Saturday, July 10, 2010

Jadikan Akta Kerja 1955 sebagai perisai perang.

Pengetahuan aku dalam bidang HR mungkin cetek. Namun aku ingin sekali membantu pekerja-pekerja yang teraniaya atau dianiaya oleh pihak syarikat berdasarkan pengalaman dan pengetahuan aku. Moga apa yang aku kongsikan ini dapat membantu pekerja-pekerja lain yang berhadapan dengan masalah yang sama.... dan... mungkin juga kepada HR (khasnya dummies) yg lain.

1- Retrenchment - salah satu medium untuk majikan membuang pekerja bagi pekerja yang tidak bersalah atas alasan, lebihan pekerja, mengurangkan kos bisnes dengan syarat pekerja perlu dibayar pampasan (compensation).

2- Termination - selain daripada absconded biasanya termination dilakukan hanya selepas melakukan proses Domestic Inquiry. Bermakna pekerja perlu dibicarakan, dijelaskan secara bertulis atas alasan apa dia diberhentikan kerja dan diberi peluang membela diri bagi pihak dirinya.

3- Sebagai majikan adalah salah bila kita mencadangkan pekerja untuk resign bagi mengelakkan mereka melalui proses-proses Domestic Inquiry yang selalu dianggap leceh oleh majikan. Inikan pula kalau kita MEMINTA mereka untuk resign - lagi salah besar. Lebih2 lagi kalau "permintaan azimat" tu in written yang mana boleh dijadikan evidence.

4- Bagi pekerja yang diberhentikan atas alasan prestasi kerja, ia mesti didahulukan dengan surat tunjuk sebab (showcause letter), warning letter dan pekerja must be given reasonable time to show improvement in certain period of time. Tanpa sebarang surat bertulis yang ditandatangani penerimaannya oleh pekerja - majikan dianggap tiada kes, tiada bukti dan sekadar tuduhan melulu.

5- Memetik pertanyaan Azmiroy, pekerja tak boleh disabitkan dengan kesalahan yang terlalu lama contohnya yang melebihi 3 bulan melainkan atas sebab2 konkrit contohnya, pekerja outstation di luar negara, cuti bersalin (atau apa sahaja yang melambatkan proses penerimaan surat tersebut kepada pekerja). Selepas surat showcause letter dikeluarkan (tuliskan tarikh akhir bila sepatutnya pekerja menjawab surat tersebut), selepas surat jawapan diterima daripada pekerja, majikan perlu menjawab surat tersebut dalam tempoh terdekat dengan memaklumkan keputusan pihak syarikat. Sekiranya majikan bertindak mendiamkan diri tanpa mengeluarkan sebarang keputusan atau tindakan susulan - maka kes itu digugurkan dengan menganggap majikan telah memberi ampun / gugurkan kes.

6- Berdasarkan kes yang sedang berlaku di syarikat aku. Kedua2 pekerja yang telah disabitkan kesalahan atas kes dadah, pihak syarikat sedang menggantung kedua-dua pekerja tersebut dengan membayar mereka gaji penuh. Ini disebabkan mengikut akta kerja pekerja hanya boleh digantung kerja selama 2 minggu dengan separuh gaji. Separuh gaji ini perlu dibayar semula setelah terbukti pekerja tersebut tidak bersalah. Sekiranya majikan menggantung pekerja lebih dari 2 minggu maka pihak majikan wajib membayar gaji penuh kepada pekerja tersebut. Sekiranya pekerja tersebut diberhentikan ketika di dalam perbicaraan dan keputusannya didapati pekerja tidak bersalah, pekerja boleh menuntut pampasan dari pihak majikan.

Sekiranya kawan2 mempunyai sebarang pertanyaan mengenai hal kerja, jangan malu2 nak tanya. Aku bukanlah pandai sangat, tapi InsyaAllah... apa yg boleh aku bantu, aku akan bantu.


750 comments:

1 – 200 of 750   Newer›   Newest»
azmiroy said...

Vic
saya masih tertanya2 jika sesaorang pekerja itu terlibat dengan dadah, adakah perlu bagi majikan memberi nasihat dahulu kepada pekerja itu dalam bentuk menghantar pekerja tersebut ke pusat pemulihan dadah dahulu dan sekiranya pekerja tersebut masih lagi meneruskan tabiat dengan dadah barulah majikan boleh ambil tindakan DI

azmiroy said...

pekerja tersebut telah dijatuhkan hukuman oleh majikan Buang Kerja. Kemudian dia membawa kes tersebut ke Mahkamah Perusahaan adakah proses ini dia dianggap sebagai digantung kerja dan perlu dibayar gaji penuh

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Azmi - tak perlu. Tugas majikan hanya menjalankan proses soal selidik sahaja kerana dadah merupakan satu kesalahan serius dan ia merupakan kes polis. Biar polis yang menjalankan ke tugas samaada dihantar lokap atau ke pusat pemulihan.

Dalam kes ini sila rujuk semula buku panduan pekerja yang dikeluarkan oleh majikan ataupun surat tawaran kerja yang ditandatangani ileh pekerja ketika masuk kerja. Kebanyakan syarikat telah menulis klausa mengenai penglibatan pekerja berkenaan dadah. Gunakan klausa tersebut untuk mengambil tindakan buang kerja kepada pekerja tersebut.

Sekiranya pekerja disahkan tidak bersalah oleh pihak mahkamah, maka pihak syarikat perlu membayar pampasan gantirugi kepada pekerja tersebut sepanjang dia diberhentikan perkhidmatannya (itu pun sekiranya pekerja failkan kes di JKKP).

Tapi sekiranya pekerja tersebut didapati bersalah, gunakan akta-akta dan undang2 yang sedia ada samaada di dalam buku panduan kerja syarikat atau employment act untuk mengelakkan membayar pampasan kepada pekerja.

super_debab said...

1)bagaimana showcause letter di keluar kan?? perlu warning letter or boley kluar cam tu jew. contoh seorang pekerja hanya tidak hadir insurance briefing.Adakah showcause letter boleh di keluar kan.
2)Jika seorang pekerja melakukan kesilapan dlm kerjanya tanpa disengaja,boleh kan showcause letter di keluarkan.cth : terlupa key in certain data in system. and effect in kpi performance.boley kah supervisor mengeluarkan showcause letter.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Hi Rodzaida

Jawapannya boleh. Showcause letter atau dalam bahasa melayu Surat Tunjuk Sebab bukan satu amaran atau kesan tindakan disiplin. Ia dikeluarkan hanya untuk mendapatkan penjelasan daripada pekerja tersebut. Daripada jawapan yang diberikan barulah pihak majikan boleh membuat tindakan selanjutnya seperti Surat Amaran (Warning Letter) atau Panggilan untuk Domestic Inquiry.

Pekerja tidak boleh dikenakan tindakan disiplin atau penalti (spt dikurangkan bonus, dikurangkan increment) hanya kerana surat tunjuk sebab pernah dikeluarkan ke atasnya.

2. Boleh, seperti jawapan No. 1, ia hanya surat meminta jawapan / penjelasan dari pekerja.
Ada sesetangah majikan menggunakan surat showcause letter hanya dengan tujuan memberikan "susah" kepada pekerja atas tindakan yang tidak boleh dikenakan tindakan disiplin.

Sebagai contoh. Pada hari tersebut ada 6 pekerja MC dalam masa yang sama, menyebabkan production terjejas. Tapi MC telah disahkan benar oleh panel klinik syarikat/ govt hospital. Pihak majikan tidak boleh ambil tindakan memandangkan pekerja mempunyai bukti sahih. Maka dikeluarkan surat tunjuk sebab untuk tujuan "menyusahkan" pekerja. Itu je. Sebab by hook or by crook diorang have to answer the showcause letter kalau tak management boleh di charge atas keengganan menurut perintah. Lagi kesian kalau yang kena tu menulis pun merangkak....

iCe said...

hahahaaa i love this showcause letter punya topik... ada sekali tu aku dpt 3 showcause letter serentak tapi aku jawab sume surat2 tu dalam 1 surat je pasal aku malas nak layan & aku pon jawab macam kurang ajar sket... 3 hari later my MD call me for a meeting & aku kena keliling dengan all the managers... aku still ingat lg apa yg MD tu cakap kat aku... " you have no rights to question the company & i can fire u" ... aku pon jawab " please do if that's what u want & i'll see u in court"... hahahaa bila dengar aku cakap court je trus mamat tu diam... kadang2 ada syarikat ni tak ikot sangat wutever act yang ada tapi pekerja ni plak takut nak bersuara... tak kira laa majikan ke pekerja ke kalo kita tak buat salah, jangan takut pertahankan hak kita tapi kalo memang kita buat salah, lu tanggung laaa sendiri... hahahaa

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Uiyoooo... sampai 3 showcause ko dapat? Atas reason apa yek... leh tau ke? Hahaha... ala... kalau betul ko salah... ko tentu dah kena tindakan disiplin atau warning letter after received the showcause letter. Sesetengah majikan mmg suka gertak, tp yg bahayanya kalau org yg digertak tahu dirinya tak bersalah dan tahu undang2....

Nanti sendiri yang tanggung....

Tapi aku pernah ada pekerja yg bila kompeni warning, dia plak gertak kompeni.... Masalahnya... kalau dah salah tp ko gertak kompeni mmg silap besar... "U R WELCOME TO DO SO..."

Nanti nak pi kerja kena tunduk je la bila nampak management. Jgn buat kesilapan mcm ni... sbb once kompeni tahu u hanya pandai banyak ckp... next time gertakan pekerja mcm ni dah tak memberi makna lagi pd majikan..

iCe said...

pasal aku tak parking dalam compound company, aku balik awal masa anak aku sakit kuat & lg 1 aku lupa pasal apa... aku pon bagi jawapan bodoh tapi setiap jawapan tu aku sertakan dengan soalan untuk kompeni jawab kat aku... hahahaa bengang gila MD aku bila tengok surat aku tu...

apa yang aku buat sume within the company rules & regulations so apa aku nak risau... lain laa kalo aku memang salah, awal2 lagi aku da surrender.

so kepada sume pekerja, belajar2 laa pasal employment act ni... hahaha

Anonymous said...

bagaimana pula jika sesorang itu telah menandatangani surat tawaran pekerjaan baru pada tarikh di tetapkan tapi tidak datang untuk bekerja?

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Pihak syarikat boleh menyaman individu tersebut menerusi akta tertentu.

Namun kebayakan kes ini ditutup begitu sahaja kerana kebanyakan mereka yang ingkar menghadirkan diri ini adalah mereka yang berjawatan ala2 sahaja dan gaji pun ala2 sahaja... tak berbaloi menunggu di mahkamah bertahun2 bagi mendapatkan pulangan yang ciput. Sebaliknya mereka yang ditawarkan jawatan besar dan gaji besar jarang melakukan kesilapan besar seperti ini kerana sudah arif ttg akta dan pasti akan mengelak untuk "gantung leher sendiri".

Namun, kebanyakan syarikat kini sudah pandai "menyenarai hitamkan" resume pekerja yang begitu di dalam laman web pencari pekerjaan. Jadi syarikat lain dapat melihat "tanda" yang ditinggalkan di atas resume pekerja tersebut dan mereka akan mengelakkan dari memanggil pekerja tersebut untuk ditemuduga.

miss H said...

hye diana...

i nak tye u... cm ner pulak klu i di berhentikan... atas sb i x improvement lam keje... padahal sumo keje admin i tanggung. last2 die suh i berhenti.. nak bayar 1 month gaji jer... u buleh tlg x...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

miss H - Semasa diberhentikan u masih dalam probation period ye? Ye, bila u tak boleh perform well your duties, company memang boleh terminate you 24 hours (refer balik surat tawaran kerja) dengan syarat anda telah diberikan cukup masa untuk memperbaiki diri setelah latihan diberikan.

Sekiranya anda merupakan pekerja permanent dan diberhentikan dengan sebulan notis (termination), syarikat perlu membuktikan bahawa kesalahan yang anda lakukan merupakan kesalahan besar, anda pernah mendapat amaran bertulis mengenai ketidakupayaan anda melakukan kerja2 anda, anda diberikan latihan (bukti bertulis) dan diberi masa untuk show improvement - selepas semua ini, anda masih tak mampu perform your duties - anda boleh diterminate dengan sufficient notice.

Mengenai bebanan kerja yang melebihi kemampuan, anda sepatutnya dimaklumkan mengenai job scope dan job description anda terlebih dahulu. Sekiranya terdapat kerja2 ad-hoc, anda boleh berbincang dengan pihak majikan mengenainya sekiranya anda mempunyai masalah melakukannya.

miss H said...
This comment has been removed by the author.
miss H said...

tQ diana...

i dh permenant selama 2 tahun lebih..
x der bertulis mengatakan i perlu improved.. yg i bengang... dia mmg sengaja carik reason tuk buang org sesuke hati die. so, i nak lawan die semula nie.. that y, i crik point jugep~

tQ diana

pejol said...

saya adalah kakitangan swasta ingin bertanya tentang perakam waktu atau punch card. untuk pengetahuan saya bertugas diluar kawasan pejabat contohnya , pejabat di Selayang dan tempat kerja di Ampang jarak diantara tempat kerja di Ampang dan pejabat di Selayang adalah lebih kurang 90km pergi dan balik menggunakan motosikal sendiri. Pada asalnya perakam waktu atau punch card ini diletakkan di cawangan berhampiran dengan tempat kerja saya iaitu di ampang. Selepas itu timbul ketidakpuasan hati majikan saya terhadap pekerja lalu di tarik balik perakam waktu tersebut supaya semua pekerja yang bertugas di Ampang mengetik masa dipejabat iaitu di Selayang kemudian kami akan pergi membuat tugasan di Ampang Persoalannya sekarang adakah cara ini betul atau salah, bagaimana pula dengan tuntutan perkeso jika ada sesuatu perkara yang tak diingini berlaku ketas pekerja ? harap dapat membantu

super_debab said...

salam,

pekerja tender resignation 2months.between that bonus payout.. are they qualified to get bonus???

din said...

salam diana.

saya director company swasta yg lesen perniagaan yg sedang saya jalankan dah tamat..
malah saya tak berminat nak continue lesen ni sebab saya dan partner nak tutup company ni (company A)...
saya dalam proses bukak company baru atas nama saya seorang saja, bukan dgn partner lama (company B)...
adakah salah saya berhentikan 2 staff saya di company A dan memberikan sebulan pampasan...
FYI, keadaan company A sekarang memang takde sales...semua sales saya yg cari...
selama 2 tahun staff N menjadi staff saya, tiada sales yg dibawa masuk malah dia bercerita tentang company A dan pasal saya pada bekas staff, sedangkan dalam LA dah tertulis hal syarikat tak boleh dicerita pd org luar..
manakala staff S pula terlalu kerap cuti...hantar adik pergi kolej, nenek sakit, jaga nenek sakit, pergi bank, renew lesen motor, dan macam2...
sebab tu bila company A nak tutup, saya tak teringin nak bawa mereka bekerja di company B...
adakah salah tindakan saya?
sebab kalau difikirkan, bila company A sedang down takde sales, saya seorang je fikir tak tidur malam bagaimana nak bayar gaji2 mereka, kwsp, sewa ofis, utiliti dll...agak tidak adil...sedangkan staff sepatutnya jadi penyumbang bukan penumpang...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Encik Din,

Lupakan mengenai masalah disiplin dan sikap tidak bertanggung jawab pekerja2 Encik Din, kerana walau seburuk mana pun kerja mereka, namun sekiranya Encik Din tidak pernah mengeluarkan sebarang amaran bertulis kepada mereka, ia tidak mampu menjadi benteng membela diri dari bagi pihak Encik Din.

Mengenai SALES, ia mungkin membantu sekiranya didalam appointment letter termaktub klausa dimana, sekiranya anda sebagai SALES PERSON di kompeni A tidak mencapai target jualan bagi dalam tempoh 3 bulan berturut2, pihak syarikat boleh mengambil tindakan diatas prestasi jualan anda termasuk pembuangan kerja. Adanya klausa ini, boleh membantu Encik Din sekiranya terjadi perkara yang sama di masa akan datang namun harus diingat, pekerja tetap perlu diingatkan mengenai kemerosotan prestasi jualan dari semasa ke semasa dan mengingatkan beliau untuk meningkatkan prestasi jualan sekiranya tidak mahu dibuang kerja. Maka itu, written communication adalah kunci paling berkesan untuk menyimpan rekod2 dan bukti sekiranya perlu dikemukakan di kemudian hari.

Encik Din,
Cuma ada tiga perkara sahaja bila pekerja dibuang kerja, majikan tidak perlu membayar sebarang pampasan.
1- Dibuang kerja selepas Domestic Inquiry
2- Bersara
3- Berhenti kerja / Resign

Selain dari 3 sebab di atas, majikan perlu membayar pampasan kepada pekerja tersebut. Nilai pampasan minima boleh didapati didalam buku Akta Kerja 1955.

Dalam kes Encik Din apa yang boleh saya katakan, Encik Din boleh memberhentikan pekerja atas alasan kompeni sudah tidak mampu beroperasi dan akan tutup. Lupakan mengenai kompeni B kerana kompeni A dan B tiada kena mengena walaupun ownernya orang yang sama. Encik Din tak perlu membawa pekerja2 tersebut berpindah ke kompeni B. Oleh yang demikian jalan yang tinggal ialah retrenchement dan pampasan retrenchment perlu diapply dalam hal ini.

Syarikat yang rugi dan hampir gulung tikar tidak akan terlepas atau dikecualikan dari kewajipan membayar gaji dan retrenchment benefit kepada pekerja.

Apa yang boleh saya katakan, pemecatan pekerja takkan menjadi satu isu selagi pekerja tidak memfailkan kes ini ke JPP. Jadi sekiranya pemecatan telah berlaku, dan tiada sebarang tindakan susulan dari pekerja bagi menuntut hak mereka, selagi tu majikan "selamat". Itulah kebanyakan kes yang berlaku ketika ini.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Pejol,
(Maaf saya baru perasan mengenai komen ini sebaik menerima notification komen Encik Din)

Bila terjadinya perkara seperti ini, itu bermaksud majikan Pejol mahu pejol melaporkan diri dulu di ofis utama sebelum ke tempat cawangan lain yang ditempatkan. Tiada masalah dengan perkara ini lagipun ia masih terletak di daerah yang sama. Sekiranya Pejol mendapat kesukaran dalam hal ini contohnya, lambat sampai ke Ampang dan mencetuskan masalah di sana, Pejol boleh berbincang dengan majikan mengenainya.

Tiada masalah dengan PERKESO. Lagipun ia memang kehendak majikan agar Pejol mengetik di Selayang sebelum ke Ampang, jadi ia dikategorikan sebagai laluan kerja Pejol. Ia umpama En Pejol diassign untuk menjalankan kerja di tempat customer. Lebih selamat sekiranya Encik Pejol mengisi buku rekod keluar dari Selayang untuk ke Ampang dan turut mengisi waktu balik dari Ampang untuk mengetik di Selayang. Dengar memang leceh tapi ia sangat membantu melicinkan proses claim ketika berurusan dengan PERKSESO.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Super Debab - isu bonus perlu dilihat dari akarnya. Bonus itu kontrak atau tidak. Rujuk R&R company ataupun CA (sekiranya ada).

Sekiranya tercatat, bonus itu kontrak, maka wajib majikan membayar bonus sebaik aje pekerja tersebut melepasi tempoh appraisal. Sekiranya tertakluk kepada company disceration, maka terpulanglah kepada pihak syarikat samaada mahu atau enggan membayar bonus.

anie said...

Vic@Diana,

i nak tanya pasal pembayaran gaji.company i akan bayar gaji asas setiap akhir bulan dan elaun dibayar pada pertengahan bulan berikutnya.contoh gaji asas 1.5k dan elaun 200 utk sebulan.Pada bulan Mac akhir bulan, i akan dpt 1.5k dan elaun i bagi bulan Mac tu akan masuk pada pertengah bulan April.

jika i nak behenti dan beri notis sebulan ikut kontrak,i difahamkan gaji asas i tak akan dapat jika my last day before 30hb(akhir bulan).contoh i nak tender resign start 24Mac so my last day 24April.Oleh kerana 24April belum tamat akhir bulan i tak akan dapat gaji.i akan cuma dapat elaun rm200 sahaja pada pertengahan bulan April(elaun itu bulan Mac punye).

i harap you paham pe yg i maksudkan...so soalan i macamna i nak dapatkan gaji i bulan april tu.kalau i tak dpt gaji,bermaksud bagi bulan April sebelum my last day tu i kerja tanpa bayaran apa2 la kan?isu macamni ada boleh diambil tindakan tak?

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Dear Anie,

Bila U tender resignation on 24th March, ur last working day should be 23rd April... melainkan kalau u hantar surat tu 24hb lewat petang.

Asalkan u dah bagi sufficient notice and fulfill the notice period, u layak untuk gaji... tak ada istilah kompeni boleh ambik gaji u.... berani dia buat gitu.
Apa pun u layak untuk untuk gaji bulan April dari 1hb sehingga 23hb April. Suka2 hati je set up law sendiri kompeni tu.. berani plak act beyong the parent act...
Elaun pula kebanyakan kompeni akan memberi secara prorate, yg mana bahagikan mengikut jumlah hari kerja.

Mula2 u cakap mcm ni je... i bagi u notis 1 bulan, I serve the notice period and I deserve my paycheck for this month... kalau kompeni tak dapat nak bayar... I terpaksa buat aduan pada JPP untuk dapatkan keadilan bagi pihak I yang mana kompeni may end-up to pay me higher than what it supposed to be.

Kalau kompeni degil juga.... tulis satu surat content those word alamatkan pada kompeni and cc to JPP.... terus bukak fail.. u akan dapat u punya hak dalam tempoh sebulan... InsyaAllah.

anie said...

