Monday, June 30, 2008

Redang Revisit - Tribute to our Honeymoon



Lebih 3 tahun lepas…
Beberapa hari selepas aku selamat bergelar seorang ISTERI…
Kami berbulan madu di sini..
Kenangan waktu tu, cukup manis… cukup indah..
Itulah saat pertama kaki Andy memijak debu pasir halus Redang..
Seputih dan sehalus garam halus.. mungkin lebih halus lagi…
Aku ingat lagi masa andy bertanya “Kita di Malaysia ke, sayang?”
Dek kerana rasa kagumnya untuk tempat seindah Redang..
Terlalu kagum hingga dia mencium pipiku berkali-kali sebagai tanda terima kasih..
kerana memilih destinasi ini untuk memadu kasih kami..
Saat itu kamilah yang paling bahagia…
Sehingga aku berjanji.. suatu hari aku dan Andy akan kembali…
Mengutip balik memori cinta kami…

(Tak percaya? Tgk la gambar kat friendster aku yang tajuknya “Redang, I will come back” yang aku post 3 tahun yang lepas…)

Dan kali ini… aku telah mengotakan janji..
Bersama harapan aku datang..
Bersama Andy mengutip kembali memori kami
Yang ketika itu sangat indah dan romantis…
Sehingga tiap kali lembaran album itu ku selak,
Pasti terukir senyum di bibir.. suci sekuntum kasih waktu itu….
Ku harap hari ni, kasih itu kian mekar dalam hatinya.

Kalau dulu aku membawa Andy yang baru hendak bertatih meneroka duniaku..
Kali ini Andy yang memimpin aku, menelusuri lembah ini, daerah seorang isteri..
yang telah dibinakan khas buatku… 3 tahun yang lalu…

perh…. menangis sasterawan negara baca ayat aku ni..

Day 1 Friday 27/6/08

Seawal 7.00 pagi kami dah berada di jetty Shahbandar. Register for ferry, even 1st ferry to Redang Island will be departure at 9.00 a.m but ferry to berjaya will only departure at 10.30a.m. So, we take a walk to pasar Payang yang hanya beberapa meter dari situ. Pasar Payang ni lebih kurang mcm Pekan Rabu kat Aloq Staq je. Lepas bfast dan beli sket fruits kitorg pun lepak di ruang menunggu jetty tu. Tepat 10.15 aku nampak dowang dah jerit. “Ok, Sila naik feri. Berjaya pun naik feri ni sekali.” Blakang nun aku nampak luggage kami yang dah ditanda dengan tag Berjaya ditolak masuk dengan troli besar direct ke dalam perut feri. Perjalanan memakan masa selama hampir sejam setengah. Sampai di satu jetty di Pulau Redang, feri berhenti. Skali lagi dengar dowang jerit. “OK, Hanya Berjaya sahaja turun di sini, yang lain belum lagi.” So kami turun, tengok ada 2 buah bus Berjaya dan satu luggage’s shuttle dan ready untuk mengambil kami. One bus to Berjaya SPA and another one to Berjaya Beach. Sebaik je kaki jejak ke lobby, kedatangan kami disambut dengan welcome drink Jus Asam Boi. Lepas sign beberapa document dan bayar deposit, luggage kami naik ke dalam shuttle yang membawa kami terus naik ke dalam kawasan penempatan resort yang tenang dan cantik. Bilik aku ngan parents aku sebelah2 je, quite a big room dengan balcony yang mengadap hutan yang sunyi.. wohooo…

3.00 p.m kami naik shuttle ke Redang Beach. Inilah tempat aku ngan Andy honeymoon 3 tahun lepas. Kami terus ke tepi pantai. Aku tengok Andy pegang pasir pantai tu sambil tersenyum, tatau apa yang ada dalam hati dia. Mungkin berbisik “Pasirnya masih seputih dan sehalus 3 tahun yang lepas.” Kemudian kami bergerak ke Ayura SPA, semerbak haruman aromaterapi sebaik aje melalui pintu gerbang dia. Mmg besh, survey tempat, ambik brochure, senang nak pi besok. Then we went to Aima’s Grill, pekena nasi putih, ikan kerapu masak 3 rasa, sotong masak kicap dan kangkung goreng belacan. Waduh2 enak bangat. Lepas makan kitorg plan nak jalan kaki balik ke Berjaya SPA, tp tak sampai suku jalan, masing2 dah nak pengsan. Hehehe, nampak je shuttle terus tahan. Sampai je bilik tak tunggu lama. Tido!

