Monday, April 28, 2008

Makhluk Tuhan Paling Seksi


Otakmu seksi itu terbukti
dari caramu memikirkan aku
matamu seksi itu terbukti
dari caramu menatap aku
Aku seperti ada
di dalam penjara cintamu
hidungmu seksi itu terbukti
dari caramu cium pipiku
bibirmu seksi itu terbukti
dari caramu sebut namaku
aku seperti ada
di dalam penjara cintamu
kamulah makhluk tuhan
yang tercipta yang paling seksi
cuma kamu yang bisa
membuatku terus menjerit
ouww ouwwouww ouww
hatimu seksi itu terbukti
dari caramu memeluk hatiku
jantungmu seksi itu terbukti
dari caramu cemburu padaku
kamulah makhluk Tuhan paling seksi
yang paling seksi, seksi sekali

Friday, April 25, 2008

Saat Paling Getir Dalam Hidupku...

Aku kira inilah pengalaman paling ngeri, tragis dan menakutkan sepanjang 26 tahun aku bernafas atas muka bumi ni..
Bermula dari aku mula mengetahui ketumbuhan dalam ovariku..
pembedahan yang perlu disegerakan..
dan sejak detik itu... aku mula menghitung hari yang mendebarkan..

Hari isnin tepat pukul 2 petang aku mendaftar masuk ke hospital Sri Kota..
Lepas sain beberapa dokumen dan membuat pembayaran deposit..
aku menunggu seketika untuk pengesahan nombor wad..
tak sampai sejam duduk dalam wad... Dr Bala datang memeriksa aku..
Dari tingkat 7 aku diarahkan dibawa turun ke tingkat 1 untuk scanning skali lagi..
Aku rasa semacam plak bila aku terpaksa duduk atas kerusi roda dan ditolak oleh seorang nurse.
Kelakar, kekok dan semacam....

Sampai di bilik doktor sekali lagi doktor melakukan proses scanning..
Dan sekali lagi aku dapat lihat ketumbuhan yang dimaksudkan...
tambah debar2 jantung aku..
Malam tu aku tidur tak lena..
Teringat kata2 nurse bahawa aku akan dibedah tepat pukul 12 tenghari..
jadi.. 11.30 aku akan mula dibawa masuk ke dewan bedah..
pukul 11.00 aku diarahkan untuk menukar baju yang disediakan..
Aku berharap... cepatlah masa berlalu.. sbb... selagi ia tak berakhir..
pernafasan aku rasa mcm tersekat2..

Esoknya kul 7 pagi Andy dah tercegat depan pintu...
aku pun dah siap mandi..
Andy senyum.. aku pun senyum gak... andy gosok kepala aku... aku telan liur..
lepas tu aku keluar... jengah patient sebelah..
namanya Noraini.. dia akan masuk dewan bedah dulu pagi ni..
Selepas dia keluar... barulah giliran aku..
Noraini nak bersalin anak pertama... ikut tingkap..
Sempat aku berbalas senyum pada Noraini.. sambil mengangguk..
dia pun seolah2 memahami isyarat yang aku berikan... turut tersenyum..
sewaktu katil Noraini ditolak masuk ke lif untuk ke dewan bedah....
aku dah tak mampu nak menahan airmata
laju je aku balik semula ke wad aku..
terus aku menangis puas2...
aku takut sebenarnya... takut teramat sangat...
teringat pesan mak... banyakkan istighfar.. selawat.. zikir..

lebih kurang pukul 9.00 pagi...
masuk seorang doktor lelaki melayu...
kalau tengok dari gaya.. mungkin awal 30an..
Dia memperkenalkan diri.. "Saya Dr Mohd Isa, sy pakar bius kat sini.
Masa Dr Bala bedah Diana nanti... sy yang akan bius Diana"
Aku mengangguk.. dia menjengah angka dari mesin mengesan denyut nadiku..
belek termometer...
"Suhu normal... Diana takut ye? Pertama kali buat pembedahan?"
aku angguk... "Jangan risau. Tenangkan fikiran"

