Tuesday, June 30, 2009

PJ Hilton; ISO 14001:2004



Mr Ricky bos aku. Aku officer merangkap secretary dia. Bos yang paling besh skali di alam semesta. Siapa je usik aku, dia yang akan melenting dulu. "Don't ever raise your voice to my Siti"
Haida adalah staff yang paling rapat sekali ngan aku kat Ofis. Teman semengumpat, teman lunch, teman breakfast... semua la...
Part Yang Paling Ditunggu-tunggu oleh kami - LUNCH BUFFET
LOBSTER - NYUM NYUM~!

Buah pulasan pun ada??? ice-cream - tak boleh miss~!!
Diupdate Oleh
yang sedang malas.

Wednesday, June 24, 2009

Gambar2 Ini Bukan Untuk Tontonan Umum.

Merujuk kepada tajuk di atas, saya yang bernama
Siti Nordiana Bt Nordin a.k.a Vic a.k.a Preity Zinta
ingin membuktikan kepada
Bashirah binti Abdul Wahab a.k.a Shira a.k. a.Priyanka Chopra
dan
Nurul Farhana bt Mohmed Amin a.k.a Anne a.k.a. Juhi Chawla
bahawasannya.... Iya... aku tak tipu... Preity tu memang sebijik macam muka aku.
Tak percaya? Tgk la gambar2 kat bawah ni.

Sila fokus pada rambut

Sila fokus pada bentuk topi dan kedalaman serta diameter lesung pipit (dimple)

Sila fokus pada headphone

Ha.... skang kowang dah caya kan? Kalau tak caya lagi... tatau la aku nak cakap ape dah.
HAHAHAHHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHahahahahahahahaAHAHAHAHHAHAHA
(Ketawa sampai berguling2 hingga terjatuh dari kerusi dan terduduk kat lantai namun tetap tak habis ketawa lagi)
p/s: Ha... yang lain2 sila jangan mengutuk. Aku dah tulis terang2 bukan untuk tontonan umum kan?

Saturday, June 20, 2009

My 2nd Day In Phuket

Pagi2 lagi dah turun breakfast. Aku minta American Breakfast. Omelette, Toasted Bread, Sausage Fresh Orange and Coffee. Lepas tu aku tanya dia, "Is this chicken sausage?" "No. Pig" "What? Euww!" "If you want I can give you chicken sausage." Oh No!!!! Ntah sembelih ke tak ayam tu. Sure tak punya. Aku tak usik langsung sausage ayam yang diberi percuma. Aku cuma makan roti bakar sekeping disapu butter dan jam yang aku sapu sendiri. Luxury breakfast pun tak guna kalau makanannya tak halal. Uwaaa... I miss Malaysia so much... everything is halal there. Susahnya nak dapat yang halal kat sini.

Benar! Hotel kedua mmg bertaraf 5 bintang. Phuket Graceland Hotel & SPA Resort. Bilik Hotel, Garden & Buldingnya hampir menyamai Palace Of The Golden Horses, Malaysia. Maybe here is better bcos, PoGH M'sia swimming pool dia tak berapa besar dan tak dalam, tapi di sini, swimming pool sangat besar, siap ada pool bar, fountain and jacuzzi. It has even 2 site of swimming pool here. Satu dekat sebelah garden yang very near to the beach dan satu lagi di roof top. Ada juga bowling centre dalam hotel ni. Owh... it's wonderful... and the most important thing - no stupid rule and regulation.

Bersantai2 dulu depan swimming pool sebelum memulakan terjunan.
Meleleh air liur Nazim tgk kitorg swimming. Bila la aku boleh swimming mcm dowang ni.
Lepas swimming ikut shortcut terus ke pantai depan hotel. Sempat la beryoga sekejap. Pose dalam gambar ni dipanggil "Backbend Pose".

