru dapat utusan dari my abang Bung. ekekekke.... ekceli utusan tu datang dari Jepun, diedarkan dalam bahasa Jepun ke semua subsidiaries ATRYZ di seluruh dunia dan dalam utusan sepanjang 4 muka surat itu, 2 muka surat menyebut mengenai kejayaan ATRYZ Malaysia. Paling menyedihkan bila dia mention ttg aku yg padanya "Wanita yang berlatarbelakangkan British (katanya kerana Malaysia pernah dijajah british dan masih mengamalkan cara pemerintahan British) tapi masih mengekalkan budaya timur yg tinggi nilainya. Nilai tanggungjawab terhadap kerjaya yang tak mampu dibeli." Terharu tak beb?? Aku terharu sampai mengalir airmata masa baca. Bayangkan seorang CEO syarikat boleh memberi penghormatan begitu besar pada aku, terharu gila. ah ah... start ar rasa nak nangis lagi ni.

Ok... I need your kind advice actually, if u have sum of money... apa yg anda akan buat? There are only 2 choices:-
1- Beli hp S3 yg sgt diidam2kan...
atau...
2- Buat lesen diving yg juga merupakan keinginan anda kerana sifat anda yg sgt cintakan khazanah laut.



Tuesday, July 10, 2012

Jadi Burung Yang Terbang Tinggi atau Burung Yang Mematuk Makanan Yang Mewah di Tanah.

M
Oyen
Pak Tam

Tompok
Special request dari The Ugly Mother untuk tengok anak2 Shaby & Chenta.....

Dah 9 tahun dah aku dalam bidang HR ni.. orang kata pekerja swasta ni, lebih banyak pengalaman dan ilmu yang dikutip lebih tinggi "value" dia....
Dan itulah yang aku amalkan... dalam 9 tahun... aku dah jadi HR di 4 buah kompeni. Banyak juga pengalaman yang dikutip namun masih terlalu sedikit kalau nak dikira peranan seorang HR. Aku ingin sekali terbang jauh... terbang tinggi... kutip seberapa banyak lagi pengalaman yang mampu. Aku mahu explore scope yang aku minati seperti Industrial Relation dan Talent Management. Itu hanya boleh dipelajari di kompeni gergasi sahaja....
Tapi satu perkara yang aku belajar, kompeni gergasi belum tentu menjanjikan yang terbaik untuk kita. Nama hebat biasanya tak mampu menawarkan welfare yg hebat disebabkan banyak faktor, bilangan pekerja, kuota yang terhad.... terlalu banyak pekerja membuatkan seseorang pekerja hebat jadi invisible di mata management... mana taknya... bos pun kadang2 tak ingat nama kita.

Aku ingin terbang tinggi, yg aku nampak 1 caranya ialah terbang lagi ke kompeni lain. Aku masih terima sms, panggilan dan email dari head hunter yang ntah mana2... sedangkan aku tak apply kerja pun. Kadang2 aku fikir... wajarkah? Kompeni ni telah merencanakan satu masa depan yg sgt jauh untuk aku. I have no reason to leave this company... takde yang aku tak puas hati tentangnya... Aku diberikan segalanya yang aku mahu. Lalu aku berfikir.... "kemanjaan" ini mampukan diberikan kompeni lain untuk aku??

Dan kerana itulah..... aku masih di sini.... mencongak2.... mencari kekuatan.... memikirkan yang terbaik...

Tuesday, July 03, 2012

Kerana EURO tergamak dia cederakan aku buat kali pertama.

Sepanjang 7 tahun kahwin, ni la pertama kali dia mengasari aku. Tengah pk, patut ke aku buat laporan kat pejabat agama? Hehehe... sadis tu. Dia bukan sengaja... mengigau pasukan dia kalah, habis penumbuk dia singgah kat bibir aku. Aku yang tengah sedap nyanyak tidur terus melompat katak. Terkejut sambil memegang mulut aku yang berdenyut2. Start ar aku nangis mcm kena rogol... terus hubby bangun dalam keadaan mamai... "Kenapa yang?" "Awak tumbuk saya!!!!!!" Cepat2 dia alihkan tangan aku... minta maaf sampai 10 kali... aku yg tengah nangis tu entah mcm mana terus sambung tido, ngantuk punya pasal...

