Saturday, October 31, 2009

Criminalise War / Jenayah Perang

Dah lama tak spend quality time dengan hubby. Lately, our time were stole by his hobby (2nd job). Used to spent time alone, jalan sorang2 dari satu shopping complex ke satu shopping complex. Kadang2 rasa mcm org bodoh juga, tp what to do.. setiap perkara memerlukan pengorbanan dan aku harap pengorbanan ini berbaloi kelak.

Hari ni kebetulan hubby free pula. Jadi ajak dia teman ke Keep Slim. Puncanya semalam tgk gambar yang diambil kat Putrajaya... OMG... Gemuknya aku!! Tak dapat nak menerima hakikat yang badan aku kini lebih besar dari batang pokok balak yang berusia 100 tahun. Jadi inilah langkah pertama yang aku ambil. Ayah cakap "Stop your habit eating nasi lemak during night time". Oh ayah... itulah perkara yang paling aku suka dan sukar untuk ku kikis! Tapi demi kurus... akan kulakukan jua...

Tghari tu ayah cadangkan kami ke exhibition criminalise war di PWTC. Teruja dengan berita yang tersiar di tv dan berita, aku gembira untuk pergi. Hakikatnya tiba di sana... "my heart was bleeding" dengan setiap satu adegan dan aksi yang dipertontonkan. Aku tak dapat bayangkan betapa traumanya mangsa / banduan di penjara Guantanamo menghadapi seksaan dan brutaliti dunia yang maha dahsyat. Setiap langkah berikutnya menjadi sangat berat. Rasa mcm tak sanggup nak melihat pameran2 lain. Nak nangis... tp tak mahu dianggap cengeng. Tiba2 terdengar suara seorang wanita "I can't imagine, is this brutality is real? Takkan la manusia begitu kejam?" Aku menoleh. Profesor Noraini! My ex-lecturer in UiTM. Aku lihat dia memicit kepala, menutup mata kemudian berlalu pergi. Oh Prof, siapalah yang percaya ada manusia yang lebih hina dan kejam dari binatang. Tapi hakikatnya memang ada. Bush dan tenteranya.

Kemudian kami bergerak ke conference hall. Di sini disediakan hidangan tenghari untuk mereka yang menghadiri conference criminalise war ni. Semasa menikmati secawan kopi fikiran aku masih berpaksi pada kekejaman yang baru aku saksikan sebentar tadi. Hakikatnya, hari ini ketika majoriti dunia sedang menentang peperangan dan keganasan, seksaan di Guantanamo tak pernah berhenti. Pada waktu ini masih ada lagi umat Islam yang dibogelkan, dipaksa melakukan aksi lucah, dipaksa berdiri dengan kaki berikat selama 15 jam, diikat kaki di atas kepala dibawah, disalibkan tangannya dan andainya tangan dijatuhkan renjatan elektrik akan terarus ditubuhnya, didudukkan di atas kerusi kayu dan tangan serta kakinya dipakukan banyak2 ke atas kerusi tersebut dan digerudi tangan dan kakinya. Ya Allah.... maha suci Engkau, moga hilangkanlah segala rasa sakit dan perit ke atas umat Islam ini.

Dan ketika perjalanan pulang... hubby mengajak kami makan beriyani Insaf di Jalan TAR. Dah lama tak nampak hubby makan sampai pinggan licin tak perlu dicuci. Beriyani lamb shank. hehehe... dan penangannya tiga org makan RM94.00. Senyum je aku tgk dia terkejut. Masih belum biasa dengan harga Insaf. Insaf dibuatnya. Alhamdulillah, hari ni kami masih mampu tersandar kekenyangan, tapi umat Islam di penjara Guantanamo sedang berjuang untuk hidup. Entah masih ada esokkah untuk mereka???

p/s: Tahniah kepada Tun Dr Mahathir kerana menginspirasikan conference dan pameran ni tapi kalau boleh akan datang adakan dwi bahasa pada artikel. Kesian tengok makcik2 yang terkulat membaca artikel berbahasa Inggeris.

Wednesday, October 28, 2009

Pergimu Dirasai...

