Tuesday, October 31, 2006

Saya tahu.. awak tahu..


Saya tahu.. awak nampak wajah awak di mata saya..
Saya tahu.. awak dengar nama awak dalam denyut nadi saya
Dan awak juga tahu.. saya merasai sentuhan awak walau di mana pun saya berada..
Awak tahu saya rindu tapi awak tetap bertanya
Awak tahu saya cemburu tapi awak sengaja menduga
Awak juga tahu... awak adalah sebahagian dari hidup saya..

Wednesday, October 18, 2006

I'm Not Going To Miss You

I'm not going to miss you
Because I already missing you
I'm not going to think about you
Because all these time I am thinking about you
I'm not going to love you
Because my heart is already belong to you.

What creature are you??
Who had conquer my soul
Who always in my mind and my sight
Exist in my day and my dream
Make me drowning with your love
Make me melt with your touch

What power that you have??
Can make me back even I left
Can bring me tears even I smile
I love you like crazy even I say "No"
I missing you like mad and I know that you know
We'll take this risk and the challenge
I will love you forever
Even we can't be together.

(Inspired at 10.00 am - Wednesday 18 Oct 2006)

Copyright Reserved
My Lovely Vic
Illegal Copy "I'll see you in court"

Tuesday, October 17, 2006

Satu Hari Di Hari Raya

Lagu ni dikarang khas oleh aku sendiri
Nyanyi Lagu ni ikut rentak lagu
Satu Hari Di Hari Raya - M.Nasir

Satu Hari di Hari Raya
Kita pakat balik kampung semua
Bawak mercun penuh bonet kereta
Buluh nak buat meriam pun ada
Satu kampung aku kasi gema

Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama meriam buluhku
Orang kampung semua salute aku
Kira irama itu adalah
Bunyi terindah pada malam itu

Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda kecewa
Aku menangis tanda duitku dah tak ada

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah sedih poketku
Ku lihat wajah gembira anak2 buahku
Ku dah sengkek
Baru skang aku ingat aku ada test..

********************************************
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin
untuk segala salah dan silap
For those yg akan ambik exam lepas raya ni
Good Luck!

Sunday, October 15, 2006

Pencinta Dia...








Cinta? Apa definisi cinta pada aku?
Andai cinta itu adalah bahagia bila bersamanya
Andai cinta itu apabila aku menunggu panggilannya
Andai cinta itu adalah rasa ingin bertemu
Andai cinta itu adalah keserasian antara kami
Maka akulah pencinta itu..

Cinta itu mesti bersatu?
Andai aku bahagia bila dia bahagia
Andai aku mendoakan kesejahteraan walau dimana pun dia
Andai aku rela lepaskannnya dalam terpaksa
Andai aku berkorban demi mereka..
Maka adakah aku mendustai cinta?

Aku tak pernah merasakan cinta sehebat ini
Dapatkah dia merasakan kegilaan cintaku?
Yang aku mahu hanyalah dia
Yang aku cinta hanyalah dia..
Cinta ini telah meranapkan jiwa dan ragaku
Cinta ini telah menelan hati dan perasaanku
Akulah pencinta... pecinta lelaki itu
Yang meninggalkan kenangan terindah dalam hidupku..


Thursday, October 12, 2006

When I Love Someone So Deep..

Aku selalu termenung, kadang2 tersenyum,
Adakalanya aku terbau harumanmu,
Adakalanya aku ternampak bayang-bayangmu,
terasa seperti kau melambai-lambai padaku..
apa yg terjadi padaku?

Aku mula suka menyendiri..
Aku mula gemar lagu2 cinta yang meruntun hati
Aku tak betah andai telefon tak berbunyi
Aku tak sabar menanti keesokan hari
Aku selalu berharap perkara yg tak pasti
aku lebih percaya ilusi dari realiti
Apa sebenarnya yang terjadi padaku?

Telah aku putihkan perkara yang hitam
Telah aku tinggalkan dunia di belakang
Telah aku nafikan perkara yang terang
Aku melangkah walaupun pincang
Aku menyanyi walaupun sumbang..
Adakah ini bermakna
Aku telah jatuh cinta


+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*

It's need two to tango
not three or four
This triangle cannot be soar
and you will let me go..
I know...

sometimes i feel you so close
sometimes u build the gap most
but all the time I will lose
I do anything to get your attention
But most of the time i get exception

I give you my heart to love and to keep
I love u in day, and dream you when sleep
My love for you will never be end
It's yours forever, you can depend.

No matter what you ever say or do,
You'll know I will keep coming back to you
Even my heart tears I hide it with laugh
Why does loving you have to be so tough


+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*

Kau umpama hembusan nafasku..
Setiap udara yang kusedut..
Umpama ingatan terhadapmu..
Berterusan, menyamankan dan satu keperluan..
Seandainya aku berhenti dari mengingatimu..
Ia umpama aku cuba berhenti dari bernafas.

