Tuesday, November 25, 2008

AYAT-AYAT CINTA - Rossa

“Sorry….. Masa kita berjumpa… semuanya dah terlambat. Semuanya dah diaturkan”
“Tapi…. kenapa berjumpa hanya untuk berpisah kan?”


Malam tadi aku tengok lagi filem SEPI buat kali ke-5 (plus yg tgk kat wayang skali). Sebelum pelakon tu sebut dialog dowang, aku dah sebut dulu dah setiap perkataan yang keluar. Andy sampai pelik aku bleh hafal dialog2 tu. Last2 dia tensen terus off tv. Pendek kata kalau Andy pasang DVD tu smpi habis pun, aku leh terus berdialog ikut pelakon2 tu. Punya la hebatnya penangan filem SEPI tu menusuk dalam hati – menjadi begitu serasi ngan jiwa aku. Dulu filem terbaik melayu yang pernah aku tonton ialah CINTA. Belum ada lagi filem melayu yang berjaya menyentuh perasaan aku macam CINTA, tp bila SEPI keluar dia punya pukulan sehingga mencatat sejarah aku menangis lebih dari 6 kali kat dalam wayang. Apo nak buek, memang jiwa aku ni sensitive sket.

Inilah topiknya… perkara yang aku suka kat dunia ni. Salah satunya lagu kat Ayat-ayat Cinta ni memang serasi betul ngan jiwa aku buat masa ni. Belum ada lagi la lagu yang leh lawan carta teratas hati aku buat masa ni.

Pagi2 waktu drive pi kerja aku suka dengar Hot.fm. Dulu aku suke dengar Era, tp bila aku rasa Era membosankan aku dgr Hits.fm plak. Tp semenjak ada Fafau ngan Faizal – jangan sesiapa berani tukar channel radio kat kereta aku. Memang aku dh setting baik punya…. Hot.FM. Kalau aku naik keta andy pun sama. Aku akan tukar channel Hot.FM. Mamat ni lagi pelik. Ada ke dia dengar Klasik.FM. Aku rasa lelaki mcm Dato’ K pun tak dengar Klasik.FM. Maknanya laki aku ni jiwanya lebih tua dari Dato’ K. Huhuhuhu… No wonder la…

Ok.. this is end of part 1. To be continue in Part 2. Tp part 2 tatau la bila nak siap. Huhuhu

Saturday, November 22, 2008

Selamat Hari Jadi, Suamiku..

22/11/2008 - Genap besday Andy yang ke-26. Baru nak masuk 26? Huhuhu... aku dh lama 26.. menunggu ditabalkan 27 tahun lagi beberapa bulan. Sebenarnya, takde apa yang special aku sediakan hari ini. Sebabnya, aku telah mendelaykan sambutan untuknya pada hari yang lain - including the present. Ini disebabkan hadiah impiannya itu memerlukan pengorbanan masa untuk aku fulfillkan. Hari ni we just gathered together at starbucks Masalam and discuss about business.



22/11/2007 - Tahun ini kami sambut sekali dengan besday adik perempuan aku. Aku ngan mak aku share duit n having buffet kat hotel satu family. Aku belikan dia Jacket Dr Cardin untuk hari jadinya yang ke 25 masa tu. Happynya dia... sampai skang even dia ada byk jacket, tp jacket fav. dia ialah Dr Cardin tu.




22/11/2006 - Kitorg beli kek chocolate chip walnut secret recipe (kek rasmi family aku ni) celebrate kat rumah mak aku. Aku belikan dia 1 kemeja dan 1 kemeja t-shirt including set of belt. Oh tak lupa juga kasut Dr Cardin. (Dia cuma suka jenama ni je.)


22/11/2005 - 1st time celebrate besday dia sebagai seorang isteri. Kitorg makan seafood dengan family aku. Sampai je kt rumah, kitorg kuarkan kek dari dalam peti ais. Walaupun dh terlalu kenyang and actually he really don't like to eat cake - dia makan jugak la sepotong. Masuk je bilik aku dh sediakan hadiah yang lebih special untuk dia kat dalam bilik. Jeng jeng jeng..... Set pancing Abu Garcia la.... Kowang pk ape dowh??

