Saturday, May 30, 2009

Cukuplah itu untuk hari ini.

Bila di'review' balik posting lepas...
Aku mula sedar... dah lama betul aku tak mengarang puisi..
Bukan apa... takut bila dah lama tak menulis..
Idea jadi lapuk, akhirnya aku jadi kekok nak menulis puisi..
Tapi bila aku conteng2 idea atas kertas...
Aku rasa benci dengan idea aku sendiri..
Aku rasa puisi aku tak berkualiti lagi...
Aku tak ada ilham... atau hilang sumber inspirasi..
Entahlah... aku pun tak mengerti..

Lalu aku memutuskan untuk koyakkan lagi helaian2 kertas tu..
gumpal2 dan dibakulsampahkan..
Aku rasa macam nak nangis...
Kenapa aku jadi mcm ni? Idea aku macam mati...
Akhirnya aku terus taip dalam entry...
tanpa 'draft' aku menulis dari hati...
Walaupun belum sampai tahap 'berpuas hati'
Aku kira cukuplah itu untuk hari ni..

*****************************************************
Senyum aku palsu..
Tawa aku dusta..
Gurau aku bisa..
Jenakaku hanya tutup derita..
Aku membilang hari..
Aku menghitung dosa..
Tiada cagaran, tiada jaminan..
Namun hidup telah kuserahkan..
Aku sudah benci malam..
kerana dalam mimpi kau datang..
Aku sudah benci siang..
Kerana jasadku di sini jiwaku melayang..
Setelah segalanya ku usir pergi..
Derita hadir tak pernah berhenti..
Aku selindung duka dalam hati.
Aku tanam rindu bersama janji...
Aku tak ingin mereka tahu...
bahawa separuh nyawaku telah mati..

**********************************************************

Tuesday, May 26, 2009

Pukul 3 pagi...

Kalau kisah ini dianggap umpama membuka pekung di dada sendiri. Terpulang. Aku sudah tak peduli dengan pekung tu. Tak kisah kalau kamu mahu mentertawakan, menghina atau mengeji pekung tu. Aku sudah tak peduli...

Smalam terpaksa MC, gara-gara tragedi terbaring dan merangkak dalam bilik server, menangis dalam bilik air ofis kemudian ke panel klinik berhampiran, dimarahi doktor panel klinik, kemudian menangis teresak2 di hadapan doktor dan misi... kemudian diberi MC 1 hari...

Tidur malam, dek kerana penangan perut yang terlampau sakit aku tak mampu tidur nyenyak. Tidur sekejap2, bermimpi perut dipijak, dilenyek dan macam2 yang ngeri gara2 perut yang terlampau sakit. Tepat jam 3 pagi, aku meraung, menangis teresak-esak sehingga bantal basah kuyup. Aku dipapah ke bilik air oleh Andy yang terbangun gara2 raungan tangisan aku. Aku tatau apa yang aku nak sgt ke bilik air selain menangis. Kemudian, terduduk atas sofa dengan kaki yang kejang, perut yang sakit dan rasa mengantuk. Aku menangis teresak-esak, tak berhenti sambil merayu "Ya Allah, aku dah tak berdaya lagi, Ya Allah. Jangan uji aku macam ni. Aku kalah. Tolonglah Ya Allah, kasihani aku, Ya Allah"

Setengah jam yang terlalu panjang dengan hanya esak tangis dan rayuan aku. Aku kira kalau diturunkan pisau dari langit dengan tanda "hanya pisau ini aje penawar sakit kau", sanggup aku rodok pisau tu ke perut asal aje aku tak perlu rasa sakit seperti ini. Tepat 3.30 pagi aku dipapah masuk ke kereta, laju dibawa ke DEMC. Segera doktor memberikan aku suntikan penahan sakit. Kata doktor, ubat tu akan membolehkan aku tidur sehingga pagi esok. Kemudian perlu terus berjumpa doktor pakar Ginekologi yang hanya ada pada waktu 'office hour'.

Esoknya pukul 10.30 sudah ada apointment dengan Pakar Ginekologi DEMC, Dr. Fairuz Asyikin. Semasa sesi interview, perbualannya berkisar begini:-

Doktor: Kiranya dah setahun lebih dari tempoh endeometeorosis surgery yang lama ye. Jadi dah berapa tahun kahwin?
Aku: 4 tahun
Doktor: Jadi sekarang tgh merancang untuk anak la ye?
(aku geleng) (doktor kerut dahi. Ulang soalan kalau aku kurang paham)
Doktor: Do you plan for baby right now?
Aku: No
Doktor: Tak mahu anak? Are you sure? U sudah kahwin 4 tahun kan?
(aku menunjukkan muka kurang senang. Tiba2 terfikir aku mungkin being selfish menjawab pantas tanpa pedulikan hati Andy. Lalu aku pandang Andy. Doktor pun. Andy geleng, yakin!)
Doktor: Ok... sorry ye. I have to make sure before give you any treatment. Biasanya perempuan mcm u akan cari cara untuk pregnant cepat but since u mmg tak nak ada baby for the time being, then the treatment will be different.

