Friday, February 29, 2008

I wonder.....



Why we always hurt the most...
Someone that we love the most??

Thursday, February 28, 2008

Question To Test Your Heart.

Test Your Heart with These Simple Questions.

1- How do you define beauty?
Depend on the eye of the beholder. But the most important thing beauty must plus with brain. Beauty w/o brain, we called Bimbo!

2- Sex Before Marriage?
Huhu.. I WAS virginism (some sort of feminism but more hard core) b4 married. Hahahaha. But it WAS…..

3- Ever Fall in Love?
Once upon a time. Still suffering from it’s aura. Hehehe..

4- Who do u prefer? White Man? Black Man? Sawo Matang Man? (aku tambah)
Him

5- How do you define marriage life?
Gulp~!! Scary! Hahaha.. takde ar. Marriage life is sweet but not as sweet as u imagine in your dream. There’s a lot of challenges that u have to face.

6- The biggest thing you ever regret in your life?
Regret? Am I?

7- The happiest moment that you still remember every minutes of your life?
Let it be a secret between both of us…..

8- If you can turn back time. What would you do to change your destiny?
Just turn back the time for me and you’ll know what I’ll do….

9- Which one do you prefer?
Romantic Candlelight dinner? Watching Romantic movie together? Or Traveling / Jungle Tracking together?
As long as with him…

10- Found Lamp of Genie, only one wish will be granted. Your wish?
Please add 10 more wishes to be granted. hehehe

Girls, copy and answer all these questions. Then post to your bulletin board. Let boys out there know you better. Good Luck!

Monday, February 25, 2008

My New Home

Masih rasa lagi kepenatan pindah umah.. rasa mcm dh tak sanggup nak pindah randah lagi. apa pun.. Aku dh mampu menarik nafas lega skang. Rumah pun dh clear. Tunggu aku habis penat dulu. Pastu baru aku war-warkan berita "soru".

Ingat lagi masa mula jejak kaki kat rumah PD. Rasa2 aku ada 4 bulan aku dh tak jejak kaki kat sana. Terkejut bapak beruk aku. Rumah aku mcm tongkang pecah. Cawan sepah2 atas meja.. dalam sinki.. Bukak peti sejuk. Kosong! Haprak! Garam ngan gula aku dah keras mcm batu. Tong beras aku... mak aih.. penuh ngan kutu beras. dah beranak pinak. Dah buat tamadun kutu dan penempatan berkelompok (geografi ting.3). Menggeletek aku kegelian. Bawang2... dah busuk. Berasap telinga aku. Aku senseng seluar sampai paras lutut sambil cekak pinggang. Muka dah merah padam. Baru aku nak menjerit panggil andy (konon2 nk marah) baru aku tersedar, aku nk marah dia pasal apa? Sebab dia tak menjalankan kerja yang sepatutnya aku yang lakukan? Pelan2 aku tarik nafas. Aku muhasabah diri sekali lagi. Dia suami, aku isteri. Dapur memang milik seorang isteri. Mcm mana aku nak expect dia buat semua ni? Takpe la.. from this time, our kitchen will be back to Vic's Dynasty. hehehehe..

Lately, aku suka sgt dengar lagu Biarlah - Nidji. Kadang2 bila lagu tu dh habis, aku replay balik ulang2. Rasa puas. Rasa lega. Rasa mcm ada satu aliran semangat yang ditiupkan terus ke hati aku. Buat aku rasa kuat. Buat aku rasa bertenaga. Amacam? Apa? Tak rasa ape2 ke? heheh.. itu pasal kowang mmg takde perasan. Kuang kuang kuang. Aku suka lagu ni sbb lagu sedih tp rentaknya rancak. Jd tak rasa sedih bila dengar. Dia rasa sangat bersemangat. Tul tak?

Masa nak pindah masuk barang2 ke rumah baru, Aliyah aku bawak skali. Org tua2 kata, kalau pindah rumah baru atau nak beli rumah, bawak bdk kecik. Kalau dia asyik nangis je spnjg dlm rumah, maknanya ada something kat umah tu. So, aliyah will be judge pertama umah aku. Kelakarnya, dia langsung tak nangis. Tapi asyik ketawa. Ketawa besar plak tu, siap jerit2.. happy giler. Mak aku ckp, "bagus rumah ni, aliyah suka, sesuai dengan dia." Tp adik aku ckp, "apalak, tu maknanya dia jumpa member sebaya ngan dia. Tu yg happy semacam je." Hampeh! Sengal betul. Takpela.. kalau dia jumpa member sebaya pun, untung2 aku cepat dpt baby. heheheh...

