Wednesday, December 15, 2010

Rumah Baru & Ofis Baru

Aku belum pernah lagi cerita tentang rumah baru dan kerja baru kan? Hmmm.. nanti dah tua2 nak review balik blog ni mesti teringin nak review balik my experience bila baru masuk kerja dan pindah rumah baru..

Rumah Baru…
Sebenarnya aku dah lama teringin nak duduk rumah teres yang ada laman yang luas. Cantik dan tenang. Alhamdulillah… permintaanku dimakbulkan. Rumah yang aku duduki skang ni rumah teres tepi yang mempunyai tanah yang agak luas namun belum berkesempatan bercucuk tanam lagi. Masih menunggu weekend dimana kami berdua boleh mengerjakannya bersama.

Paling best sekali tentunya Mika, happy betul dia berjalan keliling taman perumahan, hanya balik rumah untuk makan dan tidur aje. Risau ‘bapa’nya menunggu. Pernah sekali en hubby tak tidur gara2 menunggu Mika balik. Risau kalau Mika diculik orang. Kelakar… hahahaha..

Walaupun rumah agak jauh dari tempat kerja, perjalanan dengan kereta lebih kurang 20 minit sbb lebih kurang 20km jaraknya (kalau tak jem) kerana kami kerja di Bangi manakala rumah di Semenyih tapi tu tak jadi masalah. Kelebihannya perumahan aku dikelilingi keindahan hutan. Malam2 masih mampu dengar bunyi cengkerik.. Air Terjun Sungai Tekala pun dekat je rumah dengan rumah aku. Paling syok rumah dilengkapi dengan jubin di seluruh rumah dan kitchen cabinet siap dengan dapur yang comel. The best part ialah setelah 7 tahun berkahwin akhirnya kami pergi dan balik kerja bersama2, naik satu kereta, kadang hubby hantar aku dulu, kadang2 aku hantar hubby dulu sbb jarak ofis kami yang dekat.... romantik habis… masa baru kahwin pun tak buat kerja ni.

Ofis baru.
Another Japanese Company, tak susah sebab dh biasa dengan cara kerja syarikat Jepun.. so far MD dia lebih kurang MD aku juga. Senang nak baca karakter bos Jepun ni. Kat sini bidang kerja sama je tapi responsibility lebih, almaklumlah nama jawatan pun dah lebih panjang dari dulu, Human Resources and General Affair Executive. Memandangkan tiada jawatan yang lebih tinggi dalam dept aku, maka kuasa meng’sain’ surat2 seperti memo, offer letter, warning letter, bonus letter, increment letter semuanya terletak pada jari aku. Power of my finger… huhuhuhuhu…

Ok… selebihnya nothing new compare to my previous company, cuma….. ermm.. kat sini aku diberi telefon yang mana bilnya 100% dibiayai oleh kompeni, makan bersubsidi (tak perlu guna kupon), seorang assistant yang sangat baik dan rajin dan uniform serta baju kot berjenama G2000, Padini dan Seed. Perghh… giler tul uniform beli kat outlet terkenal. Walaupun aku dipaksa handle 100% payroll, selain dari HR job function yang lain tapi pengalaman handle payroll 3 tahun yang sebelumnya (di syarikat kuku besi dan syarikat pertama yg aku kerja) banyak membantu. Walaupun ingat2 lupa tapi payroll system ni walau apa pun nama dan version, godek punya godek… sebenarnya tang tu jugak.

Part yang paling tak besh bila aku join time betul2 diorang tengah sibuk untuk bonus. Tak merasa la aku bonus untuk tahun ni walaupun sign aku diperlukan dalam surat bonus untuk setiap pekerja. Dah le bonus dowang ni kencang2 – telan liur je la…

Takpe… tahun depan aku pulun habis!

Monday, December 13, 2010

InsyaAllah

Adakalanya bila kita rasa kita dah tak mampu lagi,
Hilang arah, sunyi dan keseorangan,
Hidup ini hanya malam, gelap tanpa cahaya,
Teraba-raba mencari hala,

Jangan menyerah dan putus asa,
Kerana Allah sentiasa ada,
Menemani dan memelihara kita,
InsyaAllah, Dia akan tunjukkan jalanNya.

Bila-bila masa, kita takkan lepas melakukan kesalahan,
Kadang-kadang khuatir, masih adakah pengampunan?
Adakah Allah menerima taubat kita?
kita keliru, lalu memilih untuk jauh dariNya
Kerana diselubung rasa rasa malu dan tidak diterima..

Kembalilah kepada Allah..
Dia tak pernah jauh dari kita..
Letakkan seluruh keimanan kepadanya.
Tadahkan tangan dan mohonlah padaNya
"Ya Allah, berikan aku taufik dan hidayahMu
Hanya Engkau tempat ku meminta, bantulah aku."

