Thursday, May 12, 2011

Domestic Inquiry Procedures / Proses Siasatan Dalaman.

Ramai yang bertanya kepada aku mengenai prosedur Domestic Inquiry (Siasatan Dalaman) yg akan disebut DI aje lepas ni, dari side pekerja mahupun HR practitioner sendiri. Aku akan cuba berkongsi apa yang termampu menerusi mengendalikan DI sebelum ni. Harap dapat membantu.

DI mmg leceh, mmg ramai HR yang tak menyukai DI. Tak tahu plak kalau ada yang suka pada DI. Biasanya DI dibuat bagi major misconduct atau kesalahan yang boleh mendatangkan penalty yang besar. Contohnya dibuang kerja (termination), diturunkan pangkat (demotion), digantung kerja (suspension), dsb. However DI adalah sesuatu yang PERLU sebelum sesuatu tindakan disiplin serius dibuat, menandakan majikan telah mengikut prosedur yg betul sebelum mengambil tindakan. Ini kerana sebaik sahaja kes dibicarakan di mahkamah perusahaan soalan wajib yang ditanya oleh juri, “Ada buat siasatan dalaman?” “Boleh saya tengok rekod siasatan dalaman?”

Step yang perlu diikuti sebelum DI dilaksanakan:-

1st skali…. Majikan perlu mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab (Showcause Letter).

2nd- Selepas dapat reply letter daripada pekerja, analisa jawapan yang diberi. Sekiranya tidak memuaskan hati dan banyak keraguan keluarkan satu surat Panggilan Untuk DI. Dalam surat tersebut mesti tertulis dengan jelas Tuduhan (charge) ke atas tertuduh, tarikh, masa dan tempat DI akan dijalankan. Maklumkan juga yg tertuduh boleh membawa saksi yang menyokong keterangan dia pada hari kejadian. Kegagalan dia menghadirkan diri, DI akan diteruskan secara ex-parte, dan keputusan akan dibuat oleh juri walaupun tanpa kehadiran tertuduh dan ianya muktamad.

Nota: Gantung kerja yg dibenarkan adalah 2 minggu dengan separuh gaji, baki separuh gaji perlu dipulangkan sekiranya selepas DI tertuduh didapati tidak bersalah. Sekiranya 2 minggu tidak mencukupi untuk pihak syarikat menghabiskan siasatan dan membuat persiapan DI, gantung kerja boleh dilanjutkan (dengan mengeluarkan surat lain Lanjutan Penggantungan Kerja) dengan bayaran gaji penuh kepada pekerja.

3rd – Tak perlu gantung pekerja sekiranya kehadiran beliau ke syarikat tidak memberi sebarang masalah atau kesukaran sehingga hari DI.

4th – Pegawai penyiasat boleh memulakan siasatan dengan mengumpul seberapa banyak bukti dan keterangan saksi secara bertulis sebelum hari DI. Kemudian serahkan hasil siasatan dan bukti kepada pegawai pendakwa dalam DI. Pegawai pendakwa akan menyediakan soalan dan melampirkan semua bukti-bukti yang dikumpul untuk diserahkan pada juri pada waktu DI.

5TH – Lantik 3 orang non-bias juri. Yang bermaksud juri mestilah bukan pegawai atasan atau rakan sekerja yang satu bahagian kepada tertuduh. Juri perlulah dari level eksekutif dan ke atas. Dari tiga juri tersebut, seorang darinya adalah ketua juri merangkap pengerusi (chairman) untuk DI tersebut. Kemudian lantik seorang pekerja untuk menjadi setiausaha bagi mencatit minit DI.

PROSES DI

1st - Apabila semua telah berkumpul di dalam bilik DI, pengerusi akan memulakan dengan tujuan DI diadakan, kemudian memperkenalkan diri dan panel juri. Kemudian tanyakan pada tertuduh adakah sebarang bantahan untuk masa dan tempat DI ini atau bantahan terhadap mana2 perlantikan juri?

2nd- Pengerusi bacakan dengan jelas tuduhan yang dikenakan kepada tertuduh, kemudian bertanya, adakah tertuduh mengaku bersalah? Sekiranya jawapannya “Ya,” maka juri perlu mengulang bagi jawapan tersebut dan bertanya adakah tertuduh faham tentang pengakuan tersebut yang boleh menyebabkan pihak syarikat mengambil tindakan disiplin ke atas tertuduh termasuk pembuang kerja? Tertuduh angguk atau “Ya”, maka tanyakan pada tertuduh ada apa2 yang ingin disampaikan sebelum DI ditutup? Tiada.. maka tamat DI.

