Monday, August 31, 2009

Flaming Steamboat - 31st August 2009

31 Ogos 2009- Merdeka di bulan Ramadhan is an advantage for us untuk setup satu majlis buka puasa beramai-ramai bersama chatters spm99. Ini merupakan kali ke2 aku makan kat luar. 1st ialah semalam bersama-sama mertua aku, buffet di Selayang.Kalau tak si Andy asyik aje nak makan kat rumah. Save budget la, tak sempat nak buka luar la, awak masak sedap la... adaaaaaa aje alasan2 dia.

3 jam yang penuh dengan gelak ketawa, as u know.. when ur stomach full and u non-stop laughing, what do u feel? Like wanna blow up rite? That was happen to me. Kira tak rugi bawak aku ni. Adala sekilo udang galah aku sorang je makan... plus sekilo ketam... kalau beli kat Tesco pun dah puluh2 ringgit. Berbaloi-baloi... hahahha... belum kira 2 mangkuk aiskrim dan biskut cicah chocolate fondue lagi... perghhhh... marvellous.

Shah yang sedang layan blues, Ali yang gersang dan vic yg mcm... mcm... terencat akal je.
Bagi sesiapa yang tertanya2 atau terlupa atau termiss out atau lost mengenai spm99, Channel yang berasal dari MIRC, di set up pada tahun 99 bagi bagi tujuan mengumpulkan chatterz MIRC yang mengambil SPM pada tahun 1999. That's means dah 10 tahun kami bersama-sama. Actually group kitorg memang ramai tapi due to certain factors such as balik kampung, personal matter, outstation, family gathering... jadi ramai jugak la yang tak dapat menghadirkan diri. Tapi it's ok... we have a lot of time to spend together next time. Oh... untuk yang tatau channel mirc spm99 adalah tempat bertemunya aku sama Andy. Bermula chatting, lepak cyber cafe dia, gathering, baling helmet, gaduh akhirnya terkahwin... hahahahahaha... (still wondering how it happen..)

Kesimpulannya... ia berjaya menemukan kami dan mencapai matlamat untuk merasai kenikmatan berbuka bersama-sama. (Perghh ayat skema, budak2 ni mmg tak leh ayat skema... nanti dowang bantai gelak). Anyway... congratulation untuk Fas dan tunang dan Shuk dan tunang yang bakal melangsungkan perkahwinan masing2 pada bulan 10 ni. Jangan lupa... call us for photographer service. Harga murah2... hahahaha (bisnes lagi tu).

Saturday, August 29, 2009

I let you go...

It's been five days since my sun tortoise death. After thinking for few days, I make decision to let it go. "It" here means the another tortoise which had accompany my sun tortoise during it live- the only mate and best friend it ever had. So... today is the day... that we let it go...

In regards of Malaysian Independent's Day (we called Merdeka), I had merdeka-kan this tortoise. Hope this is the best thing I did in lieu of celebrating Merdeka.





Monday, August 24, 2009

Dia pergi... sebelum aku...

Kali pertama dia hadir dalam hidup aku... gembiranya rasa..
aku telah gambarkan kegembiraan itu di sini.
Ia adalah spesies yang unik tapi cantik. Manja.
Kura2 manja? Ye... dia memang manja. Dia tak pernah takut pada aku.
Tak pernah dia menyorokkan mukanya dari aku...
kerap dia mencakar tanganku dengan kaki dan kukunya yang panjang..
tapi tak sakit...

Aku bercerita lagi tentang dia di sini...
tentang kawan baru dia yang aku jumpa di tepi jalan..
dia tak cakap... tapi aku tau dia gembira
sebab dia selalu duduk berdua..
menggeselkan badan mereka bersama, berlaga kepala...

Aku pernah meluahkan rasa pada Andy..
Kura2 dalam ensiklopedia yang aku kenali...
adalah binatang yang paling panjang umur di muka bumi..
bahkan melebihi umur manusia...
aku yakin.. Abol (nama yang kuberi pada dia) masih kecil..
masih muda...
tentu bila aku tiada lagi...
Aliyah akan ambil alih Abol dari aku...
sebab Aliyah pun sukakan Abol..
Lihat.. aku memikirkan masa depannya...
seperti aku memikirkan nasib anakku sendiri...
dan kini....
dia sudah tiada...
3 Ramadhan.... ia pergi... mengejut... tanpa pesan..
dan aku... hanya mampu terdiam...
dan .... dan... :(


Wednesday, August 19, 2009

Crocs Oh Crocs

Saturday, 22 Aug 2009

Pukul 5 sementara menunggu waktu berbuka, Aku ajak adik aku ke Aeon Bkt Tinggi. Tujuannya satu. Mahu beli sandal Crocs. Sampai di sana aku terus mengambil Crocs yang memang dah aku target dari awal, theme Hello Kitty. Harganya cuma RM129. Tak le semahal Scholl. Kira kalau jd angkat, budget kasut raya tahun ni lebih murah dari tahun lepas. Bagus tu.

