Wednesday, April 29, 2009

SELSEMA BABI @ SWINE INFLUENZA @ SWINE FLU

Artikel ini dipetik dari info kesihatan. Kowang boleh cari banyak artikel pasal selsema babi ni by searching google "Selsema Babi" "Swine Flu / Influenza" tapi kowang takkan dapat versi bahasa melayu mcm dalam blog aku ni. Sebab~!!!! Sebab aku research dan terjemahkan sendiri artikel tu dalam bahasa melayu la khas untuk bacaan production workers aku. Kang aku post BI kat buletin tergagap2 plak dowang membaca.

Secondly, kenapa aku sebut selsema babi instead of selsema khinzir? Sbb aku nak mengajak semua warga Malaysia sedar... kalau dh babi tu... babi jugak. Pesal lak nak bagi nama sedap2, cover2 dia plak.. Dh memang binatang babi tu haram. Ngerti? Kalau buruk nama babi tu, memang sebab binatang tu tak elok dimakan mahupun dibela. Jadi izinkan aku dengan bangganya meng"pronouns" BABI... di sini...

Apa itu Selsema Babi?
Selsema Babi adalah penyakit pernafasan dan selsema berpunca dari virus selsema jenis A yang biasanya menjangkiti babi. Selsema babi boleh menyebabkan kesakitan yang teruk dan kematian kepada babi. Penyakit ini (type A H1N1 virus) buat pertama kalinya dikesan menjangkiti babi pada tahun 1930.

Adakah manusia boleh dijangkiti selsema babi?
Dulu selsema babi jarang menjangkiti manusia NAMUN kini penyakit selsema babi giat menular di kalangan manusia. Kebiasaannya selsema babi wujud di kalangan manusia disebabkan manusia terdedah terhadap babi seperti mereka yang bekerja di dalam industri penternakan babi.

Secara ringkas, selsema babi merebak melalui 2 cara:-
* Terdedah dengan babi yang dijangkiti atau persekitaran yang mempunyai virus selsema babi.
* Melalui orang lain yang telah dijangkiti selsema babi. Cara penyebaran penyakit selsema babi diantara manusia dengan manusia sama dengan penyebaran selsema biasa iaitu bersin atau batuk.

Apakah simptom (tanda-tanda) selsema babi kepada manusia?I
anya lebih kurang sama dengan selsema yang lain. Antara tanda-tanda selsema babi itu termasuklah demam, kurang selera, batuk, keletihan, sakit kerongkong, hidung berair, rasa loya, muntah-muntah dan cirit birit.

Adakah manusia boleh menghidap selsema babi dengan memakan daging babi?
Tidak. Selsema babi tidak berjangkit melalui makanan. Makanan (daging babi) yang dimasak melebihi 160°F akan membunuh semua virus termasuk virus selsema babi.

Bagaimana selsema babi merebak?
Selsema babi merebak melalui pemindahan virus dari babi kepada manusia dan manusia kepada babi.. Manusia lebih mudah dijangkiti selsema babi sekiranya mereka berdekatan dengan babi yang dijangkiti sebagai contoh penternak babi ataupun mereka yang tinggal berhampiran dengan kawasan penternakan babi. Perpindahan virus melalui sesama manusia juga boleh berlaku. Sama seperti selsema biasa ia boleh berjangkit melalui batuk atau bersin orang yang dijangkiti selsema babi. Kita juga boleh dijangkiti sekiranya tangan kita tersentuh virus tersebut dan kemudian kita menyentuh hidung atau mulut sendiri.

Adakah H1N1 virus selsema babi sama dengan H1N1 virus selsema manusia?
Tidak. Kerana itu vaksin untuk selsema manusia yang biasa tidak akan dapat melindungi atau menyembuhkan jangkitan selsema babi.

Bagaimana selsema babi dapat dikesan?
Untuk mengesan jangkitan selsema babi jenis A, spesimen pernafasan perlu diambil di antara 4 hingga 5 hari pertama dijangkiti. Tapi bagi sesetengah orang khususnya kanan-kanak virus hanya boleh dikesan pada hari ke10 jangkitan. Spesimen pernafasan perlu dihantar ke makmal bagi menentukan samaada terdapat jangkitan atau tidak.

