Friday, March 28, 2008

Kisah Famous Amos, Elle, Dome dan....










2 hari lepas aku teringin sangat2 nak makan famous amos cookies..
So bila andy balik kerja dalam kul 7.30 tu.. kitorg balik umah mak kejap..
ambik barang andy yang tertinggal.. dan beberapa urusan lain..
Malangnya urusan andy tu mengambil masa yang agak lama..
Sampai aku ngan Aliyah pun dah nak tertidur keletihan bergurau..
Sampai kat Jusco Bkt Raja agak lewat..
aku berlari-lari pi kat kiosk famous Amos...
Tapi.. diorang dah simpan semua biskut2 tu...
sedihnya... kempunan den...

Smlm andy janji akan bawak aku beli Famous Amos..
tp aku tunggu sampai kul 8.10 dia lum balik umah...
Dalam hati aku dah cakap... mungkin tak sempat lagi arini..
Suddenly andy balik...
terus laju2 suh aku siap... aku yang memang dah siap2..
terus follow andy naik keta..
Andy bawak pi Subang Parade.. Terus pi Famous Amos..
baru aku nak order 100gram Choc Chip and Macadamia Nut..
Andy dah order 300gram biskut tu... dan 200 gram biskut hitam...
dan pesan.. suh bungkus cantik2 dalam balang yang paling tinggi...
wow... andy kata... "hadiah untuk awak".
Then sementara menunggu dowang membungkus...
Andy bawak aku pi Parkson..
Dia ckp.. dia suh aku pilih wallet mana yang aku suka..
Dari jauh aku dh nampak wallet Elle yang menawan..
aku angkat.. belek harga.. mak datuk... letak balik..
lepas tu pergi kat kaw. Carlo Rino.. belek2 wallet Carlo Rino plak..
Andy ambik wallet Elle and he said "Saya suka ni.. cantik. Awak ambik ni ye. Match dgn handbag Elle awak"
Aku sengih lebar2... mmg tu yang aku kenan pun..
"Mahal la yang.."
"Takpe... Hadiah Anniversary dari saya untuk awak"
Tambah Lebar sengih aku...

Then andy cakap.. "Jom makan TGI Friday.."
Aku cakap.. "Tak mau.. saya nak makan kat Dome"
so.. kitorg makan kat Dome.. sampai tak larat nak telan lagi..
Lepas makan balik... mandi... tepuk2 bantal..
balas2 pandang... sengih2... and then... paham2 je la...
(kenapa ramai sgt yg salah paham tang ni???)
tido la... ingat kitorg takde kije lain ke??
This is what I called romantic..
agree with me?
No?? Lantak la kowang

Sunday, March 23, 2008

Cameron Highland -22nd March 08




Waduh.. waduh.. letihnya...
Semalam kul 7.30 pg kitorg bertiga dh bertolak pi Cameron?
Camna leh pi Cameron? huhuhu.... Ejad tgh kemaruk.. biasa la..
Selain tgh kemaruk nak ambik gambar scenery yg menarik
dia kemaruk mencari hatinya yang di bawa lari ke Cameron...
hahahhahaha... "Hatiku tertinggal di Cameron".
Maka, we start our journey with Ejad's Satria...
"aribaaaa... angreee... angreee"

Perjalanan pergi agak memualkan...
hampir2 pitam aku dibuatnya..
al-maklumlah... aku mmg tak leh jalan yang bengkang bengkok..
mula la rasa nak "uweeeeekkkkk"
so we stop at the first pit..
'Cafe Bharat Tea'.. laju je aku turun...
menikmati pemandangan indah lautan kebun teh..
dan kesegaran angin Cameron Highland..
huh.... terasa berbaloi perjalanan yang memualkan tadi..
Sempat lagu aku menyambar Strawberry tea ngan uncang teh untuk aku ngan mak aku..
kuar dari shop.. cari andy ngan ejad..
ewah2... mamat berdua tu tgh menikmati teh ala ala english style..

Sampai dekat Tanah Rata
perut dah lapar bangat..
berhenti untuk mencekik..
nasi campur.. agak murah jugak...
lebih murah dari Shah Alam..

Lepas makan direct go to Equatorial Hotel
Hajat di hati nak check-in..
malangnya tak jadi.. so we take a few shots there..

