Tuesday, January 18, 2011

Nota Untuk Pembayar Cukai Pendapatan.

Seperti yang aku janjikan, aku kongsikan beberapa info untuk taxpayers sekalian:-

1- Anda boleh mendaftar buat pertama kali (membuka fail dan mendapatkan nombor cukai pendapatan) di laman web rasmi LHDN (website: hasil.gov.my) klik e-daftar dan daftarkan butiran peribadi anda. Kemudian sebelum tarikh yang ditetapkan sila fakskan ic dan dokumen anda kepada LHDN. Sebaik sahaja mendapat nombor Income Tax, serahkan kepada pegawai HR anda nombor tersebut untuk diupdate di dalam sistem gaji mereka.

Nota kepada HR:- Sekiranya pekerja tersebut tidak pernah membuka fail LHDN tetapi gajinya melebihi RM2500 sebulan , anda perlu membuka fail dan mendapatkan no cukai pendapatan untuk mereka. Ingat tu!

2- Pekerja perlu menghantar borang E kepada LHDN selewat2nya 31 Mac setiap tahun.

Nota Kepada HR:- Anda perlu mengagihkan borang EA kepada pekerja selewat2nya pada 28 Feb setiap tahun. Kelewatan boleh menyebabkan syarikat anda di kompaun.

3- Sekiranya anda akan meninggalkan Malaysia melebihi 3 bulan, anda wajib memaklumkan LHDN tentang pemergian anda.

Nota Kepada HR:- Sekiranya anda tahu pekerja anda bakal migrate ke luar negara, anda wajib memberitahu LHDN berkenaan perkara ini, sekiranya tidak anda perlu menyediakan bukti nyata bahawa anda tidak diberitahu hal ini walaupun siasatan dan kaji selidik terhadap pekerja tersebut telah dilakukan sebelum beliau meninggalkan syarikat.

4- Sekiranya anda menerima lebih dari 2 pencen, hanya pencen yang pertama lebih rendah sahaja yang dikecualikan daripada cukai, selebihnya perlu membayar cukai tertakluk kepada ITA (Income Tax Act).

Nota Kepada HR:- Potongan Income Tax setiap bulan pekerja2 perlu dibayar / diterima oleh LHDN selewat2nya 10hb setiap bulan.

5- Pelepasan Anak (Child Relief) hanya boleh dipohon oleh salah seorang sahaja samaada suami atau isteri dan syarat2 anak yang mendapat pelepasan mestilah:-
i- belum berkahwin
ii- belum mempunyai pendapatan sendiri
iii- berumur 18 tahun ke bawah namun sekiranya lebih 18 tahun mestilah masih belajar di intitusi pengajian tinggi, belum berkahwin dan belum bekerja.

Nota Kepada HR:- Dokumen2 pekerja dan pembayaran gaji perlu disimpan sehingga 7 tahun, namun ada juga terjadi majikan disaman disebabkan dokumen penting yang melebihi 7 tahun telah dilupuskan. Jadi langkah selamat, soal gaji - simpanlah seberapa lama yang boleh.

Ok... itu yang basic... actually banyak lagi perkara yang hendak aku kongsi, yang tersurat dan tersirat mengenai LHDN atau IRB ni... tp.... khuatir blog ni disaman plak atas fakta2 yang pedih untuk didengar dan diketahui umum. Oleh yang demikian, aku berkongsi apa yang diluluskan sahaja ye. Sebarang pertanyaan, boleh ditanya di ruangan komen.... mana le tau eden bleh bantu sket2.

Sesekali bayu menerpa menyisir rambutku..
menerpa wajah dan memalu lembut pipiku..
Seakan desah nafasmu bersama bayu itu..
Membawa perkhabaran rindu...

Tuesday, July 13, 2010

I share bcos I care...

Hari ni agak sibuk bilamana terkejar2 ke banyak tempat. Tengahari pula ada meeting dengan MEF (Malaysian Employers Federation) di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz. Aku suka sangat attend MEF punya meeting bcos here is the time that we gathered many HR practitioners from various MNC (Multi-National Companies), GLC (Government-Link Companies) and SMI (Small Medium Industries) seluruh Selangor especially those MEF members companies.

Di sinilah medannya HR practioners saling bertukar pendapat dan pandangan, mendapatkan penjelasan dan bercerita masalah yang dihadapi di dalam syarikat untuk sama-sama dibantu oleh HR2 lain yang lebih arif, dengan penceramah jemputan- Director General dan juga org kuat MEF sendiri.

Aku juga noticed some of them very talendted outspoken and knowledgable HR practioners dari beberapa MNC companies. Sangat adore dengan mereka sehingga aku berharap satu hari nanti I can stand among themselves, maybe...... (when I reached their age). Walaubagaimanapun aku syukur sangat at least hari ni aku boleh duduk berbincang dan bertukar pendapat dengan mereka sedangkan pengalaman dan pengetahuan aku dalam HR amatlah kerdil. I'm blessed.

