Tuesday, September 23, 2008

Monday, September 22, 2008

Cerpen - Kasihnya Ibu

Aku kilas jam di tangan. Sekejap-sekejap bangun berkalih duduk. Semenjak akhir-akhir ini mudah benar rasa sengal-sengal badan duduk berlama-lama. Punggung rasa kematu. Aku mula mencongak-congak agaknya bila giliran aku menemui doktor. Sesekali aku mengusap perut seraya tersenyum nipis. “Ibu ada di sini, kenapa? Takut ke? Takut jumpa doktor?” Bisikku yang aku sendiri saja yang mendengar, ditujukan khas untuk dia, kandunganku yang berusia 7 bulan.

Aku toleh kiri dan kanan, lebih kurang 3 pasangan sedang duduk bersama. Adakalanya terdengar suara-suara halus dan manja antara mereka. Ahh… aku tak pernah rasai pengalaman itu. Ditemani untuk ke klinik, di tatang bagaikan minyak yang penuh, waima merasai perutku diusap penuh kasih. Tidak pernah. Kadang-kadang aku terkilan. Kalau terasa hendak makan sesuatu, aku akan mencari sendiri. Adakalanya… aku pendamkan saja. Kalau abang Taufiq ada, tentu dia akan bersusah payah mencari makanan yang kuidam. Agaknya, kalau arwah Abang Taufiq ada, tatkala aku mengidam air kelapa, suami lain akan pergi mencari air mahupun buah kelapa di kedai, tapi abang Taufiq, panjat pokok kelapa pun dia sanggup demi aku. Itu kalau abang Taufiq masih ada.

Aku masuk ke dalam bilik doktor apabila namaku dipanggil. “Sihat hari ni Misha?” Aku angguk senyum pada Doktor Prema. Selesai menjalani pemeriksaan rutin ke atas kandunganku dia kembali ke tempat duduknya. “She’s in good condition. Make sure take your supplements and drink a lot of water.” Itulah pesanannya tiap kali selesai memeriksa aku. She? Ya, anakku seorang perempuan. Telah aku siapkan nama indah yang bakal tercatit di dalam sijil beranaknya. Rashika Mirza binti Ahmad Taufiq.

Lebih dari 2 bulan telah berlalu. Aku sudah mula mengambil cuti bersalin. Tapi Rashika Mirza belum tiba masanya menjengah dunia. Aku mengemas beg, memasukkan 2 helai kain batik, baju basahan, 2 helai pakaian bayi, lampin, botol susu. Oh.. tak sabar rasanya nak melihat Rashika memakai pakaian ni. Aku yang memilihnya sendiri. Bersusah payah aku meredah kesibukan ibu kota. Bersesak-sesak di pasaraya Sogo ketika Karnival Mega Sales. Mencari baju yang comel dan menarik buat Rashika. Tentu Rashika bahagia apabila memakai pakaian comel ini. Petang itu aku memandu sendiri ke hospital. Kalau rasa sakit hendak bersalin, biarlah ketika aku di hospital. Jika berseorangan di rumah, siapa pula yang akan menghantarku.

Jam tepat menunjukkan 11.11 pagi tatkala aku dengar tangisan pertama Rashika Mirza. Lega sungguh. Setelah dibersihkan Rashika diletakkan dalam dakapanku. Aku cium pipinya berkali-kali. Perlahan-lahan aku iqamat ke telinga kanannya. “Maaf Shika, hanya ibu yang ada untuk melakukan tugas ini. Moga jadi anak yang solehah ye sayang,” sayup-sayup aku bisik ke telinganya. Aku lihat dia angguk dengan mata yang terpejam rapat. Mungkin dia faham.

