Friday, February 26, 2010

TEATER MUZIKAL ANTARA: Yang Baik & Yang Jelek.


Khamis 25/2/2010 merupakan hari pratonton untuk Teater Muzikal ANTARA. Hari dimana pertama kali teater dibuka kepada umum khasnya kepada wartawan, media cetak mahupun elektronik.

Umum telah tahu ANTARA merupakan satu teater dakwah yang cuba diterapkan oleh Eirma Fatima kepada bangsa melayu lebih2 lagi ia dipentaskan pada malam Maulidur Rasul.

Yang Jeleknya... 99% penonton merupakan ISLAM/MUSLIM tetapi berpakaian mengalahkan bintang porno Hollywood. Sekurang2nya kalau korang tak buat revision mengenai teater ANTARA pun, at least hormatlah malam tu sebagai malam memperingati kelahiran Rasulullah s.aw. Ini tidak... kebanyakan perempuan yang perasan moden ni, berpakaian seksi, gaun atau skirt separas peha (atas lutut) dan menayangkan buah dada yang 50% terkeluar. Apa kejadahnya? Ini termasuklah beberapa artis jemputan. Apa dowang ni? Jadi betul la kata Wardina Safiyya, artis di Malaysia ni memang tak layak jadi ikon. Bukanlah aku minta dowang datang pakai telekung atau berjilbab... tapi.. cukuplah kalau kainnya labuh sikit, dadanya tutup sikit. Inikan teater berunsurkan ISLAM dan lebih2 lagi malam Maulidur Rasul.

Lebih jelik lagi, beberapa artis Sehati Berdansa yang datang lambat tergedik2 nak duduk sebaris di barisan hadapan walau apa pun jadi. Even though kerusi masih banyak lagi di kawasan Grand Circle.. tapi mereka seboleh2 nak duduk sebaris, sehingga mencetuskan rasa tak puas hati kepada penonton yang datang awal dan sudah mengambil tempat lebih dahulu di barisan hadapan. Mereka diminta berpindah walaupun teater sudah hampir dimulakan. Salah seorang yang beralih termasuklah seorang pakcik tua yang nak berjalan pun perlu dipimpin anak2nya. Benci dengan sikap perasan Diva artis2 Malaysia ni.

Berdakwah bukan perkara yang mudah. Itulah kesukaran yang dihadapi Eirma Fatima barangkali. Walaupun skrip yang dituturkan oleh Si Iblis (dalam teater ni dia paling menonjol) padat dengan kata2 pedas dan menyindir umat Islam dan artis2 Malaysia, namun aku jamin... cuma segelintir aje yang tersedar. Yang selebihnya buat2 tak sedar diri.

Props yang cantik, skrip yang menarik, penyanyi yang hebat merupakan kekuatan TEATER MUZIKAL ANTARA ni. Malah ramai yang meremang bulu roma dan menitiskan airmata bila Jamal Abdillah mengalunkan lagu popularnya... tak ingat tajuk tapi liriknya lebih kurang begini..
"Tak sudi memandang... tidak mengapa.. kerana aku sedar aku insan hina..."
Beliau mendapat tepukan paling gemuruh pada malam itu kerana berjaya membuatkan penonton berdiri bulu roma dengan suara jantannya.

Lebih mencantikkan majlis, apabila penamat pementasan penonton diminta berdiri bagi sama2 berselawat ke atas Nabi junjungan kita. HA!!!!!! pada waktu ni la baru la wanita2 ni kelam kabut jatuhkan rambut, tutup tetek yang nak tersembul tu, tarik baju nak tutup dada, panjangkan gaun/skirt bagi tutup lutut (boleh ke?).

Ramai juga yang menitiskan airmata ketika selawat beramai2 kerana suasana dan gema suara yang kedengaran sangat syahdu. Aku pun turut sama mengalirkan airmata mengenangkan perjuangan Rasullullah. Kesimpulannya teater ni benar2 menginsafkan dan telah digarap dengan sangat kemas. Mungkin ramai yang kurang senang bila tiba part yang menarik, kerap sangat diselang selikan dengan lagu2 tapi dah namanya pun teater Muzikal kan? Apa pun.. well done Eirma Fatima. Thumbs Up!

Thursday, February 25, 2010

ANTARA Vic & Fahrin Ahmad

Khamis lepas ketika terbaca paper pasal teater ANTARA… excited betul nak pergi. Klik laman web istana budaya nak booking ticket… erm the cheapest ticket is RM50 tapi nunnnn di hujung belakang. Nak yang sedap sket pun harga area RM100… tapi yang paling besh sekali seating dia of course RM250. Masalahnya aku tak afford to spend RM500 (tix for me n hubby) for TEATER unless aku ada Dato’ K macam Siti Nurhaliza. Lalu aku cuma mampu klik butang “reserve this ticket for 3 days” dengan harapan dalam tempoh 3 hari aku bakal jadi jutawan.

Pagi semalam (Rabu) aku masih belum kaya dan ini bermakna aku telah melepaskan tiket yg direserve begitu sahaja. Frust memang frust. Belum rezeki aku agaknya. Lalu pagi itu ketika membuka facebook aku dapati Fahrin Ahmad (dialah punca aku beriya2 nak nengok teater ni) akan memberikan tiket percuma teater ANTARA hari ini dengan syarat hantarkan 2 keping borang ABPBH bagi satu tiket (selagi stok masih ada). Maka dengan pantas aku memaksa despatch membelikan 4 keping suratkhabar Berita Harian dan mengcall hubby balik segera~! Hubby janji 5.30 tepat akan tercongok di ofis aku.

Walaupun aku tau peluang aku amat tipis untuk mendapatkan tiket ni memandangkan cuma 100 keping diedarkan untuk hari ni bermula 3 petang tadi, tapi aku terus mencuba nasib dengan harapan yang teraaaaaaaaamaaaaattt lah tinggi..

Dan akhirnya aku sampai ketika Fahrin Ahmad bersiap sedia untuk balik kerana tiket percuma telah habis diedarkan. Aku yang tercungap2 akibat berjalan pantas sambil memegang 4 keping borang ABPBH hampir frust kemenonggengan di lobi Istana Budaya. Namun mataku tak lepas menyapu bersih muka Fahrin Ahmad yang tercatuk di hadapan aku ketika itu. Hensemnya dia… Sedapnya badan dia.. Nyum Nyum.. Machonya suara dia… dan bila dia senyum aku rasa macam nak pengsan kat situ juga. Paling tidak disangka… PAnya memberikan 2 keping tiket dari simpanan peribadi untukku. Harga seating RM250. Jadi jangan tanya kenapa muka aku sangat manis ketika bergambar dengan Fahrin. Kerana aku merupakan orang terakhir yang dapat jumpa Fahrin dan dapat tiket teaternya yang berharga RM250. Ya Allah… syukur dengan rezekiMU.

Untuk mereka yang jeles dengan ke”excited”an aku ni, boleh dapatkan tiket percuma teater hari ni (last day sampai kul 5 sahaja kalau tiket masih ada) di Istana Budaya dengan jumlah tiket yang lebih limited… jangan lupa syaratnya… 2 keping borang ABPBH yang diundi atas nama FAHRIN AHMAD untuk 1 tiket.

p/s: Inilah pertama kali dalam hidup aku beli paper Berita Harian hanya untuk mengundi Anugerah Bintang Popular.

Jangan lupa saksikan teater ANTARA Vic & Fahrin (tajuk asal yang telah diubah bagi menjaga hati orang tertentu) di Panggung Sari Istana Budaya bermula 25 Februari sehingga 28

Gambar diambil ehsan daripada FA Fanpage.
Ermm... kenapa gambar aku yg diambil oleh orang FA tak cantik mcm gambar aku yg diambil oleh olympus cabukku? Adakah ini bermakna kamera aku lebih berkualiti... dan adalah tidak mungkin aku segemuk tu. Sungguh menakutkan.


Saturday, February 20, 2010

Things that U don't know about me..

Perkara yang kowang tak tahu tentang aku.... (tapi lepas baca entry ni kowang dah tau la)

1- Dulu aku sukaaaaaaa sangat bunga. Especially roses. Bila time birthday aku atau anniversary, biasanya hubby akan belikan perfume atau jewellery. Tapi aku akan merajuk sebab tak ada flowers bouquet. Lama2... tiap kali anniversary hubby akan mintak florist hantar flower bouquet kat ofis. Kadang2 kalau lalu depan kedai bunga dia akan belikan bunga. As a result... skang ni aku nampak bunga pun rasa nak muntah... sumpah aku dah tak suka bunga dah..

2- Dalam seminggu kalau aku tak dapat makan Donut Yammy Yamato from Big Apple, hidup aku akan rasa sungguh tak lengkap... macam nak kena demam kepialu. Biasanya aku makan 2-3 hari sekali... tp at least once a week.

3- Aku ada berpuluh-puluh beg tangan pelbagai jenama. Tapi aku hanya tukar beg paling kerap pun sebulan sekali je. Jadi bayangkanlah... dalam setahun paling banyak pun aku akan guna 12 beg tangan sahaja... jadi apa jadi dengan balance puluh2 beg tangan lagi? Biasanya hantar welfare lepas pakai sekali aje.

4- I love sandals... and the most brands are Scholl & Hush Puppies (kerana 2 ni je yg biasanya ada size kaki aku yg mcm gajah). Aku ada 3 highheels yang hanya pernah dipakai sekali je seumur hidup kasut tu... sebab aku memang tak reti pakai kasut tumit tinggi. Dan kalau orang tanya apa rahsianya aku berjalan laju macam lipas kudung tiap kali pi shopping. First because shopping adalah perkara yang paling buat aku excited skali, 2nd because of my comfort shoe.

5- Aku paling suka dengan ular sawa. Especially ular sawa albino... (yg kaler kuning putih tu). Malangnya hasrat aku nak membela ular tu mendapat tentangan keras dari family dan hubby aku sendiri. Mereka khuatir akan menjadi makanan ular tu sekiranya aku terlupa memberi ular aku makan. Walaubagaimanapun aku paling geli dengan lipas. Kalau kowang dengar suara aku terpekik macam nak kena rogol di tengah malam, itu bermakna aku ternampak lipas dalam bilik air or on the way ke bilik air.

6- Semasa tingkatan 5 aku merupakan pemidato dan pembahas sekolah sehingga ke peringkat daerah. Pernah dinobatkan sebagai pembahas terbaik dan di antara 10 pemidato terbaik daerah Klang. Tetapi seandainya kowang melihat aku menjadi minah gagap atau tersekat kerongkong ketika bercakap dengan kowang, itu bermakna mungkin ko terlalu hensem atau menarik sehingga membuatkan aku kelu. hehehe

7- Sebelum aku tidur nyenyak atau bermimpi indah, biasanya mukadimah mimpi aku ialah jatuh bangunan atau atau jatuh gunung dulu sampai aku terkejut dalam mimpi tu dan terbangun tiba2. (Biasanya orang yang tidur di sebelah aku akan terbangun waktu ni gara2 terkena libasan padu tangan aku).... lepas je mimpi tu.... biasanya aku dah leh tidur nyenyak dan mimpi indah2.

8- Pada zaman aku muda2 dulu, (memandangkan skang aku masih muda, kiranya waktu aku kecik2 dulu) aku bleh dikategorikan sebagai kakak yang bersifat Nazi. Mana2 adik yang melawan cakap aku akan diberi tendangan padu atau sekehan maut. Pendek kata adik2 aku cukuplah menyampah kat aku dulu. Tapi la ni.... aku la kakak yang paling dowang sayang sekali. Semua rahsia mereka di tangan aku. muahahahahahah (eh tergelak jahat plak).. kiranya akulah orang pertama yang diorang cari sekiranya memerlukan advice.


Sunday, February 14, 2010

Ku Tebus Kembali Sengsara Minggu Lepas

Bermulalah cuti yang agak panjang. Seminggu consider panjang la tu. Spt yg kowang sedia maklum, aku mempunyai minggu yg hampeh sepanjang minggu lepas dan aku bertekad untuk meng"anugerah"kan sesuatu kepada diri aku sendiri kerana berjaya mengharungi detik2 hampeh tersebut. Memang aku selalu reward diri aku macam ni.... sbg tanda aku amat menghargai diri sendiri dan sebagai motivasi untuk diri aku sendiri juga.

Hubby as well, walaupun dia tak banyak cerita ttg minggu lepas (aku tau dia tak nak cerita kat aku sebab dia tgk aku serabut, jadi dia malas nak tambahkan serabut otak aku... ) Hubby, I know you too had very bad situation last week. Tengok dia balik kerja picit2 kepala... tak banyak cakap... muka masam...tidur awal. Kadang2 bila tgk macam ni aku mula terfikir.. kalaulah kami dilahirkan dengan kekayaan yang sedia ada... tentu kami tak perlu jadi kuli dan bekerja sampai terseksa macam ni.

Memang kami tak banyak bercerita sepanjang minggu lepas. Bercakap perkara yang penting je. No jokes, no chit chat until midnight, no watching tv together... nothing. Dan aku tau... situasi ini tak bagus untuk kami walaupun perkara ni terjadi bukanlah disebabkan masalah peribadi kami berdua, sebaliknya masalah kerja yang terbawa2 sampai ke rumah. Jadi aku bertekad... untuk memperbetulkan semula situasi ini dengan satu kejutan yang sungguh2 dia tak sangka..

Sabtu pukul 12tghari rumah mak, Klang, aku tgk hubby tgh sibuk monitor server Jimah dari laptop dia. Hmm... holiday pun dia masih ingat kerja. Namun, ketika aku masukkan beg dalam kereta. Hubby tanya, "Nak bawak pergi mana beg tu?"
"Nak bawak balik rumah kita," jawab aku. Aliyah Umairah dah bersiap dengan pelampung 2 biji kat tangan dan swimming suitnya. "Aliyah tu nak bawa ke mana pelampung dia?"
"Saya ingat nak singgah Pusat Akuatik Shah Alam". Hubby tunjuk muka confuse. Tapi dia kemas juga laptop dia kemudian masuk ke dalam kereta.

Lepas habis shopping di Jusco aku minta hubby berhentikan kereta depan Concorde Shah Alam. Kononnya nak ambil dokumen dari AJK Union. Sebenarnya aku sedang buat check-in. Lepas dapat no. bilik aku kembali ke kereta. Hubby dan Aliyah setia menunggu. Aku minta tolong hubby temankan naik ke bilik, kononnya takut naik seorang jumpa org yang kurang dikenali. Hubby ikut sambil dukung Aliyah yg separuh tidur. Kami menuju ke bilik.... dan bila aku cucuk access card dalam lubang pintu, hubby ternganga. Surprise~!!!!!! Dia ketawa and asked "Kenapa awak booking hotel kat sini?"
"Nak ubah selera, suasana yang berbeza but yet still dekat dengan rumah... senang kalau ada emergency case. Lagipun selalu datang sini meeting, lunch... tapi tak pernah rasa tidur sini.. so nak merasa la..."

Dan pada hari tu ....YES... kami spent time tengok tv sama2... sembang2... tidur berjam2... dan petangnya terjun swimming pool sama2. Petang my sis came and fetched Aliyah...
Hubby cakap, "terasa macam honeymoon je"... hahahahah... tak kisahlah.. walaupun Concorde dengan rumah aku cuma 10km je.. but yet sangat puas hati kerana berjaya menebus kembali masa yang dirampas dari kami sepanjang minggu lalu.

Ahad pagi - Chinese New Year, makan buffet breakfast di Concorde... woww... superb.. pertama kali breakfast kat sini... sebelum ni pernah Lunch aje. Sangat puas hati. Pagi tu je aku makan 2 bungkus nasi lemak yang dilipat dalam daun pisang, 1 bungkus mee goreng dalam daun pisang, 1 Waffle coklat, kaya dan badam, 2 ketul Hash Brown, 1 mangkuk yogurt kiwi, french toast... erm... rasanya itu saja. Itupun banyak benda yg tak dapat makan sebab perut terlalu penuh.(Photo makanan diambil menggunakan kamera hp, so, akan lambat upload ye)

Hubby? Ermm... dia mmg peminat sotong, jadi tak pelik dalam pinggan dia penuh sotong. Pagi tu, pukul 10pg dah check out sebab my sis called ajak pi picnic. See... beruntung tidur hotel dekat2... at least bila ada sudden family vacation macam ni, kami masih boleh join dan tak tertinggal. Whatever it is... I am happy today.. for the Concorde and for the picnic... and I believe my hubby too because his smile is back again.. and again... non-stop.

Concorde Shah Alam.... King Size bed nampak sempit untuk kami bertiga. heheheheeh
Picnic. Impian Camp Resort, Sg. Chongkak.
Yes I know... I'm getting fat and fat... so what???!!!!
Aliyah Umairah dan Pak Usunya.
Muhammad Qhairul Nazim dan Pak Longnya.
Woww.... selesanya buaian kamu Ajim..... Macam anak raja nampak~!!


Thursday, February 11, 2010

Porak Peranda Hidupku

Akhirnya aku diberi kesempatan untuk meluahkan perasaan. Setelah 4 hari aku tak punya masa walau setengah jam untuk menenangkan diri sendiri atau melakukan sesuatu yang menggembirakan hati.

8-12 Februari 2010 merupakan minggu tersibuk dalam hidupku sepanjang tahun 2010.. ini kerana aku mengharapkan inilah minggu paling sibuk terakhir bagi tahun ini… tak sanggup nak menghadapi minggu yg seperti ini atau lebih teruk dari ini..


Isnin 8/2/2010 – Masuk2 je kerja pagi ni aku perlu menyenaraikan 9 lagi nama untuk Tibi Screening. Bagi yg blur2… actually one of employee telah dikenalpasti pembawa virus tibi yg aktif. Maka setelah mendapat arahan dari Jabatan Kesihatan, pekerja2 di syarikatku diarahkan membuat saringan tibi di hospital kerajaan terdekat. Memandangkan aku adalah org yg agak rapat dengan pesakit kerana kerap menaiki kereta berdua dengannya ke hospital, maka aku diarahkan sebagai org pertama yg perlu menjalani saringan. Tapi hospital kerajaan memang terkenal efektif, pantas dan mengagumkan…. Ujian XRAY aje memerlukan sebulan setengah untuk dibuat report yg mana di hospital swasta proses tu mengambil masa tak sampai setengah jam pun. How Sucks! Akhirnya aku perlu mengsubmit nama aku sendiri sekali lagi bagi menjalani ujian tibi yg bermaksud aku turut perlu mengambil XRAY sekali lagi. Oh… kesiannya tisu2 badanku yang baru nak tumbuh kembali.


Kembalinya dari tibi screening, nyonya tua telah menunggu dengan sekeping kertas di tangan. Arahannya mudah tapi amat susah untuk orang yg perlu membuatnya. Tolong find out kenapa Account Audit for Employee Insurance tak teley. Oh God! I really hate account and for God sake.. I don’t know why the figures were different.Aku tak tahu mana nak letak credit note dan debit note ni. Account la satu2nya subjek yg aku kantoi sampai 2x. Itu pun kali ke-3 pass cukup makan je. Kalau boleh ambik sampai 5 kali, harus aku ambik paper tu smpi 5x agaknya. Oh Tuhanku… tolonglah hambaMu ni.. 6.45pm baru balik ke rumah.


Selasa 9/2/2010 – Masih terkial2 menyiapkan akaun Insuran pekerja. Sumpah aku tak tahu kenapa tak balance lagi. Kerana benda haram jadah ni la tray IN aku dah macam bukit gara2 tak diusik sejak semalam. Ending, aku tutup muka, nangis puas-puas dan teresak-esak gara2 terlampau stress. Lalu aku baling kertas tu ke lantai dan mula mengambil satu demi satu dokumen dalam IN tray aku. Balik lambat lagi 6.30 petang.

Rabu 10/2/2010 – Hari terakhir aku di ofis. Tak bernafas dibuatnya. Hari ni juga aku perlu siapkan Mid-Salary. Dalam senarai PENDING tak kurang 10 dokumen perlu disiapkan hari ni termasuklah insuran haram jadah tu.


Kemuncaknya, apabila aku sedang sibuk mengejar masa tiba2 aku menerima panggilan intercom dari nyonya tua yang melenting tak tentu pasal selepas Cleaner bertanya ttg payslipnya.


Nyonya: Kenapa you tak ingatkan I yang payslip bulan Januari belum print?

Aku :Mana la I tau you nyanyuk sampai payslip tak print lagi pun u tak tahu..

(Merah padam muka nyonya tua, dia berdiri dihadapanku sambil cekak pinggang. Aku sekadar jeling dengan ekor mata)

Nyonya : Hei Siti. You ingat you sorang je ke banyak kerja? I pun banyak kerja tau. Kalau I lupa apa pasal you tak ingatkan?


Hmmm berasap telinga aku dibuatnya. Aku ni banyak kerja pasal ko tak buat kerja. Kalau ko rekod akaun ko dengan proper takde la aku kena buat kerja bodoh ni. Aku Sumber Manusia… ko tu akauntan… kalau akaun tak tele itu pasal ko adjust figure tanpa pengetahuan aku. Bodoh! Elok la… tengah panas… aku pun bahasakan dia la..