Something to share... mengenai kesilapan2 yang kerap dilakukan oleh pihak majikan khasnya kompeni SMI.

1- tak distribute payslip kepada pekerja. Sesetengah kompeni SMI mereka tidak mengeluarkan payslip kepada pekerja walaupun sudah membayar gaji samaada melalui cash atau bank-in. Sesetengah memberi alasan payslip dipegang oleh HQ (yg berada kat tmpt lain), manakala ada yang hanya mengeluarkan payslip bila diminta oleh pekerja. Ini merupakan satu jerangkap samar buat majikan bila mereka terpaksa berhadapan dengan dengan kes yg melibatkan gaji. Tak menyerahkan payslip kepada pekerja setiap bulan merupakan satu kesalahan. Ingat tu!

2- Offer letter yang tidak jelas. Biasanya dalam offer letter kita telah masukkan perkara2 yang TERPENTING dari segi pembayaran gaji, pembayaran OT, public holiday, waktu kerja, duty, do and don't dan macam2 lagi. Sebab tu kita selalu perasan MNC company offer letternya panjang2 sehingga 4-6 muka surat. Offer letter yang tidak lengkap dan tidak jelas maksudnya dan perundangannya akhirnya akan memakan diri syarikat tu sendiri.

3- Separate entity company iaitu kompeni yang ada perkataan Sdn. Bhd. bagi sebarang tindakan yang salah ke atas pekerjanya dan telah diputuskan oleh mahkamah, maka board of directors perlu bertanggungjawab dan memikul kesalahan tersebut. Mereka boleh dipenjarakan atau dikenakan kompaun. Jadi kadang2 for SMI kompeni, ada yang bergelar director walaupun kompeni tu bukan mereka yang punya. Ha.... jangan ingat gelaran director tu boleh buat anda sangat bangga dan mendabik dada.... gelaran director tu juga melayakkan anda disumbatkan ke penjara bagi maklumat palsu dan ketidakadilan yang dilakukan terhadap pekerja.

4- Jangan sesekali memecat pekerja wanita ketika mereka sedang dalam maternity leave...... bapak besar punya kesalahan...

5- Jangan lewat bayar gaji - jangan melebihi hari ke-7 bagi setiap bulan. Satu lagi setiap pemotongan gaji mesti dengan persetujuan (yg telah ditandatangani) oleh pekerja tersebut melainkan pemotongan gaji tersebut disebabkan:-
i- EPF, SOCSO dan Income Tax atau arahan dari kerajaan Malaysia.
ii-Kesilapan terlebih bayar bulan sblmnya (x melebihi 3 bulan ke belakang)
iii-indemnity (kurang notis)
iv-advance.
Selain daripada keempat-empat di atas, employee mesti memberi kebenaran bertulis untuk pemotongan gaji mereka.
Dan sesetengah pembayaran melalui pemotongan gaji tetap seperti insuran, sport club, kos sewa rumah, loan bank dan sebagainya memerlukan persetujuan bertulis pekerja dan kelulusan dari Director General. So... ingat ye majikan... jangan suka2 hati potong gaji pekerja. Ingat ye pekerja... kalau gaji kena potong tanpa kebenaran anda selain dari yg 4 tu... anda boleh komplen tau.

InsyaAllah.... akan dikongsikan lagi beberapa perkara nanti.

Saturday, July 10, 2010

Jadikan Akta Kerja 1955 sebagai perisai perang.

Pengetahuan aku dalam bidang HR mungkin cetek. Namun aku ingin sekali membantu pekerja-pekerja yang teraniaya atau dianiaya oleh pihak syarikat berdasarkan pengalaman dan pengetahuan aku. Moga apa yang aku kongsikan ini dapat membantu pekerja-pekerja lain yang berhadapan dengan masalah yang sama.... dan... mungkin juga kepada HR (khasnya dummies) yg lain.

1- Retrenchment - salah satu medium untuk majikan membuang pekerja bagi pekerja yang tidak bersalah atas alasan, lebihan pekerja, mengurangkan kos bisnes dengan syarat pekerja perlu dibayar pampasan (compensation).

2- Termination - selain daripada absconded biasanya termination dilakukan hanya selepas melakukan proses Domestic Inquiry. Bermakna pekerja perlu dibicarakan, dijelaskan secara bertulis atas alasan apa dia diberhentikan kerja dan diberi peluang membela diri bagi pihak dirinya.

3- Sebagai majikan adalah salah bila kita mencadangkan pekerja untuk resign bagi mengelakkan mereka melalui proses-proses Domestic Inquiry yang selalu dianggap leceh oleh majikan. Inikan pula kalau kita MEMINTA mereka untuk resign - lagi salah besar. Lebih2 lagi kalau "permintaan azimat" tu in written yang mana boleh dijadikan evidence.