Setelah melakukan proses ultrasound, berbincang serba sedikit kesan2 dan perancangan jangka panjang maka..... seperti yang dipersetujui, sejumlah wang perlu dilaburkan setiap bulan bagi menjadikan aku perempuan yang tidak normal.... dan sepatutnya ini merupakan kali terakhir aku akan sakit begini sehinggalah aku memutuskan untuk mengandung - prosedur dan ubatannya akan berubah.

Sepanjang perjalanan balik airmata aku tak berhenti2 mengalir, adakah ini harga yang perlu aku bayar untuk memastikan aku tidak perlu menderita lagi? Kini fikiran aku tidak lagi berpaksi pada arah yang sama. Tepatkah keputusan ini? Adakah lari dari fitrah ini merupakan jalan yang terbaik untuk aku? Bebanan aku dan kini membebankan Andy selaku suami aku. Aku menarik nafas dalam2..... airmata tak berhenti... lebat... selebat hujan di hati aku.

Kadang-kadang kita mengharapkan Allah memberikan matahari untuk menerangi hidup kita, tapi Allah bagi kita hujan dan ribut petir pula. Rupa-rupanya Allah nak bagi kita pelangi.... dan aku harap pelangi itu ada... menanti aku di satu ketika, di satu masa, di satu destinasi...
(dan ketika ini airmata aku umpama hujan di musim tengkujuh, lebih lebat dari kali pertama aku mendengar kata-kata ini).

Monday, May 25, 2009

A Night at Genting Highland

Family aku mmg camni. Kalau weekend je tak reti dok rumah, termenung, tido, tengok tv, masak telor atau gigit jari. Setiap kali weekend je ada la plan dowang, nak pi bercuti la, kenduri kahwin la, balik kg la, pi sinun la... dan weekend kali ni adik aku pecahkan kepala otak aku suh cari tempat paling menarik dalam Malaysia ni.

Tgh surf kat internet tempat2 menarik suddenly adik aku cakap. "Along, jom kita pi Pangkor." Aku bangkang. Sebabnya:
1-1stly, tahun lepas aku baru pi ikut company trip,
2- Secondly Pangkor cuma ada ikan masin je,
3- Third Pangkor jauh, nanti Isnin aku exhausted nak pi kerja,
4- 4th Pangkor banyak pakai duit, hotel 3 bintang je koman2 rm150, teksi lagi, feri lagi.... next month dah trip besar... kena kumpul duit dr skang.

Mak aku cakap, "kita pi PD je la Long, book kat Avillion, kita lum pernah tido sana."
Andy plak bangkang, sebabnya;-
1- PD air dah kotor katanya, pantai bukan leh mandi
2- Hari2 dia pi PD (sbb dia kerja kat PD), nanti kawan2 dia tau mesti dowang gelakkan.

Lastly... kami ke sini... ke mana? ke sini.... tengok gambar2 bawah ni, rasa2nya kat mana ni??


Kat Genting pun sempat chatting, cek blog, cek facebook, cek email.....


Pegang anjing?? Wah... kena samak ni!

With my daughter, both in purple color sweaters



Makin hensem kan Nazim? Putih melepak, mata bulat (like his sister), rambut tidak kerinting lagi...

Wednesday, May 20, 2009

Surat Untuk Tun Dr Mahathir

*Posting Telah diupdate pada 22/05/09 pukul 8.30a.m.* Scroll down *

Assalamualaikum Tun,

Tun, saya tak tahu bagaiman caranya saya boleh meluahkan apa yang terbuku di hati saya ini kepada Tun. Tiba-tiba saya teringat beberapa bulan dulu saya pernah terbuka laman web Tun, maka saya fikir ini mungkin medium terbaik untuk saya meluahkan isi hati kepada Tun.

Sebulan yang lalu saya telah pergi ke Pulau Langkawi. Pulau yang satu ketikanya di zaman pentadbiran Tun merupakan pulau tumpuan yang sangat gemilang dan berkembang pesat. Pada ketika percutian saya dan keluarga ke sana, bukanlah musim cuti sekolah tetapi masih pada hari minggu. Hakikatnya, Pulau Langkawi itu memang tidak sehebat pada zaman pentadbiran Tun. Ia bukanlah satu pulau bebas cukai yang digilai lagi. Kedai-kedai coklat dan beg di situ sungguh sayu sehingga jumlah manusia hanya boleh dibilang dengan sebelah tangan sahaja.