7.00 p.m. aku, Andy dgn Man siap2 nak ke Long Beach. Apa yang ada kat Long Beach memalam ni? Hehehe… open Beach Disco. Happening giler. Boatman tu ckp.. hampir keseluruhan chalet dan resort kat Pulau Redang ni terletak kat Long Beach (Pasir Panjang). Cuma Berjaya je yang terletak di kaw. ni sebab pantai Berjaya private Beach, hanya untuk tenant Berjaya. Menurut boatman tu Berjaya terkenal sbg tempat yang tenang dan romantis.. dan the most expensive resort yang ada kat Redang Island. Semuanya mahal termasuk la service dia dan makanan nyer. Iyer ker? Itulah sbbnya org2 Berjaya akan carik orang2 kampung yang menyediakan service mcm transportation dan snorkelling package. Malam tu sebuah van jemput kami. Van orang kampong yang kami dah deal awal2 lagi. Dapat brochure dia masa turun dari feri tadi. Long Beach ni satu kawasan dalam Pulau Redang jugak, cuma nak ke sana dari Berjaya perlu naik bot sebab takde “jalang” nak ke sana. Itulah kata boatman tu mula2 tadi sampai tercengang2 aku. Jalang? Oh.. Jalan… Lupa lak Redang ni di Terengganu, jadi memang loghat nyer gitu. So kami bertiga dgn beberapa pelancong asing meredah laut dengan bot pancung ke Long Beach. Aduhai.. senak perut aku bila bot tu melanggar ombak yang tinggi dan terhempas semula. Terkekeh2 aku ketawa sbb perut geli. Sampai sana malam masih muda, tp orang mmg ramai. Kami minum dan makan dulu dgn tiga org boatmen yang sepakat menemankan kami malam tu. Lepas makan kami menyusuri tepi pantai Laguna sehingga ke hujung, patah balik. Lebih kurang pukul 10, aku dah dapat dengar muzik rancak dari Redang Bay Resort, ramai yang tgh menari kat depan tu. Beberapa pelancong Singapore tgh berpesta Beer kat salah satu meja. Mula2 aku tahan lagi, enjut2 je kat tepi meja. Tapi bila start lagu fevret terus aku tarik tangan Andy ke tengah, menari sampai lupa diri. This is the best open disco I’ve ever seen. Andy sampai 4 kali berhenti menari sbb kepenatan. Last2 dia datang balik bisik kat telinga aku, “Awak tanak rehat ke yang? Tak penat ke?” Aku geleng. Sambung balik dancing sampai la tiba2 tangan aku dikepit oleh satu ketiak lelaki. Basah! Iyarkk… terus aku ajak Andy balik. Tak tunggu lama… ekekek.. Sementara nak tunggu yang lain2 habis menari sempat la aku tido kat atas buaian pantai sampai la Andy kejut, “Yang bangun, kita nak balik”. Perjalanan balik amatlah mengerikan sebabnya terpaksa menempuh gelora dengan bot pancung, langsung takde cahaya. Life jacket pun tak bagi. Kalau tenggelam bot ni, sure mati sia2, almaklumlah baru buat dosa. Sampai semula kat hotel dalam pukul 1.30 pagi. I’m too tired, too exhausted but fully satisfied.

