Friday, July 29, 2011

Separuh Jiwaku Pergi....

Apa hak mereka nak pertikaikan kesedihan aku?? Walaupun Mika hanya seekor kucing tapi dia adalah satu2nya anak perempuan aku. Aku yang membesarkan dari badannya hanya sebesar tapak tangan. Setelah 3 tahun aku membesarkannya... memeliharanya dengan penuh kasih sayang yang melimpah ruah.. apa hak mereka untuk memperkecilkan kesedihan aku dan rasa kehilangan ini.

Ya... mereka tak tahu perasaan keibuan untuk seorang wanita yang tak punya cahaya mata walaupun setelah 7 tahun berkahwin dan hanya seekor kucing peneman hidupnya selama 3 tahun ini. Apa bezanya perasaan aku berbanding perasaan seorang ibu yang kehilangan anak berusia 3 tahun?? Apa bezanya aku??

She is the only one I had... kami tidur bersama tiap2 malam.. biasanya dia tidur berbantalkan peha atau kaki aku. Bila aku kata, "Mika.. jangan!" dia akan berhenti... "Mika, mari sini sayang," dia akan datang. "Mika.. cicak!!!" dia akan memandang ke siling dan merenung cicak tu sehingga terjatuh... kemudian kerjakan cicak tu sampai mati, kerana dia tau... aku gelikan cicak.

Malam itu macam malam2 yang biasa.... dia tidur beralaskan peha aku. Entah kenapa pukul 2.30 pagi dia bangun, menyondol2 wajahnya ke pipi asben minta dibukakan pintu yang ditutup rapat. Kerana menyangkakan dia hendak 'mengais' di pasir, asben bukakan pintu untuknya sebelum menyambung tidur kembali...

Tepat pukul 4 pagi, hp asben berbunyi. Jiran sebelah yang menelefon. Entah kenapa jantung aku dipam macam nak pecah waktu itu, menjangkakan sesuatu yang buruk. Aku mencari kelibat Mika dalam bilik... tiada! Asben yang menjawab telefon kedengaran tegang bunyinya. Kemudian dia melompat turun dari katil menyalakan lampu. "Mika kena serang dengan anjing kat belakang. Abang sebelah kata dah lembik!" Terasa lemah seluruh sendi aku mendengarnya. Aku membontoti asben keluar rumah. Aku lihat asben berlari membuka pagar luar dapur, ke belakang rumah jiran kemudian balik bersama Mika yang terkulai lemah di tangannya. Airmata aku bagaikan hujan waktu tu.... dan mulut tak henti2 bertanya "Mika.... Kenapa jadi macam ni sayang?? Ya Allah tolong selamatkan Mika".... ayat itu aku ulang2 tak berhenti... tak tahun untuk berapa puluh kali.

Nafasnya kedengaran keras sekali... namun tak mampu mengiau... matanya memandang tepat ke wajahku. Bahagian punggung berdarah, mengalir tak henti, makin lama makin banyak. Kata jiran, anjing sial tu menggigit punggung dia dan menyeret tubuhnya hidup2 dengan kepala terseret di jalanraya. Ya Allah... badannya penuh dengan kesan luka dan darah. Terkulai lemah. Bangun pun tak berdaya, yang kedengaran hanyalah nafas kerasnya dan suara tangisan aku. Lalu pagi tu aku menadah tangan dan memohon, "Ya Allah, aku tahu aku tak layak meminta apa2 pun dariMu... tapi tolonglah jangan uji aku begini Ya Allah, tolonglah.... aku merayu..."
Saat nazak...

Kemudian aku dengar Mika batuk keras disertai nafas sayu nyaring dan panjang... ku lihat keluar cecair putih dari mulutnya, najis cair di punggungnya... lalu aku meraung, Aku tahu dah tiba masanya dia meninggalkan aku. Lalu aku usap pipinya... kedengaran halus suaranya mengiau memandang wajahku. Lalu aku bisikkan padanya.... "Pergilah Mika... mommy izinkan... pergilah sayang..." dan kemudian aku berlari menyembamkan wajah ke katil... menangis semahu2nya.