Ketika saya dan keluarga pergi ke kilang pembuatan gamat yang paling popular di Langkawi (Jenama yang telah menembusi pasaran dunia), peniaga di situ mengakui bahawa Langkawi tidak lagi menjadi tumpuan seperti zaman pentadbiran Tun. Katanya, kebanyakan pengusaha industri gamat semuanya berpendapat begitu. Perusahaan merosot dengan teruk malah jumlah pelancong yang sedikit terpaksa dikongsi dengan pengusaha gamat yang terlalu ramai. Akibatnya banyaklah perusahaan gamat ditutup yang tinggal hanya kedai dan papan tanda yang lusuh bersepah di tepi jalan.

Tun masih ingat The Datai dan The Andaman? Dua resort di Teluk Datai paling mewah di Langkawi. Kalau Tun pergi ke sana hari ini, Tun dapat lihat betapa sedihnya keadaan kedua-dua resort mewah tersebut. Jalan masuk ditumbuhi lalang setinggi manusia, rumah pengawal keselamatan ditumbuhi semak dan pokok menjalar, tak ubah seperti kawasan tinggal. Hakikatnya kedua-dua resort tersebut masih beroperasi ibarat Hidup Segan, Mati Tak Mahu. Saya sempat bersembang dengan penyambut tetamu, mereka mengatakan tempat mereka telah jatuh seiring dengan pengunduran Tun.

Tun masih ingat Air Terjun Langkawi hasil Ilham Tun? Air terjun paling cantik dan saya pasti menelan kos yang amat tinggi untuk menghasilkannya. Air terjun itu telah lama kering, Tun. Batu-batunya telah pecah dan berlubang-lubang. Keadaannya sangat mendukacitakan. Kebetulan ketika saya dan keluarga meninjau keadaan di situ datang pelancong dari Holland sedang berbasikal berhenti untuk mengambil gambar. Katanya “I believe this waterfall must be very beautiful last time.” Dia bertanya lagi “What happen to this waterfall?” Kami tiada jawapan kenapa Pentadbiran Langkawi mengabaikannya. Kami tak tahu nak jawab apa. Mungkin Tun boleh terangkan.

Tun, saya berfikir kenapa setiap Perdana Menteri di Malaysia mempunyai agenda yang berbeza sehingga tidak mahu meneruskan kesinambungan yang baik dari Perdana Menteri terdahulu? Kami tak mengharapkan Pak Lah memajukan Langkawi seperti Tun, cukuplah sekadar memastikan kestabilan kemajuan itu berterusan. Cuma ‘Maintain’ kemajuan itu yang jelas-jelas telah menelan pelaburan yang bukan sedikit. Kini Dato’ Najib pula sebagai PM dan saya percaya dia juga mempunyai agenda yang berbeza dari Tun dan Pak Lah dan hasilnya setiap usaha dan kemajuan yang cuba diketengahkan oleh setiap PM, akhirnya habis sia-sia kerana tiada kesinambungan dari pemimpin seterusnya.

Tun,
Masalah ini mungkin hanya picisan dari beribu-ribu masalah yang terdapat di Malaysia, tapi ia cukup membuatkan saya berfikir… sampai bila Langkawi akan terus mati bersama pelaburan yang seandainya dijaga dari dulu akan memulangkan pulangan yang berlipat ganda hari ini.

Sekian. Assalamualaikum.
***********************************************************************************

Assalamualaikum Ayahanda Tun,

Maaf tun kalau komen saya lari dari tajuk.Saya sangatlah sedih apabila membaca komen dari saudari Diana berkenaan dengan Pulau Langkawi.Amatlah menyedihkan apabila terpaksa menerima hakikat bahawa pulau kebanggaan kita rakyat malaysia telah menjadi sesedih itu ... Apa yang menyebabkan pulau langkawi telah dipinggirkan dan dipandang sebelah mata sehingga menjadi sebegitu rupa pada waktu pemerintahan kerajaan terdahulu amatlah membingungkan kepala .... Apakah kerana marahkan Tun lalu pulau langkawi yang dianggap sebagai Pet Projek tun telah diabaikan ? Apakah tiada pertimbangan langsung terhadap masa depan penduduk2 di pulau langkawi ? apakah pulau langkawi sudah tidak lagi berkemampuan membawa keuntungan terhadap negara ? saya tidak fikir begitu .... jikalau alasan untuk meminggirkn pulau langkawi hanyalah kerana atas alasan peribadi maka jelaslah disini bagaimana jenis orangnya manusia yang bernama Abdullah Ahmad Badawi ... dan sedikit rasa hormat saya yg masih ada padanya sebagai bekas perdana menteri negara kita secara rasmi pada hari ini HILANG SEPENUHNYA !!!! kami rakyat malaysia sangat2 tidak menyangka bahawa kami hampir saja menggadaikan masa depan negara kami ini apabila menyerahkannya pada manusia bernama Abdullah Ahmad Badawi ... i have only one question to u sir ... how do u sleep at nite ?