Petang tu kami pusing2 lagi pekan Phuket. Siap la singgah di TESCO Lotus, Phuket. Lebih kurang je mcm TESCO di Malaysia. Bezanya di sini tak boleh sebarang pegang. Pork everywhere and we have to be very careful. Masa on the way nak balik ke hotel, kami ternampak satu gerai kecik dengan makcik bertudung. "Fried Chicken for Muslim. HALAL." Aku jerit suh ayah berhenti. Kami beli berketul2 ayam goreng berempah dan makan sampai kenyang. Walaupun hanya gerai kecik dan hanya ayam tanpa nasi tapi itu sudah cukup bahagia buat kami. Akhirnya dapat juga makan lauk!!!!
Inilah caranya Aliyah duduk dalam troli, dia tak mahu duduk kat tempat yang disediakan. Dia mahu yang selesa, berbantal kusyen empuk untuk bersandar. Aku rasa dia ni dah besar kena kahwin ngan anak raja la. Jangan jadi Manohara Pinot sudahlah ye sayang.

Sempat menikmati ice-cream Swensens Phuket, benda yang aku yakini halal. Huhuhu...

Kata Beach
Happy betul bila dia tak dimarah kerana main pasir. Sebelum ni kalau main pasir kat depan rumah kena marah.

Malam ni adalah malam terakhir di Phuket. So kami berjanji nak overnight, nak menyaksikan sendiri betapa happeningnya Phuket pada waktu malam. Jadi malam tu tepat pukul 10.00 malam waktu Malaysia kami dah merayau - tanpa 2 si kenit dan my sis yang kami tinggalkan di hotel. OMG... bila menyusuri setiap lorong di Phuket baru aku sedar kenapa Allah bagi Tsunami kat Phuket. Setiap Pub ada front desk atau pentas. Dan di atas setiap pentas dan meja itu mesti ada sekumpulan penari separuh bogel yang menari tarian erotik. Aku yg tgk pun berpeluh, bayangkan lelaki kalau tgk. Bukan sahaja perempuan, malah bapok yang cantik2 jugak. Kalau dowang tak mention tu kelab bapuk, mati2 aku akan ingat perempuan betul.
Sebahagian daripada Betina Phuket yang sedang menari tarian erotik di hadapan Pub bagi menarik perhatian pengunjung.

Kiri kanan lelaki Mat Saleh tengah memeluk erat Betina Phuket. Ada yang bercium, berpeluk dan melakukan mukadimah seks di hadapan ribuan manusia. Adoi... senak hati aku menengok adegan2 panas secara live macam ni. Nak ambik gambar takut kena lempang pulak. Akhirnya hanya menikmati pemandangan je la. Tiba-tiba sekumpulan lelaki berbadan sasa dalam kumpulan 10-12 orang sedang membawa kayu balak. Hanya berseluar dalam yang terlalu ketat sahaja dan aku boleh nampak jelas organ dalaman mereka. Ketika aku ternganga tengok pemandangan lucah tersebut, ssalah seorang dari lelaki selamba membetulkan kedudukan alat sulitnya sambil tersenyum. Mak Datuk!!!!! Uwaaa... seram mak. sumpah! Nak seram apa, kata mak. Semua tu gay. Diorang cuma minat dengan lelaki je. Sepatutnya Andy la yang kena seram. Hahahahah...

Aku dan emak berjalan agak terkebelakang manakala ayah, ipar aku dan Andy di hadapan. Jelas aku dapat saksikan mcm mana Betina2 Phuket memanggil, merayu dan menyentuh ketiga2 lelaki di hadapan aku. Nasib baik la aku ngan mak ada kat belakang. Kalau tak, silap2 hanyut dowang bertiga ni. Mana tahan woo kalau badan solid2 gitu dah gesel2 kat badan dowang. Hahahah...
Pukul 3 pagi waktu Malaysia barulah kami pulang ke hotel. Kepenatan. Badan dan Otak jugak. Kalau camni la gayanya... memang patut Phuket dilanda Tsunami lagi la. Hahahahhaha..

Day 3. (20hb Jun 2009)
Takde apa aktiviti yang dilakukan pada hari ini kecuali berkemas untuk balik ke Malaysia. Penerbangan Air Asia kami delay hampir 2 jam. Kalau lebih 2 jam dapat gak balik RM200, tp kurang dari 2 jam. Aku sampai tertidur atas kerusi di Airport Phuket. Ni penangan berpoya2 malam tadi la. Pramugari kali ni pun tak le secantik dan seramah pramugari yang aritu. Kesimpulannya hari penerbangan pergi yang indah2 itu mungkin hanya satu kebetulan aje kot. Happen once in a blue moon.

