Thursday, October 28, 2010

She Want Me Dead

Lupakan soal grammar dari tajuk di atas, sebab kita bukan berada di dalam kelas Bahasa Inggeris. Rasanya si penulis juga mungkin tak terfikir soal grammar ketika menulis perkataan ini, apa yang dia tahu..... "orang lain paham dan 'she' pun paham, sudahlah".





Mangsa merupakan seorang lelaki melayu berusia 25 tahun dan tinggal di Sungai Petani. Kejadian berlaku di KM12.25 antara B.M. - Simpang Ampat.
Pesanan Penaja :
1- Next time sila gunakan Bahasa Melayu untuk mengelakkan orang lain terasa hendak membetulkan ayat anda walaupun anda telah tiada.
2- Jangan senang2 sebut "pergi mamposlah engkau" bila anda marah sebab orang yang menerima pesanan anda tu mungkin lurus bendul.
3- Jangan jadikan landasan keretapi, jalanraya atau mana2 laluan pengangkutan awam sebagai tempat bunuh diri kerana masyarakat sebolehnya enggan mencampuri urusan peribadi tetapi bila anda telah menyebabkan kelewatan terhadap pengangkutan awam yang digunakan mereka setiap hari, tentu aje mereka akan marah (atau jadi kak nam).
4- Jangan bunuh diri, nanti tak cium bau syurga.

Tuesday, October 26, 2010

Mati Terjatuh Selepas Seks Dengan 3 Lelaki

Kegiatan maksiat atas bumbung berakhir tragedi
Oleh MOHD. ZAINI SAMSU HADI
zaini.hadi@kosmo.com.my
PETALING JAYA – Seorang gadis sunti berusia 12 tahun yang menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat enam Blok E dekat Apartmen Lestari di Damansara Damai di sini kelmarin dikatakan selalu berada di situ untuk melakukan perbuatan sumbang.

Perkara tersebut didedahkan oleh penduduk di situ yang sebelum ini sering melihat mangsa bersama beberapa remaja lelaki naik ke bumbung bangunan itu.
Menurut mereka, remaja perempuan berkenaan bukan penduduk di situ. Selain itu, dia juga sering dilihat terhendap-hendap setiap kali hendak ke bumbung bangunan tersebut.
Seorang penghuni yang enggan dikenali berkata, penduduk kemudian bersepakat untuk memasang perangkap bagi mengetahui aktiviti mereka.

“Alangkah terkejutnya kami apabila melihat mangsa sedang berasmara dengan tiga remaja lelaki di situ.

Kami kemudian menyergah mereka menyebabkan mereka terkejut dan cuba melarikan diri. Ketika itulah mangsa cuba turun dengan memanjat dinding tetapi dia gagal lalu terjatuh ke tanah,” ceritanya ketika ditemui semalam.

Ulasan aku:
Ajal tak mengenal usia. Alangkah malangnya menemui ajal dengan cara begini. Baru berusia 12 tahun, darjah 6, usia semuda ini telah terdedah dengan perkara2 yang begini. Nak salahkan siapa?

Monday, October 25, 2010

Betul ke Aku / Pasanganku High Maintenance??

“Gila kau nak ngorat dia, maintenance tinggi tu, sanggup ke?” Itulah ayat momok yang dituturkan bila En. Hubby menyuarakan hasratnya nak mengurat aku pada kawannya dulu. Sungguh aku tak tahu kriteria yang macam mana seseorang wanita itu boleh diklasifikasikan ‘high maintenance’. WANITA pun macam kereta ye, ada maintenance rendah, maintenance tinggi. Dahsyat tul!

Setelah berkahwin dengan aku, maka terbuktilah dakwaan itu salah. Buktinya kalau betul aku high maintenance tentunya aku masih ramping dan cute seperti sebelum kahwin dulu -Berkat melabur di Marie France Bodyline atau Slim World. Hehehe Dan takdelah dagu aku berparut hitam sebesar syiling 5 sen ni gara-gara terkena sambal yang menggelegak masa buat sambal ikan bilis petai malam tadi.