Paginya bila tengah nak bersiap tu.... ha  ambik ko. Terkedu sekejap.... Tumbukan padu ke mulut aku malam tu membuatkan bibir aku pecah. Bengkak. Pi training pun terjuih je bibir... sedih :( Hubby lagi sedih... tak habis2 dia mengexpress kekesalan dia yang tak terhingga especially setiap kali aku terkejut bila minum air panas (pijau bibir aku dibuatnya). Kadang2 aku saja je nyakat dia "Awak rasa bersalah tak buat saya mcm ni??"..... terkulat2 muka dia... ekekekkeek

Eh.... dinner ok tau... President dari HQ Jepun memberikan pujian terhadap semangat, kerjasama dan kehebatan penganjuran dinner pada malam tu. Aku dan Jamal emcee malam tu.... President kata dia nak emcee yang sama lagi tahun depan... ahakss... malu i Abang Bung (gelaran yang aku berikan padanya... Bung Mokhtar, i plak zizie ezette... gagagaggagagagag.... )

Shaby dah selamat dimandulkan.... semenjak di kasi ni dia jadi bertambah manja... tak bau bacin lagi. Mcm seolah2 mendapat kembali Shaby yang mula2 aku ambik kat PAWS dulu... Pantang aku duduk atas katil laju je dia datang duk atas riba. Chenta plak mengalami keguguran bulu tahap kronik sampai hampir bogel. Tak tahu kenapa. Semenjak anak2 mereka dah besar ni, belanja pun besar juga. Pak Tam plak ada penyakit usus terkeluar. Nak operate doktor kata baby lagi, kena tunggu besar sket. Tompok paling cantik. Bulunya kembang, ekornya panjang, matanya bulat bersinar... Hubby plan dah besar nanti nak spend sket kahwinkan dia dengan baka maine coon. 



This Saturday kami akan ke Batu Pahat, melawat my niece belah hubby kat KUITTHO sambil menyerahkan  laptop kepadanya. Lepas tu akan terus ke JB.... menghadiri majlis perkahwinan seorang kawan. Sebenarnya banyak nak cerita tapi masa yang tak mengizinkan... later la ye... nak sambung kerja. Jumpa lagi di segmen akan datang. Adios.

Tuesday, June 05, 2012

Bangang punya blog interface baru ni.


Baru 2 bulan tak berblog, blogspot dah kuar dgn interface yg sgt bangang. Langsung tak user friendly, aku yg nak menaip dari tab yg cukup seksa ni jadi bertambah seksa dibuatnya. Tp itu tidak membantutkan semangat aku utk berblog arini sbb aku berada dlm perasaan yg sungguh gembira arini. Minggu lepas last minute plan, tiba2 aku dh berada di Pangkor. Tak ada apa yg menarik pun kat Pangkor tu, lebih2 lagi waktu cuti sekolah, sesak bangat dan hotel2 naik harga 2 kali ganda padahal hotel lopek je pun tapi sampai RM350 smlm, pe jadah nyer. Tp dah tersampai, nak tak nak terpaksa le ambik gak.

Dari tepi laut Pangkor tu aku dpt saksikan Pangkor Laut Resort, yg mengingatkan aku kenangan terindah teambuilding kami tahun lepas. Eiii, klu nk compare kehebatan Pangkor Laut dgn hotel yg aku duduk skang ni mcm langit dan bumi. Sampai Aliyah kata, "mommy hotel apa mcm ni? Kakak nak hotel yg cantik mcm hotel yg kita naik kapal terbang aritu" - dia maksudkan Berjaya Tioman. Mak aii, budak kecik pun pandai demand.