"Thank You for the years that you had spent with us. You will be in our heart forever," itulah bait2 ayat yang aku tulis untuk Mr Ito di dalam kad "sayonara" nya. 5 tahun beliau telah berkhidmat dengan SLM dan aku mengenalinya 2 tahun lepas kerana kehadiran aku yang masih baru dlm keluarga SLM. Dua tahun mengenalinya, aku merasakan dialah majikan yang paling prihatin yang pernah aku temui.

Berbangsa Jepun, bukan beragama Islam tapi setiap kali pekerja Islam mengadakan solat hajat berjemaah, kenduri doa selamat.. dia pasti datang. Dia akan berdiri di barisan belakang sekali, di belakang saf jemaah. Dan ketika kami rukuk dan sujud... dia juga akan berbuat demikian...

Ketika bulan Ramadhan, dia akan sama2 berpuasa bersama kami. Walaupun bukan penuh sebulan... tapi dia pasti akan berpuasa.. Ingin merasai sama nikmat berpuasa bersama kami..

Pantang dia mendengar pekerja sakit atau masuk hospital, dia akan menjadi orang pertama dari syarikat yang melawat pekerja tersebut. Memberi saguhati dari poketnya sendiri. Tak pernah beliau berkira.

Kalau pekerja berhenti, dia akan membeli jambangan bunga dan coklat yang besar, mengucapkan terima kasih, mengadakan jamuan makan sebagai tanda ucapan "semoga berjaya" kepada pekerja tersebut. Duitnya sendiri, bukan dari syarikat. Besarnya hati seorang yang bernama Masao Ito.

Dan tradisi syarikat naungan negara matahari terbit, Jepun, mereka meletakkan sekurang2nya 2 hingga 5 tahun, MD dan DMD perlu ditukar. Go with the flow... Mr Ito akur dengan tradisi tersebut. Dan ketika ucapan perpisahan tadi nyata dia tak dapat menyembunyikan kesedihannya. Begini bunyi ucapannya:-

"It's unexpected to see this (menunjukkan hadiah pewter mug dari Royal Selangor), You all make me speechless. I can't talk too much, because when I talk... my tears will come out. (airmatanya keluar). It's not easy for me to go... but I will remember all of you. (ditambah sedikit ucapan untuk production, menjelang permintaan yang semakin meningkat)....... I really hope you all will be success in you life and I pray to God, to bless you and your family forever."
Kami mengambil kesempatan bergambar bersama...


Dan dia meninggalkan kami lalu masuk ke biliknya sambil mengesat airmata dengan sapu tangan. Aku yang hatinya cukup sentimental tanpa sedar turut keluar ke bilik air.

Friday, October 23, 2009

Surat Keluhan dari Lelaki

Kita biasa dengar keluhan wanita terhadap lelaki. Jarang sekali kita dengar keluhan lelaki terhadap wanita. Akhirnya hari ni lelaki telah mengeluarkan watikah keluhan mereka. Perasaan mereka yang sebenar2nya dan…. Ianya semua telah diletakkan no. 1 dengan sengaja.

1. Lelaki bukanlah seorang pembaca fikiran.

1. Belajarlah mengenai hakikat mangkuk tandas duduk. Kamu tu dah besar, turunkan je sendiri. Kami perlukan dia di atas, kamu perlukan dia di bawah. Kami tak pernah komplen kalau kamu meninggalkannya di bawah.

1. Bersukan pada hari ahad ibarat satu peristiwa yang pasti berlaku, ibarat air pasang surut…terimalah hakikat…

1. Airmata perempuan itu umpama satu ugutan.

1. Minta je apa yang kamu nak,bagitahu kami dengan jelas..tak payah berkias-kias…Tak payah hint2…Sebab biasanya kami mmg tak paham. Cakap je~!

1. Ya dan Tidak adalah jawapan paling tepat dan padat bagi semua soalan.

1. Bila kami dilanda masalah, datanglah pada kami dengan jalan penyelesaian. Kami tak perlukan sekadar kata2 simpati sebab selama ni itulah yang kami dapat.