4- Bagi pekerja yang diberhentikan atas alasan prestasi kerja, ia mesti didahulukan dengan surat tunjuk sebab (showcause letter), warning letter dan pekerja must be given reasonable time to show improvement in certain period of time. Tanpa sebarang surat bertulis yang ditandatangani penerimaannya oleh pekerja - majikan dianggap tiada kes, tiada bukti dan sekadar tuduhan melulu.

5- Memetik pertanyaan Azmiroy, pekerja tak boleh disabitkan dengan kesalahan yang terlalu lama contohnya yang melebihi 3 bulan melainkan atas sebab2 konkrit contohnya, pekerja outstation di luar negara, cuti bersalin (atau apa sahaja yang melambatkan proses penerimaan surat tersebut kepada pekerja). Selepas surat showcause letter dikeluarkan (tuliskan tarikh akhir bila sepatutnya pekerja menjawab surat tersebut), selepas surat jawapan diterima daripada pekerja, majikan perlu menjawab surat tersebut dalam tempoh terdekat dengan memaklumkan keputusan pihak syarikat. Sekiranya majikan bertindak mendiamkan diri tanpa mengeluarkan sebarang keputusan atau tindakan susulan - maka kes itu digugurkan dengan menganggap majikan telah memberi ampun / gugurkan kes.

6- Berdasarkan kes yang sedang berlaku di syarikat aku. Kedua2 pekerja yang telah disabitkan kesalahan atas kes dadah, pihak syarikat sedang menggantung kedua-dua pekerja tersebut dengan membayar mereka gaji penuh. Ini disebabkan mengikut akta kerja pekerja hanya boleh digantung kerja selama 2 minggu dengan separuh gaji. Separuh gaji ini perlu dibayar semula setelah terbukti pekerja tersebut tidak bersalah. Sekiranya majikan menggantung pekerja lebih dari 2 minggu maka pihak majikan wajib membayar gaji penuh kepada pekerja tersebut. Sekiranya pekerja tersebut diberhentikan ketika di dalam perbicaraan dan keputusannya didapati pekerja tidak bersalah, pekerja boleh menuntut pampasan dari pihak majikan.

Sekiranya kawan2 mempunyai sebarang pertanyaan mengenai hal kerja, jangan malu2 nak tanya. Aku bukanlah pandai sangat, tapi InsyaAllah... apa yg boleh aku bantu, aku akan bantu.


Tuesday, July 06, 2010

Catatan Dari Mahkamah

Betapa jauhnya bidang kerja aku telah membawa aku. Bukan membawa aku Gaza atau South Africa menyaksikan FIFA. Bukan itu maksud aku. Tapi "jauh" yang ku maksudkan, ia telah membawa aku ke hospital - bahagian rekod rawatan pesakit, ke rumah mayat, ke bilik sister-sister (ketua jururawat) hospital2 kerajaan seluruh Selangor.

Pernah juga bidang kerja aku mencampakkan aku ke bilik tribunal, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perusahaan, Jabatan Tenaga Kerja dan bilik-bilik pegawai polis (Inspektor, Sarjan, ASP).

Dan.... hari ini.... aku tercampak kat sini kerana kerja juga. Mahkamah Majistret 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Perbicaraan yang perlu ku dengari dan rekodkan ini melibatkan pekerja senior syarikat. Perbicaraan yang sepatutnya berlangsung pada pukul 9 pagi tertunda ke pukul 10 pagi gara-gara saksi belum hadir, OKS belum sampai, lawyer belum masuk. Aku tertanya-tanya, apa dalam bidang perundangan dan kehakiman pun sektor kerajaan belum mampu menepati masa?? Menyedihkan.

Ketika pekerja aku masuk ke dalam dewan mahkamah, nyata dia terkejut melihat kelibat aku. Profesionalisma yang perlu aku pegang menjadikan aku kekok untuk berbual dengannya seperti dulu. Ketika kami sama-sama makan di kantin sambil ketawa-ketawa. Ketika dia memberikan aku belerang kuning untuk ditabur keliling rumah kerana rumahku dimasuki ular. Mana mungkin aku lupa kebaikan dia sebagai sahabat. Aku minta maaf kerana terpaksa berada di sini mungkin untuk memerhati dan mungkin untuk menentang kamu di satu hari. Aku minta maaf... aku harap kamu faham.

Seketika masuk seorang pegawai polis membawa bahan-bahan bukti yang telah dilabel sebagai afidavit. Jelas juga barang bukti yang dilabel atas nama pekerjaku. Itulah barang yang menjadikan dia berada di sini dan berada di lokap.
Loceng bingit berbunyi tanda majistret masuk. Semua dalam dewan berdiri. Habis kes pertama, kes kedua pula menyusul. Nama pekerjaku disebut lantang.