22/11/2004 - Baru sehari ditunangkan. Aku rasa this is the best besday celebration for him sehingga setakat ni. It was really a surprise for him. Aku, dia dgn ewa ke KL plaza, konon2 aku ada interview la kat sana. Bila aku pura2 nak masuk 1 pejabat untuk interview, aku suh dia tunggu aku kat lobby kl plaza tu. Dia buat. Tp sebenarnya immediately lepas kitorg berpisah aku berlari mcm nak rak ke Berjaya Time Square, kowang bayangkan baper punya jauh KL Plaza ngan Berjaya Time Square. Ewa dh tunggu tepi hotel Berjaya Time Square, aku check in, keluarkan semua barang2 surprise dalam keta - Balloon, Banner, Party Pack, junk foods, KFC... and his present (Dr Cardin Sandals), sampai je dlm hotel, aku ngan ewa mcm nak rak tiup belon, gantung banner, hidangkan makanan and until when the time I had to went back to KL Plaza, aku dah fully exhausted dan nak pengsan. Last2 atas jejantas Berjaya Time Square tu aku call Andy. Aku cakap, "Awak boleh tak awak datang sini? Sy tunggu depan 7Eleven Berjaya Time Square. Cepat sket yer. Emergency. Tolong cepat." Mungkin sbb suara aku yang termengah2 dan mcm nak nangis, andy pun bertukar cuak la... Aku dengar dia tanya, "Awak kenapa? Mcm mana boleh sampai kat sana?" Aku berlakon lagi... "Datang je sini, sy tunggu, cepat sikit, antara hidup ngan mati." Ha.... saat ni la mamat ni dh start jadi pelari pecut.. berlari dr KL Plaza ke Berjaya Time Square. Sampai je dekat depan 7 eleven, aku dh berdiri tersengih2... Muka dia mcm dh nak pengsan aku tgk. Jatuh kesian plak. Dia belek badan aku, tangan aku, muka aku... "dowang buat apa kat awak, yang?".... aku sengih lagi. Aku tarik dia naik lif... dia terpinga2... aku bawak depan pintu hotel, ketuk pintu.. ewa bukak pintu... pump~!!! party pack punya ribbon melantun kat dia... belon bersepah2 seluruh bilik and in the middle of the room hung a banner written "Happy Birthday Sayang"... dan we shouted together.. Happy Birthday~!!!. Pup... dia terjelupuk jatuh nak pengsan, kepenatan, terkejut dan geram. Heheh... rupanya terover plak surprise aku ni. Ekekekekek

Wednesday, November 19, 2008

Horror Story Of Paradise Malacca Village Resort

Ini merupakan kali pertama aku menetap kat sini. Usually we’ll choose Berjaya’s Affliated Listing hotel kalau ke Melaka but unfortunately this time we are not so lucky cos semua hotel2nya fully booked. So we decided to stay di salah satu rangkaian Leisure Hotel di Malacca, iaitu Paradise Malacca Village Resort.

My first impression when I saw this place was… susah nak ckp.. speechless. Bangunannya seperti ancient and abandoned but unique. Bangunan coklat kemerahan yang menerapkan nilai Inggeris dan Melayu Melaka ni mengingatkan aku pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan juga JWW Birch. Pekerjanya tak ramai. Tenants pun kurang. Walaupun mempunyai facilities yang lengkap seperti tennis and badminton courts, swimming pool, ada fountain di tengah2 taman (tp fountain x function), playground tp segalanya seperti dh lama ditinggalkan dan tak pernah digunakan. Bangunan yang terlalu besar tapi terlalu sunyi. Biliknya besar dan cantik. Toilet utama je hampir sama besar dengan master bedroom tu sendiri. Kalau tgk rupa bangunan ni dari luar, tak sangka plak dalamnya secantik ini.