Co-incidently it's falls on Father's Day and I had done my part. Seorang anak tetap berhak ke atas ayahnya - melebihi hak2 yang lain. Happy Father's Day to all dads in the whole world. Selamat Hari Bapa Ayah. Selamat Hari Bapa Abah.... "selamat hari bapa, untuk abah jugak".... kata satu suara halus... and tears again.. I pray 4 u... forever.

Friday, June 19, 2009

My 1st day in Phuket

Seumur hidup aku, inilah pertama kali aku naik Air Asia. Sebabnya ngeri bila dimomokkan dengan cerita2 kurang enak ttg pengalaman org lain yang terbang bersama Air Asia, jadi aku lebih suka memilih syarikat penerbangan lain. Tapi pengalaman pertama ternyata mengagumkan. Kami sekeluarga dilayan dengan sangat baik sekali dan pramugari yang bernama Mena itu sungguh cantik, baik dan sopan seperti Scha. Pramugara dari Thailand itu pun sangat ramah orangnya. Siapa kata Air Asia tak bagus? Pada aku kalau nak dibandingkan dengan MAS, Singapore Air, Garuda Airline dan Emirates yang pernah aku naik, Air Asia tak kurang hebat. Kecekapan dan layanan anak kapal mereka sangat memberangsangkan. Pada aku kekalahannya cuma kerana lapangan terbang dan sistem menaiki pesawat yang tidak efisien. Tapi mungkin apa yang berlaku kepada aku ini hanya kebetulan kami bernasib baik pada waktu itu. Mungkin.
Dari udara Phuket terlalu cantik, amat susah untuk digambarkan dengan kata2. Bukan Langkawi atau Redang tak hebat, tp keadaan geografinya dan struktur pulau2 kecil yang comel dan berbentuk unik yang mengelilingi Phuket membuatkan ia nampak terlalu cantik... terlalu indah. My mom ngan my sis family tinggal di The Royal Paradise Hotel - supposedly me too tp disebabkan ada pertengkaran hebat yang berlaku antara aku dan receptionist hotel tu, aku merajuk habis. Lepas puas aku tengking dia dan luahkan perasaan terbuku aku terhadap kebodohan protokol dan peraturan hotel yang konon2 4 bintang tu, aku dah tawar hati betul nak stay sana. Malaysian - don't ever stay in Royal Paradise because it has the dumbest rules n regulation that will burden the tenants. Maka aku ngan Andy keluar dari hotel tu, pergi hotel sebelah. Hahaha... ada hikmahnya kejadian ni. Aku dapat bilik hotel yang lagi lawa dari mak aku dan dari sis aku, siap ada free wifi dan free luxury breakfast - better than the stupid RP. Jeles tul family aku ngan aku.

Perkara yang menyeramkan ttg Phuket ialah sistem wiring dia. Berserabut, bersepah2, terlalu rendah dan ada yang sampai menutup tingkap kedai. Bila malam wayar2 ini mengeluarkan bunyi percikan api. Menyeramkan sungguh. Agaknya sistem wiring dia jadi mcm ni lepas Tsunami kot. By the way bangunan paling tinggi dalam gambar ni ialah Royal Paradise Hotel.
Gambar diambil dari puncak Karon View. Ok tak silap aku Phuket mempunyai 7 atau 9 bahagian Pantai. Pantai yang paling popular ialah pantai Patong sbb paling happening. Ada juga pantai untuk orang yang sukakan kesunyian, ketenangan. Dalam gambar atas ni kowang leh nampak Patong Beach, Kata Beach and Karon Beach.
Sila cari signboard tersembunyi. KFC. Mc Donald. Subway. Semuanya ada kat sini. But don't get too excited first because........ all these are non-halal. Thank you. Frustnya!!!