Then kami menjelajah satu persatu tempat menarik kat Cameron,
pergi Taman Rama-rama - dipenuhi rama2 yang jinak..
sempat lagi membaling syiling dalam wishing lake..
Lepas tu jalan kat Raju's Strawberry Farm...
hmmm.. pekena buah strawberry direndam coklat cair..
ohh... nikmatnya...
Then.. stop at the Vegetable Market...
sempat membeli bunga hidup... buat hiasan pasu kat umah
dan sayur2 segar untuk mak aku...
Teruskan perjalanan ke Fragrance Nursery...
cari anthurium untuk mak ejad..
hehehe.... "rare color" - tinggi betul citarasa mak ejad
seb baik... anaknya baik.. mak mintak satu... anak bagi 3 pokok anthurium..
pink, purple and maroon....
singgah di market yg lain... sempat lg aku makan strawberry cicah coklat keras plak
waduh waduh.... enak bangat!

Kat sini pun masih mencari mapley?
Yes we were pekena roti ngan teh tarik...
di salah satu mapley kat sini... dalam hujan yg mcm ais mencair..
mengigil2 satu badan... FROZZZZZZ

Teruskan perjalanan ke KHM Strawberry and Jem.
Apa ada di sini? hehehehe... Di sini la ada hati ejad..
masuk je dalam farm dia.. dh nampak RTM tgh wat shooting dokumentari..
awek ejad tgh shooting cekik biskut cicah jem stoberi...
rupanya kat sini terkenal homemade strawberry jem yg sgt sedap..
itulah pertama kali aku bertentang mata dgn awek ejad... Dyana...
Diana meets Dyana.. hehehehe...
She's cheerful and friendly girl.. nice to meet u...

Malam tu kitorg makan kat steak house and steamboat..
ejad ngan Dyana yang belanja...
kononnya bcos of my special birthday occasion...
Thank you so much...
Singgah kat night market di Brinchang...
murah gilerrkkkkk.... sempat la membeli jagung Cameron
dan madu lebah asli..
Then hantar balik Dyana ke Heritage Hotel..
tmpt crew RTM tinggal... b4 we gone back...
sepanjang perjalanan balik ke Shah Alam...
I faced a nightmare journey again bila start balik mual..
lebih hebat dari pagi td...
sampai lembik badan aku... setelah mengeluarkan isi perutku...
sampai je rumah... terus terjelupuk... tido...
ejad... lenkali kita ban Cameron...
Kita pi kepulauan Seychelles plak yerk...
huhuhuhuhu......
Please put it in our next visit schedule..
Thank you...

Friday, March 21, 2008

Happy 26th Birthday Vic @ Diana

Hari ni 21 Mac 2008. 8.30 pagi. Pada 26 tahun lepas waktu ni aku baru dilahirkan di Hospital Assunta, Petaling Jaya. Doktor Menan yang sambut. Cahaya mata parents aku yang pertama setelah lebih 3 tahun menunggu. Memang mak idam2kan seorang puteri agar dapat menjadi kakak dan melindungi adik-adiknya. Tapi saat kelahiran aku meresahkan emak kerana aku tak mahu ikut pintu, aku nak keluar ikut tingkap jugak. Kesian mak aku, penat menangung sakit tapi aku tetap nak ikut tingkap.. akhirnya aku dilahirkan secara pembedahan.

Aku dibesarkan dengan kasih sayang. Ayah dan emak melengkapi hidup aku dengan sepenuhnya. Pendek kata, dalam kawasan perumahan aku tu, permainan aku la yang paling sophisticated, maju dan banyak. 3 tahun kemudian adik perempuan aku dilahirkan. Teman yang paling rapat dan mangsa buli aku. Disebabkan kenakalan aku yang ter“over” aku selalu dimarahi emak ngan ayah. Jangan ingat aku tak pernah kena rotan. Keliling rumah ayah kejar aku ngan tali pinggang, hanger dan rotan. Berbirat2 kaki aku disesahnya. Kadang2 bontot, kadang2 tangan. Penampar pun banyak kali hinggap kat muka. Sampai mak naik cuak. Tapi aku mmg tak pernah serik. Hari ni minta maaf, besok buat lagi. Budak kecik… biasalah.. curiosity tinggi. Lagi orang kata jangan, lagi dibuat. Tapi ada hikmahnya ayah buat mcm tu, didikan sempurna telah berjaya membentuk aku menjadi acuan yang dia mahu. Bila dah nampak acuannya seperti yang dikehendaki… aku pun menjadi puteri kesayangan ayah. Maklumlah… aku mewarisi 75% wajahnya dan 80% perangainya.