22hb bakal menyaksikan annual dinner company aku yg ke22. Buat kali ke2, annual dinner mendapat sentuhan tangan aku dari sekecil2 perkara sehingga sebesar2 perkara. Berdebar juga menunggu respon dan sgt berharap ia berjalan lancar, lebih lancar dari kejayaan mengendalikan annual dinner tahun lepas. Tahun ini Intercontinental Kl dipilih jadi venue malam bertemakan "Glamorous Night- a red carpet experience". Aku bakal membawa tema Cleopatra mlm tu, nanti aku post gambarnya, InsyaAllah. Aku diberi mandat menjadi host pada malam tersebut bergu dgn Abg Jamal. Aku B.Inggeris manakala abg Jamal B.Melayu. Kang kalau bantai semua melayu takut ternganga2 plak jepun2 dari HQ tu nanti. Selain emcee, aku juga ada membuat persembahan berkumpulan untuk lagu Nobody- Wonder Girls dan insyaAllah akan menyanyikan lagu Jepun, Kiroro - Mirai secara solo. hahahaha. Bolot habis.

 Eh kenapa tadi aku kata aku gembira sgt ye?? Haaaa.. here it is. Im selected for this year management trip. Kalau dulu ke Pangkor Laut, this year will be somewhere yg tak kurang hebatnya. Walaupun masih dalam Malaysia, ia perlu naik kapal terbang, sebuah pulau yg terkenal dgn kecantikan pantai dan karangnya. Resort yg bakal kami duduki berharga Rm1200 semalam, siap dgn Jakuzzi di dalam bilik. What a treat. Syukur sgt2 sbb kali ni tempat terhad dan hanya "Performers" pada pandangan mata management sahaja yg terpilih untuk trip kali ni. Syukur Alhamdulillah untuk rezeki yg tak berhenti tahun ni. Amin.

Tuesday, April 17, 2012

A Treat

Hola Hola... kembali~!

Jumaat lepas kami menerima kunjungan 13 Directors from 13 Japanese Companies. Maka bekerja keraslah kami bagi menjayakan hari tersebut.






Dan kerana pujian dan hasil kerja keras yg diberikan, my boss telah menghadiahkan stokin yg dibuat dari bulu arnab (uwaaaaaaaaa) bos tatau ke sy ni pecinta haiwan???
Tapi memang selesa gilerrrrrrrrrr arhhhh...
Dan semalam.... kami berempat (GM, S&P Manager, Prod Manager and me) telah dibelanja makan oleh kompeni.
Tony Roma's Pavillion.... nyum nyum~!!!

Aku memilih Salmon & Schrimp Picatta.... Nampak sikit, tapi seksa nak habiskan dek kerana Salmon nyerr yg besar dan padu. Nasib baik Azman (Prod Manager) ada tolong perabihkan. hahahaha....

Whatever it is.... Thank you so much boss for the treat.

Friday, March 30, 2012

30th birthday, 7th Anniversary. 1 unexpected news.

Aku bukan lagi penulis blog yang aktif. Blog ni pun dah bertukar menjadi blog yang pasif. Tiada updates, tiada news. Sebulan sekali pun payah. Aku kesuntukan masa untuk berblog. Di pejabat terlalu banyak kerja, di rumah terlalu banyak waktu berharga yang aku rasa tak harus dihabiskan dengan duduk di depan pc.

Pagi ni di hujan renyai2 ni, aku update juga beberapa stories untuk tatapan di masa akan datang. Good thing is blog ni mcm diari. Bila aku nak tau sesuatu tarikh bagi sesuatu peristiwa yg jadi dalam hidup aku, blog adalah medium utama untuk tracking.

Aku dah 30 tahun. Company pun ada celebrate birthday untuk aku. 2 kali. Satu bersama berbelas pekerja yg lain yg lahir pada Jan- March, dan satu lagi khas untuk aku seorang. Thanks untuk semua colleagues yang sangat supportive.