Membesarkan Rashika Mirza sendirian bukanlah sesuatu yang mudah. Tapi melihat keletahnya yang bijak dan genit, aku tidak terasa kepayahan itu. Rashika anak yang bijak. Dia seolah-olah mengerti statusnya sebagai anak yatim, tidak pernah membebankan aku dengan perkara yang berat. Semakin besar, semakin terserlah kebijaksanaannya apabila dia menduduki tempat pertama di dalam kelas setiap kali peperiksaan. Mungkin dia mewarisi kebijaksanaan abang Taufiq. Satu perkara yang tak pernah aku lupa, ialah menceritakan kepadanya tentang abang Taufiq, ayahnya yang baik dan penyayang. Album gambar aku dan Taufiq kerap menjadi tatapannya. “Abah segak ye, ibu?” Aku senyum angguk. “Wajah Shika macam Abahlah. Hidung Shika, Mata Shika. Sama macam Abah,” balasku. Shika senyum bangga. Adanya Shika, tak pernah aku rasa keseorangan. Seolah-olah hidupku sangat lengkap. Kerana itu tak pernah aku terfikir untuk menerima seseorang menggantikan tempat abang Taufiq. Tak pernah.

Sebelum tidur aku akan bacakan cerita dongeng Cinderella ataupun Snow White kepadanya. Walaupun berulang-ulang, dia tak pernah jemu. Cuma apabila semakin bijak berfikir dia mula bertanya, “Ibu lepas kahwin Cinderella dapat berapa orang anak?” Aku jawab “Tiga orang.” “Comel tak ibu anak Cinderella?” “Comel sangat.” “Nanti bila anak dia dah besar, kahwin dengan putera raja juga ke, ibu?” Meletus ketawa aku dengan pertanyaan Shika. “Iya. Sekarang Shika tidur dulu ya. Mimpi kahwin dengan anak raja macam anak Cinderella,” kataku. Shika senyum. Aku menarik selimut menutup tubuhnya. Setelah yakin dia tidur aku mula mengingati Taufiq seperti biasa. Sehingga airmata akan menemani tidurku seperti malam-malam sebelumnya. “Abang, amat payah membesarkan Shika tanpa abang di sisi.”


Masa berlalu dengan pantas, hari ini aku membuat sedikit jamuan makan sempena meraikan keputusan cemerlang peperiksaan SPM Rashika. Katanya, ada tetamu istimewa yang hendak diperkenalkan kepada aku. Pastinya lelaki. Wah… muda remaja sudah ada yang istimewa? Tanpa sedar aku terlupa yang Shika semakin dewasa, bukan lagi anak kecil yang perlu ditidurkan dengan kisah dongeng lagi. Aku sendiri di kala usia 40an mula berfikir, seandainya Shika berkahwin dan mengikut suaminya. Bagaimana dengan aku? Ah… aku mula takut pada kenyataan-kenyataan ini. Lelaki itu datang ketika pertengahan jamuan. Tatkala kakinya masuk memijak lantai rumah aku, aku diserbu perasaan yang sukar dimengertikan. Aku seolah-olah hampir pengsan, seperti melihat Abang Taufiq berdiri dihadapanku. Dia menghulur tangan bersalam, mencium hormat tanganku. Aku kaku. Shika cukup gembira dapat memperkenalkan Ahmad Nazim kepadaku. Tapi aku dapat merasakan musibah yang sedang menunggu.

“Ibu tak suka Nazim ke?” tanya Shika tatkala dia mengambil bantal lalu duduk di atas sofa bersebelahanku. Ketika itu semua tetamu telah pulang. Aku usap kepala Shika, “Siapa kata ibu tak suka Nazim?” “Habis tu kenapa ibu diam je masa Shika perkenalkan Nazim pada ibu?” tanya Shika lagi. Kepalanya disandarkan pada bahuku. “Ibu kagum dengan pilihan Shika, kacak orangnya. Terpegun ibu,” aku berbohong. Shika senyum malu. “Shika kenal keluarga Nazim?” aku bertanya lanjut. “Dia anak orang berada, ibu. Shika tak pernah jumpa ibunya. Tapi namanya Datin Marina.” Aku berdiri apabila mendengar nama wanita itu. Rasa semacam tidak sanggup untuk mendengar bait-bait seterusnya dari mulut Shika. “Ayahnya dah lama meninggal. Nama ayahnya sama dengan nama ayah Shika bu, bezanya ayahnya ada gelaran Dato’.” Tika itu umpama halilintar tepat memanah jantungku, dan tanpa disedari Rashika, airmataku jatuh selebatnya.