Mula2 nk pindah rumah baru, aku rasa mcm berat hati sket. Tp.. lepas dh pindah, i'm so happy. Aku puas hati dgn setiap sentuhan tangan aku dlm rumah tu. Bayangkanlah... rumah tu dulu rumah org2 bujang. Masuk toilet dia pun.. alahai... kalau rasa nak berak pun, leh tersumbat punggung gamaknya. Tp.. aku touch-up ngan make-up umah tu sampai tak nampak pun ianya bekas rumah org bujang. Dan... bilik air yang tempat paling menakutkan dah aku ubah menjadi tempat yang paling selesa dalam umah aku tu. hehehehe.. Tempat termenung paling bagus sambil mendapatkan ilham. Thank you so much to my dad cos lending me your hand. Nak harapkan aku memanjat, menggergaji, menggerudi... tak dayo den eh..

But the most interesting thing about my new home is.. jaraknya dari ofis aku cuma 5 min je...
hahahha.. kalau aku bangun kul 8 pun, confirm tak lewat. kalau pakai km, mungkin cuma 2-3km je kot. heheheh.. One more thing, banyak giler mapley since me n andy mmg suker giler pi mapley. Tgh2 malam kalau terasa nak pekena roti bawang ngan kopi... start je ar keta/motor. Oh... minggu ni ada tetamu bakal datang, tetamu pertama rumah baru kami. Boleh la mempraktikkan skill2 memasak yang dh lama berkepam dan terendam. hehehe.. Until we meet again.

Saturday, February 23, 2008

I'm following my heart...

Lagi 15 min masuklah 24hb Februari 2008. Cepatnya masa berlalu..
Mlm2 gini tiba2 terpk nak bukak blog sendiri. My heart say, I want to write something but my mind say, You shouldn't. Tp vic mmg terkenal ikut kata hati... so I follow my heart.
Masa tgh belek satu persatu benda yg aku pernah post dlm blog ni, I was thinking that, maybe I should delete a few posts that unnecessary anymore but this is digital diary. I wrote to expressed my feeling on that time so If I didn't feel it anymore, doesn't mean I can't keep it as a memory. Klu kowang tak suka... takyah baca... tak suruh pun. hehe..


When I look around me, I realize something. Selama ni aku mungkin rasa aku sangat malang. Hopeless, bad luck, faithless but tonight kepala aku mcm telah diketuk dgn senduk.. adoi..
I'm not so bad actually, untuk org yg mcm aku ni (bukan jahat, tp kurang baik) banyak keistimewaan yang Allah bagi. Supposedly aku harus belajar menadah tangan untuk bersyukur dengan setiap pemberian-Nya. Wahh... kenapa aku jd ustazah plak ni. Nangis mak aku baca ayat ni kang. Hahaha.. Tp honestly, aku mmg bersyukur... bersyukur untuk kesempatan yang ada.. bersyukur sbb masih ada peluang bernafas kat muka bumi ni... memohon ampun padaNya.. bersyukur sbb... someOne has knocked my head with senduk.. hahaha. Lalu... membuatkan aku tersedar dari mimpi yang panjang. Bukan mimpi basah... :P. Sebenarnya banyak lagi org kat luar tu 10 kali atau 100 kali lg malang dari aku, tp dowang tak pernah mengeluh pun.. tak mcm aku. Aduh.. terasa insap plak. Teringat aku satu kata hikmat yang pernah aku baca satu masa dulu.. "Kalau kita tak berjaya memiliki apa yang kita mahu, belajarlah bersyukur dengan apa yang kita ada, sebab Allah tentu lebih tahu apa yang terbaik untuk kita"... kenapa selama ni aku lupa untuk muhasabah diri dgn ayat ni... kenapa la baru skang??

