Wednesday, January 04, 2017

LOMBOK Trip Yang Tak Kesampaian 30/12/2016 - 1/1/2017

Aku patutnya tak buat confession ni. It's a shame... but i have to remember this incident as one of the painful moment dalam hidup aku...

Untuk diingati oleh aku walau berpuluh tahun akan datang. Aku sepatutnya berada di Lombok pada waktu ini. Kapal terbang aku berlepas smlm jam 8 pagi.... hari ni... pagi ni sepatutnya aku berada di Gili Trawangan menaiki kuda, menunggang basikal dan memanjat buaian Ombak Sunset bersama my bestfriend Shida..

Malam td kami sepatutnya makan lobster yang sgt besar.. itu perancangan kami. Dan semalam ketika dia upload gambar candle light dinner tanpa lobster... dan air buah kedondong asam boi 2 gelas dan 2 pinggan seafood platter dgn caption "Beb... makan malam ni dah disediakan untuk kita 2... agen dah aturkan awal2.. tak sangka aku makan sorang tepi pantai tanpa kau.." Airmata aku jatuh lagi.. dan lagi.. sbnrnya waktu taip confession ni pun masih nangis... tak lalu nak lap airmata mata sbb kelopak mata dh melecet.. pedih.

Bukan salah sesiapa melainkan salah aku sendiri... aku tersangkut di autogate. Biasalah.. kalau sangkut kat autogate zaman la ni.. 2 sbb je.. ptptn atau lhdn.. my reason is no 1.

Kelam kabut dibuatnya sbb 3 hari sblm pergi.. (in fact aku cek hampir setiap minggu dari tarikh tiket dibeli) nama aku dalam website... STATUS SAH. Elok pagi td imigresen bukak website dah jadi TAK SAH pulak.

Aku tau salah aku sbb aku pembayar on off PTPTN... ada duit lebih aku bayar.. takde duit tak bayar.. tp bln ni aku bayar.. kalau aku tau dh sangkut.. tak hingin aku bayar.. eh kepala batu lagi tu. Pegawai imigresen cakap.. "kamu ada tempoh masa 30 minit sblm waktu boarding untuk kami setelkan masalah ni dgn pegawai ptptn yg tertera dalam list ni.... dlm 30 minit nama kamu masih belum release.. kamu tak boleh naik pesawat." Ha... bayangkan keadaan 30 minit tu mcm mana.. with a phone calls.. dari 8 nama pegawai... hanya 1 aje talian yg berangkat itupun selepas 20 kali dail. Jawapan.. "tak ada rundingan. Ini polisi.. bayar lump sump atau lupakan. Bayar sikit2 pun kami tak terima" phewwww hebatnya kuasa budi bicara...

Lalu kami berpelukan dengan linangan airmata di depan pintu masuk balai menunggu.. sbb aku dh tau inilah masanya aku harus keluar dan dia akan pergi. Hanguslah tiket penerbangan dan full board package yg aku dh bayar full ngan tour agent..

Menunggu luggage aku dikembalikan semula kepada aku... berseorangan di kawasan pemulangan beg adalah pertarungan emosi yg berat untuk aku. Mungkin ni lah yg Che Ta rasa masa kena tahan kat airport... tp dia takpe la.. dia kaya.. aku ikat perut kot nak kumpul duit nak bercuti..

Aku nak lari dari rutin harian yg tepu ni.. bangun 5 pagi.. masak.. kerja.. balik kerja.. jem.. malam sampai rumah.. kemas rumah.. basuh pinggan mangkuk.. siapkan bahan2 nak masak esok.. lipat baju... sembang ngan shaby.. tido.. setiap hari melalui perkara yg sama berulang2.... dan aku kira inilah terapi aku setelah sekian lama.. nyata Allah ada perancangan lain untuk aku. Bersangka baik dgn Allah.... bersangka baik dengan Allah....

Aku tak tahu nak ke mana.. airmata masih lebat... tanpa sedar aku dh smpi kat Siti khadijah butik kat shah alam.. hasil duit rupiah yang dah diconvert semula ke RM aku beli 2 telekung, satu untuk mak.. satu untuk aku. Mungkin petanda aku kena sambung balik bakti ngan mak dan petanda aku kena renew persalinan aku mengadap Allah.. bagi lagi rajin sket.

Jadi... sinilah aku hari ni.. masih mengesat airmata kat rumah... Namun aku tau aku harus bangkit mengesat airmata dan cari jalan penyelesaian bagi perkara ni.
Semalam sempat ke KWSP bertanya ttg cara2 pengeluaran KWSP untuk pembayaran terus hutang PTPTN... kalau tak berjaya... maka tiket2 penerbangan yang seterusnya yang telah dibeli juga akan hangus seperti Lombok...

Jadi peringatan untuk semua... bayarlah PTPTN, jgn jadi mcm aku...

**********************************************.

Update terkini: Saya telah berjaya melunaskan keseluruhan hutang PTPTN sy. Full settlement... yippieeee.....!!!!!

Jom.sambung travel...

No comments: