Tuesday, October 06, 2015

Aku Maafkan Kamu

Family
Tak tahu kenapa aku tak rindu kamu...
Aku cuma rindukan anak kamu...
Mungkin luka yang kau tinggalkan untuk kami...
Bukan sikit dalamnya...
Kesian mereka.... terlalu tua untuk menghadapi kerenah kau..
Mata tua itu adakalanya masih bergenang airmata...
Bila namamu disebut sekali sekala..
Entah kenapa, dengar namamu saja..
Mengundang rasa meluat yang tak terkata..
Aku masih tercari2 silap kami... silap mereka..
Apa yang buat kau jadi begini?

Work Life
Inilah yang dikatakan kepuasan yang kucari...
Malangnya satu saja...
Jarak ke tempat kerja makan masa...
Letih di atas jalanraya aje..
Meninggalkan semenyih bukanlah semudah dijangka..
Pindah lagi... aduh... ntah mampukah melalui segalanya sekali lagi..
Mungkin itu adalah pilihan yang paling akhir sekali..

Love
Kalaulah hidup ini semudah yang kita jangka..
Kalaulah kita saling mengerti..
Kalaulah pilihanku ini... adalah pilihan hakiki..
Tolonglah Ya Allah,,,,
Walaupun dah terlalu lama menanti..
Permudahkanlah ia untuk kami....
Untuk kali ini..

Health
Pasang surut ibarat air laut..
Tinggi rendah... naik turun...
Sentiasa berubah..
Adakalanya ketawa adalah ubat terbaik
merawat luka luar dan dalam..
Yang luar jadi tak kelihatan..
Yang dalam kurang kepedihan...

Emotion
Ya Allah Ya Tuhanku...
Kalau ini mampu menyembuhkan luka lama...
Kalau ini mampu bawa pergi segala duka..
Kalau ini mampu menyeka airmata...
maka aku maafkan dia..
Aku maafkan semua perbuatan dia...
Kata-katanya, penghinaannya...
Aku maafkan dia...


11 comments:

Kakcik Nur said...

Semoga Allah SWT mengurniakan segala kebaikan buatmu, Dik...

RedLipTalks said...

Assalamualaikum sis, maaf ye sy nak tumpang tanye tentang 1 entry sis pasal akta kerja. Tp nak komen disitu entry tu dah lama sgt pulak.

Sy kerja kerani biasa shj bergaji <2k. Tp ada masalah dlm office dimana sy sering dekehendaki membayar sejumlah denda (RM) kpd company sy atas sesuatu kesalahan (e.g tidak buat document dgn betul). Jd disebabkan itu sy telah mengambil keputusan utk berhenti 24 hours wlaupon dlm offer letter dinyatakan perlu 1bulan notis. Dlm surat itu sy nyatakan kerana tiada clauses dlm offer letter yg memberitahu sy perlu membayar denda sekian2 jika kerja sy tidak betul/lengkap. Jd utk mengelakan masalah lebih serius yg mungkin berlaku kerana prestasi sy tidak bgus dn mungkin sy tidak mampu membayar jumlah denda yg lebih besar jd sy perlu meletak jawatan.

Selepas itu manager sy mengugut dn reject (in verbal) notis sy itu. Dia mengatakan sy perlu memberi notis 1 bulan dan perlu memulangkan semua (RM) amount bonus & extra yg company pernah berikan sepanjang 1 tahun sy bekerja Disitu atau jika tidak dia akan menyaman sy. Adakah company berhak berbuat demikian? (Meminta semula amaun bonus). Dan utk pengetahuan kerja sy terlalu bnyak sehingga setiap hari balik lewat 2-3 jam dr sepatutnya tetapi tidak dikira ot. Jika boleh claim ot pun cuma 5-6 jam shj katanye ikut kiraan dia.

Sy berharap dlm situasi ini adlah win-win situation dimana sy tdk perlu membayar apa2 amaun kpd company dn company jgk tdk akan menuntut apa drpd sy. Tq sis tlg jelaskan.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Waalaikumsalam RedLips,

Jgn risau, walaupun posting tu lama tapi sy akan mendapat notifikasi untuk setiap pertanyaan baru.

Pertama sekali isu resign tanpa notis dan isu potong gaji kerana kesilapan dokumen adalah 2 perkara yang berbeza. Ia boleh digunakan sebagai diskusi antara majikan pekerja untuk mendapatkan win win situation spt yg anda nyatakan tetapi tidak boleh digunapakai untuk pendakwaan di mahkamah.

