Sunday, November 15, 2015

Rahsia ini telah lama aku pendamkan.....

Kalau orang tanya kenapa aku sayang sangat pada kompeni Az?
Kenapa luka yang kompeni Az tinggalkan untuk aku sungguh dalam..
Padahal bukan hebat sangat pun kompeni Az..
A medium Japanese manufacturing company...
Tapi... bilamana HR dept diserahkan pada aku 5 tahun yg dulu... ia umpama sebuah stor buruk... yg hampir roboh dimakan anai2... akulah yang menyemen semula... gantikan dinding.. tukar atap baru.. pasang tile sampai ia menjadi sebuah rumah yang selesa.. lengkap dengan sekuriti... jadi kalau ditanya kenapa aku syg sgt dgn Az.. kerana HR dept yg ada pada waktu itu.. polisi2nya.. welfare2 dan event2 yg kini menjadi darah daging Az adalah hasil bidikan aku..

Mmg dari mula masuk aku baik ngan A.
Arahan management sbnrnya... untuk memudahkan projek dan menguatkan kerjasama antara 2 dept.
Mmg HR dept terlalu dimanjakan oleh A pada waktu itu, menyebabkan pekerja lain cemburu. Konon2 A asyik pentingkan HR dept. Cuma satu perkara yg aku perasan ttg A dia sangat bencikan B. Dia selalu burukkan B di hadapan aku. Malah dia sanggup menceritakan buruk wife B yang kononnya bekas kekasih dia. Akibat kerap dijamu cerita buruk ttg B dan wifenya... aku terpengaruh.. lalu terasa benci dgn B.

Hari demi hari berlalu... banyak perkara yang berlaku.. hasil pemerhatian dan siasatan yang aku buat.. aku dapati A tidak jujur dalam kerja. A pecah amanah.. aku punya bukti yg kuat... banyak juga duit syarikat yang A songlap.. belum kira habuan yang dia ambik dari vendor. Mmg aku kecewa.. sungguhpun aku punya bukti, aku tak tergamak untuk jatuhkan A. Sbb kami baik... aku berdoa semoga satu hari A sedar kesilapannya.. Apabila ditanya oleh top mgt bagaimana prestasi A pada pandangan aku? Aku selalu memuji2 A... aku katakan dia rajin dan banyak membantu.. akhirnya A dinaikkan pangkat 2 tahun berturut2. Tujuan aku cuma satu, aku berharap dgn kenaikan pangkat ini A akan punya rasa sense of belonging kepada kompeni. Seperti yang aku rasa bersama Az, aku sanggup berkorban masa dan wang ringgit demi Az... kerana aku sayangkan kompeni ni. Harapan aku bila A rasa diri dia disayangi oleh kompeni, dia takkan tergamak mengkhianati kompeni lagi.. tp ternyata A mmg buta hati.

Aku jadi tak sedap hati... dek kerana ketidakjujurannya aku menjauhkan diri. Namun tak pernah terlintas dalam hati aku nak jatuhkan A dengan membuka rahsianya. Dalam menanggani beberapa isu besar di tempat kerja aku banyak berhubung dengan B. Malah ketika berlaku masalah di dalam kilang mahupun di luar kilang, B banyak betul membantu aku. Aku jadi kagum dengan keperibadiannya. Teringat segala tohmahan yg dilemparkan A terhadap B.. betulkah semua tu?

Satu perkara yang aku respek ttg B... sungguhpun kami baik dan dia selalu membantu baik masalah kerja mahupun masalah luar kerja.. tak pernah sekalipun B bercakap buruk ttg A. Malah ketika aku memancing B untuk bercerita ttg wife A yg satu kilang Az tahu sejarah 'primadona terlampau'nya, B tak pernah komen. B kata.. "Buat apa cerita hal peribadi org? Lagipun itu kan kisah lama wife dia... kenapa nak diungkit2?" Sejak itu, aku sudah mula menilai siapa kaca... siapa permata antara mereka berdua...