Berapa lamakah seorang yang dijangkiti berupaya menyebarkan virus kepada orang lain?
Orang yang dijangkiti selsema babi berpotensi menyebarkan virus selsema babi selagi dia menunjukkan tanda-tanda jangkitan dan mampu menyebarkannya sehingga 7 hari berikutnya. Namun, kanak-kanak berupaya menyebarkan jangkitan lebih lama dari jangkamasa di atas.

Bagaimana saya boleh melindungi diri saya daripada dijangkiti?
Ada beberapa langkah harian yang perlu dipatuhi untuk mengelakkan jangkitan selsema babi:-
* Tutup mulut dan hidung anda dengan tisu apabila batuk atau bersin. Buang tisu itu ke dalam tong sampah selepas digunakan.
* Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun lebih-lebih lagi selepas anda batuk atau bersin. Menggunakan pembersih tangan berasaskan alkohol juga berkesan.
* Elakkan dari berhubung secara terus dengan orang yang berjangkit.
* Sekiranya anda dijangkiti selsema, duduk di rumah dan jauhkan diri dari tempat kerja, sekolah atau orang ramai bagi mengelakkan anda menjangkiti mereka. Elakkan juga menyentuh mata, hidung dan mulut anda kerana ia boleh menyebarkan virus.

Antara tanda-tanda amaran yang memerlukan rawatan segera bagi kanak-kanak termasuk:-
* Bernafas dengan cepat atau kesukaran bernafas.
* Kulit menjadi kebiru-biruan* Tidak minum air yang secukupnya
* Tidak bangun dan tidak berinteraksi
*Jangkitan selsema semakin baik namun berganti dengan demam dan batuk yang teruk
* Demam dengan ruam

Antara tanda-tanda amaran yang memerlukan rawatan segera bagi orang dewasa termasuk:-
* Kesukaran bernafas atau nafas menjadi pendek -pendek
* Sakit dan tekanan pada dada.
* Letih secara tiba-tiba
* Keliru
* Kekerapan muntah

Monday, April 27, 2009

Langkawi - The Legend Island

Day 1 - Langkawi Banyak Berubah...
Tiba di Langkawi pukul 10 pagi. Kali terakhir aku ke langkawi sekitar penghujung 2007, dlm tempoh tak sampai 2 tahun, langkawi banyak berubah...
Awal pagi kami diberikan Nissan Sentra berwarna putih. Cantik! Survey sekejap kat pekan Kuah kemudian terus ke Berjaya Beach & SPA Resort. Mandi dan bersiap.

Sebelum ke Beras terbakar agen menghantar Nissan Latio as per requested. Perghh... kereta baru. Bau kedai. Pendek kata bergetah lagi masa drive tu. Ha... gambar atas tu tgh memilih batik dan pelikat di Beras Terbakar.

Bird Paradise & Wildlife Park

White Peacock - Feather dia berharga RM500 sebatang.

Love Fengshui Stone. Not believe it but really hope I have luck.

Day 2 - Hari yang terlalu padat dengan aktiviti
Awal pagi dan bersiap untuk ke Island Hopping dengan bot laju.

Tasik Dayang Bunting

Ikan keli ni tak gigit cuma menggesel2kan badannya di kaki kita je. Tapi skali dia gigit - confirm kowang terkejut dan melompat. Hehehe
Eagle Feeding.

Pulau Beras Basah. Monkey Feeding. Takde dlm aturcara, ayah aku tambah sendiri.

Underwater World - Besarnya ikan!!!!!!

Oriental Village - Ular ni seberat 40kg. Seksa aku mengangkat.

Cable Car. Puncak tertinggi di Langkawi - Gunung Mat Chincang. Sejuk, berkabus dan gerun tiap kali angin bertiup kuat.

Malamnya balik ke hotel sekejap. Lepas mandi keluar semula ke Airport Padang Matsirat beli luggage troley bag yang besar untuk 2 next big trip. Nak tau?? ... rahsia... tunggu...
Malam tu pekena seafood di pekan Kuah dan shopping coklat. Pergh.. Habis aku borong semua coklat.

Day 3- Rasa macam tak nak balik
Sebelum balik sempat kami ke air terjun Temurun. Waterfall paling cantik dalam Langkawi. Aku boleh klasifikasikan dia sebagai Malaysia's Niagara Waterfall.
Bila nampak air terjun, aku jadi tak tahan plak. Apa lagi... terus jadi ikan duyung.