Masa kami berjalan ke swimming pool yang terletak di atas bukit, ada seorang gardener sedang membakar sampah. Aku tertarik dengan bangunan tinggi yang menghadap swimming pool yang laluannya bersambung dengan blok bilik aku. Kebanyakan tingkap dan pintu hotel2 tersebut terbuka dan langsirnya ditiup angin terbuai-terbuai ke luar balkoni. “Tiada siapa tinggal kat situ. Bangunan tu dah 8 tahun tak diduduki. Kami pekerja pun tak berani pergi bangunan tu. Hotel ni walaupun besar tapi cuma blok ni sahaja yang dibuka, yang lain semua dah lama ditutup.” Pergh…. Ayat tu betul2 buat aku meremang. Aku yakin bangunan depan aku ni betul2 seperti sedang diduduki sesuatu sebabnya, 8 tahun ditinggalkan tetapi seolah-olah dijaga dan diduduki disebabkan pintu2 dan tingkapnya terbuka. Langsir kelihatan masih elok walaupun hakikatnya sudah 8 tahun dibiarkan sepi. Kami cuba dapatkan kepastian dari kaunter utama di lobby hotel dan perkara tersebut di akui mereka. “Kami pun tak berani langsung nak ke bangunan tu kak.” Now I get it. Rupanya perasaan yang menyerbu dlm otak aku tu ialah… this building is horror and scary tp susah aku nak akui pd waktu itu. Mungkin untuk menyedapkan hati sendiri.

Malam tu ketika aku andy keluar dari kawasan hotel untuk memancing, beberapa pengunjung taman tasik bertentangan memandang kami dengan pandangan aneh. Suddenly hujan turun lebat tiba-tiba. Kami yang baru sampai tepi tasik berlari balik semula ke hotel. Teringat pesan orang tua2, bila hujan di tengah malam… benda tu lebih mudah dijumpai. Rasa seram plak. Masuk perkarangan hotel, pekerja hotel yang setakat 2 org tu memandang kami dengan pandangan aneh lagi. Oh… sebenarnya pekerja2 kat sini pun sangat menyeramkan. Lebih2 lagi aku memikirkan aku mungkin sedang berjiran dengan perkampungan hantu dan bunian. Aduhai…

Pagi tu ketika menghadap sarapan kami bersembang ttg bangunan tinggal tu lagi. Andy kata instinct dia mengatakan pokok besar 2 pemeluk yang rimbun berhadapan dengan bangunan tinggal tu adalah rumah utama mereka. Ini turut diakui oleh adik aku, ayah aku dan ipar aku. Bila menjelang senja, masa tu mak tengah memasak kat dapur, yang lain semuanya pergi tasik memancing, tinggallah aku sorang terkontang kanting kat dlm hotel, akhirnya aku capai kamera, turun ke arah swimming pool dan berdiri setentang dengan pokok dan bangunan tinggal tu. Aku seorang je dan ketika itu langit mula gelap, senja sedang berlabuh. Aku pandang betul2 pokok tu, rimbun, batangnya mmg besar, di bawah pokok ditumbuhi pokok menjalar dan semak samun. Aku bukak lensa kamera, aku halakan tepat-tepat dekat pokok tu dan…. (bermula part seram) belum sempat aku tekan butang tangan aku menggigil dan snap… hmm.. aku tak dpt snap pun gmbr pokok tu, ntah nape tangan aku accidentally teralih tmpt lain. Aku halakan semula lensa kamera pada pokok tu. Di mata aku skarang jelas kelihatan pokok besar tu di depan aku, malangnya pokok tersebut tak keluar di skrin kamera aku skang sedangkan projection kamera aku tepat2 ke arah pokok tu. Masa ni la… aku dapat rasa peluh jantan (walaupun aku pmpn) mula keluar. Rasa mcm nak lari pun ada tp tatau la kenapa aku masih tercatuk kat situ. Dalam kepala aku cuma nak ambik gambar pokok tu. Kekal dengan hala kamera tu aku snap 3-4 kali ke arah yang sama. Keluar paparan pokok besar tu di skrin. Lega… belum sempat aku angkat kaki meninggalkan kawasan tu tiba-tiba jelas di mata aku keluar seorang perempuan di balkoni bangunan tinggal tu. Mukanya tepat memandang aku. Rambutnya hitam, lurus dan panjang. Dia berdiri di hadapan sliding door yang terbuka di tingkat 12 tak silap aku. Wajahnya tak dpt aku lihat dengan jelas. Angin yang kuat bertiup membuatkan langsir putih dan bajunya terbuai-buai. Aku tatau dari mana keberanian aku yang sebenarnya penakut ni ambik kamera dan menghalakan pada perempuan tu, malangnya… dia terus masuk ke dalam. Apa lagi cepat2 aku turun tangga, blah dari situ.

Malam tu aku keluar dengan ayah dan andy. Bila pulang semula ke hotel aku pandang bangunan tinggal tadi. Jelas kelihatan langsirnya terbuai-buai ke luar balkoni tapi kesemua bilik dari setiap tingkat gelap gelita, bermakna tiada penghuni manusia di dalamnya. Dan… ketika aku melangkah satu persatu anak tangga, aku terbau bau kemenyan kuat menusuk hidung. Aku pandang ayah tapi ayah hanya tunduk, langkah kami makin laju. Sampai je dalam bilik aku tanya ayah, adakah dia bau apa yg aku bau. Ya…. jawab ayah. Dan malam itu… aku langsung tak boleh tidur, di datangi mimpi yang bukan-bukan, perut sakit dan digigit agas yang banyak… (peliknya org lain tak kena pulak). Gitulah kisahku dan percutian menyeramkan di Melaka.


Friday, November 14, 2008

Bacalah...

Bacalah sinaran di mataku…
Ia menceritakan segalanya…
Kasih dan cintaku yang luas tak bertepi..
Derita dan sengsara yang tak terperi…
Rindu yang tak mampu aku lindungi..

Bacalah senyuman di bibirku..
Ia mengungkap segalanya..
Yang terukir setiap kali kau di sisi..
Yang namamu sentiasa meniti..
Yang bersuara penuh berani..
Atas nama cinta ia berdiri

Bacalah sentuhan tanganku..
Hangatnya menterjemahkan segalanya..
Kusalurkan keagungan cinta bersamanya…
Kulurutkan hangat suatu makna..
Tak ingin ku kehilanganmu selamanya…

Bacalah bahasa tubuhku..
Sakit keranamu… aku ubati sendiri..
Masa untukmu… akan ku cari..
Cinta untukmu… tiada ganti..
Rindu untukmu.. . kupendam di hati..
Derita keranamu… dendam kujauhi..

Bacalah linangan airmataku..
Untuk segalanya yang telah kulalui..
Antara sakit, hidup dan mati..
Tak pernah terniat engkau ku benci..
Moga satu hari kau kan sedari..
Moga nanti kau kan mengerti…

Wednesday, November 12, 2008

Cinta dan Kasih... Cinta atau kasih??

Harusnya aku belajar sesuatu dari tragedi silam. Aku adalah perempuan yang tahu menilai buruk baik sesuatu perkara. Aku wanita yang tekad dengan sebarang keputusan yang aku yakini akibatnya. Cinta dan kasih.. Cinta atau kasih…

“Along, jaga adik-adik ye. Nanti dua tiga minggu mak datang ambik along dengan adik-adik.” Aku pandang tepat wajahnya yang basah dengan juraian airmata. Matanya bengkak, jelas kelihatan. “Kenapa mak? Kenapa tak boleh ikut mak hari ni?” aku protes. “Mak kena buat banyak benda dulu. Tempat tinggal kita. Nak tukarkan sekolah along dengan adik-adik,” emak menambah. Aku tergamam. Tukar sekolah? Bukankah baru semalam aku berkongsi cerita gembira dengan emak, bahawa tahun depan aku telah dilantik menjadi pengawas sekolah. Tadi cikgu mengukur saiz badan aku untuk dibuat baju pengawas. Tahun depan juga aku bakal ditempatkan di kelas pertama. Baru je semalam aku gambarkan kegembiraan dan rasa tidak sabar aku untuk melangkah ke darjah 6 tahun depan. Macam mana segalanya boleh burubah hari ini? Tapi demi bersama emak, aku tidak ralit tentang itu. Aku cuma mahu bersama emak. Emak yang hatinya telah dilukai dengan parah. Emak yang hatinya telah hancur bersama-sama berita itu, bahawa selama ini dia telah berkongsi cinta ayah bersama wanita lain, wanita yang bukan asing pada kami.