Tepat pukul 11.00 aku salin baju yang disediakan..
cuma sehelai baju sarong bewarna hijau yang ada tali dibahagian belakang..
itu sahaja.. Beberapa minit kemudian... datang seorang nurse..
katanya nak masukkan tiub ke dalam saluran kencing...
aduh... teringat kata2 adik aku Ija (yg juga seorang nurse kat situ)
bahagian ni agak menyakitkan...
semasa proses memasukkan.. nurse mintak aku tarik nafas dalam2..
pegang tiang katil kuat2...
sakitnya... aku nafas ikut mulut... hembus kuat2..
sambil mulut tak henti2 baca bismillah...
"OK dah" kata nurse... sambil menggantung plastik yang menyambung tiub tu ke tepi katil
mmg tak selesa... tp nak wat camna... terima je la...

Lebih kurang 11.40 sebuah katil bergerak di tolak masuk ke tepi katil aku..
3 orang nurse masuk sekali..
"Kami nak bawa Diana masuk OT (operation theatre) skarang yer"
tangan kiri aku genggam tangan mak..
tangan kanan aku genggam tangan Andy..
airmata mengalir tanpa disedari..
Tuhan je la yang tahu perasaan aku waktu ni..
Mak ckp... "Andy... ampunkan semua dosa2 dia... Mudah2an senang dia hadapi pembedahan ni."
Andy jawab "Andy dh lama ampunkan dia mak. Dia takde dosa dengan Andy. Sebesar zarah pun tak ada"..
Masa tu bukan airmata aku je yang mengalir...
airmata semua yang ada di situ pun mengalir sama...
katil aku ditolak keluar dari wad...
aku pandang mak, ija dan aliyah... airmata aku tak henti2 mengalir...
Masuk lif... dari tingkat 7 aku dibawa ke tingkat 9..
Pintu masuk tertulis jelas "OPERATION THEATRE"
katil aku ditolak masuk ke dalam dewan bedah...
Andy tak dibenarkan melepasi pintu masuk..
aku masih menangis..
lepas je dari pintu seorang Nurse datang menunjukkan dokumen...
"Nama awak Siti Nordiana Bt Nordin?"
Aku mengangguk..
"Ini tandatangan awak?" sambil menunjukkan dokumen yang aku sain.
Persetujuan pembedahan...
Aku angguk lagi....
lepas tu katil aku ditolak ke satu ruangan yang luas dan terang...
sangat tenang tempat tu..
Aku nampak Dr Isa datang menghampiri katil aku..
"Diana macam mana?" "Takut." "Jangan takut.. bertenang je."
Aku ditinggalkan bersendirian seketika kat situ
aku rasa suasananya seperti dikerumuni ubat bius
sbb tiba2 aku berhenti menangis dan rasa sangat mengantuk..
hampir2 aku terlena bila tiba2 katil aku ditolak masuk ke satu bilik yang lebih menyeramkan..
bahagian atas dipenuhi lampu.. banyak...
ditengah2 terdapat katil besi... dikelilingi peralatan pembedahan...
aku diangkat dan dipindahkan ke atas katil besi tu..
tangan aku di depangkan...
Jelas di telingaku bunyi gemerincing peralatan pembedahan berlaga2..
Dr Isa mengambil tangan kiriku... menepuk2... sambil memasukkan jarum..
"Tahan ye Diana, sakit sikit." Aku angguk.
2-3 kali dia ulang ayat ni, tp tak berjaya jumpa urat yang dicari..
tangan aku dh mula sakit dicucuk berkali2...
Kemudian dia beralih ke tangan kananku..
Sekali cucuk sahaja... selamat jarumnya tertanam dalam uratku..
Dia mengambil suntikan bius..
"Baiklah Diana.. Bernafas ikut corong ni... benda ni oksigen. Sekejap lagi Diana nak tidur. Mengucap ye." Aku mengucap dua kalimah syahadah.
Seolah2 malaikat sudah turun untuk menjemputku...
Jarum suntikan masuk ke dalam tangan.. Terasa panas... kebas.. meresap laju...
sehingga.... aku tak sedar apa2 lagi lepas tu...