Day 2 Saturday 28/6/2008

7.45 a.m mak kejut suh bangun. Cepat2 aku siap2 lepas tu packing barang makanan untuk bawak pi snorkelling arini. Lepas tu siapkan budak kecik Aliyah Umairah, pakaikan swimming suit ngan bawak pelampung kuning dia tu. Naik shuttle dalam pukul 8.40 pagi ke Berjaya Beach. Bfast dekat Aima’s Grill, lepas tu aku hantar Aliyah dgn mak pi swimming kat Berjaya Beach pool, lari balik ke Aima’s Grill – aku nampak Andy, ayah dgn Man dah ada dalam perut van. Laju2 aku lari masuk n from here we went to jetty. Boatman dah tunggu, 1st pit stop was turtle area. Kat tgh2 laut bot berhenti. Boatman ckp “perhati betul2, penyu ada kat keliling anda.” Jeng jeng jeng… aku nampak seekor penyu tgh berenang2 naik ke permukaan, tenggelam balik dan terus ke dasar. Oh God. I miss him! And more and more turtles we saw after that..

2nd pit stop pulau tengkorak kot. Tp sini mmg terkenal banyak ikan. Berjenis2... tak takut org lak tu. Kita yg atas bot baru hulur tangan pun dia dh datang. Tak sabar2 aku, elok je boatman serahkan snorkelling set kat kitorg, pakai2 terus terjun. Tak tunggu lama. Dalam. Lebih kurang 4 meter. Ayah aku mula2 ingat cetek pasal nampak dari atas bot cetek je. Clear habis.. dari atas bot kowang leh lihat dgn jelas apa yg ada dalam laut sampai ke dasarnya. Bapak aku yang mula2 ingat cetek tu terus panik. Laju2 dia paut semula kat bot. Puas aku meyakinkan ayah aku life jacket dia selamat. Tapi dia tetap takmo caya. Sudahnya, dia cuma tgk dasar laut dari tepi bot sambil tangan dia pegang tangga besi bot. ekekekek

3rd pit stop ialah Pulau Paku. Kat sini terkenal dgn coral yang cantik2. Green coral kata boatman tu. Terjun je dari boat aku nampak keindahan dasar laut yang menakjubkan. So marvellous! Besh nya… bila dapat lihat sekawan clown fish (nemo) dan Dowri tgh main2 kat celah2 batu karang yang cantik. Rasa nak jadi mermaid plak. Susah nak gambarkan dgn kata2, hidupan laut terlalu cantik untuk digambarkan dengan kata-kata. Banyak ikan yang mungkin seumur hidup tak pernah tgk dan tak terpk pun wujud atas mukabumi ni. Boatman pimpin tangan aku berenang jauh lagi… ke satu kawasan yang coralnya hijau… mcm berlumut. Tp bukan lumut, coral keras tu mmg kaler hijau. Penuh seluruh kawasan, terlalu cantik. Hijau mata memandang. Dia tarik lagi tangan aku. Bawak ke satu kawasan yang ada kerang besar dan bergerigi. Dia ambik kerang gergasi tu dan cuh aku cuit mulutnya, lembik! Lepastu kerang tu meludah… toingggg tinggi air terpancut. Kurang asam. Seb baik tak kena muka aku. Dia tarik aku lagi, Andy plak yang dari tadi ikut dari belakang tak puas hati, dia pegang tangan sebelah kanan plak. Lepas penat berenang dia peluk kaki aku plak. Alahai pokcik, mana nak berenang, mana nak angkut dia… Pastu boatman tu bawak kat tmpt soft coral plak. Cantiknya tgk soft coral yang berwarna warni beralun2. Dias uh aku letak kaki atas coral tu, aku pun buat la… heheh.. geli.. mcm getah yang menyedut2 kaki kita. Mamat sebelah tak puas hati.. penat2 nak rasa gak. Hulur kaki jugak. Mana ayah aku ngan Man? Ekekek.. atas bot, dah pengsan. Tak larat dan tak bernafas diserbu ikan yang beribu2 banyaknya.

