Saturday, March 28, 2009

Cukur Jambul 4 Nazim


Sleeping Baby with his sister...

<--- Photographer Of The Day My Cousins

Doakanlah yang "manis-manis" buat kami...
Semoga si kecil manis akhlaknya
Dan kami sekeluarga dilimpahi kemanisan hidup.
Saksikanlah video klip majlis marhabban dan potong jambul Muhammad Qhairul Nazim (aku baru tau ejaan namanya yang betul 2 hari lepas) yang videonya diambil oleh aku. Sepatutnya gambarnya lebih cantik dari ni tp terpaksa ditukar ke fail lain memandangkan terlampau besar saiznya. Tapi sebagai seorang perempuan yang kaya dengan emosi, aku nyaris2 menitiskan airmata bila ayah yang memotong jambul nazim. Tak tau la kenapa, tp perasaan waktu tu sgt terharu dan hiba. Sket je lagi aku nak stop je record, tp berjaya gak aku kawal emosi secara separa profesional. Hehehehe....

Tuesday, March 24, 2009

ISO 9001:2008 Training

24th March 2009 – I was sent for a training program called ISO 9001:2008. It held at Holiday Villa Hotel, Subang Jaya. This training is a compulsory training for ISO certified company which has to conduct annually in order to pass ISO audit.

But for me, it’s not only an advantage to be exposed on ISO certification procedure but the most important things are – I don’t have to come to work, a free 1 day from all migrain’s work tasks- deal with employees and reports and also I’ve been served with delicious foods from morning till evening. That are the great great things for attending any seminar or training.
En Bakti, My Officemate - control macho

Sebahagian dari training participants

Girls sempat bergambar depan swimming pool

Monday, March 23, 2009

My 27th Birthday

Hari Jadiku yang ke-27 sebenarnya tidak bermula dengan baik. Sebelum menjelang 21 Mac, aku telah melalui hari-hari yang agak sukar dan penuh tekanan perasaan. Namun aku bersyukur kerana dikelilingi mereka yang tidak pernah jemu bersamaku, menyayangiku dan menemani aku.

20hb Mac 8.00 malam aku bergegas dari rumah pakcik di Kelana Jaya ke Shah Alam – dah janji dengan Anne dan Bakhtiar nak makan chicken chop Steven Corner kat Damansara. Tak sangka plak laling dah bawak kek, so we celebrate my birthday there. My laling bagi lampu tidur aromaterapi yang sangat cantik and also limited edition Upin & Ipin Mug. Makin berserilah bilik tidur aku dan sarapan pagi aku. My hubby plak bagi sepasang subang. It was really enjoyable. Lepas tu kami ke One Utama. Book tiket Race with the Witch Mountain tapi tengok cerita The International pulak. Heheheh.. it’s ok.. and the movie ok ok la..

Sama tapi tak serupa :P

Balik ke rumah lewat malam. Esok pagi2 dah balik rumah mak. Tengok mak dah siap2. They all wished birthday to me and another cake of Aliyah’s fav character – Mickey Mouse. Tertulis kat situ “HAPPY BIRTHDAY MUMMY”. Shuwet! Pastu my sis mencadangkan agar kitorg celebrate my birthday di atas puncak Cameron Highland. Oh… Gosh.. last year pun sambut kat Cameron. Kan aku dh janji takmo naik Cameron lg…. but… I broke the promise.
Happy Birthday Mummy - Cake from Aliyah
Daughter, Grand daughter and Granpa @ Dad at Ladang Teh Bharat

Perjalanan ke sana amatlah memenatkan. We decided to stay dekat Casa De La Rosa Hotel selepas melakukan beberapa survey ke atas beberapa hotel secara walk-in. Inilah masalahnya kalau perancangan mengejut. Everything is actually unplanned menyebabkan tak sempat nak buat sebarang hotel reservation. But…. We are fully satisfied dengan Casa De La Rosa. I think this is the most luxury hotel I ever stay. Bilik air aje sebesar satu bilik Deluxe hotel lain.
Casa De La Rosa