Phuket mmg dahsyat. Lebih dahsyat bila malam. Setiap lorong dipenuhi disko, rumah urut, Pub, Kelab Gay, Thai Girl show (persembahan tarian bogel) dan yang paling hot kat sini skang ni ialah Simon Pub yang terkenal dengan tarian paper doll (bapuk2 cun yang menari bogel). Bila keluar bershopping malam tadi... aku jadi takut nak bukak mata. Kalau luar pub pun dah hampir boleh nampak semua, kalau kat dalam... tatau la nak kata apa... sampai terkebil2 mata Andy ngan bapak aku menengok. Nasib baik aku ngan mak aku yang pegang duit dowang. Kalau tak... mmg dh selamat. Bila aku tgk keadaan Phuket, aku cuba bandingkan dengan kawasan Bintang Walk, Jalan P.Ramlee dan Segitiga Emas KL. Mmg jauh lebih dahsyat dekat sini. Kadang2 aku rasa keadaan ini sama seperti dalam cerita CSI Las Vegas. sama!

Kat sini mmg terdapat banyak barangan handmade mcm ni. No wonder la my friends ramai yang kirim bangel bila tau aku nak ke Phuket. Buatan tangannya halus dan cantik.
My eyes are shining and glittering. Shopping! Shopping! Shopping!
Seafood mmg the best kat sini. Not so expensive (tp kena pandai pilih kedai) dan besar2. Udang paling kecik pun dah sebesar tapak tangan aku. Bayangkanla....
Setelah puas pusing2 keliling, kaki rasa mcm nak lumpuh, balik je hotel masing2, semuanya terus terbaring. Tiba-tiba Andy ajak aku pi berurut. Perhhh... datang Phuket kalau tak pergi massage mmg rugi. Harganya jauh lebih murah dr tempat lain dan pakar2 urut terbaik mmg berasal dari sini. Aku ngan Andy memilih arometerapi massage. Tapi bila tukang urut suh aku bukak semua baju, alahai... malunya... tak pernah tak berpakaian depan stranger. Nasib baik stranger 2-2 pmpn, satu yg urut Andy, satu yg urut aku. Mmg besh betul... puas hati sangat2 sampai aku rasa urutan yang sebesh itu dalam tempoh sejam tadi mmg tak setimpal langsung dengan duit yg aku bayar. Rasa mcm nak bayar lebih je. Heheheh... pemurah la plak.

Ok. Besok kami akan pindah hotel lagi. As what my sis told me, tomorrow is 5 star hotel and the best hotel in Patong. Jalan 5 langkah je dh smpi pantai Patong. Hope tomorrow aku tak perlu bergaduh dengan receptionist dia lagi. Heheheheh. Skang aku pun dah letih, badan dah sedap pasal baru kena urut. Pastu yang paling penting bau wangi yang sungguh menyenangkan... Maka izinkan aku tidur dulu ye. Sambung besok hari ke-2 di Phuket.

Monday, June 15, 2009

Cendawan Susu Harimau

Kisah pahit manis dari tajuk di atas. Tergerak untuk aku kongsi dengan mereka2 yang senasib dengan aku, bersusah payah mencari cendawan susu harimau. Masa aku di arahkan untuk mencari cendawan susu harimau, aku mmg blur habis. Aku tak dapat nak bayangkan rupa cendawan tu pun. Bila aku surf kat internet, gambar-gambar yang diletakkan tidak membantu aku sama sekali mengenali rupa bentuk sebenar cendawan ni.

Bila mertua aku call, katanya dah dapat 2 biji cendawan susu harimau sebesar ibu jari kaki. Aku sungguh excited. Malam tu semasa balik ke Tg Malim, kami singgah ke kedai ubat Sensei bertanyakan ttg cendawan tu. Ya! Dia ada jual! Kami beli lagi buat tambah2, kalau2 cendawan yang mak aku beli tu tak cukup untuk berubat.

