Wednesday, September 29, 2010

5 days 4 nights: A tale from Tioman.

1st day 25.09.2010 – Berlepas dari Airport Subang pukul 12.30. 1st time aku naik Berjaya Air, pesawat kecil yang membuatkan sepanjang penerbangan umpama menaiki roller coaster tanpa jaminan keselamatan. Scary sehingga aku berzikir dan berdoa sepanjang perjalanan. Lucu! Touchdown Tioman pada pukul 1.40pm. Terus dibawa shuttle Berjaya yang sedia menunggu di perkarangan Airport ke resort. We stay at Berjaya Tioman Beach & Golf Resort. Check-in 2 superior chalet, menjadikan 1 chalet dikongsi 4 orang. Mujur luas chalet tu. Tak banyak perkara yang dilakukan pada hari pertama selain minum fruit punch di Court Yard dan bermain air laut di gigi pantai.

2nd day 26.09.2010 – Selepas breakfast kami keluar ke Games Room, bermain pool dan snooker. Today kami check-out from superior Chalet dan check-in ke Berjaya Tioman Suite (kondominium). Walaupun agak jauh kedudukannya dari Chalet tapi di sini every couples have their own rooms. My bro of course stay alone sebab dia belum ada isteri. Hehehe… kesian. Perkara pertama lepas check-in ialah terjun swimming pool kerana pool sini sangat privasi berbanding di Chalet yang agak sesak dengan pelancong seksi dari Eropah dan Arab. Petang tu kami ke Pekan Tekek untuk membeli barang keperluan dan souvenirs. Jarak dari Pekan Tekek ke Berjaya cuma 2-3km aje tapi tambang teksi (lowest rate: RM30) pergi dan balik. Di Tekek kami berjumpa seorang boatman bernama Sufiyan dan jatuh hati dengan keramahannya. He officially appointed as our tour guide and boatman untuk snorkeling trip tomorrow.
Malamnya kami ber4 (aku, hubby, my bro n ipar) lepak tepi pantai near Beach Bar sambil menikmati live band dari 2 penyanyi seksi. Kemudian mengira bintang2 di langit sebelum balik semula ke Suite untuk menyambung main PS2.

3rd day 27.09.2010 – Island hoping and snorkeling seperti yang telah dirancang bersama boatman Sufiyan. 10.30am kami bertolak menaiki speedboat. Oleh kerana ini bukan pengalaman pertama menaiki speedboat, Tarzan n Jane (Aliyah dan Ajiem) kelihatan sangat santai menaiki speedboat. Relax je mcm takde perasaan. Since we chartered the whole boat, maka segala aktiviti and time management adalah tertakluk kepada suka-suki kami. 6 destinations.
1st Pulai Island – Tempat yang terkenal untuk aktiviti snorkeling. Banyak ikan cantik- cantik dan jinak di sini. Hubby jadi survivor kat sini bila dia berjaya menyelamatkan seorang yang “panic” dan hampir lemas apabila dikerumuni ikan yang banyak. Well done, sayang~!
2nd Coral Island – penuh dengan khazanah batu karang laut yang sangat cantik. Terlalu mempersonakan. Sukar digambarkan dengan kata-kata.
3rd Kampung Salang – Having lunch di beach cafĂ©. Borong souvenirs juga di sini. Actually souvenirs tidak murah di sini, kebanyakan visitors membeli souvenirs di jeti Mersing tapi since we travel by plane, maka tidak ada pilihan lain.
4th Monkey Bay – tempat ni dulu paling popular untuk snorkeling tapi semenjak dibanjiri dengan landak laut yang banyak, ia menjadi kurang popular. Namun masih mengekalkan kecantikan hidupan dan khazanah lautnya.
5th Marine Park – Taman laut yang dipenuhi ikan besar2 yang jinak dan banyak. Malah ikan besar2 ni boleh disentuh dengan tangan.
6th Renggis Island – Pulau kecil yang jaraknya hanya 1 km dari pantai Berjaya. Destinasi menarik juga untuk snorkeling tapi harus hati-hati dengan landak laut. Ayah hampir2 lemas di sini bila dia tiba-tiba panic. Akhirnya ayah berpaut pada aku untuk ke pelantar yang berhampiran dengan bot. Snorkeling ni nampak simple tapi kalau tak ada keberanian dan keyakinan, life jacket pun tak mampu selamatkan kita. Sebab tu ramai pelancong yang datang tak turun snorkeling pun walaupun telah lengkap berpakaian dan alat snorkeling.