Malam tu pukul 11.30 malam andy bawa aku ke Tanah Rata bagi upacara penutup Besday aku. Kami pekena Caramel Machiato di Starbucks Coffee. After 12 kami pun balik ke hotel semula… The next day setelah puas membeli belah kami pun turun kembali ke Shah Alam lebih kurang pukul 2 petang. Sekali lagi menempuh perjalanan yang memualkan dan memeningkan sehingga aku berazam sekali lagi untuk tak mahu ke Cameron Highland lagi. Heheheh… bleh caya ke?
Caramel Machiato... Closing Ceeremony :P


Apa pun terima kasih kepada Laling and My Mom yang banyak bersusah payah untuk besday aku. Tak lupa untuk Andy, Bakhtiar and My Whole Family. Untuk kawan-kawan dan mereka yang sudi menghantar sms, email dan etc seawal pukul 12 tgh malam…. Thank You Very Very Much… You guys always in my heart.

My daughter...

Wednesday, March 18, 2009

Hanya Dia..

Hanya dia yang ada dimataku..
Hanya dia dalam setiap nafasku..
Hanya namanya meniti di bibirku..
Hanya tentang dia yang kusebut selalu..
Aku pasti dan sangat pasti..
Fikiran dan mindaku hanya dia kini..

Aku nampak wajahnya dalam setiap wajah..
Aku dengar namanya dalam setiap nama..
Setiap lagu yang aku nyanyi..
Aku tujukan untuk dia..
Cintanya telah memenuhi segenap deria..

Hanya dia yang akan memilikiku..
Hanya dia yang aku mahu..
Hanya dia pilihan hatiku...
Hanya dia cintaku yang paling bermakna..
Sesungguhnya..
Aku kagumi cintaku terhadap dia..
Cinta ini... memang cinta paling gila..

Saturday, March 14, 2009

MATTA Fair 2009

Matta Fair adalah antara salah satu fair yang wajib ada dalam schedule tahunan family aku. Kami 1 family akan memastikan masa direserve untuk MATTA every year. Same goes with this year but this year is the best because we are here to attend all the three days of MATTA Fair. Kami stay dekat hotel nearby, Dynasty and Legend Hotel - satu hari sampai 3 kali ulang alik PWTC. Funny but exciting.
Below is the photos taken... enjoy~!

First Day - Friday 13 March 2009
Spongebob promote Visit Australia

Sawadee Kap... Welcome to Thailand.

Hello, I'm presenting Australia~!

Driving with this car in Australia~!!


Day 2, Saturday, 14 March 2009

Nak jugak dengan abang Australia ni.

Vietnam. The hidden Charm! (Vietnam's Motto)

Free ice cream - come and visit Esfahan, Turkey and Egypt~!

Yummy~!!
Langkawi Wildlife Park! I bought the tickets


Day 3, Sunday 15 March 2009

My Charicatur- sama ke???


Maroon = Friday, Orange = Saturday, Green = Sunday.

Week Of Joy~!

Bertuahnya aku diberi cuti seminggu oleh kompeni, tanpa potong gaji, tanpa potong cuti tahun – cuti free2 dalam usaha pihak syarikat mengurangkan “hidden cost”. Jadi kami merancang percutian dekat ni. Dekat? Ye, sebab percutian ni cuma di KL je.

Check-in hari Rabu, Check out hari Sabtu di Dynasty Hotel KL kemudian check-in semula di Legend Hotel hari sabtu dan check out hari Ahad. Legend Hotel purposely book for 1 day due to nearer to PWTC – so easy for us to catch MATTA Fair. This week full of joy I guess. Betul2 memanfaatkan cuti yang kompeni aku bagi. Release tension and stress for the whole year aku rasa. Hari pertama nothing much that we did, but for me, its wonderful day. My room cuma ada 1 katil single, cos I’m the only one in the family who came single – the rest dpt bilik katil double and king. Andy can’t join us due to work exigency.