Pipiku ditepuk berkali2.. aku bukak mata..
Aku nampak Dr Isa sedang tersenyum,
"Dah sudah ye, Diana"
Aku terasa sakit sangat dibahagian perutku...
katil ditolak keluar ke ruangan yang luas tadi..
"Rasa mcm mana?" tanya Dr Isa..
"Sakit sangat" jawabku.. mmg betul2 sakit...
bisa sungguh...
"Nurse masukkan lagi morfin pada dia," arah Dr Isa
aku nampak cecair morfin disuntik masuk... tp aku tak rasa kesakitanku hilang.
Aku minta lagi... tapi Nurse kata "Tak boleh.. nanti overdose."
Katil aku ditolak keluar dari dewan bedah...
Aku nampak emak, ayah, Andy, ija dan Aliyah sebaik keluar dari pintu..
Sampai di wad aku dipindahkan ke atas katilku..
Segalanya berlaku pantas.. aku dengar perbualan mereka..
Ketumbuhan yang sepatutnya ada di 1 tempat..
rupanya berada di kedua2 ovariku...
Dan sebenarnya aku telah dibedah lebih dari 4 jam...
kerana ketika pembedahan barulah Dr Bala dapat mengesan ketumbuhan ke-2..
Sebenarnya aku telah tak sedarkan diri lebih dr 4 jam???
sungguh mengejutkan.. aku ingin bertanya lagi..
Tapi pada waktu itu aku tak daya utk bersuara pun..
aku seperti berada di duniaku sendiri...
hanya mendengar... tp tak mampu berbuat apa2..
Aku dapat rasa satu persatu ciuman panas di dahiku..
sayup2 aku dengar suara ayah "Anak ayah kuat semangat... Anak ayah kuat"..
Sebelum aku terus terlena....

Aku tak sedar pukul berapa aku terjaga..
Tapi aku dapat dengar suara-suara yang aku kenali..
aku cuba buka mata.. berat betul..
perlahan2 aku nampak family mertuaku...
Abah pegang tanganku... emak picit2 kakiku....
Abg Man senyum.. panggil nama aku... Pak Usu pun..
Aku tak dapat mengingati dengan jelas apa yang berlaku..
Tapi hari pertama pembedahan adalah hari yang paling meletihkan...
aku benar2 tak berdaya.. hatta utk bersuara pun..

Esok pagi aku terjaga seawal 6 pagi ketika nurse sedang masuk untuk mengambil denyutan nadiku dan suhu...
Aku demam pagi tu menurut nurse..
dia datang semula dgn pad ais untuk dilekapkan ke kepalaku..
aku termenung... sakit di perut masih terasa tapi aku menolak bila nurse hendak memberikan suntikan tahan sakit pagi td...
Ayah kata aku kuat... jadi aku harus belajar jadi kuat..
Aku tengok tangan kananku..
ada tiub yang disalurkan terus dari air yang di gantung tepi katil...
inilah air glucose agaknya... membekalkan tenaga untuk aku..
aku selak baju.. aku nampak plaster yang ditampal panjang dari kiri ke kanan bawah perutku..
di tepi bahagian kanan ada satu tiub yang dicucuk masuk ke dalam perutku..
mengeluarkan darah kotor dari dalam perut ke botol yang disangkutkan di bawah katil..
Bermakna pada ketika ini... ada 3 tiub yang dicucuk ke dalam tubuhku...
Aku menghembus nafas panjang...
Berkali2 aku memohon dikuatkan semangat untuk menghadapi dugaan ni...
Kemudian datang 2 org nurse menolak troli untuk lap badanku..
Azabnya rasa bila badanku dialih2kan..
Walhal aku rasa kedua2 nurse tersebut buat dengan begitu cermat dan lembut..
berkali2 mereka minta maaf bila aku mengaduh kesakitan..
aku terfikir... kalau aku kat GH... mcm mana agaknya...

