Sunday, March 27, 2011

Tips Kecantikan dari Estee Lauder

Sabtu lepas aku mengikuti satu workshop kecantikan anjuran Estee Lauder. Banyak yang aku belajar dari bengkel tersebut yang turut dianjurkan oleh majalah kesayanganku, InTrend.

A few tips to share with other women, juga sebagai reminder untuk diriku sendiri (mana tau kot2 satu hari aku lupa tips yang aku belajar, boleh review balik dalam blog ni.)

1- Pakai scrub muka seminggu sekali untuk membuang kulit mati, sekiranya tidak kulit mati ini akan tersumbat dalam pori2 muka menyebabkan kulit tidak boleh bernafas dengan sempurna.

2-Sesetengah wanita menganggap toner tidak penting. Salah! Toner sangat penting untuk membuka pori2 di wajah anda sebelum anda apply essence dan juga moisturiser (pelembap). Tanpa toner, amat sukar pelembap berfungsi sepenuhnya untuk menyerap masuk ke dalam pori2 muka.

3-Essence berfungsi untuk membaiki micro-circulation; moisturiser- untuk melindungi kulit dan memberikan lembapan yang cukup untuk kulit; sunblock - memelihara dan melindungi kulit dari sinar UV. Apply keempat2 perkara ini ke muka sebelum anda keluar dari rumah.

Kemudian kami belajar cara untuk make-up dengan betul menggunakan make-up Estee Lauder. Pasal makeup ni susah nak terangkan kalau takde mekap depan mata... yang menariknya aku dipilih menjadi model untuk makeup di bahagian mata, bulu kening aku yang berserabut nipis dan bersepah2 telah ditrim dengan kemas...

Tips:-
1- Jangan gunakan makeup remover yang sama untuk mata/ bibir dan muka. Bagi mata dan bibir gunakan makeup remover yang tertulis 'for eye and lip'. Ini kerana remover untuk muka terlalu 'kasar' untuk mata dan bibir manakala remover bibir dan mata terlalu 'lembut' untuk muka sehingga tidak mampu menanggalkan makeup sepenuhnya.

2- Adakalanya perempuan selalu fikir, tak perlu la sapu remover pada bibir sebab pagi pakai gincu, petang lepas makan, semua gincu pada bibir sudah ditelan. Salah! Tak percaya sapukan remover pada bibir, anda akan tetap nampak kesan gincu pada kapas. Kesan gincu ini sekiranya tidak dibersihkan akan masuk dan sebati dengan garis2 bibir anda dan akhirnya menjadikan bibir anda kelihatan hitam.

Bagus juga aku ikut program mcm ni, at least dapat belajar macam2 walaupun sebenarnya aku ni bukan kaki mekap. Yang tak bagusnya, lepas je habis bengkel tu aku telah ke Mid Valley untuk membeli bedak compact Estee Lauder. Isk isk isk..

Teringat masa kecik2 dulu mak tok (nenek) ajar sapu bedak kat muka pakai bedak batu nyonya je. Harga pun RM1 je masa tu, bleh tahan berbulan2...
Bila dah masuk sekolah menengah, nak pakai bedak kompek Johnson plak - mak le yg terpaksa beli. Dah kerja pakai bedak kompek Maybelline plak, walaupun harganya cuma RM49.90 je tapi kalau kena time dia jatuh terhempas sampai pecah, rasa nak nangis juga. La ni dah pakai bedak Estee Lauder, kalau jatuh pecah bedak kompek harga RM140 ni, Konfem termenung setengah hari aku dibuatnya.....

Wednesday, March 23, 2011

I'm 19!! Opss.. 29~!

Yer aku sudah 29 tahun Isnin lepas.... mekasih banyak2 pada yang sudi meng'wish'kan happy birthday untuk aku.