Thanks Vic@Diana.i rasa lega skit bila u ckp camtu.
i sbnarnye ni first company kerja sbb i fresh graduate.so mmg tak brapa tau sangat pasal HR dan hak pekerja.i harap nanti u dpt post kat blog u tentang pe yang penting untuk rujukan fresh graduate yang baru bekerja supaya tahu hak mereka sebagai pekerja.
I really appreciate ur advice and thank you again for ur help.

aiebest said...

Hai Diana

Ingin bertanya, saya digantung kerja selama 4 bulan untuk tujuan siasatan dalaman. Bulan pertama diberi gaji separuh bulan dan 3 bulan diberi gaji penuh.

Ok..majikan telah menarik balik surat gantung kerja saya dan suruh bekerja seperti biasa. tiada surat amaran dan surat tunjuk sebab.

Adakah kes saya still dlm siasatan atau kes close? dengan hanya memberi surat tarik gantung kerja.
Majikan telah meranapkan rating KPI saya ke band 1 bermakna tiada bonus dan kenaikan gaji.Boleh majikan berbuat demikian? saya tak tahu saya didapati salah atau tidak?
Adakah majikan akan pulang balik separuh gaji saya?

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Hi aiebest,
Mengikut akta kerja 1955 Seksyen 14(2) Majikan boleh menggantung pekerja atas alasan D.I. untuk tempoh tidak melebihi 2 minggu tetapi wajib membayar upah tidak kurang dari setengah gaji pekerja dalam tempoh tersebut. Ini bermakna…. Sekiranya pekerja digantung 2 minggu, majikan wajib membayar sekurang2nya 1 minggu gaji. Manakala selepas DI didapati pekerja tidak bersalah, baki seminggu itu perlu dibayar semula kepada pekerja.
Dalam kes aiebest, jelas sekali tindakan pihak syarikat salah. Syarikat hanya boleh menggantung max 2 minggu dengan separuh gaji. Kalau lebih daripada tu, pekerja wajib dibayar gaji penuh. Tapi anda digantung 4 minggu dengan bayaran gaji 2 minggu. Betul kan?
Keduanya, apabila pihak syarikat bertindak berdiam diri tanpa mengadakan DI ataupun disusuli dengan surat keputusan majikan, itu bermaksud syarikat memberikan “condonation” atau dengan kata pengampunan (gugur kes) terhadap pekerja, dengan itu secara automatic pekerja perlu dibayar semula baki gaji gantung kerjanya. Tiada sebarang penalty sepatutnya diberikan kepada pekerja sekiranya gugur kes.
Dalam kes anda saya nasihatkan berbincang dulu dengan pihak HR mengenai perkara ini, (mungkin HR anda kurang arif mengenai akta kerja 1955). Minta pihak HR memulangkan semula baki gaji anda (kalau ikut perkiraan saya syarikat berhutang dengan anda 2 minggu) dan tarik balik semua penalti yg dikenakan ke atas anda. Atau anda boleh memberikan surat dengan ayat terakhir, ‘sekiranya pihak HR tidak melakukan sebarang pembetulan terhadap perkara ini, saya tidak ada pilihan melainkan mendapatkan hak saya melalui perundangan’. Berikan HR seminggu untuk memberi jawapan, kemudian jika tiada sebarang perubahan, buka fail anda di JPP berhampiran untuk mendapatkan keadilan bagi pihak anda.

aiebest said...

Terima Kasih Diana

Nasihat ini amat saya hargai.

Anonymous said...

I nak tanya... sekiranya saya MC pada 3/3/2011 tapi sehingga bulan 5 saya tidak menghantar surat cuti sakit tersebut.. adakah patut pihak majikan mengantar warning letter kepada sy tanpa ader sebarang perbincangan?. Apakah yang patut saya buat?

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Cik Anon,

Tanggungjawab awak sebagai pekerja sebaik sahaja menerima MC daripada klinik / hospital ialah menelefon pihak syarikat dan memaklumkan mengenai MC anda pada hari tersebut (iaitu hari yang sama).

Tanggungjawab kedua, sebaik sahaja kembali bekerja adalah tanggungjawab anda untuk mengisi borang cuti dan menyerahkan MC tersebut kepada pihak HR. Borang itu sepatutnya diserahkan kepada pihak HR dalam tempoh 3 hari kerja sebaik kembali bekerja.

Kegagalan anda menyerahkan surat tersebut boleh menyebabkan anda diberikan surat warning kerana cuti tanpa kebenaran / maklumkan pihak syarikat.

Dalam kes anda tindakan pihak syarikat betul. Sebagai pekerja syarikat anda sepatutnya sedia maklum tanggungjawab anda sebagai pekerja dan ia adalah prosedur biasa dalam mana2 syarikat.

Cuma...

Tindakan warning letter tu agak lambat keluar.. sepatutnya boleh dikeluarkan awal bulan 4 apabila kiraan gaji bulan 3 telah tamat. Tapi mungkin pihak syarikat anda mempunyai penjelasan sendiri mengenai hal tersebut.

Anonymous said...

Hi vic,

saya nak tanya kes datang lewat

scenario
-katakan si A datang lewat tiap hari ke pejabat lebih setengah jam selama 8 tahun bekerja tanpa apa tindakan dari majikan samada amaran lisan atau bertulis.

soalan.
-bolehkah kes diatas dianggap condonation kepada A dari majikan?
-adakah majikan boleh memecatnya selepas hanya memberi amaran bertulis 3 kali termasuk amaran terakhir pada januari tahun ke 9?
-Jika A dipecat bolehkah ia membawa kes ke pejabat buruh/mahkamah perusahaan atas alasan condonation tersebut dan adakah ia mempunyai kes yang kuat untuk menang?

harap dapat penjelasan .tq

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

-bolehkah kes diatas dianggap condonation kepada A dari majikan?
Sekiranya salah laku yang dibuat tidak diambil sebarang tindakan oleh pihak syarikat itu bermaksud majikan tidak kisah dengan salahlaku tersebut. Tetapi sekiranya majikan mengeluarkan notis peringatan ataupun Surat Tunjuk Sebab dan kemudian tidak melakukan sebarang tindakan susulan walaupun pekerja telah memberikan penjelasan, maka itu diklasifikasikan sebagai condonation (pengampunan).

-adakah majikan boleh memecatnya selepas hanya memberi amaran bertulis 3 kali termasuk amaran terakhir pada januari tahun ke 9?
3 surat amaran bagi kesalahan yang sama adalah mencukupi dan majikan boleh memecat pekerja tersebut dengan syarat:-
1- Masa yang mencukupi diberikan kepada pekerja untuk memperbaiki kedatangannya selepas setiap kali diberikan surat amaran.
2- Pekerja tidak menunjukkan sebarang perubahan positif walaupun surat amaran telah dikeluarkan
3- Pemecatan dilakukan selepas membuat Domestic Inquiry.

-Jika A dipecat bolehkah ia membawa kes ke pejabat buruh/mahkamah perusahaan atas alasan condonation tersebut dan adakah ia mempunyai kes yang kuat untuk menang?
A mmg boleh dipecat dan pekerja boleh failkan kes di JPP. Tetapi sekiranya ketiga2 prosedur di atas diikuti, adalah amat tipis untuk pekerja menang lebih2 lagi sekiranya majikan mempunyai bukti kukuh. Saya faham mungkin pekerja tak berpuas hati selepas 9 tahun datang lambat tanpa sebarang tindakan, kenapa hanya dikenakan tindakan pada tahun ke9? Adakalanya majikan membuat silap dengan memandang ringan kesalahan pekerja, namun apabila majikan menyedari kesilapannya dan kembali menguatkuasakan undang2, tidak ada istilah terlewat untuk majikan. Yang salahnya sekiranya pekerja tersebut datang lewat pada tahun ke 8 dan hanya diambil tindakan pada tahun ke 9 walaupun pekerja tidak lagi mengulangi kesalahan tersebut pada tahun ke-9, barulah pekerja mempunyai alasan kuat untuk menang kerana majikan mengambil tindakan atas kesalahan lampau dan niat majikan boleh dipertikaikan.

Saya berharap saya menjawab persoalan saudara/i.

emelda said...

Assalammualaikum saudari, saya mempunyai masalah di tempat kerja dimana majikan saya yang baru dilantik oleh pihak pengurusan pada april 2010 telah menunjukkan sikap yang kurang menyenangkan. pada awalnya, beliau memperlihatkan sikap yang baik.. tetapi, setelah setahun, barulah kami perasan akan tindakan beliau. baru setahun bekerja, beliau dah mula membawa kroni masuk. begitu ramai.. sehingga kini, hampir 10 orang kroninya masuk dan orang lama disingkirkan atas alasan tidak boleh menjalankan tugasan. beliau begitu pandai berlakon dengan bermuka-muka pada pihak pengurusan. bila berhadapan dengan pihak pengurusan, beliau begitu baik/alim, tetapi sebenarnya perangainya amat menjijikkan. kakitangan lama dimaki hamun dengan kata-kata yang kesat. beliau memberikan tugasan dengan memilih bulu. memburukkan kakitangan lama kepada department lain dengan tujuan kakitangan lama dipandang serong dan itu merupakan caranya untuk membawa kroni masuk. selalu bercakap besar seperti 'aku bos, suke hati aku lah'. pelbagai lagi sikap beliau yang begitu panjang untuk diceritakan. saya bekerja di institusi kewangan dan tidak tahu kepada siapa ingin diadukan perkara ini.. harap saudari dapat membantu. terima kasih.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Hai emelda,

Attitude Problem bukan gejala baru dalam bidang pekerjaan. Dalam sebakul kerang pasti ada yang 'busuk', begitu jugalah halnya dengan rakan sekerja.

Memasukkan kroni di dalam syarikat adalah sesuatu yang sukar untuk kita 'pekerja biasa' pertikaikannya. Ada 6 perkara yang kuasanya terletak di tangan majikan dan tak boleh dipertikaikan oleh pekerja dan diantaranya ialah isu gaji dan 'selection' (pengambilan kerja). Lebih2 lagi tindakan majikan Emelda seolah mendapat restu dari pihak Top Management.

Apa yang boleh saya katakan ialah, sekiranya penyingkiran rakan2 sejawat Emelda dilakukan tanpa mengikut prosedur yang betul, mereka boleh membawa kes ini kepada JPP untuk menuntut keadilan. Ia mungkin satu "hint" yang kuat untuk memberitahu majikan baru bahawa "anda tidak boleh membuat sesuka hati".

Selebihnya... apa yang boleh saya nasihatkan... bersabarlah. Saya telah melihat fenomena "attitude problem" ini dalam beberapa syarikat dan yang pastinya... mereka tak akan selamanya menang. Percayalah...

Anonymous said...

Hai,
Nak tanya sedikit,
Pada dis2010 saya telah menggunakan kenderaan syarikt ketempat lain sepas membuat kerja..seminggu selapas itu saya telah dipangil untuk penjelasan tampa sebarang surat amaran.hanya berbincan hal tersebut.
tetapi setelah 9 bulan saya telah mendapat surat tunjuk sebab. atas kesalahan tersebut, bagaimana pun saya membalas dengan mempertikankan pihak syarikat kenapa mengambil masa terlalu lagi, sedangkan telah berbincang. di sini saya dapati pihak syarikat berniat tidak baik terhadap saya.
mohon pandangan dana apakan peruntukkan yang terdapat dalam kes saya .

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Hai Anon,

Saya bersetuju bahawa 9 bulan adalah tempoh yang terlalu lama untuk mengambil tindakan susulan bagi sesuatu kes disiplin.

Sebaik sahaja verbal communication tersebut, seharusnya kalau majikan tidak berpuas hati dengan jawapan anda ia akan disusuli dengan surat tunjuk sebab dalam tempoh beberapa hari kemudian. Namun sekiranya beberapa faktor penting yang menangguhkan proses membuat keputusan selepas surat jawapan tunjuk sebab dibalas... majikan boleh megeluarkan surat memberitahu bahawa keputusan terpaksa ditangguhkan disebabkan beberapa perkara seperti ketiadaan pihak atasan atas urusan luar negara dan sebagainya.

Perbuatan majikan melengah2kan kes boleh dianggap condonation (pengampunan). Tentu sahaja anda boleh mempertikaikan perkara tersebut.

Anonymous said...

Tq Vic,

Adakah syarikat berhak membuat DI atau memberi surat amaran kepada saya.
dan boleh kah saya menggunakan khidmat peguam sekiranya pihak syarikat ingin membuat DI terhadap saya dan apakah hak saya sebagai pekerja. Atau vic ada idea yang boleh membantu saya.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Katakan pada mereka anda membantah pertuduhan (Charge) ini disebabkan salah laku itu telah lama berlaku dan anda menganggap bahawa syarikat telah memberikan condonation kepada anda setelah sekian lama. Dengan membuka balik kes lapuk anda berpendapat syarikat bersifat mala fide (berniat jahat) terhadap anda. Minta mereka gugurkan kes ataupun anda akan membawa kes ini ke pihak JPP untuk pembelaan dan tujuan mencari keadilan. Sekiranya mereka masih ingin meneruskan DI, datang DI dan buka fail kes di JPP berhampiran anda. Jangan bawa sebarang peguam kerana dalam DI tertuduh hanya dibenarkan membawa saksi atau wakil Union (sekiranya tempat kerja anda mempunyai kesatuan). Peguam tidak dibenarkan masuk DI.

Anonymous said...

i de absconded dri my previous company sebba nye management ntah pape.i just tendered my resignation for 1 months instead of 3 months.. kalo i seret kes ni ke labout court u rase akan menang x?cz i'd get verbal consent dri mgt i saying that kalo i nk release awl, my boss shall get a new replacement for my posts. then my boss, got new staff.. tp today, i received show cause letter for absent tu.. what should i do?

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Hello Friend,

Supposedly when u tender resignation letter, company should come out with acceptance of resignation letter which stated your last working day, things that you should return and any related matter.

Once you put 1 month resignation letter which is supposed to be 3 month, klu ur company tak agree with that, they will answer it within that 1 month in the acceptance punya letter. Tapi kalau company remain silence means dia agree dengan setiap content of your letter. Kenapa perlu ada showcause for absent keluar pulak selepas u resign? Confusing. If the company bring this matter to JTK for breach of contract u may answer them ttg ur resignation letter and no reply by the company (bacause silence means agree).

Another things is... why should you yang seret this matter to court sedangkan u yang letak resignation letter??

Anonymous said...

Hai Diana.

saya nak buat pertanyaan.

Bos cawangan tempat saya bekerja telah dikenakan DI, suslan dari DI tersebut beliau didapati bersalah (Maklumat dari Juri). Yang menjadi pertanyaan saya hukuman sampai sekarang tidak dilaksanakan hampir 2bulan. ,sememangnya bas saya baik dengan HR saya.
Persoalan di sisi...kami menganggap sikap berat sebelah dari pihak pengurusan dalam hal ini, dan adakah saluran yang betul untuk kami membuat aduan tentang hal ini..memandangkan kesemua pihak pengurusan yang membuat DI tersebut.

terima kasih

Anonymous said...

Hai Diana.

saya nak buat pertanyaan.

Bos cawangan tempat saya bekerja telah dikenakan DI, suslan dari DI tersebut beliau didapati bersalah (Maklumat dari Juri). Yang menjadi pertanyaan saya hukuman sampai sekarang tidak dilaksanakan hampir 2bulan. ,sememangnya bas saya baik dengan HR saya.
Persoalan di sisi...kami menganggap sikap berat sebelah dari pihak pengurusan dalam hal ini, dan adakah saluran yang betul untuk kami membuat aduan tentang hal ini..memandangkan kesemua pihak pengurusan yang membuat DI tersebut.

terima kasih

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Tempoh 2 bulan untuk membuat keputusan adalah terlalu lama. Maka anggap sahaja yang majikan sudah pun memberikan condonation ke atas kes tersebut.

Walau sebaik mana pun beliau dengan HR, yang memutuskan bersalah atau tidak bukanlah HR, sebaliknya 3 juri2 DI, mereka yang akan mengemukakan keputusan DI kepada CEO syarikat. HR cuma mencadangkan hukuman yang sepatutnya dikenakan sahaja agar ia relevan kesalahan yang dilakukan.

Jadi kalau semua pihak menjalankan bahagian mereka dengan sebaik mungkin, tidak timbul soal bias dalam hal ini.

Anonymous said...

OK that rite...tp kami rasa ada yang tidak kene dengan organisasi kami...syrikat kami adalah di bawah GLC ...sekiranya kami report pada IR adakah ia merupakan saluran yang betul atau terus kepada SPRM ..kes ini melibatkan penipuan resit dan ia merupakan kesalahan besar bagi sesebuah syarikat..dan sememangnya pengurus yang di dakwa mempunyai hubungan rapat dengan semua pengurusan tertinggi termasuk EXE DIRECTOR...mohon sekiranya VIC ada pandangan atau idea bagi kami mengetangahkan lagi kes ini keperingat yang lebih tinggi. tqvm

Anonymous said...

nak tanya masa bile kita boleh lantik lawyer selepas diberhentikan kerja?
adakah selepas kita report kat JPP kita boleh saja lantik lawyer@

semasa kaunseling dgn majikan dan pihak JPP kita dah boleh lantik lawyer@

selepas kes itu dirujuk ke mahkamah perusahaan oleh menteri sumber manusia?

boleh tak terangkan cara dan bila kita boleh menlantik peguam secara detail.

biasanya berapakah range fees yg biasa dikenakan kpd pelaggannya yg gunakan khidmatnya?

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Sebaik aje diberhentikan kerja dengan cara yang salah, pekerja boleh melaporkan kes ke JPP. JPP kemudiannya akan memanggil majikan untuk sesi conciliation. Jangan lantik dulu sebarang peguam pada waktu ini kerana pihak JPP sendiri akan memberikan nasihat dan rundingan dengan kedua2 pihak. Pihak yang salah biasanya akan dinasihatkan untuk beralah. Namun sekiranya pihak yang salah enggan beralah dan mahu mengetengahkan kes, maka pihak JPP akan mengemukakan perkara ini ke mahkamah perusahaan.

Pada waktu ini pihak yg berkenaan boleh mendapatkan khidmat lawyer. Ini bukan lawyer biasa.... sbb lawyer yang biasa kurang arif mengenai prosedur2 dalam akta kerja. Anda perlu melantik peguam yang terdiri daripada tribunal guaman khas mengendalikan kes-kes akta kerja dan perhubungan perusahaan.

Namun, harus diingat kuasa bicara terletak kepada mahkamah. JPP hanya menghantar kes untuk dibicarakan, namun keputusan muktamad adalah di tangan mahkamah yang mana hakim akan menentukan samaada kes itu layak atau tidak layak dibicarakan.

Saya tak pasti mengenai pembayaran guaman untuk pekerja... tapi bagi syarikat yang melantik peguam, bayarannya agak tinggi. Adakalanya melebihi bayaran yang dituntut oleh pekerja.

Anonymous said...

Vic@Diana,

Saya ingin buat pertanyaan mewakili majikan (tidak mahir dlm undang2). Seorang pekerja kami (jwtn kerani, gaji RM1,100) telah melakukan penyelewengan dlm tugas sebelum surat pengesahan jawatan dikeluarkan. (kesalahan penipuan dalam urusan gadaian barang kemas palsu-bertugas dikaunter kedai emas). Mengikut surat tawaran kerja kepada pekerja tersebut, tempoh percubaan adalah selama 6 bulan mulai 1/4/2011. Sepatutnya surat pengesahan dikeluarkan dalam bulan Okt.2011. Betul tak? Tapi pada awal bulan Dis.2011 majikan telah dimaklumkan oleh pihak audit bahawa terdpt brg kemas palsu yg telah diurus niaga oleh pekerja tersebut sejak bulan Julai 2011 (4 bulan berkhidmat). Oleh itu pekerja itu telah disyaki melakukan kesalahan tersebut dan majikan telah membuat laporan polis dan mengeluarkan surat gantung kerja selama 14 hari untuk siasatan. Yang menjadi kemusykilan majikan, apakah menjadi kesalahan kerana tidak mengeluarkan surat pengesahan jawatan atau surat pelanjutan tempoh sah jwtn secara bertulis kpd pekerja tersebut. Apakah majikan boleh menang kes utk mendapatkan semula sejumlah wang begitu banyak (dlm RM340,000-transaksi mulai julai hingga akhir nov 2011) dari pekerja tersebut atau pekerja boleh menggunakan reason sah jwtn ini utk melawan kes ini. Harap dpt jwpn.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Saudara/i,

Sepatutnya majikan perlu mengeluarkan surat pengesahan jawatan atau lanjutan tempoh percubaan kepada tertuduh apabila tamat tempoh probation beliau. Adakah tertuduh menikmati semua kelebihan seperti yang diberikan kepada pekerja2 yang telah disahkan jawatan? Sekiranya jawapan ya, secara automatiknya, beliau telah disahkan jawatan walaupun surat pengesahan tidak dikeluarkan.

Namun isu pecah amanah adalah cerita yang berbeza. Mungkin beliau boleh kaitkan mengenai surat pengesahan, namun pihak ketiga boleh pertikaikan, apa relevannya? Takkan belum sah jawatan maka boleh pecah amanah? Apa pun, sebelum membuang pekerja terbabit, lakukan DI terlebih dahulu. Kumpulkan semua bukti. Ini kerana sekiranya tertuduh membawa kes ke tengah, soalan yang pertama biasanya ditanya oleh pihak JPP, adakah majikan telah melakukan DI sebelum pembuangan?

Anonymous said...

suami saya digantung kerja sebab didakwa di mahkamah (forgery) yang tak ada kena mengena dgn syarikat. dlm surat syarikat kata dia digantung kerja krn dikuatiri kes di mahkamah akan menjejaskan imej syarikat. tapi dlm CA x ada sebut tentang boleh gantung kerja atas sbb imej syarikat tercalar. boleh ke syarikat buat begitu?