3rd- Tapi sekiranya jawapannya tak mengaku bersalah, pengerusi perlu menjemput Pegawai pendakwa untuk membentangkan kes. Pendakwa boleh menjemput saksi atau mengemukakan bukti (sekiranya tiada saksi), sepanjang tempoh pendakwa bersuara saksi tidak sepatutnya mencelah, juri boleh menyoal pendakwa sehingga selesai, kemudian juri akan berkata, “Sekarang saya jemput tertuduh untuk menyoal balas saksi/ pegawai pendakwa.” Saksi boleh bertanya pada waktu sehingga puas. Jangan berhenti sehingga anda telah bertanya semua soalan, kerana selepas ni tertuduh dah tak berpeluang bertanya lagi kepada saksi pertama/ pegawai pendakwa.

4th Sekiranya ada ramai saksi, proses di atas akan diulang bermula dengan pendakwa bertanya habis, kemudian tertuduh bertanya habis, kemudian pendakwa akan bertanya kali terakhir untuk mematahkan kembali hujan tertuduh atau mengembalikan semula keyakinan saksi. Kemudian habis. Ikut giliran masing2, pendakwa dan tertuduh tak boleh menyampuk apabila giliran pihak lawan. Pengerusi berhak memberi amaran atau mengarahkan mana2 pihak yg tidak berkenaan supaya diam.

5TH- Sehingga semua saksi dipanggil, akhirnya tertuduh pula akan diminta untuk memberikan keterangan tentang kes tersebut. Pendakwa boleh terus membuat pertanyaan sehingga berpuas hati, kemudian juri pula membuat pertanyaan. Sehingga selesai kesemuanya, pengerusi akan menjemput tertuduh untuk membuat pembelaan. Tertuduh boleh membuat pembelaan diri ketika ini.

6th – Akhir sekali pendakwa perlu membuat penggulungan kes, Inilah waktu terpenting untuk pendakwa mematahkan semua hujah2 tertuduh, tetapkan pendirian anda dan katakan apa yang membuatkan anda percaya bahawa tertuduh sememangnya bersalah, impaknya kepada majikan, kenapa tindakan disiplin perlu ke atas tertuduh?

7th – Pengerusi akan menamatkan DI dan memberitahu bahawa tertuduh akan diberitahu mengenai keputusan rasmi mengenai kes beliau dalam tempoh beberapa hari.

NOTA: Sepanjang DI berlangsung bermula dengan pembukaan oleh pengerusi sehingga ke bersurai, setiap patah perkataan perlu ditulis di dalam minit DI dalam bentuk dialog oleh setiausaha. Adakalanya ia bukan berbentuk kata2, tetapi ia boleh jadi (tertuduh mengangguk kepala berkali2) (tertuduh menggelengkan kepala) (tertuduh menghentak meja) (tertuduh menunjukkan bagaimana dia duduk ketika kejadian tersebut dengan menyilangkan kaki dan bersandar) dan macam2 lagi. Minit ini sangat penting kerana ia perlu dibaca dan ditandatangani oleh 3 juri, pendakwa dan tertuduh (di setiap muka surat) bagi mengakui segala butiran percakapan yang ditulis adalah benar. (sebaik2nya dalam 2-3 hari sebaik habis DI, minit perlu disiapkan dan ditandatangani oleh setiap orang yg disebutkan di atas). Jadi bayangkan betapa tebalnya minit DI sekiranya DI berlangsung selama 4 jam atau lebih.. yang menaip lagi semput.

SELEPAS DI

1- Dalam tempoh seminggu pihak juri perlu membuat keputusan bersama dan menulis surat kepada CEO/ MD/ PENGERUSI mengenai keputusan mereka, kenapa dan saranan hukuman. CEO/ MD/ PENGERUSI syarikat akan membuat keputusan hukuman yang patut dijatuhkan (mengambil kira pendapat HR advisor/ practitioner) dan menandatangani persetujuan tersebut.