1. Apa aje yang kami katakan lebih dari 6 bulan lepas dianggap tidak sah lagi. Dan sebenarnya setiap kata-kata kami hanya boleh digunakan dalam tempoh 7 hari aje.

1.Kalau anda rasa anda gemuk, ya, memang anda gemuk. Jangan tanya pendapat kami.

1. Sekiranya kata-kata kami boleh dimengertikan kepada 2 maksud yang berbeza. Dan salah satu darinya boleh membuatkan kamu marah atau menangis. Percayalah, kami sebenarnya maksudkan makna yang satu lagi.

1. Kamu hanya boleh menyuruh kami membuat sesuatu ataupun bgtau bagaimana kamu mahu sesuatu itu dilakukan…Tak boleh kedua-duanya.
Sekiranya kamu rasa kamu boleh lakukan lebih baik dari kami…kamu buatlah sendiri…

1. Seboleh mungkin, Cakaplah apa je yang kamu nak cakap..
hanya semasa rancangan tv saya sedang iklan.

1. Christopher Columbus tak memerlukan arahan dan kami juga begitu.

1. Kalau kami bertanya “kenapa dengan awak?” Dan kamu menjawab “takde apa2.”
Kami akan buat seperti memang takde apa2 yang berlaku...
Walaupun kami tahu kamu bohong..tapi kami malas dan tak kuasa nak bertekak.

1. Sekiranya kamu bertanya kami soalan yang kamu sendiri tak mahu jawab, anggaplah jawapan dari kami pun kamu sendiri tak sanggup nak dengar.

1. Bila kita nak keluar ke mana-mana, anggaplah apa saja baju yang kamu pakai cantik… betul…!

1. Kamu ada terlampau banyak baju.

1. Dan kamu ada terlampau banyak kasut..

1. Badan saya memang ada bentuk. Bulat tu kan bentuk??

1. Terima kasih sebab kamu sudi baca sampai habis.
Ya, kami tahu kami mungkin terpaksa tidur kat luar rumah malam ni…Tapi kamu tahu tak, kami sebenarnya langsung tak kisah…
Kami rasa macam sedang pergi berkelah.
:P

p/s: Jadi lelaki2 di luar sana, apa komen anda? Adakah anda rasa perkara yang sama seperti salah seorang dari kaum sejenis anda ni?


Thursday, October 22, 2009

Sabah - Land Below The Wind

Pertama kali jejak kaki ke Kota Kinabalu, Sabah. Perancangan asal sepatutnya ke Bandung. Tapi atas beberapa faktor yang tak dapat dielakkan, kami ke Sabah dulu. Lagipun sebelum ke negara orang, kenapa tidak ke negara sendiri dulu?

Hari Pertama: Jejak kaki ke bumi Kota Kinabalu tepat jam 3.30 petang. Dari airport terus menaiki teksi ke Marina Court yang ditempah online semasa di LCCT tadi. (Giler punya time management). Mujur ada lagi bilik kosong. Condominium with 3 bedroom. Cantik dan luas. Cukup puas hati... and from our condo we can see clearly South China Sea ocean and the sunset.... the most beautiful scenery. Dari kondo kami berjalan kaki ke pasar Philipines yang terletak kurang 1km, pasar di mana letaknya beribu-ribu makanan laut (seafood) dijual dengan harga yang lebih murah dari semenanjung. Malamnya aku ke pasar mutiara. Berpinar2 mata disuluh kilauan mutiara dan kristal yang cantik2.