Selingan : Call vet Mika, katanya petang ni Mika akan di ‘operate’. “She is very active and eats a lot”, kata veterinary.

Malamnya aku tidur agak awal kerana kepenatan manakala hubby dan ipar memancing ikan di jeti Berjaya.

4th day 28.09.2010 - Pagi2 kami dikerumuni monyet yang banyak di balkoni. Ayah plak siap la bagi makan kat monyet2 tu. Habis biskut dan snek Aliyah dan Ajiem jadi sasaran. Hehehe. Pukul 10.30 pagi kami sekali lagi berjanji dengan Sufiyan untuk menghantar kami ke Kampung Juara. Khabarnya Kampung Juara ni merupakan perkampungan asal di Tioman. Kalau tak ke Kampung Juara bermakna belum lagi sampai Tioman. Itu kata orang2 Tioman. Jarak cuma 7km namun jalannya sangat curam. Hanya 4WD yg mampu melepasinya. Tak ada yang luar biasa di Kampung Juara kecuali Turtle Hatchery dan orang kampong yang membela Pelanduk. Tak berbaloi upah pengangkutan yang agak mahal (lowest rate: RM200).
Kerana kepenatan yang amat sangat aku tertido sebaik tiba di bilik. Tepat 4.30pm kami sekali lagi memanggil shuttle untuk menghantar kami ke jeti Berjaya. Kebetulan air surut maka kami mengambil kesempatan mengutip seashells yang cantik2.
Sebelum masuk ke bilik masing2, sekali lagi kami terjun ke dalam swimming pool bagi menyingkirkan air masin laut dari badan.

Selingan : Call Vet Mika lagi. Mika dah di “operate”. Vet says, “She is fine. Already started making noise. Jalan-jalan. Lompat-lompat.”

Malamnya sebaik pulang dari makan malam aku membeli souvenir di gift shop berhampiran reception counter. Kali ni aku membeli kenangan untuk diri sendiri pula. Pulang ke bilik untuk menyambung main PS2 sebelum ketiduran…

5th day 28.09.2010 – Pagi lepas breakfast kami menyusuri tepi pantai buat kali terakhir sebelum pulang sambil mengutip seyshell. Kemudian melepaskan lelah sambil berbaring dibawah cabana yang disediakan. Tioman sangat cantik dan Berjaya yang paling cantik. Maka itu tidak hairan sekiranya ada sebilangan pelancong sanggup menyeludup masuk secara haram semata2 ingin menikmati pantai Berjaya. Entah bila lagi akan kembali ke sini, aku tak pasti.
Tepat pukul 2.30pm (kami dibenarkan check-out lewat atas factor flight lewat petang) shuttle menghantar kami ke Airport. Tepat 4pm pesawat meninggalkan Tioman sayup2 di udara. Selamat tinggal Tioman, aku membawa kenangan indahmu pulang ke rumah.
Cuaca buruk di pertengahan jalan menyebabkan pesawat hilang imbangan seketika. Aku merasakan ibarat menaiki roller coaster yang menjunam. Seluruh penumpang kaget seketika. Aku memegang perut menahan ngilu tanpa menyedari airmata mengalir membasahi pipi. Aku redha…. Ku jeling penumpang lain yang masing-masing memejam mata sambil mulut terkumat-kamit berdoa.. Ya Allah… ngerinya.. Teringat Haida yang menghantar sms kepadaku suruh menjaga diri baik2 kerana dia bermimpi memelukku dan menciumku di lapangan terbang sambil menangis. Oh… adakah petanda??

Akhirnya pesawat mendarat dengan selamat di airport Subang tepat 5.08pm. Menarik nafas lega kerana masih bernyawa. Syukur Alhamdulillah. Kemudian menghadiahkan diri sendiri Starbucks dan donut pengubat rasa terkejut dan tergamam.

p/s: Gambar terlalu banyak, manakala internet terlalu slow tak mengizinkan aku mengupload gambar pada waktu ini. Akan cuba untuk upload kemudian.