On the 2nd day aku dh bangun seawal 7 pagi. Aku jengah ke tingkap yang boleh nampak direct Jalan Kuching dan PWTC. Seawal 7 pagi dah terlalu banyak kenderaan sehingga berlaku kesesakan. Itulah warga Malaysia, awal pagi dah keluar ke tempat kerja masing-masing untuk mencari rezeki. Walaupun dalam keadaan ekonomi yang meleset, kesesakan bandaraya Kuala Lumpur tak pernah kurang.


Lepas tu aku turun ke swimming pool bersama my sis & Aliyah. Pool yang besar dalam building membuatkan airnya terlalu sejuk sebab airnya tak pernah kena matahari. Aku warm up sket sebelum start swimming. Quite long lap to go – I just able to complete 4 laps compare to 12 laps masa zaman badan aku macam Jennifer Lopez dulu. Kiranya faktor pertambahan berat badan yang mendadak, kekurangan stamina dan dah lama tak swimming antara punca-punca aku tidak lagi a good swimmer. Kalaulah Andy tu ialah Dato’ Noor Affandy Ishak tentunya badan aku skang masih macam Jennifer Lopez sebab hari-hari aku pergi Slimming World. Who said money is not everything?

Kisah iu tak berakhir kat situ je. Sebenarnya aku adalah wanita yang memang benci dengan kegagalan. Tak senang duduk aku memikirkan kenapa aku tak boleh meneruskan swimming selepas 4 lap? Kenapa? Tengahari tu kami ke SOGO. Aku beli swimming suit yang baru. Mungkin memberi semangat ke atas diri sendiri. Dan tepat pukul 4 petang, aku turun ke pool skali lagi. Kali ni dengan azam aku shud do twice than this morning. 8 laps sekurang-kurangnya. Aku bayangkan badan Paris Hilton. Paris Hilton? Kecik nya… mana bleh.. ok la.. Shakira la… Orait… Now.. my mission is to be like Shakira’s body figure! Bleh ke? Tak bleh takpe, aku pinjam semangat badan dia. Dush.. terjunan pertama… 1 lap.. 2 laps.. 3 laps…. 8 laps… dan… akhirnya aku mengalah di lap ke-10. Takpe… aku dah puas hati as long it beyond the target. Lagipun pool ni bigger sket rasanya dari pool yang aku selalu swim. Aku senyum, pegang swimming suit baru yang aku pakai dan bayangkan Shakira. Thanks dude… at least both of these had lending me strength to be a swimmer again.Ok.. will cont to the next topic
.... MATTA FAIR!

Sunday, March 08, 2009

Happy Women's Day

1st of all Happy Women's Day to all independent/ career/ money maker/ moms/ wives and all women in the whole world. If you find your life are stable and secured, today you should congratulate yourselves by pampering and do something that make yourselves happy. For those feel upset, disappointed and sad; my advice is turn on and listen to the one of these song Independent or Survivor by Destiny's Child, So What by Pink or Melawan Kesepian by Siti Nurhaliza. Trust me, It work, cos it worked on me~! This morning I bought myself Sarawak Kek Lapis at Pasar Tani. Dah lama sangat mengidam. Even though quite expensive (RM15 for small size), tp takpe la... cukuplah untuk aku seorang. 1st step in pampering myself. Lepas tu we went to the summit to watch movie. We here refer to me, Andy and Bakh. Before that we had lunch at Chicken Hartz which serve variety of foods in buffet style. Eat as much as you can. While having buffet at Chicken Hartz kami ketawa terbahak-bahak bila tgk muka Bakh dengan Andy macam nak pengsan dengan perut yang tegang mcm nak meletup. Hahahaha...

Bakh betul2 manfaatkan ayat kat papan tanda belakang. Kesemua 22 menu dibedalnya.