Hari Kedua: Bangun pagi terus ke restoran belakang kondo. Nasi lemak tak berapa nak umphh... orang sini tak pandai makan lontong. Menu sarapan cuma ada nasi lemak dan nasi kuning. Bila aku tanya nasi kuning tu apa? Mereka jawab "nasi lemak tapi tak letak santan." heheheh.... kira nasi putih la kan?
Hari kedua merupakan hari shopping. Kebetulan kondo kami terletak berhampiran dengan Plaza Warisan. Kedai2 dalam Plaza Warisan ni ala2 Pavillion jugak. Mantop2. Kalau kat semenanjung kita shopping tgk price tag dekat EA (East Malaysia) tp kat sini kena tgk harga WM (West Malaysia) yang lebih mahal dr harga semenanjung. Ha... ambik ko~!
Kami borong macam2 seafood jugak. Udang harimau, udang galah, ketam, sotong... perhh.. saiznya sungguh luar biasa dengan harga yang agak murah. Balik kondo suh mak masak... perghhh sampai tegang2 perut la kami makan. Malamnya shopping lagi. Beli banyak souvenir untuk kawan2 tersayang, mak mertua dan ipar duai.

Hari Ketiga: Islands trip. Kami ke Pulau yang paling terkenal di KK, iaitu pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi. Kami menaiki speed boat ke ketiga2 pulau tersebut. Bayangkanlah Nazim yang umur baru 8 bulan naik speedboat. Rawk habis~! Suka plak tu. Mujurlah kasut aku, Aliyah dan emak dicipta untuk ketahanan air masin, kewl je meredah ombak dan pasir pantai (yer aku sedang mempromosikan Crocs). Antara ketiga2 ni, Pulau Manukan paling besar dan cantik. Tapi ntah kenapa aku lebih suka pulau Mamutik. Sebabnya masa snorkelling aku boleh tangkap ikan dengan tangan, terlampau jinak dan badan2 ikan ni bercahaya mcm kilauan kristal jugak, cantik~! Ikan2nya lebih cantik dari Redang, tp sayangnya coral kat sini tak berapa cantik. Tapi aku cukup puas hati di Pulau Mamutik sehingga kulit aku menggelupas arini dek kerana sunburn. Lupa diri sungguh~!

Hari Keempat: Flight pukul 3.45 petang. Jadi pagi tu kami mengambil kesempatan pusing2 bandar KK buat kali terakhir. Ayah ajak kami naik bas. Pengalaman yang agak lucu juga la sebab terkial2 mencari bas yang kami sendiri tak tahu nak ke destinasi mana. Akhirnya kami memilih untuk ke 1Borneo, iaitu shopping kompleks terbesar di asia tenggara. Begitulah menurut orang KK. Perjalanannya umpama dari Klang ke Shah Alam jugak la. Sepanjang perjalanan dapat juga menyaksikan bangunan2 di KK. Dapat juga tengok Universiti Malaysia Sabah yang cantik dan besar. Almaklumlah.... Universiti baru. 1Borneo... boleh tahan besar. Ada 3 hotel terkenal yang menumpang sama bangunannya dan salah satunya ialah Tune Hotel milik Air Asia. Puas meronda, balik semula ke Marina dan berkemas. Having lunch di airport KK dan jejak kaki ke LCCT lebih kurang 6.30 petang.

Semasa berhenti makan di perhentian Dengkil, kami boleh lagi bersembang tentang next trip. Kemana? Just wait n see....

Walaubagaimanapun, pengalaman di Kota Kinabalu mengundang memori yang tersendiri. Land below the wind.... negeri di bawah bayu... what a pleasant journey there.


Wow... happynya sampai melompat melihat hubby ditanam.

Aik... kena tanam pun boleh posing?

V for Vic

Ajim also had a great time there~!

Destinasi wajib walau ke mana pun kami pergi. Starbucks. Aliyah is having her supper.

