Tuesday, July 29, 2008

Kenapa Lelaki Pasang Pompuan Lain????


1. A man needed a girlfriend and not a wife. Dia tak suka bila balik umah jer, bini citer pasal bil TNB tak bayar lagi, citer pasal tuan sewa rumah datang mintak duit. Dia menyampah biler hari hari kena dengar citer Mak kat kampung (mak bini ler) talipon suruh pi ziarah anak pak ngah kat UiTM. Guna akal puan2, bagi dia kenyang perut, malam tu pulak bagi se das dua, masa dia dok hisap rokok atas katil tu, kiss dahi dia baru ler mintak duit ker apa ker.. Yang si Laki tu pulak, jangan ler lepas menggigil keenakkan tu terus pejam mata membuta..kentut pulak tu..buruk.

2. Orang Jantan ni memang gatal dan miang.. Jangan larang dia tapi jangan pi suruh dia raba bontot amoi kat Giant pulak..ish.. Kalau mamat tu jeling pun dah kena belasah, fed up dia. Cubit manja cukup. Pastu, balik umah piat manja telinga dia pulak, " Abang gatal ekkk.. mai sini nak tengok gatal setara mana.." hehehe..pastu kau orang pikir sendiri ler apa nak buat.. tak payah ajar dah. Tapi orang jantan pun jangan pulak jegil bijik mata kat amoi sampai berair mulut.. Memang patut ler kalau bini belasah ngan kulit durian.

3. Cik Abang awak tu nak makan lauk yang awak masak.... kalau hari hari ta pau kat kedai Wichuda.. alamat bermadu ler awak. Pi ler beli buku masak Chef Wan tu.. satu investment yang memang patut. Kari tu biar ler rasa kari, ini idak, buat sup ayam tapi rasa cam hirup air panas bergaram. Buat ler macam tu, kena ada Mak Janda jambu bagi dia pekena gulai ketam ker apa ker, hmmm... makan hati ler awak nanti.

4. Kalau ada buah buahan kat umah tu, kupas ler bagi dia makan.. Rambutan pun kupas depan dia.. sambil pipi atas paha dia depan TV.. Tapi tak leh caya gak orang tuer tu.. sambil sengeh makan rambutan pun dia dok khayal kat amoi gak tu.. tapi tak kisah ler.. janji dia ada kat umah ngan awak... Ajak ler orang tua tu main congkak ker apa ker kat umah..hehehe..

5. Jangan ler di bebel sangat kat mamat tu kalau dia buat salah sikit sikit. Orang jantan ni pantang kalau diungkit kisah kisah lama... Tarik ler muker masam kejap.. 20 minit cukup. Tak payah dok moncong dari KL sampai Melaka. Pastu awak gertak jer.. cakap " kalau u boleh buat, I pun nak buat lah " Alah.. dia cakap jer tak takut tapi kat luar jer tunjuk macho.. kat dalam dia cuak gak... ----> macam kene kat aku jer!

6. Tok sah dok rengek rengek mintak itu mintak ini. Girlfriend tak buat cam tu.. GF selalu cakap "asal dinda dapat bersama kekanda...itu saja yang dinda pinta". Lagi rengek lagi ler dia tak belikan.. lagi ler dia murah hati kat officer comel kat ofis.

7. Sex ? memang penting kak oi..jangan dok amik ringan. Awak yang mulakan dulu. Jangan tunggu dia mintak. 3 kali seminggu minimum. kalau period guna akal cari cara lain (jgn sua kot belakang pulak..ish haru biru pulak nanti). Kalau muak atas katil, bawah katil pulak hehe, muak dalam bilik, bagi orang gaji cuti, buat kerja atas sink..hehehhehehe.., kalau muak dalam rumah, ajak pi ronda dalam kereta, berenti kat taman bunga ker apa ker.. Pi chow kit sengsorang, beli ler maajun ker jamu ker bender ker, so that ketat sentiasa... gelak ler gelak. tak main main ni.

8. Bersolek..bersolek .. bersolek.. bau tu kasi harum sikit. Kalau tak cukup duit nak beli perfume mahal, kat petaling street ada yang ciplak. RM 10 jer. Tapi jgn ler sembur sejam sekali, mau pengsan orang tuer tu. Bulu ketiak cukur, biar ler gatal ketiak tu, asal laki tak pi gatal kat luar. Bulu itu pun trim ler sikit tapi jgan pi kaler blonde lak, kena heart attack lak cik abang awak.

9. Amboi seronok kau orang jantan baca ni erk.. kau orang tu pun sama gak. Exercise sikit. Ada hati nak tackle amoi tapi semput.. perut tu jaga. Balik umah jgn ler dok berkubang ngan kain pelikat depan TV, bini2 kau orang tengok pun menyampah. Kalau bini dah wangi, kau orang pun sama ler ikut.. bagi ler bini selera sikit nak seduce korang. Ketiak macam ketiak monyet pastu dok harap bini cium...eee..
p/s: actually, aku tak create benda ni, aku pun dapat dari mail yg di fwd kan kat aku. Tapi emel ni dh berjaya membuatkan aku gelak sakan sehingga bos aku tegur, "Siti, what happen to u?". Meleleh airmata ketawa. Walaupun lawak tapi kadang2 ada betulnya jugak kan. Renung2kan, Selamat Beramal.