Aku menunggu Shika di muka pintu. Di tanganku ada surat istimewa untuk Shika. Semasa di talian telefon tadi, Shika dalam perjalanan pulang ke rumah. Suaranya tidak ceria. Tak apa, nanti lepas Rashika membaca surat ini pasti dia akan kembali ceria. Shika memarkir kereta, lalu masuk ke rumah. Wajahnya sangat sugul. Dia duduk di atas sofa. Aku duduk di sebelahnya. “Kenapa sedih ni sayang? Mama ada surat untuk Shika tau. Mesti Shika gembira.” Shika diam macam batu. Aku buka surat itu untuknya. Aku tunjukkan isi kandungan surat tersebut. “Shika dapat tawaran belajar di Michigan University, USA. Bacalah,” aku unjuk surat itu kepadanya. Tba-tiba airmata Shika mengalir. “Shika anak siapa bu? Ayah Shika dan ayah Nazim orang yang sama kan? Datin Marina ibu tiri Shika kan ibu? Ibu isteri kedua ayah kan? Datin Marina hina kita bu. Dia tuduh Shika macam-macam. Dia kata ibu perampas suami orang. Betul ke ibu? Betul ke?” Surat di tangan terlepas. Aku tersandar di dinding. Perlahan-lahan kenangan itu datang menerjah. Aku terjelupuk jatuh. Menangis bersungguh-sungguh.

Sewaktu Dato’ Taufiq melamarku, ketika itu aku merupakan setiausaha peribadinya. Berat betul untuk menerima lamaran itu sementelah aku sedari dia telah berumahtangga dan mempunyai 3 orang anak. Tapi satu perkara yang tak mampu aku nafi, aku memang menyintai dia. Bukan kerana hartanya. Mungkin kerana dialah lelaki yang paling rapat denganku dan aku telah mengenalinya luar dan dalam. Kesungguhan dan keikhlasannya terus merantai aku. Lalu aku mengambil keputusan sanggup menempuh onak duri demi bersamanya. Keputusanku mendapat tentangan hebat dari keluarga, justeru, tatkala aku mengambil keputusan muktamad untuk mengahwini Dato’ Ahamd Taufiq aku telah dihalau keluar dari rumah. Ayah mengambil keputusan tegas. Harmisha Azreen bukan lagi anak perempuannya. Putus hubungan keluarga antara kami. Hampir setahun perkahwinan rahsia kami. Segalanya amat bahagia. Abang Taufiq seorang suami yang penyayang dan bertanggung jawab. Namun panas tidak sampai ke petang. Ketika Datin Marina mengetahui perkahwinan rahsia ini, aku telah diserang dengan teruk di pejabat. Aku ditampar dan dipukul sekuat hati di hadapan semua pekerja. Kemudian Taufiq memecat aku demi keselamatanku dan paksaan daripada Datin Marina. Aku tak putus asa. Beberapa hari kemudian aku mendapat tawaran kerja yang lebih baik. Abang Taufiq tidak lagi pulang ke rumah hampir 2 minggu. Tapi dia selalu menelefonku bertanya khabar.

Apabila keadaan reda, Abang Taufiq kembali melawatku seperti biasa dan perkara ini dapat dihidu oleh Datin Marina. Kerap dia ke rumahku dan menyerang aku. Tapi abang Taufiq menyuruhku bersabar dan tenang menghadapi dugaan. Katanya, isteri yang tabah dan pasrah seperti aku pasti ada hikmah yang baik menunggu kelak. Beberapa bulan kemudian Abang Taufiq diserang strok yang menyebabkan dia lumpuh. Tika itu Datin Marina dan pemandunya datang ke rumahku dan membawa abang Taufiq yang tak berdaya lagi. Aku masih ingat kata-katanya, “Kau cintakan sangat Taufiq kan? Ha… kalau cinta sangat kau ambiklah dan jaga dia. Jangan masa senang je engkau nak.” Lalu Datin Marina pulang setelah pemandunya meletakkan abang Taufiq di katil aku. Sungguh aku gembira dapat bersama abang Taufiq kembali tapi aku sebak melihat keadaannya. Tika aku genggam tangan abang Taufiq, aku lihat airmatanya mengalir laju membasahi bantal. “Maafkan abang, selama ini tak berlaku adil terhadap Misha dan hari ini terpaksa membebankan Misha.” Aku menggelengkan kepala. Aku cium tangannya berkali-kali. Perlahan aku bersuara, “Tidak bang, Misha bersyukur, abang kembali kepada Misha.” Tapi tempohnya sesingkat sebulan cuma sebelum abang Taufiq pergi buat selama-lamanya di atas pangkuan aku. Aku yang membisikkan 2 kalimah syahadah di telinganya tika itu dan dia ikut penuh tertib. Segala urusan pengkebumian aku dan pihak masjid yang menguruskan. Datin Marina dan 3 orang anak-anak mereka yang masih kecil turut datang di majlis pengkebumian. Aku pasrah. Tika itu benih abang Taufiq sudah 3 bulan lebih di dalam rahimku.


