Thursday, September 17, 2015

Ke Osaka Kah Kita?

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia Allah yang tahu segalanya.
Maka aku sifatkan diriku sangat-sangat bertuah.
Terima kasih atas nikmat yang diberi - Syukran Jazilan.

Akhirnya...  aku menjejakkan kaki ke Jepun secara percuma. Full Board my dear.
Tidur di 5 Stars Hotel dengan pemandangan laut, makan di restoran seafood terkenal sepanjang 6 hari percutian, menikmati Snow Crab, King Crab yang harga segram mencecah ratusan ringgit.
Siapa sangka ye tak?

Heian Shrine, Kiyomizu Temple dan Fushimi Inari.

Mari aku bawa kamu semua mengembara Osaka - Kobe - Kyoto bersama.
3 temple pada hari pertama, Heian Shrine, Kiyomizu Temple dan Fushimi Inari.
Kadang2 org tanya, buat apa melawat temple, tapi utk pengetahuan anda, temple2 ni adalah history mereka. Setiap temple mewakili suku kaum yang berbeza dan Maharaja yang berbeza.
Walaupun semua temple kelihatan hampir serupa tetapi attraction bagi setiap tempat berbeza.

Bullet Train
Laju sungguh..... keretapi terlaju di dunia ini dikenali sebagai Shinkansen di Jepun. Kelajuannya pada ketika aku naik mencecah 240km/j.
Sekarang Jepun sedang dalam proses untuk mencipta satu lagi Shinkansen dengan kelajuan 600km/j.
Betapa majunya mereka...


Hakutsuru Sake Museum
Museum yang membuat arak terkenal di Jepun. Kalau korang nak tau arak paling terkenal di Jepun namanya Asahi. Arak di Jepun kebanyakannya dibuat dari beras. Dalam museum ni ditunjuk satu persatu bagaimana cara arak (Sake) ini dibuat.


Kobe Earthquake Museum
Aduh... sedihnya. Dalam bangunan tinggi ni kowang akan dibawa merasai detik di mana gempa bumi terburuk yang melanda jepun yang mengorbankana lebih 6000 orang pada waktu itu. Gegaran yang korang rasai, gambar2 live ketika kejadian, bagaimana bangunan2, jambatan runtuh. Kesengsaraan mereka membina kembali kekuatan diri...
Aduh... memang sedih giler. Walaupun dokumentari tu dalam bahasa Jepun, ramai jugak yang menitiskan airmata semasa menontonnya.

Kobe Harbourland
Macam pelabuhan tempatnya. Ada mall... kami singgah di sini kerana kami akan menikmati buffet. Kat sini la aku makan ketam besar. Yang beshnya ketam tu telah dibelah 2 dengan cukup kemas... kita cuma perlu cungkil isinya keluar aje. Besar sungguh ketamnya. Duri kat kaki pun bleh tahan besar dan tajam. Isinya manisssssssss... uishh... terliur tak?

Sanda Premium Outlet
Ha... kalau kowang pernah pi JPO (Johor Premium Outlet) lebih kurang camtu la rupanya. Tempat di mana butik2 terkenal dikumpulkan. Apo laie... moh shopping.

Osaka Castle.
Sebuah istana lama 8 tingkat. Bila sampai di tingkat ke 8 tu anginnya.... perhhhhh... mcm naik kapal titanic.. sejuk dan dingin. Rasa tanak turun. Tapi nak naik sampai tingkat 8 tu mmg semput dibuatnya. Yang kurus pun dh mengah2, inikan plak aku yg comel ni. Tapi aku ada strategi.... naik lif sampai tingkat 5... pastu baru naik tangga sampai tingkat 8..
So kengkawan aku semua tanya "D, nape ko tak peluh??  Hebat ko yek??" Hehehehehe... syhhh jangan kasi tau kawan2 aku yek.

Kuromon Ichiba Market
Pasar basah. Di sinilah kowang bleh carik ketam, oyster, sushi, shasimi yang segar dan freshhhh.....

Umeda Skybuilding
Sebuah bangunan berkembar. pencakar langit... yang menjadi kebanggaan Jepun. Tp honestly, KLCC lagi cantik. At least KLCC ada gak curve dan bentuk2.... yg ni kotak je rupa dia.

Shinsaibasi & Dotonbouri
Ia ibarat mcm Bintang Walk kalau kat KL. Tapi Jepun punya lagi hebat, havoc dan happening. Di sinilah dunia fashion bermula. Menariknya di Jepun ni kowang akan tgk fashion pelik2 yang mana kowang tak terpk pun org Malaysia sanggup pakai baju pelik camtu. Futuristik mcm Didie Alias pakai tu kalau kat Jepun tak pelik pun. Keh keh keh..

Kat sinilah terletaknya papan tanda besar GLICO yang mana lambang kemahsyuran OSAKA tu. Pendek kata yang datang ke OSAKA kalau tak bergambo depan papan iklan GLICO tu, tak OSAKA sangat lah... hahahhaha.... Kebanyakan magnet2 yang dijual pun mesti ada landmark GLICO  ni.

Universal Studio Japan
Masa ko beratur nak masuk je, dah meremang bulu tengkuk ko sbb dengar lagu dia yang mcm memanggil ko masuk. Aduhhh... bila masuk dalam je. Subhanallah.... cantiknya bangunan2 dia... colourful macam gula2....

Bila masuk je kat Hogwarts - tempat Harry Potter, dah berkumandang lagu2 Harry Potter. Yang paling aku pelik skali... mana dia dapat pmpn2 dan laki2 mat Salleh yg muka dia macam pelakon2 Harry Potter dan fasih berbahasa Jepun ni. Mmg aku kagum giler la...

Honestly bangunan dalam Harry Potter sangat sangat sama mcm dalam Filem Harry Potter..... dalam bangunan lagi la sama.... dengan gambar kat dinding yg bleh gerak2 mcm filem Harry Potter jugak...
Belum kira bola2 dia yg meronta2 nak keluar dari peti...
Aishhhh tiba2 mcm nak sebut "Ava Kadavra" plak... ekekek..











Gitulah serba sedikit kisah perjalanan OSAKA - KOBE -KYOTO ku. Untuk mereka yang ingin melancong ke Jepun... bila balik jangan lupa bawak balik ole2 TOKYO BANANA yang boleh didapati dia airport untuk keluarga. Harga sekotak lebih kurang 1000-15000 yen. Agak mahal tapi kek pisang ni mmg tersangatlah popular kerana kekayaan rasa pisangnya.

4 comments:

Kakcik Nur said...

Alhamdulillah. Allah bagi Diana peluang menikmati keihdahan dan kemajuan tempat orang. Kakcik yang baca pun kagum, apatah lagi kalau dapat merasai sendiri... :)

Nor Alfian said...

Perhhhhh....korea tu

Nor Alfian said...

Perhhhhh....korea tu

Nor Alfian said...

Perhhhhh....korea tu