Nyata keakraban aku dan B menjadi nanah pada A. Mungkin dia fikir B telah menghasut aku membenci dia sedangkan aku sebenarnya jadi tawar setelah mengetahui perangai khianat A. Demi dendam dan rasa sakit hati A akhirnya memasukkan jarum fitnah ttg aku kepada Top Management. Ketika aku dipanggil untuk membela diri, aku telah berusaha bermati2an mempertahankan diri. Aku angkat tangan dan dengan tegas aku bercakap "Saya bersumpah... saya tak pernah buat mcm tu"- walaupun aku bersumpah dengan airmata yang mengalir laju.. aku diherdik.. dan dihalau keluar. Segala pembelaan diri aku ditolak mentah2.. sejak itu aku didera mental dan rohani... sehingga setiap kali nak ke tempat kerja.. aku menangis kerana takut nak masuk kerja.. takut kena buli.. kena maki.

Akhirnya... setelah lelah membuktikan yang aku tak bersalah.... aku akhirnya mengaku kalah. Maka perjuangan aku selesai dengan aku menyerahkan surat berhenti kerja. Tekad aku satu je.. seandainya aku tak berjaya mendapatkan apa2 pekerjaan lain dalam tempoh notis.. aku akan berhijrah ke luar negara. Tinggallah segala duka yg amat dalam ini.

Namun manusia hanya merancang, Allah jualah penentu segalanya. 3 offer datang serentak, aku akhirnya menandatangani offer dari Mitsubishi.. nah.. selepas itu kalian lebih tahu warna2 pelangi yg menghiasi hari2ku...

Aku bersyukur... kalau bukan kerana pengkhianat seperti A mungkin aku tidak menikmati kehidupan ini. Sungguhpun dalam luka yg ditinggalkan aku tak pernah tergamak nak jatuhkan A dengan membuka rahsianya. Kerana 2 sebab:-
1- Aku percaya pada balasan Tuhan, pengkhianat mcm dia takkan bertahan lama. Hidup umpama roda.
2- Hanya kerana fitnah, bertahun2 bakti aku dibakulsampahkan. Aku takde peluang membela diri. Malah mgt lebih percayakan A yg satu kilang tahu bahawa dia adalah pelakon drama yg hebat berbanding aku yg dia lebih kenal, yang hari2 mengadap muka dia... yang tak pernah gagal walau dalam satu tugas yang diamanahkan pun... maka aku pk ada baiknya aku tinggalkan majikan yg mcm lalang ni, yg takde pendirian diri, selalu ikut emosi dan mudah percayakan org lain walaupun culprit.

Hari ni aku senyum aje... bila aku atau apa yg jadi pada Az selepas aku pergi....

14 comments:

Anonymous said...

Salam miss diana.maaf sekiranya soalan ini tidak sesuai di dalam artikel di atas.persoalan saya masih lagi berkenaan dengan kerja.diharap miss diana boleh manjawab persoalan dibawah:
1.sekiranya pekerja dikehendaki utk bekerja lebih masa dan telah melebihi yang sepatutnya(pada satu hari),tapi dengan persetujuan dua pihak,bermakna sebagai contoh diantara penyelia (pihak pengurusan) dan pekerja (pihak union),jika sesuatu perkara buruk yg berlaku sebagai contoh,pekerja telah mengalami kemalangan semasa balik dari tapi tempat kerja,adakah penyelia boleh dikenakan tindakan?samada dari pihak pengurusan atau pihak union?
2.jika pekerja kerap kali tidak menghadirkan diri ke tempat kerja disebabkan EL dan pihak pengurusan mendapati ada corak atau 'pattern' dimana pekerja EL pada setiap hari isnin,adakah pihak pengurusan boleh menghalang pekerja atau tidak meluluskan EL tersebut?untuk makluman,pekerja hanya membawa slip dari klinik yg menyatakan pekerja telah membawa ahli keluarga ke klinik tersebut.
3.pekerja tidak menghadirkan diri tanpa memaklumkan kepada penyelia disebabkan alasan 'tidak boleh bangun disebabkan migrain','tiada kredit','hp kehabisan bateri',bil tak dibayar dan line kena bar' dan lain-lain selain sebab darurat yg telah miss diana nyatakan pada entri pd 2013 iaitu dipenjara,koma,dan sebagainya