Tuesday, July 22, 2008

Happy Moment Together



Sebiji2 by courtesy of nazkhalid flickr

Ejad's Mansion --> By Courtesy of Ejad's Flickr
Dari kiri: Andy, Anne, Vic, Naz...
Gambar diambil dekat Puchong, berhadapan rumah banglo ejad yg masih dlm pembinaan. Ejad appointed us to be QC surveyor. Who's the lead of the team? Oh.. pls don't ask... of course la me...
Sape yang ambik gambo ni? Tuan rumah la... kat umah dia... watpe dia sebok2 nak bergambo sama.. hahahahha





Tuesday, July 15, 2008

Cheerleader Competition 13 July 08 at Bkt Jalil

Above photo -> by courtesy of Ejad Flickr



We were there from 10a.m till 5.15 p.m
What a memorable moment.
We shouted and laughed...
I learned a song..

Everywhere we go..
People wants to know..
Who we are..
So we tell them..
We are Assuntarian..
Mighty Assuntarian..
H.O.T.T.O.G.O
We are hot to go!

Bowling Tournament at Summit 12 July 08


BY COURTESY OF EJAD FLICKR
12 July 2008 -9am to 2pm - Andy dgn Ejad went for bowling tournament. They won 3rd prize on that day. 3rd out of 30 teams. Miracle or they are actually pro? I'm not sure. But according to them, they quite spoilt on the 1st game but very good on the 2nd and 3rd game. If only they warm up first by playing acah2 dulu, maybe they won the 1st prize medal. Hahaha... They brought away medal and trophy. Where was I on that day? I also dont know.... Congratulation for both of them.

Bon Odori Festival 2008


Bon Odori Festival 2008. Tak pernah dengar nama ni. Rupanya perayaan ni dah 32 kali dirayakan di Malaysia. Meaning 32 tahun. Kalau aku tak bekerja kat syarikat Jepun, maybe sampai skang pun aku tatau Festival Bon Odori ni. Ia adalah salah satu perayaan masyarakat Jepun yang tak silap aku meraikan roh2 orang saudara mara Jepun yang telah passed away. Tp itu zaman dulu kala. Festival Bon Odori di Malaysia lebih kepada kita melihat dan mengenal tradisi masyarakat Jepun, seperti tarian tradisional mereka, makanan jepun, aiskrim jepun, belon jepun (ini kompeni aku buat). Pada hari inilah kita dapat menyaksikan gadis2 Jepun dan Malaysia sendiri memakai kimono. So Sweet. I used to wear it. Pendek kata, Bon Odori di Malaysia disambut dengan konsep yang lebih open, tidak membabitkan perkara yang melanggar akidah Islam. Tahun ni seperti tahun sebelumnya, Bon Odori disambut di Stadium Panasonic (Matsushita) di Sek 21, Shah Alam pada 12 July 2008.

Tahun ni pertama kali aku menyambut Bon Odori dan aku dipertanggung jawabkan oleh syarikat aku Suzuki Latex Industry Malaysia Sdn Bhd untuk menjual salah stau produk kompeni kami iaitu Belon. Aku sampai di stadium lebih kurang pukul 3 petang dan semua gerai telah pun dibuka waktu tu. Cuma orang awam belum dibenarkan masuk. Pihak penganjur hanya akan membuka pintu masuk utama pada pukul 5 petang. Tepat pukul 5 petang, pintu utama dibuka. Kami yang tengah duduk sambil makan strawberi cicah coklat akan tergamam (5 daripada 10 org dari kami baru 1st time sambut Bon Odori) sbb manusia yang menyerbu masuk bukan ratusan, malah beribu2… dahsyat beb. Terus cepat kami menelan makanan yang dalam mulut. Preparing for Business!

Seingat aku dari pukul 6.00 petang sampai pukul 9.30 malam, tak pernah aku dapat duduk walaupun sekali. Kaki dah mula rasa sakit, tekak haus, perut lapar. Tapi orang berpusu2 tak henti menyerbu gerai kami. Nak belon tu, nak belon ni. Tanya harga walaupun banner dan poster harga dh ditampal besar2. Biasa la tu. Walaupun kompeni aku menyediakan Dinner Plate KFC utk setiap seorang tp kitorg takde masa walaupun seminit untuk makan.
Dalam penat dan lelah melayan orang ramai, sempat mata aku menangkap kelibat ayah, mak, Hafiz dan Aliyah yg datang. Aku ambik yoyo belon tonjol2 kat muka Aliyah. Punya la suka pompuan kecik tu. Hafiz belikan dia belon kecik dan belon besar satu. Wooo.. family pun bayar beb. Takde tipu punya. Honesty is the best policy.


Tepat pukul 9.30 malam produk kami habis dan selamat dijual kesemuanya. Even yg rosak, getah hilang, reben takde pun org beli gak. So mulalah proses pengiraan collection. Yes!!!! Hit the target. Not only hit but beyond over the target. Amacam En Bakti? Sy tak pandai berniaga ke? Kedua2 bos Jepun aku yang ada kat sana dari petang sampai ke malam senyum puas hati. Tak henti2 say “Arigato Gozaimas for all of you.” Abg Livita kat sebelah jeles je tgk duit kitorg yg sebukit tu. Katanya “Jual belon pun leh dapat collection mcm tu. Dahsyat la Suzuki Latex.” Mmg dahsyat… marketing kitorg power beb.. Jerit belon mcm jual lelong pasar lambak. Org yg lalu depan sure singgah. Semuanya berjalan lancar dan baik. Balik rumah baru la aku bukak bungkusan KFC, makan dan terus tido sbb kaki aku rasa mcm nak tercabut.

Gambar2 Bon Odori akan dimasukkan kemudian memandangkan photographer masih dlm proses edit2. Betul kan Ejad?