Dengan bangganya aku mentry la kasut yang aku dah aim tu. Tanya pendapat adik aku. Berat je mulut dia nak menjawab. Dia tanya aku balik "Along rasa cantik ke kasut ni?" Aku pun tak dapat nak jawab. Jujurnya mmg hodoh dan tak cantik. Nampak kembang semangkuk dan mcm kaki aku cacat. Aku diam tak jawab apa2. Adik aku kata... "Ija tatau kenapa Along nak beli sangat selipar ni. Tak cantik langsung design dia."
Pelan2 aku letak balik kasut tu kat tempat asal. Went back home empty handed. Sepanjang perjalanan ke tempat parking kereta aku mula berfikir....

'Dari dulu aku memang benci betul tgk kasut Crocs, selalu aku mengutuk design dia yang hodoh tu. Tapi bila tgk kawan2 sibuk bercakap ttg Crocs. Internet Crocs, Magazine Crocs... aku cuba mengenali icon fashion / trend yang mula memonopoli dunia ini secara lebih positif...
Hakikatnya aku mula menyedari.... aku hanya ingin memilikinya bukan kerana aku sukakan dia... tp kerana aku tak mahu ketinggalan untuk memilikinya... sedangkan aku amat sedar ttg betapa hodohnya Crocs itu.... maka aku memutuskan... kenapa aku mesti membelinya?
AKU TAKKAN MENJADI MANUSIA YANG KETINGGALAN ZAMAN WALAUPUN TIDAK MEMILIKI CROCS.... '

Aku mengaku kalah jugak pada Andy akhirnya...... daulat.... daulat.....

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Wednesday, 19 Aug 2009

Adat la tu, puasa belum lagi orang dah sibuk fikir pasal raya. Akulah antara salah seorang daripadanya. Malam tadi ketika sibuk mengemas rumah dengan Andy aku telah meluahkan keinginan aku untuk membeli kasut raya.... dan seperti yang dijangka.....

Andy : Kasut lagi??? Awak bukak almari kasut tu. Cuba awak tengok boleh isi lagi tak kasut dalam tu?
Aku: Ala.... kasut yang lama2 tu kita buang la... tak pun sedekah kat orang susah.
Andy: Semua kasut2 tu baru lagi. Tak sampai setahun. Kasut lama awak dah buang hari tu.
Aku: (cebik bibir) satu je... untuk tahun ni..
Andy: (membuka almari kasut, keluarkan semua kasut2 aku)

Yer.... betul kata Andy... dari raya tahun lepas sampai hari ni... aku telah membeli 6 kasut Scholl (termasuk 1 high heel), 2 Hush Puppies dan 1 Edward Forrer. Menjadikan jumlah keseluruhan kasut aku 9 pasang tidak termasuk selipar dan kasut sukan.... ada yang dh penyek sebab kena timpa ngan kasut lain pasal tak cukup tempat.

Aku buat muka seposen... terkebil-kebil...
Aku: Saya ingat nak beli kasut Crocs tahun ni.
Andy: Apa???? Crocs? Jangan nak mengada. Kasut rupa cam plastik hodoh tu takkan nak pakai buat raya? Pergi basuh semua kasut awak ni. 10 kali lebih cantik dari Crocs tu.
(ada ayat tambahan yang aku lupa nak bubuh tadi). Crocs konon. Kasut rupa macam orang nak motong getah je. Elok balik kampung, abah suh awak noreh getah pakai kasut tu.
Sabo je la

Uwaaaaaaaaaaaaaaa...... salah ke kalau aku nak beli kasut Crocs? Salah ke??????


Tuesday, August 18, 2009

Get Well Soon Bakh~!

Isnin, 17 Ogos 2009 : Managing Director (MD) Endoit Photography telah dimasukkan ke hospital rahsia bagi menjalani pembedahan rahsia. Pembedahan itu berjalan lancar dan mengambil masa kira-kira sejam.