En Asben mmg tak patut... masa besday dia pukul 12 malam dia kejut aku suh wish bday... bila time aku.. tepat kul 12 aku berdiri macam Mak Lampir atas katil mengadap dia... dia buat bodo aje... tensen.. Esoknya aku bantai mogok bisu. Langsung tak bercakap dalam kereta dari Semenyih ke Bangi... dia pun mcm pelik je nengok perangai aku tp dia lagi pelik... sbb tak tanya kenapa aku berperangai pelik. Sampai je kat opis... hp aku berdering... Asben.
"Sayang, sori lupa... happy besday.."
"Hmm.. ok" PUPPPP aku letak tepon... menyampah... 10 min dia call balik. Rasa bersalah agaknya....
"Sayang... nanti cukup bulan saya bawak awak pi shopping... awak boleh ambik apa saja awak nak... beg tangan ke, kasut ke, jam tangan ke...." Yesh!!! Yesh!!!... "Betul ni?" suara dah kendur sikit.... "Betul.." Yesh Yesh Yesh... "ok, setuju!" (dan tika itu aku rasa kedua2 biji mata aku sedang menunjukkan simbol RM mcm mesin jackpot. OMG... bila la aku nak jadi kurang materialistik.. pls la vic... ko sedang merajuk sepatutnya ok)

Tak beshnya.... hari jadi jatuh pada hari pertama payroll... maka itu sibuknya mmg tak terhingga. Maxis bagi panggilan percuma from Maxis to Maxis pun tak dapek dimanfaatkan langsung... last2 malam tu tgh aku sibuk menanda OT pekerja, Asben la yang memanfaatkan hp aku sepenuhnya... habis dia call member2 dia... ketawa terbahak... satu Taman Semenyih ni dengar...

Esoknya kawan-kawan ofis buat surprise birthday party. Memang terharu giler beb... aku baru kat sini... baru 3 bulan... tapi dah dilayan baik2 camni... Tacing (touching) sehhh..
Emak lagi lucu... telefon siap nyanyi lagu happy birthday kuat2... tone ke mana pitching kemana.. Semangat tu... untuk anak sulung kesayangan... last2 aku cakap, "Mak, birthday along kan semalam?"
"Eh ye ker? Bukan 21hb ke Birthday Along?"
"Yer mak... tapi 21hb tu semalam.... arini dah 22hb"
"Eh yer ker.... hari ni dah 22 yerk?"
adoii... sakit perut aku menahan gelak.... tu la dia mak sejak akhir2 ni... memanjang salah tarikh..
"Hadiah Bday along ada tak mak?"
"Tak ada... tapi Ija (my sis) ada kasi la... dia suh mak tolong kasi kat Along pasal minggu depan dia dah pi kursus.. Hadiah dia... rahsia"
"Ye ker?? Apa hadiah dia mak... cakaplah.."
"Dia bagi (terus dengan lancar dia menyebut hadiahnya)"
Aku menahan tawa lagi.... tu la mak... janganlah harap dia boleh simpan rahsia..
"Eh mak tercerita plak... nanti masa along dapat hadiah tu, along buat2 terkejut yer"
Hahahahahahahahahahahahhahahahahaahhahahahaahahahha... sumpah tak tahan gelak dah...

Whatever it is.... terima kasih kepada yang ingat tarikh hari jadiku (walaupun sebenarnya facebook memainkan peranan terbesar mengingatkan tarikh tersebut untuk kowang). Aku sangat menghargai ucapan dan doa-doa dari kalian semua... Lots of Love~!! Muahhs


Monday, March 14, 2011

You Are The Main Suspect~!!

MATTA Fair... Matta fair.. penganjuran yang kurang memberangsangkan kali ni, berbanding tahun2 sebelumnya.... offer pun kurang menarik... walaupun tinggal di hotel berhampiran, aku cuma berselera untuk pergi sekali aje. Selebihnya... aku menemani En Asben ke Low Yat sebanyak 2 kali dan mandi swimming pool.... itu lebih menarik.

Kisah yang paling hangat waktu ini mungkin earthquake dan tsunami yang melanda Sendai, Jepun. Kebetulan salah satu kilang terbesar kompeni aku yang berpengkalan di Jepun terletak di Sendai. Membuat hp... namun dari maklumat terkini yang kami terima, kilang tersebut mengalami kerosakan kecil sahaja... Syukur Alhamdulillah..
Ok.. itu kisah yang berlaku di dunia... tapi kisah yang berlaku dalam hidup aku lain pula. Ada earthquake dan tsunami juga. Kesian En Asben, lately dihujani dengan sms berbaur ugutan yang tak henti2 membanjiri hpnya. Dari lelaki tua yang sama.... tak mahu hendak mendetailkan identiti penghantar sms kerana masih menghormati dia.