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kalau persoalannya bolehkah syarikat menggantung kerja beliau, jawapannya boleh dengan syarat penggantungan kerja tersebut mengikut Akta Kerja 1955 Seksyen 14(2), yang mana sekiranya dia digantung lebih dari 2 minggu pihak syarikat perlu membayar gaji penuh kepadanya. Dan sekiranya dia didapati tidak bersalah, pihak syarikat perlu membayar semula baki gaji 1 minggu.

Anonymous said...

Hi thanx for your info yang padat n bernas...saya dlm situasi di arahkan resign oleh majikan atas dasar cuai dlm menjaga duit peti besi di dlm kedai,ttp hanya saya sorg yang perlu tanggung atas dasar sifat benci seorg operation exec baru dlm company itu kepada saya,sejak dia masuk bekerja sudah 2 org incharge shop resign disebabkan tak tahan dgn dia tp kes saya yang paling besar dan memalukan dia berjaya buat...2nd keyholder tak dituduh apa2 pun..tetapi duit tidak hilang dan saya tak diberi domestic enquiry pun saya terus dituduh..kunci kedai di ambil dan post saya digantikan oleh org lain till lead me to stress...saya sedang mengambil tindakan dan dikatakan saya boleh menang dlm kes ini..betulkah?

Anonymous said...

Saya nak minta tolong skit, saya di beri 3 verbal warning letter oleh majikan saya..
1. Sbb dikatakan saya bertanggungjawab atas kecuaian dan barang yg di servis kami fail apabia digunakan oleh customer. Semua team saya di gantung kerja seminggu tanpa gaji walhal barang yg fail tu bukan saya servis, majikan ckp saya acountable sbb saya senior...
2.Sbb saya tidak datang kerja seminggu sbb sakit kronik n tiada MC. Walhal isteri saya dah call direct manager sy utk mintak gunakan cuti tahun krn nak cuba rawatan traditional dan manager saya bg kelulusan cuti secara verbal dlm fon..Alik2 kena show cause letter dan warning letter lepas saya reply show cause letter..
3.Sbb saya ada saya kronik iaitu disc slip dan saya email bos2 n HR saya utk mintak pelepasan light duty sementara sbb baru keluar wad, bos2 n HR tak bagi light duty n suruh saya buat normal duty.. jd bila bos2 tak kasi light duty saya berborak ngn kawan pasal keputusan bos2 tu dan ada yg terdengar bagitau bos2 n kena warning letter sbb against policy syarikat...kerja saya mechnical, kalau saya sakit makin teruk lepas kerja angkat barang berat2 saya yg tanggung sakit..saya jugak kan.. so salah ke saya kalau bos2 reject permintaan saya dan saya bincang ngn kawan pasal keputusan bos2 tu...

Saya nk tanya betul ke semua tindakan majikan saya tu?
boleh ke majikan buang saya dengan gunakan alasan dalam semua warning letter yg diberi kepada saya tu?
boleh ke saya minta pampasan jikalau sakit slip disc saya ni di sebbkan kerja harian saya. buat pengetahuan awak gaji saya melebihi RM 3000 sebulan?
Boleh ke saya teruskan lawan majikan saya kalau di buang atas sbb diatas utk pampasan hilang upaya kerana kalau slip disc memang bahaya tulang belakang saya kalau terus buat kerja mechanical ni?
Memang saya boleh mohon perkeso utk hilang upaya ni tp pampasan perkeso tak seberapa bandingkan dengan kecederaan saya tanggung seumur hayat saya... Sbb tu saya bercadang nak bawa ke court kalau majikan sengaja ada-adakan kesalahan saya itu utk buang saya, mungkin majikan takmau lagi tanggung pekerja yg sakit kronik gini atau majikan nak lari n taknak tanggung jawab atas kecederaan fizikal yg disebabkan oleh faktor kerja harian...

Tolong advice saya macaman harus saya buat...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Dear Onie,

Panjang sungguh emel ni, saya akan cuba sedaya upaya membantu memberikan cadangan terbaik berdasarkan pengalaman saya sebagai HR, namun saya cadangkan dapatkan juga pandangan lain kerana mungkin pandangan saya ada kurang here n there.

1st of all, verbal warning letter. Verbal warning ke? Written warning? Sebab dr apa yg sy baca mcm awak menerima surat bertulis tapi ada perkataan verbal plak. Kalau benar verbal (komunikasi shj tanpa surat) bermakna ia tidak laku. Tetapi kalau bertulis, ya sah.

Gantung kerja tanpa gaji, tiada DI, tiada hitam putih keputusan dibuat juri DI mengatakan kalian sah bersalah, dan gaji tidak dibayar balik merupakan satu kesalahan. Boleh report kepada JPP untuk mendapatkan balik gaji tersebut. InsyaAllah, ia berpihak pada kalian. Paling utama ketika mengambil tindakan disiplin kepada pekerja adalah prosedur yang betul. Tanpa prosedur yg betul, kalau kompeni di pihak benar pun tetap akan kalah!

Absent adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan warning letter. Tetapi absent itu sendiri bermaksud tidak menghadirkan diri ke tempat kerja tanpa pemberitahuan atau kelulusan daripada pihak syarikat. Dalam kes anda pemberitahuan dan kelulusan sudah ada, jadi apa perlunya warning letter? Adakah anda telah jelaskkan perkara ini di dalam surat reply showcause? Sekiranya ya, apa jawapan mereka mengenai perkara tersebut sehingga membuatkan mereka issue warning? Buka lagi satu fail di JPP atas kes ini.


3- Light duty. Dapatkan surat dari pakar perubatan anda yang mengesahkan mengenai penyakit anda, serahkan kepada HR beserta surat permohonan anda mendapatkan light duty sehingga anda pulih. Adalah tanggung jawab majikan memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja. Kegagalan ini akan menyebabkan syarikat boleh disaman termasuk dari JKKP sendiri.

Perkeso "once in, always in", jadi walaupun gaji anda telah melebihi 3k, anda layak untuyk mendapatkan pampasan PERKESO. Saya tak boleh kata banyak atau tidak pampasan yg akan anda dapat kerana ia bergantung kepada sejauh mana serius penyakit anda. Sekiranya ia berpunca dari kerja berat anda di tempat kerja, anda boleh memohon pampasan menerusi penyakit khidmat. Sekiranya penyakit anda membuatkan anda tidak mampu bekerja lagi sehingga hilang mata pencarian, anda boleh memohon pencen ilat. Pampasan yg diberikan mungkin lebih rendah dari gaji anda sekarang tetapi anda harus ingat, anda tidak bekerja, hanya duduk di rumah tetapi dbayar pencen setiap bulan, itu sepatutnya sudah jadi perkara yg baik berbanding orang lain. PERKESO ada jemaah doktor yg akan mengadili penyakit anda dan semua jemaah doktor itu akan membuat kata putus sepakat berapa peratus kehilangan anda dan jumlah pampasan bergantung kepada peratusan tersebut.

Sorry to say, kalau awak tanya betul atau tidak tindakan majikan anda dan sekiranya benar segala apa yg katakan pada saya, saya berpendapat HR awak tak punya ilmu dalam mengambil tindakan disiplin kepada pekerja.

Cadangan saya, tulis satu surat kepada pihak syarikat, masukkan semua fakta2 di atas dalam surat tersebut bagi menjawab balik segala perbuatan majikan kep[ada anda, di bahagian akhir surat tersebut katakan pada syarikat untuk menarik balik tindakan disiplin dan memulangkan kembali wang gaji anda seperti yang sepatutnya atau anda akan mendapatkan keadlilan melalui pihak ketiga. Sekiranya majikan berdiam diri tanpa sebarang jawapan, terus buka fail di JPP, kepilkan semua sekali bukti yang ada termasuk surat terakhir kepada majikan ini dan InsyaAllah anda pasti akan mendapat balik semua hak anda. Kerana majikan yang berdiam diri ke atas surat drpd majikan tanpa sebarang tindakan bermaksud, apa sahaja tuduhan di dalam surat tersebut dikira benar.

:)

Anonymous said...

Diana,

Saya terima kasih byk atas semua komen dan nasihat dari anda...

Yg kes 1 (barang di servis kami fail bila digukan customer), di gantung seminggu tu saya di beri verbal warning tp saya dan rakan2 kena sain atas satu letter yg di beri majikan..

Kes 2 (absent seminggu), saya di beri written warning letter walaupun saya dah jawab semua pertuduhan dlm show cause tu.. Dan syarikat beri saya cuti seminggu bergaji utk beri masa saya jawab show cause letter td...apabila diberi cuti bergaji td, sya pun guna kesempatan td utk jumpa doktor pakar bg merawat kecederaan tulang belakang saya.. Saya di wadded seminggu oleh doktor pakar utk intensive treament disebbkan mild bulged disc di 2 bahagian disc dan disc degenative di 4 disc...

Yg kes 3, selepas seminggu di rawat doktor pakar td, saya kemukakan reply cause show td bersama pengesahan doktor pakar yg saya ada disc degenerative C2 hingga C6 dan mild disc bulged di C3/C4 dan C4/C5 plus severe fibromyalgia syndrome (sejenis penyakit kronik muscle)....Selepas kemukakan td, saya email dan CCed hampir semua manager di syarikat memohon pertimbangan utk light duty sementara.. Dan email reply management ckp tiada rekomen dr pakar utk awak buat light duty so in general U aree fit to work as normal. dan saya dikenakan verbal warning (saya kena sain atas satu letter spt kes pertama tadi).

Saya juga di paksa direct manager saya supaya reply email td dgn menyatakan saya boleh bekerja normal (saya rasa eamail td, majikan saya nak guna buat back up kalau saya cedera lagi semasa buat kerja2 normal)..

Boleh saya tau Domestic Inquiry tu sebenarnya macamna?... siapa panel2 yg buat keputusan samada pekerja salah atau tidak?.. Adakah panel2 DI tu manager@ dari majikan sendiri? Semasa DI dilakukan, adakah pekerja dipanggil utk bela diri dihadapan panel2 DI?
Dalam kes saya, soal siasat pun team manager2 yg sama dan yg beri hukuman pun team manager2 yg sama.. So memang tidak adil langsung kerana utk kes barang fail td, dalam policy syarikat, manager2 pun accountable utk semua failure bebrg kami.. Jd saya dan rakan2 berpendapt yg mereka manager2 cuba alihkan kesalahan mereka kepada kami semut2 kecil ni....

Buat pengetahuan awak, semua ketiga-tiga verbal warning dan written warning tu saya terima dalam bulan April ni sekaligus...Kejam gila HR dan majikan saya..Sekali pun saya tak dipanggil bela diri, yg ada cuma reply show letter utk kes 2 tu dan lelain masuk ofis bos dan sain aja semua warning tu..

Apa2 pun saya terima kasih byk sbb awak sudi hulurkan pendapat awak...memang susah nak cari org cam awak kat Malaysia ni yg agak arif dlm isu2 pekerja.. Saya cadangkan awak ambik lesen lawyer dan jd lawyer utk kes2 pekerja..hehehehehe.. dah tentu saya org pertama yg akan ambik khidmat awak utk bela saya... Tp kalau awak ahli MTUC saya leh hire awak...hehehehehehe... semoga Allah beri rahmat kepada awak dan juga keluarga utk usaha murni awak bantu kami semua di blog awak ni...klau awak rajin, tolong terang skit pasal pertanyaan DI td...hehehehe
Terima kasih byk Diana..

YB,
Onie

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Dear Onie,

Gembira dapat bantu awak. Saya tidak tahu apa isi kandungan surat yg anda tandatangani, berkemungkinan persetujuan anda untuk menolak gaji.

Nasihat saya di lain masa sekiranya anda tidak bersetuju dengan mana-mana isi kandungan surat yg perlu anda tandatangani, sebaik sahaja sain tuliskan di bahagian bawah tandatangan anda "UNDER PROTEST" yg mana anda tidak bersetuju dengan isi kandungan surat tersebut dan berkemungkinan akan mengambil tindakan lanjut ke atas perkara itu.

Berkenaan dengan DI (domestic Inquiry) anda boleh rujuk tampalan saya dalam blog ini. Linknya ialah http://lovelyvic.blogspot.com/2011/05/domestic-inquiry-procedures-proses.html

iNa said...

Salam...saya ada pertanyaan...Kes saya mcm ni...dah lama dah pun dari dis 2012..

1 ) Dis 2012 saya telah dipanggil oleh HR atas satu kesalahan. HR cadangkan saya resign, sbb katanya klau saya melalui proses DI keputusan lagi teruk akan dikenakan kepada saya. Ok, saya bgtau saya akan hantar surat resign pada 31.01.2012..means saya kene submit surat resign by 01.01.2012 sbb notis 1 month..so HR kata kes close,no DI sbb saya nak hantar surat resign.

2 ) Awal Jan 2012 saya masih belum hantar surat resign sbb setelah berbincang dengan pihak2 tertentu, saya tidak bersalah atas kes tersebut. HR jumpa saya minta saya tender....tp saya tak mau. So HR keluarkan surat untuk hadir DI dan saya telah digantung kerja selama 2 minggu dengan separuh gaji.

3 ) Sehari sebelum tarikh DI, pihak HR call saya dan bgtau DI dibatalkan dan pihak HR meminta saya hadir ke pejabat untuk mengambil surat. Petangnya saya ke pejabat HR dan HR bagi saya surat tunjuk sebab...kena jawab sebelum 27 Januari.

4) Esoknya saya datang bekerja semula...surat tunjuk sebab pun saya dah bagi.......Dalam surat tu mcm biasa la kan,humble..saya minta maaf semua atas kesalahan. Tapi silap saya sebab dalam surat tu saya bgtau kalau majikan masih nak saya berhenti saya mohon tempoh sehingga hujung tahun. Sbb??masa saya ke pejabat HR tu, dia siap ckp lg konon2 kes saya berat la apa la..tak boleh dimaafkan...jadi saya pun mcm goyang jgk la...

4) Saya ingatkan lepas saya bagi surat tunjuk sebab tu HR akan buat DI...ok la...saya tak kisah kan. atas nasihat kawan2 bahagian legal, saya nekad pegi DI..

5 ) Tapiiii...akhirnya HR panggil saya...saya ingatkan nk DI tp HR kata dia bagi tempoh sampai 30/4/2012 untuk saya hantar resign letter..katanya saya dah mengaku bersalah dan dia gunakan ayat saya minta tempoh sampai hujung tahun...TAPI dalam surat tu saya tak mengaku bersalah pun??? Saya minta HR buat DI tp dia taknak...katanya klau DI lg teruk saya kena..mgkin automatik kene bg surat terminated..

6) Setelah HR jumpe tu....atas nasihat kawan2 legal juga...diorang kata jgn bg surat resign...so..sampai la skrg 09/05/2012 saya tak hantar pun surat resign...HR pun senyap je tak maklumkan apa2 dekat saya...

7) Masalah sekarang....Gaji yang kena gantung tu pihak syarikat tak bayar pun lagi dkt saya.....Baru2 ni semua pekerja dapat bonus, tapi saya tak dapat....mgkinkah kes saya??tetapi kenaikan gaji saya dpt...

ape pendapat awk??

iNa said...

Salam...saya ada pertanyaan...Kes saya mcm ni...dah lama dah pun dari dis 2012..

1 ) Dis 2012 saya telah dipanggil oleh HR atas satu kesalahan. HR cadangkan saya resign, sbb katanya klau saya melalui proses DI keputusan lagi teruk akan dikenakan kepada saya. Ok, saya bgtau saya akan hantar surat resign pada 31.01.2012..means saya kene submit surat resign by 01.01.2012 sbb notis 1 month..so HR kata kes close,no DI sbb saya nak hantar surat resign.

2 ) Awal Jan 2012 saya masih belum hantar surat resign sbb setelah berbincang dengan pihak2 tertentu, saya tidak bersalah atas kes tersebut. HR jumpa saya minta saya tender....tp saya tak mau. So HR keluarkan surat untuk hadir DI dan saya telah digantung kerja selama 2 minggu dengan separuh gaji.

3 ) Sehari sebelum tarikh DI, pihak HR call saya dan bgtau DI dibatalkan dan pihak HR meminta saya hadir ke pejabat untuk mengambil surat. Petangnya saya ke pejabat HR dan HR bagi saya surat tunjuk sebab...kena jawab sebelum 27 Januari.

4) Esoknya saya datang bekerja semula...surat tunjuk sebab pun saya dah bagi.......Dalam surat tu mcm biasa la kan,humble..saya minta maaf semua atas kesalahan. Tapi silap saya sebab dalam surat tu saya bgtau kalau majikan masih nak saya berhenti saya mohon tempoh sehingga hujung tahun. Sbb??masa saya ke pejabat HR tu, dia siap ckp lg konon2 kes saya berat la apa la..tak boleh dimaafkan...jadi saya pun mcm goyang jgk la...

4) Saya ingatkan lepas saya bagi surat tunjuk sebab tu HR akan buat DI...ok la...saya tak kisah kan. atas nasihat kawan2 bahagian legal, saya nekad pegi DI..

5 ) Tapiiii...akhirnya HR panggil saya...saya ingatkan nk DI tp HR kata dia bagi tempoh sampai 30/4/2012 untuk saya hantar resign letter..katanya saya dah mengaku bersalah dan dia gunakan ayat saya minta tempoh sampai hujung tahun...TAPI dalam surat tu saya tak mengaku bersalah pun??? Saya minta HR buat DI tp dia taknak...katanya klau DI lg teruk saya kena..mgkin automatik kene bg surat terminated..

6) Setelah HR jumpe tu....atas nasihat kawan2 legal juga...diorang kata jgn bg surat resign...so..sampai la skrg 09/05/2012 saya tak hantar pun surat resign...HR pun senyap je tak maklumkan apa2 dekat saya...

7) Masalah sekarang....Gaji yang kena gantung tu pihak syarikat tak bayar pun lagi dkt saya.....Baru2 ni semua pekerja dapat bonus, tapi saya tak dapat....mgkinkah kes saya??tetapi kenaikan gaji saya dpt...

ape pendapat awk??

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam Ina,

Sebenarnya saya tak tahu sejauh mana serius kes anda kerana saya tidak tahu fakta kes.

Tapi sebagai majikan adalah salah meminta pekerja menghantar surat resign. Seperti yg saya katakan DI prosedur terlalu banyak, kebanyakan HR mmg tidak menggemarinya.

Sepatutnya mmg bermula dengan showcause dahulu barulah keluar surat panggil DI... tetapi sebaliknya pula berlaku, itu yg jadinya alih2 batal DI.

Syarikat anda unionised company? Ada CA atau kontrak yg mengatakan bonus adalah wajib diberi? Sekiranya tidak itu bermakna bonus adalah berdasarkan "budi bicara" pihak syarikat - dan pendapat saya anda tidak berbonus kerana anda mendapat markah yang rendah dalam penilaian prestasi kerja yang dibuat oleh majikan anda.

iNa said...

TQ atas reply...

Ttg CA atau kontrak yg mengatakan bonus adalah wajib diberi tu saya x pasti...nanti saya cek semula..tapi saya ada bertanya dgn org2 hr, katanya sesiapa yg pernah ada masalah disiplin tidak akan diberi bonus. Katanya itu keputusan BOD, tp saya x pasti sejauh mana kebenarannya...

tentang markah KPI, markah saya tinggi sbb masa KPI tu dibuat, saya ada sekali dan saya tau brp markah saya...KPI pun dh submit b4 kes saya lg...

Mengikut akta pekerja tersebut, jika 3 bulan selepas surat tunjuk sebab diberi, tiada tindakan dari hr maknanya kes gugur kan?? Dlm kes saya, surat tunjuk sebab saya bertarikh 27/01/2012, maknanya dah lebih 3 bulan kes saya senyap...So kes saya gugur automatic ke camane??tp pihak HR suruh bagi surat resign sebelum 30hb APril tp saya tak bagi..so,cmne tu??gugur ke tak?

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Ya, memang benar, tindakan disiplin memang boleh menyebabkan bonus / increment terjejas. Tetapi sekiranya tiada tindakan disiplin bermakna misconduct tersebut telah mendapat condonation.

Seperti yg saya katakan, sekiranya tiada kontrak atau CA, bonus adalah "budi bicara" pihak syarikat. Adalah amat sukar untuk mempertikaikan kenapa anda tidak mempunyai bonus.

Pada perkiraan anda, anda layak bonus kerana kes anda telah diberi condonation memandangkan tiada DI dan tiada tindakan, sedangkan pada HR, DI tidak dibuat kerana anda berjanji hendak berhenti kerja. Oleh yg demikian, pada pendapat mereka kes itu masih 'hidup' walaupun dari segi undang2 ianya sudah tidak valid.

Saya harap Ina faham.

iNa said...

terima kasih atas reply...

jadi pendapat VIC diana camne ye?perlu ke sy berjumpe HR n mempertikaikan ttg bonus dan DI?

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Ina,

Boleh. Anda boleh bertanya kenapa anda tidak mendapat bonus? Mungkin mereka ada penjelasan sendiri. Namun sekiranya mereka datang dengan pelbagai alasan sekalipun adalah amat sukar untuk anda "mendapatkan" bonus tersebut melalui undang2 memandangkan bonus anda bukan kontrak dan atas "budi bicara".