Pertuduhan dibacakan. Jelas dan menusuk. Tangan aku terus menconteng di atas buku catatan. "Anda mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan?"
"Tidak, Saya mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan," jawab pekerjaku.
"Yang Arif, tertuduh mengaku tidak mengaku bersalah. Dengan itu perbicaraan ditangguhkan pada .........."
Majistret mengangguk dan terus mencatat sesuatu. Itu saja....
Dan itu bermakna... mahkamah ini akan menjadi destinasi kerapku selepas ini.


Monday, June 21, 2010

Sekilas Industrial Case.

Niat di hati takde intention pun nak cerita pasal Industrial Case yg membuatkan cuti Jumaat aku terpaksa half day (supposedly full day). Tapi atas permintaan seorang blogger, maka aku cerita sedikit sepintas lalu mengenai kes tersebut.

2 minggu lepas dapat surat dari Jabatan Perusahaan panggilan untuk rundingan damai bersama pihak Union mengenai 2 pertikaian : - 1. Perpindahan bahagian pekerja tanpa kerelaan pekerja(Transfer Dept) dan ke-2. Mengugut Pekerja.

Tajuk terlalu general memaksa aku membuat panggil kepada IR bagi mendapatkan penerangan lanjut mengenai kedua2 kes. Hampa. IR Officer kata dia tidak menerima detail kes - Union hanya failkan tajuk seperti yang dimaksudkan. Lalu aku diberi mandat oleh pihak majikan mengepalai kes ini bersama seorang supervisor.

Maka aku mengagak2 apa yg dimaksudkan setelah puas meng"hint" kepala worksite comittee di dalam syarikat. Hari jumaat menyaksikan pertembungan DUA orang dari majikan berunding bersama TUJUH orang dari pihak Kesatuan Kebangsaan. Meja rundingan telah menjadi medan perbahasan buat aku. Dan Alhamdulillah aku kira aku masih mengekalkan status pembahas terbaik untuk kes kali ni. Kerana itu aku mendapat pujian secara tak langsung dari IR officer yang mengendalikan kes.

Amat mudah, pucuk pangkal hak transfer merupakan HAK MUTLAK pihak syarikat selagi ia tidak melibatkan penurunan pangkat dan gaji, ataupun perpindahan tempat kerja yang berlaku di luar daerah. Selebihnya merupakan point2 P&C yang dibahaskan sehingga memaksa President Union membalas hujah2ku dengan merapu.... merapu... merapu...

Kes ke- 2 Ugut pekerja.
Hujahku senang. Perlu bezakan apa yg dimaksudkan sebagai penerangan dan juga ugutan. Seandainya pekerja melanggar mana-mana undang-undang syarikat dan apabila pihak majikan menerangkan apa yg akan berlaku sekiranya sesuatu perkara tidak dipatuhi (contohnya, tindakan disiplin, warning letter, suspension, termination) itu merupakan satu PERINGATAN / PENERANGAN - tapi sebaliknya sekiranya kata2 tersebut berbaur peribadi dan kata-kata amaran yang tidak ada kena mengena dengan tindakan tatatertib- maka ia boleh dikategorikan sebagai ugutan. Maka dalam kes ini aku telah berjaya meyakinkan IR Officer bahawa kes kami telah selesai dan tidak ada isu mengugut pekerja.

Di atas kejayaan aku mengepalai kes ini dengan jayanya, aku telah dijemput untuk menghandle pertikaian yg lebih besar esok. InsyaAllah... akan diupdate esok.

P/S: Minggu di Segamat dan Muar sangat hebat. Rindu kampung halaman terubat sudah. Walaupun kepenatan memandu pulang tapi banyak memori manis untuk dikenang. Kata org kalau ke Segamat jangan lupa makan durian segamat... kalau ke Muar, jangan lupa makan asam pedas dan mee bandung muar. Dah banyak kali makan.... memang sedap!

Tuesday, May 25, 2010

Letak Gelas Tu Di Bawah~!!

Masalah tu adalah teman sejati kepada kehidupan. Yang membezakan cuma sejauh mana seriusnya masalah tersebut. Hari ni kalau kita mengeluh atau merungut tentang masalah yang kita hadapi dan tanggung, mari renungkan sejenak kisah ini. Harap dapat mengurangkan sedikit beban di bahu kita.

Seorang pensyarah memegang sebuah gelas besar yang berisi air. Kemudia dia bertanya kepada pelajarnya.
Prof : Agaknya berapa berat air dalam gelas yang saya pegang ni?
Pelajar pertama : 500 liter
Pelajar kedua : 1000 liter
Pelajar ketiga : Mungkin 700 liter...
Prof : Tak kira berapa berat pun gelas ni, soalan saya apa akan jadi sekiranya saya memegang gelas ni begini dalam masa 1 minit?
Pelajar: Tak ada apa-apa yang akan berlaku.
Prof : Bagaimana kalau saya pegang gelas ini dalam tempoh sejam?
Pelajar: Tangan prof akan jadi lenguh dan sakit.

Pensyarah tersebut mengangguk dan kemudian tersenyum.