Esoknya sampai rumah Tok Moh... mcm biasalah kena tunggu giliran. Tok Moh cuma berubat selepas Zuhur sahaja. Kebetulan kami sampai dalam pukul 12. Jadi kami tunggu di masjid yang berdekatan. Ramai rupanya pesakit2 yang datang dari jauh dah berkumpul di masjid sejak dari pagi. Sempat aku berbual dengan sorang makcik. Katanya dulu dia ada kanser rahim yang kronik - rahimnya menunggu masa untuk dibuang, tapi Alhamdulillah dengan Izin Allah, lepas berubat dengan Tok Moh ni selama 3 bulan, kanser dia 100% pulih dan telah disahkan melalui ujian ultra sound. Hari ni dia ke sini membawa kawan yang mempunyai penyakit yang sama dengan harapan untuk pulih seperti dia. Aku pun membawa harapan yang sama.

Lepas solat Zuhur kami terus ke rumah Tok Moh. Tak sampai 10 min menunggu, giliran kami tiba. Kami bagi CENDAWAN SUSU HARIMAU yang dibeli kepada Tok Moh tapi bila Tok Moh gengam je cendawan2 yang kami bawak terus cendawan tu hancur berkecai halus2 macam pasir. Sedihnya... lebih sedih mak mertua aku la. Untuk 2 biji kecik tu dia bayar RM40. Tok Moh cakap "Ini mesti cendawan beli kat Sensei. Cendawan tu tak pure. Cendawan yang asli keras macam batu marmar, kena pakai gergaji kalau nak potong". Gulp! Telan liur aku, ipar aku ngan mak aku. Andy ngan Abg Marzuki dah ketawa2 kat belakang. Hampeh! "Beli kat Sensei kan?" Tak! jawab akak ipar aku, kami kirim dengan sedara, beli dekat Bidor. Jawapan cover malu ni. Dalam yang pecah2 tu ada la serpihan yang keras mcm batu. Cuma sebesar kuku aje. Tok Moh cakap, hanya bahagian itu je yg masih hidup, lalu dijampi dan diserahkan pada aku. "Cendawan ni hanya cukup untuk 3 hari aje, awak memerlukannnya sekurang-kurangnya untuk 3 bulan." Maka Tok Moh suh kami naik ke Lata Iskandar, cari cendawan yang asli kalau nak baik.... itu je syaratnya.

Dari rumah Tok Moh, satu kereta naik ke Lata Iskandar, satu kereta lagi terus balik ke Tg Malim. Aku, Andy, Abg Marzuki dan Kak Ipar aku dalam kereta yang akan naik ke Lata Iskandar. Ya Allah... mabuk, pitam, mual nak muntah... semuanya bercampur baur dlm perjalanan. Aku, Kak Noi dan anak lelaki dia yg duk belakang dah lembik mcm Jelly. Tapi nak baik punya pasal, ku redah jua. Maka jumpalah benda yang di cari. Di sinilah baru aku mengenali apa itu CENDAWAN SUSU HARIMAU yang sebenar.

Asal dari sejarah, cendawan ni mula tumbuh disebabkan susu harimau yang tumpah ketika menyusukan anaknya. Benar ke tak benar. Wallahualam Bissawaf. Tapi semua kedai akar kayu di sini memberi jawapan yang sama iaitu kegunaan utamanya ialah mengubati kanser dan ketumbuhan khasnya KANSER RAHIM. Cendawan ini dipercayai mampu membunuh terus akar kanser dari terus beranak pinak.
Inilah rupa sebenar cendawan tu. Ubinya di bawah tanah, payungnya di atas. Payungnya keras mcm kayu, tak boleh dilentur2 mcm cendawan biasa. Ubi cendawan ini sebenarnya rapuh dan tak boleh dibuat ubat (kira yang aku beli kat sensei tu jenis2 ni la)
Inilah bahagian cendawan yang dibuat ubat. Bukan payungnya tu. Tetapi ubinya. Ubi yang baik adalah yang padu, berat dan kalau baling kat dinding pun, dinding yang lekuk. Hehehe.. Harganya bergantung kepada berat dan saiz. Kalau di tangan aku tu lebih kurang RM50-RM75 sebiji.Ok. CENDAWAN SUSU HARIMAU hanya boleh didapati di kawasan ini. HANYA di kawasan ini. Jangan beli di sensei sebab orang2 cina tak menggunakan cendawan ni untuk mengubati kanser rahim. Mereka menggunakannya untuk mengubati batuk dan asma sebab itu mereka hanya menyimpan cendawan susu harimau yang sudah rapuh dan mati.

