Wednesday, December 16, 2009

MC Palsu Semakin Serius

Dulu aku memang pakar identified MC palsu kerajaan ni. Tengok je kertas coklat tu, telek belakang, telek cop, telek tulisan aku dah dapat instinct MC tu palsu atau tak. Kemudian aku akan membuat pengesahan di hospital berkenaan untuk MC yang aku curiga. Jarang sekali naluri aku tersasar. Mungkin sebab dah terlalu kerap membelek MC kerajaan, maka aku sudah rasi.

Dulu aku kerja kompeni cina taik idung masin. Executives je yg layak untuk unlimited medical claim. Pekerja bawahan hanya layak untuk kos perubatan sehingga RM15 je. Itu pun pekerja kena bayar dulu. Kedekut nak mampos. Sebab tu mereka sanggup ke hospital kerajaan. Peliknya pemerintahan kuku besi mcm tu takde Union plak... Bagus gak takde Union, jadi HR pun senang.

Tapi semenjak kerja kat sini, dari mula aku masuk beberapa tahun lepas jarang sekali aku terima MC kerajaan. Sebabnya kompeni skang ni kompeni Jepun. Welfare pekerja memang priority kami. Nak pi klinik, pi je klinik panel. Tak payah keluar duit, bawa je kad bagi kat klinik tu. Kalau kena admitt hospital untuk sakit serius pun, tak perlu ke hospital kerajaan, pilih je mana-mana hospital swasta, semuanya ditanggung insuran syarikat. Punya la murah hatinya kompeni ni - TAPI - ada UNION. Pelik tul!

Tapi baru2 ni aku terima satu MC kerajaan yang memerlukan aku mempraktikkan kembali skill meng'identify' MC palsu ni. Ntah kenapa aku rasa curiga betul bila tengok nama Doktor yang merawat. Doktor Tarmizi namanya. Kebetulan baru2 ni, Menteri Kesihatan ada mengulas mengenai MC palsu yang semakin menular. Aku membuat panggilan kepada pegawai di klinik kerajaan terbabit. Secara lisan aku difaham, Doktor tersebut tidak wujud di klinik terbabit. Aku juga difahamkan klinik terbabit sedang berhadapan dengan masalah MC mereka yang dipalsukan oleh satu sindiket secara meluas.

Perbualan itu membawa kepada pertemuan 4 mata dengan pegawai terbabit petangnya. Aku diminta membuat laporan polis kerana kes ini dianggap serius oleh mereka dan sebagai syarat untuk mereka melepaskan surat pengesahan rasmi kepada aku. Maka petang tu juga aku ke balai polis berdekatan.

MC palsu merupakan satu major misconduct dan kesalahan yang dianggap sangat serius. Kalau di syarikat swasta hukumannya dibuang kerja. Persoalannya kenapa pekerja memilih jalan yang susah untuk dibuang kerja? Susah untuk mereka, susah untuk aku juga. Aku kena berulang alik hospital ke balai polis. Balik pejabat kena draft surat itu ini... suspend.. Domestic Inquiry... haihhh... kan susah tu processnya. End up tetap kena buang kerja. Pekerja susah aku pun susah... baik je la kowang hantar notis berhenti 24 jam ke.. absent selama 2 hari ke... senang je kan nak kena buang? Pelik tul la manusia ni.

Ha... aku kena buat laporan polis, tapi polis pun pakai MC palsu... apo nak dikato??


Kesalahan ini dianggap serius dan dendanya juga amat berat.
Moral of the Story : Jangan pilih jalan susah untuk berhenti kerja.