Thursday, March 25, 2010

Kalaulah Semua Orang Tahu Membuat CPR dengan betul..

Kalaulah Semua Orang Tahu Membuat CPR & 1st Aid tentu banyak kematian mengejut yang terjadi dapat dielakkan. Memang ajal dan maut di tangan tuhan tapi sekurang-kurang mangsa yang mati akibat serangan jantung, renjatan elektrik, lemas (air atau asap) atau terkena bisa patukan ular dapat diselamatkan, diberi waktu yang lebih lama sedikit sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Itulah yang dikatakan oleh Trainer yang sangat mahir memberikan ceramah sehingga training 18 jam (2 hari) terasa amat suntuk kerana terlalu banyak perkara baru, menarik dan penting yang ingin diketahui oleh kami semua.

Kata Trainer lagi, Allahyarham Hani Mohsin yang meninggal akibat serangan jantung di tengah public malah di kawasan LCCT yg mana pekerja di situ telah diberi latihan kecemasan, malangnya, tiada seorang pun yg tampil memberi bantuan kecemasan (CPR) kepadanya waktu itu.

Membuat CPR dengan betul. Hembus mulut 2 kali, tekan dada 30 kali diulang-ulang. Kedudukan tangan mestilah tegak. Cara membuat anduh segitiga dengan betul. Bahagian yang berdarah perlu diletakkan di tempat tinggi untuk mengurangkan pengaliran darah keluar.


Mengangkat atau memindahkan mangsa yang mengalami patah tulang belakang perlu diikat terlebih dahulu. Sekiranya berlaku pergerakan pada saraf tunjang, boleh menyebabkan lumpuh atau kematian.


Begini caranya memindahkan dan mengangkat mangsa melalui tangga yang sempit. Turut diajar bagaimana memasukkan mangsa ke dalam lif yang sempit.


Kemudian, 4 orang dari kami dipilih untuk berlakon menjadi mangsa. Kami di makeup kan dengan darah tiruan dan luka2 yang mengerikan. Pasukan penyelamat ditubuhkan. Marshall dilantik bagi menilai kerjasama, kepantasan dan tertib pasukan penyelamat.


Inilah dia pasukan penyelamat yang telah ditubuhkan dalam masa 5 minit.


Mangsa Pertama : Patah tulang terkeluar. Tulang yang terkeluar tidak boleh dimasukkan ke dalam badan semula. Tulang mesti dibalut dengan balutan cincin dan kemudian dibalut bahagian luar bagi menghentikan pendarahan.


Mangsa Kedua: Tangan terhempap benda berat menyebabkan patah kuku. Tangan yang sebelah mengalami patah dalam sehingga menyebabkan pendarahan dalaman.


Mangsa ketiga: Tidak sedarkan diri. Mengalami patah tengkuk dan kecedaraan dalaman yang tak dapat dipastikan.


Mangsa keempat: Pitam dan tidak sedarkan diri. Tiada sebarang kecedaraan.


Setelah lulus ujian praktikal dan ujian teori, akhirnya kami ditauliahkan pasukan First Aider.


Tips Penting: Selagi anda tidak ditauliahkan sebagai doktor perubatan adalah salah bagi anda memberikan ubat kepada orang lain. Anda boleh dipenjarakan sekiranya pesakit mendapat alahan atau mudarat disebabkan ubat yang diserahkan kepada mereka dari tangan anda. AWAS~!