"Sayang... jangan putus asa..." kita hantar dia pergi klinik. InsyaAllah dia boleh hidup. Aku memandang wajah asben yang basah dengan airmata. Lalu aku hubungi semua klinik haiwan di Kajang dan Semenyih, tak satu pun talian bersambut. Aku hubungi klinik haiwan kerajaan di Shah Alam. Panggilan bersambut. Katanya kilinik hanya dibuka pukul 8 pagi. Aku katakan padanya... aku tak punya masa 3jam untuk menunggu. Kucingku nazak. Lalu dia berkata cuba ke Klinik di Kajang, kadang2 mereka boleh tolong untuk kes kecemasan. Maka Mika kami masukkan ke dalam kereta. Hubby memandu manakala Mika di belakang berbunyi sekala-sekala. Aku katakan pada Mika, "Mika tunggu ye. Kita nak pergi hospital... Mika tidur dulu ye sayang". Mungkin waktu inilah dia benar2 tidur.... sebaik tiba di hadapan kuarters pembantu perubatan haiwan, asben melangkah keluar untuk mendapatkan Mika. Aku?? Aku hanya berdiri di tepi pintu sambil mulut tak henti berdoa.. aku ketakutan sebenarnya. Dan saat asben berkata "Sayang... Mika dah tak ada. Dia baru pergi." Aku mendekati tubuh Mika yang kaku. Asben memegang tanganku, diletakkan di atas perut Mika yang masih panas namun kaku itu. Lalu aku meraung.... menangis semahu2nya... di depan kuarters pembantu perubatan di belakang hospital... kedengaran sangat nyaring. Terjelupuk.. pantas Asben memapah aku..."Sayang... kita balik sekarang ye... dah tak ada gunanya... kita balik.. kita kebumikan dia.." Aku menangis semahu2nya... tak berhenti... seperti batu besar menghempap seluruh tubuhku.

Dan tika jasadnya ditanam di pagi hening jam 5.30pagi itu, aku masih mengusap jasadnya mengharapkan dia kembali bangun, menemani aku untuk hari esok... dan hari2 mendatang. "Tunggu mommy ye sayang..."

....dan aku kini.... tak ubah seperti si gila yang mengusap bantal sambil membayangkan Mika di sisi, menemani aku menonton tv seperti selalu... dan airmata tak pernah berhenti... tak tahu sampai bila.

Beberapa saat sebelum dikebumikan...

Saturday, July 23, 2011

Happily Ever After (Busted!)

Macam Myth Buster dah aku ni... Dulu masa kecik2, mak besarkan aku dengan cerita Cinderella, Snow White and Seven Dwarf, Sleeping Beauty... zaman tu dvd player takde lagi.. tgk pakai tape.. mak beli semua tape tu kat Pertama Kompleks, dekat dengan tempat kerja mak masa tu.

Sepanjang sekolah rendah... aku tak jemu tengok Pocahontas, Little Mermaid, Mulan, Swan Princess dan macam2 lagi.... sehingga aku hafal sebahagian dialog dari filem tersebut. Tiba2 aku teringat Aliyah, sebab dia pun mcm tu. Mak kata dia fotostat aku bezanya dia suka Starbucks Vanilla Frappucino tapi aku suka Chocolate Frappucino. itu. :)
Dan satu perkara yang paling penting bagi setiap cerita2 tersebut adalah ia akan berakhir dengan "....and they lived happily ever after."
Maka aku fikir hidup juga semudah itu, bila kita dah kahwin kita akan hidup bahagia untuk selama2nya... noktah. Pappp~!! Don't day dream.... dalam kehidupan manusia no such thing as lived happily ever after..!!