P/S: Aku harap artikel ini akan membantu mereka yang juga mencari CENDAWAN SUSU HARIMAU. Harap2 bila kamu menaip CENDAWAN SUSU HARIMAU di google search, kamu akan menemui blog aku ni. Kalau ditakdirkan penyakit kita tak dapat diubati, sekurang2nya kita tak pernah berhenti mencuba dan ikhtiar.

Friday, June 12, 2009

Sahibba

Semalam masa kelas yoga aku berpeluh tak hengat, rupanya cikgu yoga aku tutup tingkap. Katanya "The wheather outside is so bad. Haze everywhere." Tapi bila dia tgk semua student dah macam baru kuar swimming pool, basah lencun dengan peluh, dia pun bukak la tingkap.
Kebetulan aku mmg berdiri di tepi tingkap, terasa angin masuk, segar tapi ya jerebu! Fenomena EL NINO kembali menyerang Malaysia.

Balik dari yoga lepas mandi, Bakh ngan Andy balik dari beli dinner untuk kitorang. Pizza Hut. Nyum Nyum. Makan tak hengat! Sia2 yoga sejam lebih. Peluh 1 baldi pun tak guna pasal skali makan... mak oii... mmg mcm rakyat Somalia yang kebuluran. Laling (Anne) mcm biasa la... merungut sakit badan, sakit pinggang, sakit kaki... semuanya sakit tapi makan tetap tambah.

Lepas makan we played Sahibba. Versi Bahasa Melayu. Penuh dengan adegan lucu, usik mengusik dan macam2 lagi. Memang happy habis la malam tadi sampai aku terlupa pasal Cendawan Susu Rimau. Cuba tgk susunan gambar kat bawah ni.
Keputusan mmg di luar jangkaan. Mcm mana entah si Andy ni boleh jadi juara. Menyeramkan sungguh. Adakah ketajaman minda aku sudah semakin susut. Tapi yang paling kelakar.... Anne... dapat no last. Hahahahahahah.... OMG... laling i thought u also a Malay debater of ur school rite?? Mcm mana ko boleh kalah di tangan bf ko yg BM nyer sekadar ala-ala je. (Cos Bakh is better in English). Adoii.... mmg kelakar? Tak puas hati? Let's play again, this time wont give chance to Andy yang memang berlagak giler babun bila dia diisytiharkan menang.

p/s: Hari ni aku sakit tekak sangat, mungkin disebabkan terlalu banyak menyedut udara jerebu dalam kelas yoga semalam.

Tuesday, June 09, 2009

Weekend in Tg Malim

Tak ada apa yang lebih menyeronokkan weekend lepas selain balik Tg Malim ketika semua adik beradik Andy ada kat sana especially Abg Din. Weekend aku penuh dengan gelak ketawa sampai aku lupa semua stress dan tension yang aku kendong ke hulu ke hilir selama ni. Bagusnya kali ni balik takde sorang pun yang komplen aku gemuk. Habis2 pun "Kurus sikit Diana skang. Sebab sakit ke?" Iye la tu sebab sakit. Macam nak mati aku diet! Malam tu masing2 tidur lewat pasal dok bersembang 2 bulan lebih punya cerita kat mak abah. Happy betul abah anak bongsu dia balik sampai siap berguling-guling dengan Andy menggeletek diri masing2.

Esoknya lepas pergi pasar dan masak... kami ke bawah ni... aktiviti yang sukar dilepaskan!
Abg Din & Andy

Aku, Abg Din & Syafiq

Abg Din dan aksi "merogol" Kak Lah (isterinya)

Abg Din dengan aksi "dirogol" Kak Lah

Malam tu kami bakar BBQ. Oh... elok je ayam masak masing2 meratah tak hengat. Hehehe... tapi tu la yang menambahkan keceriaan dan kenikmatannya. Lepas puas berBBQ kami tengok movie "Jangan Tegur" ramai2... Tiap kali hantu kuar... tiap kali tu la kami jerit ramai2.. Dah ar tu.. banyak kali plak hantu tu kuar. Sabo je.
Aksi pro membakar ayam BBQ

Aku dan anak-anak saudaraku..