Aku tidak tahu sejak bila hatiku mula berdegup lebih pantas
Aku tidak tahu sejak bila aku mula menghitung hari yang berlalu
Aku tidak pasti sejak bila aku mula tersenyum seorang..
Aku tidak pasti sejak bila perasaan ini datang..
Namun yang pasti..
Keasyikan cinta ini hanya buatmu seorang..


Aku telah datang kepadamu
Meninggalkan dunia di belakangku..
Menongkah arus, merempuh gelora..
merinduimu itu satu derita.

Peluklah aku dalam dakapanmu..
Sembunyikanlah aku disebalik hatimu..
Cinta ini takkan pernah mati..
Walau takdir tidak menyebelahi..
Ia akan sentiasa membara... pasti.

+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+

Copyright Reserved / Hakcipta Terpelihara

Registered under LovelyVic

Illegal copying.. "i'll see u in court".


Wednesday, October 11, 2006

Sebelum dan Selepas Kahwin....

Sebelum kahwin
Darling sana.. Darling sini
Lepas kahwin..
Baling sana.. Baling sini…


Sebelum kahwin
Saya sanggup mati untuk awak..
Lepas kahwin..
Nak mati?? Dulik awak!

Lagi lama kahwin
Nak mati? Saya tolong awak!


Sebelum kahwin
Saya ikut mana awak pergi

Lepas kahwin
Sukatilah mana awak nak pergi
Lagi lama kahwin
Kalau pergi, lebih baik jangan balik lagi


Sebelum kahwin
Awaklah jantung hati
Selepas kahwin
Awak ni menyakitkan hati


Sebelum kahwin
Awak ni cantik dan baik mcm cinderella
Lepas kahwin,
Rupa awak ni lagi teruk dari Godzilla


Sebelum kahwin
Ros warna merah, violet warna biru,
Suka atau marah, aku dah lekat padamu
Lepas kahwin
Bunga Ros dah layu, Bunga violet aku menyampah,
Kau pijak kepala aku, jumpa aku kat mahkamah


Sebelum kahwin,
Nak makan?? Jom pi Shangri-La
Lepas kahwin
Nak makan kena sabarlah!


Sebelum kahwin
Gaya U mcm Anita Sarawak
Lepas kahwin
Rambut ape ni? Mcm biawak!


Sebelum kahwin
Hujung Minggu segalanya terpulang pada anda.
Lepas kahwin
Paling jauh pun dia bawak pusing bandar


Sebelum kahwin
Dia tolong bukakan pintu kereta
Lepas kahwin
Buka mulut berdengkur la dia.

Tuesday, October 10, 2006

Saat Diciptakan Seorang Perempuan....


Ketika aku menciptakan seorang wanita, Ia harus menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia- juga lembut dan menenangkan.
Aku berinya kekuatan untuk melahirkan anak- dan menerima penolakan dari anak-anaknya.
Aku berinya ketabahan - agar tetap teguh mengasuh keluarga dan tidak mudah menyerah di atas penderitaannya.
Aku berinya naluri sayang untuk mencintai anak-anaknya walaupun ketika mereka terlalu melukai hatinya.
Aku beri kekuatan agar dapat menyokong suami dalam kegagalan- menjadi pelengkap hidup dan tulang rusuk suaminya.
Aku berinya kebijaksanaan agar mengetahui - suami yang baik takkan menyakiti isteri - tapi sekadar menguji sejauh mana ketetapan hati untuk berada di sisi suami.
Dan Akhirnya.. aku beri dia airmata.. untuk digunakan.. bilamana pun ia perlukan.
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya - kerana itulah pintu menuju hatinya - tempat di mana cinta itu ada.

Cepatnya masa berlalu..



Tak sangka la... pejam celik.. pejam celik..dah setahun setengah usia perkahwinan aku. Dah jemu nak jawab soalan "bila nak ada baby?" Ingat lagi masa majlis perkahwinan kami.. ramai yang datang. Terima kasih kepada korang semua yang banyak membantu memeriahkan majlis kami. Teringat plak adik pmpn aku sampai pengsan2 dek kerana kuat bekerja masa hari tu. Terima kasih banyak2 kat ija. Along tak lupa walaupun dah setahun setengah berlalu. Skang ija pun dah kahwin.
Hmmm.. kalau ditanya adakah aku bahagia. Absolutely YES. Andy is the most precious gift from god to me. Tapi... dalam ujian berumahtangga, kita takkan dapat lari dari dugaan. Apa pun yang terjadi, kesalahan memang terletak pada aku. Semoga tuhan perkukuhkan lagi kasih sayang kita dengan ujian yang menimpa... Moga kita diberikan ketahabahan dan kekuatan dalam mengharungi kehidupan berumahtangga.>(Ingin hidup bersama hingga hujung nyawa - Vic)