Kemudian aku membawa diri berpindah ke daerah lain. Rumah itu terlalu bernostalgia sehingga aku tak mampu untuk hidup seperti sediakala. Tinggallah rumah itu. Tinggallah Datin Marina dan keluarganya. Tinggallah pusara abang. Tetapi, Misha tak akan berhenti mengirimkan doa buat abang. Moga abang bersemadi dengan aman….
Pada Rashika telah kuceritakan segala-galanya.


“Menung apa bu?” Shika menyergahku dari belakang. Aku pukul lembut tangannya. “Terkejut tau, Ibu. Tak ada apa. Teringat kisah-kisah lama. Cepat habis kelas hari ni?” getusku. “Ya, Mr John tamatkan kelas awal. Ibu… janganlah diingat kisah-kisah lama tu. Hari ni kita dah tinggalkan semuanya. Shika ada ibu. Ibu ada Shika. Itu je yang penting.” Aku senyum mendengar kata-katanya. Shika peluk aku dari belakang. Melagakan pipi kami. Dari tingkap tempat aku duduk, jelas kelihatan rintik-rintik salji di bumi Amerika Syarikat ini. Aku telah bersedia untuk menempuh hari muka…

Nota: Cerpen ini aku dedikasikan buat insan yang dikasihi. Kaulah pencetus inspirasiku dalam menghasilkan cerpen ini. Maafkan mommy.

Friday, September 05, 2008

Thursday, September 04, 2008

SLM Pangkor 2008





SUZUKI LATEX INDUSTRY (M) SDN BHD PANGKOR TRIP

PANGKOR CORAL BAY
29-31 AUGUST 2008

Day 1 – Friday – 29 August 2008 Morning

06.30 am Assemble at Suzuki Latex Industry
Registration & Briefing by Ms. Siti
*Geramnya aku kul 8.00 baru dowang smpi, aku tiba ofis kul 7.00pg aku la org pertama yg smpi. Sabo je. So mmg tak sempat briefing. Aku telah mengarahkan leader bagi setiap bas untuk briefing dulu dlm bas masa dlm perjalanan nanti.

08.00 am Depart from Suzuki Latex Industry (M) Sdn. Bhd Shah Alam .
*8.15pg ketiga2 bas bertolak ke Lumut. Berhenti sekejap di perhentian Ladang Bikam.

12.45pm Assemble at Lumut Jetty to Depart to Pangkor Coral Bay (Traveling time approx ½ hour per trip). Return Transfer Ferry & Taxi from Lumut to Resort
*Lebih kurang kul 12 smpi di Jeti Lumut. En. Dzul dr Coral Bay dh tunggu. Serahkan sebundle tiket feri pd aku.

01.30pm Assemble Buffet Lunch at Resort
*Sampai je di resort, aku diperkenalkan kpd Pn. Ida, aku dijemput duduk di meja VIP, skali ngan director2 dan manager2 aku untuk hidangan lunch. Sedapnya.

(Assemble & Check in arrangement –Briefing of activities upon check in
*Lepas makan Pn Ida bagi aku sebundle kunci untuk dibahagi2kan kpd staff mengikut listing yg telah aku fwd pd dia awal2 lg.


03.00pm Briefing and standby for Island Hopping –depart by your respective group (2 hour)
*Kul 3.30ptg kami berjalan ke tepi pantai untuk ronda2 pulau dgn boat laju. Heheh geli2 perut aku bila bot tu kona maut ngan buat drift ala2 bot. ekekek… mcm naik roller coaster. Semua dlm boat menjerit2.