2- Surat akan diserahkan kepada pihak HR. HR akan menyediakan surat kepada tertuduh bagi memaklumkan mengenai keputusan dan hukuman yang dijatuhkan kepada tertuduh dan bila ia akan berkuatkuasa. HR akan menyerahkan surat kepada tertuduh dan tertuduh perlu menandatangani penerimaan surat tersebut.

Jadi bayangkanlah berapa banyak dokumen yang ada untuk DI ni? Banyakkan? Setiap dokumen perlu disimpan dengan baik untuk persediaan sekiranya tertuduh mengfailkan kes ke JPP.

428 comments:

«Oldest   ‹Older   401 – 428 of 428
Wan said...

Boleh contact saya.. Saya mahu pencerahan tentang DI.. 0102352157

Unknown said...

Soalan
Pekerja yg dlm siasatan berhenti 24 jam.. adakah pihak siasatan masih akan meneruskan siasatan dan melibatkan orng luar ect.police dan lain?

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

DI hanya dilakukan apabila tertuduh adalah pekerja kita.
Ada yang tanya,
Tapi kalau tertuduh berhenti kerja sebelum DI apa HR patut buat, puan?
Jawapannya, sujud syukurlah kerana 2 sebab, anda terlepas dari bebanan DI dan pekerja yang bermasalah.

Anonymous said...

Adakah hukuman seperti daripada Permanent Staff dijadikan Contract staff boleh dikenakan?

Unknown said...

Salam vic
Soalan saya
1] Apakah procedure sebelum mengeluarkan showcause letter?
2] Apakah menjadi keperluan melaksanakan conference 3 pihak iaitu pekerja, line manager Dan hr sebelum mengeluarkan showcause letter?
3] Sekiranya tiada conference 3 pihak tersebut valid ke showcause letter tu?
4] showcause letter tersebut perlu ada salinan kepada hr ke Sekiranya line manager yg keluar kan surat tu?
Mohon penjelasan

Bella said...

Salam..sy baru selesai proses DI dsebabkan pergaduhan,dan keputusan panel DI adalah sy tdk bersalah setelah diteliti keterangan dan bukti cctv..panel DI bersependapat sy hnya mmpertahankan diri selepas diserang berkali2..tp malangnya keputusan yg bertulis dberikan kpada sy adalah sy bersalah dan oleh kerana performance sy yg baik sy dkenakan tindakan gantung tanpa gaji..soalan sy,bolehkan top mngment overwrite keputusan panel DI?sy dimaklumkan sndri oleh HR yg panel DI sebulat suara mnyatakan sy tdk bersalah..

Anonymous said...

Salam ms vic,

1. Seorang manager telah menemui bukti pekerja bawahan mengambil cheque dr duit company dan hr telah keluarkan show cause letter dan suspension letter at the same time.
2. Pekerja reply show cause dan kembalikan wang tersebut dan beri surat resign
3. Hasil siasatan manager mendapati ada lebihan cheque diambil oleh pekerja tersebut.
4. Di dijalankan. Pekerja hadir dan mengaku salah. Pekerja bekerja sudah 6tahun dan telah mengambil wang syarikat dr 5 tahun bekerja
5. Pekerja mengaku salah dgn sbb terdesak sbb pinjaman peribadi yg sehingga mengugut mati
6. Pihak atasan meminta lodge report polis ke atas pekerja dan internal audit dijalankan
7. Adakah selepas lodge report polis, pekerja akan ditangkap dan direman?
8. Apakah hukuman biasanya utk kes seperti ini?

Ozzie said...

As salam vic @diana ..bole dapatkan email @contact no. ..saya ada masalah dengan majikan dan saya seorang oemegang kad oki

Ibu yg tertekan said...

Assalam, sy telah menyusulkn aduan di jabatan h mengenai kemalangan keatas bayi prempuan sy yg mnyebabkn kecacatan pada muka sblh knan disbbkn penggunnaan peralatan forcep semasa proses kelahiran secara caeser.ttpi mark pngunaan forcep tersebut jelas kelihtan pda sbelh kiri. pihak aduan h telah mnetapkn tarikh untuk siasatn dlman.. sy sbgai pndkwa hnya mnyediakan point dan gmbar2 bukti pda awal kelahiran ttp bukti itu tidak begitu kukuh yg mnyebbkn kecacatn anak perempuan sy. Stu ujian tlah dilkukn oleh pihak h yg mnyatakan apa yg berlaku adalah bkn disebabkn kecuaian ttpi sejak lhir.
Tetapi jika kecacatan pda muka sblh knn itu dari sebelum lhir, bgaimna dgn luka pngunaan forcep pda muka kiri anak sy.apa yg perlu sy lakukan semasa proses DI berlku?
- jika slepas Di ini dilkukn,boleh ke jika sy ingin melantik lawyer bg melawan kes ini? Mean tidk mengaharapkn sepenuhnya siasatan dlaman .
Mohon puan bg penjelsan

Natasha Reed said...