Mak & ayah dengan adik2ku ada berikan special gift juga. Atas faktor keselamatan hadiah mereka terpaksa dirahsiakan. hahahahahah... Hubby pun ada belikan hadiah juga. Dia kata pre-birthday gift. Ada lagi besar dia nak bagi tapi dia suh tunggu. Katanya hadiah tu sekali untuk 2 event. Satu birthday, satu anniversary. Nak tau apa hadiahnya... kena tunggu... tunggu apa? tunggu payment masuk. hehehe

Anniversary ke-7 sudah.... 7 tahun tu dah lama ke baru? Pada aku lama untuk dilalui tapi terlalu kecil angkanya. Jauh lagi perjalanan nak lalu. Hubby bawa dinner Italian food. Pada pandangan aku, ini adalah hidangan stik terbaik yang pernah aku makan sepanjang hidup aku. Terlaluuuuuuuuu sedap. Thanks hubby for the dinner treat.

Aku keguguran. Aku tak tahu pun aku mengandung. Tarikh keguguran tepat pada hari jadi aku. 21hb Mac. Aku ingatkan bendera jepun yg biasa tiap2 bulan. Peliknya langsung tak sakit. Sikit pun tak rasa senggugut. Paling mengejutkan it's drag sampai 10 hari tanpa kurang atau berhenti. Semalam masa mendapatkan khidmat nasihat doktor, dia mengesahkan bahawa aku telah keguguran. Usia kehamilan dijangka baru sebulan dan mungkin kurang. Aku tak sakit kerana aku tidak mengalami sengugut pun dan darah yang keluar bukan 'datang bulan'. Cuma bila ditekan mmg ada nyeri pada ari2.

Teringat beberapa hari sebelum keguguran tu aku ada ckp dengan hubby:-
Aku: Saya rasa nak makan aiskrim
Asben: Ok. Kita berhenti kat stesen minyak depan tu beli aiskrim.
Aku: Saya tak nak Magnum. Saya nak aiskrim lain.
Asben: Nak aiskrim apa?
Aku: Ben & Jerry.
Asben: Mana nak cari?? Kalau Baskin Robbin ke Gelato ke bleh ar cari.
Aku: Saya nak Ben& Jerry jugak!!!
Maka asben pun bawak la pi JUSCO, TESCO, GIANT cari Ben&Jerry tapi tak ada.. sampai petang...

Asben: Mana nak cari ni yang... dah penat ni. Tak boleh tukar aiskrim lain ke?
Aku: Tak boleh! Bukan saya yang nak, anak saya yang nak.
Asben: (ketawa berdekah2) mengada la awak ni.
Aku: (ketawa jugak) (ingat guna perkataan tu boleh meraih simpati, rupanya takde).

Dan memang benar... anak aku yang nak. Sayangnya... dia tak sempat makan Ben&Jerry sbb dah out of stock kat semua pasaraya yang aku pergi.


Wednesday, February 29, 2012

Dia akan jadi ayah, tapi dia bukan my hubby.

Tajuk tak hengat~!

Update terkini:-

Sedang menjalani part time class khas untuk Human Resource Pratitioners, Mastering Competency in Human Resource. Keseluruhan course berharga RM8000.00. Alhamdulillah, permohonan untuk mendapatkan kelulusan 100% dibiayai kerajaan telah diluluskan. Maka aku tak perlu mengeluarkan sesen pun. Kelas diadakan beberapa kali dari bulan Februari dan berakhir penghujung bulan Mei 2012. InsyaAllah, sebaik berjaya menamatkan pengajian ni, boleh le aku mengupgrade diri aku menjadi HR yang berilmu, pakar dalam segala aspek, dari Recruitment & Selection, Training & Development, Industrial Relation, Compensation & Benefit dan Performance Management System. InsyaAllah.