***********************************************************************************
Tun,
Terima kasih. Walaupun Tun tidak menjawab soalan saya secara direct tapi saya tahu Tun cuba menyampaikan sesuatu kepada saya dan rakyat Malaysia amnya melalui posting Tun yang bertajuk "Mahathirism". Saya kira posting tersebut telah menjawab kenapa dan mengapa ianya terjadi.

Sekurang-kurangnya saya rasa lega daripada beratus-ratus email yang Tun terima, email dari saya mungkin telah mengembalikan ingatan Tun ketika zaman pentadbiran Tun dulu, Zaman Mahathirism. Saya tahu Tun takkan ada ganti tapi saya amat berharap salah seorang dari pemimpin kita hari ini bakal menerajui Malaysia sepertimana Tun dan seterusnya membawa Malaysia ke arah kegemilangan.

Hakikatnya, walau apa pun yang mereka tafsirkan, Mahathirsm telah membawa Malaysia ke tahap ini hari ini. Malaysia yang dulunya di tahap negara dunia ke-3 melonjak ke negara maju di bawah pemerintahan Tun dan kini Malaysia dicemburui oleh negara-negara membangun yang lain. Saya mendoakan moga Tun dan isteri sentiasa berada di bawah lindungan-Nya. InsyaAllah.

Tuesday, May 19, 2009

I Love You, Man

Love siapa? Nahhh..... nobody... It's a film. Title look like girlish genre but exactly not. Honestly I dont like this movie.

Mcm mana boleh tengok? Actually... spend free night dgn Andy jalan2 kat Jusco Bkt Tinggi. Lepas shopping2 aku cadangkan kitorg tgk midnight movie, since besok both of us cuti. Dia suka aje.... So we bought couple seat ticket for midnight show yg available. Pada waktu tu yg ada cuma I love you, Man dan (can't remember the other movie, but from the Director of The Da Vinci Code). Since aku tak minat cerita yg memberatkan kepala otak, so we decided to watch I Love You Man.

Cerita berkisahkan ttg seorang lelaki yang loving, plan to get married to his girlfiriend but accidentally dia terdengar yang kawan2 awek dia tgh mengutuk dia yang konon2 dia ni langsung takde kawan lelaki... yg ada cuma awek dia je, he never spend time with other man, never had men's chat, watching football... wuteva la yg lelaki selalu buat bersama2. Yang dia ada cuma awek dia je, hari2 dok spend time ngan awek dia je. And they (the girls) think that this man is odd.

Jadi untuk membuktikan dirinya tak odd, dia telah berusaha untuk mencari best friend lelaki dan sekaligus pengapitnya masa hari perkahwinan nanti. Lucunya... dia jumpa mcm2 jenis lelaki... dan lelaki yang paling sakai... akhirnya menjadi best friend dia. Walaupun mcm tak terurus dan seem like brought the hero to be like "an ordinary sarcastic man" tetapi dia mempunyai kejujuran dan keikhlasan yang hanya disedari oleh hero at the end of the story.

Cerita ni pada aku mmg untuk santai. Takde apa sangat yang mampu memberi impak kepada aku. Nothing special to remember, no message, no motive and no moral value pun... It just a simple story... a story that i watched just to spend a free night.

1.5 star for this movie. Hik Hik...

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru, Cikgu-cikguku...

Tadi masa tgh drive nak balik, aku terdengar lagu rasmi GURU di hot.fm. Lagu tu disiarkan bersempena dengan hari guru 16 Mei. Tiba-tiba aku jadi sayu sangat. Aku teringat cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku khasnya ketika di sekolah menengah. Sungguh aku rindukan mereka.