Walaubagaimanapun, dalam sidang akhbar yang berlangsung di hospital rahsia tersebut Ahli Majlis Tertinggi Endoit Photography di sini menegaskan segalanya berada di dalam keadaan stabil dan pemegang saham tidak perlu khuatir dengan keadaan ini memandangkan ianya amat terkawal. Audit telah dijalankan ke atas MD Endoit Photography dan mereka telah mengesahkan bahawa setiap organ yang kelihatan dan tidak kelihatan masih berada di kedudukan asal seperti yang sepatutnya. "Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan", begitulah menurut beliau dalam keadaan tersengih-sengih. Sehubungan itu, beliau juga meminta pemegang saham agar tidak mendengar spekulasi yang tidak berasas mengenai syarikat atau kesihatan beliau.

Beliau dijangka akan dibenarkan pulang pada hari rabu ini. Sekian, saya Diana Kapal dan Sink melaporkan dari bilik berita Endoit Photography.



Sunday, August 16, 2009

Cherakah In Action

Endoit photographer team - sila tekan 1 untuk ejad, tekan 2 untuk zul, tekan 3 untuk Andy, tekan 4 untuk Azim dan tekan 5 untuk Fauzi. Pesanan anda akan dihantar sebentar lagi. Terima kasih.

Coooooooooolll.................

I'm overshadowed by Nikon D300 Ejad.

Teka teki: Siapa dalam skrin kamera Azim?

Baru keluar toilet. Muka lega....

Woww.....

BoldFacebook!!! Facebook!! Hahahahahahah

All of us...

Soalan: Vic, kenapa semuanya gambar ko je???
Jawapan: Sebab blog aku... gambar aku la!! Kalau nak gambar-gambar scnery lain. Sila la ke blog dowang kat sini.

Tuesday, August 11, 2009

The Most Beautiful Model in the World.

(gambar atas, hanya dari lensa kamera biasa olympus ku :( , namun bidadari tetap cantik seperti selalu)


Modelnya memang cantik... gambarnya diambil oleh salah seorang kameraman EnDoit Photography. Anda boleh melihat lebih banyak lagi gambar di blog mereka di sini. Terdiri daripada 7 cameraman berkaliber, profesional, bertauliah dan hebat-hebat.

Harga untuk setiap pakej yang ditawarkan memang affordable dan dijamin murah. (Sebab aku dah compare ngan cameraman lain). Album yang dowang bagi pun.... memang puas hati ar.. pendek kata... mcm gambar atas ni... modelnya comel, cameramannya cekap mengambil shot menarik. Kowang ingat Aliyah buat muka gitu lama ke? Tak sampai 1 saat pun dia dah tukar muka lain. Jadi siapa kata nak ambik gambar tak perlu skill?

The best part is... each event dowang akan hantar 2 cameramen untuk 1 price. Dua cameramen maknanya.... lebih banyak shot dari different angle... maka lebih banyak pilihan. Bukan kowang kena bayar lebih pun, even cheaper than others.

Bukan setakat wedding, engagement atau henna night aje, mereka juga boleh dan sanggup ikut kita untuk annual dinner, company trip, birthday party dan whatever events pun la (including party buih) ekekekek.... Cakap pun tak guna..... try sekali dulu... baru tau..

Sunday, August 09, 2009

Happy 2nd Birthday Aliyah Umairah...


Nazim happy betul dipakai party hat tu.
Diberi peluang memotong sendiri keknya.
Hadiah yang dari Atok. Kayo nyer atok. Hadiah dari mommy tertinggal kat shah alam.
House and Kitchen Cabinet lengkap dengan kitchen equipments tapi gambar cuma gambar rumah je, tatau la kenapa cameraman tak ambik gambar kitchen...


Bukan Aliyah je dapat hadiah dari atok.... mommy pun dapat... Ayah hadiahkan buku kat bawah ni untuk aku. Alahai... dapat buku ni pun dah rasa sedih camna nak don't be sad. But this book really worth to buy... especially for muslim... yang hidupnya sedang dilanda kesedihan dan kemurungan. Anda akan menemui cahayanya di sini. Promosi ni.. hello publisher... ada komisen tak???

Thursday, August 06, 2009

Just My Luck~!

Letter with InTrend Magazine's Logo was received last night. My heartbeat like jumping expected something because it was the first time I participate in their slogan contest. DKNY Fragrance Fresh Blossom worth RM215 for the winner.... and... yesterday... it's officially mine.

"Sukacita dimaklumkan bahawa anda telah dipilih memenangi pertandingan slogan Intrend DKNY Be Delicious Fresh Blossom dan anda telah memenangi DNKY Be Delicious Fresh Blossom berharga RM215. Sila tuntut hadiah anda di ibupejabat kami di MEASAT.... bla bla bla bla"

I WON!!!!!!!!! I WON!!!!!!!


Whether I really managed to impressed them with my slogan... or it's just my luck...
But I really do love that fragrance... Oh God... Now different smell for different occasions.