Singgah di The Datai Resort, the cheapest room there is RM1,700 per night during low season. Mewah dan sama mcm Berjaya mengetengahkan konsep living peacefully in sanctuary. But I prefer Berjaya more.

Dalam kolam ni penuh dengan katak kecik2 warna hijau kuning purposely dilepaskan untuk menyanyi dan menghiburkan mereka yang duduk di keliling kolam.

Sebelum berangkat pulang, kami pekena Glass of Fruit Punch di Cafe Berjaya. Berat hati nak tinggalkan Langkawi sebenarnya.

Sampai di klang 2.30 pagi dan collapse. Arini MC sbb kaki bengkak.

Love Story - Taylor Swift


Thursday, April 23, 2009

Aku fikir Artis Malaysia Sangat Lucu

Sakit kepala aku arini. Apa taknya... buat report untuk 1 tahun dalam masa 3 jam. Bos aku ni ingat aku superwoman gamaknya. Lepas siap je repot aku menderita migrain plak ni. Tp seb baik aku dpt tgk gambar2 artis Malaysia ni yang buat aku kagum dan ketawa terbahak2 sambil menghentak kaki. Dowang ni lebih kelakar dari pelawak Nabil aku rasa. Anyway thanks to website http://beautifulnara.com/ yang telah mengeluarkan gambar2 yang sungguh kelakar sehingga terlupa migrain aku kejap..
People Always says Blonde is Bimbo... but this Memey Suhaiza look dumb with that pinky hair. Hahahaha

Siti Sarah terhimpit di gunung Himalaya Aleeza Kasim. Lelaki mana yang sanggup ganti tmpt Siti Sarah angkat tangan? Amboii... ramai plak yg angkat tangan!


Terkejung sekejap bulu hidung dan segala bulu bila melihat gambar Siti Sarah ni. Wig itu membuatkan kamu nampak seperti..... aduh aduh... muahahahahhahahahah

Dulu nenek aku kalau dia nak parut kelapa secara manual, dia mesti pakai skaf rambut camni. Takut rambut masuk kelapa parut.. Siti pun mungkin baru lepas parut kelapa kot..


Sumpah sebiji mcm tudung saji penutup kuih kemboja kat kedai depan opis aku ni. Tudung habis dh ke Siti? Ke tak sempat gosok??

Wednesday, April 22, 2009

Aku mahu bercuti!!!!!

Letih yang tak habis-habis. Dengan beberapa kes SOCSO yang perlu disetelkan di ofis. Sampaikan aku rasa pegawai SOCSO dah kenal sangat suara aku.. 3-4 kes seminggu. Dengan Hilang Upaya Kekal, Hilang Upaya Sementara, Pencen Ilat dan Penyakit Khidmat. Waduh Waduh… Walaupun leceh prosedurnya, tapi bila claim tu berjaya aku rasa sangat berbaloi dapat membantu pekerja aku mendapatkan hak mereka.

Petang datang satu kepala Trade Union, MEMINTA aku memberikan gaji pertengahan bulannya yang ditahan atas sebab2 kedatangan. Meminta ye kawan2…. Bukan memohon. Gayanya dah macam tokey besar syarikat. Aku perjelaskan kepadanya bahawa ketidakhadirannya ke pejabat tempoh hari bukanlah diiktiraf sebagai Cuti Tanpa Gaji sebaliknya Ponteng (Absent). Marah mamat tu. Lalu aku bawa dia kepada bos aku. Berlakulah perdebatan di antara kami. Kepala itu siap kata “Siti, saya sudah kerja banyak kompeni, pernah jadi HR. Saya pernah baca buku Akta Pekerjaan. U tak payah nak ajar I” Aku sengih… takkan la aku nak dabik dada cakap “Awak PERNAH kerja sbg HR. Saya dr mula kerja sampai skang semua kompeni yg sy kerja pun sy sbg HR.” “Awk pernah baca buku Employment Act, tp buku Employment Act tu buku teks sy masa sy belajar sampai skang pun buku Employment Act hari2 saya pegang.” Jadi sape lebih tau akta skang ni. U ke I?”