Hai Vic, i ada ada soalan pasal D.I. I was issued a show cause sbb tak jwb whatsapp colleague and pada hari itu kebetulan sy tak sihat and was given an MC. It was an instruction for a draft announcement yg diorg posted dlm group hari Ahad. And i tak reply anytg sbb hari cuti. So they are not happy with it,and issued show cause. I dh replied tapi yet tak happy and called for D.I. Bolehkah kesalahan itu amount to dismissal?

Sheikh said...

Assalamualaikum V.I.C @ D.I.A.N.A,
Terima kasih atas perkongsian Yang sangat bermanfaat ini.
Soalan saya, sepanjang sesi DI berlangsung, bolehkah pihak juri dan juga pegawai pendakwa menggunakan bantuan peranti atau alat rakaman seperti alat perakam suara atau perakam video dengan
1) persutujuan bertulis tertuduh, saksi & semua pihak yang terlibat sepanjang DI.
2) tanpa pengetahuan dan persetujuan bertulis dari tertuduh, saksi & semua pihak yang terlibat sepanjang DI berlangsung. Apakah konsekuensinya?

Unknown said...

saya nam tnye klau dapat surat tujuk sebab. saya dah balas surat itu. dia boleh buang kerja ke mcm mn

Anymous said...

As salam.. Blh sy dpt kan email cik vic atau cik vic blh contact sy d email acha71@yahoo.com

Anonymous said...

salam vic, sya nk tanya boleh kh kes gangguan seksual dibicarakan dalam DI?

Unknown said...

Hari nie saya dituduh mencuri barang jualan Syarikat. Mereka menuduh saya mencuri tanpa melakukan sebarang siaaatan hanya berlandaskan apa yang ada di CCTV. Mereka meminta saya mengaku dan memberi saya 2 pilihan resign atau mereka buat report. Saya tak akan resign kerana saya tak bersalah dan saya mencuri. Memang dalam CCTV tu saya ada ambil barang tapi dengan membayar. Disebabkan kecuaian saya tak minta BIL pada barang yang saya ambil tu mereka terus membuat tuduhan pada saya yang saya mencuri padahal masa saya ambil barang tersebut ada staff lain bersama saya. Apa yang patut saya buat untuk keadilan saya. Saya diminta resign dan htulis dalam surat resin tersebut dengan payat yang saya nak resign kerana tidak ada rasa keseronokan bekerja disana. Mereka mendesak saya untuk resign..kat mereka yang mereka tak akan buang saya saya dan mereka minta saya resign dan mereka tak nak buat report polis kerana mereka kata tak nak buat saya susah. Tolonglah bantu saya untuk saya tegakkan keadilan Dan esok saya tak dibenarkan bekerja dan perlu hantar surat resig sebelum pukul 5 petang esok

Unknown said...

Bolehkah proses DI dijalankan Tampa kehadiran yang tertuduh dengan sebab hospitalisasi,

Adi Iskandar said...

Salam Diana,
Beberapa persoalan, jika tak keberatan membantu saya.

Saya telah diberi Garden Leave untuk tempoh 14 hari dan kemudiannya digantung kerja tambahan lagi 14 hari atas sebab menanti siasatan diselesaikan. Saya menjangkakan satu notis DI berserta charge sheet akan dikeluarkan sebaik saja tempoh 14 hari gantung kerja tamat. Untuk makluman, sejak awal lagi tidak ada surat tunjuk sebab dikeluarkan keatas saya, mahupun surat amaran.
Soalan saya,
1. Bolehkah majikan menolak permohonan menunda tarikh DI sekiranya ianya terlalu singkat bagi saya kerana saya perlu memohon kebenaran majikan bagi memanggil bekas pekerja sebagai saksi.
2. Sekiranya permohonan memanggil saksi saya ditolak, apakah yang saya perlu lakukan? Memandangkan saksi ini adalah sangat kritikal bagi membuktikan saya tidak bersalah.
3. Bolehkah pihak ketiga (bukan kakitangan) dilantik sebagai juri DI? Dari tulisan saudari, panel juri sewajarnya adalah dari eksekutif ke atas dan tidak terlibat dengan kes. Bolehkah saya membantah jika majikan menggunakan pihak ketiga (yang juga seorang peguam) sbg juri?
4. Bolehkah saya, sebagai seorang tertuduh, menyoal juri bagi mengukuhkan kedudukan tidak bersalah saya?