Sebut pasal high maintenance, teringat ketika shopping hari Sabtu di Jusco Bukit Tinggi (hari tanpa beg plastic, tapi shopping complex lengang, aku suka!) Planning nak beli handbag almaklumlah dah 4 bulan aku tak beli handbag baru. Selepas menyambar sebiji Carlo Rino (bukan Salvatore Ferragamo seperti dalam mimpi) aku pun beratur le untuk membayar di Cashier. Berdiri di depan aku 2 orang nyonya yang memegang 3 balang kecik SKII. Moisturiser, Night Cream, Krim penegang kot.. itulah yang aku rasa. Setiap seorang membayar harga RM798 untuk 3 benda kecik yang kalau mengikut perkiraan aku untuk kegunaaan dalam tempoh sebulan. Sebulan dekat RM800 untuk muka je, belum satu badan, yang luar dan yang dalam… perghh… ini baru betul high maintenance. Itupun nasib baik belanjawan kata barang import dah takde duti, kalau tak mau RM1000 harganya kot.
Lalu aku menjeling beg Carlo Rino yang aku bimbit yang bleh tahan (kalau ikut tahap keganasan aku) koman2 pun 6 bulan. Dengan harga cuma 1/3 dari nyonya kat depan aku punya barang. Lalu aku membandingkan diri aku dan dia (biasala tu, pmpn memang suka buat comparison). Sebenarnya ini bukan kali pertama aku terserempak dengan nyonya2 yang shopping barang penjagaan muka macam ni, tapi memang aku tak pernah terserempak dengan melayu yang shopping macam ni. Mungkin aku kurang bernasib baik untuk tengok atau mmg melayu mmg boleh kira dengan jari ye yang mampu buat kije tu. Melayu biasa beli SKII seumur hidup sekali je, itu pun kat Petaling Street, itu pun tujuannya cuma nak letak atas dulang hantaran kahwin supaya orang tengok nampak macam gempak orang kata, “Set SKII yang harganya hampir RM2ribu kalau beli kat Parkson dia leh letak atas dulang…. Gempak beb!!” ( Walaupun rumah setinggan) Itu orang kita… biasalah. Lepas tu bukan pakai pun… buat perhiasan atas almari solek je. Gila! Beli kat Petaling Street kang pakai tumbuh jerawat batu takkan nak saman apek kat PS tu??

Tp ramai gak pmpn yang suka nampak macam high maintenance tapi sebenarnya tidak. Contoh paling nyata kalau tiba time kahwin, orang melayu paling hebat melaram. Buktinya perhatikan member2 kat sebelah anda, majority daripada dowang ni pakai beg yang beli kat Bazaar TESCO RM20. Paling mahal pun RM50, tapi cuba time kahwin… BONIA, HUSH PUPPIES… yang buh PRADA ngan LOUIS VUITTON pun ada tu. Kalau anak Tan Sri tu insyaAllah original, tapi kalau suami kerja kilang, kita receptionist pi buh LOUIS VUITTON dalam dulang kan nampak beno penipunya. Tu belum cerita hantaran RM20K padahal laki dia kuar RM1ribu je, 19ribu lagi duit dia buat loan kat Bank Rakyat. Ha… ada yang dah sengih2 tu, “aik macam cerita aku je ni.” Jangan risau, bukan anda seorang tapi ramai yang berkongsi cerita yang sama dengan anda (tapi bukan aku, caya lah). Tapi jaga-jaga ye.... kang dah bercerai baru keluar paper duit hantaran tak habis bayar lagi (adusssss!)Ok balik kepada soal high maintenance. Kalau ada lelaki kat luar sana yang dok merungut bini / awek anda high maintenance, banyak pakai duit fikir2 balik, betul ke gf/isteri anda high maintenance? Sekiranya betul, fikir sekali lagi berapa riban duit anda telah hangus akibat high maintenance gf/isteri anda? Kalau jawapan dia ada la 20-30 ringgit sebulan kot bawak makan2, jalan2…. Ataupun RM1ribu sebulan termasuk duit bil api, air, pampers anak, susu, duit kereta…. Haihh… itu maknanya mereka bukan high maintenance sebaliknya mereka yang buat anda nampak maintain.

Saturday, October 23, 2010

"Sudah Takdir Tuhan Abang Jatuh Cinta Lagi..." Huhh~!!!

Aku mendapat satu sms petang itu jam 5 petang.
"Vic, kita jumpa petang ni boleh?
Aku belanja kau minum."
Aku senyum. Sungguh aku rindu si penghantar sms, A (bukan nama sebenar). Kebetulan petang ni memang sepatutnya aku pulang ke Klang.
"Boleh, jumpa kat mana?"
"Tempat biasa kita jumpa dulu, Call B (bukan nama sebenar) sekali ye. Rindu nak jumpa dia."
Lalu aku menghantar sms kepada B memaklumkan pertemuan petang ini. Kemudian menelefon En Hubby meminta dia pulang ke Klang sendiri, turut berpesan jangan lupakan beg dan Mika yang perlu diambil di rumah Shah Alam.

Maka petang itu 6 mata bertemu lagi. Bergelak ketawa, berkongsi pelbagai cerita. Kisah 3 sahabat yang tak pernah habis. Sungguh aku rindu saat2 ini. Rindu juga saat sebelum kami diijabkabulkan dulu, berjalan jauh bertiga. Ke pulau pun kami redah bertiga. Saling mempercayai, saling melindungi.