InsyaAllah..... Dia akan tunjukkan jalanNya.

p/s: Ilham dari lagu InsyaAllah - Maher Zain.

Wednesday, December 08, 2010

Hello Bangi, Bye-Bye Shah Alam.

Ok... mungkin ini adalah salah satu di antara perkara2 yang sedikit gila yang pernah aku buat. Reject offer, jadi penganggur....

Seperti yg kowang sedia maklum, perkhidmatan aku dengan SLM telah tamat pada 30 November yang lalu dan sepatutnya 1hb aku telah berkhidmat dengan syarikat baru - GLC kompeni di Bukit Raja. Pindah ke Klang akan menyebabkan hubby duduk semakin jauh dengan tempat kerjanya. Kos meningkat dari segi minyak, tol dan sewa rumah. Lalu setelah difikirkan semasak2nya aku tidak muncul pada hari yang dijanjikan, lagipun aku memang tidak mengambil offer letter terlebih dahulu kerana kononnya aku sedang menimbal semula tawaran dari syarikat sekarang........

Banyak yang berlaku sebenarnya.. setelah aku tender resignation aritu aku telah pergi interview di sebuah syarikat Jepun terkemuka di Malaysia. Mata aku telah digelapkan dengan remuneration package yang hebat sehingga aku telah bermimpi di siang hari seandainya aku berjaya menjadi salah seorang pegawai HR di sana..... dan....... tidak... aku tak berjaya. Bukan kerana aku tak layak tapi kerana yang nak resign tak jadi resign. Maka tiada selection..

Kecewa... hampa... frust kemenonggengan aku dibuatnya sementelah hati dah tak hingin nak pi GLC kompeni lagi. Bukannya apa, aku sedikit fobia dengan GLC dan Govt kerana sekali dh ada dalam sana, biasanya selamanya di sana. Kalau keluar pun belum tentu boleh survive dengan cara kerja Private Company especially MNC kompeni yang sentiasa mementingkan kepantasan dan kualiti kerja. Aku takut seandainya aku telah dimanjakan dengan cara kerja yang lemah gemalai nanti aku tak mampu kembali bekerja dengan cekap dan pantas... berat aku memikirkannya.... makin berat.. (sigh) Tarik balik surat resign?? No way!!

Kebetulan mak mengalami patah tulang. Maka aku dapat merasakan hikmahnya, dengan pemberhentian ini aku mampu menjaga mak, melakukan kerja2 rumah yang biasa dilakukan oleh mak dan menemani emak berbual sementara dia cuba menserasikan diri dengan simen di kakinya dan sementara dia cuba belajar mengedalikan wheelchair. Syukur.... segalanya ada hikmah.

Lalu satu malam datang satu ilham pada kami suami isteri. Husband dah kerja di Bangi, kenapa tidak kami berpindah ke Bangi dan aku memulakan perncarian kerja di Bangi??

Ye... hasil interview pertama di kawasan Bangi, aku bakal menjawat jawatan HR & Admin Executive di sebuah syarikat Jepun. (Jepun lagi...) Tawarannya juga agak bling bling walaupun tidak mencapai harga yang aku inginkan tetapi tetap lebih dari dulu. Aku bakal memulakan hari pertama esok (Khamis 9hb Disember 2010). Ini bermakna aku sempat menjadi penganggur 8 hari. hehehe... Bila difikirkan balik, ye aku memang gila. Mujur berkat doa mak untuk aku dengan linangan airmata sebagai tanda terima kasih telah didengar olehNYA. Syukur Ya Allah... terima kasih mak...

Ok... hari ni InsyaAllah kami akan tgk rumah yang bakal disewa. Moga segalanya berjalan lancar. Amin...

Thursday, December 02, 2010

MAHA 2010 - Beribu Rakyat Malaysia Menyumpah!!

Aku dah 3 tahun cuba nak pergi MAHA tapi tiap kali nak pergi mesti patah balik kerana putus asa dengan kesesakan lalulintas yang terpaksa dihadapi untuk ke Ekspo MAHA. Tapi nampaknya tahun ni aku masih tak berputus asa untuk mencuba nasib ke ekspo MAHA 2010.

Ok.. sebaik aje masuk jalan utama ke ekspo MAHA pada pukul 2 petang aku lihat kereta berhenti, melekat dan seolah dh dipaku atas jalanraya. Langsung tak bergerak seolah2 macam ada treler dah terbalik betul2 merintang jalan. Beratus kereta membuat U-turn drastik dan menyusur kembali jalan one way tersebut, menongkah arus. Salah seorang dari mereka ialah bapa aku (means kereta yg kami naiki). Aku lihat pemandu yang berpatah balik semuanya mengamuk dan menyumpah2..