Mmg perbuatan syarikat menolak gaji atas segala kesilapan dokumen adalah jelas terbukti salah. Namun adakah terdapat bukti komunikasi mengenai ketidakpuasan hati anda mengenai perkara ini? Cth: whatsapp, email atau surat rasmi? Sekiranya ada... lebih baik lagi.

Bonus yang telah dibayar adalah untuk performance terdahulu. Bukannya performance akan datang. Melainkan loan atau advance yg dibuat dgn syarikat barulah boleh dituntut kembali. Selain itu syarikat tidak ada hak untuk menuntut duit yg telah diberi seperti increment, elaun atau bonus yg telah dibayar di dalam gaji sblm ini melainkan lebihan bayaran disebabkan kesilapan hr, kekurangan notis ataupun unpaid leave.

Jadi sekiranya perbincangan dibuat secara damai di luar penglibatan pihak berwajib.... gunakanlah perdamaian yg di atas.. syarikat ada buat salah, potong gaji pekerja dengan cara yang salah dan pekerja juga salah kerana berhenti tanpa notis.

Harap membantu.

RedLipTalks said...

Terima kasih sis atas penjelasan.. jd dlm kes sy ni.. worst thing yg mungkin berlaku adalah company cuma boleh tuntut 1 bulan gaji drpd sy kerana notis berhenti tidak cukup sebulan? Betul tak?

Tentang bukti komunikasi yg company menuntut sy bayar denda sbb document tidak betul, memang tak ada.. manager cuma arah utk bayar denda in verbal shj. Invoice / resit jgk takde.. dn bayaran tu bukan dibuat melalui tolak gaji. Tetapi by cash yg sy perlu serah kpd account department.

Seperti yg sis terangkan company tiada hak utk tuntut bonus yg telah diberi, tapi ade kemungkinan tak company akan lantik their own lawyer & can find any way utk memboleh kan mereka tuntut? Sbb sy sgt risau manager sy memang dah tak puas hati dgn sy sbb saya utara kan isu bayar denda tu.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Hmm... bodoh, kejam dan jahatnya syarikat untuk melantik peguam untuk mendapatkan notis sebulan dari anda sedangkan mereka hanya boleh mendapat kurang dari rm2ribu daripada anda sebaliknya bayaran minimum untuk lawyer bagi satu kes kecil adalah lebih kurang rm3ribu. Tak balik modal...

Saya cadangkan... anda buat tatau je. Sekiranya pihak syarikat menfailkan kes di JTK hubungi saya lagi.. sy akan ajar step seterusnya.

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Hmm... bodoh, kejam dan jahatnya syarikat untuk melantik peguam untuk mendapatkan notis sebulan dari anda sedangkan mereka hanya boleh mendapat kurang dari rm2ribu daripada anda sebaliknya bayaran minimum untuk lawyer bagi satu kes kecil adalah lebih kurang rm3ribu. Tak balik modal...

Saya cadangkan... anda buat tatau je. Sekiranya pihak syarikat menfailkan kes di JTK hubungi saya lagi.. sy akan ajar step seterusnya.

RedLipTalks said...

Owhh ok la kalau mcm tu.. jd manager sy tu memang sengaja la nk ugut supaya sy takut nk berhenti..lebih2 lagi dia tengah kekurangan staff.. Tp bila kerja kita banyak dn missed out itu ini tak boleh nk lebih kurang pulak disuruhnya bayar denda pulak.. ape2 pun terima kasih sis atas penjelasan . :)

Anonymous said...

salam sissaya telah berjerja hampir setahun tiba tiba sya telah di beri notis 1 bulan penamatan perkhidmatan atas alasan majikan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan saya...adakah majikan saya boleh berbuat sedemikian tampa memberi amaran terelebih dahulu? apa yang perlu saya lakukan?

madrz_m said...