Tapi hari ini, bila perkara ini terjadi, harus aku salahkan siapa kalau tidak diriku sendiri. Cinta dan kasih… Cinta atau kasih. Cinta adalah agung buatku tetapi kasih adalah keutamaan hidupku. Kerana kasihkan mereka, aku masih berpijak di tempat yang sama. Aku lalui fasa demi fasa hidup yang memeritkan. Airmata yang tak pernah jemu mengalir dari pelbagai punca dan sebab tidak cukup menjadi asas yang kuat untuk aku tinggalkan kasih yang telah sebati dalam hidupku.

Di sini kehidupan agak berbeza dari dulu. Jauh beza sebenarnya. Aku kekok pada asalnya. Aku tiada kawan perempuan di sini. Tiada seorang budak perempuan pun yang mahu berkawan dengan aku. Setiap kali aku mengintai mereka bermain batu seremban atau congkak. Mereka akan berbisik-bisik sambil menjeling aku. Adakalanya mereka terus berpindah tempat bermain. Aku sedih. Mungkin cara pemakaian aku yang agak asing pada mereka. Hidup aku memang dibesarkan dengan gaun. Boleh dikatakan 90% baju yang ada dalam almari aku ialah gaun. Malahan ketika di sekolah, aku masih mengenakan pinafore walaupun semua pelajar perempuan melayu lain telah memakai baju kurung. Sehingga aku diarahkan untuk memakai baju kurung, barulah aku meminta emak membelikan baju kurung untukku. Peliknya, ia tidak jelik pula bila aku berada di sekolah lama dan di rumah lama. Kami seolah-olah mempunyai citarasa yang sama. Di sini lain pula ‘budaya’nya. Kawan-kawanku memang ramai. Tapi semuanya lelaki. Yang paling rapat ialah Ijam dan Gie. Kami selalu bermain lumpur dan memancing di kolam dalam belukar sana. Kadang-kadang balik ke rumah dengan selut dan baju yang basah. Merungut-rungut emak. Katanya aku dah lain, suka bermain kotor, sakit kepala melihat aku. Lebih menyakitkan hati bila jiran-jiran mula mengata aku membuat perkara tak senonoh di belukar tu. Hinanya aku rasa. Aku baru dalam darjah enam ketika itu. Aku baru bertatih mengenali dunia yang agak asing pada aku. Tanpa ayah, cuma ada emak. Tiada kawan perempuan. Yang ada cuma lelaki – yang hanya tahu memancing, bermain bola, bermain selut untuk tangkap belut. Jadi, apa lagi pilihan yang aku ada?

Aku dah lalui kesakitan itu. Keluarga yang retak. Jerit pekik ibu bapaku. Tangisan emak yang bertahajjud di tengah malam. Setiap hari, tanpa jemu – mendayu-dayu di cuping telingaku sehingga setiap malam aku berteman airmata. Kami tiga beradik akan berkumpul bersama berpelukan tiap kali pertengkaran emak dan ayah terjadi. Aku telah arif akibat yang bakal berlaku. Kenapa hari ini aku cuba mendekati api yang bakal marak menjilat dan membaham aku tanpa belas? Apa akan jadi pada mereka? Bahagiakah aku setelah aku sangat pasti impak yang bakal kami hadapi.