Segar lagi ingatanku pada airmata ayah saat pernikahanku. Bila saksi-saksi menjawab “sah!” lafaz akad Andy. Bukan airmata aku aje yang berjuraian. Airmata ayah pun mengalir sama. Barangkali membayangkan puteri yang dibesarkan, yang dimanjai kini telah berpindah tangan kepada sang suami. Sekali lagi airmata ayah tumpah saat menepung tawar aku. Terasa air hangat itu di pipiku bila dia mencium wajahku. Emak pun begitu. Cuma dalam hal ni, emak kelihatan lebih tenang berbanding ayah. Bukankah aku dah cakap, aku puteri kesayangan ayah.

Kukira aku sudah cukup matang menempuh alam dewasa. 24 tahun aku membesar dengan baik hasil didikan ayah dan emak. Tp ternyata pada usia 25 tahun aku masih naïf untuk mengenali rencah hidup dunia. Ampunkanlah aku. Aku mengecewakan semua. Keluargaku, suamiku dan diriku sendiri. Tapi aku membawa seribu harapan.. agar menginjaknya usia 26 tahun ni, aku dibekalkan dengan semangat dan kekuatan hidup. Agar rohaniku diisi taufik dan hidayah. Agar mata hati aku celik dan mula mengenali resam hidup. Penuh harapan yang sarat dalam karung yang aku kendong melangkah ke pintu 26 tahun ini. Moga doaku diperkenankan. Aku mungkin bukan anak yang sempurna kepada ibubapaku, bukan kakak yang sempurna buat adik-adikku, bukan isteri yang solehah untuk suamiku tetapi aku berjanji akan memperbaiki diriku sedaya upayaku. Bukan sahaja untuk mereka, juga untuk Aliyah Umairah dan Irfan Hakimi.


26 tahun ku kira sudah cukup layak untuk aku bergelar ibu. Kalau ada rezeki diperkenankan Allah, InsyaAllah. Mungkin lepas bergelar ibu nanti aku tampil imej berbeza. Moga sampai seru. InsyaAllah. Ibu yang baik harus menjadi contoh pada anak-anaknya. Jadi untuk membentuk anak yang baik, aku yang harus mulakan langkah pertama.

Cukuplah sampai sini. Terima kasih untuk kawan-kawan yang menghantar sms ucapan besday seawal pukul 1 pagi td dan yang hantar friendster message. Thank you so much… . Ingin sekali aku petik kata2 tinta pujangga untuk dikongsi dengan semua..

“Belajarlah mencintai orang yang mencintai anda..
Dan bukannya mengejar orang yang anda cinta..
Bersyukur dengan pasangan anda..
Biarpun dia ada kekurangan, tetapi dengan kekurangan itu
Dia telah menghambakan hidup dan pertaruhkan kesetiaan kepada anda..
Sedangkan lelaki idaman anda.. belum tentu mampu berlaku setia
Kerana dalam keadaan anda yang masih sempurna dan sihat..
Dia masih mampu meninggalkan anda
Bayangkanlah kiranya anda dalam keadaan yang tak berdaya..
Sakit atau tidak sempurna lagi...”


Menarik tak? Aku telah mulakan usia 26 tahun dengan airmata. Izinkan aku sudahnya dengan senyuman kelak. So… Hargailah hidup kita. Kerana tanggungjawab aku ialah untuk memastikan aku menikmati hidup ini dengan ikhlas dan tabah. Live and fight for better life. This is my duty and my responsibility. Nikmati tarikh 21 Mac 2008 sebagai orang yang baru. Happy 26th Birthday, Diana.

Sunday, March 16, 2008

From Cherakah With Love

Aloha... ejad marah la aku tak tulis apa2 kat blog bukit cherakah ni..
huhu.. k la.. aku tulis la...
bukan takmo tulis.. tp... maleh..
ntah nape sejak 2 menjak ni aku jadi pamaleh..
bak kata orang banjar... Pengulir... hahahah

camna leh sesat kat bukit cherakah ni?
takde dalam schedule weekend aku pun sebonanya..
tp ini semua pengaruh si ejad ngan laki aku la ni..
Si ejad nak menge"test" ketangkasan dan kecekapan kamera canggih yang setnya cecah RM10K reganya.. Nikon D300... and the nearest place with good scenery is bukit cherakah..
Here we are! Tp gua mmg salute giler ngan lu punya kamera la ejad..
no wonder la andy pun dah tergedik2 nak beli kamera mcm ko..
awesome beb... superb!
dulu aku kureng setuju bila andy nak beli kamera cam tu..
(tp tak silap aku andy nak beli murah sket - Nikon D40x)
tp lama2... bila melihat kecanggihan kamera tersebut..
aku setuju je la.. lagipun duit dia..
hahaha... lagipun aku membayangkan aku bakal menjadi
Malaysia Next Top Model dgn kamera tu... :P