Friday, September 24, 2010

1 Keterujaan Atas 3 perkara...

Teruja kerana :-

Pertama:-
Akhirnya usaha selama sebulan memperbetulkan kesilapan ketika audit olok2 berakhir dengan kepuasan. ZERO NCR untuk 3 tahun berturut-turut merupakan satu kejayaan buat kami. HATTRICK~!

Debaran 2 hari berakhir sudah...
ISO 14001:2004
ISO 9001:2008
SLM Certified Company.


Kedua:-
Selepas berhempas pulas untuk ISO Audit, masalah-masalah karier dan personal serta bebanan kerja kini tibalah masanya untuk reward diri sendiri...
Esok adalah hari yang dinantikan untuk membayar segala penat lelah...

My flight will be departure around 11am. Subang Airport. Doakan semuanya selamat ye. InsyaAllah based on website, resort menyediakan WIFI, mungkin akan update gambar2 dalam fb untuk berkongsi kegembiraan. If not, I hope my Digi Broadband will 'help' me. Doakan aku sekeluarga selamat pergi dan selamat balik ye?


Ketiga:-
Petang ni will send Mika to vet. Dia akan di"kasi"kan seterusnya di"boarding"kan sepanjang kami berada di Tioman. I love her very much especially selepas kejadian pagi tadi ketika dia berjaya menemui seekor ular dan beriya2 hendak membunuh ular tersebut walaupun dihalang aku. Dia penyelamat aku. Biasalah musim hujan, kebetulan rumah aku agak hampir dengan sungai... tempat persinggahan ular. Peliknya kenapa rumah aku?? Rumah aku bukannya kotor pun... rumah Bangla & Vietnam tanak plak dia masuk. Luckily Mika nampak ular tu bawah sinki..


Mika... mommy and daddy gonna miss you so much~!! Hopefully bila dah di"kasi" akan jadi gemuk dan tak naughty lagi.

Friday, September 17, 2010

Raya Paling Gila & Adventure.

Raya Pertama – Tg Malim. Seperti tahun2 lepas raya pertama merupakan hari “tersibuk” di dunia. Mujur tahun ni aku telah menyiapkan perisai bagi menanggani kebanjiran tetamu. Aku pinjam “coleman” mak aku yang besar gedahak tu, lalu memasukkan 3 kilo gula, 1 botol besar sunquick, 2 karung ais, maka selamatlah tugas membuat air dari pagi sehingga ke malam. Ceduk masuk jag, hidang, habis, cedok lagi… sonang jo tu bah! Tugas membasuh cawan2 pula adalah hak milik aku, seperti biasa aku memang tak biasa berpisah dengan sinki. Tapi kadang2 mertua aku jeles nengok aku bergelumang ngan sabun dan air, dia pun tumpang sekaki gak. Tahun ni Abg Din tak balik disebabkan “kecederaan” yang dialami oleh keretanya.Raya Kedua – Pada malam raya pertama terus balik ke Klang. Bersaing pula dengan my sis bila kami jumpa di perhentian Rawang. 2 kereta serentak tiba di rumah mak. Ayah yang tak tidur sabar menunggu kepulangan anak-anaknya terus menyambut dua cucu yang sudah nyenyak bermimpi sampai ke Disneyland Tokyo. Esok paginya kami dok mengadap tv sambil2 menunggu kalau ada orang nak datang beraya. Itu le yg beshnya raya di Klang…. Sampai ke malam takde orang datang. Malamnya En Hubby membawa aku ke Starbucks – minum frappucino chocolate diserikan pula dengan hadiah Mug koleksi autumn terbaru dengan logo pertama Starbucks (aku memang suka kumpul mug starbucks yang jenis tinggi).
Raya ketiga – 8 pagi bertolak, singgah bersarapan nasi lemak di Bandar Klang, singgah lagi di RnR untuk lunch, singgah lagi pekena jeli kelapa di tepi jalan di Bandar Kemaman, akhirnya pukul 2 petang tiba di Kerteh, rumah Abg Din. Hari pertama dihabiskan dengan bersembang sampai ke malam. Kemudian kami ke Mesra Mall, sempat juga grab beberapa barang di Guardian dan Giant. Malamnya kami berkaraoke tak hengat dunia. Mentang2 rumah besar abg Din agak jauh sikit dari rumah orang orang lain… ekekekke
Raya Keempat – selepas breakfast kami keluar memancing di tepi kuala sungai. Hasil dari umpan soft plastic dapat le kami bawa balik 2 ekor ikan haruan. Kemudian kami mengutip umang2 dan siput untuk dibuat umpan memancing bagi destinasi seterusnya. Destinasi seterusnya sangat adventure, meredah tanah merah, kemudian meredah jalan berpasir yang panjang. Lepas tu meredah paya, masuk hutan sehingga terpaksa menebas semak setinggi aku, terpaksa bergelut pula dengan harimau dan menyorok dari kumpulan gajah,(ok yg gajah dan harimau tu aku tipu). Hasil dari usaha menebas dan menerangkan kawasan terpencil tu kami berjaya membawa pulang 4 ekor bujuk, 7 ekor puyu dan 1 ekor ikan belida. On d way balik kami singgah ke Air Terjun Hutan Lipur Air Menderu. Punya la jauh dari simpang masuk rupanya… lepas puas mandi manda dan bersihkan badan yang berlumpur kami pun bertolak pulang. Malangnya!!!! Motor abg Din tak boleh start. Bayangkan le terpaksa menunda motor di jalan yang berbatu kerikil dan tanah merah, bukannya senang. Hasilnya sebaik sampai kat rumah masing2 ketiduran berjam2 sehingga malam.