Chenta di peringkat awal kehamilan waktu ini, perutnya masih kecil lagi, namun agak kelihatan bulatnya. Doktor menasihatkan agar kami memastikan dia mendapatkan makanan dengan protein yang tinggi, berikan dia vitamin B kompleks untuk meningkatkan selera makannya dan juga memastikan dia tidak stress untuk mengelakkan keguguran. So selain dari makanan yang biasa, aku berikan juga Science Plan for Kitten yang mana kandungan proteinnya sangat tinggi. Yang merisaukan skang ni, Shaby memang dah tak kacau Chenta untuk ehem ehem lagi… tp mereka ni gurau kasar sikit. Sampai tercabut2 bulu. Kadang2 aku pukul juga bontot Shaby tu, risau kalau Chenta diperlakukan terlalu kasar nanti efek anak dalam perut dia plak. So far doctor kata kesihatan mereka berdua di tahap yang memuaskan, kebersihan tip top, tiada tanda2 fungus atau kulat di badan mereka… and the best part is Vet kata even though Chenta is more Persian compare to Shaby, tapi bulu Shaby lebih cantik, halus dan lembut berbanding Chenta…. Dan semenjak badannya semakin gebu dan montel ni kami baru perasan yang Shaby mempunyai rangka yang besar, macam baka Maine Coon plak. Ntah2 memang iya kot. Hehehhehe… Even though he gonna be a father soon, tapi dia masih Shaby yang dulu, manja, suka dibelai, suka bergurau dan kerap duduk di atas badanku minta dipeluk seperti selalu.

I got job offer from a KING in consumer food manufacturing company. Peneraju jenama makanan terhebat bukan sahaja di Malaysia tetapi di dunia. Malah offer ini telah disambut baik oleh semua pihak yang memberikan sokongan untuk aku menerimanya tanpa perlu fikir panjang. Namun kesannya, aku harus meninggalkan hubby di Semenyih dan balik ke Shah Alam. Not again. Aku suka rumah kami yang sekarang, walaupun jauh dari tempat kerja aku di Bangi, tapi ia benar2 selesa, damai dan tenang. Mengingatkan balik rumah yg aku tinggal kat Shah Alam dulu…. Alahaiii…. Tak sanggup rasanya nak tinggal mcm dulu. Rumah kami di sek 15 tu lagi la… tanah pun takde… kalau tertinggal kunci kereta ke, telefon ke… mau tercabut kaki naik tangga. Kat sini aku boleh bela burung, Shaby dan Chenta bleh main kat taman, boleh tanam bunga raya, bunga kertas, pokok manga, pokok pisang, serai, pandan dan macam2 lg. Even dalam rumah ada akuarium 5 kaki pun masih rasa luas lagi. Lalu dengan berat hati aku memutuskan tidak. Mungkin lepas bulan 5 nanti, aku leh demand sket, dapat kerja kat area Bangi, Kajang atau Semenyih. Mana tau kan?? Hehehe… InsyaAllah rezeki ada di mana2. Lagipun bos dah janji, untuk high performers tahun ni ada penajaan trip bernilai RM2000 setiap seorang di resort mewah. Huwaaaaaa… motivasi ni. Harap2nya aku terpilih le gamaknya. Hehehehehe..

Till meet again. Bye.


Tuesday, February 07, 2012

Hadirnya Chenta membawa cinta.




Entry ringkas kerana menaip dari Tab. Just to share that I had adopted a female mix persian cat. We named her Chenta, hubby yg pilih nama tu. He also the one yg jumpa advertisement tu di mudah.my and asked me to deal with the owner. After had a conversation via phone, aku telah ke Ampang menemui owner sekaligus mengambil Chenta yg pada waktu itu namanya Kak Chik kalau x silap.

1st time jumpa she was not friendly at all. Dia cakar aku ketika pertama kali aku cuba mendukungnya. Tatau apa yg buat aku made decision to choose her instead of others. Sepanjang perjalanan aku mula berfikir mcm mana keadaannya bila dia tiba di rumah, adakah dia akan bertindak seperti kucing yg kena histeria? Aku mulakan perbualan ringkas dengannya di dalam kereta. ketika itu dia memandang dengan penuh ketakutan kepada aku sambil duduk terperosok di dashboard belakang kereta.

Dia seperti mengerti apa yg aku sampaikan kepadanya. Aku juga memanggilnya dengan nama Chenta berkali2 sepanjang perjalanan dari Ampang ke Semenyih yg kurasakan terlalu jauh dan lama. Sesampai di rumah, Shaby yg kelaparan sudah menunggu di pintu. Aku mengurung Shaby di dalam sangkar sementara menunggu Chenta membuat rondaan pertama di seluruh rumah. Shaby penasaran teramat ketika berada di dalam sangkar, mcm org gila. Almaklumlah, anak dara sunti dalam rumahnya.