08.00pm Buffet Dinner
*Makan malam. Ada udang besar masak smbl. My favourite!

Day 2 - Saturday – 30 August 2008 Morning

07.15am Buffet Breakfast
* Bagus semua staff aku bangun awal. Aku turun kul 7.15 kebanyakannya dh ramai yg tgh breakfast.

10.00am Telematch 5 Games

*Tepat kul 10 aku dh terpacak tepi pantai ngan asst aku 2 org. Kul 10.30 baru game mula. Game yg dipertandingkan. Lari dalam guni, Isi air dalam botol, Cari gula2 dalam tepung dan bawa bola pingpong dlm sudu. Melompat aku sokong fav team aku. Aik. Jury… mana leh bias.!

*Habis je telematch lebih kurang kul 11.30. Aku ngan asst aku tukar baju – terjun swimming pool. Heheheh.. Puasnya swimming walaupun pool dikelilingi “Semut”.
12.30nn Buffet Lunch at Resort
*Makan lagi. Lps makan aku balik bilik. Roomate aku Joanne pi fishing dgn manager ngan director aku. So aku bukak tv layan Hindustan. Smpi leleh airmata. Biasala aku mmg jiwa sensitif. Pastu tepon bunyi. Andy dan Anne dh ada kat lobby hotel aku. Heheh.. I lebiu la...

3.00pm Free & Easy
*Aku check-in kan andy dgn Anne kat Puteri Bayu Beach Resort. 5min jalan kaki dari hotel aku. Lepas rehat kejap, kami jalan2 tepi pantai, ambik gambar and then aku dan anne naik banana boat. Besh giler. Ketawa smpi nak pecah perut. Thanks laling for fulfill my dream.

08.00am Buffet BBQ Dinner
*Lepas habis jamuan makan, kami mcm terpinga2. Aku bagi isyarat kat mr Ricky ngan mr Ito untuk bg speech. 2-2 geleng kepala. Alahai… nampaknya aku kena jadi MC bidan terjun la ni. Aku naik pentas. 1st of all on behalf of all SLM’S staffs ucap thanks to mgmt 4 dis opportunity- co. trip. Pastu Inform all staff ttg waktu check out. Be punctual. And open the karaoke session by inviting president of Trade Union SLM untuk nyanyikan lagu Tragedi Oktober. Terkejut dia. Tp sporting, ttp came fwd dan nyanyi. Kemudian jemput Mr Ito untuk penyampaian hadiah telematch pg td and continue karaoke session smpi kul 11.30 malam. (Aku dh cabut dulu lepas 3-4 org dh nyanyi).

11.00am Free & Easy
*Makan lagi kat Puteri Bayu restaurant. Sampi kul 11.30mlm aku dh pejam mata. Ngantuk giler. Aku terus membuta. Andy ngan anne je yg countdown. Dowang kata ada bunga api. Aisey… apo nak buek.. den tak tahan ngantuk dh.

Day 3 Sunday – 31 August 2008 Morning

07.30am Buffet Breakfast at Resort

9.30am Sayonara / Check Out
*kul 8.50pg semua dh checkout. Alhamdulillah. Semua dh dengar ckp. Aku terus suh 20 org pertama bertolak ke jeti dulu. Diikuti 20 dan 20 lagi kemudiannya. Tepat 9.10pg semua dh kumpul kat jeti pangkor.

11.45am Assemble at Pangkor to depart to Lumut Jetty
(Traveling time approx 1/2 hours per trip)

*Kul 10pg semua dh selamat di jeti lumut. Bas pertama bas VIP terus bertolak ke Shah Alam. Bas ke2 dan ke 3 akan bertolak kul 11.30 memberi laluan kpd mereka2 yg ingin bershopping. Tepat kul 11.30 aku naik bas ke-2, mengucapkan terima kasih dan selamat jalan kpd mereka and same goes to bus no.3. Cos I will be back home with Anne & Andy.

12.45pm Driver Standby at Lumut Jetty

1.00pm Transfer any restaurant for Lunch

02.30pm Depart to Shah Alam