Kebetulan pulak minggu ni Ajid ngan Mak Kecik bertunang. Ajid ni kawan baik Andy dari kecik, sampai dah tua ni pun still rapat jugak, cumanya tempat kerja jauh2... jadi jarang2 jumpa. Tapi still calling2. Bakal tunang Ajid pun bukan orang lain. Jiran sekampung. Selang 2 buah rumah je dari rumah Ajid. Kawan2 Andy semuanya kawan2 aku... so Ajid ngan Mak Kecik pun kawan aku jugak. Quite close la dengan diorang.
Ajid yang sedang memeluk Anak saudaranya yang berkebaya hitam.

Inilah Mak Kecik (nama panggilan). Nama dia sama ngan nama panggilan adik aku sebenarnya.

Lepas majlis mak kecik, mak abah bawak aku ke Trolak untuk berubat. Jauhnya perjalanan. Sampai kat rumah pengamal perubatan tradisional tu kena ambik nombor pulak. Ramai betul yang datang berubat dengan dia. Ada yang dari pahang, Utara, Selatan, Pantai Timur. Famous tul Tok Dukun ni. Dekat 2 jam jugak la menunggu giliran. Bila tiba giliran aku, mak mertua aku pun menerangkan la serba sedikit ttg sakit aku dan aku menyampuk ketika perlu. Keputusan dari ultrasound dan pandangan pengamal perubatan yang lain, aku tak cerita la. Lalu Tok Moh mengambil motol mineral yang aku bawa dan mula membaca "Laqad Ja'akum". Tiba2 aku teringat mak. Mak selalu bacakan doa ni untuk aku. Aku sakit, aku sedih atau bila dia rasa tak sedap hati... dia akan cepat2 baca doa ni.

Tiba-tiba Tok Dukun kata... "saya tak nampak apa2, gelap, hitam". Ya Allah... kenapa la beginning dia semuanya mesti sama dengan jawapan doktor dan tukang dan urut yang pernah aku jumpa. Dia minta aku masuk ke dalam dan baring. Mak mertua aku setia meneman aku kat sebelah dan ketika sesi pengubatan, keyakinan aku yang 50-50 tadi menjadi 100% bila dia tepat2 menunjukkan bahagian perut aku yang bermasalah sama seperti tukang urut dan doktor katakan. Penerangannya ttg sakit aku juga jitu, takde kena mengena dengan buatan orang atau makhluk halus, ia adalah sakit yang berakar sama seperti barah dan cara mengubatinya dengan membunuh akar tersebut. Operation yang aku jalani sebelum ini dianggap hanya sekadar membuang lapisan luaran sedangkan akarnya masih kuat tertanam dan akan terus bercambah dan membesar.

Deskripsi ttg keadaan organ dalaman aku seterusnya hanyalah yang meruntun hati. Katanya lagi seandainya usaha terakhir ini gagal, aku harus pasrah, sabar dan redha kerana keadaan aku kini di stage yang agak kritikal. Usaha terakhir itu ialah bawakan "Cendawan Susu Rimau" yang hanya boleh didapati di kaki gunung Cameron Highland. Puas aku surf di internet ttg cendawan ni dan benar ia hanya boleh di dapati di kawasan Lata Iskandar Cameron Highland dan perlu dibeli dengan orang Asli di kawasan tu. Memandangkan ianya agak sukar di dapati, harganya sangat mahal dan adakalanya memerlukan tawaran yang hebat sebelum orang Asli tersebut sudi untuk menjualkannya kepada kita. Lagipun orang Asli di situ amat arif dengan kehebatan Cendawan Susu Rimau dan mereka berani "demand" ttgnya. Sudah 2 hari dan belum ada cerita yang gembira disampaikan kepada aku. Hanyalah kata-kata yang mendukacitakan. Minggu depan aku mesti ke Trolak dengan cendawan tu. Aku tak boleh lewat. Aku tak punya masa... atau aku perlu pasrah dan redha dengan ketentuan-Nya.