Kesannya Shaby tak makan dan tak tidur sepanjang malam pertama tu gara2 tergila meroyan pada Chenta. Paling mengejutkan Chenta tidur di sebelahku sambil sebelah kaki depannya memeluk kakiku. Terharu. Tak sangka dia sudah dapat menerima aku hanya dalam beberapa jam pertemuan kami. Touching. Dia juga memberi respon kepada nama Chenta seperti dia tahu itulah namanya.

Esoknya hubby sibuk mengemas bilik store di belakang. Katanya bilik tu untuk Shaby, Chenta dan bakal anak2 mereka kelak. So sweet. Kini bilik store yg dulunya penuh dengan barang2 lusuh telah bersih dan cantik. Budak 2 ekor tu pun mmg excited betul sebab sebaik je bilik tu siap dihias sepenuhnya, kedua2nya tertidur dalam bilik tu. Senang hati aku. Walaupun sehingga ketika ini Shaby masih belum berjaya uhum uhum dengan Chenta, tp mereka dah boleh tidur berdekatan, saling berkongsi makanan dan berciuman berbanding pertemuan pertama yg mana memanjang Shaby makan penampar Chenta, dan menengking sesama sendiri.

Hikmah disebalik kehadiran Chenta di rumah kami, Shaby semakin berselera makan, lebih senang menyuruh dia makan vitamin berbanding dulu kerap dia meludah semula. Makanan2 yg nyaris2 ku buang gara2 Shaby menolak dulu, berjaya dilicinkan oleh kedua2nya. Bagaimana Chenta boleh mengubah Shaby? Hehehe, penangan cinta Chenta.
Shaby tidak lagi kesunyian kini, tidak lagi termenung depan pintu, cuba menyelinap keluar sebaik pagar dibuka. Kini rumah lebih menyenangkan berbanding di luar.

Saturday, January 28, 2012

Habis Semua Askar Aku Peluk...- XOXO-

Betapa lembapnya aku kerana baru tersedar yang blogger dah ada icon Stats kat atas nun bagi memudahkan blog owner mengetahui berapa ramai yang telah masuk pada setiap hari dan entry mana yang kerap dikunjungi.... dan I just realize that I have a lots of silent readers yang membuka blog aku setiap hari walaupun aku adalah diantara blogger yg pemalas nak update blog. Walaupun tak sampai jumlah ribuan pengunjung setiap hari tapi 3 angka setiap hari bagi aku dah cukup banyak.... terima kasih kepada my silent readers, tak kira walau apa tujuan pun anda ada di sini sekurang2nya anda telah terbaca, membaca dan cuba mengenali a piece of me... TQ



Ekceli banyak yang berlaku. For those yg ada my fb mesti tau aku picnic di air terjun Serendah. Cantiknya... lagi cantik dari congkak tau. Gambar? leh tak tgk kat fb... maleh nak cari la... aku save kat mana pun aku tatau. Tu pun banyak lagi gambar aku tatau letak mana termasuk le gambar i-city yang dah mcm Genting Highland skang ni... dahsatt woooo.... tayah pi susah2 panjat gunung... sini je dah taman tema... snowwalk dia pun lagi besar dari snow world genting.



Ok. ok... apa citer peluk2 askar ni. Ahaaaa.... aku pi Karnival Karangkraf 2012 tadi... almaklumlah.. kompeni tutup seminggu, jadi lipas merayap le aku... Habis aku kelek ayah ke hulu ke hilir temankan aku pi sana sini... ekekek untung ada ayah yang dah pencen duk umah je.. heheheh



Ok.. kat bawah ni antara gambar yang sempat tersnap dek kamera cabuk aku.




Bersama novelis pujaanku Damya Hanna


OK, sessi peluk memeluk dengan askar2 Malaysia. Umur 18 tahun ke bawah sila dapatkan kebenaran ibu-bapa nak tengok ye.









Patung je? buat saspen betul la....