Aku cuba memujuk asben untuk membuat repot polis mengenai sms ugutan ini. Namun asben memang dari dulu begitu, lembut hati. Tak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Kerana itu sms yang bunyinya sangat kasar dibiarkan sepi, tak satu pun dibalas. Alasannya, kenapa nak simbah petrol ke dalam api yang marak? Entah kenapa orang tua tu seperti meroyan bila asben mendapat projek yang turut sama di'propose' olehnya. Agaknya kerana rasa terlalu tercabar, dulu orang ni di bawah, kini bila sudah berdiri sama tinggi, tak dapat menerima hakikat pula. Rezeki tu Allah yang bagi... bukan bapak kau yang bagi. Nak marah siapa? Marah Tuhan? Kalaulah dia tahu politik sebenar yang dimainkan oleh orang2 yg kononnya kawan baik dia tu, agaknya mana dia nak letak muka bila tau En Asben tak bersalah dalam hal ni. Bukan salah En Asben, proposal yang dihantar pun setelah didesak sebanyak 4 kali oleh pihak yang mengeluarkan projek. Hanya setelah mengetahui ada syarikat luar lain yang turut menghantar proposal barulah En. asben memutuskan untuk menghantar proposal juga, atas alasan, kenapa hendak memberi ruang kepada orang luar sedangkan dia lebih tahu mengenai luar dalam syarikat yang dibawah jagaannya dulu.

Sebaik sahaja sah En Asben dipilih untuk mengendalikan projek tersebut, sms ugutan dan caci nista diterima tanpa henti. Setiap hari. Kononnya projek tersebut sepatutnya milik mereka. Mereka yang propose projek tersebut maka sepatutnya mereka yang layak mengendalikan projek itu. Walaupun En Asben tak mahu memanjangkan hal ini, namun aku punya cara tersendiri. Sarang tebuan usah dijolok. Kalau asben orangnya penyabar, jangan lupa bahawa isterinya tidak. Semua sms-sms ugutan telah ditransferkan ke telefonku. In case, sekiranya terjadi apa2 kepada Asben aku takkan teragak2 untuk menamakan dia sebagai suspek utama. Walaupun bukan kerja dia, tapi sms2 ini melayakkan dia untuk direman sekurang2nya 3 hari dalam lokap. Itu hutang yang perlu dilangsaikan. Maka berdoa aje supaya Asben tak apa2, dan sihat2 walafiat aje ye. I wont stay quiet doing nothing.... u messed with wrong person beb....

To En Asben: Kalau tak dapat tender2 GLC and Gomen yang anda hantar setelah berhempas pulas mengerjakan proposal sehingga ketiduran di ofis..... sila mengamuk pada badan kerajaan berkenaan dan serang competitor anda kerana tidak memilih syarikat anda.... yer??? Usahawan Melayu macam ni la baru dikatakan bangsat!

p/s: Lain kali jangan suka2 gelarkan orang dengan perkataan bukan2. Apa perasaan kau yang tua gayut tunggu nak mati tu digelarkan orang bukan2??? Mujurlah bapak aku pun tak nyanyuk macam kau!

Tuesday, March 08, 2011

Psst... Jangan selak kain dalam orang~!

Entry kali ni mungkin panjang sikit dari biasa, tp kira ok lah sbb dh lama tak update blog kan..

Sabtu lepas aku ke Nilai, NCI Cancer Specialist. Itupun lepas terbaca brochure nya yang mengatakan hospital ni pakar dalam bidang kanser. Lalu aku menghubungi hospital tersebut untuk mengatur temujanji pertama kami... dan terjadilah pertemuan Sabtu itu. Alhamdulillah... dari keputusan ultrasound yang dibuat menunjukkan ada perkembangan positif mengenai kesihatan aku. Mungkin ada sesuatu yang aku amalkan mendorong kepada perkembangan positif ini, selebihnya kuasa Allah... Kun Fayakun...

Sebenarnya aku dapat byk feeback, baik dari komen mahupun emel yang menerjah kotak inbox ku memberikan komen positif mengenai tempelan sebelum ini, Payung Emas Di Syurga. Tak sangka plak... membuatkan aku berkobar2 ingin berkongsi banyak lagi kisah lucu buat pengajaran bersama. Isk... suka sangat selak kain dalam orang!

Nak dijadikan cerita, sbnrnya mmg tanak cerita tapi sbb dah tak tahan meluat terpaksa cerita jugak. Adapun orang setaman aku ni, isterinya suri rumah, suaminya gomen. Biasalah kalau tinggal kat Semenyih ni kebanyakannya gomen kat Putrajaya. Suaminya hari2 balik lewat malam kononnya OT. (Vic, kenapa sebut kononnya? Kan suami dia betul2 OT.) Hari sabtu ahad pun suami dia kerja. Kadang2 asben tegur juga, "Kerja hari Ahad?" OT katanya. Betul juga orang gomen kalau OT mmg pakai baju t-shirt smart2, pastu masuk baju dalam seluar dengan seluar jeans.