Mmg seronok gilerk ar pi sana..
puas bergambar.. tgk scenery yg indah2..
dan our 1st and marvellous experience.. ialah bila
kali pertama terdengar bunyi burung merak..
serentak mulut kitorg bertiga ternganga...
Bapak...!! Badan kecik bunyi tak hingat..
mcm pmpn meroyan.. klu malam2 dlm hutan...
mau terkencing aku dengar..

tp ada satu pengalaman yang kurang besh terjadi kat situ..
bila kitorg nak beredar dari cage burung merak tu..
nak ke taman agro plak.. lalu dekat laluan pedestrian..
Suddenly bUP!!!!!! aku jatuh terduduk..
tulang punggung aku terhentak kat atas batu jalan tu..
terasa bergegar segala usus dan perut aku..
masa jatuh tu aku cuma pikir 2 benda aje
pertama "Syukur Alhamdullillah aku tak mengandung...
kalau tak confirm aku keguguran kat situ... and andy for sure nangis guling2".
Kedua "Kenapa aku tak insurankan punggung Shakira aku ni?"
hahahahha.. tp sakitnya kejap je..
pastu aku dh mcm lipas kudung balik dah
bak kata andy "tak serik2..."

Oh... gambar kuda kat bawah ni..
sebenarnya kuda ni liar sket..
berapa kali aku nak pegang dia menggoyang2kan kepalanya
aku tatau dia ok ke tak masa tu..
sbb tu kalau tgk.. muka aku sedikit cuak..
and.. almost all the photos below... was taken after I felt down...
So... my bump seem bigger than normal..
(masih takmo ngaku dh gemuk tu)
betul... bontot aku bengkak tu...
aku tak gemuk... tak tipu...
uwaaaaaaaa mak..... nak buat liposuction!!!!!!!!!!!







Wednesday, March 12, 2008

Jangan jadi lelaki itu...


Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu
dan mungkin ia akan MENDERITA
selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU
hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya
selagi dia mengingatimu....

Janganlah jadi Lelaki yang melarikan diri dari cinta..
Setelah merampas seluruh hidupnya
Kerana ia perbuatan lelaki PENGECUT
Sama seperti Lelaki yang melarikan diri dari Medan Perang..
Sehingga ia wajib dijatuhkan hukuman bunuh.

P/S: aku jumpa kata-kata ni dari friendster seorang kawan..
And I think it is very interesting to share with you..

Pertama kali aku kenal cinta
pertama kali aku diluka..
kini aku menjadi tanda
sebuah tugu cinta..

Tuesday, March 11, 2008

Kisah Pilihanraya 2008

Hari2 yang berlalu.. aku rasa macam terlalu cepat.
Tak terasa masa pantas berlalu…
Biarlah… aku penat menghitung hari..
Dari hari ke hari.. aku mengharapkan keajaiban berlaku..
Nyatanya, harapan aku cuma mimpi..
Vic yang tak pernah jemu bermimpi..
Vic yang tak serik memasang harapan..
Agaknya… Tuhan menjadikan seseorang itu kuat..
Dan seorang lagi lemah..
Akulah yang lemah…
Pernah bayangkan seorang yang luka parah
Bersusah payah untuk bangun?
Cuba berpaut dengan apa yang ada?
Mcm tu la keadaan aku..
Siapalah yang tahu apa yang ada di sebalik senyumku..


Melalut lagi aku hari ni.
Cukuplah kisah sedih, siapalah yang nak dengar.
Orang cuma suka baca kisah lucu..
Gembira… Ketawa.. Itu kan karakter vic yang korang kenal..
As u wish…
Cerita pasal pilihanraya yang dah berlalu..
Oh… seronok sungguh pengalaman pertama kali membuang undi.
Bagusnya bila tangan kita yang memangkah…
Mampu memberi satu makna besar pada sebuah kerajaan..