Thursday, October 15, 2009

Jamuan Raya Company'ku

Semenjak aku jejak kaki kat ofis ni 2 tahun lepas, tak pernah ada jamuan hari raya (tp 3-4 tahun lepas pernah ada). Jadi tahun ni kami pekerja melayu sepakat untuk adakan jamuan hari raya. Pertama kerana ini bulan terakhir Mr Ito bersama dengan kami. Kedua kerana menyambut kedatangan pengganti Mr Ito iaitu Mr. Sudho sekaligus memperkenalkan masakan melayu yang terkenal setiap kali hari raya. Seronok betul melihat muka gembira dan puas hati orang bukan melayu menikmati makanan tradisi melayu. Ketupat, lemang, rendang ayam, nasi lemak sambal ikan bilis, sate kajang hj shamuri, lontong, puding dan kuih2 raya. Terima kasih kepada semua staff melayu tak kira lelaki atau perempuan, semuanya memberikan kerjasama jitu dalam menjayakan jamuan hari raya ni. Terima kasih banyak2... dan untuk hubby, terima kasih sebab tolong sama-sama masak sambal ikan bilis semalam. Sambal tu dapat pujian paling banyak hari ni sampai saya kenyang dengan pujian. Walaupun pagi tadi bangun pukul 4 pagi nak tanak nasi lemak 2 periuk... tp hilang segala penat dan letih bila nasi lemak tu licin. Syukur Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Lebih dari apa yang dibayangkan. Happy sangat. Gambar2nya boleh dibelek di bawah ye....

Kad jemputan yang diedarkan untuk staff bukan melayu. Ha... aku yang design sebab budak2 ofis ni dah tau, asal memerlukan kreativiti dan kerja tangan je, bagi kat Siti. Kad ni aku siapkan dalam tempoh half an hour je. Itu je masa yang diberikan untuk aku pun. Inilah hasilnya.


Dari kiri Mr Ito, Mr Monishita (auditor dari Jepun), Mr Hidenori Sudho (My new DMD), dan dari kanan ialah my MD, Mr Kamishima.

Jangan malu2..... makanan banyak... cukup untuk 5 round seorang.

Antara 'tulang belakang' yang menjayakan jamuan raya ni - please exclude the amoi.

Sunday, October 11, 2009

I grabbed it at last - Crocs!!!

Setelah berbulan menipu diri sendiri (that I don't like Crocs), kasut sampan la, kasut Ronald Mc Donald la.. kasut gabak la... and whatsoever... check balik entry itu di sini. .... akhirnya Ahad, lepas balik dari 2 open house aku mengajak Andy ke Sunway Pyramid to grab a Crocs. Melenting mamat tu bila aku cakap mau beli Crocs. Tapi pujuk punya pujuk - beralah gak dia - lgpun beli pakai duit sendiri. Aku sudah tak tahan bila tengok semua sepupu sepapat pakai Crocs - nampak classs... aku sudah tak tahan lagi!!!! Lagipun Aliyah dah lama pakai Crocs, aku bila lagi? Why I must be so stingy to myself?? Selama ni tak pernah plak aku kedekut pd diri sendiri... and at last.... here it is.......!!!!!


Theme Cayman Retro - Original pair before touch up.
After touch up - Muaaahhhs~!!

Friday, October 09, 2009

Ortodok~!!

Zaman millenium, maju, canggih, berteknologi tinggi dan moden.... masih ada manusia2 yang berfikiran ortodoks~! membosankan! Aku dah lemas. Lemas dengan soalan yang sama, jawapan yang sama, feedback yang sama juga. Kuno sungguh!!

Ini jawapan untuk setiap soalan kalian. Ya, kami sudah hampir 5 tahun berkahwin. Ya, kami memang belum mempunyai anak. Apa anda susah? Bukan, kami berdua sudah disahkan sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk mendapatkan anak. Kami cuma merasakan belum masanya untuk kami mendapatkan anak. Lagipun kami belum menemui satu titik pencapaian dalam hidup ini yang kami idamkan, iaitu kestabilan. Kerana fikiran aku amat jelas. Kenapa aku mahu membina rumah 2 tingkat untuk tanah yang mampu menampung rumah setingkat. Oh... si bijak pandai bersuara. "Anak tu rezeki. Adalah rezeki yang akan datang bersama2nya nanti" Ayat klise. Copy paste turun temurun dari tok nenek. Aku manusia yang berlandaskan realiti. Pemerhatian dan Penilaian. Hakikatnya, penilaian dari manusia2 di sekeliling aku tidak mengukuhkan ayat di atas. Aku sedikitpun tidak termotivasi ke arah itu.