Aku dah mula rasi dengan hidup begini. Ketika kawan-kawanku di sekolah lama sedang sibuk menelaah pelajaran bagi persediaan UPSR, aku masih begini. Semenjak di sini, buku bukan lagi teman baikku. Di sini, membaca buku dan mengulangkaji dianggap lucu dan hipokrit. Aku cuma sempat curi-curi menelaah bila membantu emak berniaga di kedai nasi ayam pada sebelah malam. Andai pelanggan tidak berapa ramai, aku akan duduk di salah satu meja dan mula membuka buku. Emak cakap, jangan langsung lupakan buku. Apabila embun mula membasahi bumi sekitar 2 pagi, aku akan menyorong basikal dengan tong berisi nasi ayam pulang ke rumah pangsa itu yang jaraknya 2km dari tempat kami berniaga. Setiap hari, tak pernah jemu, tak pernah aku pertikaikan mahupun merungut. Bila pulang, adik perempuanku yang ketika itu baru berusia 9 tahun pasti telah tidur di ruang tamu bersebelahan adik lelakiku yang baru berusia 3 tahun. Masih dalam darjah 3 tapi sudah diamanahkan menjaga adik, membuat susu adik, memujuk adik bila menangis sementara kakak dengan emak mencari rezeki buat keluarga. Tanggungjawab yang terlalu besar untuk anak sekecil dia. Justeru satu hari tatkala kami pulang ke rumah, apabila melihat adik perempuanku tiada di ruang tamu kami terkejut. Terdengar suara halus dari dalam bilik. Bersembang dengan siapa tatkala adik lelakiku sudah lena di ruang tamu? Bila perlahan-lahan kami jengah, aku lihat adikku sedang khusyuk bercakap-cakap dengan dinding. Sesekali ketawa, sesekali menangis. Tatkala itu emak menangis teresak-esak. Adik perempuanku yang menyedari kepulangan kami segera datang memeluk. Aku? Apalagi yang mampu aku lakukan selain turut menangis. Beban dan tanggungjawab ini terlalu berat untuk dia menanggungnya dan kini minda dan perasaannya telah kalah. Aku pasti.. Aku pasti..

Tiap kali pulang dari sekolah, aku lihat dia ada di rumah. Bila ditanya, “tertinggal bas sekolah,” katanya. Kesannya dia kerap menduduki tempat terakhir dalam kelas. Malah mengikut kata guru kelasnya, dia 2 tahun lambat dari kanak-kanak yang seusia dengannya. Adik lelakiku pula, kami gula-gulakan dengan permainan game kotak supaya dia leka. Adakalanya apabila dia tersedar, dia akan keluar dan menangis di tepi longkang sehingga biru mukanya. Bayangkanlah kanak-kanak berusia 3 tahun menangis di tepi longkang di tengah-tengah rumah pangsa tetapi tiada seorang jiran pun yang peduli. Malah siap memaki hamun dari tingkap. Bila emak pulang, pucat lesi muka dia melihat adik aku yang dah kebiruan di tepi longkang. Emak menangis lagi. Sentiasa menangis buat kesekian kali. Kadang-kadang aku mula berfikir, apa akan jadi pada masa akan datang sekiranya kami terus begini. Emak difitnah dengan pelbagai tuduhan. Mereka menggelarkan emak janda anak tiga. Kadang-kadang bila ayah datang melawat kami, orang tuduh emak bermukah dengan bekas suaminya, sedangkan hakikatnya, emak tidak pernah diceraikan. Salah ke seorang bapa melawat anak-anaknya. Salah ke seorang suami menziarah isterinya? Emak telan semua pahit itu seketul-ketul. Aku tahu emak terluka. Sangat terluka. Tunggulah emak. Satu hari segalanya akan kembali seperti sediakala.

Nah, telah ditunjukkan cukup jelas. Keruntuhan institusi rumahtangga bakal memberi impak buruk terhadap mereka yang bergelar anak. Kejadian itu tidak berakhir di situ. Perbualan dengan dinding bukan lagi perkara yang pelik dan ganjil buat adik perempuanku. Adakalanya bila terlalu sedih dia akan menghantukkan kepala pada dinding. Emak sudah tidak kuat untuk mempertahankan keegoaannya mengenai hak penjagaan kami. Akhirnya dengan linangan airmata dan pelukan hangat yang sangat erat, kami bertiga ditukarkan sekolah lagi, kali ini ada ayah dan perempuan itu – tanpa emak di sisi. Dengan ayah aku tidak perlu berniaga sehingga 2 pagi. Tinggal dengan ayah, adik-adikku tidak perlu ditinggalkan berdua-duaan di rumah. Di sini kehidupan kembali terurus. Ada kawan-kawan perempuan, tiada lagi selut dan lumpur. Setiap petang kami akan bermain softball. Tapi hakikatnya, jiwa kami kosong. Dulu walaupun hidup agak sukar tetapi jiwa kami sarat dengan harapan dan semangat. Dibesarkan di rumah asing, bersama keluarga asing bukanlah sesuatu yang menggembirakan buat aku dan adik-adik. Akibatnya setiap hari berlaku pergaduhan antara kami dengan keluarga asing itu. Setiap hari ayah terpaksa menyebelahi kami sekiranya berlaku perselisihan antara kami dengan keluarga asing itu. Sehingga ia mencetuskan suasana yang tidak harmoni. Aku pula… selaku anak yang paling keras dan kasar sikapnya, telah kerap benar memberi pengajaran kepada si perempuan itu kerana cuba mempengaruhi kami dan kerana berani berdiri di tengah-tengah institusi keluarga kami yang dulunya sangat aku banggakan.