Raya Kelima – apa yang aku kurang kenan sket ngan Terengganu ni, peniaga2 kat sini suka beno beraya sakan. Cukup susah nak cari kedai makan yang dibuka walaupun sudah raya kelima. Nak cari kedai makan memang seksa. Sangat seksa. Sampai terpaksa ke pelusuk Kerteh masuk perkampungan pedalaman baru le dapat sebuah kedai yang buka. Pagi ni kami ke dusun abg Din. Syoknya dapat makan rambutan merah dan rambutan kuning sepuas hati. Dapat juga bawa balik seguni jering. Malangnya dokong dan durian bukan musimnya jadi dapat tengok pokok sahaja le, buahnya tadak. Petang tu kami mengorek tanah mencari cacing buat memancing udang. Hasilnya dapat le 4 ekor udang setelah berjam2 menunggu. Uh… aku lagi suka mancing ikan.. bila dia ngap lebih mudah lekat berbanding udang. Udang kalau dia ngap mata pancing pun tak tentu lagi kita boleh bawa dia naik. 90% semuanya terlepas masa menarik pancing. Benci!

Petang tu kereta En Hubby buat hal, temperature naik lak maka terberhenti sebelah McDonald. Aku dan anak2 buah mengambil kesempatan memesan burger. Yang lucunya disebabkan premis sedang dalam renovation, burger yg ada cumalah Mc Chicken. Air coke pun hasil tuang yang dari botol coke kat kedai tu. Ekekkeke

Raya Keenam – masih lagi susah mendapatkan kedai makan untuk breakfast. Memang le tak paham ngan sikap peniaga kat Terengganu ni. Ok le.. cukup tu je komen aku. Kang komen lebih2 muka aku masuk facebook plak macam Noor Azita kutuk negeri Johor. Pendek kata yang conquer perniangaan makanan pada hari raya ni ialah Mc Donald, KFC, Pizza Hut, Big Apple, Famous Amous…(ha.. jgn tatau kat Kerteh ada big apple ngan Famous Amos tau, tapi soalnya aku nak merasa nasi kerabu, nasi dagang, nasi kukus, makanan tradisi Terengganu. Kalau nak makan biskut cap Amos tu kat Selangor pun melambak!)

Hari ni kami akan ke bandar Dungun. Aku, Kak Lah dan anak-anaknya bershopping di bandar Dungun sementara En Hubby dan Abg Din merepair kereta. Tak kusangka rupanya 5 jam pun kereta tak siap2 sedangkan kami dah terlalu kepenatan. Sebaik kereta siap kami ke tepi pantai pekena cucuk ketam dan ikan. Sayangnya masih tak dapat merasa kopok lekor mahupun satar Terengganu kerana kebanyakan kedai2 tu tutup. Malamnya Kak Noi - kak sulung hubby dan family tiba dari Kota Bharu, sembang sampai le pagi. Sedar tak sedar dah awal pagi... kami pun berangkat pulang ke Shah Alam....

p/s: sampai sudah kempunan nak makan kopok lekor dan satar Terengganu...