HR adalah bidang aku. Darah daging dan dah sebati dengan jiwa aku. Setelah menerangkan beberapa akta dan hujah2 yang tak mampu dipatahkan, akhirnya kepala tak mampu berbalas tembakan. Tak sia2 sijil pembahas terbaik yang aku pegang. Tapi kepala tak mudah menerima kekalahan lalu dia berkata, “baiklah kalau u orang mahu ikut sangat polisi dan undang2, U orang tgk la apa yg I akan buat” Jeng Jeng Jeng…. Barulah datang perasaan cuak. Apa dia nak buat kat aku…. Omakk…. Eden takut… eden tamau jadi HR dah….

Malamnya balik umah mak. Makcik aku dari Amerika baru sampai petang td. 12 tahun tak berjumpa… bila jumpa rasa sebak pulak dan kami saling berpelukan. Tp yang tak sodapnya bila makcik aku terkejut gajah melihat badan aku yang semakin mengembang. Katanya “tak pernah terpk badan Ana bleh jadi mcm ni.” Uwaaaa….. tensennya.. maka aku ambik kacang dan coklat Amerika yang banyak kat atas meja tu dan ku telan satu persatu. Tensen punya pasal. Makcik aku plak berlainan sket suggestionnya ttg sakit aku. Katanya, sblm ke perubatan tradisional aku ngan Andy seharusnya ikhtiar untuk dapatkan baby dulu. Teknologi moden skang boleh mengadakan baby dengan pelbagai cara. Alahai… awat lah makcik aku ni dok pahey…. Kami tok sey baby lagi wat masa ni… Waduh waduh….

Masa makan kat mapley ngan mak ayah malam tu, aku citerkan kejadian di ofis petang td. At least if something happen to me, mereka dh tau serba sedikit cerita sblm kejadian. Tiba2 dapat satu call dari HUKM. Biras aku dihalau keluar dr hospital pada pukul 10 malam disebabkan doktor tu kata dia dh ok dan katilnya nak digunakan oleh pesakit lain. Apa la punya bangang HUKM ni. Paksa pesakit kuar malam tu juga, nak kuar esok pagi pun tak bleh. Biras aku tunggu kat jalan besar selama sejam, dah ar org tu baru lepas operation, sebiji teksi pun tak lalu. Akhirnya dia tepon kami mintak tolong hantar dia ke Bangi. Kepada kengkawan ku sekalian, kalau kowang ada insuran ke… ada duit ke… tayah berkira sgt nganto relative kowang kat hospital gomen ke semi gomen…. Mcm bangang je dowang ni main halau2 tak kire kul bape atas alasan pesakit lain nak dok katil kita.

Sampai rumah aku tepat kul 1 suku pagi. Aku dh tak larat nak cuci muka atau tukar baju dh…. Aku nampak je katil terus buat lompatan berirama. Baru nak masuk fasa mimpi indah…. Bunyi sms dari hp aku. Sape lak sms kul 1.30 pagi ni!!!! My brother Apis. Dia mengforward sms dari seorang awek yg sedang nangis2 sbb direjek oleh adik aku. Siap ugut2 besok matanya lebam masuk kelas sbb kecewa adik aku takmo terima dia. Alahai ni lagi sekor… mak anto pi kolej ko pi jadi playboy tu watpe… Aku nasihatkan apa yg patut dia buat utk malam tu… dan suh dia tido. Lepas tu aku pun tido… baru nak tido si Andy plak….. aduyaiiiiiii

Uwaaaaaaaaaaaaaaaaa mak…. Aku dah tension habis ni… Aku dh letih… stress…. tekanan.... tekanan........ Aku mahu bercuti…. Aku mahu bercuti!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, April 20, 2009

Kembalilah seperti biasa...

Weekend yang sangat pack! Kepenatan dan keletihan. Sabtu ke HUKM tgk biras aku yang dimasukkan ke hospital kerana pembedahan batu karang mengalami komplikasi yang agak teruk. Kesilapan HUKM sendiri aku rasa. Nasib org, nasib aku nanti tatau la camna. Mertua aku pun datang dari kampung. Biasala... kalau mertua aku datang.... family aku mesti nak jumpa gak... nak berlaga pipi, nak bersembang pasal musim durian, bercuti, mandi sungai, datang rumah, lauk sedap... bla bla bla bla.... Sebelum balik umah, mertua aku pesan 5 kali... "Balik kampung Diana, nanti mak abah bawak berubat kampung. Jangan lupa... balik!"