Dah terlanjur bayar tol mahal2 sampai ke Bangi aku cadangkan pada ayah untuk pekena teh kat Putrajaya. Perghh... nak ngeteh pun sampai Putrajaya beb... mmg dahsyat.
Tgh sodap2 minum teh tiba ayah bersuara, "Ayah ingat nak cuba sekali lagi la masuk MAHA tu. Andy ada jalan alternatif tak yang tak ramai orang tahu?"
Aku lihat en hubby mengurut2 dagunya yang baru shave, "Ada, tapi tak pasti la jalan tu sesak juga ke tak, tapi kita cuba la ye."
Lalu kami angkat punggung menyusur jalan kampung dan akhirnya keluar di pintu belakang MAHA. Sesak juga tapi tak sampai melekat macam tadi. Dan... untuk masuk ke kawasan parking yang MAHA luas tu, kami terpaksa jalan sejemput2 sehingga sejam setengah! Gila! Hanya orang yg sabar je mampu buat kije2 gini... Paling mengejutkan bila time parking penuh, polis trafik selamba kodok je menutup jalan dan menghalau kereta yang tengah beratur sepanjang2... (aku yakin yg mereka juga telah Q lebih dari sejam). Tergamam aku. Apa taknya... kalau kereta2 tu dipaksa menuju ke jalan depan tiada arah lain lagi selain arah balik je ke rumah. Rayuan pemandu2 langsung tidak dipedulikan oleh polis trafik sebaliknya mereka dihalau dengan keras. Memang berbakul2 pemandu2 menyumpah. Beratur punya panjang, sket punya lama... last2 kena halau gitu je. Aku tak paham macam mana penganjuran MAHA yang bukan kali pertama ini seolah2 LANGSUNG TIDAK BELAJAR APA-APA dari penganjuran mereka yang sudah. Tidak terfikir nak buat sebarang improvement ke dengan masalah parking? Masalah pengangkutan dan kemudahan.... bila ditanya pada sekretariat MAHA jawapan mereka "TAK BOLEH NAK BUAT APA ENCIK, INI SEMUA BIROKRASI," Boleh ye bagi jawapan macam tu?

Dah dapat parking, seksa belum habis lagik dik non... kami terpaksa menapak dari tempat parking ke jalan berbukit2 sejauh 1-2km. perhh sampai nak tercabut kepala lutut aku especially time nak balik tu. Memang MAHA luas betul tempat exhibition ni.. hall je ada 3, HALL A menempatkan organizer, HALL B Local Companies, HALL C, International Companies.. itu belum masuk gerai2 yang banyak dibuka diluar hall... Ok... takmo cerita banyak... tengok je gambor2 yg sempat disnap sepanjang aku berada di MAHA 2010


Beg Jenama Louis Vuitton yang diperbuat dari kulit babi. Opss.. bukankah ini jenama kegemaran Siti Nurhaliza?
Sandal berjenama ESARLI yang juga diperbuat dari kulit babi.
Selain beg tangan dan sandal, berus cat, sarung tangan dan bermacam2 lagi barangan pengguna yang diperbuat dari kulit babi dan bulu babi.
Cara mengenalinya :- Kulit babi bertompok dengan 3 bintik berdekatan. Manakala bulu babi pula hujungnya pasti pecah dan bercabang.
Ayah bertanya pada pegawai JAKIM bertugas : Encik, benda2 ni kita boleh tengok dengan mata kasar ke?
Pegawai Jakim : Rasanya tak boleh, kena pakai kanta.
Ayah: Jadi semua rakyat Malaysia perlu bawa kanta atau dibekalkan dengan kanta setiap kali beli belah ye?
Pegawai Jakim : (ketawa)
Ayah : Saya nak tanya, macam mana barang2 pengguna macam ni yang diperbuat daripada babi boleh dijual dengan bebas di Malaysia, sebuah negara Islam? Tak ada sebarang tindakan ke yang yang diambil oleh pihak JAKIM atau kerajaan?
Pegawai : Hahaha.. saya tak boleh nak jawab la Encik. Ini semua kuasa pihak atasan.


p/s: aku telah ke sana pada 28 Nov 2010 Ahad, namun disebabkan kekangan waktu baru hari ni dapat berkongsi pengalaman ke MAHA bersama kalian. Kesimpulannya selain dari masalah kesesakan MAHA dahsyat dan pengunjung terpaksa berjalan kaki MAHA jauh untuk ke ruang pameran, secara keseluruhannya penganjuran MAHA dilihat sebagai satu usaha positif kerajaan bagi meningkatkan dan memartabatkan industri asas tani (agricultural) di Malaysia.