Bila ada aktiviti kat taman ni biasanya isterinya ajelah yang datang mengendong anak kecik 2 orang sementara suami masih OT, lewat malam baru balik. Satu hari lepas aktiviti malam tu aku menyuruhnya membungkus makanan yang lebih2 atas meja untuk suaminya. Tahu apa jawapannya, "Suami saya tak makan malam. Dia cukup jaga badan. Penampilan nak menarik. Takut gemuk, sebab tu suami saya slim je." Aku ternganga dalam hati dengar jawapan dia. Tak tahu nak klasifikasikan dia isteri mithali atau isteri dungu.

Lalu bila aku kisahkan perbualan ni kepada En Hubby, tau apa jawapan asben? "Suami dia tu balik pun dah malam buta... mana nak makan malam lagi... dh makan kat luar la ngan org lain... apa la bini dia tu. Percaya sangat kat laki dia. Saya lelaki, saya tahulah." Gulp... itulah jawapan dari seorang lelaki. Membuatkan aku menggunakan pendekatan reverse psychology.... lenkali ko wat gitu, kata tanak makan malam... siap la!!

Blogger Azmi mesti tengah ketap bibir, Vic ni asyik2 nak kenakan orang lelaki je... ok la... kali ni vic adil... ada juga kisah lelaki baik... tapi dungu. hahaha..

Satu pagi di kantin ofis, ketika aku tgh bersarapan pagi....

Aku: Lambat ko sampai arini bang?
En. F: Ha'ah... tadi masa tengah masak lauk, gas habis... separuh masak lauk aku.
Aku: Ko masak???
En F: Ye la... nanti anak2 aku nak makan balik sekolah.
Aku: Bini ko tak masak??
En F: Ermm... bini aku nak bersiap pi kerja
Aku: Habis tu, ko tak kerja?? (soalan ni aku tanya dalam hati je.)

En. F: Gaji bila masuk??
Aku: Lorr... macam biasa la... tanya2 buat apa, macam baru semalam kerja.
En. F: Aku kering ni. Skang ni RM50 mcm air tau, semalam aku pi pasar pagi beli udang dengan sayur je dah habis RM50.
Aku: Ko pi pasar pagi ke? Ko yg beli barang dapur?
En F: Ha'ah la... selama ni aku yang beli apa... sbb tu aku tau harga sayur2 semua..
Aku: Bini ko tak pi?
En. F: Tak... dia tak larat... penat..
Aku: (Gulp....)

Selama ni aku mmg tak pernah terfikir nak risik ttg hal rumahtangga En. F ni walaupun kami mmg rapat. Tapi setelah perbualan tadi membuatkan aku meronta2 nak tau kenapa le En F ni dungu sangat?

Lalu setelah dirisik... inilah kisahnya..

En. F berkahwin dengan rakan sekerja yang tua lebih 10 tahun darinya. Walaupun kawan2 rapat telah menasihatinya, namun ketika itu hati mudanya mengatakan dia mampu mengemudi rumahtangganya walaupun isterinya lebih berusia. Selepas berkahwin si isteri berhijrah ke syarikat lain yang tidak jauh dari syarikat suami. Selepas lebih berbelas tahun hidup bersama dan dikurniakan cahayamata seramai 2 orang, si suami mula merasa hendak try pucuk muda plak... almaklumlah... life begin at 40.


Nak dijadikan cerita cinta teman sekerja tercetus lagi. Suami jatuh cinta dengan pucuk muda satu tempat kerja. Takdirnya telefon berbunyi di pagi Ahad diangkat isteri. Lalu isteri diserang histeria. Disoal siasat suami ibarat polis pencen. Suami pula memberikan jawapan munasarawak (tak munasabah). Endingnya petang Isnin itu isteri tercinta bercekak pinggang di pintu pagar, terjerit2... "Mana pmpn yang gatal sangat nak goda laki aku tu, keluar sini, nak tengok lawa sangat ke?" Terkencing2 le pmpn tu bantai tak nak keluar dari ofis sampai ke malam....

Maka sejak itulah En. F ni telah menjadi ......... macai.......
Patutlah..........