Mengenai DI pula, ya, anda boleh bertanya. Sekiranya mereka tidak mahu meneruskan DI bermakna anda telah mendapat condonation. Namun sekiranya mereka mahu meneruskan juga DI kerana anda tidak meletak jawatan, anda boleh mempertikaikan bahawa DI dilakukan mempunyai unsur 'mala fide' and not in a good faith kerana ia diadakan setelah sekian lama dan kerana sebab yang tidak sepatutnya (kerana anda tidak jadi letak jawatan).

iNa said...

terima banyak2 atas jawapan...saya amat2 hargai...

lg satu, saya lupe nk tanye.Bln januari lps saya telah digantung kerja selama 2 mnggu, tetapi majikan masih belum membayar gaji saya yang digantung tersebut....Bila saya tanya HR diorang bgtau kes saya masih pending sbb saya janji nak berhenti kerja kan??so diorang assumed once saya bagi resign letter baru diorang byr balik gaji tu???

camne ye?

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Ina,

Digantung kerja 2 minggu dengan separuh gaji, betul? Boleh minta mereka pulangkan kepada anda memandangkan sudah ada condonation.

Anonymous said...

Hai diana...

Apa tindakan hr klu staf degil x bg showcause letter...blh bg step yg biase diambil. Xnk kejam sangt n xnak baik sgt...:-)

Tq

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Hai anon,

Tindakan tidak kejam dan tidak lembut selepas showcause letter yang tidak dijawab, "Warning Letter".

Anonymous said...

Hi Diana,
Saya ada satu persoalan.

Saya baru masuk bekerja dengan satu syarikat swasta ini. Tapi selepas beberapa hari bekerja, saya dapati persekitaran dan ada beberapa faktor lain menyebabkan saya berasa tidak selesa untuk terus bekerja. Oleh sebab itu, saya menghantar satu surat perletakan jawatan yang berkuat kuasa serta merta. Dan saya diberitahu oleh rakan sekerja bahawa HR telah menerima surat tersebut dan memaklumkan kepada rakan sekerja saya itu. Ini bermakna HR telah menerima perletakan jawatan saya itu.

Akan tetapi selepas seminggu, saya baru menerima surat yang menyatakan HR telah menerima surat saya dan meminta saya untuk membayar pampasan 1 bulan gaji kerana saya tidak menghantar satu bulan notis. Jika tidak, tindakan akan diambi.

Untuk pengetahuan Diana, saya diberi tempoh percubaan selama 6 bulan dan mungkin akan ditambah 3 bulan mengikut prestasi saya. Mengikut klausa dalam kontrak saya menyatakan:

13. Termination

Voluntary Termination

You may terminate the Contract of Service by giving to the Company written notice of one (1) month or in-lieu of notice, by payment of such sums calculated based on your last drawn salary in proportion to the shortfall in the notice period.

Apa yang saya faham, jika saya ingin meletakan jawatan, terdapat 2 cara iaitu samada dengan satu bulan notis ataupun dengan ganti rugi berdasarkan gaji terakhir yang diambil. Oleh kerana saya belum pun menerima pembayaran gaji, saya tidak perlu membayar apa-apa jumlah pampasan sekali pun kepada syarikat tersebut.

Jadi, apa pandangan Diana mengenai hal ini. Sila bantu saya.

Terima kasih.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Hai Anon...

Benar, sekiranya telah tertulis di dalam Offer letter mengatakan notis berhenti kerja anda adalah sebulan, itu bermakna sebelum anda hari terakhir anda bekerja adalah 1 bulan bermula dari tarikh surat itu dihantar.

Sebagai contoh, anda menyerahkan surat pada 13 Januari, maka hari terakhir (last working day) ialah 12 Februari tanpa mengira samaada anda probationer atau permanent, kerana apa yang telah tertulis di dalam Offer Letter adalah peraturan syarikat yang telah dipersetujui oleh kedua2 pihak tanpa mengatasi garis panduan Akta Kerja 1955.

Sekiranya anda telah bekerja 4 hari tetapi mendapati keadaan kerja tidak sesuai dengan gaya hidup anda, itu tidak bermakna anda boleh meletakkan jawatan 24 jam. Melainkan job scope yang diberi adalah sama sekali diluar job description anda, itu barulah dikira syarikat telah melanggar kontrak, itupun harus dibuat dengan prosedur yang betul.

Mungkin anda telah bekerja beberapa hari dan kemudian berhenti tanpa mengambil gaji (sebagai contoh Isnin hingga Khamis = 4 hari, tetapi anda tetap perlu membayar gaji untuk 22 hari lagi = Gaji sebulan, 26 hari.

Sepatutnya dalam surat berhenti kerja anda, anda menulis surat notis perletakan jawatan dan memohon agar pihak syarikat dapat memberi pelepasan untuk berhenti awal kepada anda. Nyatakan sebab2 konkrit yang dapat membuat syarikat memberikan budi bicara kepada anda (jangan menyombong dalam surat). Kemudian tunggu pihak HR menjawab surat anda dengan memberikan Acceptance Of Resignation letter yang mana di dalam surat tersebut akan diberitahu hari akhir anda bekerja dan apa yang perlu anda lakukan sebelum berhenti. Itu baru prosedur yang betul.


Anonymous said...

Terima kasih atas respon Diana.

Oo.begitu caranya. Malangnya saya tidak berapa arif mengenai hal ini.

Walaupun dalam CoS tertulis klausa seperti diatas, adakah saya harus membayar pampasan kepada Syarikat? Salah saya sebenarnya tidak mengetahui maksud sebenar ayat didalam kontrak.

Akan tetapi saya ada membalas surat kepada HR dengan menyatakan alasan sebenar mengapa saya harus memberikan notis 24 jam dan telah meminta maaf mengenai perletakan jawatan yang mngejut. Adakah boleh saya meminta pengurangan / perlepasan membayar pampasan?

Terima kasih.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Ya, anda perlu membayar pampasan kepada pihak syarikat seperti yang terangkan sebelum ini.

Memandangkan perkara telah terjadi, sebelum pihak syarikat melaporkan kepada pihak JTK, tulis surat kepada pihak syarikat, pergi dan hantarkan secara by hand kepada pihak HR, memohon kerjasama untuk membatalkan kes ataupun dengan bayaran pampasan yang lebih rendah.

Mungkin syarikat boleh bertolak ansur.

Anonymous said...

Vic....
Assalamualaikum.

Saya dan kawan saya perlukan pertolongan awak..
Ceritanya begini..Kami ada service barang utk client(O&G),pastu barang tu fail dan company tuduh kami tak selenggara dengan betul...So company gantung kerja kami sekarang..Masalahnya dalam checklist bahagian barang yg rosak tu bukan saya yg pasang, nama kawan saya yg sain situ, saya cuma pasang bahagian yg lain..Cuma nama saya ada dalam checklist tu tp pasang bahagian yg lain dan root cause failure barang tu pada bahagian yg kawan saya pasang..Soalan saya..

1. Boleh ke company gantung kerja saya(gantung gaji bayar) atas alasan nak investigation..
2. Kami belum lagi diberi show cause letter,kami dipanggil utk diinterview Rabu ni, saya nak tanya interview itu boleh dikira DI tak..sbb dalam interview nanti cuma ada bos2 dept saya aja bukannya dikategori non bias juri...
3. bolehkah company terminate kami selepas interview tu atau selepas interview dan selepas membalas show cause letter..tanpa DI yg sebenar dibuat..
Sebbnya baru2ni kawan kena cara yg sama, interview,diberi show cause letter dan diterminated terus tanpa pampasan..
Byk kawan2 saya di buang jd black sheep sebb bos2 tak jalankan tugas ikut standard dan policy syarikat..kalau report pun pasal mereka takda apa management buat..

4. Proses DI ni memang wajib dibuat oleh company ke dan terdapat dalam Akta Pekerja ke..Atau DI ni terpulang kepada company, nak buat takpa,tak buat pun takpa..

5. Boleh ke company buangkami selepas kami reply cause letter dan company ckp jawapan tak memuaskan tanpa buat DI walapun diminta oleh pekerja yg dibuang..

Macam kes kami ni, kami ada simpan rekod barang2 yg kami servis ni utk bukti mengatakan kami tak salah, tp selalu jd pekerja dijadikan black sheep oleh bos2..

Kami cadang nanti lepas kami diberi show cause letter dan kami reply tp masih kena terminated jugak,kami nak minta DI tp kalau company tak layan jugak, kami nak bawa kes ke JPP..

Saya berharap sangat Vic dapat membantu kami kerana masa depan kami dan keluarga kami bergantung kepada pekerjaan kami..Terima Kasih Vic..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Hai saudara/i Anon,
Kalau benar seperti yang katakan dari cerita anda saya boleh simpulkan kompeni anda tidak ada bukti yg kukuh dan sebab musabab yang jelas untuk mengambil tindakan keras lebih2 lagi dismissal ke atas anda. Tetapi bagi kawan anda pula, agak berlainan sedikit kerana apabila dia menurunkan tandatangan, ini bermakna dia telah meletakkan tanggungjawab itu ke atas bahunya sendiri.

1. Boleh ke company gantung kerja saya(gantung gaji bayar) atas alasan nak investigation..

Sepatutnya pihak syarikat mengeluarkan dulu surat showcause barulah menggantung anda dari kerja. Boleh gantung kerja dengan bergaji tetapi prosedurnya salah.

2. Kami belum lagi diberi show cause letter,kami dipanggil utk diinterview Rabu ni, saya nak tanya interview itu boleh dikira DI tak..sbb dalam interview nanti cuma ada bos2 dept saya aja bukannya dikategori non bias juri...

Interview bukan DI, interview dibuat sebelum DI yang mana bertujuan untuk mengetahui jalan cerita, fakta kes dan mengumpul bukti.

3. bolehkah company terminate kami selepas interview tu atau selepas interview dan selepas membalas show cause letter..tanpa DI yg sebenar dibuat..
Sebbnya baru2ni kawan kena cara yg sama, interview,diberi show cause letter dan diterminated terus tanpa pampasan..
Byk kawan2 saya di buang jd black sheep sebb bos2 tak jalankan tugas ikut standard dan policy syarikat..kalau report pun pasal mereka takda apa management buat..

Tak boleh.Ia dipanggil unfair dismissal. Boleh adukan kepada JKKP. Mcm sy beritahu dalam post yang lepas2... kalau pekerja berdiam diri dan menerima sahaja segala ketidakadilan maka kompeni akan "lepas" dan terus bermaharajalela melakukan sesuatu tanpa mengikut undang2.

4. Proses DI ni memang wajib dibuat oleh company ke dan terdapat dalam Akta Pekerja ke..Atau DI ni terpulang kepada company, nak buat takpa,tak buat pun takpa..

Ya, sebelum buang kerja atas faktor disiplin wajib buat DI.

5. Boleh ke company buangkami selepas kami reply cause letter dan company ckp jawapan tak memuaskan tanpa buat DI walapun diminta oleh pekerja yg dibuang..

(Jawapan sama seperti di atas)

Macam kes kami ni, kami ada simpan rekod barang2 yg kami servis ni utk bukti mengatakan kami tak salah, tp selalu jd pekerja dijadikan black sheep oleh bos2..

Kami cadang nanti lepas kami diberi show cause letter dan kami reply tp masih kena terminated jugak,kami nak minta DI tp kalau company tak layan jugak, kami nak bawa kes ke JPP..

Saya berharap sangat Vic dapat membantu kami kerana masa depan kami dan keluarga kami bergantung kepada pekerjaan kami..Terima Kasih Vic..

Anonymous said...

Terima kasih bebyk Vic... Baru kami tau yg DI ni wajib di buat oleh pihak majikan sebelum membuang pekerja... Kami semua ingt interview tu dah dikira DI dah..

Terima kasih sekali lagi sebb tolong saya buat kali kedua dah.. Alhamdulillah, setakat hari ni saya masih lagi bekerja selepas di interview Rabu hari tu..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Sama-sama Anon..
My pleasure.
Cuma ada pembetulan sikit... sekiranya anda mendapati pihak syarikat melakukan ketidakadilan kepada anda seperti buang kerja sebelum DI, anda boleh bawa kes ini ke tengah dengan membuka fail di JPP (Jabatan Perhubungan Perusahaan) bukan JKKP. Typing error.

Anonymous said...

nak tanya,boleh ke hr sambung gantung kerja selepas 14 hari,dia bg verbal je bila saya call tanya status kes saya,perlu ke saya mintak surat?,dalam masa 14 hari digantung,saya tak dipanggil untuk penjelasan

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Boleh, dan HR sepatutnya mengeluarkan satu surat extension of suspension period. Sepanjang tempoh penggantungan itu pula pekerja mesti dibayar gaji penuh.

Anonymous said...

Asalamulaikum Cik diana.
Hope boley bantu saya..

Saya ingin menhuraikan masalah saya ditempat kerja...
Saya telah di warning letterkan oeh bos saya sekali atas sebab saya xperform katanya...dn surat itu saya sudah sain..

Saya sudah berkerja selama 6bulan lebih disini..dan saya xdak dicomformkan atas kelewatan kompani..n semasa hendak dicomformkan..saya diberi warning dan mereka menangguhkan profesion saya..(2bulan lepas)

Skrg saya dan 2 org kawan lagi dipaksa resign dlm masa seminggu dr skrg guna mulut saja..9/2/13...atas kerna staff ramai dan separuh dari outlet nk tutup pada 1mac 2013 nie

Kalu saya ingin mengfail saman meminta tuntuan or pampasan sebelum mereka memberhentikan saya..boleh kew?

Kew cik ade idea lain..??



V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Soalan: Saya ingin menhuraikan masalah saya ditempat kerja...
Saya telah di warning letterkan oeh bos saya sekali atas sebab saya xperform katanya...dn surat itu saya sudah sain..

Jawapan: Kurang jelas kisah kat sini. Sebelum warning letter diberi ada tak anda diberi showcause? Ataupun evaluation yang mana anda diberitahu di mana kelemahan anda dan diminta perbaiki kelemahan itu dalam tempoh masa tertentu? Sekiranya tidak, warning letter pertama ini sudah salah.

Soalan: Saya sudah berkerja selama 6bulan lebih disini..dan saya xdak dicomformkan atas kelewatan kompani..n semasa hendak dicomformkan..saya diberi warning dan mereka menangguhkan profesion saya..(2bulan lepas)

Jawapan: Menangguhkan profesion atau melanjutkan probation period? Kebiasaannya pekerja yang pernah mempunyai track record tak perform memang akan ditangguhkan probation periodnya.

Skrg saya dan 2 org kawan lagi dipaksa resign dlm masa seminggu dr skrg guna mulut saja..9/2/13...atas kerna staff ramai dan separuh dari outlet nk tutup pada 1mac 2013 nie

Jawapan: Majikan tidak boleh memaksa pekerja resign walaupun verbal sekalipun (tp majikan selalu guna cara ni sbb pekerja tak ada bukti kata majikan suruh mereka resign).
Kalau rasa mahu teruskan kerja jangan letak surat resign. Sekiranya syarikat terminate anda baru buka fail di JPP.

Kalu saya ingin mengfail saman meminta tuntuan or pampasan sebelum mereka memberhentikan saya..boleh kew?

Boleh, selepas prosedur di atas diikuti.

Anonymous said...

assalamualaikum diana..
ingin bertanya sedikit..managment ingin memberikan surat peringatan pada saya atas kesalahan yg di di buat oleh org lain..
waktu kejadian,,saya telah habis bertugas jam 7 petang,,dan tugas saya telah hand over pada petugas shif berikutnya..masalah berlaku jam 11 malam ,,inchage shiff tersebut telah melakukan kesilapan yg menyebabkan management terpaksa membayar claim 2 kali kepada contractor..untuk pengetahuan , incharge shif tersebut mempunyai hubungan yg rapat dgn HOD..HOD ada hantar sms pada saya supaya saya dapat berbincang dgn contractor dan memujuk contractor supaya tidak cliam atas kesilapan arahan yg dibuat oleh incharge tersebut..dan jika saya gagal memujuk,saya akan diberikan surat peringatan dan terpaksa menangung kos yg telah dibayar.sy sudah jelaskan pada HOD , saya tiada kene mengena dgn kes tersebut kerana saya sudah tinggalkan tugas 4 jam sebelum kejadian,,dan bukan saya yg berikan arahan,,jadi,kenapa saya harus bertanggungjawab?.dan saya juga ada ckp.."bagila surat peringatan tu..segala dokumen ada dalam simpanan saya,,dan saya akan bongkar segalanya dalam surat jawapan nanti.sekarang ni dah 3 minggu berlalu..dan saya masih lagi menunggu surat peringatan tersebut...persoalannya..jika surat peringatan itu dikeluarkan,,boleh ke saya panjangkan kes tersebut..kerana ini melibatkan soal maruah..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Sekiranya anda berpendapat surat amaran diberi tidak mengikut prosedur yang betul atau tidak adil anda boleh membuat aduan di JPP yang berhampiran.

Cuma sebelum sain surat amaran, di bawah signature tuliskan "UNDER PROTEST" yang membawa maksud anda tidak setuju dengan surat itu dan akan mengambil langkah seterusnya.

Anonymous said...

Salam..nak tumpang tanya,saya telah bekerja selama 4 tahun.pada awal bulan 2 hari tu saya telah mendapat surat amaran pertama atas alasan lewat datang kerja.tapi kelewatan datang kerja kena tolak RM10 sekiranya lewat 10minit.dan baru2 ni saya telah mendapat surat berhenti kerja dari majikan dalam tempoh notis 1 bulan.atas alasan yang majikan buang saya adalah prestasi kerja tidak memuaskan.tapi dalam surat tersebut ada menyatakan tiada pampasan akan diberikan saya.sedangkan saya telah bekerja selama 4 tahun.lepas tu cuti tahun saya untuk tahun ni majikan hanya beri 3 hari sahaja.bolehkah saya tuntut apa2 dari majikan saya seperti pampasan?tetapi semasa saya mula bekerja,tiada surat tawaran bekerja diberikan kepada saya mahupun staff staff lain.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Isu MC ini adalah berdasarkan peraturan dan undang2 syarikat. Sememangnya bagi seorang probationer anda masih layak menikmati MC dengan syarat2 tertentu tertakluk kepada undang2 syarikat itu sendiri.

Sebagai contoh, MC boleh dikira dengan syarat pekerja tersebut hanya pergi ke klinik panel syarikat atau klinik kerajaan sahaja.

Jadi sekiranya peraturan di atas tidak dipatuhi, maka MC tersebut boleh dikira sebagai Unpaid Leave.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam,

Kalau perkara asas sahaj sudah tidak mengikut prosedur, (Offer Letter) inikan pula perkara2 lain seperti pemberhentian kerja mahupun surat amaran.

Untuk membuang pekerja dan mengklasifikasikan beliau sebagai poor performance bukanlah perkara yang mudah. Ia perlu melalui prosedur yang betul.

Paling utama, perlu ada natural justice dalam setiap tindakan. Adakah pekerja telah diberi amaran atau peringatan mengenai kemerosotan prestasi kerja? Adakah dia diberi tempoh untuk memperbaiki dirinya? Adakah borang penilaian dari supervisor atasan yang menunjukkan prestasi kerja beliau sebelum amaran diberi, selepas amaran dan juga selepas habis tempoh yang dirasakan mencukupi untuk pekerja itu membaiki prestasinya. (Dekat sini aje dah ada 3 penilaian yang perlu dibuat).

Kalau semua itu ada, maka bolehlah diteruskan prosiding DI dengan charge Poor Performance dan boleh dibuang kerja sekiranya sah pekerja tersebut menghadapi masalah dengan prestasi kerja.

Anonymous said...

bolehkah surat amaran di beri tanpa memberi surat tunjuk sebab terlebih dahulu??

Anonymous said...

hi,

I have slip disc and i stand up to work. My health problem become worst and admitted. My company asked me to resign and compensate me 6 months salary. Do you think 6 months is the max or i can ask more because i have been working for 7 years and my slip disc is due to work.

KeroppiDoppi said...

Dear Diana,

Mcm mana dgn pekerja yg kerap MC? Contoh: for the year 2012, staff A telah MC sebanyak 15days. Bagaimanapun, ia masih belum melebihi kuota tahunan iaitu 18days. Pada tahun 2013, majikan telah keluarkan surat agar staff A membuat medical check up.

1. Bolehkah majikan berhentikan staff A atas sebab bilangan MC yg byk pd tahun 2012, walaupun belum melebihi had tahunan?

2. Apa yg staff A boleh lakukan untuk pertahankan haknya agar tidak diberhentikan kerja?

TQ...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam KeroppiDoppi,

Tak ada majikan dalam dunia ni yang sukakan pekerja yang mempunyai masalah kedatangan lebih2 lagi melibatkan MC. Tak datang tapi bergaji. Kerap pulak tu. Bukan sahaja majikan, pekerja lain pun menyampah.

Kebiasaannya kalau pekerja yang kerap sangat MC ni, majikan tak beri / mengurangkan kenaikan gaji ataupun bonus berdasarkan faktor "poor attendance record". Majikan juga berhak mengarahkan atau menghantar pekerja membuat medical checkup bagi mengenal pasti penyakit pekerja - kerana dari situ mereka boleh tau pekerja benar2 mempunyai masalah kesihatan atau auta aje lebih.

Sekiranya medical checkup menunjukkan tiada masalah kesihatan yang serius, majikan boleh issue show cause, warning dan sebagainya dan minta pekerja membuat improvement attendance dalam tempoh masa tertentu untuk pantauan. Sekiranya tiada improvement maka boleh proceed dengan DI.

Harus ingat masalah kedatangan adalah berkait rapat dengan performance dan "poor performance" adalah salah satu misconduct yang mana boleh mengakibatkan pekerja dibuang.

Anonymous said...

Nak tanya tntg sign memorandum..ada 300 staf yg sign.selepas dibuat sesi pertemuan, 100 dpt surat nasihat, 200 kena buat showcourse letter. Siap dngan tuduhan berniat jahat pulak tu. Drpada 200 tu, 100 dapat surat kena d.i.adil ke mcm tu? Rasa macam unfair sebab x tahu knapa showcourse tu ditolak dan dengan tiba2 dituduh berniat jht.

