Tuesday, September 04, 2007

Ahli Keluarga baru kami


Lama sgt rasanya aku tak jengah blog aku ni.
hampir 5 bulan jugak rasanya...
mcm2 yg jadi dlm tempoh 5 bulan kebelakangan ni..
dan antaranya, aku bukan lg seorang penganggur.
Dan yg paling besh skali... 10 hari yg lepas..
Allah telah menceriakan kehidupan kami sekeluarga dengan kedatangan...
si manis yang comel... Aliyah Umairah... my niece...
merangkap anak adik aku...
comellllllllll giler... membuat aku tak sabar2 nak balik rumah
nak tengok dia, main dgn dia....
aku bahasakan diri aku 'mummy'... bukan mamee tau..
indahnya hidup ni, kalau ada anak secomel dan sebijak Aliyah...
tp bagi aku..... kalau anak sendiri....
"kita tunggu dulu.... sekian terima kasih"

Hidup Seorang Penganggur

p/s: sbnrnya aku nak post benda alah ni dh lama dah.
tp disebabkan aku dh lupa paswd blog aku ni... terpaksa la aku simpan sampai arini.


Dah 4 hari aku jadi penganggur terhormat. Hari pertama sampai ketiga kira bleh tahan lagi. Siap mengecat rumah. Lawa umah aku jadinya. Aku sorang2 je mengerjakannya. Tengok la gambar tu. Tp hari ni la yg plg buhsan skali. Pasal lepas habis buat kerja umah, aku dh tergolek2 atas tilam, buhsan tul. Novel aku plak dh habis smlm, lupa nk beli baru. Tinggal sendiri ni telah mengembalikan skill memasak aku, yg telah diperakui kesedapannya sblm ni (masuk bakul, angkat sendiri). Happy sungguh bila lepak umah, tak payah pk pasal kerja. Ringan kepala aku. Tp aku mesti cari kije gak, aku mana reti duk umah lama2, lgpun aku ada liability sendiri, cita2 sendiri.. cita2?

Kat sini kalau nak beli lauk, kena tunggu lori datang. 1 hari 2x lori sayur dtg, tp lori yg lenlain la.. satu datang kul 8pg, 1 lg dtg kul 11pg. Masa ni la suri rumah duk keluar beramai2 ngejar lori tu, termasuk la aku. Hari kedua masa beli sayur tu aku nyaris terjoin dowang anyam ketupat. Beli sayur pun leh sempat ngumpat. Ganas tul dowang ni. Dah le tu org yg dowang dok ngumpat tu betul2 jiran sebelah umah aku yg baru kahwin. Akhirnya aku laju2 minta diri masuk dlm umah dulu. Masa tgh siang ikan cencaru yg aku baru beli tu, tiba2 aku dok terpk agaknya baper kali la dowang ni dah terngumpat aku. Heh, seram betul suri rumah kat sini. Jgn lama2 aku pun jd mcm dowang dh le.

Hari ni aku ingat nak kejar lori sayur lg memandangkan lauk pun dh habis. Tkde menda nak masak dh.. lori sayur kul 8 dh terlepas psl terlajak tidur dek penangan CSI mlm td. Kena la tunggu lori sayur kul 11. Tunggu sampai 11 suku pun lori tak mai lg, last2 aku ambik mask tepek kat muka. Elok je aku sandar kat dinding ngadap tv, lori tu sampai. Taik ayam tul. Takkan la aku nak kuar dgn mask plak. Last2 aku biar je lori sayur tu blah. Maka tghari tu aku makan le roti bakar ngan kaya cicah Nescafe. Huhuhu… Sblm aku melaksanakan aktiviti tidur siang yg telah dipraktikan beberapa hari ni, aku sempat mengalamun teringat kat mak ngan ayah kat umah. Rindu… Ingat kak su, Linda, Irene, Nathan, Mues, Ms Lee, Mr Yong dan Erin. I miss you all so much. Sempat gak aku capai pen dan diari, conteng apa yg patut… dan inilah hasilnya…

Terlalu banyak kata-kata dari hati yg terluka

Telah ditunjukkan kepadaku erti kesepian

Tiada tempat hendak ku lari

Tiada tempat lain hendak ku pergi

Telah kuserahkan jiwa dan raga

How can u ask me to feel the thing u never show?

Hmm.. itu je la. Kang panjang2 kowang buhsan lak baca. Lain la kalau aku tulis sajak untuk Usman Awang, Shahnon Ahmad atau A.Samad Said ke, harus 2 kertas kajang panjangnya.. k, Malam kang masa aku pi cyber cafĂ© tgk result exam aku, aku post menda alah ni kat blog skali. Skang mimpi indah sedang menungguku. Adios. Daaa….