Esoknya temankan mak pi shopping kat One Utama, IKEA, Ikano bla bla bla... Mak excited, adik kesayangannya yang dah menjadi warganegara Amerika bakal pulang ke Malaysia setelah berbelas tahun meninggalkan tanahair. Mak excited nak cantikkan bilik tetamu. Semuanya nak tukar baru - biar adiknya selesa. Aku pun tak sabar nak jumpa makcik kesayangan aku. Nak mengulang memori manis - pergi swimming sama2, mandi air terjun dsb.

Baru2 ni bila Bakh kena high blood - semua panik. Kelmarin masa Andy check high blood 165, semua relax je. Ada takde pun adik aku Ija membebel dekat sejam. "Abg Andy muda lagi!" "Abg Andy kawal makan la!" "Abang Andy makan ubat la!" "Abg Andy Check doktor la..." "Abg Andy nak along jadi janda muda ke?" (ayat yg buat aku sengih). Aku ada ckp ngan Bakh, kalau kawal makan camna pun, kalau dh ajal - mcm2 cara boleh mati. Kalau aku takde high blood pun, mungkin aku yang pergi dulu sblm Andy.

Kata doktor, amat susah untuk buat keputusan untuk seorang yang belum ada anak seperti aku berbanding bercakap dengan seorang perempuan yang ada anak. Keluh nafas panjang.... berat dan penuh makna..

Pergilah semua yang pahit.... Datanglah semua yang manis... Ini terlalu berat. Aku khuatir aku kalah.

Alangkah bagusnya kalau semua kembali seperti biasa... seperti asal... tanpa cela.. Hakikatnya ada perkara yang kita tak mampu nak ubah.

Monday, April 13, 2009

Dugaan Lagi...

Tak menangis. Tak terkejut. Ia seolah-olah dah dijangka. Sebenarnya aku dah bosan jadi perempuan cengeng. Asyik menangis. Benci sungguh. Maka aku berikrar takkan menangis lagi untuk perkara yang tidak berbaloi.

Dugaan lagi... itu je yang mampu aku katakan bila doktor habis bersuara. Aku sudah malas untuk ke sesi seterusnya. Aku sudah tahu apa kesudahannya, makanya aku tidak terus ke sesi ke-2. Aku perlukan masa....

Andy bangkang. Katanya perut isterinya bukan mainan doktor suka-suki hendak ditebuk berulang-ulang. Katanya sebut memang senang - dia yang melihat tahu penanggungan aku. Aku? Entahlah.... tak menangis pun, tak bersuara pun, tak berfikir pun sebenarnya... Aku cuma perlu ruang dan masa....

Aku masih ketawa, masih bergurau-senda. Aku masih menyusun perancangan yang panjang untuk tahun ini dan seterusnya. Seperti tak pernah ada sakit dan rintangan hidup lagaknya. Dan sebenarnya bila aku sendirian begini baru aku sedar, aku hanya perempuan yang masih tidak lari dari norma hidup.... maka jatuhlah ia yang kita panggil airmata.

Aku percaya Allah tidak akan menguji hambaNya seandainya Dia tahu hambanya tak mampu. Dia memilih aku kerana Dia yakin aku mampu. Maka atas kepercayaan itu aku galas beban ni tanpa keluh kesah. Atas kepercayaan itu juga ku telan air akar kayu yang pahit dan busuk ni. Tak mensia-siakan usaha Andy yang aku lihat sanggup merebus akar kayu di lewat malam. Ia kini telah menjadi minuman rasmi hari-hariku... dan ikhtiar terakhir kami.

Andai sudah tersurat.... aku pasrah..

NOTA: Sebenarnya aku masih menitiskan airmata bila membaca pengalaman pembedahan aku yang lalu di sini. Tak sanggup nak lalui lagi.

Friday, April 10, 2009

Theobroma Chocolate Lounge, One Utama.

Akhirnya impian aku untuk makan kat Theobroma Chocolate Lounge menjadi nyata. Sejak terpandang rencananya di magazine kesayangan aku, hati aku melonjak2 nak pergi tapi sentiasa tak kesampaian - ada je aral melintang.
Minggu lepas masa hantar Hafiz balik kolej dia, nampak iklan Theobroma dekat luar dinding bangunan One Utama. Sejak aritu, tiap2 malam aku tanya Andy, bila nak bawak aku makan kat sana. Semalam permintaan ditunaikan. Terbalas rindu dendam dan rasa kempunan yang ku tahan berminggu-minggu lamanya...
This is mine. Fair Lady Frappe. My fav ice blended is Starbuck Frappucino Chocolate. But I think... this is tastier.