Pukul 8 pagi Andy dan mak mertuaku sampai..
Aku dah mampu berbual... tak mcm semalam..
ternyata perubahan positif ini melegakan semua org..
Tak banyak yang berlaku pada hari kedua...
kecuali pada malam tu.... nurse mancabut tube dari dari saluran kencingku...
katanya "Lepas ni Diana kena jalan kaki ke tandas ye. Tekan butang merah mcm biasa untuk bantuan nurse"
Dan malam tu aku melalui penderitaan bila nak terkencing pada pukul 4 pagi...
Aku berjalan kaki ke tandas seorang diri... perlahan2.. dengan memegang tiang beroda
yang tergantung darah dan juga air glucose..
aku dapat lihat setiap gerakan kakiku..
menambahkan kelajuan darah yang keluar dari tubuhku..
terus masuk ke dalam botol kelabu....
aduh... ngerinya...
Tp aku berjaya melakukannya walaupun penuh dgn susah payah
aku berjaya balik semula ke katil dan sambung tidur
I'm proud of myself.... aku ingat kata2 ayah "Anak ayah kuat!"

Esoknya Dr Bala meneliti rekod aku seperti biasa..
Dia membelek botol darah yang tergantung di bawah katil..
"Diana dah berjalan ke tandas?"
aku angguk... "malam tadi"
"Seorang saja?" aku angguk dan senyum...
Dr Bala senyum... "Bagus... You kuat.. bagus.."
"Kalau takde darah keluar lagi hari ni, kita akan cabut tube ni..
Pagi ni diana dah boleh makan bubur.."
aku senyum...
Malam tu jarum di tangan kanan dikeluarkan...
dan tube di perutku di keluarkan
sebelum tube dekat perut tu dikeluarkan...
aku telah diarahkan menelan pil tahan sakit... dan diberikan suntikan tahan sakit di peha...
Ketika tube dikeluarkan dari perutku... Nyilunya... tuhan je yg tau..
aku dapat rasakan jarum tu perlahan2 bergerak keluar dari perutku..
dan mengejutkan.... jarum yang tertanam dalam perutku sepanjang jari hantuku...
Ya Allah.... patutlah sakit...
Esoknya aku dibenarkan pulang pada pukul 5 petang
Sebelum pulang... sempat aku menjengah Noraini...
Dia agak terkejut melihat aku yang dah boleh berjalan laju..
Ramai kakitangan hospital yang mangatakan aku cepat sembuh
mungkin kerana aku kuat semangat...
Dan sebenarnya tiap kali aku menerima pujian ini
aku akan balik ke bilik dan menangis...
Aku bersyukur kepadamu Ya Allah..
kerana doaku yang tak putus2 meminta dikuatkan semangat akhirnya termakbul...
Terima kasih untuk kawan2 yang sudi datang melawat..
Anne dan Sepul yang belikan pati ayam brand... hehehe
kawan2 yang mendoakan dari jauh..
Keluarga mertua yang sanggup datang... dan siap menghulurkan beberapa keping note hijau setiap seorang.. fuhhhh... besh nyer
Mak, ayah, Ija, Hafiz, Aliyah yang datang berulang kali ke hospital untuk menguruskan aku..
dan akhir sekali....
Buat Si Dia.... yang tercinta... bersengkang mata menjagaku...
menunggu di luar bilik bedah dengan doa yang tak putus2 dan airmata
mengangkatku dari katil ... walhal badanku lebih berat dari dia..
sentiasa berada di sisi bila aku memerlukan..
Memberi kata2 semangat... sabar dengan kerenahku...
dan mengampunkan aku... sekaligus memudahkan proses pembedahan ini....
Sayang.... untuk 2 tahun ni... hanya kesabaranmu dan semangatmu yang aku harapkan..
Harapnya hatimu tak berubah melalui fasa yg lebih sukar selepas ini...

Sunday, April 20, 2008

Ya Allah...
Atas hamparan ini aku menadah tangan
meminta sesuatu yang terlalu besar
Walaupun aku sedar aku tak layak..
Aku hamba-Mu yang alpa..
aku hamba-Mu yang kerap mungkar..
Mengingatimu... marayumu di saat tidak berdaya lagi..
tetapi... hanya Engkaulah satu-satunya tempat ku meminta..
ampuniku.. Ya Allah..