Actually, I'm happy with my life now. Aku pun gembira bcos all my best friends also happy with their life too.. Ewa, bug, anne.. they lived happily.. and so do i.. Since bug pun dh pregnant, so aku ngan ewa betting siapa akan pregnant dulu pasnih.. Sorry anne darling, ko tak leh join pasai ko lum kahwin... tu ar... sape suh tak kawin? beshh owhh.. rugi seh.. (ditujukan pd member2 yg lum kahwin gaks) Ewa ckp.. anak mesti produce bulan ni... so bulan 11 atau 12 bleh launching.. so anak kitorg ber-3 leh duduk satu kelas.. tp klu anak aku deliver the following year pun ok gak... sbb aku leh ckp ngan anak aku... "Irfan, anak auntie ewa ngan autie bug dpt 4A, Irfan mesti dapat 2x ganda... 8A tau..." heheh.. kirenya anak kowang jd benchmark.. anak aku will bypass beyond the benchmark.. hehe ganaih tak anak aku? mcm maknya gak. Paling penting harus dijauhkan dari Fifi... pasal kijenya takde lain... asyik ugut nak culik anak aku je.

Erm.. jam dh kul 12.20, ayah aku lum balik lagi. Lambatnya... malam ni nk ke umah PD. tghari ni bleh la pindah ke shah alam. Esok bila aku dh pindah umah, aku jemput ar member2 mcm dulu2. Kowang kan suka aku buat nasi lemak.. habis 2 periuk nasi lemak aku dulu.. Ingat lg tak? Kali ni aku buat nasi lain plak... Kowang akan dijemput untuk menjadi juri masakan aku lagi... hehe... huwarghh ngantuknya... larat ke aku angkat barang jap lagi ni?
Aik Apok (burung terkukur andy) berbunyi tgh2 mlm ni ape jadahnya? Mana ade burung terkukur bunyi tgh malam. mengigau gamaknya. Sebut pasal Apok, apok akan ikut kami pindah, tp Abol tak leh ikut. Andy kata.. Abol dh selesa kat sini.. senang nak jaga... habitat (habitat la sgt) dia pun dh sesuai dan selesa. Jadi aku cuma leh tgk Abol seminggu sekali je.. aku serahkan kat ipar aku utk tgk2kan dia la gamaknya. Dan.. aku pasti akan rindukan seseorang.. mungkin minggu pertama aku akan demam pun sbb rindukan dia.. Aliyah Umairah... "Mommy syg aliyah, nanti mommy dptkan cousin untuk aliyah ye?"
Ha... ayah aku dh balik pun.. So.. i'll stop here. Harus bersiap untuk ke PD. ngantuknya... till meet again

Wednesday, February 20, 2008

Aku namakan ia.... CINTA

Bila kali pertama kita bertemu..
Aku tahu ia ada
Di matamu dan di mataku jua..
bercahaya.. jelas menerangi mata kita..
Tapi tak pernah aku berbangga dengannya..
Malah telah aku simpan jauh-jauh dalam lubuk hati..
Agar tiada orang yang tahu rahsia hati..

Tak pernah pun aku baja ia
Telah aku cantas ia berkali-kali..
Tapi.. untuk rasa paling agung ni..
Salah akukah andai ia tak mengerti?

Saat kau meluahkan hasratmu..
Dari lubuk paling dalam aku keluarkan...
Telah subur mekar dan bercambah dalam hati..
tanpa ragu-ragu, penuh yakin saat itu..
aku letakkan ia dalam genggaman tanganmu..
anugerah terindah milikku..
yang aku namakan ia sebagai... CINTA.

Hanya cinta sejati tahu nilai sebenar pasangannya,
Jadi mengapa sukar untuk kau ukur kesungguhanku?
Mengapa payah benar menghargai amanah yang telah kuletakkan dalam genggamanmu dulu?
Barangkali kita hanya menghargai seseorang itu
lepas kita kehilangannya..
Aku janjikan bahagia, setia dan cinta yang tak berbelah bahagi..
Namun aku tak mampu berjanji...
Untuk Menunggumu selama itu hingga kau menyedarinya..
Selamat berbahagia.. sayang...
Moga satu hari kau mengerti...