Hampir sejam bergelak ketawa usik mengusik, perbualan tiba-tiba bertukar rentak. "Apa perasaan kau kalau kau tahu suami kau menipu kau?" tanya A. Tak tahu soalan ditujukan kepada B atau aku kerana ketika bertanya dia sekadar menunduk.
"Menipu yang macam mana? Kalau selagi tak melibatkan perempuan lain, rasanya aku masih boleh bertolak ansur", jawab B.
"Kalau kau sendiri tak pasti betul atau tak ia berkenaan perempuan lain?" soal A lagi.
"Aku akan siasat habis2an sampai aku pasti," jawabku. "Come on B, aku bukan baru kenal kau, beritahu aku apa yang jadi. Suami kau curang?" aku mengasak.
"Mungkin...." katanya sayu... lalu aku lihat airmatanya sangat laju turun, tak berhenti-henti. Dalam sedu sedan yang panjang dia bercerita mengenai penemuan handphone ke-2 suami yang diluar pengetahuan dia, mengenai suami yang pura2 pergi bekerja sedangkan dia mengambil cuti tahun dan percutian suami ke air terjun yang sama sekali di luar pengetahuan dirinya.
Dah lama aku tak nampak dia nangis begitu.. sayu sungguh hati aku. Aku percaya B juga begitu kerana dia menggenggam tangan A seolah-olah menyalurkan separuh kekuatan kepada A.

"Apa yang patut aku buat, Vic?" Aku menelan liur seperti menelan pasir.
Kalau mengikut semangat feminisme yang tinggi harus aku katakan padanya, "Tinggalkan dia, jangan maafkan dia. Dasar jantan lupa diri!" entah kenapa bukan itu yang aku ingin katakan.. Sungguh aku kasihan melihat dirinya, dengan usia perkahwinan yang lebih singkat dari usia perkahwinanku. Apa yang tak kena? Wanita ini masih cantik, tidak sedikit pun terjejas bentuk tubuhnya yang ramping walaupun telah dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel. Ahh.... kalau mereka nak berlaku curang, mereka tak perlukan sebarang alasan. "Takdir Tuhan nak tentukan abang jatuh cinta lagi..." mungkin alasan paling senang.

Aku menarik nafas panjang sebelum mula bersuara.... "A, aku tak boleh paksa kau buat sebarang keputusan. Tapi kalau ikut apa yang kau ceritakan, mungkin betul suami kau ada perempuan lain. Kalau kau sayangkan perkahwinan ni buat masa ni, kau jangan serang dia dulu. Buatlah sesuatu untuk kembalikan dia kepada kau. Jangan sampai hatinya pada yang baru melebihi kasihnya kepada kau dan anak-anak kerana kalau ini berlaku, saat dia terpaksa buat pilihan, kau akan ditinggalkan. Dalam pada tu, perkukuhkan ekonomi kau, kuatkan mental dan fizikal untuk menerima apa-apa perkara yang diluar kehendak kau. Jadi sekiranya apa yang tak diingini berlaku jua, kau dah bersedia untuk semuanya. Kau tak akan tempang tanpa dia."


Aku lihat dia mengangguk sambil menyeka sisa airmata. Lalu aku terfikir mengenai perbincangan santai aku bersama emak. "Zaman sekarang bukan macam zaman dulu-dulu. Kahwin untuk hidup bersama sepanjang hayat, sampai ke anak, cucu, cicit. Zaman sekarang kalau perkahwinan boleh tahan 10 tahun pun dah lama betul dah. Bahagia tak bahagia tu belakang kira.... yang penting... uiyoooo lama dah kahwin." Lalu aku menghitung usia perkahwinan aku yang bakal menjenguk tahun ke-7... tanpa anak, cuma Mika yang ada. Tentu suami punya alasan lebih kuat untuk jatuh cinta lagi. Ahh... sebenarnya suami tak perlukan sebab kalau mereka mahu jatuh cinta lagi.... sebabnya mereka akan cari dan cipta kemudian. Namun apa yang paling penting wahai kaum wanita... biar kita bersedia fizikal dan mental... itu yg utama.

*******************************************************************************
Tips berhadapan dengan pasangan curang - petikan dari akhbar Kosmo.

Minggu ini, Kosmo! memberikan beberapa tip untuk berhadapan dengan masalah pasangan yang curang.

1-Terima dengan tenang: Apabila mengetahui si dia curang, anda pasti akan berasa sedih dan mungkin melakukan perbuatan di luar kawalan. Sebaiknya, cuba selidik sama ada ia benar-benar berlaku atau hanya anda yang terlebih cemburu.

2-Cuba berbincang: Jika ia benar, cuba ajak pasangan berbincang dan tanya kenapa dia bertindak sedemikian. Jangan pula menjadi terlalu emosi sehingga memaki pasangan. Tarik nafas dalam-dalam apabila anda berasa terlalu marah.

3-Bermuhasabah diri: Anda perlu ingat musibah yang berlaku diturunkan oleh Tuhan. Ia adalah sebagai dugaan kita di muka bumi. Mungkin ia sebagai balasan terhadap sesuatu yang pernah anda lakukan dahulu atau sebagai satu cara Tuhan menguji kita.

4-Dekatkan diri kepada Tuhan: Tidak kira apa jua kepercayaan anda, dekatkan diri dengan Tuhan. Ia mampu memberikan ketenangan yang sejati. Berdoalah supaya musibah yang melanda berakhir seperti yang anda ingini.

5-Cari teman untuk berkongsi masalah: Masalah perlu dikongsi dan jangan dipendam kerana ia hanya memburukkan keadaan. Anda juga akan menjadi lebih muram serta tidak mampu melakukan tugasan harian jika terus menyembunyikan masalah yang sedang dihadapi.