4th pit stop ialah baby shark area. Sekali lagi aku terjun dari boat. Boatman tu dh pening ngan aku pasal asyik terjun je, takmo ikut tangga. Pantai ni takde banyak batu karang yg cantik, semuanya warna putih, tp inilah tempat kegemaran anak2 jerung. Tempatnya cetek aje tp tak sanggup nak pijak batu karang yg tajam dan banyak, jadi u have to swim no matter what. Ntah bila boatman ada kat sebelah aku, dia pegang lagi tangan aku, pastu jarinya tunjuk kat nun jauh kat depan. “Baby Shark!” Aku rasa itulah yang dia ckp… pasal dia pakai goggle snorkelling, mana la aku dengar. Ha? Mana? Jauh nun kat depan – hujung… mana la aku nampak. Aku kan rabun. Lepas tu terkedek2 aku berenang sorang2 mencari baby shark lagi. Tiba2 sekor melintas betul2 depan mata aku. Sebesar lengan aku baby shark nyer. “Baby Shark!!!” kali ni aku plak jerit. Tp tak dengar pun perkataan tu, maklumlah pakai snorkelling goggle. Aku berenang2 cari Andy ngan Man, nk bgtau aku jumpa baby shark. Aku jumpa dowang tengah mencari2 baby shark, aku jerit panggil dowang, harap2 dowang paham la… suddenly… 2 ekor baby shark elok je melintas kat tengah2 kitorang bertiga. Serentak tiga2 jerit. Tatau apa yg dowang jerit, tp yang nyatanya dowang pun jerit. Hahaha

5th pit stop ialah Taman Laut. Marina kata orang sini. Kat sini terkenal dgn ikan yang BAPOK besar.. sket lagi la sama beso ngan kowang. Mcm biasa ar kitorg berbekalkan kopok kacang hijau, roti gardenia dgn biskut kering hancur jenama Hup Seng cicah air laut kami pun berenang2 la kat bawah jetty. Bapok!! Mmg ikang kat sini beso2 belaka. Ikang? Dh jadi ganu gok. Tangan aku sampai kena gigit. Dia ingat tangan aku roti agaknya. Pendek kata, selak ikang baru nampak air. Ikang lagi banyak dari air. Lemas aku, tp sonok giler bila dikelilingi ikan yang banyak melompat menyambar biskut kering yg aku bawak. Pelancong lain dh tak berani datang dekat, pasal terlampau banyak keliling aku sampai dowang panik. Mmg syok la beb. Tapi masa mmg mencemburui kami, lebih2 lagi ayah pun mcm dh nak pengsan, asyik ajak balik je. So habislah aktiviti snorkelling kami hari tu.

Lepas van hantar kami ke Berjaya Beach, kami pun terkedek2 la berjalan ke swimming pool mencari Aliyah dgn mak. Tgk2 dowang tgh berbaring atas kusi. ewah2… lepas tu aku ambik Aliyah bawak dia terjun dlm pool plak, followed by others. Family aku conquer satu kolam.. hehehehe…. Aliyah yang paling syok. Melompat2, menjerit2… Lepas tu balik ke Berjaya SPA, makan kat café resort. Kemudian balik ke bilik, bersihkan diri dan boommm… tido! Mmg letih giler. Lewat petang baru aku bangun. Andy plak langsung tak tidur pasal tangan dia bengkak. Urat masuk angin kot. So malam tu planning masing2 nak pi SPA, di massage oleh awek2 Bali yg cun malangnya dowang tutup kul 9 dan semua massager dowang dah di reserve awal2 lagi. So Andy dgn Man keluar untuk cari massage parlour kat tmpt lain. Aku, Aliyah, mak ngan ayah balik semula ke bilik. Singgah café, order dinner set dan mintak dia hantar ke bilik cos baby Aliyah dh tido.