7hb Mac pukul 8.00 malam aku tiba rumah cousin aku..
kat Petaling Jaya, he’s getting married..
so as a usual tradition of my Johorian family..
kami akan berganding bahu menyumbang tenaga kat mana2 yang patut..
Tapi pada malam tu… tangan bergerak..
Mulut pun tak henti2 gerak gak.. celoteh isu hot ttg pilihanraya..
Tiba2 salah sorang pakcik aku mengeluarkan CD hot..
CD kempen… hahaha… aku bukanlah seorang mudah dipengaruhi
Tp.. apa yang diwar2kan dlm cd tu mmg masuk akal..
Memang boleh diterima oleh pemikiran cerdik pandai..
Orang bodoh je la yang tak leh nak nilai..
Tiba2 aku jadi benci pada Abang KJ. (Klu kowang tatau, buat2 je la tau)
Kalau aku taip nama penuh dia.. kang blog aku kena ban.
Dulu aku cukup suka kat abg KJ ni, glitter2 di wajahnya la konon…
Tp skang ni mata aku dh celik..
Aku benci ko abg KJ.. harap2 ko kalah…
Bila dh terhantuk mcm ni… teringat aku kat seseorang …

Esoknya aku pergi mengundi… ngan mak ayah aku..
Happy giler.. 1st time la katakan…
Seronok tengok gelagat peraih undi..
Kami bertiga pakat buat2 tak tunjuk pilihan kami..
Jadi kami pergi ke dua2 balai pun..
BN & BA… cek nama di booth BN,
Ambik gift kat booth BA..
Lepas je buang undi.. aku ngan mak ayah aku senyum puas
Penuh makna… sambil jalan kaki balik ke rumah.
Tgh berjalan tu kami lalu la semula booth tadi..
Masalahnya.. hasrat kami yang nak rahsiakan undian tu tak kesampaian
Sebab mak aku telah me“reveal” kan rahsia kami..
Masa on the way nak balik tu..
Salah sorang dari peraih undi (tak leh sebut parti mana, nanti kowang tau)
Telah mengucapkan terima kasih kat aku… ngan mak aku..
Aku pun jawab la “sama-sama” (sbb aku mmg undi parti dia)
Tiba2 mak aku terus peluk pmpn peraih undi tu sambil cakap..
“moga Allah berpihak pada kita…” sambil nangis2…
aduhai.. aku terus peluk lengan bapak aku…
nyorok kat bahu dia… malu punya pasal..
(tp aku tak sedar masa tu pun aku dh nangis-sebak)
Orang kat booth yang satu lagi dah jeling2 je..
Dah le ramai giler jiran tetangga aku kat booth yg satu lagi tu..
Habis arr… kalau kalah parti yang aku pangkah..
Mau kena pulau.. Mak ni.. undi kan rahsia…

Malam tu sekali lagi kami berkumpul kat Petaling Jaya
Ada majlis resepsi.. (majlis besar esoknya)
Tapi malam tu all the Hj Hitam’s Family dh kumpul2…
Ada makan2… barbeQ, Ikan bakar, Laksa, Kuey Teow Kerang
Nasi Lemak, Kambing Panggang, Sup Kambing.. perghh..
Punya la banyaknya makanan…
Tp semua org mcm takde selera makan masa tu
Sbb masing2 tak sabar nak tunggu keputusan…
Debar2 la masa tu.. bila tiba2 naik popup yang mengatakan Tok Sami kalah…
Aku melompat 360 darjah…. Family aku lagi la..
Perghh… macam ada joget lambak dalam umah tu..
Happy giler..
Tiba2 perut rasa lapar…
Pakcik2 aku yang puasa tadi.. terus mencekik kambing..
Aku pun soru gak… BarbeQ.. hahahah..
Sambung balik tgk tv pastu.. sampai kul 2 pagi..
Baru aku balik. Itu pun ayah aku tanak balik lagi..
Aku terpaksa sound tepek kat dia “ayah, takkan nak tunggu tol free baru nak balik?”
Hehehe… bila sampai umah.. aku sambung lagi tgk tv…
Sampai kul 4 pagi.. sampai tertido atas sofa..
Esoknya kul 7 pagi aku dh ngadap tv balik..
Keseluruhannya, aku berpuas hati dengan keputusan pilihanraya kali ni.