6-Kenali kekurangan diri: Percaya atau tidak, anda merupakan sebahagian daripada punca kecurangan. Mungkin anda seorang yang perengus, kuat membebel, tidak hormat kepada pasangan, tidak suka memasak, pemalas atau pengotor. Kenang kembali saat pertama anda bertemu pasangan dan mengapa dia tertarik kepada anda. Mungkin tarikan itu telah hilang. Cuba lihat pada diri sendiri dan cari apa yang disukai oleh pasangan.

7-Cuba perbaiki diri: Ubah segala kekurangan diri. Jangan terlalu memaksa dan cuba buktikan bahawa anda layak untuk disayangi. Tidak salah anda berubah demi kebahagiaan keluarga.

Friday, October 22, 2010

Sehari Bersama Fahrin Ahmad

Dalam banyak-banyak hadiah yang aku menangi, aku rasakan inilah hadiah pertandingan yang paling hebat. Ketika menerima surat yang menyatakan anda memenangi hadiah utama "Sehari Bersama Fahrin Ahmad," aku melompat-lompat mengalahkan anak kecik diberi lolipop.

Pagi lagi kenderaan MPV putih itu menunggu di hadapan rumahku. Emak dan ayah menghantar ke muka pintu pagar dengan rasa sedikit cuak. Takut2 kalau anaknya tak sampai ke rumah Fahrin Ahmad, takut dibawa ke Siam plak. Kenderaan berhenti di sebuah rumah banglo dengan laman yang luas. Ada tiga biji kenderaan di laman. 1 BMW, 1 Kenari, 1 lagi sebuah kereta sport tanpa bumbung berwarna merah. Cantik! Aku berjalan menghala ke arah deretan kereta tersebut. Kenari? Kenapa ada kenari?

"Kenari tu untuk kegunaan mak dan ayah saya kalau mereka ada di sini," kata satu suara di belakang. Aku menoleh. Perghh... tiba2 jantung aku berdegup 180km/j (cukuplah tu, jantung aku enjin 3.0 cc je) Fahrin Ahmad tersenyum manis. Aduihhhhhhhhhh.... cair.... cair.... cair...

"Apa khabar FA?" kataku sambil menghulur tangan. (FA ialah nama panggilan bagi peminat2 fanatik Fahrin Ahmad). "Khabar baik. Umur berapa?" Sambil menyambut huluran salamku.
"28," jawabku.
"Kalau macam tu panggil saya abang je la...," katanya senyum lagi..
Aku rasa macam nak pengsan.

Kami mengikuti jadual yang ditetapkan. Pagi2 kami menaiki BMW ke Pavillion. 'Shopping Bersama F.A' kalau ikut jadualnya. Aku berkesempatan membantu FA memilih perfume. Dia setuju mengikut pilihanku, sekotak Paco Rabbanne bertukar tangan. Sebagai hadiah, aku diberi memilih 1 hadiah apa sahaja.... dan aku telah merembat sebiji beg tangan berjenama Salvatore Ferragamo. Ha... sape suh pilih apa sahaja?? Kan dah kena bayar. Pendek kata aku gembira berpusing2 di Pavillion bersama FA... terasa diri macam superstar sebab semua mata memandang ke arah kami.

Tak sedar dah petang. Ketika dalam perjalanan balik, FA mengingatkan aku, "Petang ni kita ada party pertemuan bersama peminat di tepi pantai. Kamu pakai baju warna merah ye." Aku mengangguk excited.

Setelah mandi aku menyarung sehelai t-shirt polo bewarna merah putih. Sebaik keluar dari rumah aku melihat FA telah menunggu di kereta sport bewarna merahnya. Segaknya dia... bert-shirt merah juga. Kereta merah...baju merah.... auwwww.... Dan sepanjang menaiki kereta bersamanya itu aku sungguh bahagia. Aku membalas lambatan peminat2 yang berkumpul di tepi pantai... nasib la korang... takat lambai je. Aku dah puas shopping dan berdua2an dengan FA. Aku terus melambai2 dari atas kereta tanpa bumbung yang masih bergerak. Sesekali menjeling pada FA yang duduk di sebelah.... dia membalas senyumanku.. Nyaris aku tak jatuh dari kereta. Indahnya....

Tiba2... punggungku di tepuk berkali2.... "Yang... bangun... tak nak pergi kerja ke? Dah lewat ni." Perlahan-lahan mata aku terbuka.... Kelibat en hubby kelihatan di hujung katil... "Kenapa awak kejut??" bebelku. "Eh, tak nak pi kerja ke?"... dengan malas aku bangun mencapai tuala mandi dan menuju ke bilik air. Tersenyum aku sendirian. Adakah aku sudah terlalu obses dengan jejaka bernama Fahrin Ahmad. Hahahahahahahahah

Wednesday, October 20, 2010

5 Perkara Dalam Hidup Yg Paling Aku Kesalkan..

Aku suka menerima emel dari dia (seorang motivator) yang dikenali melalui training service. Hampir setiap hari dia berkongsi mutiara kata. Pagi ini dia berkongsi sesuatu yang membuatkan aku mengingati mati. Sunat mengingati mati. Tapi topiknya lebih menarik, 5 perkara yang manusia selalu kesalkan bila ajal mula menjemput. Maka emel berbahasa Inggeris itu aku terjemahkan untuk berkongsi dengan pembaca blog. Bukan kerana khuatir kalian tidak memahami Bahasa Inggeris tetapi kerana aku lebih mahir dalam bahasa ibundaku. Dan kalau setakat copy paste emel.... hehehe... nanti aku dituduh plagiat!