Hi, hello Asalamuaikum V.I.C
Saya ada soalan yang berkenaan dengan saya mengenai tentang tindakan kesalahan saya baru2 nie drpd HR ttg bercuti, cuti tahunan sebelum tarikh yang sebenar di sebabkan terlupa tarikh sebenar kerana being assumed an annual leaves are on before the dates due? Mula2 nak request untuk deduct the annual leaves untuk menggantikan cuti yang tidak di sengajakan kerana yakin bercuti tarikh cuti tahunan sebelum tarikh sebenarnya.
Pada mulanya saya nak berjumpa dengan ketua HR untuk discuss ttg insiden ini untuk request to deduct cuti tahunan untuk menggantikan cuti yang tidak di sengajakan. Tetapi telah berjumpa dengan salah seorang staff HR yang sedang menguruskan ttg document an employee annual leave. Jadi saya request untuk deduct cuti tahunan untuk cover cuti yang tidak di sengajakan disebabkan kesilapan tarikh untuk bercuti. Jadi admin staf HR cakap boleh dan dia telah membuat deduction to replaced the accidental mistaken taking leaves an annual leaves before the date authorised had being applied.
Dalam beberapa jam kemudian lalu ada seorang lagi pegawai Hr ingin berjumpa saya lalu bertanyakan soalan kpd saya, kenapa saya tidak hadir di tempat kerja selama 2 hari kerana saya tlh memohon cuti tahunan selama 2 hari. Jadi saya jelaskan ttg ketidak hadiran itu dengan dia yang saya telah tersilap bercuti, cuti tahunan pada tarikh sebelumnya dan juga hari yang saya berjumpa dengan pegawai Hr itu yang sepatutnya ialah hari saya patut bercuti. Jadi dia pun jadi keliru. So dia suruh saya cari supervisor untuk verify an annual leaves applications.
So supervisor saya cakap saya ada memohon cuti tahunan itu tetapi telah bercuti pada tarikh sebelumnya because of a human error. Tetapi company yang saya being employment right now. Jika sesiapa hendak memohon cuti tahunan perlu ada replacement staff for cover the running wip an output production. Even staff yang replace saya turut hadir di tempat production dan terkejut dgn saya yang hadir waktu hari sepatutnya saya bercuti. Jadi admin HR menyatakan bahawa insiden ttg alasan kesilapan bercuti annual leaves sebelum tarikh sbnarnya bercuti scara tdk sengajakan diklasifikasikan major disconduct or apa panggilan nama entah apa entah panggilan saintifiknya.. Jadi jalan penyelesaian adalah tetapi ada something are really not right about this. HR cakap dia tidak ada authorised untuk deduct the annual leaves for covered ketidak hadiran secra tidak sengaja. Dan juga tidak ada authorised untuk membatalkan on shift replacement staff untuk di suruh balik dan HR minta pendapat daripada supervisor saya dan memberi cadangan untuk saya proceed annual leaves supaya tiada pihak2 atasan lain akan mempersoalkan ttg kesilapan ini. Akan tetapi yang menjadi tanda tanya sampai sekarang yang 2 hari saya tidak hadir nak convert ke apa? Absent ataupun unpaid leaves. Saya mencadangkan untuk sekiranya annual leaves tidak ada authorised to deduct saya nak suruh cover to unpaid leaves pun tidak dapat dibuat jadi nak convert to what? Saya tanya dia. Jadi dia cakap tunggu saya punya my leader productions untuk diclarekan klasifikasikan insiden yang tidak disengajakan pada hari isnin ini. Jadi Hr dan supervisor suggest suroh saya pulang to proceed that annual leaves again. Dan akan membuat perjumpaan sekali dengan leader productions pada hari isnin.. Are this gonna end up worst? HR cakap insiden ini boleh menyebabkan saya terkena warning letter, suspensions 2 weeeks and the worst part is terrminations. Pls im on the middle heavy jeopardy please give an info about this. Because right now I feel my environment instincts felt a persecution thought right now before an arrangements meeting issue about accidentally not absence at workplace..
Bazlan Mahmod
My email almadruz85@gmail.com

madrz_m said...

Right now I'm on depression because of unexpected jeopardized that are really pretty feeling paranoid, panic and fobia. Because keeping bothering on my mentality and keep questioning about my situations that I'm not ask for that happened on me now.
The word are keep on my mind.
(What's gonna happen next?) Inquisitive
End up good? Bad? And worst?
Felt like screw up and totally blur.

madrz_m said...

Asalamualaikum sis V.I.C @ D.I.A.N.A

Thanks for your concerns for replied my email. Amat saya hargai.

I already replied my email to your email recently for make me to clearly completely from A to Z my story to make convenient your analysed more about the whole my previous chronology story previously for an advice and favour guidances.