Jadi… tahukah sekarang kenapa aku sangat membenci orang seperti dia? Aku tak mahu jadi perempuan seperti itu mahupun sekutunya. Dalam hati ini tak pernah aku berikan walaupun sekelumit maaf untuk keluarga asing itu. Selagi aku ada, aku akan pastikan wanita asing itu diberikan pengajaran yang sewajarnya. Mustahil dia bahagia dengan apa yang dia alami hari demi hari, lebih-lebih lagi lewat kebelakangan ini. Walaupun lebih sedekad berlalu, tak pernah kami menerima keluarga asing itu. Jadi, kenapa aku perlu jadi seperti dia? Sedangkan orang seperti itu hidupnya hanya pura-pura bahagia sedangkan hakikat adalah sebaliknya? Penting sangat ke cinta hingga sanggup mengorbankan kasih orang-orang yang sentiasa menyayangi kita? Mengorbankan rasa kasih sebagai seorang manusia dengan manusia yang lain? Merampas hak si kecil? Sekejam itukah kita tergamak mengorbankan kasih untuk cinta? Tak mungkin. Aku bukan seperti itu dan tidak akan jadi seperti itu. Kasih adalah priority dalam hidup aku dan aku akan kotakan. Ini janji anak ayah yang tak pernah kalah.

Friday, November 07, 2008

Abby Abadi, Norman Hakim dan Memey Suhaiza


Kebelakangan ni aku asyik memikirkan pasal mereka bertiga. Adakalanya macam aku lebih memikirkan mereka dari masalah aku sendiri. Tak tahulah kenapa. Aku bukan hantu gossip hiburan. Majalah Mangga, HAI, URTV atau yang sejenisnya dah bertahun-tahun aku tinggalkan. Ingin sekali aku ulas lanjut mengenai mereka dari persepsi aku sendiri.

NORMAN HAKIM
Aku rasa dia bukan sahaja pelakon hebat dalam filem mahupun drama. Dia juga pelakon yang maha hebat di pentas reality hidup. Banyak statement dia yang bercanggah dgn perbuatan dia. Contohnya :-


Saya sayangkan isteri dan anak-anak saya. Saya tak mahu bercerai kerana tak mahu perasaan anak-anak terabai.
klu sygkan anak2 camna plak bleh tak balik umah berbulan. Anak baru lahir beb. Ko jengah pun jarang2. Lepas tu dia ckp… kali terakhir jumpa anak2 ialah masa cukur jambul lepas raya. My God.. punya la lama ko tak lik umah padahal… rumah ngan pejabat ko berada kat KL. Camna la ko leh bangga kata ko sayang anak2?

Hubungan saya dan Memey adalah hubungan Profesional?
Camna boleh professional kalau Memey sebenarnya dh lama berumah di pejabat ko? Camna ko ngan dia boleh barada di sana pada pukul 2-3 pagi? Ni la lelaki keparat. Berani buat tak berani tanggung. Dah banyak lelaki keparat yang takde ‘telo’ camni aku jumpa. Mengaku je terang2…. “Mmg saya ada hubungan dgn Memey. Saya tak balik pun sebab malas nak bergaduh dengan Abby, lagipun saya sedang angau anak dara yg bukan dara ni” Ha… habis citer (teremosi plak).

Memey – Abby sama penting dalam hidup saya?
Aik…. Aritu cakap hubungan professional? Oh…. I get it. Abby ada cakap dalam temubual Wanita Hari Ini. “Norman suami yang baik tapi saya pun tak tahu kenapa dia asyik buat hal bila saya mengandung.” Rupanya Nafsu melampau, Nafsu kuda kepang~!. Tak sanggup nak tunggu Abby habis pantang. Buat anak tau… jaga anak tatau…. Sabar lepas buat anak, tau ke? Kalau tak tau…. Kenapa ko mengandungkan bini ko???