Sakit betul hati bila orang bertanya,
"Dah ada anak?"
"Belum"
"Baru kahwin ke?"
"Dah 4 tahun"
"Kesian. Takpela... belum ada rezeki" (highlighted? apa yg ko nak kesiankan???)
-aku diam, mula rasa jelek.-
"Tak cuba berubat cara kampung?"
"Saya memang merancang"
"Hish... kenapa? Jangan mcm tu, dapatkan la sorang dulu. Lepas tu nak merancang pun, merancangla"
(eiiii.......... sibuknya.... ko susah apa? ko nak jaga anak aku ke? ko nak tolong beranakkan untuk aku ke?)
Benci betul. Tolonglah, isu andartu, isu janda bahaya sbb rampas laki org, isu dapat anak lambat sebab mandul, itu isu zaman tak kadok la. Majukanlah sikit pemikiran anda seiring perubahan zaman. Tak payah la jadi manusia yg berumur muda tapi berfikiran mak nenek!!!

Pernah la ada 2-3 org bersyarah dengan aku, habis dipetiknya hadis2 nabi. Respect tul lah dia bleh hafal hadis nabi, boleh bersyarah pasal agama. Tapi my point of view is really clear and easy. "Kenapa kowang mesti nak MEMAKSA aku beranak semata2 untuk memuaskan hati kowang? Tak terfikir ttg perasaan aku menjadi ibu secara paksa demi untuk memuaskan hati org lain? Bagus ke mcm tu? Apa kesan2 perkara ni terhadap aku, anak aku dan rumahtangga aku?" Tolong jawab ustaz...

Ewah2.... ada plak jadi pembela Noor Affandy Ishak. "Ko pentingkan diri sendiri la vic, ko tak kesiankan laki ko? Ko tak pk perasaan dia?" Ewah... dia lagi kenal laki aku dari aku plak. Eh... ko je la tolong beranakkan anak untuk laki aku. Ko lagi kenal hati dia kan? Apa yang Andy selalu cakap dengan aku, "Nasib baik kita belum ada anak." "Isu anak takkan jadi penyebab rosaknya rumahtangga kita" "Saya langsung tak kisah." "Saya pun sebenarnya belum bersedia." Jadi kalau dia tipu aku.. maknanya akulah yg tertipu. Tapi kalian boleh jadi saksi, kalau anak reasonnya, aku tak keberatan andy kahwin lagi. Fullstop~!

Wednesday, October 07, 2009

He used to be my best friend.

Actually he is my hubby bestfriend. 1st time introduced to him by my hubby I don't speak much. I just a well-behaved woman. Polite and soft-spoken so called. But 2nd time met him ( we fetched him at Jimah Damansara Office) I was with a woman sitting at the back. That time I was no more well-behaved. We sang with loud voice and non-stop like hell and I make nonsence jokes. Really happy that time until I think that he think we are insane~!

Knowing him more and more, make me realized the special criteria of him. Even from a wealthy family, he's so humble and down to earth..... and furthermore he was having serious inferiority complex. I felt like I should take the responsibility to gain his confidence. I used to tell him that, "find a girlfriend... and you will find your confidence." He replied, "Sorry, tolong sket." and we argued bout that in an informal way. Day by day.... we spent the nights together, "mapleying" (term of having teh tarik at mamak), he made himself being a part of us. Just like my siblings.... and no one has right to talk bad thing about him. No One!!!

People who know me, they know that they shouldn't talk bad things about my bestfriends. They know I will getting mad and will declare "war" when you hurt one of my bestfriends. You hurt one of my bestfriends means you hurt me! Day by day also I realized that the girl who was always spent time with me had a feeling towards my bestfriend. (I used to read her feelings by her behaviour. We used to communicate each other by just enterpret the reaction on our face, body language and voice's tone). However, when you aware the consequences of the thing you'll do but u still do it maybe because of 3 reasons. 1st, because you confident that you able to overcome the consequences, 2nd you ready to faced the risk and the fate, 3rd you don't bother about that because u just want to see him happy. Personally, I think my answer is the 3rd. That's is why I told him to open his heart and throw away his ego. I guide him to express his feeling towards the girl... and he did succesfully.