Friday, March 07, 2008

Cerpen: Rahsia Sayang - In Memory1982-2008

Sayang..
Entah untuk apa catatan ini abang karang. Entah kepada siapa harus abang serahkan. Entah mungkinkah sayang dapat membaca tulisan abang. Adakah sayang diberi peluang untuk bersama abang tanpa abang sedari?

Sayang..
Abang masih ingat tarikh itu.11 November, 11.00 malam. Angka yang paling sayang suka. Sayang pernah cakap, sayang selalu bermimpikan nombor 11. “Mungkin tuhan ingin memberitahu bahawa ada sesuatu tentang nombor 11 yang sayang perlu tahu.” Abang ketawa dengar kata-kata sayang. Abang kata, sayang suka merepek. Tapi abang silap.

Sayang..
Kadang-kadang abang dapat rasa kehadiran sayang. Sungguh jelas dalam rumah kita suara sayang menyanyi lagu yang tak dapat difahami maknanya. Tapi abang cukup suka bila dengar sayang nyanyi macam tu. Bunyinya sangat comel dan manja. Sayang sampai rakam dalam telefon abang dan jadikan ia menjadi bunyi “alarm” untuk mengejutkan abang tiaptiap pagi. Sampai sekarang, abang tak pernah tukar.

Sayang..
Kadang-kadang bila abang balik dari kerja abang terasa seperti sayang menyorok di belakang pintu. Menunggu masa untuk mengejutkan abang dengan sergahan sayang. Kemudian sayang akan ketawa dan lari. Abang pula akan kejar untuk mencubit sayang. Lucu betul. Namun adakalanya abang tak dapat menahan airmata bila melihat selipar rumah milik sayang. Selipar berbulu dengan kepala arnab di atasnya. Sayang gelarkan dia “bunny”. Abang cukup suka perhatikan kaki sayang berjalan dalam rumah dengan selipar tu. Tapi sayang selalu marah sambil cekak pinggang. Abang pernah cakap, “Selipar tu untuk budak-budak je, sayang tu dah boleh jadi mak budak.” Tapi sayang cebik bibir. Sayang memang suka buat macam tu.

Abang ingat lagi, sayang pernah tanya abang kalau ditakdirkan sayang mati dulu, apa perkara yang paling abang ingat tentang sayang. Abang jawab “Terlalu banyak. Lesung pipit sayang, ketawa sayang, cebik bibir yang sayang selalu buat, lagu sayang yang merapu tu dan macam-macam lagi.” Abang perasan sayang memang suka uji abang dengan soalan-soalan macam ni. Kalau sayang tak ada lagi.. Kalau sayang pergi.. Kalau kita tak bersama lagi… Sebenarnya abang tak suka jawab soalan sayang tapi sayang akan paksa abang jawab. Sayang memang macam tu.

Sayang…
Dulu di awal perkahwinan kita, sayang pernah berjanji dengan abang, sayang akan jadi isteri yang solehah macam lagu yang abang selalu nyanyikan untuk sayang. Isteri Cerdik yang Solehah. Tapi sejak beberapa bulan yang lepas sayang selalu cakap, sayang gagal jadi isteri yang Solehah. Tapi abang tak kisah, abang tak pernah rasa sayang buruk dan sejahat seperti yang sayang selalu katakan. Sayang kan isteri abang, abang terima sayang seadanya. Ingat tak, dulu sayang cukup suka dengar abang nyanyikan lagu Kopratasa – Permata Untuk Isteri. Tapi sejak akhir-akhir ini, dengar lagu tu sahaja, pasti sayang menangis. Abang pun tak mengerti.

Sayang..
Tiga tahun perkahwinan kita, abang rasa cukup bahagia. Walaupun ada pasang surut dalam rumahtangga kita tapi memang adat, sedangkan lidah lagikan tergigit. Abang tak pernah rasa kekurangan dalam rumahtangga kita cuma kalau dulu, kita berjauhan, tapi kemudian kita dah kembali tinggal bersama. Namun sayang selalu takut abang berkecil hati bila kita masih tidak mempunyai cahaya mata. Sebenarnya abang tahu sayang belum bersedia untuk memikul tanggung jawab berat sebagai ibu. Abang perasan sangat. Lagipun sayang tak pernah menunjukkan minat untuk mempunyai anak sendiri. Tak pernah sekalipun sayang bercakap dengan abang mengenainya. Abang pun begitu cuma sayang saja yang tak mahu percaya. Tapi entah kenapa semenjak beberapa bulan yang lepas, sayang beriya-iya sangat hendak mengandung. Abang pun tumpang seronok. Abang fikir mungkin sayang dah bersedia, rupanya abang silap lagi.