Prof: Baiklah, bagaimana kalau saya pegang gelas ini begini dalam masa sehari?
Pelajar: Prof akan kena kekejangan otot, boleh menyebabkan kesakitan yang serius dan mungkin juga boleh menyebabkan lumpuh.
Prof : Hmmm... jadi apa yang perlu saya buat sekarang ye untuk mengelakkan perkara tu berlaku?
Pelajar: Apa susah prof, letakkan je gelas tu kat bawah.
Prof : Bagus. Itulah yang saya nak dengar. Begitu juga dengan masalah kita. Kita boleh memikirkan masalah tu untuk beberapa ketika dan cuba menyelesaikannya dalam masa terdekat sekiranya mampu.
Namun sekiranya kita tak mampu menyelesaikannya dalam masa terdekat, kita jangan membebani otak kita dengan masalah tersebut. Otak kita umpama tangan yang memegang gelas juga. Sekiranya kita menyeksa dia memikirkan perkara yang rumit dan menggangu fikiran dalam tempoh yang lama, ia boleh menjejaskan kesihatan kita dan kehidupan kita keseluruhannya.
Jadi kenapa kita perlu menyeksa diri begitu? Letakkan masalah ke bawah buat seketika dan bersantai / bergembira / makan dan tidurlah seperti tiada apa yang mengganggu fikiran kita agar esoknya kita berada dalam keadaan yang cukup segar dan bertenaga bagi menyelesaikan masalah itu dan seterusnya.

So guys.... sebelum balik rumah untuk berjumpa keluarga kita / anak-anak / suami atau isteri letakkan ke bawah masalah tersebut dan lupakannya seketika agar masalah tersebut tidak membelenggu dan menjejaskan hidup kita keseluruhannya. Pastikan sebelum tidur kita lapangkan fikiran dan sambutlah hari esok dengan lebih bersemangat dan azam untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. InsyaAllah.

Thursday, March 25, 2010

Kalaulah Semua Orang Tahu Membuat CPR dengan betul..

Kalaulah Semua Orang Tahu Membuat CPR & 1st Aid tentu banyak kematian mengejut yang terjadi dapat dielakkan. Memang ajal dan maut di tangan tuhan tapi sekurang-kurang mangsa yang mati akibat serangan jantung, renjatan elektrik, lemas (air atau asap) atau terkena bisa patukan ular dapat diselamatkan, diberi waktu yang lebih lama sedikit sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Itulah yang dikatakan oleh Trainer yang sangat mahir memberikan ceramah sehingga training 18 jam (2 hari) terasa amat suntuk kerana terlalu banyak perkara baru, menarik dan penting yang ingin diketahui oleh kami semua.

Kata Trainer lagi, Allahyarham Hani Mohsin yang meninggal akibat serangan jantung di tengah public malah di kawasan LCCT yg mana pekerja di situ telah diberi latihan kecemasan, malangnya, tiada seorang pun yg tampil memberi bantuan kecemasan (CPR) kepadanya waktu itu.

Membuat CPR dengan betul. Hembus mulut 2 kali, tekan dada 30 kali diulang-ulang. Kedudukan tangan mestilah tegak. Cara membuat anduh segitiga dengan betul. Bahagian yang berdarah perlu diletakkan di tempat tinggi untuk mengurangkan pengaliran darah keluar.


Mengangkat atau memindahkan mangsa yang mengalami patah tulang belakang perlu diikat terlebih dahulu. Sekiranya berlaku pergerakan pada saraf tunjang, boleh menyebabkan lumpuh atau kematian.


Begini caranya memindahkan dan mengangkat mangsa melalui tangga yang sempit. Turut diajar bagaimana memasukkan mangsa ke dalam lif yang sempit.


Kemudian, 4 orang dari kami dipilih untuk berlakon menjadi mangsa. Kami di makeup kan dengan darah tiruan dan luka2 yang mengerikan. Pasukan penyelamat ditubuhkan. Marshall dilantik bagi menilai kerjasama, kepantasan dan tertib pasukan penyelamat.


Inilah dia pasukan penyelamat yang telah ditubuhkan dalam masa 5 minit.


Mangsa Pertama : Patah tulang terkeluar. Tulang yang terkeluar tidak boleh dimasukkan ke dalam badan semula. Tulang mesti dibalut dengan balutan cincin dan kemudian dibalut bahagian luar bagi menghentikan pendarahan.


Mangsa Kedua: Tangan terhempap benda berat menyebabkan patah kuku. Tangan yang sebelah mengalami patah dalam sehingga menyebabkan pendarahan dalaman.


Mangsa ketiga: Tidak sedarkan diri. Mengalami patah tengkuk dan kecedaraan dalaman yang tak dapat dipastikan.


Mangsa keempat: Pitam dan tidak sedarkan diri. Tiada sebarang kecedaraan.


Setelah lulus ujian praktikal dan ujian teori, akhirnya kami ditauliahkan pasukan First Aider.