Bekerja di hospital dalam unit yang menempatkan pesakit kronik telah membuatkan aku belajar sesuatu. Pesakit-pesakit di unit aku merupakan pesakit yang menunggu dijemput ajal. Tidak ku sangka mereka yang sedang meniti hari-hari terakhir kehidpan ini mempunyai norma pemikiran yang lebih tinggi berbanding mereka yang sihat walafiat. Kadang2 setiap perubahan mereka disebabkan rembesan hormon tertentu, pengaruh emosi dan spiritual, rasa insaf, takut, marah, kecewa, pasrah dan berserah.

Bila mereka ditanya apakah perkara yang paling mereka kesalkan sepanjang hidup mereka, berbagai2 jawapan yang aku terima. Namun aku melihat ada 5 perkara utama yang kerap disebut oleh mereka. Antaranya:-

1- Aku berharap aku punya kekuatan untuk hidup dengan menjadi diri sendiri, bukan menjadi orang lain seperti yang diharapkan orang sekeliling.
Catatan aku : Kadang2 kita selalu terpaksa menjadi orang lain demi menjaga kepentingan individu lain. Kadang2 kita terpaksa memilih keputusan yang bukan pilihan kita hanya kerana hendak menjaga hati orang lain.

2- Aku berharap aku tak bekerja terlalu kuat.
Catatan aku: Ada satu pepatah yang aku suka, pilihlah keluarga berbanding kerja kerana keluarga akan ada ketika kamu sakit sebaliknya kerja akan meninggalkan kamu bila kamu terlantar.

3- Aku berharap aku punya kekuatan meluahkan perasaan.
Catatan aku: Menyimpan di dalam hati apa yang kita rasa tanpa meluahkannya akan meninggalkan kesakitan yang akhirnya memamah hati kita sehingga hancur.

4- Aku berharap aku dapat selalu berhubung dengan kawan-kawanku.
Catatan aku: Bila ajal mula menjemput barulah kita mula kesalkan perkara2 lalu. Barulah kita merindui kawan-kawan rapat yang lama. Kegembiraan bersama mereka, kasih sayang mereka, gelak ketawa bersama mereka. Dan... bila kita menyedari itu kita sudahpun kehilangan mereka disebabkan jarak dan waktu.

5- Aku sepatutnya membiarkan diriku hidup dalam kegembiraan.
Catatan aku: Jangan hukum diri untuk hidup menderita, sedih dan sengsara lebih2 lagi hanya kerana putus cinta atau kecewa. Kita hanya membazirkan masa hidup yang singkat ini dengan sia2.... berikan hak untuk bahagia kepada diri sendiri.

Sunday, October 17, 2010

Kebenaran Itu Sangat Menakutkan...

'Bapak' (my boss) pesan pada aku Jumaat lepas ketika kami sama-sama makan tengahari, "You should leave all those stresses at the office before you go back today. Don't think or bring any office's matter to your home." Tapi sebenarnya bercakap tak semudah melakukannya.

Cerita di ofis semakin merumitkan.. menyesakkan dada dan kenyataan demi kenyataan yang dibongkarkan semakin menyesakkan dada. Perkara2 yang 'taboo' satu masa dulu merupakan satu cerita klise yang menjadi asam garam di pejabat. Menakutkan.

Ya Allah, aku bukan insan terpilih, terpelihara dari melakukan dosa namun aku punya keinginan besar untuk meninggalkan semua "dosa2" itu, kembali ke jalan keredhaanMu sementelah kau telah kurniakan aku sahabat-sahabat yang pada mata aku muslimin dan muslimah. Sahabat yang aku percaya mampu memotivasikan diriku untuk jadi lebih baik dari dulu. Itu yang selalu aku doakan padaMU siang dan malam...

Ya Allah... hakikatnya bila kebenaran itu dibongkarkan satu persatu.. aku lelah... aku tak berdaya.. betapa besarnya drama yang dipentaskan dihadapanku selama ni Ya Allah...

Mereka menutup aurat, mereka tak pernah lalai untuk 5 waktu itu, malah bukan sahaja puasa wajib, yang sunat jarang amat mereka ketepikan. Mereka bertutur mengenai agamaMu dan Ibadah kepadaMU sungguh mempersonakan. Aku merasa betapa kerdilnya aku. Lalu aku menginsafi diri. Aku mahu jadi seperti mereka...
Dan bila gambar tanpa seurat benang itu bukan lagi rahsia... pengakuan demi pengakuan yang menyesakkan dada... wajah2 mereka yang penuh selamba... aku menangis Ya Allah...
Aku bukan membawa beban kerja pulang ke rumah wahai pegawai atasanku...
Aku membawa kebenaran yang amat pahit untuk ditelan.. bila mereka mempersendakan agamaku. Mana mungkin aku tak bawa ia pulang ke rumah.... mana mungkin aku boleh lari dari memikirkannya sepanjang hujung minggu ini. Mana mungkin....

