Tuesday, August 23, 2016

A Tale From Tadom Hill Resort

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Wah.. lama tak menulis blog, tiba kembali menulis macam nak menulis karangan SPM Contoh surat tidak rasmi pulak. Heheheh..  Lambat sket post kali ni but still not too late to share my happiness moment here.

Sabtu lepas 20/8/2016 - Kami telah merancang untuk Ke Tadom Hill Resort. Supposedly Angie pun follow. Siapa Angie? Angie was my replacement (HR Manager) after I left that "NERAKA". However same like me, Angie also faced the bahang Neraka and left the company only after 1 year. Since we were sharing almost the same experience, Balkhis (my former assistant) plan to gather us together. Sayangnya, dek kekangan waktu, Angie unable to join us.But it's ok, we still keep in touch with each other.. Whatsapp kan ada. :)

Perancangan nak ke Tadom Hill ni actually telah lamaaaaa dibuat. Masa Balkhis masih ada di NERAKA. Kebetulan masa tu Balkhis tengah buat proposal teambuilding and asked my opinion on Tadom Hill Resort. Kebetulan aku dah buat site visit kat sana masa survey2 tempat menarik untuk teambuilding for MMM. So aku share le serba sedikit mengenai Tadom Hill dengan Bal. But until Bal left the NERAKA, still no teambuilding conducted.

Akhirnya I heard that NERAKA conducted a teambuilding a week before we went there. With selected person only. Biasalah as u know... NERAKA is the most discriminate and bias company in the world... so dari almost 100 staff dia cuma bawak tak sampai 20 org pun yang pergi teambuilding tu. Antara people yg tak dapat pergi ialah my bestfriends Azman and Kak Bedah. Macam2 alasan tak logik diberi sedangkan Kak Bedah teringinnnnnn sangat nak pergi Tadom Hill.

So Azman cadangkan kami ke Tadom Hill Resort, sambil mengubati luka lara kak Bedah. Maka dengan semangat waja hari tu masing2 bangun awal buat bekal... ekekke.... Sampai je sana... kami adalah orang terawal yang sampai... Suka... suka... suka..

So kami dapat port menarik. Kat situ dorang praktikkan 1st come, 1st serve. So org yg datang awal berpeluang memilih port terbaik terlebih dahulu. So kami dapat port paling baik, cabana siap meja makan. Sebelum terjun ke dalam air kami isi perut kenyang2 dulu...

Kat sini semua orang diwajibkan memakai Life Jacket eventho you are swimmer of Olympic Games. Kalau tak guard kat situ akan tiup wisel dan jerit sekuat2 hati kat ko. For me it is good, bekas lombong tinggal, what do u expect. Lebih baik Safety First before its too late.

Kedalaman asal tak dapat nak agak, tapi yang pasti semasa aku terjun (Ya, percayalah, aku terjun tanpa tau kedalaman lombong) aku tenggelam ke bawah dengan life jacket still kaki masih tak jejak tanah..... sebelum timbul balik ke permukaan dengan terbatuk2. hehehehe...
Untuk mereka yang gayat pada air dalam walaupun berpelampung / life jacket, mmg tak sesuai... hasilnya ramai la yg datang tak mandi pun.... sekadar mencelup kaki di gigi air.

Kami berpeluang menaiki rakit dan mencuba terjun dari papan anjal buluh. (Sila jangan tanya banyak pasal ni sbb aku gayat pada ketinggian). Kat sini ada 4 jenis accomodation disediakan:-
1- Chalet - untuk mereka yang mahukan lebih privasi
2- Hammock - sejenis buaian, diletakkan lebih kurang 10 hammock dalam satu cabana...
3- Khemah - 1 khemah boleh muat 2-4 org bergantung kepada saiz
4- Dorm - Mcm rumah panjang, ada lebih kurang 10 tilam di dalamnya untuk mereka yang menginap secara beramai2.

Harga kowang bleh survey sendiri kat website dowang - http://www.tadomhillresorts.com

Tapi kami takde la tido sana. cukup time kami pun balik ke rumah masing2. Kalau kowang nak pi sana diingatkan untuk bawa bekal air sendiri. Kalau beli kat sana, airnya agak mahal tapi takde gula, pahit nak mammmmmm.... pus.
Lagi bagus bawak makanan sendiri. Kebanyakan mmg yg datang bawak makanan sendiri.
Datang awal untuk dapatkan tempat menarik melainkan kalau kowang mmg planning nak bentang tikar je.

Last but not least, I share some of our enjoyable moment photos here....












1 comment:

Bro Framestone said...

Ramai dah ke sana.. kita je belum g sana lagi.