Tips Penting: Selagi anda tidak ditauliahkan sebagai doktor perubatan adalah salah bagi anda memberikan ubat kepada orang lain. Anda boleh dipenjarakan sekiranya pesakit mendapat alahan atau mudarat disebabkan ubat yang diserahkan kepada mereka dari tangan anda. AWAS~!


Wednesday, December 16, 2009

MC Palsu Semakin Serius

Dulu aku memang pakar identified MC palsu kerajaan ni. Tengok je kertas coklat tu, telek belakang, telek cop, telek tulisan aku dah dapat instinct MC tu palsu atau tak. Kemudian aku akan membuat pengesahan di hospital berkenaan untuk MC yang aku curiga. Jarang sekali naluri aku tersasar. Mungkin sebab dah terlalu kerap membelek MC kerajaan, maka aku sudah rasi.

Dulu aku kerja kompeni cina taik idung masin. Executives je yg layak untuk unlimited medical claim. Pekerja bawahan hanya layak untuk kos perubatan sehingga RM15 je. Itu pun pekerja kena bayar dulu. Kedekut nak mampos. Sebab tu mereka sanggup ke hospital kerajaan. Peliknya pemerintahan kuku besi mcm tu takde Union plak... Bagus gak takde Union, jadi HR pun senang.

Tapi semenjak kerja kat sini, dari mula aku masuk beberapa tahun lepas jarang sekali aku terima MC kerajaan. Sebabnya kompeni skang ni kompeni Jepun. Welfare pekerja memang priority kami. Nak pi klinik, pi je klinik panel. Tak payah keluar duit, bawa je kad bagi kat klinik tu. Kalau kena admitt hospital untuk sakit serius pun, tak perlu ke hospital kerajaan, pilih je mana-mana hospital swasta, semuanya ditanggung insuran syarikat. Punya la murah hatinya kompeni ni - TAPI - ada UNION. Pelik tul!

Tapi baru2 ni aku terima satu MC kerajaan yang memerlukan aku mempraktikkan kembali skill meng'identify' MC palsu ni. Ntah kenapa aku rasa curiga betul bila tengok nama Doktor yang merawat. Doktor Tarmizi namanya. Kebetulan baru2 ni, Menteri Kesihatan ada mengulas mengenai MC palsu yang semakin menular. Aku membuat panggilan kepada pegawai di klinik kerajaan terbabit. Secara lisan aku difaham, Doktor tersebut tidak wujud di klinik terbabit. Aku juga difahamkan klinik terbabit sedang berhadapan dengan masalah MC mereka yang dipalsukan oleh satu sindiket secara meluas.

Perbualan itu membawa kepada pertemuan 4 mata dengan pegawai terbabit petangnya. Aku diminta membuat laporan polis kerana kes ini dianggap serius oleh mereka dan sebagai syarat untuk mereka melepaskan surat pengesahan rasmi kepada aku. Maka petang tu juga aku ke balai polis berdekatan.

MC palsu merupakan satu major misconduct dan kesalahan yang dianggap sangat serius. Kalau di syarikat swasta hukumannya dibuang kerja. Persoalannya kenapa pekerja memilih jalan yang susah untuk dibuang kerja? Susah untuk mereka, susah untuk aku juga. Aku kena berulang alik hospital ke balai polis. Balik pejabat kena draft surat itu ini... suspend.. Domestic Inquiry... haihhh... kan susah tu processnya. End up tetap kena buang kerja. Pekerja susah aku pun susah... baik je la kowang hantar notis berhenti 24 jam ke.. absent selama 2 hari ke... senang je kan nak kena buang? Pelik tul la manusia ni.

Ha... aku kena buat laporan polis, tapi polis pun pakai MC palsu... apo nak dikato??


Kesalahan ini dianggap serius dan dendanya juga amat berat.
Moral of the Story : Jangan pilih jalan susah untuk berhenti kerja.

Sunday, September 13, 2009

Mungkin kamu boleh guna taktik yang sama juga..

Kali terakhir aku posting entry dlm blog ni pada hari Selasa lepas, masa kat ofis. Langsung takde mood nak kerja... kerana.. Pak Usu yang baru meninggal dan aku belum bersedia unyuk bekerja semula. Lebih menyakitkan hati, PC aku buat hal seperti biasa iaitu monitornya bertukar blank secara tiba2 dan banyak kali. Bila bukak Excel, facebook, ym dan blog secara serentak boleh menyebabkan pc tu menjadi sawan kejung (hang). Jadi pada hari tu aku telah mengamuk sakan. Aku tampo sekali monitor aku (aww... sakit tangan aku) lepas tu berckp dgn suara yang kuat. "PC pun dah tua nak mampos, nak tukar baru pun susah. Aku benti kerja senang, cari kompeni kaya sket, bagi pc baru." Jahatnya aku. Padahal pc aku tu tak le tua sangat. Monitor aku pun skrin nipis, bukannya berbontot besar mcm setengah2 kompeni tu, letak monitor je penuh meja. Tidak! Monitor aku nipis je. CPU aku pun solid... nipis.. dua-dua keluaran DELL. Selamba kodok je aku kata pc tu tua nak mampos. Tapi apa nak buat, pagi tu mmg mood tak baik. Nasib ko la kena. Lgpun dah banyak kali ko buat mcm tu, naik menyampah!!