Sofea Rayhan said...

Saya ingin tahu, apkah akta yang perlu digunakan dalam kes ini?Dan berhak kah Caroline menceroboh hak John kerana bagi saya Caroline tidak sengaja.
Ini adalh contoh kes. caroline sudah tahu sebulan lalu john melayari gmbr porno....tp caroline tidak menegur sebab dia ingat itu utk sementara....tp caroline mendapati john lbh 12 kali dh melayari laman web lucah tersebut....jdi dia tpksa memanggil john dan john marah. John mengatakan dia hanya melayari hanya pada waktu rehat sahaja dan menuduh Caroline menceroboh hak peribadi beliau.Apabila John menerima penggantungan penggunaan internet, beliau memberitahu Caroline bahawa beliau akan menyaman syarikat kerana melanggar haknya untuk privasi. Beliau juga memberitahu bahawa dia Caroline juga tahu ramai pekerja yang melayari internet dan menggunakan e-mel syarikat itu untuk tujuan peribadi. Boleh bgtau apakh justifikasi yang patut saya kemukakan?
Diharap awak menjawab pertanyaan saya .. tq..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Menggunakan akses internet kompeni untuk melayari apa jua laman web lucah tak kira pada waktu rehat mahupun waktu kerja merupakan satu kesalahan. Kebiasaannya artikel mengenai kesalahan ini terdapat dalam semua buku Panduan Pekerja di semua syarikat.

Jika tidak pun ia adalah salah satu regulation utama yang sentiasa dipantau oleh IT department dalam sesebuah kompeni.

Dia syarikat saya melayari laman web lucah merupakan satu major misconduct. Oleh yg demikian setiap PC di syarikat kami telah di'install' dengan satu program khas untuk retrace semula laman web yang pernah dibuka oleh user.

Dengan menggunakan kaedah ini kami akan mendapatkan bukti dan mengambil tindakan yang sewajarnnya kepada user berkenaan.

Anonymous said...

Saya nak bertanya....

1. Apakah yang perlu saya lakukan jika majikan memberhentikan saya dengan hanya verbal action sahaja tanpa surat dikeluarkan. Atas alasan performent. Tiada surat tunjuk sebab dan surat amaran yg dikeluarkan sepanjang saya berkhidmat.
2. Adakah saya mendapat hak wang pampasan dari tindakan majikan saya itu. Untuk pengetahuan saudari saya telah bekerja bersama majikan ini adalah selama 13 tahun. Harap saudari dapat memberi penjelasan diatas persoalan saya ini.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam Anon,

Bekerja sebagai apa? Kontrak atau pekerja tetap?
Sekiranya pekerja tetap tentulah memerlukan prosedur untuk membuang pekerja lebih2 lagi berkenaan poor performance.

Anon boleh rujuk komen saya yang lepas2 berkenaan hal ini.

Anonymous said...

Salam V.I.C @ Diana

Saya ialah mengirim pertanyaan pada 24 Mei yang lalu...

Untuk makluman saudari Diana, saya merupakan pekerja tetap. Bergaji Rm 4000++ sebulan. Adakah saya dilindungi dibawah akta pekerjaan 155? Setahu saya akta ini untuk yang bergaji Rm1500 kebawah sahaja? Apakah yang perlu saya lakukan jika majikan tidak membayar pampasan yang sepatutnya kepada saya?
Bagaimanakah kiraan pampasan yang sepatutnya diterima oleh saya?
Terima Kasih.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam Anon,

Anda tidak termaktub di bawah Employment Act 1955 tetapi masih tertakluk kepada syarat2 termination procedure.

Sekiranya anda merasakan kes anda ini adalah unfair dismissal, anda boleh melaporkan kepada JPP untuk membuka fail kes.

Mengenai pampasan, apa yg boleh saya katakan, sekiranya terbukti majikan silap melakukan unfair dismissal kepada anda hanya IR court sahaja yang boleh menentukan samaada anda layak menerima pampasan ataupun pemulihan kerja.

suraya said...

Salam Diana,

Saya ingin bertanya satu soalan. Saya adalah permanent staff dan baru bekerja selama 6bulan di sebuah company. Saya telah sign confirmation letter dan perlu beri notis 2bulan untuk resign. Ada seorang senior manager yg suka membuli pekerja bawahan, marah dan tengking tanpa alasan yang kukuh, disueuh siapkan kerja sampai malam tanpa bayaran overtime. Saya bertekad untuk resign dengan memberi notis 2 bulan, tapi disebabkan makin tidak tahan dengan perangai senior manager tersebut, saya ingin berhenti 24jam. Apa pendapat Diana, adakah saya akan disaman? Dan untuk pengetahuan Diana, company mengupah kawan saya untuk buat freelance. Selepas kerja siap, kawan saya tak dibayar. Tekad saya makin kuat untuk resign 24hrs. Tetapi ada yg menasihati saya supaya jgn beri surat resign sebaliknya missing in action. Dengan automatik comp akan terminate setelah seminggu saya absence. Mohon pandangan Diana. Terima kasih.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Dear Suraya,

Saya tak dapat nak bantu mengenai salahlaku syarikat kerana tidak jelas dengan perkara sebenar.

Tetapi apa yang boleh saya katakan, sebagai pekerja kita tertakluk kepada kontrak perkhidmatan. Sekiranya notis 2 bulan diperlukan, maknanya 2 bulanlah. Kalau nak berhenti 24 jam, terpaksa la bayar gaji 2 bulan kepada syarikat. Kalau MIA kesannya sama, syarikat akan failkan kes untuk dapatkan tuntutan gantirugi- 2 bulan gaji. Kalau nasib baik, majikan pejam mata sahaja. Tutup kes.

Anonymous said...

Hi diana. Sy ada mslh dgn manager sy. Walaupun sy tiada masalah dalam keje cm comunication dan kdg2 terlupa sy d bri surat amaran. Dan sy rse dia mmg sngaja cr sebab utk berhentikan sy... atas sbb slh bg info.. blhke dia berhntikan sy slps bg srt amaran krn perfomance sy..?

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Hai Anon,

Pekerja memang boleh dibuang kerja disebabkan poor performance.
Tapi caranya juga perlu betul dan mengikut prosedur. Sekali lagi back to the concept of Natural Justice.

1- Permulaaan pekerja perlu dinilai dari aspek performancenya. Guanakan Official form untuk penilaian pekerja seperti, Evaluation Form dan sebagainya. Sekiranya dia tidak mencapai tahap memuaskan, pekerja diberi show cause letter, dan pekerja jawab. Then barulah warning letter keluar yang mana dia diberi masa tempoh tertentu untuk memperbaiki mutu kerjanya, sekiranya tidak tindakan lebih tegas akan diambil. Pekerja perlu diterangkan apa kesilapan dia, dan apa yang patut diperbaiki.

Dalam tempoh yang "reasonable" (kebiasannya 1 hingga 3 bulan bergantung kepada jenis kerja) evaluation ke-2 di buat. Sekiranya mutu kerja masih di tahap yang sama tanpa improvement maka step yg di atas akan berulang. showcause, warning.

Biasanya selepas 3 kali evaluation, tiada sebarang improvement barulah pekerja dipanggil DI selepas showcause yg mana kesannya adalah pembuangan kerja. Memang tedious, makan masa dan rumit tetapi itulah prosedur yang betul. Jadi, bukanlah mudah nak menganiaya pekerja sebenarnya melainkan sekiranya pekerja itu benar2 tidak layak diberi peluang.

Anonymous said...

Hi diana! I nk tnya bru2 ni I telah dikenakn self termination atas sebab I absent pada 14/5, 15/5, 21/5, 26/5 tetapi I tidak absent selama 4 hari berturut turut dn I telah bekerja selama 9thn di company ini.gji I cuma dibyar separuh lbhnye ditolak selama 4 hari I absent.adakah I wajar diberi pampasan atau tidak dan adakah cara company I ni betul












V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Hai Anon,

Saya keliru dengan kes anda. Apabila seseorang pekerja tidak hadir bagi 48 jam (atau 2 hari) berturut2 tanpa memberitahu pihak syarikat maka dia dengan sendiri telah melanggar kontrak pekerjaannya dan memberhentikan dirinya sendiri melainkan sekiranya dia mempunyai sebab munasabah yang mana tidak dapat menghubungi pihak syarikat untuk memaklumkan ketidakhadiran beliau, contohnya berada di dalam koma, ditahan lokap (yg mana mustahil untuk dia berhubung dengan pihak syarikat) dan sebagainya.

Dalam kes anda sepatutnya ketika anda hadir bekerja pada 16hb majikan patut menghalang anda dari masuk kerja seperti biasa, kemudian mereka akan melakukan siasatan kenapa anda tidak hadir dan tidak menghubungi syarikat. Sekiranya sbb yg anda berikan tidak munasabah dan tidak dapat diterima maka mereka akan suruh anda pulang. Kemudian mereka akan poskan kepada anda surat abscondment yg menyatakan anda tidak melanggar kontrak dan sekaligus memberhentikan diri sendiri maka pulangkan semua harta syarikat dsb.

Bagi kes ini kebanyakan kompeni hanya akan membayar sehingga gaji terakhir anda bekerja dan sekiranya gagal memulangkan harta syarikat segala kos akan ditolak dari baki akhir gaji walaupun sebenarnya anda tidak layak menerima gaji sekiranya dalam kontrak pekerjaan tertulis anda memerlukan notis 1 bulan untuk berhenti kerja.


Anonymous said...

assalammualaikum...

saya nak tanya sikit...saya telah bekerja di syarikat A selama 3 tahun...kemudian saya telah menerima tawaran daripada syarikat B...saya telah menghantar surat perletakkan jawatan(1 bulan notis)kepada syarikat A...bolehkah saya bekerja di syarikat B walaupun tempoh perletakkan jawatan belum tamat lagi...dipendekkan cerita saya sekarang ni bekerja di syarikat A dan syarikat B dalam waktu yang sama sementara menunggu 1 bulan notis tamat tambahan pula tempat bekerja memang berdekatan adalah berdekatan antara satu sama lain...bolehkah syarikat A menyaman saya?

Anonymous said...

salam saya nak bertanya..kawan saya ada masalah, dia telah melakukan kesalahan..dia telah ubah tarikh sijil cuti sakit..dia dapat cuti sakit yg sah selama 2 hari iaitu pada 2 apr 2013 dan 3 apr 2013. malangnya dia telah ubah sijil sakit itu ke 1 apr 2013 dan 2 apr 2013...pada 1 apr 2013 dan 2 apr 2013 dia tidak hadir ke tmpt kerja, tetapi pada 3 apr 2013 dia hadir ke tmpt kerja..majikan akan keluarkan surat tunjuk sebab..bolehkah tindakan buang kerja dikenakan ke atas nya..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam,

Untuk anon 9 June 2013.
Termaktub kepada undang2 syarikat itu sendiri, sekiranya di dalam appointment letter atau buku R&R syarikat ada mengatakan salah untuk pekerjanya melibatkan diri dalam pekerjaan lain (employed by any other employer), maka salahlah, dan boleh dikenakan tindakan.

Untuk anon 13 June, ya, dia boleh dibuang kerja atas dakwaan, memalsukan atau mengubah dokumen rasmi. It is major misconduct. Malah pihak syarikat boleh membuat laporan polis berkenaan hal ini.

Anonymous said...

salam.saya mempunyai masalah disaman olh syarikat. cerita nya begini pd 20/5/13 saya telah melapor bekerjs ditpt baru. pd hari ke tiga saya tlh memberitahu ketua saya bhw saya ingin berhenti krn mendapati beban kerja yg bykungkin tdk dpt dipikul olh saya. di sebabkan oleh miscommunication keesokan harinya saya tdk hadir dan slps lima hari saya menghantar surat resign bertarikh 23/5/13 melalui email. saya menjangkakan pihak syarikat mnrm perletakan jwtn memandangkan tiada sebarang respon dr pihsk syarikat.tetapi 2minggu kemudian saya mnrm surat dr pihak syarikat yg mengatakan saya perlu membayar 2minggu notice seperti yg termaktud didlm offer letter. pd hati yg sama saya tlh berjumpa dgn pihak syarikat utk membuat rayuan to waive the notice period. then hr tlh menasihati saya utk menulis rayuan scr formal.pd tarikh yg sama iaitu 30/5/13 saya mengirim surat rayuam melalui email. sekali lagi saya menyangka syarikat bersetuju krn tiada respon slm 2minggu. pd 13/6/13 saya sekali lagi dikejutlan dgn surat drpd company bertarikh 6/6/13 yg mengatakan mrk menolak rayuan saya. skrg saya dlm dilema.apa yg perlu saya lakukan

anna hashim said...

salam,
saya mempunyai kemusykilan,
situasinya begini..

saya dapat OFFER daripada company A,
dalam pada yg sama saya juga pergi interview ke company B,

saya telah dtg utk check & sign Offer letter di Company A,

sehari sebelum saya start kerja di company A, saya telah lulus interview di company B dengan gaji 1 kali ganda lebih tinggi. company B adalah company yg besar, jadi peluang saya sangat cerah. saya memilih untuk bekerja di company B, saya telah menelefon company A untuk menolak bekerja disana, tetapi company A mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap saya.

apakah saya akan dikenakan tindakan undang2? tolong bantu saya apa yang patut saya lakukan sekarang ni. ini soal masa depan & kerjaya saya..

saya buntu...

Anonymous said...

bolehkah kita gunakan handbook yang dikeluarkan syarikat utk kita rujuk masalah kita ke jabatan tenaga kerja? sbg contoh, dalam handbook ada bgtau caruman epf oleh majikan adalah 14% sekiranya pekerja telah 1 tahun berkhidmat.akan tetapi majikan hanya carum 13% walhal pekerja sudah hampir 2 tahun pekerja..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Anna Hashim,

Ada beberapa kes seperti ini yang pernah dibicarakan di mahkamah buruh. Dan salah satu kes ada menyebut bahawa, seseorang itu adalah pekerja bagi sesuatu syarikat hanya apabila dia masuk kerja pada hari pertama dan merekod kedatangannya (samaada log book, finger print, punch card dsb).

Namun apa yang saya boleh perkatakan keputusan mahkamah berubah2 mengikut jenis kes.

Anon 23 June, sudah tentu boleh. Bagi mana2 perkara yang termaktub di dalam undang2 syarikat yang mana peraturan atau RNR syarikat adalah lebih baik dari employment act, maka undang2 syarikat akan digunapakai. Namun bagi mana2 employment act lebih baik dari undang2 syarikat, maka undang2 syarikat akan terbatal.

Dalam kes anda nyata sekali undang2 syarikat adalah lebih baik daripada employment act maka wajiblah pihak syarikat mengikuti apa yang termaktub di dalam undang2 yang dipersetujui sebelum ini.

Anonymous said...

Salam...

Saya agak kurang arif tentang undang2 hr...baru2 ini saya telah meletakkan jwatan saya..saya baru sebulan bkerja di syarikat itu dan disebabkn perkara yg tak dpt dielakkan saya trpaksa ambil kputusan utk berhenti....saya bekerja dlm bidang perhotelan...saya tendered pada 18jun dan sepatutnya hari terakhir pada 1july...

1july merupakan hri 'offday' saya dan saya mmpunyai 2 replacement public holiday yg blum diambil...mngikut kiraan hari akhir saya pada 28jun...

Disebabkn sya terpaksa pergi dgn segera(suami berpindah kerja)...saya mohon dilepaskan awal dri tarikh sebenar iaiti pada 28jun....saya mohon cuti tanpa gaji utk 3 hari namun tidak diendahkan oleh gm...

Saya telah mmberitahu hr manager yg saya terpaksa berhenti awaal atas sebab yg x dpt dielakkan....

Apapun saya telah buat handover yg lengkap agar mudah pihak pengurusan mnyambung kerja saya dan saya telah pulangkan kesemua brg syarikat seperti hp..kucni..dll...

Sehingga hari ini saya masih belum dpat gaji yg mana sepatutnya saya terima pada 28hb...

Apakah saya masih layak untuk menerima gaji?

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Apa definisi "tidak diendahkan" bila anda mengatakan bahawa anda apply cuti tapi tidak diendahkan oleh GM? Bagaimana prosedur pengambilan NPL di tempat anda. Seperti contoh di tempat saya, NPL perlu diisi borang, sekiranya NPL tak diluluskan, maka pekerja akan diberitahu sebelum dia bercuti bahawa cuti tersebut tidak diluluskan. Tp kalau lepas hantar bos diam aje, maksudnya bos ok. Itu pun tak endah juga.

Anda layak menerima gaji sehingga hari terakhir anda bekerja. Dan sekiranya 3 hari itu dikira anda tidak serve notis, maka mereka akan tolak 3 hari gaji dari baki akhir gaji anda. Kadang2 majikan tukar payment mode to cash yg mana pekerja perlu datang "tanya" gajinya, barulah dapat.


Anonymous said...

Hai..
Saye diarah berhenti sebab tak perform. Tapi takde surat termination pun. Surat reminder, surat warning pun takde. Amaran mulut berbentuk ugutan ade la. Supervisor dengan Manager saya gunakan borang penilaian prestasi pekerja, membacakan semua laporan yang buruk terhadap saya (yang remeh-temeh, menyakitkan hati dan sekan mencari kesalahan sahaja juga tidak professional), membuat kesimpulan tidak layak memegang jawatan, dan akhir sekali menetapkan tarikh akhir bekerja pada akhir bulan iaitu 30hb. saya disuruh sign helain tersebut.Saya dengan perasaan sedih bercampur baur malu marah dan sabar terus sign kerana tidak mahu bergaduh mulut dan respect keputusan die. Masalahnya, die bagitau saya pd 18hb, tidak cukup sebulan seperti dalam surat tawaran bekerja. Dan tanpe surat termination dari HR. die arahkan saya kemas barang, habiskan cuti. saye terus ambil cuti tak naek keje. sy mintak die termination letter, die kate die tak issue nanti tak bagus untuk diri saya bile nak mintak kerja baru.So die suruh saye tulis surat resign. saye bg surat maklum dah kena berhenti dan tak datang kerja lagi. saye pulangkan semua barang2 sykt. HR lg sekali tak nak terima surat tu sebab saya tak maksudkan resign.Gaji pun ditahan.akhirnye HR bg surat tande terime resign dan cas saye RM300 sbb notis tak cukup sebulan dan gaji burn lepas saye maklumkan pade die saya nak ambil tindakan kepada pihak polis dan jabatan buruh. adakah saya boleh mendakwa supervisor sayer tu ? Apekah hukuman yang setimpal yang mungkin dikenakan terhadapnya ? Adekah saya akan dapat gaji yang ditahan itu atau gantirugi 1 bulan gaji ? Adakah die boleh dibuang negeri (keluar johor) kerana tidak menghormati rakyat tempatan dan merendahkan kredibilitinya ? adekah boleh disaman kes ini dan berbaloikah jika menang (gaji hampir 3k)? semua ini terjadi sebab saye cube nak siasat kesalahan die, mungkin die tak mahu rahsie terbongkar so die buang saye. boleh kah saye meminta bantuan pihak polis menangkapnya ?

Anonymous said...

salam. saya nak tanya, adakah saya berhak mendpt gaji walaupun sy hanya bekerja selama 2 minggu?
untuk pengetahuan sis, saya belum lagi menandatangani surat agreement syarikat tersebut.
sy berhenti hanya memberitahu melalui telefon n surat akn sy kirimkn nanti.
sy berhenti kerana merasakn keadaan sekeliling yg tidak selesa
mohon sis dpt jwp..tq.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam Anon,

Memandangkan anda belum lagi menandatangani surat offer letter, saya assume anda juga tidak punya kesempatan membaca surat tersebut. Jadi semak semula, berapa lama notis yang diperlukan untuk probationer seperti anda. Anda hanya layak menerima gaji tanpa sebarang deduction sekiranya anda:-
1) Serve the notice period.
2) Menyerah surat berhenti kerja bertulis. Verbal notis tak laku.
3) Memulangkan semua harta benda syarikat dan melakukan hand-over dengan sempurna.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Anon 5 Julai 2013,

adakah saya boleh mendakwa supervisor sayer tu ?
Anda boleh failkan kes anda ke JPP berhampiran untuk mendapatkan kembali keadilan bagi pihak anda kerana amat jelas di sini pihak syarikat membuat termination tanpa mengikut prosedur yang betul.

Apekah hukuman yang setimpal yang mungkin dikenakan terhadapnya ?
Tiada hukuman yang akan dikenakan supervisor anda, sekiranya syarikat melakukan kesilapan pada pemberhentian anda, tindakan diambil bukannya ke atas dia.

Adekah saya akan dapat gaji yang ditahan itu atau gantirugi 1 bulan gaji ?
Kebiasaannya bagi kes seperti ini anda akan mendapat reinstatement yang mana anda diberikan semula jawatan anda dan dibayar balik gaji bermula dari tarikh terakhir gaji anda dibayar sehingga anda diminta melapor diri semula ke tempat kerja.


Adakah die boleh dibuang negeri (keluar johor) kerana tidak menghormati rakyat tempatan dan merendahkan kredibilitinya ?
Mahkamah Buruh / Perusahaan tidak punya kuasa seperti itu dan tidak relevan hukuman dengan kes.

adekah boleh disaman kes ini dan berbaloikah jika menang (gaji hampir 3k)? semua ini terjadi sebab saye cube nak siasat kesalahan die, mungkin die tak mahu rahsie terbongkar so die buang saye.
Seperti yang saya katakan, kebiasaannya bagi kes seperti ini pekerja itu akan diberikan reinstatement, tidak ada istilah saman untuk mendapatkan keuntungan berlipat ganda di sini.

boleh kah saye meminta bantuan pihak polis menangkapnya ?
Menangkan bagi pihak siapa? Kalau bagi pihak syarikat, hanya syarikat atau wakil syarikat yang diberi kuasa sahaja yang boleh membuat laporan polis, bukannya anda. Kalau anda punya bukti yang sahih dan kukuh, laporkan saja pada lembaga pengarah syarikat.