Aku: Hei Ms (Nama Nyonya Tua).. Kalau you dah lupa nak print payslip just admit je la you dah lupa… yang you nak finger point kat I apa hal plak? Sendiri buat salah…. Kenapa nak salahkan org lain. Mengaku je la…


Ha… aku tgk muka pmpn tu dah macam nak kena hysteria dah. Last sekali dia pun menjerit la nama bos aku Mr Ricky. Diajaknya orang tu yg baru keluar toilet masuk bilik payroll. Huiiii… hangin je aku… terus aku jerit “Ha… nak mengadu la tu.. Mengadu la.. ingat aku takut? Hati busuk!” GEDEBUPPP… dia hempas pintu bilik… Lantak ko la.


Malamnya planning nak tidur awal. Besok kul 6 pagi aku kena pi hospital untuk ambik result reading injection tibi kat tangan aku. Lepas tu aku ada training kat Phileo Damansara selama 2 hari. Tapi malangnya malam tu suamiku ada meeting lagi dan lagi dan lagi.. pukul 12 malam pun masih belum pulang ke rumah. Jiran Bangla kat tingkat atas pulak bergaduh terjerit sambil main baling2 barang depan rumah aku… 10 monit sebelum tu pintu rumah diketuk orang tapi bila buka… tak ada sesiapa plak. Seriau aku dibuatnya. Baru 10 minit terlelap hp bunyi… serius mengganggu, dah le susah aku nak tidurkan diri sendiri.. Adik lelaki aku nak pinjam kereta. Selagi aku tak cakap boleh, selagi tu dia tak nak letak telefon. Tiba2 aku rasa panas hati. Aku jawab boleh dengan penuh sakit hati. Akibatnya…. Aku tak tidur sehingga dia pulangkan kereta pukul 5.30 pagi…. Ya Allah.. esok dah le aku nak drive dan training kat jalan paling sesak di Malaysia


Khamis -11/2/1010 Phileo Damansara training Industrial Relation Act dengan Mr Ricky. Sempat kami bersembang hal nyonya tua… luckily… Mr Ricky sentiasa menyebelahi aku. Opss.. ramai juga ya HR Managers yang datang untuk training ni… dan baru ku tahu… HR Managers di Malaysia ni ramai yang muda2 dan hensem2… ehemm…. At least there’s something to cure the toughest week of mine…


Training Venue: Malaysian Employers Federation / Persekutuan Majikan Majikan Malaysia.

Saturday, February 06, 2010

Sujud Syukur PadaMU, Atas Segala Nikmat...

Bulan Februari kembali. Mom's n Ajim's birthday. Kali ni semuanya ada di sini including my adik bongsu yg jarang2 ada. Kali ni destinasinya Cameron Highland. Balik kerja kami ber4, (aku, hubby, adik ngan ipar) terus bertolak ke CH. We stopped at RNR Sg Buloh for Sate Kajang. Actually, my sis dah angkut parents aku dan anak2nya ke CH pagi2 lagi. Check-in hotel semua.

Reached Heritage Hotel, Cameron Highland at 12 a.m. Semua pun dah tido so we planned to celebrate the birthday on the next day. Kek masuk peti ais dulu.... dan....
Esok paginya.... surprise~!!!!!!
Gambar tu boleh dimakan okey.... Oh ye... untuk mengelakkan kakaknya kecil hati, kami selitkan juga la gambar kakak dia.
Introduced Chocolate Indulgence from Secret Recipe yang ditempah khas untuk Mak dan Ajim.
Selamat Hari Jadi Mak dan Ajim. Kami bertuah dianugerahkan ibu dan nenek sepertimu.
Gaya kepuasan birthday boy selepas makan kek.... sisa kek pun masih tercalit bawah mulut lagi tu.

Lepas seronok bercelebrate kami pun menuju ke Butterfly Farm....

Kemudian membeli belah di pasar pagi Brinchang. Gambar bawah sedang sibuk mencari souvenirs untuk kawan2 tersayang.

Strawberry cicah coklat~!! Nyum Nyum~!!

Lepas tu kami pun lepak kat Starbucks Tanah Rata. Last year masa birthday aku, hubby celebrate birthday aku kat sini gak... heheh..
Oh... I got the Tiger Chinese Year Keychain dari Starbuck. Sangat excited. Juga angpow yg ada special cake promo... huhuhu...
p/s: ketika ini masih di Starbucks mengupdate entry ni.... hehehehheheeh