Hamba Allah said...

Saya ingin bertanya??? Saya Di tuduh mencuri sebuah TV, tetapi TV yg hilang sudah dijumpai. Tapi saya tetap Di gantung berkerja selama 2minggu...

Apa yg sepatutnya saya lakukan??? Boleh kah saya menbuat LAPORAN Di jpp??

eamensaccone said...

The Casino Junket: Welcome to JHU
The Casino Junket Hotel & Spa will be 사천 출장안마 your 충청북도 출장안마 ideal destination 경상북도 출장샵 for dining, entertainment, and shopping! We offer over 70 전라남도 출장안마 food choices from the 강릉 출장샵

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Sepanjang digantung kerja adakah gaji dibayar penuh? Sekiranya ya, maka tiada apa yang perlu difailkan kerana penggantungan kerja mungkin hanya tujuan siasatan sahaja. Tetapi sekiranya penggantungan bersifat punishment (gaji tidak dibayar) anda boleh failkan tuntutan sekiranya anda benar-benar tidak terlibat dengan kehilangan tv tersebut (walaupun telah dijumpai semula). Sebelum itu boleh mulakan dengan menulis surat kepada HR untuk demand pembayaran semula gaji ketika gantung kerja kerana kesalahan pihak majikan yang tersalah tuduh dan maklumkan anda bakal membawa kes ke peringkat seterusnya sekiranya majikan masih enggan membayar semula gaji yang dipotong.

Gianluca Buffon said...

Assalam saya telah diberikan show cause letter dan sya telah menjawab.
Tapi piahk majikan masih belum memberi maklumbalas .
bagaimana case saya?

Adi Iskandar said...

@gianluca buffon..
kalau saya lah dalam keadaan sebegitu, saya tunggu sajalah, provided gaji dibayar.
saya rasa, majikan ni boleh jadi lambat sebab mereka tak nampak angle nak menegakkan yang tuan/puan bersalah.
Atau mungkin boleh assume gone case lah..
Mungkin yang lebih arif di sini boleh memberi respon yang lebih tepat.
Wassalam

Bakar said...

Puan ,saya dan kawan2 saya ada membuat surat aduan kepada pimpinan tertinggi syarikat bahwa ada salah seorang pekerja yang berpenggaruh melakukan kesalahan, orang yang melakukan kesalahan tersebuat adalah abang kepada managing director syarikat Yang baru masuk keja 6 bulan ,Tetapi kawan2 saya telah diugut untuk dibuang kerja kepada semua yang tandatangan surat tersebut, saya selaku yang menaip surat tersebut terus diberhentikan kerja ,

Pertanyaan Saya adakah menulis surat aduan atau menulis surat rayuan dan ditandatangan oleh ramai orang merupakan kesalahan disebabkan saya dituduh menghasut
Saya pon pelik dengan surat termination letter saya

Terima kasih ya puan..

Anonymous said...

Hai saya ada soalan tentang DI.

Sekiranya di telah dipanggil tetapi OKT telah menghantar surat letak jawatan. Adakah masih perlu pihak syarikat melakukan DI? terima kasih

Anonymous said...

Hai .

Ada seorang pekerja kena tangkap dalam pengaruh alkohol semasa bekerja. Dan DI telah dijalankan kepada pekerja tersebut.

Semasa DI, pekerja itu mengaku paham akan dakwaan yang dikenakan kepada beliau. Dan beliau juga mengaku melakukan kesalahan tersebut. Tetapi semasa DI itu, Chairperson lupa nak bagi peluang kepada accused untuk cross examine company witness. Verdict pekerja tersebut telah ditolak oleh pihak pengurusan kerana DI didapati tidak dijalankan dengan betul. Saya nak tanya, boleh kah HR proceed dengan decision panel yang mengatakan accused itu subject to instant dismissal after due inquiry? Atau pun ada cara lain yang HR boleh lakukan dan tetap dengan keputusan untuk dismiss accused itu?

edi said...

salam.. Vic.. saya nak tanye berkaitan DI.. dalam kes saya. saya telah dituduh menggunakan gambar positif test covid19 berulang sehingga menyebabkan status my sejahtera bertukar merah. gambar tersebut pada bulan julai 2022 dan dec 2022.

