Sunday, November 15, 2015

Rahsia ini telah lama aku pendamkan.....

Kalau orang tanya kenapa aku sayang sangat pada kompeni Az?
Kenapa luka yang kompeni Az tinggalkan untuk aku sungguh dalam..
Padahal bukan hebat sangat pun kompeni Az..
A medium Japanese manufacturing company...
Tapi... bilamana HR dept diserahkan pada aku 5 tahun yg dulu... ia umpama sebuah stor buruk... yg hampir roboh dimakan anai2... akulah yang menyemen semula... gantikan dinding.. tukar atap baru.. pasang tile sampai ia menjadi sebuah rumah yang selesa.. lengkap dengan sekuriti... jadi kalau ditanya kenapa aku syg sgt dgn Az.. kerana HR dept yg ada pada waktu itu.. polisi2nya.. welfare2 dan event2 yg kini menjadi darah daging Az adalah hasil bidikan aku..

Mmg dari mula masuk aku baik ngan A.
Arahan management sbnrnya... untuk memudahkan projek dan menguatkan kerjasama antara 2 dept.
Mmg HR dept terlalu dimanjakan oleh A pada waktu itu, menyebabkan pekerja lain cemburu. Konon2 A asyik pentingkan HR dept. Cuma satu perkara yg aku perasan ttg A dia sangat bencikan B. Dia selalu burukkan B di hadapan aku. Malah dia sanggup menceritakan buruk wife B yang kononnya bekas kekasih dia. Akibat kerap dijamu cerita buruk ttg B dan wifenya... aku terpengaruh.. lalu terasa benci dgn B.

Hari demi hari berlalu... banyak perkara yang berlaku.. hasil pemerhatian dan siasatan yang aku buat.. aku dapati A tidak jujur dalam kerja. A pecah amanah.. aku punya bukti yg kuat... banyak juga duit syarikat yang A songlap.. belum kira habuan yang dia ambik dari vendor. Mmg aku kecewa.. sungguhpun aku punya bukti, aku tak tergamak untuk jatuhkan A. Sbb kami baik... aku berdoa semoga satu hari A sedar kesilapannya.. Apabila ditanya oleh top mgt bagaimana prestasi A pada pandangan aku? Aku selalu memuji2 A... aku katakan dia rajin dan banyak membantu.. akhirnya A dinaikkan pangkat 2 tahun berturut2. Tujuan aku cuma satu, aku berharap dgn kenaikan pangkat ini A akan punya rasa sense of belonging kepada kompeni. Seperti yang aku rasa bersama Az, aku sanggup berkorban masa dan wang ringgit demi Az... kerana aku sayangkan kompeni ni. Harapan aku bila A rasa diri dia disayangi oleh kompeni, dia takkan tergamak mengkhianati kompeni lagi.. tp ternyata A mmg buta hati.

Aku jadi tak sedap hati... dek kerana ketidakjujurannya aku menjauhkan diri. Namun tak pernah terlintas dalam hati aku nak jatuhkan A dengan membuka rahsianya. Dalam menanggani beberapa isu besar di tempat kerja aku banyak berhubung dengan B. Malah ketika berlaku masalah di dalam kilang mahupun di luar kilang, B banyak betul membantu aku. Aku jadi kagum dengan keperibadiannya. Teringat segala tohmahan yg dilemparkan A terhadap B.. betulkah semua tu?

Satu perkara yang aku respek ttg B... sungguhpun kami baik dan dia selalu membantu baik masalah kerja mahupun masalah luar kerja.. tak pernah sekalipun B bercakap buruk ttg A. Malah ketika aku memancing B untuk bercerita ttg wife A yg satu kilang Az tahu sejarah 'primadona terlampau'nya, B tak pernah komen. B kata.. "Buat apa cerita hal peribadi org? Lagipun itu kan kisah lama wife dia... kenapa nak diungkit2?" Sejak itu, aku sudah mula menilai siapa kaca... siapa permata antara mereka berdua...

Nyata keakraban aku dan B menjadi nanah pada A. Mungkin dia fikir B telah menghasut aku membenci dia sedangkan aku sebenarnya jadi tawar setelah mengetahui perangai khianat A. Demi dendam dan rasa sakit hati A akhirnya memasukkan jarum fitnah ttg aku kepada Top Management. Ketika aku dipanggil untuk membela diri, aku telah berusaha bermati2an mempertahankan diri. Aku angkat tangan dan dengan tegas aku bercakap "Saya bersumpah... saya tak pernah buat mcm tu"- walaupun aku bersumpah dengan airmata yang mengalir laju.. aku diherdik.. dan dihalau keluar. Segala pembelaan diri aku ditolak mentah2.. sejak itu aku didera mental dan rohani... sehingga setiap kali nak ke tempat kerja.. aku menangis kerana takut nak masuk kerja.. takut kena buli.. kena maki.

Akhirnya... setelah lelah membuktikan yang aku tak bersalah.... aku akhirnya mengaku kalah. Maka perjuangan aku selesai dengan aku menyerahkan surat berhenti kerja. Tekad aku satu je.. seandainya aku tak berjaya mendapatkan apa2 pekerjaan lain dalam tempoh notis.. aku akan berhijrah ke luar negara. Tinggallah segala duka yg amat dalam ini.

Namun manusia hanya merancang, Allah jualah penentu segalanya. 3 offer datang serentak, aku akhirnya menandatangani offer dari Mitsubishi.. nah.. selepas itu kalian lebih tahu warna2 pelangi yg menghiasi hari2ku...

Aku bersyukur... kalau bukan kerana pengkhianat seperti A mungkin aku tidak menikmati kehidupan ini. Sungguhpun dalam luka yg ditinggalkan aku tak pernah tergamak nak jatuhkan A dengan membuka rahsianya. Kerana 2 sebab:-
1- Aku percaya pada balasan Tuhan, pengkhianat mcm dia takkan bertahan lama. Hidup umpama roda.
2- Hanya kerana fitnah, bertahun2 bakti aku dibakulsampahkan. Aku takde peluang membela diri. Malah mgt lebih percayakan A yg satu kilang tahu bahawa dia adalah pelakon drama yg hebat berbanding aku yg dia lebih kenal, yang hari2 mengadap muka dia... yang tak pernah gagal walau dalam satu tugas yang diamanahkan pun... maka aku pk ada baiknya aku tinggalkan majikan yg mcm lalang ni, yg takde pendirian diri, selalu ikut emosi dan mudah percayakan org lain walaupun culprit.

Hari ni aku senyum aje... bila aku atau apa yg jadi pada Az selepas aku pergi....