Hari Rabu masih takde mood nak kerja.. tak banyak ckp. Pekerja datang mengadu pun aku sekadar catit, angguk2, paling tinggi pun aku ckp, "Ok... saya akan cek untuk awak, apa2 hal saya akan inform kemudian." Perubahan tu telah menyebabkan aku diasak pertanyaan2 pening oleh office mates. "Siti, kenapa minggu ni ko mcm lain je?" ye ker? agaknya aku PMS kot (sbnrnya tidak) "Siti, betul ke aku dengar ko nak berhenti kerja?" ko dengar mcm tu ke? betul la kot. "Ti, nape sy tgk 2-3 hari mcm takde mood je?" Ntah agaknya dah takde hati kat sini kot. Oh tidak. Benarkah aku akan melakukan perbuatan bodoh tu lagi dan lagi... - Berhenti kerja atas alasan - tiada alasan, saje je rasa nak berhenti!

Hari Khamis muka still kelat. Masih mengerah otak mencari alasan nak MC. Kebetulan hari khamis ada rasa kurang sihat mcm nak pitam dan pengsan. Tidak tahu kenapa. Tiba-tiba tenghari tu 3 biji CPU dan monitor baru sampai. Hati aku jadi kembang mekar. "Adakah salah satu pc tu untuk aku??" Tgh aku belek-belek kotak tu, tiba2 purchasing aku bersuara. "3-3 pc tu untuk manager." Salah satu tu pula ialah untuk pmpn chiok. (aku malas mau sebut nama dia, suwey blog aku nanti). Chiok komplen PC dia dah outdated... kurang sesuai lagi untuk system canggih yang digunakan skang. Jadi ada pergaduhan sikit yg berlaku sehingga endingnya aku ckp, "Eh... I tak kisah langsung U all nak tukar baru ke tak nak PC I ni.. I pun bukannya nak kerja lama sgt kat sini." Lepas tu aku pi klinik ambik MC half day, balik rumah - membuta sampai petang.

Esoknya Jumaat aku pi kerja dengan impian.. mau update jobstreet - mau apply semua post HR yang ada di seluruh lembah Klang.... dan... dan... surprise!!!!!!! PC baru... Monitor LCD... diulang.. bukan sekadar nipis sahaja... kali ini ia adalah LCD. Bila dikorek2 lagi...Acer - Duo Core. Yang paling besh dekat keyboard ada speaker. Solid gilerk arh! Maka aku mengetest kepantasannya. Pergh.. laju seh.. Bukak segala applications.. wah tidak ada sawan kejung... dan muka aku atak senyum itu hali... aiyaa Mr Ricky.. rupanya yang kamu kata kamu punya pc tu, rupanya adalah diorder untuk aku... dan aku tgk muka Mr Ricky pun atak senyum jugak tgk muka aku atak senyum kembali. I lebiu la Mr Ricky....!!! Tak jadi bukak jobstreet. 3 hari saja diperlukan untuk mendapatkan pc secanggih ni ye kawan2. Mungkin kowang juga boleh menggunakan taktik ini untuk mendapatkan pc baru. Jumaat itu aku telah kembali kepada Siti yang selalu....

p/s: sekadar selingan... jumaat malam ada majlis berbuka puasa dengan ex-school mates SMKTG di Prescott Hotel. Seronok dapat bertemu kamu semua kembali. One of the photo on that nite is attached. The rest check out in my facebook. Adios....


Wednesday, December 17, 2008

Seminar Seranta SOCSO 16 Disember 2008


16 Disember 2008, dari 8.30pagi sehingga 5 petang- aku menghadiri Seminar Seranta SOCSO yang dianjurkan oleh PERKESO sendiri. Seminar diadakan di The Legend Hotel, KL khas buat majikan yang berada di zon tengah iaitu (Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan dsb). Seminar yang disertai tidak kurang dari 600 wakil majikan di seluruh zon tengah Semenanjung Malaysia ini sikit sebanyak memberi pengetahuan tambahan mengenai faedah2 yang 'tersembunyi' yang disediakan oleh SOCSO yang rata2nya rakyat Malaysia tak ketahui.

I make a lot friends there. I was happy with all foods there. Actually 1 of the main reason I'd been there. :P Oh just a friendly reminder to all of employees who paid SOCSO all over the Malaysia... once u die make sure that your relatives will claim for your faedah Penakat and Khairat Kematian cost RM1500. This amount is pay to your relative once they claim w/o concern how u die even by suicide. Please Malaysian - SOCSO said that many of Malaysians employess never ever claim this benefit and they wont remind or help u to claim - u have to know it and claim it yourselves - even employer won't help u to claim this benefit . Please... don't let your ignorance make you lose and blamed. Inform your relatives and friends.