Bukanlah mudah membesarkan seorang aku. Mak berhenti kerja, hantar dan ambik aku dari sekolah setiap hari just to make sure semasa perjalanan pergi dan balik aku tidak diheret masuk ke dalam semak yang merimbun di beberapa batang jalan ke sekolah. Mak tak tidur sampai lewat pagi menunggu aku pulang ke rumah. Sebaik aku masuk ke rumah.... ayah tunggu dengan tali pinggang, disesahnya aku dengan tali pinggang bila jawapan yang keluar dari mulut kedengaran sumbang di cuping telinganya. Aku mogok tak tegur sapa dengan mak ayah... berhari2... grounded.... dilarang keluar rumah malam untuk beberapa hari sehingga kawan2 baikku terpaksa masuk rumah minta kebenaran nak bawa aku keluar minum. Lucu~! Miss you bug n baby..

Lelaki? Hidup aku diceriakan dengan dunia MIRC. Aku pengguna MIRC tegar... maka itu aku kenal ramai lagi dari pelbagai pelosok Malaysia... jumpa, tak kenan, tinggal, jumpa tak kenan lagi, tinggal...merayu, menangis pun aku tak peduli... kemudian aku pula kena tipu hidup2 pun ada... dan kena tinggal sampai nangis tergolek2 separuh gila pun ada... Bertunang... putus tunang... peliknya putus tunang setitis airmata pun tak keluar.. Mak selalu pesan... "Jaga maruah! Jaga maruah! Bila nak buat benda tak betul... ingat mak... kesian kat mak.." dan kerana selalu ingatkan wajah mak setiap kali syaitan menggoda, aku masih lagi anak dara dalam erti kata yang sebenar saat suami melafazkan ijab kabul ke atasku. Terima kasih mak, bekalan mak bagi... besar maknanya pada Along...

Hakikatnya hidup tak selalunya indah (ok... now tears come), ujian datang tak jemu2 dan adakalanya aku gagal dalam menempuhi cabaran. Adakalanya kita amat berharap agar dapat diundurkan kembali masa. Mana mungkin... Aku harus terima hakikat... Happily Ever After memang tak wujud.. Aku telah diduga dari rahimku dikeluarkan dari tempatnya...dicuci dan dimasukkan kembali... berguling2 di lantai stor pejabat tiap kali 'datang bulan'.. hilang penglihatan dalam masa hampir setengah jam entah apa sebabnya dan kini gagal 2 kali dalam ujian hati yang aku lalui... separuh daripada hatiku disyaki telah rosak. Lalu aku mula bertanya.... "Inikah yang aku harus bayar untuk setiap kesilapan yang aku lakukan, Ya Allah?"

Dalam hati waktu ini... cuma ada satu sahaja tindakan paling drastik yang ingin sekali buat... cuma kekuatan itu yang belum ada.. Entahlah... adakah masa akan mengubah keputusan aku atau pun masa hanya memamah lagi hati aku yang sudah sedia 'sakit'.

Saturday, July 16, 2011

Lepas Satu.. Satu.. Aku Semakin Dalam Dilema.

Selesai Dinner Anniversary 2011,aku dihadapkan dengan 2 lagi projek. Hari Pekerja ATRYZ yg bakal diadakan 3 minggu selepas raya di Bagan Lalang dan Hari Executive ATRYZ yang bakal diadakan di satu Resort yang pernah memenangi resort paling cantik dan ekslusif di Malaysia - 2 minggu lepas raya.

Aku semakin dalam dilema.... setelah tawaran lumayan ditolak mentah2, aku terkedu bila mak menyuarakan hasratnya mahu aku pulang kembali ke Klang. Merayu minta aku meninggalkan Bangi, kembali ke Shah Alam ataupun Klang agar mudah dia datang menjenguk dan mudah juga aku pulang setiap minggu.

Lalu pada emak aku berjanji, tunggu hingga bonus 2011 ini. Aku akan kembali ke Shah Alam. Mak lega, gembira. Hubby restu saja. Pada pembantu aku beri 'hint' bahawa tahun ini adalah tahun terakhirku. Nyata dia takdapat terima. Katanya "Bila semua orang dah mula menghormati dan sayangkan HR dept, kenapa kau nak pergi?"