Lepas tu tgk movie Watchmen. My Godness, I'm totally regret to watch this. Took 2 hours plus with very slow story telling and less action more talk - with back pain due to uncomfort seat - gosh - it's like the longest 2 hours in my life. Last skali kami kuar dari cinema sambil merungut2 dan rasa nak minta refund RM10 (mahal gilerk) bagi cerita yang kami tertanya2 motifnya. Aduhai... rasa nak bagi 1 bintang pun kedekut.

After that from Summit we went straight to Mydin USJ - ada Candy Carnival tp we don't buy any piece of candy pun. Kebetulan ada mini zoo kat situ, kami pun singgah and take a look. Aku ngan bakh mengambil kesempatan bergambar dengan 3 ekor burung kakaktua yang cantik dan naughty cos dia asyik gigit tali handbag aku. Lepas tu aku berkesempatan memegang, memeluk dan mencium seekor ular sawa albino - sayangnya aku tak dapat bergambar dengan ular sawa tu bersama2 cos they do not allow me to do so.

Inilah ular sawa Albino - so adorable~!


Malamnya aku ke Crsytal Crown Hotel with Andy, Ayah, Aliyah and Apis for our neighbour's daughter wedding. What a pack day of Women's Day I had today. Even though now i feel so tired and exhausted - but I'm really happy and satisfied! Again... Happy Women's Day to all women - may this year make us stronger and better.

Aliyah in the wedding ceremony - Crystal Crown Hotel

Thursday, March 05, 2009

Ku bersedih kerana panah cinta menusuk jantungku...

Aku tatau mana nak lari, nak lari dari apa dan kenapa aku nak lari? Aku cuma rasa nak lari... lari jauh2... tinggalkan semuanya. Mungkin aku ada sakitkan hati mereka tapi aku tak sedar, aku minta maaf. Tapi bukankah tidak wajar aku diperlakukan macam ni.

Bukan niat aku untuk mengungkit, tapi setelah begitu banyak yang telah kita lalui mengapa aku perlu diperlakukan begini? Kenapa? Kenapa perlu ada ego? Ia bukan sukar kerana kita amat mengenali antara satu sama lain. Kau tahu apa yang aku mahu, begitu juga aku. Kenapa menyukarkan keadaan sehingga aku rasa hubungan ini ibarat kopi tanpa gula. Tawar dan pahit sehingga aku takut untuk meneguknya lagi biarpun telah dibubuh sekilo gula. Aku trauma.

Dah lama aku tak menangis seteruk ni ketika memandu.. Teringat lima tahun yang lalu ketika aku menangis dengan teruk sambil memandu, aku langgar sorang budak perempuan berumur lima tahun. Aku lenyek kaki kecil tu dengan Waja milik mak. Panik aku bila tengok dia terbaring dengan baju tadika di tepi jalan sambil menangis. Mujurlah tak berpanjangan kesnya. Hari ni aku nangis dengan teruk lagi. Lebih sayu lagi bila lagu ini berkumandang..
Tertutup sudah pintu, pintu hatiku...
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu..
Tak ada lagi cahaya suci...
Semua warna beranjak.... aku terdiam sepi..
Dengarlah matahariku..
Suara tangisan aku..
Ku bersedih, kerna panah cinta menusuk jantungku..
Dengarlah matahariku..
Puisi tentang hidupku...
Tentangku yang tak mampu... menaklukkan waktu..
Aku berhentikan kereta di tepi jalan berhadapan rumah mak. Aku nangis sepuas2 hati. Entah apa yang aku sedihkan. Entah apa yang aku kecewakan ttg hidup.. Tapi yang nyatanya hatiku terlalu hiba. Aku lapkan airmata dengan tisu sehingga kering. Aku ukir senyum paling manis, paling lebar dan seikhlas yang mampu sebelum aku buka pintu rumah... dan aku nampak kelibat kecil itu berlari-lari ingin memelukku. Aduhai hiba, aduhai lara... pergilah jauh-jauh dari hidupku... Ahh... kalau kamu mampu berkorban, mengapa tidak mama?