However don't misjudge me. I'm not asking you to die or injured yourselves to claim SOCSO. Whatever it is... please make sure safety n health is your priority in life and works. These two things if abused, there's nothing to compensate it even money from SOCSO. It wouldn't be the same.

I would like to share a nice quote that i learned from that seminar:-
It takes a minute to write a safety rule
It takes an hour to hold a safety meeting
It takes a week to plan a safety program
It takes a month to put it into operation
It takes a year to win a safety award
It takes a lifetime to make a safe worker
It takes ONE SECOND to destroy it all with one accident.

Friday, December 05, 2008

Kegawatan Ekonomi Global Lebih Dahsyat Dari Yang Anda Jangka

Meeting tergempar hari ni telah membuka minda dan mata kami seluas-luasnya mengenai Global Economic Recession yang melanda dunia ketika ini. Kalau dulu pada tahun 1997 dan 1998 economic crisis hanya dialami oleh negara2 Asia, disebabkan itu ia hanya mengambil masa kurang dari 4 tahun untuk kembali normal, tetapi kali ini krisis ekonomi yang melanda melibatkan dunia. Kalau sebelum ini peramal ekonomi, profesor2, cendekiawan ekonomi berpendangan optimis dalam meramal ekonomi akan datang NAMUN sehingga Oktober 2008 kesemuanya telah berubah fikiran secara drastik.

Panasanic, Sony, Samsung sebut sahaja kilang elektronik terkenal mahupun yang pernah anda dengar – kesemuanya telah mengurangkan pekerja sebanyak 30%. Baru semalam ketika Director aku melakukan lawatan ke salah satu kilang customer kami, kilang yang dulunya mempunyai 900 orang pekerja kini hanya tinggal 6 orang sahaja dan menunggu masa untuk ditutup. Tahun depan ucapkan selamat tinggal kepada jenama SANYO. Kilang-kilang berhampiran syarikat aku akan mengucapkan bye2 kepada beratus2 pekerja – dan syarikat berhampiran telah dimaklumkan – bersedia untuk sebarang tunjuk perasaan atau piket. Ribuan pendatang asing bakal dan telah kehilangan pekerjaan dan jenayah dijangka bakal meningkat. Di Selangor puluhan kes telah dilaporkan di mana ramai orang telah dirompak selepas mengeluarkan duit dari mesin ATM. Modus operandinya, pendatang asing ini akan berkumpul dalam jumlah yang ramai, berdiri dari jauh memerhatikan mangsa yang baru mengeluarkan duit dari mesin ATM, mendekati mangsa secara beramai-ramai dan… pap… merampas duit mangsa. Melawan beerti mati atau cedera.

Penjualan kereta2 telah menurun sehingga mencecah 50%. Merecedes, Toyota, Ford, ISUZU, Nissan, Honda. Berjuta rakyat dunia yang kini telah dibuang kerja. Kalau dulu penjualan finger cots sekian-sekian, kini bakal kurang lebih dari separuh disebabkan telah kurangnya pekerja2 di sektor2 tertentu. Malah kalau dulu mereka menggunakan sarung jari yang mahal dan berkualiti – kini mereka mencari sarung jari yang nipis dengan harga yang jauh lebih murah. Cut Cost! Pada Julai 2008 harga getah di tahap RM7.20 tapi hari ini harganya kurang lebih dari separuh iaitu RM3.50 dan kini belum berhenti jatuh – berada di bawah paras untung. Kalau ini terus berlaku berpuluh2 estet bakal tutup bukan sahaja di Malaysia malah dunia.
Buat masa ini kami belum ke tahap retrenchment, tapi dalam keadaan genting dan terdesak begini, kami tidak boleh hanya duduk dan memerhati. Kerana pilihan kini cuma ada dua. HIDUP atau MATI. Kalau kami sakit, competitor juga begitu. Dalam keadaan terdesak begini tak mungkin lebih dari 1 kompeni seperti kami boleh hidup di bumi Malaysia. Salah satu perlu dinyahkan dan kami memilih untuk lawan. TEAMWORK adalah senjatanya.


Kepada kompeni2 seangkatan, nasihat percuma dari aku. Dalam beratus2 orang yang singgah di post guard anda bertanyakan kerja kosong, bukanlah kesemuanya berniat begitu. Ada diantara mereka yang mengintip tahap sekuriti di premis anda untuk dilaksanakan misi jahat bila bulan menjelma. Jadi PASTIKAN pihak keselamatan anda berkawal lebih ketat dari sebelumnya. Jangan tidur. Untuk yang lain – Jangan Tidur, kegawatan ekonomi akan membunuh anda yang TIDUR!!!!!