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

1- Kemalangan di tempat kerja ketika OT walaupun melebihi had masa yg dibenarkan masih boleh mendapatkan claim SOCSO.
Tetapi majikan boleh disaman sekiranya terbukti pekerja bekerja melebihi masa yg ditetapkan seperti yang termaktub di dalam akta.

2- EL yg berpatern pihak syarikat boleh untuk tidak meluluskan cuti tersebut dan keluarkan showcause. Tunggu reply, sekiranya tidak berpuas hati dgn jawapan, keluarkan warning letter dan minta dia berubah otherwise akan menghadapi tindakan disiplin yg lebih berat.

3- Di labour office dan court juga alasan2 seperti ini tidak diambil kira. Paling penting ambil tindakan disiplin atas alasan seperti ini mengikut prosedur yg betul, sekiranya tidak majikan dianggap telah memberi condonation - pengampunan.

Anonymous said...


hi miss.. macam mana saya boleh hubungi ye? boleh bg no telefon?
saya ada masalah dengan bekas majikan yang ingin mengenakan tindakan disiplin kepada saya atas sebab yang tidak munasabah pada fikiran saya. saya tengah runsing sekarang. mohon bantu.

Anonymous said...

Salam miss diana.terima kasih dengan jawapan yg diberi pd 2 dec yg lalu.saya ingin bertanya lagi.jika seorang pekerja dikehendaki untuk transfer ke department yang lain dan jawatan yg bakal dijawat adalah setara dgn jawatan semasa cuma jobscope berlainan.masalah disini ialah jawatan atau job scope yg baru memerlukan fasih dlm berbahasa asing termasuklah membaca dan menulis.jika pekerja tersebut tidak boleh berbahasa asing(bukan bahasa english),adakah majikan boleh memaksa pekerja tersebut transfer walhal pekerja itu tidak boleh disebabkan kekangan(tidak boleh berbahasa asing).adakah pekerja tersebut boleh tidak menerima jawatan tersebut tanpa dikenakan apa2 tindakan dari majikan?adakah pekerja tersebut mempunyai hak untuk meminta sebarang training yang berkaitan sebagai contoh kelas bahasa asing jika pekerja tersebut dipaksa atau pekerja tersebut ingin menjaga hubungan baik dgn majikan?adakah pekerja tersebut boleh dianggap mahir berbahasa asing hanya kerana beliau pernah bekerja di luar negara iaitu yg menggunakan bahasa asing yang dinyatakan diatas?
Harap puan dapat membantu.terima kasih

Unknown said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..saya ada soalan nk di utarakan. Bagaimana boleh saya berdiskusi dgn puan?

Najwa Sapian said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..saya ada soalan nk di utarakan. Bagaimana boleh saya berdiskusi dgn puan?

Anonymous said...

Salam sis diana,
Saya nk tanya majikan saya tgh keluarkan satu surat utk saya tunjuk sbb kerana bercuti tanpa kebenaran. Saya telah pn menghantar show cause letter dan saya digantung kerja pada 19/4 hingga 9/5 baru majikan saya mengadakan DI kerana tidak cukup saksi DI sy bersambung esok tp sy telah memberitahu sy ke ptk n jpp dahulu untuk mendapatkan kaunseling pada 11/5 saya telah mendpt surat diberhentikan kerja. Saya hanya mendapat gaji terakhir pada 31/3. Sewaktu DI gj sy tidak dibyr. Apa yg boleh sy lakukan sy pekerja kontrak dan sepatotnya masih ada baki 8 bulan lagi. Kenapa sy tidak menerima warning letter terlebih dahulu sblom disabitkan kesalahan? Selain itu majikan juga ada melakukan pelbagi penganiayaan jadi bagaimana kah cara saya utk mengambil tindakan terhadap majikan saya?