Sayang,
Bila sayang disahkan mengandung, abanglah orang yang paling gembira sekali. Laju je abang khabarkan berita gembira ini kepada abah dan emak dekat kampong. Mereka semuanya gembira. Sayang pula, abang tatang bagai minyak yang penuh. Apa sahaja yang sayang terasa nak makan, abang akan dapatkan pada waktu itu juga. Abang tak beri sayang buat kerja rumah berat-berat. Walaupun dulu abang cukup suka dan berselera dengan masakan sayang, tapi demi anak kita, abang tak mahu sayang penat memasak untuk abang sementelah sayang sendiri letih bila pulang dari kerja.

Tapi…
Dalam keseronokan abang untuk menjadi seorang ayah, abang lupa mentafsirkan cahaya di mata sayang. Abang tak sedar ianya semakin sirna. Sayang kerap benar termenung dan menangis. Bila abang tegur ada sahaja alasan sayang. Mata masuk habuk, majalah cerita sedih. Aduhai sayang. Alasan tu dah lapuk. Tak boleh digunakan lagi di zaman ni. Entah apa yang sayang rahsiakan dari abang. Abang ingat lagi, sayang selalu berdoa moga-moga anak dalam rahim sayang itu lelaki. Sayang dah pilihkan nama untuk dia. Irfan Hakimi. Irfan sebab namanya hampir sama dengan nama abang.

Sayang..
Abang tahu ini bukanlah waktunya. 11 November bukan tarikhnya untuk Irfan menjengah dunia. Tapi sayang pula dah seperti cacing yang kepanasan malam tu. Lebih dahsyat lagi bila darah keluar dengan banyak membasahi seluar tidur sayang. Panik abang dibuatnya. Sewaktu tiba di hospital, ketika jururawat ingin memindahkan sayang ke atas katil bergerak, sayang genggam tangan abang. Tak mahu dilepaskan. Abang nampak airmata sayang mengalir laju. Puas abang seka, makin laju dia mengalir. Bila doktor kata kandungan sayang bermasalah dan harus dibedah segara, abang terus setuju. Doktor kata nyawa sayang dan Irfan (kalau betul dia lelaki) dalam bahaya. Dalam hati abang berdoa keselamatan sayang dan anak kita. Kalau terpaksa pilih antara dua, tentu sahaja abang pilih sayang. Selamatkan sayang. Selamatkan sayang.

Sayang..
Abang takkan lupa saat cemas sebelum sayang ditolak masuk ke dewan bedah. Sayang genggam lagi tangan abang. Sayang mohon agar diampunkan semua dosa sayang. Walaupun abang tegah sayang dari banyak bercakap, sayang paksa juga abang cakap abang ampunkan sayang. Sayang, bukankah tiap-tiap malam sebelum tidur sayang akan mohon ampun daripada abang dan tiap-tiap malam juga abang ampunkan dosa sayang. Kenapa sayang masih tak puas hati? Dari dulu abang cakap, sayang tak pernah bersalah dengan abang. Apa agaknya yang ada dalam fikiran sayang?

Berjam-jam abang tunggu di luar dewan bedah. Tak henti-henti abang doakan keselamatan sayang. Tapi yang keluar dari dewan bedah itu tetap juga jasad sayang yang telah ditutupi kain putih. Sayang pergi juga bersama Irfan. Tinggalkan abang seorang menempuh hari-hari yang menyeksakan. Abang nampak emak menangis memeluk jasad sayang. Semuanya menangis sebelum abang sendiri rebah.

Sayang,
Maafkan abang terpaksa meninggalkan rumah kita. Terlalu banyak kenangan tentang sayang dalam rumah tu sehingga abang tak henti-henti menangis. Segala milik sayang telah abang serahkan pada emak. Maafkan abang, abang tak mampu menyimpan hatta selipar kesayangan sayang sekalipun. Diari sayang yang menyingkap segalanya pun, abang tak mampu untuk sudahkan membacanya. Segalanya cukup menyeksakan. Walaupun terlalu berat, abang pasrah dengan kehendak Allah s.w.t. Abang tahu sayang pasti mengerti keadaan abang saat ini. Sehingga hari ini, tiap kali wajah abang disapa bayu, abang dapat rasakan sentuhan sayang merestui langkah ini. Moga sayang tenang disisNya. Al-Fatihah.