Ya Allah...
Untuk dugaan yang terlalu berat ini
aku tak layak mempersoalkan..
harusnya aku mengerti amaran dariMu ini..
aku pasrah Ya Allah...
namun..
aku mohon kekuatan...
aku memohon ketabahan... kecekalan..
dan semangat yang tak putus-putus...

Ya Allah...
Malam ini... airmataku gugur lagi...
sama seperti malam-malam sebelumnya..
aku yakin malam esok juga..
tapi... untuk kesakitan dan dugaan ini
aku masih memohon agar masih ada esok.. lusa.. dan hari-hari berikutnya untukku..
Aku masih berharap agar masih ada bahagia buatku
Aku masih berharap agar dikuatkan hati dan semangatku..
Aku masih berharap agar ada keajaiban buatku..

Ya Allah...
Malam ini aku menadah tangan lagi
Aku.... hambaMu yang alpa..

Thursday, April 17, 2008

ANDAI KU TAHU...

ANDAI KU TAHU
BILA TIBA AJALKU
KU AKAN MEMOHON
TUHAN TOLONG PANJANGKAN UMURKU..


ANDAI KU TAHU
MALAIKAT-MU AKAN MENJEMPUTKU
IZINKAN AKU MENGUCAP BERTAUBAT PADAMU

AKU TAKUT
AKAN SEMUA DOSA DOSAKU
AKU TAKUT
DOSA YANG TERUS MEMBAYANGIKU
AMPUNI AKU DARI SEGALA DOSA DOSAKU
AMPUNI AKU..
MENANGIS KU BERTAUBAT PADAMU..

Tak pernah ku duga..
Sakit yang aku alami setiap bulan ni..
Bukannya sakit yang biasa..
Akhirnya hari ni terbukalah semua rahsia..
Telah setahun ketumbuhan ini membesar bersebelahan rahimku..

Saat visual scan tu aku tengok
Berdebar-debar jantung aku..
Doktor kata “Ini rahim kamu… dan ini ketumbuhannya”
Aku rasa macam kedua-duanya hampir sama saiznya
Doktor kata dah 7cm dan sudah cukup besar
Pembedahan perlu disegerakan..
Jangan bertangguh lagi..
Telan air liur aku…

Aku menangis.. mungkin takut..
Mungkin tak menduga sama sekali
Aku rasakan.. seolah-olah cerpen rekaanku selama ini
Bakal menjadi nyata..
Mimpi Andy baru-baru ni… umpama petanda…
Aduh… takutnya aku..
Siapalah aku… tak layak aku bertanya kepada-Nya..
Kenapa aku yang menjadi pilihanNya

Isnin ni aku akan mula dimasukkan ke wad
Pusat Pakar Perubatan Sri Kota, Klang.
Mula berpuasa…

Hari Selasa pagi aku bakal dibedah..
Dr. Bala Pakar Ginekologi yang menggalas tanggungjawab besar ni
Tolong doakan aku… moga segalanya berjalan lancar
Untuk Andy, Ampunkan saya ye sayang…
Andainya terjadi sesuatu yang tak diingini..
Redhalah dengan ketentuanNya.

Saturday, April 12, 2008

CorNeLLo ~ I'm In LoVEeee...!


Sejak melihatmu
Ku jatuh hati padamu
Saat mengenalmu
Semakin ku ingin kamu
Mahukah engkau menemani aku?

Hari kuindah
Dua hati kan bersatu
Hariku indah
Dua langkah menjadi satu
Andai aku dan kamu
Bersama selalu

Saat kau menatapku
Aku jadi salah tingkah
Kau genggam tanganku
Berdebar debar jantungku
Mahukah engkau Menemani aku?

Hari kuindah
Dua hati kan bersatu
Hariku indah
Dua langkah menjadi satu
Andai aku dan kamu
Bersama selalu

Dan bila kau tak ada
Mengapaku memikirkanmu
Apakah engkau juga memikirkan aku?