Tuesday, August 16, 2016

Sayalah Wanita Itu

Masa saya kahwin dengan Andy (suami) almost 12 years ago, dia bukan sesiapa. Dia hanya budak penjaga cyber cafe. Kuat mencarut, mat motor yang pakai seluar jeans koyak kat lutut. Kalau nak kira berapa banyak dia mencarut kat saya masa kita bestfriend dulu... Rasanya 1 lori kot. Tapi bila dia cakap dia fall in love kat saya tiba2 je dia jadi mat bunga. Dari mencarut segala... dah pandai nak usik2 rambut sy... ckp pun bukan main lembut. Sampai sy pernah tanya, "Ko kenapa? Buang Tebiat ke?"

Bila saya cakap kat parents sy mat motor tu nak masuk meminang. Nak pengsan mak ayah saya dibuatnya. Almaklumlah, selama ni kawan saya semuanya nampak smart, siuman dan student yang baru nak mula hidup. Tup2 sy nak kahwin ngan mat motor yg mata pun kena tutup dek rambut. Mana tak pitam orang tua tu. Seksa juga la sy nak meyakinkan parents sy yg pilihan sy ni muktamad. Paling kesian bila Andy sanggup bawak durian atas motor dia dari Tg Malim ke Klang... smapai berlubang2 peha sebab nak ambik hati ayah saya yang menyampah tgk dia...

Pernah sekali ayah saya hantar sy ke restoran, Andy ada depan restoran. Dia datang ke kereta jumpa ayah saya, salam dan ajak makan bersama. Ayah sy siap bisik "Bagus restoran ni, sampai pelayan datang kereta jemput masuk restoran." Grrrrr...... sabo je la ngan ayah. Bila ingat2 balik... mmg lucu.

Akhirnya ayah mengalah. Parents saya setuju saya kahwin ngan mat motor merangkap kawan baik saya. Kenapa saya kata kawan baik? Sbb hanya dengan kawan baik je ko boleh mencarut, maki hamun dan cakap lepas tanpa salah seorang merajuk dan makan hati...
Ye... saya kahwin dengan dia... kawan baik sy..

Sebaik aje kahwin, suami ada masalah dengan kerja. Akhirnya diberhentikan kerja. Berbulan2 suami menganggur. Saya pada masa itu hanya lulusan diploma yang baru nak mula hidup sebagai receptionist. Gaji pun ciput je. Mana nak bayar sewa rumah... mana nak bayar kereta.. mana nak makan pakai kami berdua... Banyak sangkut. Rumah sangkut bayar. Kadang2 keta sangkut bayar sampai akhirnya kami kena pindah rumah mak ayah sbb tak mampu bayar sewa.

Saya bukan org senang tapi sy pun tak pernah hidup susah. Jadi kejadian2 ini di permulaan kahwin adalah satu mental torture untuk saya. Tapi saya selalu tanamkan dalam diri, "Kesetiaan wanita diuji saat suami sedang susah tetapi lelaki diuji ketika senang." Jadi saya nekad... susah la mcm mana pun kehidupan kami. Walaupun terpaksa menunggu nasi Reduced To Clear kat TESCO sbb terlampau lapar, nak makan takde duit..... sy takkan tinggalkan dia pada waktu ini. Saya akan bertahan.

Bertahun diuji begitu akhirnya suami dapat kerja yang boleh tahan baik. Saya pula kerap dinaikkan pangkat. Ekonomi kami semakin stabil dan pada ketika inilah saya mula berfikir untuk sambung belajar part-time. Suami menyokong walaupun risau juga, kerana dia takut jurang pendidikan antara kami akan jadi jurang juga dalam rumahtangga. Dia banyak membantu saya khasnya bila minggu peperiksaan yang mana saya perlu banyak menghafal kes. Dia juga rajin belek buku2 teks saya. Pada waktu itu dia kata pada saya "Kan bagus kalau saya boleh cakap Bahasa Inggeris mcm awak. Tentu saya boleh dapat kerja baik."

Saya nekad nak bantu dia waktu itu. Sejak itu saya mula membiasakan diri bercakap Bahasa Inggeris dengannya di rumah. Saya mengajar dia bagaimana nak membuat report dalam bahasa Inggeris dan mcm mana nak berinteraksi dengan different level of people. How to behave, how to interact, how to speak politely.... benda yang dia tak pernah amalkan sepanjang hidup dia selama ni. Kami praktis di rumah setiap hari.... saya tegur dia sekiranya pronunciation dia salah walaupun ketika kami tengah bertekak dan bergaduh yang akhirnya membuatkan dia ketawa sebab malu. Saling menegur.. tanpa jemu.... dan saya nampak keyakinan dirinya dari sehari ke sehari.. Dia menjadikan saya sebagai benchmark. Moto hidupnya, "Aku akan jadi lebih baik dan berjaya dari isteri aku"

Saya tak tahu dan tak sedar masa yang berlalu. Ketika karier kami sama2 berkembang... saya nampak dia berlari menaiki tangga kejayaan. Saya bangga. Walaupun karier saya bergerak agak perlahan ketika itu, tp sy menyokong setiap langkahnya. Sehinggalah tawaran itu sampai dan dia berbelah bahagi.... sy yakinkan dia.. inilah permulaan untuk kejayaan dia yg lebih besar.

Sedar tak sedar dah 2 tahun lebih kan? I am proud of u now... betul... walaupun karier saya kembali berkembang tetapi saya tak terkejar suami saya yang jauh lebih berjaya. Sometimes I feel like he is totally different man whom I knew few years back.  I lost track on him... Kadang2 bila dia balik Malaysia dan saya cuci baju dia... I noticed his shirts' brands - dari jenama2 yang saya sendiri takut nak masuk butiknya di Malaysia. Inggeris? What do u expect.. he spoke to foreigners every day... every minutes... Confidence level dia lagi tinggi dari saya...

 "Kesetiaan wanita diuji saat suami sedang susah tetapi lelaki diuji ketika senang."

Ya, dia dah berjaya... but I don't give a damn to this quote. He may choose his life and his path. Tiada ujian untuk kesetiaan dia. Saya bangga sebab lelaki yang bersama saya 12 tahun yang lalu adalah lelaki yang 180 darjah berbeza and I am proud to be the woman.....

The woman who stand beside the successful man. Good Luck my man. May Allah blessed will always be with you. Wherever you are... whatever yo do.... Which path you choose after this... We will be the 'bestest' friend ever.


2 comments:

Kakcik Nur said...

Alhamdulillah... Janji Allah itu pasti bahawa 'nasib kau akan berubah jika kau berusaha untuk mengubahnya'... :)

Zul Muhd said...

Asam garam kehidupan. Pastinya manis bila dikenang balik.