Tuesday, September 07, 2010

He Is My Father...

Dialah orang yang bertanggungjawab mengqamatkan telingaku sebaik saja aku lahir ke muka bumi ini. Dia selalu ada.... dalam susah dan dalam senang...

Lagi 3 hari kita akan meraikan Aidilfitri. Seperti tahun2 yg sebelumnya aku akan beraya di kampung halaman suami, Tg Malim, Perak. Memang begitulah rutin raya pertama. Walaupun sudah 5 kali beraya di rumah mertua, tak pernah walau dalam sekali pun aku tak menangis bila takbir raya bergema di malam raya. Kerana sejak dilahirkan sehingga usia 23 tahun - aku mengenali erti raya bersama keluarga tercinta.


Kadang2 aku selalu fikir, apalah yang ayah dan emak buat di rumah pada raya pertama? Hanya tinggal mereka berdua sahaja (termasuk adik lelaki aku). Aku rasa seperti teringin sekali menemani ayah dan emak di pagi raya. Tapi kata ayah, "Anak perempuan tempatnya di sisi suami. Ayah redha dan ayah boleh terima kalau anak-anak perempuan ayah tak ada bersama ayah di pagi raya. Ayah takkan pernah minta anak-anak perempuan ayah beraya dengan ayah." Itulah kata-kata ayah. Aku berharap bakal isteri adik aku mempunyai ayah seperti ayah aku. Sekurang2nya dia tidak akan 'merebut' anak perempuannya pada raya pertama meninggalkan emak dan ayahku terkontang-kanting berdua di pagi raya.

Terlalu banyak yang hendak dicerita tentang ayah. Ayah kebanggaan kami. Walaupun usianya telah masuk ke usia emas, tak ada kerja ayah tak mampu lakukan. Mengecat seluruh rumah, membaiki kenderaan termasuk menurunkan enjin kereta, menukang, menyemen, membaiki barang elektrik, pendek kata semuanya ayah boleh lakukan. Aku percaya dia juga bapa mertua yang baik. Lihat aje betapa "regu"nya dia dengan menantu2nya.

Aku tak tahu pada mata emak, adakah ayah masih suami yang terbaik seperti 18 tahun yang lepas. Tapi pada kami ayah masih ayah yang terbaik. Ayah yang selalu ada bersama kami, dalam susah dan dalam senang. He is our father. Our biological father..

p/s: entry ini dibuat dengan penuh emosi dan airmata... tapi aku percaya ia lebih kepada rasa melindungi hak kami. Kalau ibu "kamu" tak pernah memikirkan perasaan kami 17 tahun yang lepas, kamu tak sepatutnya jadi seperti dia.

Saturday, September 04, 2010

Matta Fair Sept 2010

Seperti MATTA Fair yang terdahulu - kami tak melepaskan pelung untuk ke MATTA kali ni juga. Hari pertama aku bertolak dari rumah pukul 6 petang, sebaik aje balik dari kerja. Malangnya Kuala Lumpur mengalami kesesakan jalanraya yang amat teruk sehingga membuatkan kami terpaksa berbuka dalam kereta. Hanya tiba di hotel pada pukul 8.30 malam.

Setelah meletakkan barang2 dalam bilik dan menyediakan tempat tidur, berak dan makan Mika, aku dan hubby pun terus berjalan kaki dari Dynasty Hotel ke PWTC. Malangnya kaunter tiket dah ditutup dan tiada pengunjung yang dibenarkan masuk lagi. Ketika terjengah2 kat pintu masuk tu la aku terlihat kelibat ayah ngan adik aku yang baru habis membuat 'tawaf' dalam PWTC.
Pemandangan malam di sekitar bangunan PWTC 2, dari bilik kami di Hotel Dynasty.
Ok.. as usual... the queen bed was shared by the 3 of us. Hubby, me n Mika.