Teringat masa menjejakkan kaki di tingkatan satu. Bukan main sedih lagi aku. Almaklumlah, sekolah ni bukan sekolah pilihan aku. Sekolah terlampau kemelayuan. Aku mahu ke sekolah Methodist atau Convent, malangnya dek kerana aku datang dari SRK Sek 17 Shah Alam. Aku tak punya kuasa untuk memilih – semuanya ditentukan oleh Jab. Pendidikan. Bergantung kepada “availability” sesuatu sekolah. Kononnya Methodist dan Convent penuh ketika itu.

Masa tingkatan 1, aku ditempatkan di kelas ke 8 dari 13 buah kelas. Sedih sungguh rankingnya, Punca? Sebab aku tidak hadir ujian penilaian penempatan kelas. Aku teringat Ustazah Kamariah, dialah yang bertanggung-jawab mengesan kelebihan aku. Dia yang mencadangkan aku dilantik menjadi pengawas. Aku memang sungguh2 sayang Ustazah Kamariah. Jadinya akulah muridnya yang pertama sekali berjaya menghabiskan hafalan PAFA.

Tingkatan 2, aku melompat jauh dari kelas ke-8 terus ke kelas pertama. Ketika ini aku mendapat surat dari Jabatan Pelajaran bahawa rayuan aku untuk ke Convent telah berjaya. Tapi aku sudah sayang sekolah ini dan guru-gurunya. Jadi, kenapa aku harus pergi? Maka, surat diabaikan. Puan Salmah guru tingkatan mula mengesan bahawa pengawas yang melompat jauh dari kelas ke-8 ini rupanya pandai mendeklamasikan sajak. Segalanya berpunca apabila aku memenangi pertandingan menulis sajak bertemakan sejarah. Ketika penyampaian hadiah aku diarahkan mendeklamasikan sajak aku di tapak perhimpunan di hadapan ratusan pelajar. Bakat dikesan. Makanya aku dihantar untuk mewakili sekolah dalam pertandingan sajak.

Puan Norizan, guru penaung persatuan Kreatif dan Buletin sekolah pula mula mengesan bahawa aku berbakat dalam mencipta pantun. Akhirnya dia telah menghabiskan banyak masa membimbing aku bagaimana mencipta pantun yang berkualiti. Aku dihantar mewakili sekolah dalam pertandingan PESTA PANTUN anjuran Universiti Islam Antarabangsa. Pelajar sekolah menengah lawan mahasiswa mahasiswi universiti2 tempatan?? Ya… pelik tapi benar.

Pn Jamilah guru pengawas yang suka marah2. Walaupun dia suka marah2 tapi aku diberikan jawatan Setiausaha Pengawas yang meletakkan aku di antara 3 pelajar terpenting di sekolah – walaupun aku TIDAK hadir mesyuarat agong perlantikan EXCO!
Aku juga dipertanggungjawabkan membaca ikrar setiap kali perhimpunan sekolah.

Mungkin kerana kelantangan suaraku dan ketidakgugupan ketika membaca ikrar, Ustazah Rabiatun Adawiyah mula mengesan bakat aku dalam bidang pidato. Maka aku dihantar ke pertandingan pidato Puteri Islam Peringkat Daerah. Hanya memenangi tempat ke-4 membuatkan aku kecewa, aku mula mengasah kelancaran dan kepetahanku berkata-kata. Kemudian aku dihantar pula ke pertandingan pidato Piala Di Raja peringkat Negeri Selangor. Alhamdulillah, sekolah aku yang tak pernah menghantar wakil ke pertandingan pidato telah mula diberi perhatian. Aku dinobatkan diantara 10 pemidato terbaik negeri Selangor.

Cikgu Bahasa Melayu aku pula berpendapat, kalau aku boleh berpidato dengan baik, tentu aku juga boleh berbahas. Maka aku dan 2 lagi rakan dihantar mewakili sekolah ke pertandingan Perbahasan Peringkat Daerah. Alhamdulillah, aku dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik. Cikgu cukup gembira. Senyum sampai telinga.

Puan Beh Wai Ngoh, guru Bahasa Inggeris pula mula berfikir? Adakah aku cukup bagus untuk dihantar ke pertandingan Perbahasan Piala Tan Sri Dato’ Wira (Bahasa Inggeris). Di atas kepercayaan dan keyakinannya terhadap aku, sekolah sekali lagi mencuba nasib menghantar 3 orang pembahas. Sekali lagi aku dinobatkan Best Speaker. Syukur… syukur Alhamdulillah… kejayaan demi kejayaan..

Akhirnya setelah menamatkan tingkatan 5 dan mendapat tawaran ke UiTM Shah Alam, mak& ayah menerima kad undangan dari pihak sekolah bagi penyampaian hadiah. Aku juga. Pergi ke sana dalam keadaan terpinga-pinga. Hadiah apa yang aku menang pun tak dinyatakan. Rupa-rupanya kategori terakhir, sebelum majlis penutup. Piala Tokoh Pelajar tahun 1999. Mak dan ayah menangis dan aku gembira dengan airmata itu.