I was the happiest woman in the earth I think when he officially declared with the girl. I was so over-excited until I can't sleep that night. I just smile and keep hanging on the phone on the next day. Knowing the woman he loved was an advantage for me to guide him what she likes and dislikes, what he should does and doesn't. But... As what I think it will happen, it happened. Dark cloud was coming and covered our friendship sky..... and now we are apart.

Maybe to tend over her gf's heart we no more talk to each other. He's a very gentleman to take care of his gf's heart. Really hope my hubby will do the same way too, but hubby personally think that the friendship is something that shouldn't affected by the silly personal matter. Lastly I heard that he will take a next step on his relationship. He didn't tell me even we having a conversation (which I think so much different than before) on the last time we met. I cried.... not because of disappointed or regret, but because I'm so happy for him. Just because I made the right choice. I choose the 3rd.

Tuesday, October 06, 2009

She's wearing Crocs

Terkagum seketika melihat gambar2 Aliyah Umairah hasil tembakan padu photographer Ejad dari Endoit Photography. Cuba nak buat watermark, tapi tak berjaya. But these photos by courtesy of Ejad and Endoit Photography.

Tujuan di posting untuk tatapan ayah (atok Aliyah) kat rumah yang selalu bukak blog anak sulungnya ni. "Nah ayah, ini gambar cucumu.." Untuk Ija dan untuk mak (yang akan buat wallpaper kat pc dia tiap kali nampak gambar aliyah yang lawa2)... Untuk apis... yang akan download gambar aliyah ke dlm hp dia pastu jadikan background screen, sometimes dia akan jadikan muka aliyah profile photo dalam ym dia, even though Aliyah akan terjerit2 dan menangis tiap kali dicium dan dipeluk Pak Usunya.

.... and if u aware, her shoes not match with her gown.... looks odd but the important thing is... it's Crocs with a lot of jibbitz.... oh.... so damn jeolous... takpela... mommy beralah... dahulukan yang comel2 dulu... mommy beli kendian.



Thursday, October 01, 2009

My 1st experience in CA (Collective Agreement)

Collective Agreement, in Malay called Perjanjian Kerja Kolektif/Bersama. I used to learn about this during studied in UiTM. As theory... and for me it is a precious, priceless and and very very fortunate for me to sit for it practically - and for real~!!

Bagi yang kurang mengerti... Collective Agreement dan Collective Bargaining ialah umpama satu kemuncak bagi seorang Human Resources. Proses ini amat jarang sekali berlaku dalam sesebuah kompeni because.. Collective Agreement / Bargaining is only for company with Trade Union (Kesatuan Sekerja). Jadi bayangkanlah... ada berapa juta company di seluruh Malaysia, berapa peratus aja yang ada Trade Union (mungkin tak sampai 10% pun). Forming a Trade Union also is not easy as u thought. Turun naik labour office atau tribunal berpuluh2 kali dulu. Appoint lawyer (that's y trade union mesti ada duit sendiri), beberapa tahun kemudian barulah layak untuk dapat recognition dari kompeni itupun setelah dibuat election - dan win the majority. This is my 1st experience dealing with trade union actually. Before this walaupun pernah menjadi HR untuk satu kompeni yang menduduki carta utama bursa saham Malaysia dengan jumlah pekerja melebihi 1000 orang - tidak pernah ada trade union dalam kompeni-kompeni yang pernah aku kerja. So... I dont know whether to classified as I am lucky or not.