Dalam hati saya ada beberapa wilayah yang dibahagikan untuk isteri, anak-anak, ibu bapa dan juga orang lain?
Otak ko…. Ko ingat ko Celcom ke? Wilayah Celcom? Untuk ada banyak wilayah, perlukan seorang pentadbir yang adil dan baik. Cermin diri ko (bak kata Abby), Abby tu masih berstatus ISTERI dan juga tengah berpantang. Anak pun ubun2 masih lembut, ko toksahkan nak jaga, jengah pun susah… wakil rakyat pun bleh turun padang tgk DUN dia… ko tu… anak sendiri… darah daging sendiri pun tak terpimpin. Bleh blah~!!!

Saya terkejut bila Media datang ke masjid ni. Mcm mana media tau? Nanti org salah anggap plak kat saya. Sembahyang pun nak panggil Media.
Alahai… Mmg drama King. 1st… kalau ko x bgtau media pun, ada la suku sakat ko yg bitau media… bcos… ko nak buat solat hajat dan istikharah, pesal tak buat kat rumah ke… Ofis ke… Buat kat Mesjid.. siap ada abang2 ko escort. Buat benda ngan Memey tu bleh plak kat ofis ko. Ko ingat org Malaysia ni sengal sangat ke? Bulat2 percaya Drama King mcm ko? Terkejut media datang kunun? Kemeraman shot gambar ko.. siap posing baik, kunun2 mcm tgh khusyuk doa. Takkan ko tak pasan kot? Alahai…. Tak kuasa mak!

PESANAN BUAT ABBY
Sabarlah banyak2 yer Abby, dlm dunia ni mmg ada wanita yang bertuah memiliki suami yang baik dan penyayang tapi wanita tak berapa nak hargai (mcm aku) dan ada sesetangah wanita yang dapat suami penyamun tarbush tp wanita bermati2an untuk mengcover dan menyelamatkan rumahtangganya. Kire ko wanita yang no.2 tu. Tapi keputusan untuk berpisah dengan Norman Hakim mesti ko nekad ye. Pasalnya…. Yang umum tahu… 2 org… Dulu Farahdhiya, Skang Memey.. tp yg lebih2nya ko ngan Norman je tau kan? Lelaki ni… kalau kali pertama, bleh ar kita anggap sebagai.. dowang tatau, tak sengaja, kesilapan pertama , terlupa… wut so ever…Tapi kalau dh kali kedua… ngan pmpn lain2 plak tu… Tu namanya habit …. Memang hobi… dah jadi darah daging dia. Takkan nak simpan barang busuk camni? Baik ko buang je. Nasihat lain…. You go girl.. Be strong. Ko pun cun, cantik, comei… ramai je lagi org kat luar tu nak.. Silap2 dpt lagi kaya dari Dato’ K. Memey tu kalau sebaya ngan ko, ada anak 3 mcm ko… mesti lagi huduh dari ko. Dun wori… Walaupun ramai yang tak bersetuju cara ko mengetengahkan hal rumah tangga sampai ke media… tp aku dapat rasa perasaan ko. Sbb aku pun pmpn. Actually you have no choice since laki ko tu mmg jantan tak guna…. Asyik main hide n seek ngan ko… mmg patut pun ko wat camni. Biar org tau siapa NORMAN HAKIM yang sebenar~!

Sunday, November 02, 2008

ChengHo (Amy Search) Restaurant





We went to PWTC to take a look at the Small Medium Entrepreneur Exhibition and Property-Home Exhibition, kinda good events but only participated by the small members. Then we went to Low Yat - after that pusing2 look for place to have dinner. Suddenly we made decision to go restoran idaman Anne yang nak pergi sangat dari dulu. Restoran ChengHo.. owned by Amy Search. Mula2 datang... fully occupied. Have to register name dekat buku dulu... tunggu la smpi dowang panggil nama kitorg.. Luckily bcos of only 4 us, nama En Baktiar telah dilaungkan after only 5-7 minutes later. Yahoooo.... dapat gak makan kat ChengHo... Next Time will be my dream restaurant... Victoria Station... Bile la agaknye...