CIKGU, kalau tak kerana kalian, aku mungkin tidak seperti ini hari ini. Kalian yang menggilap aku dan jasa kalian akan ku kenang selagi hayatku dikandung badan. Selamat Hari Guru, Cikgu-cikguku…

Thursday, May 14, 2009

Betul ke kurus ni??

Dah lebih 2 minggu tak lunch dekat kantin office. Puncanya kali terakhir aku makan terjumpa ulat dalam tempe. Kejadian tu telah menyebabkan aku muntah2 dan fobia untuk makan kat kantin lagi. Hari ni entah kenapa aku rasa malas sangat nak drive keluar dari ofis. Makanya aku memutuskan untuk mengisi perut dekat kantin ofis je.

Ramai la production workers yang dh lama tak tengok aku terkejut dengan kemunculan aku kat kantin... dan mereka cakap "Siti, kurusnya ko skang." "Siti, Slim nyer kamu." Alahai malunyer... Walaupun malu tapi dalam hati dah lompat2... betul ke aku makin kurus.. Ke dowang saje nak ambik hati aku ni. Aku memang HR, kerja aku buat gaji, tapi bukan naikkan gaji. Kalau nak bodek aku sbb nak naik gaji, memang salah strategi tu. Tapi bila ramai yang berlaga bahu dengan aku menegur benda yang sama, terasa excited pulak. Betul ke aku dah kurus? Tak perasan pulak.

Makanya aku naik atas ambik gambar... bandingkan dengan gambar lama....
Takde beza pun... sah dowang tipu aku... Uwaaaaa... Mak... along nak kurus mak!!!!!!!

Ketembaman pipi sama, kelebaran bahu masih sama, rambut je yg dh panjang sket.... Takkan rambut kot yang makin slim... alahai....

Segalanya Kabur....

Andy balik lambat lagi. Entah ke berapa puluh kali dia balik lambat. Dah berapa kali jugak aku kena makan kat kedai sorang2. Tak terkira dengan sebelah tangan. Dulu selalu jugak aku bertekak ngan dia bila dia asyik2 balik lambat. Tapi dah lama aku berhenti membebel sebab aku mula menyedari bebelanku sikit pun tak mendatangkan kesan kepada dia. Balik2 urat tengkuk aku yang jadi tegang… dan aku migraine. Sudahnya aku tidak kuasa nak membebel lagi. Aku wat bodoh je skang. Lantak ar nak balik kul bape pun.

Rabu malam. Aku ke TESCO seorang diri. Teringat nak masak sup. Jadi aku ambik daging lembu, tulang dan ekor masuk dalam troli. Tiba-tiba teringat esok petang kelas yoga, tentu balik lewat, tak boleh nak masak. Jumaat malam dah tentu nak balik rumah mak. Bila masanya aku nak masak? Lalu aku letakkan balik daging, tulang dan ekor. Aku berpusing-pusing hampir sejam dalam TESCO dengan troli yang masih kosong. Aku mula berfikir, kenapa aku ke sini? Apa yang aku nak beli? Barang dapur? Aku dah laaamaaaa tak masak sebabnya untuk mengelakkan aku makan berlebihan. Aku terlalu suka masakan aku, jadi biasanya aku akan makan lebih dari 1 pinggan. Esok pagi nasi yang tak habis digoreng pulak untuk bekal sarapan pagi. Jadi untuk elakkan makan berlebihan atau pembaziran aku memutuskan tidak mahu masak lagi.

Bila sampai ke rumah, jam menunjukkan pukul 10 malam. Andy masih belum balik. Aku capai tuala mandi dan mula berfikir. Sebenarnya hidup aku kini pun sama seperti tadi. Aku sudah lupa tujuan hidup aku. Apa yang aku kejar dalam hidup ni. Hidup aku hari ni sama macam situasi aku menyorong troli TESCO tadi. Pusing2 tanpa arah, tanpa tujuan, kadang sumbat beberapa benda yang tak perlu ke dalam troli, berfikir, kemudian meletakkan kembali ke rak. Ya. Samalah hidup aku pada ketika ini. Aku sudah hilang arah sebenarnya. Impian hidup aku yang dulu amat jelas kini telah kabur. Aku berfikir lagi, betapa kesunyian boleh membuatkan aku berfikir sejauh ini. Bahayanya rasa sunyi. Patutlah ada orang sampai gila bila terlalu sunyi. Kalaulah Aliyah ada…. Tak mungkin aku akan sunyi macam ni.