As a management, Trade Union dalam syarikat bukanlah sesuatu yang membanggakan... (malah sebenarnya membebankan) tp... that a rare challenges faced by the only certain HRs. Tapi pada aku la (harap takde union yang membaca blog aku ni) pekerja2 kompeni aku ni kurang bersyukur. Apa je la yang kompeni aku ni tak provide?? Kami apply semua Public Holiday yang ada kat Malaysia PLUS satu hari cuti tambahan yang dibagi suka2 setiap bulan. Cuti perayaan yang lebih panjang tanpa perlu ditolak AL. Overtime yang dikira berdasarkan gaji walaupun gaji anda lebih dari RM1500 ( this is extra dr apa yg stated dalam Employment Act). Insuran nyawa dan insuran hospital. Company trip every year (pernah ke oversea pun). 5 star hotel dinner every year. Elaun2 yang tak masuk akal seperti elaun anak dan isteri, elaun makan, elaun sewa rumah bla bla bla... dan subsidi makan setiap bulan...., OMG... banyaknya dan pekerja2 yang cemerlang gemilang dan terbilang ni tak pernah puas dan tak pernah berhenti meminta2... Ya Allah... kadang2 aku berdoa semua pekerja yang tak puas2 ni dimasukkan ke dalam syarikat cina yang aku kerja sblm ni... baru diorang tau langit tinggi rendah. Satu haram pun tak kasi... siap bagi waktu kerja maksimum, 48 jam seminggu. Padan muka. Biar dowang rasa. Opsss... terlebih sudah.

Mr Suzuki, sanggup datang dari Jepun untuk attend the 1st meeting. Tidak ketinggalan Mr. Ito, Mr Kamishima, Mr Sudho, (4 Japanese B.O.D), 1 external HR Advisor, 3 Managers (Ricky, Siah, Liau) and the smallest.. me.. not small in term of size of course... but in term of post. Kerana aku satu2nya wanita dan bukan manager yg berjaya duduk di barisan Management Negotiator Team (Kumpulan Perunding dari pihak Majikan). Terima kasih bosses di atas kepercayaan yang diberikan..... (it's not only about the trust but also the opportunity kerana aku percaya my resume will be blink blink bila aku masukkan perkataan Collective Agreement and Collective Bargaining dalam job description nanti.)

So, the meeting was held in Concorde Shah Alam, dihadiri oleh 9 org dari pihak Management dan juga 12 orang dari pihak kesatuan - 7 dr National Union (Kesatuan Kebangsaan) dan 5 dr company union. Content of the meeting i'll keep it as Private and Confidential... but everything is running smoothly and peacefully BUT... as this is the first meeting. Masing2 belum tunjuk belang. There will be a few more meetings after this sebelum termetrainya perjanjian kerja yang baru... and I believe on that time mungkin ada tragedi baling kerusi atau kasut plak. Hahahah... hopefully NO. Apa yg mengecewakan adalah kelewatan yang dicetuskan oleh pihak kesatuan, alasan kononnya ada yg datang dari Penang. Hello, please be punctual, my chairman was coming from Japan elok je datang awal... dan bagi Jepun, time is gold. Sedih bila Mr Suzuki bersuara, "I am quite dissapointed with Malaysian Culture - never make it on time. Always late!" Oh... rasa seperti disindir tajam. Sbb nila setitik habis susu sebelanga. Oh... kepada saudara tah siapa namanya... saya tau maksud pandangan mata anda dan cara anda berbual - lupakan saja - saya sudah berkahwin dan sy pasti anda juga sudah. Lagipun kita di pihak berlawanan dan saya takkan termakan dengan kata2 anda bahawa... "even we are from different side but we fight for the same thing - employee welfare and company survival." Who's company?? Mine or yours? Who's employees? Mine or yours? We are not in the same company. Sorry dude... I don't trust you.

Sebahagian dari Management Negotiator Team - Berdiri Mr Hussein (MC), Mr Kamishima, Mr Suzuki, Mr. Ito, Mr Sudho, Mr LIau, Mr Siah, tangan Mr Ricky and my pencel case and handphone (itu saja milik aku yang dapat dilihat).

Masa yang ditunggu-tunggu. Lunch time. Oh God... (andy dah pesan, if u not tapau, don't ever say about food) tp tak tahan... nak cerita jugak. Oh ketam masak berlada, Udang, Daging dan ayam salai, Oyster, Pasembor, Sup Kambing, 20 jenis kek, 6 flavours of ice-cream (slurrpppp) ok.. I can see kowang nyer air liur dah meleleh... full stop. Itu saja... no picture for food sbb takde masa nak ambik gambar masa makan. (Actually segan). Lgpun dah banyak kali aku ambik gambar masa makan kat hotel. Sama je semua... wat kowang terliur je. hehehhehehe..

The End..