Day 3 Sunday 29/06/2008

5.45 pagi mak dh kejut suh bangun. Aduh letihnya. Feri bertolak kul 7 pagi. Sampai di jeti shahbandar lebih kurang 9.00 pagi. Singgah di pasar Payang untuk bfast dan membeli belah. On d way balik singgah di kemaman utk makan satar dan kopok lekor. Hmmm… itulah kisah Redang revisit aku. Mesti ramai yang tanya. Apa “hasil” untuk percutian kali ni? Hheheh… hasilnya aku mendapat sunburn dan kulitku 5 ton lebih gelap dari asal. Terima kasih. Hehehe

Tuesday, June 24, 2008

Perginya Seekor Apok


Klu ingat Abol, mesti ingat Apok.
Abol, kura2 matahari yang cantik kepunyaanku,
Apok, burung terkukur 1 guk yang hebat kepunyaan Andy.

Adapun kisahnya... di suatu hari yang aman damai 16 Jun 2008.
aku dpt message dari andy..
"Sayang!!! Mak call saya, Apok dah mati, kena makan helang"
Walaupun tak nampak muka dia, aku tau dia sure nangis...
burung kesayangan dia beb
Baru je dia mandikan semalam..
dia bagi makan, makanan burung paling mahal kat kedai burung tu jual..
agaknya Apok tau ajalnya nak sampai..
sbb dia tak henti2 berbunyi... 3 hari sblm dia ditemui mati kat sangkar layang dia..
aku pun sedih gak. Pasal tiap kali aku sampai je umah mak aku
Aku akan tegur Apok dulu "Hai Apok, sihat ke arini?"
pasalnya dia benda hidup pertama yg aku jumpa sblm masuk umah mak aku.
Apok dh kenal sgt family kitorg, sbb tu dtg dekat pun dia relax je..
Tp kalau org yg dia tak kenal... menggelupur dia..
mesti masa helang tu datang dekat... Apok menggelupur jugak..
Sian Apok..

Tp yg hebatnya... waktu helang tu patah balik nak ambik bangkai Apok yang sangkut kat jaring.
Bapak aku dengan skill hebat telah melibas tangguk jaring ikan Andy kat dia,
Terpelanting helang tu masuk dalam kolam ikan koi..
sbb dah basah kuyup, helang tu dah tak mampu nak terbang.
Bapak aku plak laju je serkup dia, masukkan dalam sangkar..
Skang helang tu ada kat umah aku la (eh, mana ada. Helang kena ada lesen kan?)

Malam tu on d way perjalanan balik ke rumah..
Andy drive, sesekali aku dengar dia buat bunyi "Te ku kur kuk"
rindu betul dia dgn Apok.. hiba plak aku dengar bunyi tu..
Bunyi yang selalu Andy buat untuk agah Apok..
Sampai kat umah, aku nampak bangkai Apok, still tergantung kat sangkar layang.
Aku tak sanggup nak toleh Andy, sbb aku pun dah bergenang airmata masa tu..
Laju2 aku masuk umah, sempat gak aku jeling helang yang garang dlm sangkar kucing.
Elok je aku kuar balik, aku nampak Andy nak cucuk screw driver kat helang..
menjerit aku dibuatnya, aku sabarkan mamat tu jap..
bila dia dh cool je sket, dia tendang sangkar helang tu sampai kemek pintunya..
Alahai... tak dapat pukul, cuit pun jadila...
Aku tgk Andy bz semadikan bangkai Apok..
semadi kat mana? alahai... kat longkang besar depan umah...
pasal takde cangkul nak gali tanah kubur.
dia bersihkan sangkar layang Apok, gantung balik kat tempat asalnya.

Walaupun Apok bukanlah pet aku, tp aku tetap rasa kehilangan.
Kalau tak kawasan depan rumah aku tu cukup tenang.
Dengan bunyi air terjun, lepas tu bunyi air pancut ikan koi... dan diselangi bunyi Apok.
Hari ni dah seminggu pemergian Apok, tp Andy masih bersedih kalau kita sebut ttg Apok.
So this story I dedicate to Apok and my Hubby, Andy..
Apok tiada ganti... kenangannya tetap abadi..