Banyak negara telah diklasifikasikan sebagai negara berisiko untuk dilawati. Kerajaan Malaysia juga telah meminta rakyat Malaysia untuk mengelakkan daripada mengunjungi negara2 berisiko ini bagi mengekang virus dari terus menular.
Namun nampaknya usaha kerajaan membendung virus dari menular menjadi agak sukar kerana ada yang degil kononnya faktor tiket flight sudah dibeli dsb, akhirnya impak kepada orang sekeliling.
Tahukah anda sebagai majikan, mereka berhak menahan anda dari masuk bekerja sekiranya anda baru pulang dari negara berisiko?
Ya, ordinan ini telah diluluskan oleh pihak kerajaan dan dan sekiranya majikan meminta anda mengambil AL (cuti tahunan) sebaik anda pulang dari luar negara, ya, mereka punya hak itu. Jangan marah pula kalau tertolak Cuti Tanpa Gaji gara2 cuti tahunan tak mencukupi.
Berikut adalah ordinan yang dicadang dan dan telah diluluskan. Kredit kepada MEF.