Aku bermati-matian mencari penawar untuk hidup. Aku mahu hidup untuk apa? Aku bermati-matian berusaha untuk kurus. Aku kurus untuk apa? Untuk keyakinan diri la, kata satu suara. Keyakinan diri untuk apa? Untuk siapa? Bolehkah keyakinan diri yang tercalar ini dikembalikan? Kalau boleh ia kembali untuk apa? Untuk siapa? Aku sendiri pun dah terlupa impian aku. Segalanya kabur sama seperti aku menyorong troli yang kosong selama sejam. Akhirnya aku membeli beberapa bungkus biskut dan barang yang tak perlu. Hanya kerana tak mahu troli aku kosong. Hanya kerana untuk menyedapkan hati sendiri. At least “there is something” dan hakikatnya…. Hidup aku pun begitu…. “At least there is something, it is better than nothing.”

Sunday, May 10, 2009

Happy Mother's Day

Hari ni aku ngan adik beradik aku telah peruntukkan 1 hari untuk sambutan Mother's Day. Mak, ayah ngan makcik pakcik aku ke Taiping ke rumah Mak Usu sejak jumaat malam. Sepatutnya tengahari ni dowang balik la ke rumah. Dari pagi aku ngan adik beradik dah buat persiapan. Kemas rumah, tempah kek, cari present untuk mak (dan untuk mak mertua aku jugak - nak pos pakai courier esok), dan beli pizza untuk makan tghari. Tapi tungu punya tunggu punya tunggu.... bulan tak timbul2... Pizza pun dah sejuk, ais dalam sirap bandung yang kitorg buat sendiri pun dah cair, kek pun dah cair dan perut dah nyanyi lagu chacha. Aduhai.... penantian mmg satu penyeksaan...

Dalam kereta masa menunggu pizza dah sibuk meniup belon. Konon2 takut tak sempat.

Sijil yang ditandatangani oleh ketiga2 anak, kedua2 menantu, dan kedua2 cucu. Aliyah cop tangan, nazim cop kaki.
Menjelang malam emak pun balik, dan seperti yang dijangka mak terkejut sesangat. Tapi berbaloi penantian aku kerana selepas memberikan sijil pada mak, dia baca dengan penuh terharu sambil mencium2 sijil tu berkali-kali. Puasnya hati kami...

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

MIHAS 2009

Hari ni rindu pada Aliyah membuak2, adik aku, hubby dia ngan Aliyah baru je balik dari Singapura selepas puas bercuti di atas kapal mewah superstar Virgo. Jelesnya!!!!

Dua org bakal businessman dan HR advisor (konon2 aku la) telah ke MIHAS yang di adakan di bangunan MATRADE, Jalan Duta. Really2 crowded, happening dan pada aku berjaya mencapai objektif bagi mengumpulkan seberapa ramai pengusaha makanan halal, banker2 bagi usahawan tempatan dan juga supplier bagi peralatan bisnes yang berkaitan makanan dan minuman. It was really fun. Tengoklah betapa gembiranya kami.... hahahaha






Lepas ke MIHAS, kami ke UiTM untuk mengambil laling dan Shira bawak makan. Sian dia, tomorrow ada exam paper, so they have to study, tak leh join kitorang berpoya-poya. Hehehehe

Friday, May 08, 2009

Sudah-sudahlah tu Pesimis!

Hari ini agak damai jugak rasanya. Fikiran tenang, tak sesak. Cuma pagi tadi digeramkan oleh emel berantai ttg hari ibu. Aku petik sket ayatnya ye...

3 - Semua sudah tersedia maklum, Hari Ibu ini berasal dari Barat (Kafir). Sejarah, asal usul dan latarbelakang perayaan ini jelas menunjukkan ia tidak sejalan malah bertentangan dengan Aqidah Islamiyah kerana ujudnya perkara2 yg membawa kepada syirik.
8 - Konklusinya, meraikan Hari Ibu adalah HARAM disisi Islam dan WAJIB mentaati, menghormati serta mendengar kata Ibu selagi ia tidak bertentangan dengan syariat agama.

Aku dah pernah perdebatkan hal ni dulu. Kali ni bila dapat emel mcm ni pagi tadi... terasa berdesing telinga aku (walaupun tak mendengar sekadar membaca). Kalau Hari Valentine dulu HARAM kerana kononnya mitos ttg paderi Valentine, pergaulan bebas sesama bukan muhrim whatsoever... kali ni apa pulak agendanya?