Day 2- Matta Fair. Terbangun dari tidur gara2 ketukan pintu bertalu2 oleh adik aku yang cukup dengki dengan ketenangan tidur kami. Akhirnya pukul 11.30 kami menuju ke dewan PWTC 2 dengan berjalan kaki. (Dari hotel cuma 5 min aje berjalan kaki). Sesak bangat!! Kebanyakannya pengunjung berbangsa Cina. Aku selalu terpk, kenapa tiap kali MATTA Fair cuma bangsa ini aje yang memonopoli event ni? Apa orang melayu tak suka melancong ke ataupun orang melayu tak main MATTA Fair, (apa barang beli tour murah2, i beli yang mahal2 je... time takde offer)... mungkinkah?
Tekun gadis kecil molek ni menconteng payung di booth Vietnam.
Sempat juga berposing dengan baju tradisi orang2 Korea di booth Korea.

By the way nak share satu info dengan korang semua, pagi ni bila housekeeping hantar paper aku ada terbaca mengenai jualan tiket penerbangan ke Indonesia jatuh merundum. Dan hari ni ketika tiba di booth pelancongan Indonesia, ya, memang lengang betul. Nampaknya rakyat Malaysia turut berkongsi kekecewaan mereka terhadap Indonesia. Malah keluarga aku yang pada mulanya merancang untuk ke Bandung juga telah membatalkan hasrat dan menukar destinasi percutian kami ekoran kes ini. :)

p/s: will be stay another night here, malam ni planning mahu serbu lagi ke PWTC lepas berbuka. Tadi terlalu kepenatan. Banyak lagi booths tak sempat singgah.


Wednesday, September 01, 2010

31 Ogos 2010 - lebih baik begini dari ditangkap khalwat....

Kalau ramai yang buat entry mengenai 31 Ogos - Merdeka~!! Erti merdeka, patriotisme dan semangat kemerdekaan, aku lebih memilih untuk lari dari bersikap 'cliche'. Apa sangat le yang
nak dibanggakan dengan merdeka setelah suratkhabar hari ini menunjukkan betapa 'hebat'nya melayu kita melaksanakan seruan khalwat menandakan mereka merdeka dari perhatian mak bapak untuk 1 malam... cisss....

31 Ogos pagi 2010 - Pagi. Terjaga dari tidur yang panjang - panjang kerana tak bersahur.... matahari dah tegak atas kepala baru aku bangun tidur. Hebat sungguh!

31 Ogos 2010 - Tenghari. Ikut En Hubby cuci gambar untuk ibu mertuaku. Raya tahun lepas punya gambar, baru la ni dia nak cuci. Kejam sungguh. Mentang2 la customer tu mak dia....
Kalau orang lain tu tak cukup masa seboleh2 menyiapkan sampai ke tengah malam... Durhaka sungguh si malim deman ni.

31 Ogos 2010 - Petang. En Hubby ada appointment berbuka di luar bersama business partner. Maka aku mak, bro, sis, aliyah n ajiem berbuka di Secret Recipe....
Menu baru - Nasi Lemak ayam rendang dia marvellous... habis sepinggan (sebab lapar).
Dicicip pula dengan brownies walnut yang warm disalut melting chocolate... perghh... dessert yang berjaya menambahkan berat badanku walaupun pada bulan puasa.. wow..

31 Ogos 2010 - Malam. Hadiah Merdeka dari En Hubby - dia belikan Baskin Robbin - almaklumlah 31% diskaun pada setiap 31hb. Sebenarnya kalau dia tak offer pun aku akan mintak sampai dapat.. Ermm... sedapnya... habis semangkuk ku bedal sorang... oh tidak.. 1 sudu besar dirembat si Mika yang juga memang gila aiskrim seperti aku. Hasilnya dia selsema sekejap... ekekek... tak tahu le ikut perangai siapa suka sangat makan aiskrim... pantang kalau aku makan aiskrim... mesti merayu2 nak sikit... kalau benda lain tu tak plak mintak... takkan ikut perangai aku kot.. aku bukan mak dia. Eh... betul! Aku tak pernah beranakkan Mika... tak tipu!

1 Septmber 2010 - Bosannya kembali bekerja.... menghitung hari ke event tradisi keluarga yang wajib dihadiri tiap2 tahun. Tak tahun kenapa - tp tiap2 tahun mesti pergi. MATTA FAIR~!!!