The cup is Andy's. It's Flat White.

Andy's. He always think about rice... rice... rice...

Mine. Sultana Crepe!!... OMG.... Aku cabar semua chocoholic seluruh Malaysia. Anda belum benar2 seorang chocoholic kalau anda tak mampu habiskan Sultana
Crepe. (Aku pun tak mampu nak telan. Kepekatan coklat tahap melampau)


Untuk Selingan Sahaja:-
Aku telah berjaya mengcollect 7 stamps starbucks tanpa ngelat!!! Yahoooo (biasanya pakai taktik kotor main kenyit2 mata ngan budak jaga kaunter)

Thursday, April 09, 2009

Confession of a Shopaholic

Another girlish story film. I think this is 2nd girlish film in year 2009 that I saw. 1st is Bride Wars. Tak susah tgk girlish film ni, sbb it's really made for ladies to enjoy n enjoy the movie. No need to think too hard... No need thrill, adventurous, shocking part - because it's very simple yet adaptable.

Nama pun confession seorang kaki shopping - it's just like a true story for me n laling - but I think the Rebecca Bloomwood (acted by Isla Fisher) is worse la.. kalau sampai nampak patung kat butik ketuk2 cermin dan melambai-lambai tangan kat dia suh beli barang tu - that's really shopaholic madness. Tapi... yes... I do agree with all the confession. Sometimes craziness in shopping makes me bought unnecessary things dan bila balik rumah i started thinking - kenapa aku beli? aku nak pakai bila? nak pakai dengan apa? Macam pernah ada je pattern ni.... Masa beli, takde pk plak semua tu.

And personally for me, the best part is when Rebecca makes confession apabila dia swipe kad kredit yg tinggal saki baki tu untuk membeli barang idaman suddenly approved!! The marvellous extravaganza feelings appear - syok sesangat. Ya.... itu mmg benar. Aku banyaaaaaaakkk kali merasainya. Dan bila bil kad kredit sampai... kita mula syak org klon kad kredit kita untuk beli barang yg unknown dlm bil.... tp sbnrnya kita beli bagi present kt org. Sbb tu tak ingat, sbb bukan barang sendiri. Yes... That's really true~!!

Heronya plak tersangat la hensem. Luke Brandon (acted by Hugh Dancy) yang aku definisikan sebagai a women's heart-melted man ni cukuplah membuatkan aku terpesona sehingga everytime kamera fokus kat muka dia mcm ada kuar background music lagu Dewa "Tatap matamu bagai busur panah, yang kau lepaskan ke jantung hatiku." Tapi when suddenly a woman who sat beside me tiba2 mengetuk bahuku and said "Laling, i think i'm in love with that guy...." perghhhh serius potong stim. Sejak bila kami mempunyai citarasa yg sama terhadap lelaki???

Apa pun aku beri 4 stars out of 5 for this girlish genre film. I still think that the best girlish film I ever saw is The Devil Wears Prada. Now we are waiting the Ghosts of Girlfriends Past film, another girlish genre film. Neway, congratulation to all gentleman in cinema smlm. Even though it's not easy to sit and watch 2 hours girls' movie - tp the great man is some1 who can sit and watch girlish film with a woman that he loves - not to watch the movie, but to watch the girl. And also to a man who sat behind me, even though kaki ko betul2 busuk sampai aku terpaksa mencium sweater aku sepanjang movie. Tolong ar bang. Kalo muka ko hensem macam Hugh Dancy pun, tp kalau kaki ko busuk mcm longkang gitu... mmg awek ko manusia paling malang kat dunia ni weh!

Friday, April 03, 2009

My 4th Anniversary - Part 2

Hari ni aku nantikan dengan penuh debaran. Macam orang baru bercinta pulak rasanya. Genap 4 tahun usia perkahwinan kami. 4 tahun aku telah menyandang gelaran isteri dan Andy sebagai pemimpinnya. Terpulanglah, ada yang kata… “Baru 4 tahun.. jauh lagi perjalanan.” Ada yang kata “4 tahun tapi belum ada anak…” – spekulasi. Tak baik! Aku tak peduli tentang semuanya… apa yang orang nak kata.. sebab pada aku orang lain bukannya tau apa2. Hakikatnya bagi aku ngan Andy pula, kami merasakan…. Bulan Madu Kami Baru Nak Bermula…..