Pada aku rezeki ada di mana2,paling penting adakah kita selesa dan gembira di tempat rezeki kita yang mengalir setiap bulan tu. Aku baru 29 tahun, belum jumpa X faktor yang aku cari dari setiap syarikat yang aku jejaki. Jadi aku tahu, aku harus terus mencari dan dalam masa yang sama.... biarlah medan rezekiku kali ini... dekat di hati emak.

Saturday, July 02, 2011

Review filem Sekali Lagi dan Transformers 3

Hari ni (Sabtu 2 Julai), aku ngan En. Asben bantai tgk wayang...
Mula2 filem Sekali Lagi...
Kesian gak panggung lengang... tak ramai orang... mungkin promosi kurang atau Malaysian tak minat cerita bergenre mcm ni... ntah le..
Tp from my point of view, cerita ni tak cliche mcm cerita melayu yang lain. Kita akan tertanya2 sepanjang cerita, siapa dia ni.. kenapa dia benci sgt org ni... dan hasilnya....kita akan fikir..."owhh... mcm tu rupanya"... then... sedih... nangiss.. sampai lebam mata.

Lebih kurang gini la ceritanya... Lisa Surihani ni adalah ibu tunggal setelah diceraikan suami. Bront Palare plak adalah seorang peniaga yang banyak bantu Lisa dalam menjaga anak tunggalnya Mia Sara ketika Lisa bekerja. Hinggalah satu hari Lisa dapat tahu anaknya selalu berjumpa dengan seorang kawan (Shaheizy Sam) yang mempunyai penyakit autisme (perangai mcm budak2 walaupun dah tua). Apabila Lisa terserempak dengan Sam pada satu hari, maka terbongkarlah rahsia siapa Sam dalam hidup Lisa selama ni. Apa puncanya Sam tinggalkan Lisa, bagaimana caranya Lisa cuba mengembalikan kenangan mereka adalah part yang paling sdih pada aku.... sampai bengkak2 mata aku dibuatnya. Rasa segan jugak ngan org belakang bila time mengelap airmata tu.
Mula2 Sekali Lagi, Lepas tu Transformers 3

Seterusnya tamat cerita tu... kami pi lunch then masuk balik panggung bagi Filem Transformers. Honestly aku tak letak high expectation untuk filem ni kerana ada teman yang mengatakan filem ni kurang memberangsangkan berbanding Transformers 1 & 2. Dan.... selepas menonton filem ni maka aku berpendapat, orang yang kata Tranformers 3 ni tak besh mungkin bukan peminat sejati Transformers ataupun sebenarnya dia tak pandai Bahasa Inggeris jadi bila dia tak sempat habis baca sarikata yang terpampang dengan laju tu... so dia kata la tak besh..

Cerita ni lebih besh dari Transformers 1 dan 2, kenapa aku ckp mcm tu?? Kerana:-
1- Tranformers 3 jalan ceritanya lebih jelas dan nyata. Setiap situasi berlaku kita tahu hujung pangkal sbb jalan cerita disusun dengan kemas dan mudah difahami.
2- Aku tak suka heroin lama, sbb gedik, tak cun dan terlalu menempel dengan hero sedangkan heroin baru digambarkan sebagai wanita Gred A yang mempunyai pakej lengkap, beauty, brain and career. Malah heroin filem ke3 jauh lebih cun dan diberikan dialog yang lebih bijak. That's y i like...
3- Aksi bertarung jelas dan nyata berbanding yg pertama dan kedua... aksi bertarung terlalu pantas sehingga seperti tidak kelihatan pertarungannya, alih2 sekor robot dan pecah dan mati.
4- Bumblebee (my favourite) selalu datang tepat pada waktunya... so cute~!
5- Bagi peminat hardcore Transformers, tentu sahaja Transformers 3 membuatkan anda teringat kembali peranan satu2 watak dalam filem sebelumnya apabila karakter muncul dalam Transformers 3.
Iskk... kalau disenaraikan... mmg tak cukup kertas kajang.... sampai situ dulu la ye... nak tahu lagi lanjut... pi tengok sendiri.

En. Asben dengan combo Transformersnya....