Thursday, October 14, 2010

Aku Masih Dara..

Aduh... dah 2 hari berturut2 makan ayam goreng spicy McD. Mana la nak turun kadar kolesterol aku gamaknya macam ni..

Tajuk kat atas tu cofession paling dahsyat daripada aku agaknya kan? Dah 6 tahun kahwin takkan la masih dara? Yer... kalau aku kata mcm tu mungkin kowang rasa inilah lawak paling hebat abad ke 2000. Pendek kata majalah Ujang pun tak boleh lawan kelakar lawak aku ni. Ok.. memang bukan aku. Tapi cuba kowang bayangkan kalau tajuk kat atas tu adalah sebuah tajuk filem. Bagus tak? Mesti kowang ketawa kan? Yer... percayalah... aku pun ketawa, malah seluruh panggung ketawa dengan tajuk filem ni masa preview filem ni malam tadi. Apa takde tajuk lain ke? Bagilah tajuk Kumbang Terbang ke, Dara Kesuma ke, hehehehe....
Actually smlm aku tgk filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2. Cerita komedi seram yang buatkan aku ketawa sungguh2... dah lama aku tak ketawa sungguh2 mcm tu. Sampai sesak dada aku ketawa.. memang lucu. Pendek kata aku suka filem ni, tak yah pk apa2... ketawa aje. Dan.... Nora Danish dalam filem ni sangat cantik especially time dia kemban tepi sungai tu... pasalnya aku tengok hubby aku terlopong mulutnya sambil menelan liur 5-6 kali. Sungguh kurang sopan.
Last week tengok juga filem KRU tu, Magika... Mula2 nak ngajak hubby tgk tu agak payah juga sbb filem muzikal. Tapi aku cakap, besh la... mcm Phantom of Opera tapi versi imiginasi dan komedi. So dia pun setuju. Filem tu tak menghampakan. Aku paling suka part Puteri Gunung Ledang dengan bendaharanya... even sampai skang aku bleh ingat sket2 antara dialog yang paling aku suka..

"Itulah tuan puteri, dulu Sultan Melaka nak, jual mahal, minta benda yang tak logik, hati nyamuk la.. bukan mendatangkan hasil pun. Minta la beg tangan Gucci ke. Kurang2 pun cincin Zhulian ke. Ini dah jadi macam ni spare tyre pun dah banyak dah tak guna... apa nak buat? Bukak le kedai tayar je la"


Well aku sedang menantikan beberapa filem melayu yang bakal masuk panggung tak lama lagi antara Cuti-cuti Cinta kerana terpaut dengan dialog:-
"Awak kata saya tak cantik?"
"Apa yang cantiknya? Dahi jendul, dagu kemek, tu apa tu (sambil tunjuk pada dada si perempuan) Nasi Lemak 50 sen"...
dan beberapa lagi filem melayu lain. Kenapa aku tak suka tengok cerita Inggeris? Sebab sebelum cerita Inggeris tu kuar panggung aku dh tgk dulu kat rumah. Punya la bagusnya laki aku tu, bapak segala pirate!
p/s: Sekiranya anda perasan bahawa kekerapan mengupdate blog semakin tinggi ini kerana aku sedang merajuk dengan facebook, hanya blog tempat mengadu kini...

Wednesday, October 13, 2010

Merajuk dengan Facebook.

Yer... aku merajuk sungguh dengan facebook. Bila facebook diceroboh oleh orang2 yang tak sepatutnya... facebook aku telah mengheret aku ke conference room dan perbualan telefon sehingga lewat malam. Letih nak mempertahankan diri. Letih!
Banyak yang berlaku di dalam syarikat lewat kebelakangan ini. Tak mahu nak sentuh tentang segala2nya kerana walau apa pun statement yang aku keluarkan, aku perlu beralas dan beralah... itu hakikatnya. Aku mentimun, mereka durian, ke tepi, ke tengah, menggelek atau digelek aku juga yang terluka.

Aku tak tahu apa tindakan yang sepatutnya aku ambil. Aku dah banyak pergi interview namun hasilnya hampa. Yang menghampakan adalah bukan kerana aku tidak menepati kriteria, tetapi kerana aku tak mampu memulakan kerja as soon as possible. Kata mereka, kekosongan HR tak harus dibiarkan lama sehingga sebulan. Banyak perkara yang memerlukan tindakan segera. Mungkin betul juga. Ketika aku mendapat tawaran kerja di Public Listed Company dulu seterusnya bersama Suzuki Latex pula, ketika itu aku sememangnya sedang duduk goyang kaki di rumah, boleh mula kerja bila2 masa. Tapi kini aku masih bekerja. Aku memerlukan sebulan notis tanpa sebarang AL untuk ditebus bagi mempercepatkan segalanya. Pernah juga aku nekad meletakkan surat resign terlebih dahulu jadi mungkin lebih mudah mendapatkan kerja malangnya aku berfikir, sekiranya tiada, perlukah aku mengambil risiko?