Tuesday, February 19, 2008

Aliyah Umairah ~ 5 1/2 bulan

A VERY WONDERFUL BABY
HAS COMING.....
TO OUR FAMILY



Thursday, February 14, 2008

My Valentine Day 2008






Just a normal day..
working in my office
Very peaceful morning..
Everything is like usual.. normal..
nothing weird.. until..... I received a call
asked me to collect something....
and here it is... I'm so shocked with this surprise until I didn't realize there were tears in my eyes. Hubby, Thank you so much...

Especially dedicated to Siti Nordiana Bt Nordin
You're my one and only, sweet love of my life. I'm grateful and proud to have you as my wife. You are mine alone, we belong together. Our love can master, any kind of weathers. Send you all my love, with those words of mine. You will be mine forever, till the end of time. Your Hubby, Noor Affandy Ishak

Now we will go for dinner. Special place that he said to be another surprise for me. Even w/o dinner, I guess this is the best valentine I ever had.
Got nothing much to say, speechless and so touching..
Just wanna say...
Hubby, all these time, I tried to figure out your weaknesses more and more.. but all I only see and realize is... how special you are....
Happy Valentine Day..

Wednesday, February 13, 2008

Valentine's Eve


Selamat Hari Kekasih untuk semua kekasih2 yang ada kat dunia..
Serikan dunia percintaan dengan kasih sayang..
Luahkan cinta dan kasih anda pada yang tersayang..
Biar jauh di mata... dekat di hati..
Jangan dekat di mata... tp jauh di hati.

Rambo said: Live for nothing.. Die for something..
I said: Live got nothing..Fight for something.. Then only you'll get one thing..
If there's anything.. try to blame everything... hahaha..
Happy Valentine Day.




Thursday, February 07, 2008

We Gonna B Three Next Year ~ hopefully


6th Feb 2008 -->> 8 days b4 Valentine


These are my photos which had been taken on 6th Feb 2008.
Hari yang amat menyakitkan buat aku..
tp.. masih boleh tersenyum kan?
nampak ke aku tgh sakit masa ni?

Tuesday, February 05, 2008

My Lovely Tortoise



Cantik dan unik tak kura-kura aku ni?
Spesies kura-kura matahari yang populasinya hampir pupus..
menjadi rebutan - ramai yg offer nak beli dari aku.
Buat masa ni aku lum nak jual lagi arr..
lgpun.. skang ni dia la tmpt aku bermanja..
Kura-kura ni ipar aku yg bagi kat aku.
kebetulan anak kura2 aku dua ekor baru je lari dari rumah...
(bak kata baiya... dua pigi.. 1 baik punya barang mari)
hehehe..

Kalau korang perasan.. kura2 aku ni.. ada duri2..
mcm buah durian..
kadang2 tercucuk jari.. sakit gak...
consider ni binatang peliharaan yang tak boleh dipeluk ar..
keh keh keh (kalau tak berduri pun, aku x peluk)
kat bawah badan (cengkerang) dia ada corak2 yang sekata
sangat cantik dan tersusun..
makanan fevret dia.. pisang, timun, tomato..
pendek kata.. makanan yg lembut semua dia bedal..
memandangkan kecomelan dan keunikan dia yg tak terkata tu..
aku telah namakan dia Abol..
sket2 mcm nama burung terkukur andy - Apok

Harapan aku...
Semoga umur Abol lebih panjang dari aku..
agar aku boleh wasiatkan kat anak aku...
seterusnya ke cucu aku..
supaya generasi aku berpeluang utk tgk dan sentuh kura2 spesies matahari ni..
kalau kowang nak merasai pengalaman menyentuh nyerr..
datang ar umah aku...
tak mahal.. aku charge sorang rm20 je satu kepala...
hahahahahhaha buat beli tomato untuk Abol.

Saturday, February 02, 2008

Rindu yang panjang...

Hidup ini kurasakan terlalu panjang
Untuk aku yang tak punya tujuan..
Hidup ini amat meletihkan..
kerana aku penat tersenyum..
menyembunyikan luka yang tersimpan..
Hidup ini kurasa penuh kepuraan..
aku tertawa.... dan ditertawakan..
Sedang hatiku merintih kesedihan..
Hidup ini sebenarnya satu rindu yang panjang.........
kerana ia takkan ada kesudahan..