Anonymous said...

thanks sis. sy dh dpt gaji utk 2minggu sy brkerja tu... sy jmp bos.ok aje. tp clerk kat situ yg over acting brbanding bos.. ape pon, thanks k.:)

Ms.Mona said...

Hi .. Nak mntak tolong ni.. Sya baru dlm HR ni. Masalah kat pejabat saya, saya ada seorg pekerja yg kerap dtg lewat, masuk 8am tp sllu punch 8.03-8.05am.. dan surat tjk sbb dah 3 kali keluar, surat amaran dah 2x. Bulan Jun ada 2x lewat, tp disbbkn HR mse tu sgt bz, kami diamkan shj. dan Jul ni, ada 2x lewat mse hujan, dn bos suruh bt lagi surat tjjjk sbb... sye dh pening, asyk bt bnda yg sama.. klu ikut bos, die mmg x nak pekerja ni. sya nk bt mcm mana ye?

2) Bolehkan majikan menolak surat resign dri pekerja? Pekerja ni nak resign disebbkan x tahan sikap bos yg sllu cri pasal dlm kerjanya. skg die nk tender surat resign, tp sya masih memerluka khdmat pekerja ni. jadi blh ke majikan menolak surat ni dan pekerja perlu bekerja spt biasa.

Tolong saya..

Anonymous said...

Hi sis, i nk tnya blh ke kita minta blk surat acceptance resignation dr company lama sbg rujukan? Ini utk kes BOC thn 2008. Skrg br company hntr surat mintk blk duit hutang bond.

Anonymous said...

Salam V.I.C @ Diana

Saya perlukan your advice..Boleh ke sekiranya saya menghantar Notis 1bulan instead dalam confirmation 3 bulan kepada company. Then.. Saya kene bayar semula ke untuk 2 bulan seterusnya?

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Anon 1 Aug,

kalau dalam contract kata u kena bagi 3 bulan notis, means u have to serve the company 3 months after you tender resignation. Kalau tak you kena bayar balik. Dalam kes you, 2 bulan perlu dibayar balik kepada kami.

Confirm back your notice period as per in contract.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Ms Mona,

Boleh buang dia kerja dengan mengadakan DI. Datang lambat adalah minor misconduct, tapi KERAP datang lambat adalah major misconduct. 2 warning letter cukup untuk membuat DI dan seterusnya membuang dia kerja.

Tak boleh tahan surat resign pekerja. Bila pekerja letak surat resign, majikan wajib terima. Paling habis kuat pun cuma boleh counter offer atau pujuk. Itu saja.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Tahun 2008? Kebanyakan syarikat mempunyai retention period menyimpan dokumen pekerja. Tahun 2008 terlampau lama... biasanya kebanyakan HR dh scrap pun fail-fail yang berusia 5 tahun dan ke atas.

Tpi kalau ada salinanya, terpulang pada budi bicara syarikat sendiri. Kerana acceptance of resignation dikeluarkan sblm pekerja berhenti.

Unknown said...

Salam diana,
Sy ade beberapa kemuskilan:
1. Jika majikan minta pekerja hantar surat resign secara sukarela brpunca dr poor attandance through email n not directly from bos,padahal dia masih mahu bekerja,adakah dia patut serahkan?knpe xterminate sy je?apa pandangan diana tentang perkara nie?

2.bole ke majikan terminate pekerja atas kesalahan sperti cuai,lewat atau tidak hadir berturut2,tnpa beri sebarang surat amaran,teguran atau tempoh ?

3.sy bekerja di syarikat A sbg admin selama 8bln,tp xpernah trima surat perlantikkan dr majikan.krana itu bole ke sy bg surat resign 24hours atau tnpa surat langsung.

Dalam hal nie,apakah hak saya sbg pkerja.minta nasihat dari diana please..

Unknown said...

1- saya telah diberi STS kerana didapati bersalah kerana bukan dalam bidang kuasa saya, saya telah memberikan arahan kerja2 tambahan kepada sub-contactor sy...adakah sah tuduhan tersebut?.....juga keasalahan tersebut telah lebih setahun berlalu baru di tuduh bersalah...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam Liyana

1. Adalah menjadi satu kesalahan bagi seorang majikan untuk memaksa mana-mana pekerja menghantar surat resign. Masalah Poor attendance memang amat dibenci oleh majikan, dan untuk terminate pekerja poor attendance memerlukan satu prosedur yang mana akan diakhiri dengan DI, yg diketahui umum sedikit panjang dan agak rumit. Jadi kebanyakan majikan memang tak gemar “terminate” pekerja dengan cara yang betul, maka jalan mudahnya mereka suruh pekerja hantar surat resign. Tapi kebaikannya pada pekerja tersebut, rekodnya bersih kerana dia resign dan bukannya dibuang dari syarikat. Jadi baik untuk future reference sekiranya beliau hendak mencari kerja di tempat lain kelak.

2. Boleh terminate dan sekiranya pekerja mengadu ke JPP, syarikat akan diminta buat reinstatement dan membayar balik pekerja tersebut. Pendek kata, boleh buat kalau nak tapi satu kesalahan. Pekerja diam, majikan untung.

3. Rujuk buku panduan kerja, normal practice atau apa sahaja yang menunjukkan PERATURAN DAN AMALAN syarikat yang digunapakai sekian lama.

Harap membantu.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam Azri,

Kesalahan yang setahun lebih sekiranya dibangkitkan semula setelah sekian lama "didiamkan" boleh diklasifikasikan sebagai 'mala fide' atau berniat jahat.

Anonymous said...

Hi diana..

Sekiranya saya bekerja baru nk cecah 2 tahun.. Dalam confirmation saya, kne anta notis 3 bln.. Tp, kwn sy ckp sy bole anta notis 1 bulan kerana sy hanya executive n bkn management level. Betul ke sy boleh anta notis 1 bulan?? Then, sekiranya sy anta notis 3 bln, tp dlm surat sy tu sy state untuk releasekn sy awal means sy mahu bekerje tuk 2 bulan..Jd balance 1 bulan tu, sy kne bayar blk ke? Jika sy state dlm surat tu sy nk unpaid tuk balance bulan tu cmne?? bley bg suggestion x?? sy x bape clear dlm hal ni.. (T,T)

Unknown said...

Thanks diana..panduan anda sangat membantu sy utk membuat keputusan.thanks alot..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Anon 5 Aug,

Kalau dalam surat offer letter telah tertulis 3 bulan, maka 3 bulan la. Walaupun ada rakan sejawat yang mempunya notis lebih pendek tetapi surat offer letter yang telah anda tandatangani sebelum ini membuktikan yang anda setuju dengan semua T&C yg di letakkan kepada anda. Jadi, kalau 3 bulan notis diperlukan, maka 3 bulan la. Namun, anda boleh memohon jasa baik majikan agar "memberi pelepasan awal" kepada anda tanpa sebarang tindakan. Selebihnya terletak pada budi bicara pihak syarikat.

cherry^^chevrolet said...

Hi,

Saya nak bertanya.. Saya telah berkerja dengan sebuah syarikat swasta ni sudah selama 8 bulan lebih.. mereka masih tak confirmkan saya dengan alasan tidak nampak hasil kerja saya walhal saya telah menyiapkan 2 buah projek dan sebuah lagi yang sudah hampir siap..

Dalam appointment letter hanya cakap probation period 3 months to 6 months, during probation 14 days notice. masalahnya sekarang, selepas tamat waktu probation syarikat tidak mengeluarkan apa2 surat untuk memanjangkan waktu probation saya.. saya tidak menikmati apa-apa benefit syarikat. Soalannya sekiranya saya ingin berhenti kerja, adakah boleh saya berikan 24 jam notis?

ini kerana saya merasakan syarikat mengerah tenaga kerja saya tanpa memberikan jaminan masa depan saya..

harap pihak anda boleh membantu..

Terima kasih

zack said...

Saya telah 3 tahun bekerja sebagai Juruteknik Mekanikal di kilang memproses batu kapur.Pada Nov 2012 saya telah ditimpa bencana ditempat kerja yang mengakibat cedera di bahagian tulang belakang L3,L4,L5,S1
semenjak bencana kerja tersebut saya kerap mengambil cuti sakit sehingga prestasi kerja merosot teruk.JIka majikan menamatkan perkhidmatan,apa faedah yang wajib saya tuntut ?

Anonymous said...

Saya telah digantung kerja mulai 3/8/13 tapi sehingga sekarang iaitu 22/8/13 masih tiada apa2 perkembangan dari hr syrkt saya dan tidak tahu apakah sebab saya di gantung cuma dlm surat mengatakan slah laku serius dan digantung kerja selama 14 hari.. saya adalah pekerja status kontrak.. soalan saya gantung 14 hari tu adakah 14 hari bekerja ke? Soalan kedua akaun saya telah dibekukan sampai bile majikan bole bekukannya? Dlm surat gantung tiada pun ckp bekukan akaun saya.. minta tolong ape yg patut saya lakukan..

Anonymous said...

Saya nak Tanya....saya dpt surat tunjuk sebab kerana buat bil letrik utk rumah sendiri utk 200 kwh. Bil sebulan dikeluarkan 3 Kali. Saya sendiri tidak pernah diberitahu perkara ini salah. Saya dah kerja selama 16 tahun. Kerugian yg syarikat tanggung bawah 1k. Sistem sedia ada membenarkan Dan tiada pemantauan. Saya juga membuat bil utk pengguna apabila diminta. Sekarang baru sistem blok tidak boleh buat bil melebihi 12 Kali setahun. Saya akan disiasat dalam masa terdekat. Sangat takut dibuang kerja kerana umur da 42 th. Saya dah byk kutip rm utk syk. Bos saya byk bantu tp GM tak mahu terima utk saya bayar rm1k bg tutup kes. Apa perlu saya buat. Data buntu skrg.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam VIC @ Diana,

Sy ada sedikit kemusykilan...

Baru2 nie sy ada menerima surat 1st warning letter yg tlh disign oleh HOD and cc to HR..

Di dalam surat tersebut menyatakan 2 kesalahan iaitu:-

1) Absent without leave selama 4 hri (1/4, 2/4, 3/4 & 5/4) - sdgkan pada hari2 tersebut sy mmg hadir ke office, cuma terdpt masalah pada swipe card sy - system cant capture my swipe card properly)

2) late comings from Jan to July 2013 (not all days, n mostly late comings less than 1/2 an hour a day)

Di dalam surat warning letter tersebut telah menyatakan bahawa 1 kaunseling telah dibuat pd 18 /10/12 tetapi no improvement till today.

But actually, sy telah memberitahu secara verbal kpd HOD sy tentang masalah yg sy hadapi. Frequent late comings sy adalah disebabkan mslh trafik yg tidak dpt dielakkan di area rumah sy yg berpunca drpd terdpt construction dikwsn tersebut. Ini adalah disebabkan sy hanya boleh keluar kerja hnya spls jam 7 pg kerana perlu menghntr 2 org anak ke sekolah yg hanya buka slps jam 7 pg..

Sudah byk kali sy explained to my HOD tentang mslh yg sy hadapi dan meminta consideration frm her to understand my problem and situation kerana skrg sy masih menunggu utk mengambil maid bg mengatasi masalah dtg lewat ini.

Sy even take my own initiative to cover back my late comings (sekiranya sy lewat about 1/2 an hour, sy akan pulang lewat dgn menggantikan masa yg mana sy lewat)

Sy telah bekerja di company ini selama 7 tahun, dan sebelum ini tiada rekod tentang masalah late comings ini.

Selama mana yg sy explained to my HOD, i thought that she understand my situation and can consider as she did mentioned that she has no performance or work issue with me.

She did mentioned to HR that I am a good staff and my performance also good.

Tp sy sgt sedih kerana secara tiba2 sy diberi warning letter, walaupun telah menjelaskan masalah yg sy hadapi ketika ini tambahan pula ketika ini sy sdg pregnant 6 mths.

Sy juga ada mengesyorkan to my HOD and pihak HR to adopt flexi hours especially for working moms mcm sy ini.

Tetapi 1 of my hr personnel said they had been proposed flexi hours during mtg with the group HR..but no action taken till today.

Mengenai kesalahan yg pertama, pd pendapat sy adalah tidak wajar dikenakan warning letter kpd sy kerana my HOD and HR lgsg tidak minta penjelasan tntg ketidakhadiran sy..walhal ada bukti kukuh yg menunjukkan sy hadir ke pejabat pd hari2 yg disebutkan di dlm letter tersebut.

Spatutnya my HOD kena minta sy explain about Absent without leave before she signed the warning letter.

But when i met my HOD and explained verbally to her about the warning letter I received, and I did mentioned to her that I refused to acknowledge the letter until the information in the letter is correct. she then said u reply the letter and attach all the proof then klau boleh withdraw the letter she will sign. She did mentioned, I bknnya nak menganiaya staff...walhal sy rasa she as a woman boss should be more caring and understanding with my problem and situation.

Fyi, di dalam warning letter tersebut juga tidak diattachkan record of attendance for my info for me to justify. cuma diletakkan tarikh2 mana yg sy tidak hadir dan lewat ke pejabat.

Di sini, sy ingin meminta jasa baik u utk memberi komen and advise what should I do and perlukah hal ini dibawa ke atas, i.e. lebih serius supaya slps nie my HOD takkan simply2 nak mengenakan staff lain..

kerana staff sblm ini pun diadvise to leave the company oleh HOD, but verbally je...kerana staff tersebut juga meminta utk hadir ke pejabat sedikit lewat dan akan menggantikan masa dgn balik lewat utk menjaga ibunya.

Furthermore, I am working with GLC yg mana spatutnya should adopt flexi hours to retain women employees..

And what justice do I have? Kindly advise..
Thanks & really appreciate your advise.

Wassalam..

Anonymous said...

Diana nape tak reply lg.... jgn biarkan saya ternanti nanti....... takuuuuuuuuuuuut

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam Cherry Chevrolet,

Silapnya selepas 6 bulan anda patutnya bertanya kepada HR tentang status anda. Kalau tak diserap sebagai confirm staff, apa sebabnya. Minta mereka keluarkan surat mengenai perkara tersebut.

Memandangkan anda tidak menerima sebarang benefit sebagai confirmed staff, itu bermaksud anda tidak disahkan jawatan secara automatik, maka apa saja term and condition kerja adalah sama seperti pekerja probation.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam Zack,

Kalau syarikat mempunyai insuran atas nama anda maka claim insuran. Sekiranya tidak, claim socso untuk faedah-faedah seperti bencana kerja ataupun pencen ilat. Anda akan mendapat pampasan/ pencen / bayaran berdasarkan betapa seriusnya kecederaan anda tersebut.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Anon 22 August,

Syarikat tidak boleh bekukan akaun, hanya bank sahaja yang boleh bekukan akaun. Semak balik dengan bank punca akaun anda dibekukan.

Gantung kerja boleh dilanjutkan dengan syarat pekerja dibayar gaji penuh.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam anon 8 September,

Saya kurang faham kes bil elektrik ni. Tapi bagi kes yang seperti ini sekiranya benar perkara itu adalah salah dan melibatkan kehilangan / kerugian wang mungkin boleh dikategorikan sebagai pecah amanah (major misconduct), maka pihak syarikat boleh mengambil tindakan membuang kerja selepas DI dibuat.

Kalau tanya apa yang perlu anda lakukan, memandangkan anda telah bersalah, tuliskan surat dan mengaku melakukan kesalahan bagi perkara tersebut dan mohon mitigation untuk kesalahan considering your duration of service dan anda mempunyai rekod yang baik dlm kerja sebelum ini.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...


Salam Faridah,

Maafkan saya atas kelewatan menjawab pertanya, terlalu sibuk dengan beberapa program sehingga tak berkesempatan membuka blog.

Pertama sekali take note, Surat Tunjuk Sebab, surat warning dan segala macam surat yang mebabitkan IR HANYA boleh dikeluarkan oleh pihak HR dan bukannya HOD dan sebagainya.

1) Absent without leave selama 4 hri (1/4, 2/4, 3/4 & 5/4) - sdgkan pada hari2 tersebut sy mmg hadir ke office, cuma terdpt masalah pada swipe card sy - system cant capture my swipe card properly)

Mudah saja, namakan saksi yang boleh mengesahkan kedatangan anda pada hari2 tersebut ataupun bukti2 yang menunjukkan anda bekerja sebagai contoh, log book, report atau sbgnya.

2) late comings from Jan to July 2013 (not all days, n mostly late comings less than 1/2 an hour a day)

In the letter explain the things properly, minta mitigation kerana anda telah menggantikan jam lewat tersebut, dan untuk kesalahan seperti ini biasanya warning letter sudah memadai melainkan anda tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Atasi masalah anda dengan segera. Anda mungkin boleh meminta syarikat memahami anda tapi anda harus ingat, dengan begitu pekerja dengan 1001 alasan, adakah semua permintaan pekerja perlu ditunaikan?
Syarikat juga harus menunjukkan kredibiliti yang baik dalam menggubal dan melaksanakan undang tanpa bias, jadi sekiranya pihak syarikat tidak mengambil tindakan kepada kesilapan satu pekerja, bagaimana nak ambil tindakan untuk kesalahan pada pekerja lain. Apa kredibiliti HR dan pihak syarikat?

Sekali lagi berbincang cara baik, berikan satu tarikh yang tepat untuk anda menyelesaikan semua masalah anda dan kembali perform seperti dulu. Saya rasa pihak pengurusan akan mengerti.

anuarshahar said...

Salam..sy ingat bertanya.jika majikan mengantung kerja dgn hanya memberi sms..apa yg patut sy laku kan..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam Badrul,

Penggantungan tidak sah.

rohaizah said...

Hi. Nak tanya sikit. Company yang I keja skrg dah nak tutup so wajar ka kami menuntut pampasan? Bagaimana harus menuntut?

@averosse said...

salam.. saya nak bertanya, saya berkerja part time dirumah sebagai grafik designer, saya baru bekerja 2 bulan.. xtermasuk bulan ini..

majikan saya xberi gaji bulan ke-2 sampai sekarang, alasannya dia tanguhkan gaji saya sebab kerugian mengambil saya berkerja, salah satu sebab saya cuti raya seminggu, padahal saya dh apply cuti raya masa tu, dan saya cuti 3 hari sebab ayah saya exsiden selepas raya.

dan dia cakap, artwork saya semua xboleh pakai, tapi saya tgk di web dan facebook, dia guna design saya.

sekarang saya nak pergi pejabat buruh untuk aduan, tp majikan saya ugut ingin saman saya kerana kerugian yg dia tanggung selama saya cuti, boleh kah dia saman saya?

Unknown said...

Salam..

Saya nak minta tolong for advise my problem..sy x berapa pandai dlm hal2 HR NI... :(

1) kereta sya telah hilang dicuri di tempat parking..didlmnye terdapat barang milik company bernilai rm4000. Tetpi company meminta sy utk mmbayar costing sahaja. Soalan saya, adakah sy berasalah dan perlu membayar balik ganti rugi tersebut walhal repot polis sudah pon dibuat?

2) compny tmpat sy bekerja ialah spa industry.sy mrupakan spa manager di cmpny ni. Baru2 ni sy telah dituduh ade affair dgn suami customers sy sendri walhal beliau hanya abg angkat sy. Hal ini langsg tidak berkaitan dengan hal prestasi kerja sy. Custmr telah berjumpa dgn bos dan menjelaskan situasi bahawa dia adalah sbgai cstmr dan sy ade hbngn dgn suaminya maka die nak refund pakej rawatan dispa yg die da beli.perbincangn tidk melibatkan sy dan sy tdak diberi peluang utk membela diri. Majikan hanya memberi wassap kpd sy mnjelaskan bahawa sy perlu bertanggjwb dlm hal ini maka refund akan dilakukan dgn memotong gaji sy utk mmbayar balik kpd cstmr. Kedua..sy disuruh tender resign immediate dgn alasan sy akanmeberikan keburukan kepada syrikat. Majikan juga berhasrat utk memotong keseluruhan dr kes pertama iatu ganti rugi yg septtnya sy harus bayar. Maka gaji saya untuk bulan ini belaia akan tolak ganti rugi dan refund. Adakah tindakan beliau ini betul??

Pls help me..I need your advise.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam Rohaizah,
Setiap kompeni yang nak tutup mereka perlu melaporkan pada Jabatan Tenaga Kerja mengenai penutupannya dan JTK sendiri akan mengajar mereka mengenai cara membayar pampasan kepada pekerja. Jangan risau, setiap majikan tahu tentang perkara ini dan sekiranya anda diberhentikan begitu saja barulah buat laporan.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam GTPB,

Seorang majikan perlu membyar gaji pekerja selewat2nya 7 hari dari tarikh gaji ditutup. Bagi contract for service, anda dibayar mengikut hasil kerja. 2 bulan gaji tidak dibayar memang sesuatu yang salah, anda boleh laporkan kepada pihak berwajib.

Sila rujuk balik contract diantara kamu dengan majikan either contract of service atau contract for service.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam siti nurbazilah,

Saya kurang arif mengenai Industri service (perkhidmatan)seperti SPA dsb. Adakah kesalahan2 di atas ada termaktub di dalam R&R atau kontrak kerja anda? Sekiranya ya, maka wajib.

Berkenaan dengan kehilangan wang, sekiranya anda ada menandatangani sebarang surat seperti letter of fidelity or indemnity, ia mungkin menyebabkan anda perlu membayar semula kerugian.