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Salam Najwa,

Saya boleh dihubungi melalui emel lovelyvic@gmail.com
Saya tidak suka menjawab call mahupun whatsapp peribadi ketika waktu kerja.
Oleh yang demikian komunikasi emel adalah yang terbaik bagi saya.

Anon 13 May,

Sebenarnya lebih mudah menyingkirkan pekerja kontrak dari syarikat.
Tetapi saya melihat majikan anda menggunakan jalan yang agak panjang untuk membuang anda.
Dari apa yang saya baca, saya lihat Natural Justice telah dibuat.
Cuma berkenaan soal gaji ada kekeliruan sedikit. Sepatutnya bagi pekerja yang covered by Akta Kerja (bergaji RM2000 dan ke bawah), Gantung kerja maksimum 2 minggu dengan separuh gaji, sekiranya terbukti bersalah separuh gaji tersebut tidak perlu di bayar.


Saya yakin yang gaji anda masih ada cuma perlu ditanya. Ini kerana pemberhentian serta merta kerana salahlaku biasanya gaji tidak dibayar melalui bank sebaliknya melalui tunai ataupun cheque.

Berhubunglah dengan pihak majikan mengenai baki gaji.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Anon 18 Jan,

Tentu sahaha majikan wajib memberikan training untuk job scope baru. Malah untuk membuktikan pekerja tersebut sebagai "poor performer" pun persoalan pertama yang akan ditanya, adakah majikan telah memberi kursus, latihan dan masa yang secukupnya kepada pekerja tersebut?

Anonymous said...

Tq diana ats reply majikan sy bertujuan untuk menganiaya kerana sudah 5thn sy bekerja mmg attandance sy byk yg kosong tp kerana prestasi kerja sy yg bgus mereka diam kan shj...utk pengetahuan diana sy belum diberhentikan kerja surat yg dtg ke rumah pd 11/5 bkn surat diberhentikan tp surat lain (keahlian enrich ats nma company) sapai sekrg status sy masih lg hanging. Dan gj terakhir adalah 31/3. Apa yg boleh sy lakukn? Sy mmg xmahu berhubung dgn pihak majikan lg kerana terasa sgt di aniaya.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Ya, anda boleh melaporkan kepada JPP mengenai hal ini namun pegawai JPP akan bertanya anda semula, adakah anda telah menghubungi pihak syarikat dan bertanya ttg gaji ini?

Pihak syarikat boleh aje mengatakan, kami dh prepare payment, tp dia tak pernah dtg bertanya..... endingnya anda jugak yg kena.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Ya, anda boleh melaporkan kepada JPP mengenai hal ini namun pegawai JPP akan bertanya anda semula, adakah anda telah menghubungi pihak syarikat dan bertanya ttg gaji ini?

Pihak syarikat boleh aje mengatakan, kami dh prepare payment, tp dia tak pernah dtg bertanya..... endingnya anda jugak yg kena.

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Anonymous said...

Terima kasih sis diatas jawapan.saya ingin bertanya lagi.
1) jika seorang pekerja ingin memohon cuti tahunan dan alasan yang diberikan di dalam borang permohonan cuti adalah 'urusan peribadi',adakah pekerja tersebut perlu menyatakan lebih terperinci apa yg dimaksudkan dengan 'urusan peribadj' sebelum ia diluluskan oleh pihak majikan?adakan pihak majikan boleh untuk tidak meluluskan cuti sekiranya pekerja tidak menyatakan apakah 'urusan peribadi' tersebut?