Mujur 'bapak' (my boss) selalu ada di sebelah, protecting me tanpa jemu. Tapi aku tak mahu mencetuskan ketidakharmonian diantara HOD hanya kerana 'ketidakselesaan' aku. Lagipun bak kata ayah, "Apa gunanya semua tu kalau kita rasa stress dan tak selesa. Along pun ayah tgk skang ni tertekan. Ayah sokong aje apa pun keputusan Along." Mungkin sebab ayah dah tak larat nak tengok aku kerap termenung jauh, berkerut2 kening tiba2 atau mengetap2 bibir...

Macam mana dengan "bapak?" Tentu dia susah kalau aku tak ada.. "Dah tiba masanya along fikir ttg diri sendiri pulak" (sigh...)

Aku masih tak jemu membuka lembaran jobstreet dan jobsdb. Moga ada yang sudi dengan sebulan notis yang menjadi tanda di "dahi" resumeku. Memberatkan mata, berat lagi bahu aku yang memikulnya.


Monday, October 11, 2010

I missed a lot of things...

Sebenarnya banyak perkara yang berlaku sepanjang minggu lepas... tapi aku ketinggalan untuk update banyak perkara...

As a reminder to myself (kerana aku selalu menjadikan blog ini sebagai rujukan untuk mengingati satu2 perkara) aku fikir elok aku catatkan perkara2 yang perlu untuk peringatan aku sendiri:-

1st of all... syukur Alhamdulillah, my best buddy Khairol Azwa(ewa) selamat menjalani pembedahan slip disc buat kali kedua. But she still in a trauma kerana ketika pembedahan dilakukan dia berada dalam keadaan separuh sedar dan terpekik terlolong bila doktor mengusik urat2 dibelakang tulang rusuknya.

2ndly, tahniah untuk Ali Natasha di atas pertunangan anda. Maaf sebab tak dapat hadir, lgpun I believe hubby dah represented me. Nanti kahwin InsyaAllah aku datang..

3rdly, last thursday 7/10/2010 - walaupun dalam hiruk pikuk relationship among us, kami berjaya juga mengadakan majlis penutup sempena bulan Syawal. Alhamdulillah walaupun ada banyak grievancess among us but we managed to put aside all the problems and made the party succesfully. Aku percaya sesiapa yang pernah terbaca mengenainya di facebook aku tau apa yang aku maksudkan. Thank you to all... especially the main person behind this project, En Salleh (Pok Leh).



4th - hari ni dipanggil mengadap En Hussain bagi merungkaikan semua masalah dan ketidakpuasan hati dikalangan kami yang berlaku lewat kebelakangan ini. Beliau turut menerangkan perhubungan sebenar antara beliau dan Haida dan mengesahkan bahawa segala rumors yang tersebar adalah disebabkan salah faham semata2.... So aku dengan rendah hati memohon maaf bagi pihak diri aku dan kawan2 aku yang mungkin tanpa sengaja telah menggoyangkan pokok yang ditiup angin sepoi2 bahasa..

5th - terima kasih En Hubby kerana membuatkan header blog ni. Really appreaciate that.

Ok. itu aje.... as usual.. foto2 lebih banyak berada di facebook. Ohh blogspot, kamu tidak dianaktirikan... percayalah..

p/s: Esok MEF Meeting di kelab Golf. InsyaAllah akan diupdate perkara2 baru untuk pengetahuan HR Practitioners yang lain dan sebagai pengetahuan am pekerja2 lain.

Saturday, October 09, 2010

Hasil Health Screening Selepas Raya Sebulan..

Kebetulan hari ni Sri Kota Medical Centre mengadakan Health Talk sempena World Heart Day Campaign. Oleh itu aku dan family beramai2 seperti rombongan Che Kiah ke hospital tersebut bagi membuat health screening sambil mengikuti Talk.

Memang banyak perkara lucu yang terjadi sepanjang pre-test dijalankan. Sampai berdekah2 kami ketawa anak beranak gara2 melihat result ujian2 kesihatan kami. Anyway, sebenarnya ramai di antara kita yang cukup jarang membuat ujian kesihatan. Kerana apa? Alasannya mudah. Kerana kita tak sakit dan kita rasa badan kita sihat. Sangat Salah. Kita takkan tahu apa sakit yang ada dalam badan kita sekiranya kita tak membuat ujian kesihatan secara berkala. Dari situ baru kita tahu yang kita ada kemungkinan boleh diserang penyakit disebabkan kandungan gula dalam darah / tekanan darah / lemah jantung / atau kandungan kolesterol yang tinggi dalam badan. Jadi ia boleh membantu kita beringat dan mengawal diet pemakanan ataupun mengambil sumplemen bagi mengatasi sesuatu kelemahan dalam badan.

Ok the funniest part ialah bila kami diminta memanjat dan menurun tangga selama 3 minit mengikut beat. Pada aku... "kacang je ni," habis 3 minit aku masih tidak mengah. Tetapi en hubby dan semput, sesak nafas. Puas aku gelakkan dia. Mak pulak lagi kelakar.... tak sampai 1 1/2 minit dah berhenti. Katanya nak pitam, tak larat. Bila result step test keluar, En. Hubby dalam kategori (Average) manakala aku dalam kategori (Very Poor). Menurut doktor ini disebabkan aku jarang bersenam dan kadar denyutan jantung aku terlalu laju bila membuat aktiviti yg memerlukan tenaga lebih. Katanya "orang macam you, kalau Malaysia dilanda Tsunami, kamu mati sebab dah tak larat nak berlari..." Sabo je~!!!!! Emak plak dalam kategori (Average) cukuplah eksyen dengan result dia. Kami mengusik mengatakan result dia tak valid sbab dia tak menghabiskan ujian tu dengan betul tapi dah ambil bacaan. Ewaaahhh... tak puas hati dia. Ayah paling eksyen... sebab ujian menunjukkan tahap denyutan jantung dia (Excellent)~! Sungguh malu bila result aku tercorot rupanya di kalangan ahli keluarga.

Bila keluar result kolesterol lagi la kecoh. En hubby rupanya mempunyai result terbaik. Manakala ayah dengan emak berjaya menyandang point (7) untuk kolesterol dan perlu dirujuk ke doktor pakar. Kesian memang kesian bila tengok muka kedua2nya dah bertukar warna. Pucat. Tu la... tadi eksyen sangat, siap kutuk2 result aku plak tu... hehehehe..

Dalam kereta masing2 dok berpk kenapa dahsyat sangat keputusan ujian kali ni berbanding tahun lepas. Adakah kerana kami sekeluarga mengamalkan pemakanan dan cara hidup kurang sihat? Entah lah... but we have to do something b4 it's too late. By the way... aku telah memenangi pemeriksaan kesihatan percuma semasa cabutan bertuah dalam Talk tadi. Mungkin bulan depan (lepas menjalani senaman dan diet baru) dalam tempoh sebulan ni, akan memperolehi result yang baik berbanding sekarang.

Skang ni yang aku dapat lihat masing2 sedang termenung memikirkan ujian kesihatan masing. Hubby yg paling relax sekali sebabnya he got the best result. Everything is fit including blood pressure dia. Nampaknya betullah kot kerja lama dia memberikan dia tekanan sehingga menyebabkan dia blood pressure. Semenjak bertukar kerja yang baru ni, he looks so happy and motivated. I'm happy for him too....

p/s: Sempat melawat my best buddy Khairol Azwa Aziz Ahmad (Ewa) yang menjalani pembedahan slip disc buat kali ke-2 di tempat yang sama gara2 terjatuh dalam bilik air hotel ketika bercuti dengan hubbynya. Darling.... u buat apa dalam bilik air sampai jatuh2?? ehem ehem... btw... doakan dia cepat sembuh. I miss our old days...

Friday, October 01, 2010

Photos: A Tale From Tioman

Day 1 : Baru tiba di Airport Tioman
Day 1 : Check-in hotel. Kebanyakan yang membanjiri lobi pelancong asing.

Day 1 : Jalan2 ambil angin petang dihadapan resort.

Day 2: Bila diminta bergaya ala2 model....

Walaupun nampak kejung, tapi boleh la..... Model pokok kelapa.

Day 2 : Monyet itu mencuri chezels di atas meja makan aku.

Day 3: On the boat for Snorkelling and Island Hoping

Day 3: Pulai Island. Memberi ikan makan roti. Beratus2 ikan dihadapan kami waktu itu. Excited Tarzan & Jane.

Day 3: Boatman mendapatkan Nemo untuk dilihat oleh Tarzan & Jane di Coral Island.

Day 3: Kampung Salang. Dibelakang ialah Resort Tengku Adnan yang terbengkalai. Resort tu sangat cantik tapi sayang tak boleh diduduki.

Jeti Kg. Salang

Day 3: Renggis Island. Dalam ni... lebih kurang 10 meter.

Day 3 : Hubby memang selamba snorkelling tanpa life jacket.

Dapat ikan 10 ekor.... manis~!!! Mak goreng garing2.....

Lepas mandi air laut, kami ke swimming pool pula.

Day 4: Kampung Juara di Turtle Hatchery. Penyu ni buta sejak lahir dan hatchery ni adalah satu badan kebajikan swasta yang diusahakan oleh mat-mat saleh bagi membela nasib penyu2 yang cacat sejak dilahirkan.

Day 4 : Bergambar di tepi pantai Kampung Juara.

Sempat bergambar di hadapan Chalet Kampung Juara.
Start from 2nd day hingga day 5th, sini la tempat penginapan kami.

Mengutip seyshells bersama Jane (Aliyah).
p/s: Untuk gambar2 yang lebih banyak, checkout my FB.