Ikhlas Dari Hati
Suamimu….


p/s: sekurang-kurangnya tajuk atas tu dah buat kowang baca cerpen terbaru aku sampai habis. hahaha. Asta Lavista bebeh..

Thursday, March 06, 2008

Monday, March 03, 2008

Accident - Kembaraku.

Ahad. 2/3/2008 - Lebih kurang pukul 7.00 petang
Tempat: Bulatan kat Tesco Shah Alam.
Kemalangan melibatkan Kembara Hitam dan Honda Civic Silver.

Sinopsos kemalangan: Driver kembara hitam @ aku dlm perjalanan balik ke umah kat shah alam dari klang. Berseorangan. Sampai kat bulatan, aku pindah ke line kiri memandangkan line kanan biasanya slow sket. Tapi.. malangnya... lelaki yang memandu Honda Civic depan aku terlampau la lembap. Kereta sebelah kanan dah slow giler pun dia tak jalan gak. Aku dh pk dlm hati "kalau penakut gaya camni.. alamat tahun depan pun aku tak sampai umah". Sabar... aku tunggu lagi..
Tiba-tiba ada kereta yang agak slow jalannya.. aku harap2 dia lintas... sah! dia lintas.. Selamat aku bila si lembap dah lintas. So giliran aku plak. Tengok kiri... kereta belah kanan tgh slow. Cantik. Aku pun tekan minyak. BAM!!!!!! si lembap Honda Civic ada kat depan. Aku dah cium bontot dia. Rupanya si lembap itu telah berhenti di tengah2 jalan. Di tengah2 roundabout. Sukar untuk ku percaya, tp itulah hakikatnya. Aku telah mencium bontot keta dia. Aku hentak2 kaki dlm keta sambil maki hamun si lembap kat depan yang bangang sangat berhenti tgh roundabout (sbb aku jenis berperikemanusian, tak sanggup nak maki depan2). Aku park keta kat tepi... beserta si lembap itu. Aku turun kereta. Jumpa si lembap dan tanya? "Kenapa yang awk berhenti tengah2 roundabout? Saya tak nampak apa sebab pun awk nak berhenti. Kereta tgh slow". Si Lembap jawab "Habis tu, ada keta, saya berhenti la?" Kereta? Malas nak argue yg silembap. Tp mmg si lembap ni aku dah classified kan sbg lelaki penakut yg agak lembap. Elok tukar jantina ngan aku.

Aku call andy. Dia berada lebih kurang 4 km dari aku kt belakang. Bawak motor. Si lembap bersuara. " Nak buat apa ni? Kita repot polis la. Awak yang langgar sy, consider awk salah." Hmm.. apa nak buek. Walaupun dia lembap + slow + penakut + terkedek2 mcm mak minah pulang petang + takde toot hakikatnya aku telah melanggar dia dan aku harus membayar bontot keta dia yang dah penyek. (Walaupun bontot keta dia langsung tak mengghairahkan). Aku usap kembara aku yang dh remuk. "Sorry darling, mummy tak sengaja. Nanti mummy ada duit, mummy hantar repair yerk. Skang mummy kena cari duit nak bayar Honda Civic milik si lembap kat depan tu." Andy sampai. Man talk to man. Dia follow andy dari belakang. Aku pun follow gak.. slow2. Andy bawak dia pi workshop. Setel kat sana. Aku balik umah. Tunggu dlm umah dengan hujan lebat kat luar. Tunggu andy marah. Bila dia masuk je umah. Jeng Jeng Jeng. Laju2 aku minta maaf. Aku tak sengaja. Dia jawab. "Takpe la.. bukan salah awk pun. Mmg bukan rezeki kita." Dia tenang je? Tp aku? Rasa mcm nak nangis..

Oh... my kembara... satu lagi harta kesayangan aku telah mengecewakan aku. Satu demi satu harta aku telah mengecewakan aku (walaupun mmg salah aku). Rasanya dah tak sanggup lagi dikecewakan. Ya Allah. Walau apapun dosa aku. Ampunkanlah aku. Aku dah tak sanggup nak hadapi kehilangan satu demi satu "harta" aku... Amin..