Apa yg haramnya ttg hari ibu? Apa yg haramnya kalau kita membelikan hadiah untuk dia pada hari ibu? Apa yg haramnya kalau aku ngan adik beradik aku merancang untuk membelikan kek, bawa dia makan kat restoran yang sedap, bagi sekeping kad yang ditandatangani oleh semua anak-anaknya dengan ucapan "Emaklah ibu yang terbaik di dunia." Apa yang berdosanya ttg hal itu??

Ini bukan soal hak ibu yang kita beri setahun sekali. Merepek. Ibu tetap ibu. Dia tetap berhak selagi hayatnya. Pada hari ibu kita bukan memberikan dia HAK! Sebaliknya kita meraikan dia sebagai tanda terima kasih yang tak terhingga. Bayangkan anda seorang ibu. Suri rumah pulak tu, berhenti kerja semata-mata ingin memastikan anak-anak mendapat sentuhan tangan anda, supaya dia boleh hantar dan jemput anak ke sekolah. Supaya bila anak balik sekolah @ kerja mereka dapat makan air tangan anda sendiri. Tiba hari ibu, anak anda tak meraikan sbb anak anda anggap hari ibu HARAM! Anda tengok anak2 kawan anda bawa ibunya makan di hotel, ada yg anak2nya belikan kek, hadiah, kad. Ada yang bawak maknya pergi bercuti. Anda cuma duduk di rumah menjalani rutin harian, memasak, membasuh, mengemas. Terkilan tak anda? Besar lagi dosa seorang anak yang membuatkan ibunya terkilan! Ini baru betul HARAM!

Jangan diada-adakan perkara yang tidak ada. Jangan menunjuk2 Islam ni agama yang pelik, menyusahkan dan memeningkan kepala. Hakikatnya Islam tidak sebegitu kejam. Semuanya tak boleh, banyak pantang larang yang tak "reasonable" sehinggakan meraikan seorang ibu yang telah melahirkan, membesarkan dan mengasuh kita juga dikatakan haram? Adui melayu pesimis... janganlah menakutkan2 mereka yang bukan Islam. Islam tidak sekejam dan sesusah itu. Percayalah...

6 - Tiada satu pon perintah dari Allah Taala dan RasulNya yg berkait dgn Hari Ibu, Para Sahabat baginda juga tidak meraikannya.

Selepas ni Hari Guru juga haram. Hari Bapa juga Haram. Hari Jururawat Haram. Hari Setiausaha lagi haram. Hari Pekerja Haram (jangan cuti hari tu, tak boleh cuti, haram!) sebabnya.... semua hari-hari tu tak dirayakan oleh Rasullullah dan sahabatnya. Hari-hari tu semuanya international day... omputeh yang pilih.

Fikirlah.... kalau melayu ini terus di takuk ini. Kita tidak akan maju sampai bila2... Selamat Hari Ibu untuk semua ibu dan bakal ibu di dunia. Ketahuilah... anda sangat bertuah mempunyai seseorang yang memanggil anda ibu/emak/mommy/mama.... kerana ada orang lain yang langsung tak berpeluang untuk bergelar ibu.

Tuesday, May 05, 2009

He's just not that into you..

Tak ada apa yang menarik berlaku pada aku recently cuma rasa "down", "depressed", "disappointed" yang teramat2 sangat sehingga membuatkan perlakuan aku di luar kawalan minda. Since tidak ada apa yg menarik ttg diri aku, mari cerita ttg filem di atas.

Untuk org yg dlm dilema macam aku dan laling, this story is really really suit with us. I learn a looooooooooooooots of things dalam filem ni. Ttg lelaki, keegoan, perasan bagus, tak sedar diri, pengecut, hopeless, (perhh... tiba2 darah naik ke kepala membuak2, rasa macam nak pitam). Some ppl may interpret this story as "that woman is really desperate" but for me... i interpret it as "pity the girl keep fooled by men who we known as sarcastic creature!!"

Girls, I encouraged you to watch this movie, at least u'll know who really a man is. Don't let urself being fooled by their words, behaviors, concern (pretend to be) that we may think that he is so damn good and generous heart in fact he is the real beast @ devil!

Jadi.... aku telah berfikir dan berfikir. Adakah kerana aku kerap beralah bererti mereka menganggap aku mudah dikalahkan? No... I'm not. This is too much i think.. Jadi kenapa kita mesti jadi pmpn yg baik dan terus ditindas oleh lelaki. Is this the time that I shud wake up dan jadi seorang perempuan yang lebih berani memperjuangkan diri dan .... aku perlu menindas??!!!

p/s: Who is shika? Tell her or I'll tell her in the very cruel way that you never imagine.