Kami merancang untuk mengenakan pakaian dengan tema yang sama. BLACK & WHITE. Cadangnya kami pergi berasingan, aku dari rumah dan dia dari tempat kerja dan terus bertemu di Grand Bluewave Hotel. Namun bila Andy dah sampai Shah Alam, aku masih lagi di salun mendandan rambut sedangkan lepas ni nak cari kedai mekap plak. Alahai... itulah perempuan. Bila aku tengok jam, alahai... dah lewat, tak jadi mekap la... biar aku tepek sendiri sebab kalau nak dia mekapkan... memerlukan lebih dari setengah jam lagi. Akhirnya aku keluar dari Salon sebab Andy dah tunggu kat luar Mall. Aku nampak dia keluar dari kereta dan menuju pintu masuk. Aku plak elok la berjalan terkedek2 pi kat dia suddenly dia cuma jeling aku dan terus masuk pintu Mall. Aku panggil la dia "Sayang... nak pi mana?" Terkejut beruk dia... "Ya Allah, awak rupanya? Sumpah sy tak pasan." Uwaaa..... lain bebeno ke muka aku smpi laki sendiri pun tk pasan. Uwaaaaaa....

Masuk je dalam Grand BlueWave kami disambut dengan gadis2 cantik berpakaian evening dress. Andy menyemak senarai reservation list dan menunjukkan nama dia. Pembayaran dibuat. Meja No 5. Aku terkagum, terkedu, tergamam dan terpesona dengan hidangan makanan yang memenuhi ruang pesta Food Galore di Grand Bluewave ni. Seekor kambing panggang sedang digolekkan. Dari makanan Barat, Cina, Jepun, Melayu, Aiskrim, ABC, sate, fruits, puluhan jenis kek dan kuih muih.... Oh.... aku rasa mcm berada di syurga makanan. Kalau dunia dah sebesh ni... kalau syurga bebetul camna la yerk.... Indahnya...


Lepas makan puas-puas sampai tak larat nak bangun, kami pun naik kereta aku balik ke Mall tempat Andy park keta dia. Dalam perjalanan ke Mall, aku bagi hadiah Anniversary untuk Andy. Reaksi dia?? Perhh.... excited habis... susah nak citer.... walaupun aku rakam detik2 tu tapi nak post pun malu... pasal dia mmg over excited.. Jam tangan idaman la kengkunun. Huhuhuhu... Tak sia2 aku beli...

Apa pun hari ni berjalan dengan 'perfect' dan indah. It's memorable time for me and Andy... And we hope this year will bring more joy and happiness for both of us. May Allah forgive me and bless us.

My 4th Anniversary - Part One

Khamis, 2 April 09, Kul 4 petang kat ofis skang ni. Tiba-tiba telefon aku bunyi. Interkom dari security guard. “Puan, ada van dari blooming florist nak masuk. Dia nak hantar bunga.” Bunga.?? Lalu aku tanya, “Bunga untuk siapa?” “Tak tahulah puan, tapi saya dah benarkan dia masuk.” Pup dia letak telefon. Ha… aku dh tau… there’s something fishy about my security guard. Guard aku ni very particular orangnya. Dia takkan suka-suki bagi orang masuk ofis camni. Ni dh kali kedua dia buat camni. 1st time masa Andy hantar bunga Valentine Day tahun lepas.

Dari cctv aku nampak mat bunga tu naik bawak jambangan bunga besar. Aku dah mula rasa cuak. Arini genap 4 tahun anniversary aku ngan Andy. Jangan Andy buat lagi mcm dulu. Kan dah janji nak celebrate besok? Betul! Confirm untuk aku. Dan saat seluruh mata ofis tengah memandang aku yg mengendong bunga yang gemuk tu, aku laju2 menghantar bunga ke dalam stor. Heheheh… adoi.. jadi bahan gossip lagi.


Dan bila aku belek-belek bunga dan kad tu, tanpa sedar… airmata aku mengalir…. Tak henti2…. Hanya aku yang tahu kenapa…
Ingatkan nak buat surprise untuk Andy esok… skali… aku yang tersurprise dulu…
It's ok... nantikan surprise aku esok..