Dan satu sekiranya perbuatan anda menjalinkan hubungan dengan suami customer sehingga menyebabkan syarikat mengalami kerugian, ya, mungkin tindakan tatatertib boleh diambil ke atas anda.

@averosse said...

Boleh kah dia menyaman saya kerana saya cuti perniagaan dia mengalami kerugian?

rohaizah said...

Thanks for the replies. Tapi masalahnya kompeni ni nak gunakan alasan " transfer " tuk elak pampasan. Sedih la bila tanya kat HR tempoh hari pasal pampasan tu. Kena buat der je.

Anonymous said...

saya ingin bertanya..di tempat kerja saya ada staff yang melakukan pecah amanah..tetapi pekerja tersebut telah berhenti serta tiada surat perlantikan dan pengesahan jawatan yang dikeluarkan syarikat. bos dapat tau melalui resit yang dikeluarkan staff tidak sama dengan penyata bank..tetapi masalahnya sign di resit tersebut berubah2..boleh ke syarikat buat laporan polis serta mendakwa pekerja tersebut...dan apakah tindakan yang boleh staf tersebut buat jika syarikat ada tunggakan kwsp serta tidak membayar gaji akhir staf tersebut

Anonymous said...

Salam,

Saya nak tanya bilakah surat tawaran patut dikeluarkan?

Dan boleh tak kita bekerja sebelum mendapat surat tawaran kerja.

Terima kasih.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Jawapannya, depends on the situation.

1- Ada sesetengah orang dia mahukan surat tawaran awal bagi menjamin pekerjaan tersebut confirm untuk dia, sebelum dia meletakkan notis berhenti kerja dengan kompeni yg sedang dia bekerja.

2- Ada sesetengah orang dia hanya sain dan terima surat offer pada hari pertama dia bekerja.

3- Ada yang menerima offer letter setelah 2-3 hari bekerja.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam GPTB,

Saya tak rasa itu boleh, tapi sekiranya boleh sekalipun, saman tersebut bukan dibuat di mahkamah buruh atau mahkamah perusahaan. Nothing to do with JPP or JTK.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam Rohaizah,

tak berapa jelas maksud transfer yang disebutkan...
Then kalau betul transfer maksudnya syarikat tidak tutup. Tetapi kalau tukar pengurusan itu bukan maksud transfer, pekerja perlu diberhentikan dulu kemudian diberikan surat offer letter yang baru dengan pengurusan baru.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam Anon 24,

Bagi pekerja yang diberhenti, pihak syarikat tidak ada kuasa untuk memanggil DI mahupun melakukan tindakan disiplin ke atas pekerja terbabit. Kes2 pecah amanah begini hanya boleh dibuat laporan polis dan biarkan mereka yang berkuasa menjalankan tugas.

Anonymous said...

Vic,
saya dah bekerja selama 10 hari. till that, i never received any offer letter and not even sign anything yet. Now, i decided to resign because i also have to do many other job that not related to my job. Can i resign 24 hour and can company sue me?

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam anon 27 sept,

Cadangan saya...
Hantar surat resignation letter dengan notis 24 hours. In case that company did not accept your resignation letter then only you query about the offer letter yang u tak pernah receive. Which u assume that as a probationer your notice shall be 24 hours. At least u masih ada peluang untuk dapatkan 10 days gaji.

rohaizah said...

Salam

Baru baru ini i dah tanya HR officer, dia cakap tiada pampasan kalau company tutup, ikut labour law. Betul ke? Atau saja nak kelentong kuli macam kami ni?

Sarah said...

Salam vic, saya nak tanya. Pada 30/8/13 saya diberhentikan kerja oleh majikan atas alasan kehadiran. Saya join company tu 1/12/2010. Mula2 join saya pregnant. Jadi banyak jugak mc saya guna atas sebab2 keuzuran semasa mengandung. Lepas melahirkan anak pada 8/6/2011. Anak saya mula sakit dari umur 2 bulan..kerana low imune terhadap persekitaran. 5 kali dia admitted. Dan saya mengalami gangguan hormon sehingga datang bulan melebihi 3 bulan. Saya pun kene DNC sebab masalah hormon saya itu. Jadi semua cuti dan mc saya habis dan ada beberapa hari unpaid sebab over utalized leave. Ini berlanjutan sehingga 2012. Pun saya terlebih guna leave. Sebab anak saya asik keluar masuk hospital. Pada 2013 saya mengalami sakit belakang. Dah lama saya rasa tapi tak berani check sebab masalah cuti berlebihan. Sampai kaki saya kebas, tangan mengeletar dan dimasukan ke hospital pada bulan march 2013. Cuti hospitalization selama 66 hari. Doctor diagnose saya kene slipped disc. Cervical dan lumber. Saya tak pernah jatuh cuma nature kerja saya duduk depan pc dan kejar target. Mula2 company approve 60 hari hosp leave. Tiba2 tarik balik dan cakap 60 hari tu inclusive MC. Jadi habis semua mc dan AL saya kene tolak. Dan menyebabkn saya kene unpaid lagi. Terimination diberi sebab saya over utalize leave. Tapi saya dah bagi surat doctor dan dokumen berkaitan. Boss saya approve tapi team lead saya pulak tak puas hati sangat2. Saya dah file kes ke IR. Tapi pegawai Ir kata takde merit untuk kes saya. Boleh vic bagi advise. Saya bukan cuti suka2. :-( saya dah hantar claim ke socso dan esok adalah hari perjumpaan dgn jemaah doctor.

Anonymous said...

salam sis,

sy nk tanya boleh ke bos reject surat resign 24 jam pekerja. sy dah beri surat resign dia suruh sy simpan semula atas alasan "u sedang disiasat, kalau kena terminate baru u tender 24jam resign"
sy sgt konpius ..bila sy call HR tanya psl resign 24jam, jwpn nye bos kena sign..sy betul2 x ada hati nak keje lagi dan sy ingin benti 24jam.

FYI, sy dah email scan surat 24jam notis resign dan cc ke bos sy.

sila bantu sy sis...

Anonymous said...

Sy aima, kja kt tf hampir sbulan stat 11.09.13 smpai 4.10.13,dan hari ni sy brenti sbb xslesa ngn prangai bos tp sy xbg notis 24jam, dia nk sman sy...ats sbb sy spttnya bg notis 2mgu sblm brenti, sy msa kja kt c2 xpnah sain apa2 kontrak, apa2 pjajanjian...msuk kja cmtu ja.. jd bley ke dia saman sy? Tlg sy..

@averosse said...

Aima, ikut pengalaman saya.. Dia tak boleh saman sbb xde kontrak..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam Rohaizah,

Mmg ada pampasan pekerja untuk kilang / syarikat yang ditutup. Sila rujuk dengan Jabatan Tenaga Kerja (Pejabat Buruh) mengenai tarifnya.



Salam Sarah,
Isu-isu seperti keuzuran sehingga menyebabkan gangguang dalam performance mmg perkara yang amat tidak disukai oleh majikan. Mmg benar, sakit tak dijangka tetapi memberi kelonggaran untuk KEKERAPAN cuti sakit memberi efek dan contoh yang tidak baik di atas kredibiliti majikan pada pandangan pekerja lain. "Nanti akan timbul isu, kalau dia boleh, kita pun boleh juga." Itulah sebenarnya dilema majikan.

Usaha saudari untuk mendapatkan SOCSO kenalah pada tempatnya, ini kerana mmg majikan tidak membayar gaji pada hari cuti sakit tersebut. SOCSO tidak akan bayar sebarang pampasan sekiranya majikan membayar cuti sakit pekerja. Jadi tidak salah tindakan majikan saudari.

Saya enggan komen berkenaan isu tindakan majikan kerana saya percaya sebelum mengambil tindakan tentu mereka juga ada reason tersendiri beserta bukti kukuh yang menunjukkan:-
1- Prestasi kerja saudari merundum
2- Kekerapan cuti menyebabkan operasi terganggu.
3- atau mereka punya perancangan untuk medically boarded out saudari..

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Anon 4 Oct,

Adakah notis yang diberi (24 jam) sufficient ( mencukupi) seperti yang termaktub di dalam kontrak kerja?
Sekiranya mencukupi dan serve the notice period, maka tak ada masalah. Asalkan ada bukti penghantaran, anda boleh berhenti kerja. Majikan tidak boleh menghalang pekerja dari meletak jawatan sekiranya prosedurnya betul.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Anon 27 Sept,

Boleh letak jawatan, hantarkan surat perletakan jawatan dengan serve the notice period as per company practise (walaupun anda tidak sain sebarang surat). Kerana terdapat kes di mana walaupun tanpa offer letter, tetapi kerana terdapat bukti ikatan majikan dan pekerja telah terjalin maka secara automatik kontrak telah termetrai.

Anonymous said...

Assalam..saya nor...terbaca mengenai blog ini..saya ingin bertanya...saya telah menandatangani appointment letter dari sebuah sebuah syarikat baru...dan tarikh berkuat kuasa saya mula bekerja adalah pada 17hb october 2013 nanti....Pada 1hb october hari selasa saya telah mengambil tindakan memulakan kerja seawal tarikh ditetapkan...selama 4 hari saya memulakan tugas (selasa to jumaat 4hb october 2013) tetapi pada hari isnin 7hb october saya telah bertindak untuk tidak bekerja lagi dgn syarikat tersebut dan keluar begitu sahaja...hari ini 10hb october saya menerima surat termination of contract dari syarikat tersebut atas alasan saya telah keluar begitu sahaja dan tidak memberitahu mereka tidak bekerja lagi...dan mereka telah meminta saya membayar 1bulan gaji kepada syarikat mereka 21 hari dari tarikh surat itu mengikut pada kontrak yg ssaya telah tandatangani...saya agak bimbang dan buntu jugak dalam hal ini...saya ptt nya officially memulakan kerja hanya pd 17hb october nanti..jadi saya masih belum terikat lagi dgn kontrak yg telah saya tandatangani melalui email....jika pada 17hb oct nnt saya memberi surat berhenti kerja sebulan notis tetapi still saya tidak akan bekerja selama sebulan itu dgn meminta sebulan unpaid leave adakah itu boleh dilakukan?? jika saya dihadapkan ke mahkamah kalo terbukti saya mmg bersalah boleh ke saya membayar segala kos secara ansuran..adakah saya akan dipenjaraka ...saya mohon dapatlah kiranya pihak tuan membantu saya.Mohon jasa baik pihak saudari dalam.hal saya ini.bkn saya sengaja tidak bekerja tapi syarikat tersebut yg agak teruk dalam management dan saya tertipu semasa interview tidak seperti yg mereka gambarkan.selalunya berapa lama masa diambil mahkamah sabitkn kesalahan.
Sekian

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Walaupun tarikh offer letter lebih lewat dari tarikh sebenar anda memulakan kerja tetapi disebabkan anda dengan rela hati telah memulakan kerja lebih awal, maka secara automatik ikatan majikan dan pekerja telah pun termetrai.

Saya faham kalau anda mendapati syarikat tidak memenuhi spesifikasi syarikat yang anda inginkan, tetapi sebagai pekerja yang profesional anda hanya perlu menghantar surat resign. Kenapa perlu melarikan diri begitu sahaja?

Ya, syarikat boleh menyaman anda kerana melanggar kontrak. Surat yang mereka hantarkan kepada anda adalah surat absconded yang mana secara lazimnya semua syarikat akan bertindak demikian untuk semua pekerja yang tidak hadir bekerja selama 2 hari berturut2 tanpa informasi. Tetapi sejauh mana syarikat benar-benar akan mengambil tindakan dengan melaporkan kes ini ke JTK, itu saya masih belum pasti.

Cadangan saya, hantar surat resign kepada syarikat, mohon maaf atas kesilapan anda, nyatakan sebab-sebab munasabah kenapa anda tidak boleh meneruskan kerja anda dan pulangkan semua harta syarikat yang mungkin anda terambil spt access card, kunci locker, alatulis atau sebagainya.

Kemudian tunggu surat jawapan atau tunggu surat saman dari JTK, sekiranya ada anda boleh mula berbincang dengan syarikat mengenai bayaran balik in lieu notis anda. Sekiranya senyap, anda bernasib baik.

Anonymous said...

Tapi itu hanya lisan bukan perjanjian terjalin antara pekerja dgn majikan? Bagaimana pula boleh diguna pakai di mahkamah nnt? Adakah mahkamah industrial ni mengguna pakai sistem begini tanpa bukti bertulis?? Kalau cengitu senanglah utk majikan tanpa perlu ada hitam putih boleh je saman dan menang kepada pekerja2 yg berhenti 24jm notis ni...sama kes saya baca semalam, dia suka2 dtg keje sebelum waktunya..bila dia xdtg 2 hari di beri notis padahal org tu rasminya hanya mula tugas mayb minggu berikutnya...mayb dia masih terikat dgn company lama juga soo xbleh suka2 nak masuk comp baru cengitu shj..niat utk menolong shj mayb kes tu...ni kes macam freelance juga bezanya dtg sblm waktu but still dh diterminate sblm rasmi bekerja...soo mana agaknya keadilan mahkamah industrial ni u rasa Vic?? Suka2 boleh saman tanpa ikut tarikh kontrak rasmi..dan kalo xde kontrak rasmi bekerja pun still majikan boleh menang atas alasab ada jalinan ikatan majikan dgn pekerja..this is not fair dont u think?? Soo betul ke mahkamah industrial menerima sume kes mcm ni dan memberi kemenangan pada majikan cengini?? Mohon penjelasan. Thx

Anonymous said...

Owh yeke..sy hanya bercadang menghantar notis berhenti kerja pada 17hb oct nnt memandangkan saya tlh ditamatkan kontrak...jd ikatan2 majikan pekerja ni mmg court terima ke kes mcm ni tanpa surat rasmi pun? Emmm...mcm mana eh keadaan court tu nnt?? Lama ke masa dorang nak failkan saman tu..slalu brapa lama masa di ambil tuk prosiding mahkamah...kalo pekerja didakwa xhadir bagaimana pula?? Verdict tu sume dihantar ke by pos?? Soli byk tulis lak huhu

Anonymous said...

Saya pun rasa begitu....tapi xtau la melainkan mahkamah kat msia ni jenis memenangkan majikan dr pekerja walaupun tanpa surat2 sign rasmi ni...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Janganlah cepat sangat lompat. Pendapat saya pun adalah berdasarkan kes yang pernah dibicarakan sebelum ini. Untuk pengetahuan kamu, kes itu adalah kes pekerja, bukan kes majikan. Jadi boleh tak kita kata mahkamah tak adil sbb lebihkan pekerja?

Dalam kes tu pekerja tersebut telah bekerja dengan satu kompeni tapi tak diberikan offer letter, kemudia bila syarikat merasakan dia tak sesuai, syarikat berhentikan dia. Dia menuntut keadilan kerana dibuang sesuka hati, syarikat kata kami tak pernah keluar offer letter, so takde bukti kami offer kerja padanya. So, kalau kamu di tempat dia, adakah kamu akan tuduh benda yang sama pada mahkamah?

Akhirnya dengan menunjukkan rekod punch card dan log book, pekerja berjaya membuktikan bahawa dia telah datang kerja untuk seminggu, maka secara automatik telah termetrai ikatan majikan dan pekerja kat situ.
Malah ketika dia meminta penjelasan kenapa dia dibuang kerja tanpa notis pun syarikat tak reply. Jadi akhirnya, kes dimenangi oleh pekerja. So adil tak?

Anonymous said...

Mmg utk pekerja..mahkamah utk pekerja...ok kes 1 tu faham laa tapi masih xdpt nk terima alasan perikatan perjanjian majikan pekerja ni. Alasan pada log book or punch kad ni.kata tuk kes majikan saman pekerja so nak minta bayaran gaji 1bln ni. Mcm kes tu belum memulakan tugas dh ditamatkn kontrak alasan xdtg keje berhari2. Pekerja katakan masih terikat dgn kompeni lama sebulan notis benti gak, jadi mayb sebagai nak usha or nak cuba merasa awal2 keadaan kompeni baru, ambil bbrp hari unpaid leave dr kompeni lama yg dh dihnatar notis benti ni dtg ke opis baru tetiba dh xberminat nk keje kompeni br tp blum berniat nk tarik diri, majikan kompeni baru anggap pekerja dh xhadir padahal blum waktunya pun pekerja mulakan kerja, ditamatkan kontrak malah minta bayar semula sebulab gaji dan pekerja ini pun hampir kehilangan keje dgn kompeni lama cos dh letak jawatan.so bagaimana? Pekerja ni dh nk kena saman malah dh xde keje pula adakah majikan baru ni boleh menyaman pekerja ini? Mahkamah pula menerima kes jadi majikan baru mula gertak sana sini katakan ada log book n punch kad bagai padahal peketja ini masih berpegang pada kontrak keje asal belum mula keje dh kena tamat kontrak? Kalao mcm tu perlu ke ade kontrak appointment letter tu kalo perjanjian lisan perikatan perjanjian lisan diguna pakai? Pandangan cik vic perlukan.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Saudara/i,

Itulah gunanya perbincangan. Seeloknya majikan dan pekerja berbincang baik2. Kalau nak berhenti jangan pakai "cabut" je. Ini bukan gerai goreng pisang. Majikan pun ada ego. HR pun ada prosedur kena follow. Kalau kita profesional semua benda boleh setel. Sepanjang pengalaman saya sebagai HR, saya tak pernah saman pekerja yang minta kebenaran untuk berhenti secara baik walaupun tak fulfill notis berhenti kerja. Itulah gunanya bincang, baru boleh dapat budi bicara.

Laporkan kepada JTK bukanlah maksudnya majikan confirm menang, pekerja confirm kalah. Apa2 pun semuanya berbalik kepada bukti dan hasil siasatan.

Surat tawaran bukan sahaja berfungsi sebagai kontrak, ia juga satu garis panduan. Takkan tak pernah teliti kandungannya?

Saya cadangkan kamu duduk di mahkamah Perusahaan / Buruh untuk 1 hari, dengar semua kes yang dibicarakan, at least kamu ada clear picture sebelum jump into conclusion.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

hi. saya nak minta pandangan untuk masalah saya ini.

1) saya dah hantar notis berhenti sebulan pada majikan dgn alasan nk sambung belajar. tapi majikan tidak terima notis tersebut & mengatakan alasan tersebut tidak munasabah.

2) jadi, saya tukar notis dgn alasan masalah peribadi.tetapi sebelum sempat saya berikan notis yang baru.majikan menimbulkan isu saya bersalah kerana menggunakan emel peribadi untuk berhubung dengan staff lain bagi urusan syarikat.

3) ini adalah kesalahan saya yang pertama & majikan tidak memberikan amaran.tetapi terus memberikan saya 2 pilihan dan seolah-olah memaksa saya iaitu :
i)untuk memberikan notis 24 jam & majikan tidak akan membayar gaji.
ii) beri notis sebulan (bergaji) tapi saya akan mengambil tindakan atas kesalahan saya ini.

4) untuk pengetahuan vic..saya baru pertama kali bekerja.jadi saya kurang arif tntg hal ini sbb sy terlalu takut dan ditengking.saya ingin berhenti sebab xtahan dgn persekitaran syarikat yang kurang baik.

jadi apakah pandagan vic berkaitan hal ini? sbb kalau boleh saya hendak gaji tersebut terutamanya komisen bg kerja yg telah saya buat.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam Anon 18 Oct,

Pertama sekali, apa hak syarikat untuk mengatakan samaada alasan itu munasabah atau tidak. Kalau pekerja meletakkan surat resign tanpa alasan pun takpe, syaratnya:-
1- Bertulis dan
2- Serve the notice period.
3- Hand over semua harta syarikat dengan baik, dan hand over kerja dengan baik.
That's all..

Kalau syarikat nak bagi warning letter, go on.... Purposely nak susahkan pekerja dan diri sendiri sedangkan anda sebagai pekerja yang akan berhenti bulan depan tak perlu takut dengan warning letter tersebut.

Anonymous said...

thanx sbb respon segera :)

tapi saya telah berikan notis 24 jam sbb xtahan tekanan yg diberikan dan majikan seolah2 mengugut menyuruh saya berikan notis 24 jam dgn segera & keluar dari syarikat.

jadi, masihkah saya boleh menuntut gaji?

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Sekiranya anda tidak serve the notice period, anda tidak layak untuk mendapatkan gaji sebaliknya andalah yang perlu membayar gantirugi bagi jumlah hari notis yang anda tidak berkhidmat.

Anonymous said...

Pn Diana, sy baru terima surat termination letter under sek15 (2) akta buruh 1955 atas alasan sy tak update continue cuti 22 oct-25 oct directly dgn manager sy.
Pd 21 oct sy mmg ada call dia mtk emergency unpaid leave sbb anak sy sakit dn nk htr ke hosp. Sy sgt kerap ambil unpaid emergency leave sbb kesihatan anak yg sakit kronik tak menentu.
Disbbkn hbgn dingin sy dgn manager tu, sebaik habis ayat saya, dia terus letak phone. Namun, keesokan harinya 22hb sy terima call dr colleague dn sy telah update status anak sy mtk dia inform ofis. Disbbkan sibuk, dia hanya maklumkan pd manager esoknya 23hb secara tak langsung. Hari yg sama juga manager sibuk meeting dan anggap tak terima maklumat tentang saya. Sy menjaga anak di hosp dr 21hb-25hb dan amat sukar utk entertain telefon sentiasa. Keutamaan sy ketika itu adalah anak sy.
Jadi, surat bertarikh 25hb tu juga dimaklumkan oleh HR pada 25hb pukul 5ptg dan sy dpt suratnya pada 28hb sy ambil sdr di courier service.
Jadi, dimana hak sy.? Sy tak pernah terima warning letter, sebarang DI mahupun diminta surat tunjuk sebab.
Mohon nasihat.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Kepada Anon 30 Oktober,

Bagi kes absconded mmg tidak perlu DI ataupun surat warning.