1. show couse letter dikeluarkan setelah saya dipanggil berulang kali oleh HR dan saya telah menjelaskan perkara sebenar dan menunjukkan semua bukti termasuk gamb ar dan video. kemudian die memberikan show couse letter pada hari yang sama tetapi saya menolak untuk menjawab surat showcouse tersebut kerana isu ini lebih kepada pembuktian gambar dan penjelasan, oleh keran berulang kali menjelaskan namun HR tidak berppuas hati, jadi saya sendiri yg minta supaya diadakan D.i. supaya pembuktian dan hujah2 saya boleh dijelaskan dengan terperinci, ini kerana, terdapat percanggahan dalam pertuduhan yg dinyatakan dalam showcouse letter, iaitu
1- sekiranya saya menggunakan gambar berulang, telah jelas dan nyata bahawa diatas test covid tersebut telah ditulis dengan marker biru bertarikh 4 march 2022 jam 3.30pm bercanggah dengan pertuduhan dalam showcouse letter bahawa saya memberikan gambar bertarikh 4 julai 2022, dan gambar yg terbaru, saya sertakan sekali dengan video sepertimana disarankan oleh KKM yg bertulis tarikh 1 dec 2022 jam 3.30pm.
yg sama hanya masa sahaja.

kemudian, keputusan Di tersebut, bercanggah dengan pertuduhan, keputusan d.i mendapati, panel juri dan chairman tidak dapat menerima penjelasan saya kerana banyak percanggahan dan pengurus operasi (yg juga chairman), pengurus stor dan HR telah ternampak wasap yg saya hantar kepada superior saya pada 2 dec yg berbunyi" bos, xde event ape2 ke malam nie, cuti lame, bosan nieh', oleh itu chairman dan panel mendapati anda sihat pada ketika itu dan tidak dijangkiti covid, oleh itu, anad aakan ditamatkan perkhidmatan serta merta.

saya dah lapor pada JPP, represtasi dah ditentukan, ape yg perlu saya bangkitkan atau persoalkan ketika represtasi nanti? jika ada tuntutan lain selain pembayaran ot yg tidak mengikut gaji dan ditukar kepada meal allaounce? mohon nasihat

Mann said...

Assalam...Sy Mann ingin bertanya sedikit bab ditempat kerja dituduh mencuri barang kilang berharga anggaran 500k dan ingin menjatuhkan imej seseorang pekerja.sy sudah bekerja lebih 25 tahun di merata department sudah merasa tiba2 dapat tawaran naik pangkat dan gaji.apabila sudah berpindah ke deptment baru telah kena dianaye oleh bos deptment itu.sedangkan dia tiada apa2 bukti nk menuduh hanya ingin menjatuhkan imej pasal sy.maklumlah Sy ni lebih kurang macam2 boleh buat sampai ke welding pun kena buat gaji tidak dapat macam orang kerja welding tu sebab bab ini la masalah Sy yg terjadi.sampai orang luar cerita pun dia terbawak hingga ke Menager deptment Sy sudah ingin buat repot polis mahu saman apa yg harus Sy hadapi jika begini keadaannya tertekan Sy dgn masalah ini...

Anonymous said...

Sekiranya gantung kerja separuh gaji melebihi 2minggu tanpa ada surat sambungan gantung kerja.adakah saya perlu kembali ke tempat kerja seperti jadual schedule kerja shit.
Kedua. Sekiranya saya gantung kerja separuh gaji dari 20/11- selama 14 hari. Kalau selepas 14hari, apa saya perlu buat. Kalau tak ada surat sambungan gantung kerja.
Gaji untuk November dan overtime dan double pay oktober ditahan. Bila tanya gaji. Hr minta tulis surat advance gaji dulu. Ini dah melanghah undang undang tidak membayar gaji. Adakah saya perlu lapor kpd jtk.

«Oldest ‹Older   401 – 428 of 428   Newer› Newest»