Sunday, June 07, 2009

Khatimah Cinta & Jangan Kau Lepaskanku Darimu

Recently, ni lah 2 lagu yang paaaaaaaaaaling aku minat.
Minat sesangat sehingga tiap kali lagu ni berkumandang kat radio...
tak ada sesiapa yang dibenarkan bercakap.. sbb perlu memberi laluan kepada aku menghayati lagu ni dengan khusyuk. Pada aku lagu Jangan kau lepaskanku darimu seolah-olah menjawab lagu khatimah cinta. Saling balas membalas la kiranya. Huhuhuhu
Yang penting lagu2 ni sgt dekat di hati aku...

Khatimah Cinta - Sixth Sense


Bintang malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku

Peluk tubuhku
Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi...


Jangan Kau Lepas - Alexa

Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
dan jangan kau lepaskanku darimu


Ku
takkan pernah tertawa

Ku takkan pernah bahagia
Ku takkan pernah
merasakannya
Bila kau tak di sini

Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah sempurna
Ku takkan pernah merasakanmu

Bila kau tak di sini

oh.. Izinkan aku berlutut mengharap
kau tuk kembali
Izinkan aku berharap dirimu

kembali Dan kembali

Dan kembali lagi
jangan kau lepaskan
Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
dan jangan kau lepaskanku darimu

Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
dan jangan kau lepaskanku darimu

p/s: Header blog ni sebenarnya still in progress. Aku dah bengang tahap dewa ngan header lama. View pakai I.E. nampak elok, view pakai Mozilla layout lari, mula2 bleh ar ignore tp skali lagi view pakai I.E. pun layout bleh lari plak. So, aku akan cari jalan memperbetulkan layout ni petang kang. Update utk this weekend pun ptg kang yer pasal kabel kamera tertinggal kat umah shah alam.


Monday, June 01, 2009

Terkejut Beruk Aku~!!

Aku memang hantu shopping. Kalau terlampau sedih, aku pergi shopping (lepas tu bila sampai rumah mesti aku marah2 diri aku sebab terbeli barang yg dah banyak aku ada). Pastu aku mewarisi sifat ayah aku, suka sangat pergi jualan gudang. Warehouse sale. Some ppl dowang tak suka tmpt yang sangat crowded, panas, berebut2.. but for me... tempat yang mcm tu menambahkan keghairahan aku untuk veni, vedi, vinci (datang, lihat dan takluk @ beli).

Tiap minggu aku akan spend time bukak website yang memaparkan jualan gudang di seluruh Malaysia. Lepas tu aku akan komen setiap warehouse sale yang ingin aku pergi dan telah pergi. Tak ada apa-apa sebab. Just having fun sharing and caring - tetapi hari ini bila laki aku cakap...
"Syg, glamernya awak.... Kawan sy nampak muka awak dalam website everyday front page lagi tu...... " Mula2 aku wat dunno. Eceh2 mcm tak nampak la ym dia tu, pasal aku ingat biasa la tu, nampak muka aku dalam senarai list member forum website tu..

Habis je buat payroll, masuk la website tu nak tgk2... bapok terkejut beruk aku... Sejak bila plak website ni ada member of the month? Dah dekat setahun aku jd member... pertama kali ada member of the month dan aku yang pertama... perghhh.... kembang kuncup hidung dan hati aku. Kalau kowang tak caya, click sini. Dah le berbangga dapat menyiapkan payroll dalam satu hari (disebabkan pmpn chiok tu nak cuti panjang) dan dapat plak title member of the month... uishh.... I shud reward myself...
Mau beli apa yer untuk diri sendiri malam ni? VIC!!!!!!!!!!!!!!! again u want to shopping???!!!!
P/S : Malam tu bila aku bukak gmail, ada mail dari everyday dengan notification ttg hadiah yang aku menangi sempena member of the month. OMG.. mula2 cam blur2 tapi bila click dan tgk contoh hadiahnya... aku melompat2 dan menjerit2... dah lama aku idamkan benda ni.. uwaaaa... sob sob.. Thanks everyday.com.my