Apabila mana-mana pekerja yang tidak hadir tanpa maklumkan pihak syarikat dalam tempoh 48 jam berturut-turut maka dia telah dianggap melanggar kontrak kerja atau dengan kata lain memberhentikan dirinya sendiri daripada syarikat.

Jad lupakan isu DI, warning letter dan tunjuk sebab. Apa yang anda perlu buktikan di sini, sebab musabab anda tidak menghubungi syarikat untuk memaklumkan ketidakhadiran anda itu sahaja yang boleh menjadi "nyawa" dalam kes ini.

Sekiranya sebab anda itu tidak jatuh dalam kes darurat yang mana adalah agak mustahil untuk anda menghubungi syarikat dalam keadaan tertentu... barulah ia dikira alasan yang relevan.

Saya tak pasti mengenai kes anda adakah ia boleh diterima sebagai alasan yang boleh dibudi bicarakan, terpulanglah kepada interpretasi pihak syarikat.

Anonymous said...

Terima kasih Pn Diana. Namun sekiranya sy beranggapan sebab sy munasabah dan berniat melawan kes ini sehingga ke mahkamah perusahaan, apa yg perlu sy lakukan. Sy tak berniat bekerja semula dan gaji lebih 2k. Sy hanya ingin tuntut ganti rugi.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam anon,

Sekiranya kes ini dibawa ke JPP, di sana nanti majikan dan pekerja akan berbincang di hadapan pegawai JPP. Pegawai JPP pula akan cadangkan solusi berdasarkan bukti dan prosedur. Maka kalau kedua2 pihak tak setuju dengan solusi yang dicadangkan maka kes akan dicadangkan ke mahkamah perusahaan. Dan segala bentuk keputusan adalah ditentukan oleh mahmakah, bukan pekerja atau majikan tersebut.

Pernah terjadi di mana kes pekerja mendapat "reinstatement" selepas kes dibicarakan, tetapi pekerja tersebut enggan kembali ke tempat kerja itu dan memohon pampasan. Akhirnya mahkamah memutuskan, kedua2nya di tak dapat. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Anonymous said...

Salam Diana,

Saya telah membaca komen2 dan nasihat dari saudari di ruangan blog ini.

Mohon pendapat saudari berkenaan situasi saya.

1. Saya telah bekerja dengan jawatan sekarang hampir 3 tahun dimana tarikh lantikan asal adalah pada Ogos 2010 dan tempoh percubaan saya adalah selama 6 bulan. Terma dalam surat tawaran saya dinyatakan tempoh percubaan ini boleh dilanjutkan selepas 6 bulan atas budi bicara BOD (board of directors).

2. Sepanjang tempoh berkhidmat selama 3 tahun ini (sehingga oktober 2013) tiada surat pengesahan ataupun pelanjutan jawatan diberikan kepada saya oleh pihak syarikat.

3. Baru- baru ini dalam bulan november saya mendapati saya masih tidak disahkan jawatan oleh bos saya diatas faktor prestasi yang tidak memuaskan dan diatas faktor disiplin ( kedatangan lewat). Oleh itu beliau bercadang untuk mengeluarkan satu surat baru yang melanjutkan lagi tempoh percubaan saya kepada 6 bulan lagi.

Persoalan saya ialah:
A.) Adakah saya sudah pun disahkan jawatan memandangkan tiada sebarang surat dikeluarkan kepada saya dalam tempoh 3 tahun sebelum ini? Ini kerana saya mendapat 'benefit' sepertimana staf tetap seperti cuti tahunan, kenaikan gaji tahunan, bayaran bonus dan sebagainya.

B) sekiranya alasan surat pengesahan saya tidak dikeluarkan diatas faktor prestasi kerja dan soal disiplin , adakah ini faktor yang wajar didalam menangguhkan lagi pengesahan jawatan saya itu memandangkan saya tidak menerima apa2 surat dari pihak majikan yang mengatakan prestasi saya merosot dan perlu diperbaiki dari semasa kesemasa. (No warning letters at all). Berkenaan soal disiplin pula , saya akui menerima surat peringatan datang lewat berkali2 , namun masih tiada surat amaran juga dikeluarkan atau tindakan diambil. Hanya surat peringatan biasa. Tiada surat tunjuk sebab diminta oleh pihak majikan terhadap saya. Oleh iti adakah ini boleh dijadikan alasan oleh pihak syarikat menahan surat pengesahan saya atau menyebabkan saya dibuang kerja?

C) saya bercadang mengadu kepada pihak JTK (jbtn tenaga kerja) untuk menuntut hak dan keadilan terhadap diri saya yang dinafikan oleh bos saya . Apakah saya mempunyai kes dalam hal ini? Bolehkah alasan prestasi yang lemah dan disiplin menjadi faktor menafikan hak saya?

Mohon penjelasan dan pendapat saudari.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam Anon 14 Nov 2013,

1- 3 tahun tanpa surat lanjutan mahupun confirmation adalah sesuatu yang terlalu lama untuk digantung, maka itu selepas 6 bulan tamattenpoh percubaan, walaupun tanpa surat confirmation, sekiranya anda telah menikmati benefits yg pekerja confirmed lain nikmati secara automatik anda telah confirm. Malah ada had limit tempoh untuk lanjutan, dan sekiranya benar anda pengesahan anda dilanjutkan, 3 tahun adalah melebihi tempoh yg dibenarkan.

Untuk pengaduan ke JTK, ia mestilah berkenaan dengan Employment Act atau kontrak pekerjaan anda dan gaji anda pula perlulah di bawah RM2000. Namun sekiranya anda mengesyaki terdapat konspirasi untuk menyingkirkan anda dari syarikat anda boleh melaporkan ke JPP di bawah kes "Constructive Dismissal".

Unknown said...

Salam. Saya ada buat salahlaku di tempat kerja..Gagal hadirkan diri selama 2 hari. Skrg digantung 2 minggu separuh gaji dan gaji bulan Nov juga digantung. Saya terus hantar surat perletakan jawatan 1bulan berkuatkuasa 23/11/13-22/12/13. saya mengaku bersalah atas tuduhan yang dinyatakan. Cumanya saya takdapat hadirkan diri ke sesi DI di JB kerana skrg saya di Kedah atas faktor kewangan dan saya bercadang minta pelepasan awal dr tarikh tamat tugas. Adakah ketidakhadiran saya ke DI akan efek gaji saya bulan Nov dan gaji bulan ini?

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Hafsah Mansor,

Tak ada sekiranya gagal hadiri DI. di akan dijalankan secara ex-parte tanpa kamu. Lagipun walau apa jua punishment yang bakal dikenakan, anda sudah pun meletakkan jawatan. Harus diingat jika terbukti anda bersalah dalam kes itu, maka separuh gaji dari 2 minggu penggantungan tidak akan dibayar kepada anda. Jadi lupakan isu DI sebentar.

Isu resignation pula, walaupun anda telah meletakkan surat resign anda perlu serve the notice period kepada syarikat, sekiranya tidak maka pihak syarikat berhak untuk menahan gaji anda sebagai gantirugi notis period yang bekerja.

Anonymous said...

salam..

sy iza. sy ada 1 soalan berkaitan isu syarikat berpindah ke tmpt lain. ramai staf syarikat yg enggan ikut syarikat berpindah atas alasan terlalu jauh. syarikat tidak memberi sebarang alaun tambahan jika ikut berpindah. juga sebarang pampasan kpd mereka yg tidak dpt ikut. jadi, apa tindakan yg harus kami lakukan?

mohon nasihat dari pihak cik.

terima kasih.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam Iza,

Saya telah merujuk kes ini pada yang pakar, berikut adalah jawapan yang saya boleh kongsikan:-

Dalam kes seperti ini, law silence (tidak disebutkan dalam mana2 akta) yang mengatakan pihak syarikat wajib memberi elaun tambahan untuk tujuan perpindahan lokasi syarikat.

Maka kebanyakan kes adalah tidak tetap keputusannya dan bergantung kepada budi bicara hakim itu sendiri. Ada yang memihak kepada syarikat dan ada yang memihak kepada pekerja.

Tapi secara praktis yang normal, sekiranya perpindahan lokasi melibatkan jarak yang jauh (cth: dari satu negeri ke satu negeri) biasanya pihak syarikat akan memberikan elaun tambahan dan biasanya ia bersifat sementara. Melainkan kalau ia termasuk dalam COLA. Ataupun diberikan lumpsump amount bagi menampung kos berpindah.

Bagi pekerja yang enggan berpindah (untuk lower level) mereka biasanya akan meletakkan surat resign dan ya, syarikat tidak perlu membayar sebarang pampasan.

Sebaliknya bagi management level, pihak syarikat biasanya akan menawarkan sesuatu atau extra benefit bagi perpindahan ini. Sungguhpun begitu ia masih silence, dan sekiranya syarikat enggan membayar sekalipun, masih tertakluk kepada budi bicara dan pertimbangan hakim.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Iza, Info tambahan.

Sekiranya perpindahan lokasi itu kurang dari 50km, maka pekerja wajib mengikut berpindah, dan sekiranya pekerja enggan, pekerja perlu meletakkan surat resign.

Sebaliknya sekiranya perpindahan lokasi lebih dari 50km, maka pihak syarikat tidak boleh memaksa pekerja berpindah atau berhenti. Dalam kes ini kebanyakan syarikat akan menawarkan VSS atau retrenchment including (retrenchment benefit) bagi semua pekerja yang tertakluk di bawah akta kerja.

Kay said...

Hai Diana, mohon bantu saya buntu apa tindakan wajar seterusnya perlu saya lakukan dengan harapan tidak kehilangan kerja. Semuanya bermula begini:

1. Saya telah mengikut arahan pengurusan untuk mengikuti satu program penempatan silang untuk tempoh 8 bulan yang sepatutnya berakhir 2014 nanti.

2. Agensi penerima telah whisper mengadu kepada CEO syarikat dan mengutus surat pelbagai tuduhan salah laku saya kepada HR syarikat.

3. Saya telah ditarik balik syarikat setelah menerima surat melalui emel dari HR bertajuk Temporary Placement selama 3 bulan di salah satu Department (terkenal jolokan cold-storage) di bawah HR Division. Permanent placement akan dimaklumkan selepas 3 bulan nanti. Saya merasakan telah dihukum sebelum sempat mempertahankan diri disamping malu kpd rakan sekerja.

4. Setelah melapor diri, saya telah diberikan surat tunjuk sebab yang perlu saya jawab dalam tempoh 7 hari. Saya berdepan kesukaran sebab bukan sahaja perlu menjawab segala tuduhan dari agensi penerima malah HR syarikat menambah plak lagi pelbagai tuduhan salah laku dari syarikat pulak. Saya kecewa sebab saya rasa masa minimum untuk "masa yang munasabah" bagi saya membela diri atleast 14 hari. Namun saya berjaya menafikan hampir kesemuanya berserta bukti kukuh dan wajar diterima akal.

5. Oleh kerana kebanyakan bukti bagi menjawab tuduhan ada dalam simpanan peribadi dirumah, dan dek kerana dungu beranggapan saya tidak perlu ke pejabat dalam tempoh menjawab tersebut, juga tidak teringat tetang self terminate jika gagal berkhidmat 48 jam, saya telah tidak hadir 4 hari berturut sebab tekun nk menjawab surat tunjuk sebab.

6. Bila saya bagi surat tunjuk sebab je, ingatkan nak tunggu balasan dari syarikat, terkedu saya bila dapat lagi satu surat tajuk "Tidak Hadir Bekerja Tanpa Kebenaran" antara lainnya cakap saya telah menamatkan perkhidmatan dan dikehendaki membayar RM13K sebagai bayaran ganti notis 3 bulan dan lain-lain barangan milik syarikat.

7. Ada terniat nak inform bos jabatan baru tu tapi nombor enset dia saya tak ade emel pun tak ada, tambahan pula pada masa itu saya berdepan kesukaran bila rumah dipecah masuk di mana wallet dan handset telah dicuri.

Mohon buah fikiran/pandangan berhubung situasi saya ni. Saya dahului dengan ucapan terima kasih.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam Kay..
Uishhh..... berat juga ye kes ni. Tapi jelas di sini kesilapan Kay apabila tidak hadir bertugas setelah mendapat surat tunjuk sebab. Malah tidak ada usaha untuk menghubungi syarikat memaklumkan ketidakhadiran anda.... mmg susah nak menang kes mcm ni.

Mungkin Kay mempunyai segala bukti kukuh bagi membuktikan anda tidak bersalah bagi kes 'placement' yang mana pada perkiraan saya kalau terbukti bersalah sekalipun, tidaklah sampai kena buang kerja.

Sebaliknya tidak hadir 4 hari tanpa sebab munasabah dan tanpa sebarang usaha memaklumkan pihak syarikat adalah satu kesalahan yang serius yang mana anda telah breach the service contract yang membawa kepada self-termination. Maka kesalahan yang seperti ini sudah cukup untuk "menyahkan" anda dari syarikat tanpa perlu peduli masalah2 atau misconduct kecil yang anda lakukan sebelum ini.

Alasan tak ada no phone company, hp habis credit, hp hilang, public phone rosak adalah alasan lapuk yang tak mungkin boleh diterima oleh mana2 HR sekalipun. Ia bukan alasan darurat yang mana anda masih boleh menghubungi rakan sejawat (adalah amat mustahil tak ada rakan sejawat), hubungi syarikat melalui nombor yang tertulis di website atau operatoR TM.

Satu lagi perkara yang ingin saya perbetulkan, TRANSFER bukan hukuman. Malah dalam surat tawaran kerja pun biasanya ada termaktub bahawa pihak syarikat boleh transfer pekerja ke mana-mana dept lain yang dirasakan perlu dan sesuai. Jadi menukar dept yg anda katakan "cold storage" umpama hukuman tanpa mendengar penjelasan, persepsi itu adalah salah.

Mungkin anda boleh berbincang mengenai isu pembayaran balik notis 3 bulan dengan pihak syarikat, tetapi adalah amat mustahil untuk anda menang kes ini. Saranan saya, berjumpa dengan pihak syarikat, slow talk, pulangkan semula harta syarikat sekiranya anda gagal menempatkan semula diri ke dalam syarikat dan merayu supaya gantirugi notis 3 bulan dpt dikurangkan atau dihapuskan.

Kay said...

Salam, saya hargai jasa baik anda ini. Terima kasih.

Anonymous said...

Saya telah bekerja selama 3 bulan di sini. Tapi pada hari ini saya diarahkan untuk membuat surat berhenti atau pihak majikan mengugut akan memburuk kan reputasi di tempat lain sekiranya saya ingin berhenti kerja. Gaji bulanan saya dlm 6k, jika saya prlu membuat surat perletakan jawatan, perlukah saya memberi notis selama 1 bulan?

Anonymous said...

Saya telah bekerja selama 3 bulan di sini. Tapi pada hari ini saya diarahkan untuk membuat surat perletakkan jwatan atau pihak majikan mengugut akan memburuk kan reputasi di tempat lain sekiranya saya berkeras utk tidak berhenti kerja. Gaji bulanan saya dlm 6k, jika saya prlu membuat surat perletakan jawatan, perlukah saya memberi notis selama 1 bulan?

Anonymous said...

Salam diana,

Saya nak bertanya..kwn sepejabat sy mpunyai masalah berikut :
Dia baru saja bekerja dgn syarikat kami iaitu mula kerja pada 18/12/13 dgn probation period selama 3 bulan. Pada 30/12/13 dan 31/12/13 dia mc dgn memaklumkan kpd bos melalui sms. Pada 1/1/14 syarikat mmg cuti public holiday. Dan harini iaitu 2/1/14, dia tak hadir bekerja tanpa memaklumkan. Bos sy pula ada sms dia pagi kul 10.15am bertanyakan ketidakhadiran dia. Tetapi tiada reply maka pukul 10.45am, bos sekali lagi hantar sms memberitahu bahawa dia telah didapati AWOL, absent without leave dan telah menyebabkan dia auto termination. Bos minta dia pulang semua barang syarikat dan membayar duit pada ketidakhadiran dia pada 30/12 & 31/12.
Persoalannya, adakah dia patut diberhentikan tanpa soal selidik? dan jika dia mpunyai mc pada 30&31/12, adakah bos berada dilandasan yg betul minta dia membayar juga? Utk pengetahuan diana, dia reply sms bos pada pukul 11.20am hari yg sama mengatakan dia tidak punyai kredit utk memaklumkan ketidakhadirannya. Dan seperkara lagi gaji dari 18/12 hingga 31/12, telahpun dibayar syarikat terlebih dahulu pada 29/12.

Anonymous said...

salam...
saya ingin bertanya n minta pendapat
sy diberi suspension pending inquiry for 2weeks with half salary as rwquired by section 14(2) employment act 1955 effective 9th jan for the following misconduct:
1.as a manager,did not prepare staff for acreditation audit.based on observation n questionaire, management found staff knowledge under expectation-sy dh buat training,booklet n ade evodance.
2.sy x clock in n xclock out -not everyday n n same day.-utk pgtahuan u month of dec sy jaga4 department yg besar without any extra allowance.
inquiry date 23th jan-dah hari ke 15.
saya ade tanya labour office n dimaklumkan sy bukan under act 14 sbb gj 5k above.
ape perlu sy buat n pendapat anda.
terima kasih

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Anon 19 December 2013,

Telah saya tegaskan sebelum ini bahawa pihak majikan tidak boleh mengarahkan atau memaksa mana2 pekerja untuk meletakkan jawatan atau menghantar surat resign.

Anon 2 Jan,

Adalah menjadi tanggungjawab dia sebagai pekerja untuk menghubungi syarikat memaklumkan ketidakhadirannya walaupun MC melainkan atas sebab2 darurat seperti KOMA, pengsan, ICU and etc.

Anon 10/01/2014,

Section 14(2) hanya digunapakai sekiranya pekerja earned RM2k and below, if above 2k suspension must be with full salary.

Unknown said...

Salam...

Saya baru diberhentikan kerja notis 24jam..

Saya dah bekhidmat selama 5 tahun 1 bulan di syarikat tersebut..

Untuk makluman, saya bekerja dgn salah satu syarikat dimana terdapat lebih 3 buah syarikat di bawah satu owner/tauke.. Dalam lebih kurang 6 bulan lepas, saya diminta untuk reporting bawah new sales director, yang bukan sama syarikat dengan saya bekerja. Saya tidak dapat mengekalkan prestasi saya bila berada dibawah kelolaannya.

sejak dua tahun lepas, kilang berpindah tempat baru dan saya mempunyai masalah kedatangan yang selalu lewat, tetapi tidak pernah dipersoalkan sebab saya terlibat dengan kerja2 luar/site.

Saya juga pernah mendapat 2 warning letter pada hari yang sama, 1. Lewat 2. Tidak hadir tanpa notis, (tetapi sudah beri tunjuk sebab yang munasabah tapi tiada jawapan)

Saya juga telah tertangkap melakukan kerja2 sub-contractor yang terabai/tidak siap, dan dituduh menerima bayaran tanpa sebarang resit/voucher. Alasan saya, ingin menyiapkan projek before due date sbb sub-cont tak boleh deliver. DI berlansung pada 18 oktober 2013, lepas tu senyap.. dan sekarang kena terminate 24 hour sebab tiba2 result komittee kata bersalah.. Komittee pun geng2 diorang dari syarikat lain..

Warning letter tidak di sign by MD syarikat saya kerja, but sales director other company... pening gak, valid ke?

Adakah saya layak dapat pampasan????

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam Azizi,

Apa yang saya baca dari tulisan anda saya boleh simpulkan:-
1- Proses dilakukan mengikut prosedur yang betul. Bermula dengan showcause, 1 diakhiri dengan warning letter, manakala pertuduhan yang satu lagi disusuli dengan DI.

Keputusan juri menunjukkan anda bersalah, dan hukumannya buang serta merta. Itu juga betul.

Sekiranya mereka mempunyai bukti untuk setiap pertuduhan anda, maka saya nampak kes ini mmg patut berakhir dengan "pembuangan kerja" memandangkan kesalahan / offence ini dikira major dan menjejaskan reputasi kompeni.

Warning letter tidak perlu ditandatangani oleh MD, cukup HR sahaja.

Anonymous said...

salam..cik diana..saya anon 10.1.2014..saya telah selesai menjalani Di Pd 23hb..evidance semua dh diserahkan kpd panel..kesalahn 1..saya ade evidance n kesalahn k2 sy mgaku bsalah kerna tidak thumpin or out different day coz sy jaga 4 department yg besar..keputusan DI..kesalahan p1 -xbsalah tp ksalahn k2-bsalah-so panel simpulkan sy bersalah n gaji saya tetap dipotong. ape yang perlu saya buat.terima kasih

Shah99 said...

Salam,

Baru -baru ini saya menerima notis
pemberhentian kerja,dimana majikan
cuma memberi notis 1 bulan bergaji dan tiada pampasan ganti-rugi lain kepada saya.Alasannya penjimatan kos.Sedangkan majikan masih lagi menggaji pekerja asing.Sedangkan pekerja tempatan seperti saya yang terpaksa menerima akibat.Apakah saya
berhak menuntut pampasan selain notis bergaji tersebut?

Unknown said...

Salam V.I.C @ Diana,

Saya mempunyai masalah :

1) Manager saya telah mengambil 2 orang pekerja kontrak yang mempunyai syarikat sdn bhd. Seorang kontrak staff di pejabat dan seorang lagi bekerja dari rumah.

Sebagai Pembantu HR, adakah menjadi kesalahan orang yg mempunyai syarikat sdn bhd bekerja di syarikat lain (makan gaji) memandangkan syarikatnya itu adalah vendor kepada syarikat yg mereka makan gaji sekarang?

«Oldest ‹Older   1 – 200 of 750   Newer› Newest»